kbkk assigment

4
KEMAHIRAN SOSIAL Selain daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, alat penting dalam kehidupan seorang remaja ialah kemahiran sosial. Kemahiran sosial ialah hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif yang harus membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada dalam bentuk material, kestabilan emosi, peningkatan kekuatan fizikal, intelek atau spiritual. Remaja yang tidak mempunyai kemahiran sosial akan bermasalah dalam kehidupan mereka. Kemahiran yang membantu anda menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti membina persahabatan, berbual dengan orang lain, mempunyai budi pekerti yang baik, dan mempunyai rasa empati terhadap orang lain. Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah termasuklah mendengar dan mematuhi arahan, berkelakuan sopan dan menghindari gangguan, meminta bantuan, memberi sumbangan dalam perbincangan, membuat keputusan, pengendalian konflik, membina kemahiran akademik, melaksanakan kewajipan, dan bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri. Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan seseorang itu sendiri. Ini termasuklah mengetahui perasaan saya sendiri, meluahkan perasaan saya, memahami perasaan orang lain, menguruskan kemarahan saya, mengatasi perasaan takut dan malu saya,dan menghargai diri saya. Selain itu dengan adanya kemahiran sosial saya dapat berinteraksi dengan positif. Saya dapat mengambil inisiatif untuk membantu orang lain, mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima, dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak, belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan, dan berkongsi bahan/permainan.

Upload: tinagaran-magisparan

Post on 28-May-2015

553 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kbkk assigment

KEMAHIRAN SOSIAL

Selain daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, alat penting dalam

kehidupan seorang remaja ialah kemahiran sosial. Kemahiran sosial ialah hubungan

interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif yang harus membawa

manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada dalam bentuk material, kestabilan

emosi, peningkatan kekuatan fizikal, intelek atau spiritual. Remaja yang tidak

mempunyai kemahiran sosial akan bermasalah dalam kehidupan mereka. Kemahiran

yang membantu anda menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti membina

persahabatan, berbual dengan orang lain, mempunyai budi pekerti yang baik, dan

mempunyai rasa empati terhadap orang lain.

Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah

termasuklah mendengar dan mematuhi arahan, berkelakuan sopan dan menghindari

gangguan, meminta bantuan, memberi sumbangan dalam perbincangan, membuat

keputusan, pengendalian konflik, membina kemahiran akademik, melaksanakan

kewajipan, dan bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri.

Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan

perasaan seseorang itu sendiri. Ini termasuklah mengetahui perasaan saya sendiri,

meluahkan perasaan saya, memahami perasaan orang lain, menguruskan kemarahan

saya, mengatasi perasaan takut dan malu saya,dan menghargai diri saya.

Selain itu dengan adanya kemahiran sosial saya dapat berinteraksi dengan

positif. Saya dapat mengambil inisiatif untuk membantu orang lain, mendekati orang lain

dengan cara yang boleh diterima, dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak,

belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan, dan berkongsi

bahan/permainan.

Page 2: Kbkk assigment

Kemahiran sosial juga merujuk kepada persahabatan. Ramai remaja hari ini

mempunyai rakan tetapi rakan mereka hanya bersama dengan mereka ketika senang

dan meninggalkan mereka ketika susah dan menderita. Oleh sebab itulah perlu bagi

remaja mencari sahabat atau rakan yang berkualiti. Rakan yang berkualiti atau sahabat

sebenarnya mampu memberi bantuan dalam menstabilkan emosi dan meredakan

tekanan ketika remaja menghadapi masalah atau dilanda duka.

Sebagai contoh, sekiranya anda sakit dan terlantar di hospital, maka sahabat

yang berkualiti akan sentiasa menziarahi anda dengan senyuman sehingga anda

sembuh. Persahabatan merupakan kesan kemahiran sosial yang kurang diberikan

perhatian, sama ada oleh remaja atau masyarakat umum. Ia mempunyai banyak

manfaat termasuk dari segi kesihatan. Sebagaimana yang disebut dalam Reader's

Digest, Edisi November 2002 mengenai manfaat kesihatan melalui persahabatan yang

telah dibuktikan oleh lebih daripada 100 penyelidikan.

Persahabatan mampu meningkatkan peluang seseorang untuk hidup ketika

menghadapi penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan memberikan

mereka sistem kekebalan penyakit yang lebih kuat.persahabatan juga memberi mereka

yang mempunyai sokongan sosial jangkaan umur yang lebih panjang daripada mereka

yang tidak ada. Selain itu persahabatan juga membaiki kesihatan mental mereka.

Namun kita dapati budaya di kalangan remaja hari ini menjurus kepada bentuk

persahabatan yang bersifat sementara, hanya perkara yang berkaitan dengan

keseronokan dan hiburan dan tidak membentuk sikap pengorbanan dan kerjasama,

dalam perkara melakukan kebaikan dalam masyarakat. Mereka tidak memahami erti

dan nilai persahabatan yang sebenarnya. Ini merupakan kesan daripada pengaruh nilai

dan budaya Barat yang berasaskan hedonisme, kebebasan dan mementingkan diri

sendiri.

Selain itu, kemahiran sosial juga membolehkan pelajar mengetahui cara

menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih baik. Antara

strategi pengendalian konflik adalah kawal emosi dan memberi ketenangan, jauhkan

diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda, luahkan perasaan anda

Page 3: Kbkk assigment

secara asertif, kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab

untuk konflik tersebut? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan

konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya dengan

cara yang baik.

Kita juga boleh bertanya kepada seseorang tersebut sama ada dia mempunyai

masa untuk berbincang dan beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya :

Saya sangat sedih ketika ini). Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan

konflik tersebut dan teruskan untuk berbincang dengan tenang. Sekiranya konflik itu

tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu

yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian.

Kesimpulanya, kecerdasan intelektual (IQ) hanya menyumbang 20% bagi

kesuksesan, sedangkan 80% adalah sumbangan faktor kekuatan-kekuatan lain,

diantaranya adalah kecerdasan emosional atau Emotional Quotient (EQ) yakni

kemampuan memotivasi diri sendiri, mengatasi frustasi, mengontrol desakan hati,

mengatur suasana hati (mood), berempati serta kemampuan bekerja sama. Dalam

proses belajar, kedua inteligensi itu sangat diperlukan. IQ tidak dapat berfungsi dengan

baik tanpa partisipasi penghayatan emosional terhadap mata pelajaran yang

disampaikan di sekolah. Namun biasanya kedua inteligensi itu saling melengkapi.

Keseimbangan antara IQ dan EQ merupakan kunci keberhasilan belajar di sekolah

(Goleman, 2002). Pendidikan di sekolah bukan hanya perlu mengembangkan rational

intelligence iaitu model pemahaman yang lazimnya dipahami pelajar saja, melainkan

juga perlu mengembangkan emotional intelligence pelajar.