folio sivik (projek khidmat masyarakat 2010

23
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 3 Folio Projek Khidmat Masyarakat 2010 Nama: Nur Liyana Putri Binti Abd Manan NO.KP: 950416-14-7196 Kelas: 3 FITRAH Nama guru: Kavitha A/P Subramaniam

Upload: nlp-

Post on 05-Jul-2015

1.559 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Tingkatan 3

Folio Projek Khidmat Masyarakat

2010

Nama: Nur Liyana Putri Binti Abd Manan

NO.KP: 950416-14-7196

Kelas: 3 FITRAH

Nama guru: Kavitha A/P Subramaniam

Kandungan

Page 2: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tajuk Muka Surat

Pengenalan 3

Penghargaan

4

Perancangan

5

Pelaksanaan

8

Jenis-jenis Tarian Melayu

9

Refleksi

19

Pengenalan

Saya Nur Liyana Putri Binti Abd Manan dari kelas 3 Fitrah di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz

2

Page 3: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Shah telah menyiapkan sebuah folio yang bertajuk ‘Tarian Tradisional’.Terdapat beberapa jenis

tarian yang berasal dari kaum yang berbeza.Ianya semua unik dalam caranya yang

tersendiri dan ianya semua mempunyai latar belakang masin-masing.Antaranya ialah,Tarian

Zapin,Mak Yong,Sumazau,Kuda Kepang & Tarian Piring.

3

Page 4: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Penghargaan

Pelbagai cabaran & tugasan telah saya hadapi dalam melaksanakan kajian ini.Namun demikian,kami bersyukur kerana dapat melaksanakannya dengan baik hasil dari bantuan & kerjasama pelbagai pihak.Oleh itu,kami ingin merakamkan penghargaan 7 ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Selain itu,kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah & pengetua SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,Datin Rohani Binti Mustafa yang telah member kebenaran kepada saya untuk menyiapkan folio Projek Khidmat Masyarakat ini.

Di samping itu,terima kasih yang tidak terhingga juga kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik yang amat kami hormati, Puan S.Kavitha.

Perancangan

4

Page 5: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tajuk projek:

-Tarian Tradisional

Objektif projek:

-Dapat mengetahui tentang tarian tradisional Melayu Negara ini.

Aktiviti yang dijalankan untuk menjayakan projek:

-Perbincangan & pengumpulan maklumat mengikut jaual.

- Perbentangan kumplan.

Jadual perancangan projek:

Bil Aktiviti Mac April

1. -Mengumpul maklumat

2. -Pembahagian tugas

3. -Perbincangan folio

4. -Mengumpul hasil kerja

5. -Perbincangan untuk perbincangan

5

Page 6: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Sumber & pihak yang terlibat:

1) Penyelidikan perpustakaan

-Saya telah pergi ke perpustakaan Shah Alam untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan yang diberi.

2) Teknologi maklumat

-Saya juga telah menggunakan computer untuk melayari internet.Laman web yang telah saya layari ialah www.yahoo.com & www.google.com

3) Orang sumber

-Nama: - Mohammad Fadzil Bin Manan

-Alamat: -no.11 Jalan Platinum 7/41B Seksyen 7 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

4) Kewangan

-Anggaran kos: RM 15.00

-Sumber kewangan: Sumber dari ahli kumpulan

-Jumlah perbelanjaan: Kertas A4: RM 1.00

Binding: RM 1.00

CD: RM 1.00

Layari internet & cetak: RM 11.00

_____________________________

Jumlah: RM 15.00

6

Page 7: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

5) Senarai tugas jawatan kuasa

Tugas Keterangan

Pengerusi -Membahagikan kerja & membuat folio

Timbalan pengerusi

-Menolong pengerusi untuk menyediakan bahan pembentangan

Setiausaha -Mencatat & mengumpul maklumat

Bendahari -Mengumpul wang untuk membeli buku & bahan-bahan lain untuk tugasan

7

Page 8: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Pelaksanaan

Tempoh masa:

- 2 minggu

Agihan tugas:

- Sila rujuk kepada tugas jawatan

Kelancaran projek:

- Penghargaan

- Pengenalan

- Jenis-jenis tarian

8

Page 9: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Jenis-Jenis Tarian Tradisional Melayu

Tarian Zapin

Sejarah:

-Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional.Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan.

Asal Usul:

9

Page 10: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

-Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16.Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Cara Tarian:

-Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.

Siapa Yang Tari:

-Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

10

Page 11: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tarian Mak Yong

Sejarah:

-Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

11

Page 12: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Asal Usul:

-Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yan mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an.Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong.

Cara Tarian:

-Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata.

Siapa Yang Tari:

-Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu.

12

Page 13: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tarian Sumazau

Sejarah:

-Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Asal Usul:

13

Page 14: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

-Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Cara Tarian:

-Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Siapa Yang Tari:

-Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.

14

Page 15: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tarian Piring

Sejarah:

-Tari piring merupakan salah satu dari berbagai kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat Sumatera barat tepatnya masyarakat minangkabau. Tarian Piring dulu diciptakan untuk memberikan persembahan kepada dewa-dewa dalam memasuki masa panen, namun dengan datangnya Islam Tarian Piring tidak lagi untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa tetapi untuk majlis-majlis keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar negeri juga dalam acara keramaian lainnya seperti pesta perkawinan.

Asal Usul:

15

Page 16: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

-Tari Piring dikatakan tercipta daripada ”wanita-wanita cantik yang berpakaian indah, serta berjalan dengan lemah lembut penuh kesopanan dan ketertiban ketika membawa piring berisi makanan yang lezat untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa sebagai sajian. Wanita-wanita ini akan menari sambil berjalan, dan dalam masaewa-dewa sebagai sajian. Wanita-wanita ini akan menari sambil berjalan, dan dalam masa yang sama menunjukan kecakapan mereka membawa piring yang berisi makanan tersebut”.

Cara Tarian:

-Tarian piring dapat dilakukan dalam berbagai cara atau versi untuk melakukan tariannya, itu semua tergantung dimana tempat atau kampong dimana Tarian Piring itu diamalkan. Namun tidak begitu banyak perbedaan dari Tari Piring yang dilakukan dari satu tempat dengan tempat yang lainnya, khususnya mengenai konsep, pendekatan dan gaya persembahan.

Siapa Yang Tari:

-Tarian ini biasa dilihat di kawasan Beranang,Lenggeng dan Semenyih oleh kumpulan tertentu.

16

Page 17: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Tarian Kuda Kepang

Sejarah:

-Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor,terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Asal Usul:

17

Page 18: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

-Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dala peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Cara Tarian:

-Sebelum tarian bermula,Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan.Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Siapa Yang Tari:

-Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti 9 orang penari,5 orang pemain muzik, 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih" & 9 hingga 15 orang penjaga kawasan.

18

Page 19: Folio Sivik (Projek Khidmat Masyarakat 2010

Refleksi

Penilaian projek:

-Kumpulan kami berjaya menyiapkan tugasan seperti mana yang telah ditetapkan hasil dari kerjasama & usaha gigih kami.

Kelemahan aktiviti:

-Tiada

Pembentangan laporan:

a) Pembentangan: -Slide show ( power point)

b) Penggunaan bahan: -Komputer

Ulasan/kesimpulan:

-Kami dapat mengenali & mempelajari pelbagai jenis tarian tradisional Melayu dengan lebih mendalam.

19