folio sivik tahun baru cina

15
Pengenalan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.) Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China Juga dikenali Tahun Baru Qamari,

Upload: ain-baki-kpop

Post on 18-Dec-2015

163 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia.

TRANSCRIPT

Pengenalan

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Malam Tahun Baru Cina diMeizhou,China

Juga dikenali sebagaiTahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China. Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Tarikh perayaanRencana utama:Astrologi CinaTarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalamkalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalamzodiak Cinadan lambangdahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebutbukanperkataanbahasa Cinabagi haiwan-haiwan tersebut.HaiwanDahan bumiTarikh

Tikusz19 Februari19967 Februari2008

Lembuchu7 Februari199726 Januari2009

Harimauyn28 Januari199814 Februari2010

Arnabmo16 Februari19993 Februari2011

Nagachn5 Februari200023 Januari2012

Ulars24 Januari200110 Februari2013

Kudaw12 Februari200231 Januari2014

Kambingwi1 Februari200319 Februari2015

Monyetshn22 Januari20048 Februari2016

Ayamyu9 Februari200528 Januari2017

Anjingx29 Januari200616 Februari2018

Khinzirhi18 Februari20075 Februari2019

Sambutan perayaan Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada. Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin: rn r, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( tin gng) di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), atau Chap Goh Mei () dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun." MakananLuohan zhai () luhn zhi Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk () dan yong tau fu. Ikan () y Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: ; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang. Yee sang () yshng Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.Ladu jiaozi () jiozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.Limau mandarin jnj; atau gn Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Kuih bakul ningo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi". Mi Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru. Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam. Tikoy Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang). [*]: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Ucapan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina

''xin nian kuai le''(Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ) ialah''Selamat Tahun Baru Cina''merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat.

Namun di bahagian utara China,"gu nin ho"(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah''dapat hidup dalamkeadaan yang baik''.

Selain itu,"Gong xi fa cai(Cina Ringkas:) yang diterjemah sebagai"Tahniah dan semoga mendapat rezeki Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou SuiShou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu semetara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.Hiasan BungaMaksud

Bunga plummelambangkan tuah

Kumkuatmelambangkan kemakmuran

Narcissusmelambangkan kemakmuran

Bunga kekwamelambangkan panjang umur

Buluhtumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga mataharibermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasanIkonMaknaIlustrasi

IkanIkan koisering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkanlebihanatausimpanan tambahansupaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cinaninnin yuy().[10]

JongkongYuanbaoYuanbaoemas (; jn yunbo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentukYuanbaoini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

TanglungTanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketikaPerayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

PerhiasanHiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Posterkaligrafi Cinamemaparkanperibahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dangurindam.

Tarian singaTarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai ShenCai Shen (; ) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran. Pantang-larang sewaktu perayaanTuah baik: Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk"memaniskan"nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk"): Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi"kasut"sama bunyinya dengan perkataan"kasar"atau"sukar". Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi"seluar"sama bunyinya dengan"pahit".(Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai"memotong hasil dalam bahasa Kantonis". Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan(namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi"buku"sebunyi dengan perkataan bagi"kalah".

Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baru_CinaEdited by : Nur Ain Bt Mohd Baki.4 c. 2015-05-04 Folio Sivik Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.