folio pendidikan sivik dan kewarganegaraan - tokoh yang saya sanjungi

22
FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN NAMA : ARIFF ISKANDAR B. ARIFFIN KELAS : 102 GURU : EN. MOHD AIDIL B. MOHAMED SEKOLAH : MRSM KEPALA BATAS

Upload: alexander

Post on 01-Dec-2015

3.710 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Tun Dr. Mahathir Mohamad

TRANSCRIPT

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

NAMA : ARIFF ISKANDAR B. ARIFFIN

KELAS : 102

GURU : EN. MOHD AIDIL B. MOHAMED

SEKOLAH : MRSM KEPALA BATAS

BIODATA 3

PENGHARGAAN 4

TUN DR. MAHATHIR B. MOHAMAD

Pengenalan 6

Latar Belakang 7

Pendidikan 8

Kerjaya Dan Keluarga 9

Kerjaya Politik 10

Kesihatan 11

Keistimewaan 12

Memperkenalkan Pelbagai Slogan, Dasar Dan Konsep Baru 13

Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Perubahan dan Pembaharuan 14

Pencapaian Bertaraf Dunia

Tun Dr. Mahathir Di Pentas Dunia 15

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir 16

GALERI FOTO TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 17-18

PENUTUP 19

RUJUKAN 20

2

NAMA : ARIFF ISKANDAR B. ARIFFIN

TARIKH LAHIR : 30 Januari 1996

ALAMAT RUMAH : 11A, Lorong Bendahara 4,Taman Air Tawar Indah13050 Butterworth,Pulau Pinang.

KELAS : 102

CITA-CITA : Juruterbang TUDM dan PemanduFormula 1

HOBI : Bermain Komputer, Badminton dan Bola Sepak

NAMA AYAH : ARIFFIN B. JUSOH

NAMA IBU : ZAITON BT. ABD. GHANI

E-MAIL : [email protected]

PERMAINAN VIDEO : Grand Theft Auto IV, Crysis/Crysis Warhead,KEGEMARAN Tom Clancy’s H.A.W.X, Left 4 Dead dll

WARNA : Biru dan HitamKEGEMARAN

MAKANAN : Nasi Goreng Ayam & Nasi LemakKEGEMARAN

MINUMAN : Teh o’ AisKEGEMARAN

3

Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat

menyiapkan folio ini dalam tempoh masa yang diberikan oleh

Guru saya iaitu Cikgu Mohd Aidil B. Mohamed.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak

terhingga kepada Guru saya yang telah memberi tunjuk ajar

dan kepada ibu bapa saya yang membantu memberi idea-idea

serta mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan folio ini.

Saya harap agar folio saya ini dapat menjadi contoh kepada

pelajar-pelajar yang lain.

4

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

PENGENALAN

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925, juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det adalah Perdana Menteri

5

Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali.

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

LATAR BELAKANG

Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke

6

Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen.

Nama datuk beliau, "Iskandar" turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di bandar Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau dipanggil sebagai "Master" atau "Mohamad Iskandar".

Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' atau Sungai Korok.

Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

PENDIDIKAN

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar

7

pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953, Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

KERJAYA DAN KELUARGA

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5

8

Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Mokhzani Mahathir Mukhriz Mahathir Maizura Mahathir Mazhar Mahathir

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

KERJAYA POLITIK

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin

9

Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar.

Wajah Tun. Dr. Mahathir yang digunakan dalam poster pilihan raya

KESIHATAN

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

10

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.

KEISTIMEWAAN

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Maha thir inginkan Malaysia dalam pentas dunia. Beliau

11

mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

MEMPERKENALKAN PELBAGAI SLOGAN, DASAR & KONSEB BARU

Dasar Pandang Ketimur Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

Dasar Kependudukan 70 juta

Dasar Penswastaan

12

Wawasan 2020

Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya. Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga

Dr. Mahathir telah berjaya memujuk En. Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO. Hasil daripada kerjasama erat antara dua tokoh muncul beberapa perubahan dasar dan perlaksanaan baru dalam kerajaan antaranya ialah Dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan perlaksanaan sistem bank alternatif Bank Islam.

PENGGERAK INDUSTRI PERMOTORAN MALAYSIA

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.

13

Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN

Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam Mengubah masa kerja

Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu

Mengarahkan penggunaan kad tanda nama

Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak

PENCAPAIAN BERTARAF DUNIA

14

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu, Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

TUN DR. MAHATHIR DI PENTAS DUNIA

Semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan-Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996. Beliau juga adalah pencetus idea program 'Dialog antara bangsa Langkawi' dengan membawa konsep menang menang.

Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.

Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.

PENGHUJUNG JALAN TUN DR. MAHATHIR

15

Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.

Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.

Dr. Mahathir selepas mengumunkan pesaraannya

Tandatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad

...............................................

16

Rumah Kelahiran Dr. Mahathir Dr. Mahathir Sewaktu Kanak-kanak

Dr. Mahathir Awal Dewasa

Dr. Mahathir ketika menerima Ijazah Doktor Kehormat Bidang Sains 2004 daripada Universiti Multimedia

17

Dr. Mahathir aktif dalam sukan ragbi

Dr. Mahathir sewaktu di kolej

Dr. Mahathir di hari bahagia , perkahwinannya dengan dr. Siti Hasmah

Dr. Mahathir bergambar dengan bekas rakan sekolej

18

Alhamdulillah, saya dapat siapkan folio saya dalam

masa yang diberikan.

Diharap tugasan saya ini disiapkan mengikut panduan

yang diberikan.

Saya berharap agar semua rakan-rakan saya

mengetahui dan menghargai segala pengorbanan dan

jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tun Dr. Mahathir B.

Mohamad kepada negara Malaysia yang tercinta ini.

19

Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

http://www.freewebs.com/sejarahkita/

drmahathir.htm

Buku

Buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

20