folio sivik dan kewarnegaraan

Upload: khalilah-aisyah

Post on 18-Jul-2015

4.064 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FOLIO SIVIK DAN KEWARNEGARAANTAJUK: DADAH MUSUH NEGARA

Nama: Khalilah Aisyah Binti Hasan Tingkatan: 5 SC 1 Guru Matapelajaran: Pn. Nurasyikin

ISI KANDUNGANBil. 1 2 3 4 Kandungan Pendahuluan Penghargaan Hasil Kajian Lampiran M/s 1 2 3-18 19-22

PENDAHULUANDadah adalah sejenis bahan yang berbahaya kepada manusia kerana ianya boleh mengakibatkan masalah ketagihan yang teruk. Masa depan seseorang akan hancur sekiranya menjadi mangsa dadah. Justeru kempen anti-dadah diadakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Melalui folio ini, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai dadah.

1

PENGHARGAANSaya, Khalilah Aisyah Bint Hasan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran kepada saya untuk menjalankan Folio Sivik dan Kewarnegaraan 2012 ini. Terima kasih kepada guru subjek Penddidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pn. Nurasyikin yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya Pn. Ainon Bt Hj. Zee dan En. Hasan Bin Hj. Jawawi kerana telah memberikan bantuan idea yang bernas kepada saya. Tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang menyiapkan Folio Sivik Dan Kewarnegaraan ini.

2

3

JENIS-JENIS DADAH1.) MORFIN Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfinsulfat atau morfin hidroklorik Cara Menggunakan : Menelan atau menyuntik. Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'. Morfin Mentah -Berbentuk blok/sebuk-bertanda '999' -Mengandungi 70%-90% morfin-Juga dipanggil Heroin No. 1 Bes Morfin -Seperti serbuk kopi halus -Mengandungi 60%-70% morfin Pil-Pil Morfin -Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid-pil kecil berwarna putih/coklat pucat.Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

4

2.) HEROIN Heroin adalah dadah jalanan yangpalingkerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih yangmerupakan produk yang terhasil daripdapemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, dan menghisap Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'

5

3.)CANDU Candu adalah sejenis narkotik yang mmpunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti system saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepadacoklat dan kehitaman. Ia mmpunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepadaudara. Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'. Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar

Ladang popi candu di Myanmar

6

4.) GANJA Ganja diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan. Jenis/Bentuk: Seperti daun kering dan dimampat Nama lain: Grass, pot, Marijuana, weed Cara penggunaan: Menghisap Ciri-ciri penagih: Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul

7

5.) SYABU Syabu ialah sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit. Jenis/Bentuk: Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperit tawas Nama lain: Ice Cara penggunaan: Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu Ciri-ciri penagih: Yakin pada diri sendiri, bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan

8

6.) ECTASCY/ MDMA Ectascy juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive . Jenis/Bentuk: Pil dengan pelbagai warna dan simbol Nama lain: Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA, YABA Cara penggunaan: Menelan, campur dan minuman Ciri-ciri penagih: Gembira dan terlalu cergas , berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.

9

7.) KETAMIN Ketamin ialah sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves. Jenis/Bentuk: Serbuk putih, kristal, cecair, pil Nama lain: K, Special K, Vitamin K, Kit Kat Cara penggunaan: Dihisap melalui hidung, campur dalam minuman Ciri-ciri penagih: Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah

10

AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAHAPAKAH PENYALAHGUNAAN DADAH Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun: - Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat - Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah - Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya Apakah penagihan dadah? Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu: Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

11

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui? Dadah Psiko aktif Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran Contohnya; valium, ganja Dadah bukan Psiko aktif Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan. Pergantungan Keinginan fisiologi dan psikologikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut.

Gejala Penarikan Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadahdengan mendadak. Lali Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama. Kenapa mereka mengambil dadah? Ingin mencuba Terikut-ikut Amalan budaya Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam Tekanan / cabaran dalam kumpulan Bagi tujuan merawat Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

12

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan? Opium / candu Morfin, Heroin - euphoria, painkiller : - Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit -Euforia, ubat tahan sakit Perangsang Kokain, Amfetamina: -Euforia, berkeyakinan Penenang Anxiolytics / Anti-anxiety drugs: -Benzodiazepines Halusimogen -Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan) - Kanabis /Marijuana / Hashish / Ganja / Weed - LSD - lysergic asid diethylamide, asid Nikotin / Tembakau - Terangsang dalam dos yang kecil Alkohol - agen kemurungan - Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan Kanabis /Marijuana / Hashish / Ganja / WeedHidu (Inhalants / Solvent) Menghidu gam atau petrol Lain -lain - daun ketum

13

TANDA DAN GEJALABagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Resah, gelisah Prestasi kerja atau akademik yang merosot Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harianPerubahan emosi secara tiba-tiba Bercakap tentang perkara yang pelik Mengabaikan penampilan diri Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain Kelihatan letih, penat dan mamai

14

KOMPLIKASIKesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan menyababkan: Kebersihan dan kesihatan diri tidak terjaga Kesihatan mental terjejas Prestasi pelajaran menurun Hubungan sosial terganggu Status kewangan merosot

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan: Penggunaan pelbagai jenis dadah Aktiviti jenayah Kaum keluarga Masalah perubatan Masalah psikiatri Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

15

RAWATANKetagihan adalah bersifat psikologi.Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Rawatan termasuk: Detoksifikasi - Menghilangkan kesan dadah di dalam badan Terapi kelakuan - Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagihTerapi penggantian dadah - Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan - Methadone - Ketagihan ubat penenang - Nikotin - Ketagihan rokok

16

PENCEGAHANApakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaandadah? Kesungguhan pada aktiviti yang lain Status sosioekonomi Pengaruh rakan sebaya Pengaruh ibu bapa Budaya dan etnik Nilai hidup yang sederhana Motivasi untuk berjaya atau takut pada kegagalan Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah? Percaya diri sendiri Berkemahiran menyesuaikan diri Berkemampuan bangkit dari kegagalan Berkeupayaan mengasah kekuatan diri Menghargai kesihatan Membina minat dan aktiviti yang baru Matang dalam fikiran Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan: Latihan menjadi afektif Sokongan masyarakat Pembangunan kerohanian diri

17

PEMULIHANMelibatkan prosedur rawatan seperti: Terapi dadah gentian Pengurusan tingkah laku Kaunseling Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention) Latihan menjadi asertif Sokongan masyarakat Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dariketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat. Sokongan sosial termasuk: Pembangunan kemahiran Penempatan pekerjaan Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan: Pusat pemulihan: Agensi Anti Dadah Kebangsaan PEMADAM PENGASIH

Selain itu, bantuan juga diperlukan daripada: Pakar sakit jiwa Pakar kaunseling penagihan dadah Pakar psikologi Ibubapa Guru sekolah

18

19

20

21

22