folio sivik khidmat masyarakat tingkatan 5 kajian mengatasi gejala sosial merokok

of 27 /27
Provided by: www.littlenotestoshare.blogspot. com

Upload: littlenotestoshare

Post on 29-Jun-2015

7.695 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

1. After opening the file, press CTRL+F (find) and type: EDIT 2. Replace all EDIT with your own information 3. Make sure sure you've replaced everything before finalizing your project

TRANSCRIPT

Provided by:

www.littlenotestoshare.blogspot.com

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S1 Pengenalan2 Objektif Projek3 Pelaksanaan Projek

(a) Perancangan(b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali)

- Persediaan awal- Pelaksanaan projek

4 Refleksi(a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek(b) Kesimpulan

5 Penghargaan6 Lampiran

(a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat(b) Surat pengenalan diri murid(c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat(d) Borang soal selidik remaja(e) Borang soal selidik penduduk(f) Gambar(g) Poster

PENGENALAN

Tema: Cabaran Masa Depan

Nama Projek: Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja

Tarikh Pelaksanaan: EDIT

Lokasi Projek: EDIT

Guru Penasihat: EDIT

Ahli Kumpulan: EDIT

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif projek ini adalah untuk:

a) Menyelesaikan masalah gejala sosial merokok dalam kalangan remajab) Mengenal pasti punca remaja merokokc) Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan remajad) Menyedarkan remaja tentang bahayanya gejala merokoke) Menyedarkan remaja tentang kepentingan menjaga kesihatanf) Mewujudkan perasaan takut apabila merokok

PELAKSANAAN PROJEK

a) Perancangan

Kami telah merancang projek ini semenjak awal bulan EDIT. Idea untuk menjalankan projek mengatasi masalah gejala sosial merokok tercetus berdasarkan gejala merokok dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan semakin kritikal. Sekiranya aktiviti tidak sihat ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri lebih ramai remaja akan terkorban. Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk melaksaan projek ini bagi memastikan masa depan diri seseorang remaja yang merupakan aset penting bagi negara tidak terjejas.

Kami telah meninjau kawasan perumahan di sekitar EDIT dan mendapati terdapat beberapa punca yang mengakibatkan masalah gejala sosial ini. Antara puncanya ialah kurang kesedaran dalam diri, kurang pengadaan kempen antimerokok, pengaruh media massa, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak, harga mampu beli dan peranan syarikat pengeluar rokok.

Oleh yang demikian, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menjalankan projek kempen mengatasi gejala sosial merokok dalam kalangan remaja ini dalam jangka masa beberapa bulan. Sebelum memulakan projek, kami telah berbincang dan mendapatkan kebenaran daripada beberapa pihak seperti Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT, ibu bapa ahli kumpulan dan beberapa orang wakil penduduk. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan memberi kebenaran kepada kami untuk memulakan projek.

b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali)

Persediaan Awal

a) Membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan.b) Membincangkan tajuk projek yang sesuai mengikut tema “Cabaran Masa Depan”.c) Membuat keputusan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan masalah komuniti di

kawasan perumahan. Oleh hal yang demikian, tajuk projek Khidmat Masyarakat yang dipersetujui ialah “Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”.

d) Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kebenaran bertulis. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT dan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. serta Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dalam penjualan rokok dalam kalangan penduduk sekitar.

e) Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa orang penduduk tentang jenis aktiviti yang sesuai dijalankan.

f) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak yang terlibat di bahagian (d).g) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan projek yang

berkenaan.h) Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah untuk melaksaan projek.i) Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa ahli kumpulan.j) Membincangkan kos projek.k) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan seperti yang berikut:

Nama kumpulan: EDIT

AHLI KUMPULAN TUGASANEDIT(Pengerusi)

- Menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan projek

- Memantau perjalanan projek secara keseluruhan

EDIT(Naib Pengerusi)

- Mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber tentang aktiviti yang sesuai dijalankan

EDIT(Setiausaha)

- Menyediakan semua surat rasmi yang berkaitan dengan projek

- Menguruskan dokumentasi dengan kemas dan teratur

EDIT(Bendahari)

- Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan projek

- Menyenaraikan sumber yang berpotensi untuk mendapatkan bantuan kewangan

EDIT(Ahli Jawatankuasa)

- Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan projek

- Memastikan keselamatan ahli kumpulan ketika menjalankan projek

Pelaksanaan Projek

Tarikh dan butiran pelaksanaan projek:

5 Februari 2014 (EDIT ALL) Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kelas kami, EDIT telah memberikan panduan kepada kami untuk melaksanakan projek Khidmat Masyarakat. Kami telah membentuk kumpulan yang terdiri daripada EDIT orang.

12 Februari 2014 Perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk membincangkan tugas yang akan dilakukan.

14 Februari 2014 Kami meninjau beberapa kawasan di EDIT yang disyaki merupakan kawasan remaja-remaja berkumpul untuk merokok. Kami mendapati bahawa punting-puntung rokok bersepahan di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, alat pemetik api yang telah kosong juga ditinggalkan merata-rata.

Kami telah menetapkan tempoh masa projek dari EDIT hingga EDIT.

17 Februari 2014 Pihak sekolah telah mengeluarkan surat kebenaran untuk kami menjalankan projek (Lampiran A) dan surat pengenalan diri (Lampiran B).

21 Februari 2014 Kami menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT, Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk memaklumkan projek kami secara lisan kepada mereka. Setiausaha kumpulan kami telah mengirimkan surat kepada pihak yang berkenaan (Lampiran C) dan turut menghantar satu salinan surat melalui perkhidmatan e-mel.

23 Februari 2014 Kami telah menerima maklum balas daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. dan mereka bersetuju untuk memberikan kerjasama.

26 Februari 2014 Naib Pengerusi dan Setiausaha kumpulan kami telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk EDIT untuk mendapatkan pandangan dan nasihat tentang pelaksanaan projek ini di kawasan perumahan mereka. Mereka ialah Encik Hamid bin Abu Bakar, Puan Norimah binti Salahuddin dan Encik Balakrishnan A/L Palaniappan.

1 Mac 2014 Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT telah meluluskan permohonan kami.

2 Mac 2014 Kami mendapatkan bantuan daripada beberapa orang rakan yang tinggal di EDIT selepas memaklumkan mereka tentang projek yang akan kami jalankan di tempat tinggal mereka.

8 Mac 2014 Kami menerima surat kebenaran daripada Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan syarikat ini bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada kami.

9 Mac 2014 Kami telah menjalankan soal selidik dengan beberapa orang penduduk EDIT untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan-kawasan tumpuan remaja untuk merokok.

14 Mac 2014 Pada pukul 1:20 petang, kami berkumpul di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT dan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Rakan-rakan yang hadir bersama-sama untuk membantu kami ialah EDIT. Kumpulan pertama yang diketuai oleh EDIT telah mendapati bahawa terdapat beberapa kumpulan remaja lelaki yang melepak di lorong-lorong dan padang permainan sambil menghisap rokok.

Kumpulan kedua yang diketuai oleh EDIT telah mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang merokok di padang permainan.

Kedua-dua kumpulan telah menemu ramah remaja-remaja tersebut. Kami berjaya mendapatkan maklumat tentang punca-punca mereka terjebak dalam gejala merokok. Kami juga sempat menasihati mereka tentang keburukan-keburukan merokok dan bagaimana rokok dapat memudaratkan mereka. Selain itu, kami telah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran D) kepada mereka.

21 Mac 2014 Kami mendapati bahawa bilangan remaja yang melepak sambil merokok di tempat sama seperti minggu lepas telah berkurangan. Kami berpendapat bahawa mereka mulai sedar akan bahayanya gejala merokok.

22 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 7-Eleven Sdn. Bhd dan mereka memaklumkan bahawa staf-staf mereka telah dilatih dan diarahkan untuk hanya menjual rokok kepada orang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Mereka mendakwa bahawa rokok tidak dijual sama sekali kepada remaja.

23 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan mereka juga memberikan maklum balas yang sama seperti Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. tetapi memberitahu bahawa terdapat beberapa kes di mana remaja meminta tolong orang dewasa untuk membelikan rokok kepada mereka. Dalam hal ini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka dan mereka tidak boleh disalahkan kerana tidak melanggar etika penjualan rokok.

5 April 2014 Kami telah meninjau membuat peninjauan sekali lagi dan mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja lelaki yang sedang merokok di padang permainan. Mereka bertindak melarikan diri apabila dihampiri dan meninggalkan puntung-puntung rokok yang telah digunakan bertaburan begitu sahaja.

6 April 2014 Kami telah ke kawasan yang sama dan menjumpai kumpulan remaja yang sama. Mereka bersetuju memberikan kerjasama dan kami telah menjalankan perkara yang sama seperti pada 14 Mac 2014 (EDIT) dan semalam.

13 April 2014 Kami mendapati tiada aktiviti merokok dijalankan.

19 April 2014 Kami melakukan tinjauan di setiap kawasan perumahan buat kali terakhir. Didapati bahawa bilangan remaja yang merokok berada di tahap yang minima dan tiada lagi yang merokok secara berkumpulan. Didapati juga bahawa tiada lagi remaja perempuan yang dilihat merokok.

20 April 2014 Kami menjalankan soal selidik terhadap pendudukEDIT secara rawak untuk mengetahui keberkesanan projek kami (Lampiran E).

23 April 2014 Kami mengkaji maklum balas penduduk melalui borang soal selidik yang dikembalikan kepada kami.

24 April 2014 Setiap ahli kumpulan telah menilai projek ini dengan membuat refleksi di rumah masing-masing.

25 April 2014 Refleksi setiap ahli kumpulan dikumpulkan dan kami berbincang tentang rumusan keseluruhan bagi projek yang telah kami jalankan. Kami bersama-sama menyiapkan laporan kumpulan kami dengan menyertakan lampiran yang berkaitan.

1 Mei 2014 Laporan Projek Khidmat Masyarakat dihantar kepada EDIT.

Kos pelaksanaan projek:

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RMSumbangan sekolah 15.00 Kertas bersaiz A4 10.00

Bahan-bahan lain bagi membuat buku laporan

5.00

Sumbangan ibu bapa 10.00 Mencetak salinan surat-surat kebenaran

1.00

Mencetak borang soal selidik

7.50

Mencetak salinan-salinan lain seperti poster dan muka lampiran

1.50

Duit poket ahli kumpulan

10.00 Mencetak laporan penuh

10.00

JUMLAH 35.00 35.00

REFLEKSI

a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek

Kami telah menghadapi beberapa masalah semasa menjalankan projek ini. Namun, semua masalah tersebut telah berjaya kami selesaikan berkat kesabaran ahli kumpulan dan bimbingan guru mata pelajaran.

Antara masalah yang kami hadapi ialah:

- Kekangan masa untuk mengadakan mesyuarat- Kesukaran menentukan responden untuk mendapatkan pandangan dan nasihat

tentang pelaksanaan projek- Peruntukkan wang yang terhad- Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan

projek

Cara-cara kami menangani masalah-masalah tersebut ialah:

- Merangka sebuah jadual pelaksanaan aktiviti- Mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran- Mengeluarkan duit poket masing-masing- Melaksanakan projek dengan terancang dan teliti

b) Kesimpulan

Secara keseluruhan, kami amat berbesar hati kerana berjaya melaksanakan projek ini seperti yang dirancang. Kami telah menepati keperluan masa projek Khidmat Masyarakat, iaitu sekurang-kurangnya 10 jam dalam setahun. Kami masih berjaya menyiapkan projek ini walaupun menghadapi banyak rintangan dan masalah.

Secara tidak langsung, semasa kami menjalankan projek Khidmat Masyarakat, banyak nilai murni yang dapat kami amalkan. Antaranya ialah nilai kerjasama, toleransi, tolong-menolong, prihatin dan peka. Bagi ahli kumpulan kami sendiri, semangat berpasukan dan berusaha bersungguh-sungguh merupakan nilai yang dipegang sejak awal sehingga projek kami selesai.

Kesimpulannya, kejayaan projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kami mencadangkan supaya kempen menangani gejala sosial ini diteruskan pada masa akan datang. Semua pihak perlu menggembleng tenaga, masa dan wang untuk menjayakan sesuatu kempen agar gejala sosial dalam kalangan remaja dapat dibanteras. Kami juga berharap agar lebih banyak projek seperti ini dijalankan pada masa akan datang.

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang berikut atas kerjasama, sokongan dan bantuan mereka dalam menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada:

EDIT, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT EDIT, guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5 EDIT

Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT EDIT, Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT Tan Wai Foon, Pengerusi Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. Chua Seok Theng, Ketua Pegawai Maklumat Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. Encik Hamid bin Abu Bakar Puan Norimah binti Salahuddin Encik Balakrishnan A/L Palaniappan. Ibu dan bapa setiap ahli kumpulan Remaja-remaja yang sudi ditemu ramah dan telah memberikan kerjasama Penduduk-penduduk EDIT

LAMPIRAN

(a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat(b) Surat pengenalan diri murid(c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat(d) Borang soal selidik remaja(e) Borang soal selidik penduduk(f) Gambar(g) Poster

Rujukan Kami: SMK 03/005/03(20)

Rujukan Tuan:

EDIT ALL – ALAMAT,

Poskod,

Negeri.

Ahli Kumpulan EDIT,

Projek Khidmat Masyarakat,

Tingkatan 5 EDIT,

SMK EDIT.

17 FEBRUARI 2014. (EDIT)

Tuan,

Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat di Luar Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT sekolah ini untuk menjalankan projek Khidmat Masyarakat di luar kawasan sekolah dan di luar waktu persekolahan.

3. Projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan merupakan satu daripada komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5.

4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………

(EDIT)

Pengetua,

SMK EDIT,

Poskod.

Negeri.

Rujukan Kami: SMKSI 03/005/03(21)

Rujukan Tuan:

SMK EDIT,

Poskod,

Negeri

Kepada,

Sesiapa yang berkenaan. 17 FEBRUARI 2014. (EDIT)

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Projek Khidmat Masyarakat

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pembawa surat ini merupakan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT SMK EDIT. Murid ini sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang merupakan satu daripada komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5.

3. Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini agar projek Khidmat Masyarakat yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.

4. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………

(EDIT)

Pengetua,

SMK EDIT,

Poskod.

SMK EDIT,

Poskod,

Negeri.

Pengerusi,

Persatuan Penduduk EDIT,

Poskod,

Negeri.

21 FEBRUARI 2014. (EDIT)

Tuan,

Memohon Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya, EDIT, murid Tingkatan 5 EDIT bersama-sama empat ahli kumpulan yang lain dari SMK EDIT, sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat. Untuk pengetahuan tuan, projek ini merupakan komponen wajib dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu projek yang bertemakan “Cabaran Masa Depan”. Tajuk projek Khidmat Masyarakat kumpulan kami ialah “Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”. Tujuan projek ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti merokok dalam kalangan remaja di sekitar Taman EDIT serta berusaha membanterasnya.

4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan projek ini di tempat tuan, kami akan berbincang dengan pihak tuan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan dengan lebih terperinci pada masa yang akan ditetapkan.

5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

………………………………

(EDIT)

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

“KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA”

BORANG SOAL SELIDIK

Sila tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai berdasarkan pemerhatian tuan/puan semasa dan selepas projek ini dijalankan.

Skala: 1 = Baik 2 = Sederhana 3 = Perlu dibaiki

No. Pelaksanaan Projek Pencapaian1 Tahap usaha Kumpulan Adventure Time SMK EDIT

semasa menjalankan projek di EDIT.2 Kerjasama antara penduduk untuk memberikan

maklumat semasa projek ini dijalankan.3 Kerjasama antara penduduk untuk sama-sama

membanteras gejala merokok dalam kalangan remaja4 Tahap kesedaran penduduk tentang bahayanya

merokok.5 Tahap kesedaran remaja tentang bahayanya merokok.6 Keadaan kawasan sekitar taman perumahan ini

selepas projek dijalankan.

Lain-lain komen/cadangan:

BORANG SOAL SELIDIK

Jantina:

1. Berapakah umur anda sekarang?

2. Sejak bila anda mula merokok?

3. Mengapakah anda merokok?

4. Bagaimanakah anda boleh terjebak dalam gejala ini?

5. Adakah anda berkawan dengan perokok?

6. Berapa batang rokok anda ambil dalam masa sehari?

7. Di manakah tempat anda selalu merokok?

8. Adakah ibu bapa anda mengetahui tentang perkara ini?

9. Jika ya, adakah mereka membenarkan anda merokok?

10. Dari manakah anda mendapatkan rokok-rokok tersebut?

11. Berapakah anggaran wang yang anda habiskan dalam masa seminggu untuk membeli rokok?

12. Dari manakah anda mendapat duit untuk membeli rokok?

13. Adakah anda sedia maklum tentang keburukan rokok?

14. Tidakkah anda berasa tergugat akan imej amaran yang ada pada kotak rokok? Jika tidak, nyatakan mengapa.

15. Pernahkah sesiapa menasihatkan anda supaya berhenti?

16. Pernahkah anda terfikir atau mencuba untuk berhenti?

Gambar-gambar menunjukkan kelibat remaja-remaja yang masih bersekolah sedang merokok.

Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan

Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan

Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan