folio sivik

42
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1) MELAKA FOLIO SIVIK TAJUK: NAMA:Saidatul Najihah binti Shadan KELAS:6 Merah

Upload: saidatul98

Post on 01-Dec-2014

14.544 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Folio sivik

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1) MELAKAFOLIO SIVIK TAJUK:

NAMA:Saidatul Najihah binti Shadan

KELAS:6 Merah TAHUN:2013

Page 2: Folio sivik

NAMA GURU:Puan Zamzura binti Azis

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURATIsi Kandungan i

Sekalung Budi ii

Biodata 1

1. Latarbelakang Projek

A. Pernyataan Masalah

B. Cadangan Projek

2

3

2. Objektif Projek 4

3. Lukisan Projek

A. Lakaran ProjekB. Gambar Projek

5

6

4. Alatan Tangan dan Bahan Yang Digunakan

Alatan Bahan

7-9

10-11

5. Masalah Yang Dihadapi 12

6. Rumusan 13-14

Page 3: Folio sivik

~ SEKALUNG BUDI ~

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasihkepada guru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Aziskerana telah banyak membantu dan memberitunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan folioini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkanterima kasih kepada ibu bapa saya iaitu EnShadan bin Othman dan Puan Suriyati bintiYaapar kerana telah memberi saya cadangandan pendapat untuk mendapatkan bahan bagitugasan ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepadasahabat-sahabat dari kelas 6 Merah yang banyakmembantu dan memberi komen membina.

Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yangdiberikan oleh semua pihak menggerakkan sayamenyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Sekian terima kasih.

Page 4: Folio sivik

o NAMA: Saidatul Najihah binti

Shadano UMUR: 12 tahuno NAMA BAPA: Shadan bin Othmano NAMA IBU: Suriyati binti Yaaparo TARIKH LAHIR: 20 Januari 2001o TEMPAT LAHIR: Hospital Besar

Melakao CITA-CITA: Doktor Perubatano HOBI: Melayari Interneto BIL.ADIK-BERADIK: 2 Orango ALAMAT: 696-1 Jalan Semabok

Dalam, Semabok 75050 Melaka.o KAUM: Melayuo AGAMA: Islam

Page 5: Folio sivik

Pendahuluan

RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN KANAK-KANAK

NURIN JAZLIN JAZIMIN"mangsa keganasan manusia"

KUALA LUMPUR : Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan.

Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang semangat serta keyakinan diri.Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual.

Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak mereka supaya kes penderaan dapat dihalang, katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak, di sini semalam.

Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur Salam.Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek bernilai RM64,070 dan R M62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang penyanyi baru.

Sumber : MyMetro 21 May, 2008.

Page 6: Folio sivik
Page 7: Folio sivik

Wajib buat aduan kes dera kanak-kanak

KUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta dan penjaga di bawah kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwajibkan membuat aduan sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak-pihak berkenaan diwajibkan membuat laporan kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya mengetahui perkara tersebut.

Menurut Shahrizat, perkara itu dicadangkan dalam Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada awal tahun depan selepas Akta Orang Kurang Upaya (OKU) dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Disember ini.

“Cadangan mewajibkan pihak-pihak tersebut membuat laporan berikutan ramai yang mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan tidak ambil tahu tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Ke-53 bertema ‘Keselamatan dan Perlindungan Kanak-Kanak Keutamaan Kita’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dengan kehadiran kira-kira 2,000 kanak-kanak dari seluruh negara.

Terdahulu berucap di majlis itu, Shahrizat memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai dan menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa penderaan akan dikenakan tindakan tegas.

“Kita akan menggunakan akta ini dalam menangani kes penderaan ke atas kanak-kanak,” jelasnya.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Shahrizat, kes penderaan kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004 meningkat kepada 1,800 kes (2005) dan 1,999 kes pada 2006.

Beliau menambah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang bayi.Berikutan peningkatan kes itu, kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang meliputi semua aspek.

Shahrizat berharap, pelaksanaan dasar tersebut dapat menjamin keselamatan kanak-kanak dalam semua keadaan seperti di taska, tadika, sekolah, hospital dan di institusi kebajikan.

Sumber: Utusan Malaysia

Page 8: Folio sivik

Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak

Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang.

Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.

Page 9: Folio sivik

Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya.

Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan?

Page 10: Folio sivik

Apa itu Hak Kanak-kanak?

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children).

Page 11: Folio sivik

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.

Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan.

Page 12: Folio sivik

Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat. Perjanjian ini menggariskan empat penjelasan hak utama iaitu:-

i. Kehidupan

Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.

Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik.

Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi

Page 13: Folio sivik

zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

ii. Perkembangan

Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat.

Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.

Page 14: Folio sivik

Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan.

Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga menyebabkan

Page 15: Folio sivik

kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

iii. Perlindungan

Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya.

Page 16: Folio sivik

Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.

Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan.

Page 17: Folio sivik

iv. Penyertaan

Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat.Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah

Page 18: Folio sivik

dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

C. Keperluan Asas Kanak-kanak

i. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil

Page 19: Folio sivik

peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.

ii.Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.

iii.Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.

iv.Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.

v. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk

Page 20: Folio sivik

menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

vi.Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

vii. Keinginan untuk pencapaian kreatif.Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

viii. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

ix.Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Page 21: Folio sivik

D. Cara Kanak-kanak Diberi Perlindungan

Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak

Page 22: Folio sivik

diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. 

i. Akta

Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

ii. Mahkamah Kanak-kanak

Sehubungan ini, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan meningkat daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada

Page 23: Folio sivik

tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.

iii. Pasukan Perlindungan Kanak- Kanak

Page 24: Folio sivik

Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan.

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak danPusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Perkhidmatan tersebuttermasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan.

Page 25: Folio sivik

iv. SCAN (Pasukan untuk Mengesan   Penderaan Kanak- Kanak dan Kanak-Kanak Terabai)

Di samping itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.

v. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984

Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun

Page 26: Folio sivik

2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak.

Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.

vi. Rumah Kanak-Kanak

Kerajaan menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan. Dalam tempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-

Page 27: Folio sivik

Kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungankepada 320 kanak-kanak.

vii. Rumah Tunas Harapan

Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, NGO dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.

Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-

Page 28: Folio sivik

kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh Rancangan. Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalampenilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 2006–2020. NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, iaitu keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.

Page 29: Folio sivik

E. Tujuan Kanak-kanak Ke Sekolah

Sekolah merupakan pusat pendidikan yang bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran asas dan memupuk sikap positif kanak-kanak dalam aspek perkembangan yang merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial.

Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas antaranya kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan yang juga dikenali sebagai 3M.

Objektif pendidikan di sekolah adalah supaya :

i. Kanak-kanak mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh

Page 30: Folio sivik

sangat penting untuk membentuk kanak-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.

ii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.

iii. Kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.

iv. Selain mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial ia dapat mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai

Page 31: Folio sivik

keindahan alam dan warisan budaya.

F. Tujuan Kanak-kanak menyertai sesuatu aktiviti

1. Aktiviti sukan

Kanak-kanak amat digalakkan untuk menyertai aktiviti terutamanya sukan. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menyertai olahraga, permainan bola sepak, bola jaring, hoki dan sebagainya di sekolah.

Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepada kita. Menerusi aktiviti sukan, kita dapat menyihatkan badan. Hal ini demikian kerana dengan bersukan, kita dapat mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Jantung kita pula dapat mengepam darah dengan lancar. Seterusnya,

Page 32: Folio sivik

pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan.

2. Aktiviti berkumpulan

Selain itu, aktiviti berkumpulan dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat setiakawan. Biasanya, apabila menjayakan sesuatu aktiviti, setiap orang perlu bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain. Mereka perlu bersikap “bagai aur dengan tebing” jika ingin mencapai kemenangan. Sebagai hasilnya, semangat bekerjasama akan terbentuk dan perhubungan menjadi lebih erat.

Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sukan merupakan kegiatan yang berfaedah kepada kita. Namun begitu, seseorang kanak-kanak perlu bijak mengatur masanya antara aktiviti riadah dengan pelajaran. Hal ini penting agar murid dapat memperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidang tersebut.

Page 33: Folio sivik

G. Hak Setiap Kanak-kanak

i. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan kewarganegaraan

ii.Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi

iii. Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai

iv. Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat

v. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri

Page 34: Folio sivik

vi. Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah

vii. Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya

viii. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan

ix. Untuk berupaya mengekspresi pandangan mereka sendiri