folio sivik f3

Upload: nur-asyikin

Post on 07-Jul-2015

148 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3WARISAN KEPELBAGAIAN KAUM (PERMAINAN TRADISIONAL) -GASING -CONGKAKNAMA:RAJA NOR AZIRA BT RAJA ANUAR NO I/C : 950304-10-5952 TINGKATAN:3 EFISIEN NAMA GURU : PN. SARINA BT ROMI TARIKH :

ISI KANDUNGANBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 TAJUK Pengenalan Penghargaan Tarikh/Tempoh Perlaksanaan Guru Pemantau Objektif Projek Perancangan Projek Perlaksanaan Projek Refleksi Masalah Cadangan Rujukan MUKA SURAT

PENGENALAN

Saya Raja Nor Azira Bt Raja Anuar murid Tingkatan 3 Efisien bersama tiga lagi ahli kumpulan saya ,iaitu Siti

Safuah,Nurshadatul Zaliq dan Nabilah Hamzah telah memilih tajuk Warisan Kepelbagaian Kaum(Permainan Tradisional). Permainan yang kami pilih ialah congkak dan gasing.kami telah membincang dan mencari rujukan di perpustakaan untuk

menyempurnakan projek ini.Guru yang memantau projek kami ialah Pn. Sarina Bt Romi.Kami menjalankan projek ini dalam kumpulan tetapi laporan secara individu.

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3(2010) iaitu Warisan Kepelbagaian Kaum(Permainan Tradisional).Saya telah menjalankan kerja kursus ini selama 1 bulan dari 9 April 2010 hingga 10 Mei 2010 Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9,Shah Alam,Pn. Maizan Bt Mohd Noor yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sivik saya iaitu Pn. Sarinaa Bt Romi kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja Kursus Sivik ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya Sawyah Bt Abdul Rahaman dan bapa saya Raja Anuar Bt Raja Mazlan yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kelas 3 Efisien yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

TARIKH/TEMPOH PERLAKSANAANKami telah diberi tugas ini pada 9 April 2010 hingga 10 Mei 2010.Projek ini diberi tempoh selama sebulan untuk disiapkan.Saya melaksanakan projek ini selama 3 minggu.Saya telah membuat jadual kerja untuk melaksanakan projek ini dengan sempurna. Alhamdullilah,akhirnya saya telah melaksanakan projek ini dengan bantuan rakan-rakan dan keluarga serta guru saya dengan sempurnanya. Projek ini telah disiap pada tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 Mei 2010.

GURU PEMANTAUGuru Sivik saya iaitu Pn. Sarina Bt Romi telah memantau projek ini.Setiap minggu,beliau akan memantau projek ini supaya projek ini siap.Saya juga meminta beliau tunjuk ajar dan idea supaya projek ini siap pada masa yang ditetapkan dan sempurna.

OBJEKTIF PROJEKKajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: y Mengenal pasti permainan tradisional di Malaysia y Mengetahui asal-usul gasing dan congkak y Mengetahui jenis-jenis gasing dan congkak y Mempelajari bagaimana cara membuat gasing y Mengetahui cara-cara bermain gasing dan congkak

PERANCANGAN PROJEKSaya dan kumpulan saya iaitu Siti Safuah Bt Razak ,Nabilah Bt Hamzah dan Nursahadatul Zaliq Bt Mohd Rohi telah merancang membuat projek ini.Tujuan kami merancang supaya projek ini selesai pada masa yang ditetapkan.

Tarikh 13 APRIL 2010 23 APRIL 2010 25 APRIL 2010

Projek Mencari maklumat dan memberi idea Membuat laporan Menyiapkan projek -Pendahluan -Penghargaan -Tarikh/tempoh Perlaksanaan -Guru pemantau Menyiapkan projek -Objektif Kajian -Perlaksanaan Projek

27 APRIL 2010

1 MEI 2010

Menyiapkan projek -Refleksi -Masalah -Cadangan -Rujukan

PERLAKSANAAN PROJEK

PENGENALANMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotongroyong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang

dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan

mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

GASING ASAL USUL GASINGGasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

JENIS-JENIS GASINGGASING JANTUNG

GASING PIRING/LEPER

GASING KELAMAR

GASING TELUR

GASING BEREMBANG

GASING MELAYU

GASING CINA

GASING BUKU BENANG

GASING TANJUNG

CARA MEMBUAT GASINGKayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

CARA BERMAINGasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

PERTANDINGAN GASINGPertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

GASING URIDua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

GASING PANGKAHGasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengahtengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

CONGKAK ASAL USUL CONGKAKCongkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

PAPAN CONGKAKPeralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

CARA BERMAINDua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

REFLEKSISaya berasa gembira kerana telah menyiapkan projek ini dengan jayanya.Semasa menjalani projek ini saya dapat mengetahui pelbagai jenis permainan tradisional.Saya juga dapat mengetahui asal-usul congkak dan gasing.Selain itu,saya juga dapat mengetahui jenis-jenis congkak dan gasing.Seterusnya,saya dapat bermain congkak dan gasing.Saya dan ahli kumpulan saya dapat

bekerjasama untuk menjayakan projek ini.

MASALAHSemasa menjalankan projek ini,saya dan rakan-rakan saya mempunyai beberapa masalah.Antara masalah ialah kami tidak mengikut jadual yang kami rancangkan kerana salah seorang daripada rakan kami ada hal peribadi.Selain itu,kami tidak dapat bermain gasing kerana sukar mencari gasing.

CADANGANSaya mencandangkan supaya permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi baru.Saya rasa pihak sekolah mengadakan pertandingan permainan tradisional supaya generasi kini

mengetahui permainan tradisional.Ibubapa juga menerangkan dan mengajar anak-anak mereka bermain permainan tradisional ketika waktu lapang.Kesimpulannya,permainan tradisional akan kembali popular di kalangan generasi baru dan tidak dilupakan.

RUJUKANINTERNEThttp://images.google.com.my/images http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

BUKU RUJUKAN