sivik tingkatan 4: projek khidmat masyarakat- bendera di malaysia

19
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 4 TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT NAMA PROJEK : BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN: 1. NUR AMIRAH AKMAL BT KAMAL ARIS 2. AINA SYUKRINA BT ABU HASSAN 3. AZMATUN NADIAH BT HAMDAN 4. NURUL SYAAMILAH BT MOHD POAD

Upload: myramel-klaris

Post on 11-Aug-2015

6.726 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

PROJEK KHIDMAT MASYARAKATTINGKATAN 4

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULATNAMA PROJEK : BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN:

1. NUR AMIRAH AKMAL BT KAMAL ARIS2. AINA SYUKRINA BT ABU HASSAN3. AZMATUN NADIAH BT HAMDAN4. NURUL SYAAMILAH BT MOHD POAD

Page 2: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

MATLAMAT PROJEK

Mengaplikasi pengetahuan dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

Menyedarkan murid tentang pentingnya semangat patriotik terhadap negara.

Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggunggjawabterhadap masyarakat dan Negara.

OBJEKTIF Mengetahui asal-usul dan salasilah bendera-bendera negeri

di Malaysia. Menanam sikap patriotik balam diri murid. Menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah Negara.

1

Page 3: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

JATA NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara mengandungi sebuah perisai yang dipegang oleh dua ekor harimau yang merupakan lambing kepada melayu tradisional serta kekuatan dan keberanian. Di atasnya memaparkan simbol bulan sabit dan

bintang pecah 14. Warna kuning pada simbol bulan sabit dan bintang itu merupakan warna diraja dan melambangkan pemerintahan beraja di Malaysia.

2

Page 4: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

Simbol bulan sabit adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia manakala simbol bintang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

3

Page 5: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

4

Page 6: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti

negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya

merupakan pusat pentadbiran.

5

Page 7: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu

Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang

berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi

negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH"

6

Page 8: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI KEDAH

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.Lambang Negeri Kedah

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

7

Page 9: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan

dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada

akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap

dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"

8

Page 10: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI PAHANG

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan yang berbentuk daun kopi itu keseluruhannya berwarna emas termasuk penongkok dan taran. Warna emas itu

melambangkan logam emas yang merupakan hasil utama di negeri Pahang pada tahun 1862. Kepercayaan dahulu juga menyatakan bahawa tiada alat yang boleh menahan senjata atau mata senjata yang diperbuat daripada emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi melambangkan bahawa suatu ketika dahulu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang

sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah-lembut Merupakan simbolik kepada

pemerintahan yang tidak menggunakan kekerasan.

9

Page 11: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI SEMBILAN

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna

merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di

tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

10

Page 12: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang

pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama

rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka

yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

11

Page 13: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata

ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

12

Page 14: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI SARAWAKWarna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi

dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya

usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan.

Lencana negeri ini juga boleh membezakan

keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

13

Page 15: SIVIK TINGKATAN 4: PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT- BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA NEGERI SABAHBendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SABAHSepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini

melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan

dan kejayaan bagi negeri Sabah.Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata

ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.

14