folio sivik form 2 2010

Upload: mohd-kamal-bustami

Post on 08-Jul-2015

499 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Perkara Carta Organisasi Isi Kandungan Objektif Projek Minit Mesyuarat Jadual Perancangan Projek Senarai Tugasan AJK Carta Gantt Pelaksanaan Projek Carta Kerja Amali Anggaran Kos Refleksi Penghargaan Lampiran

Muka Surat

Memberi kata semangat pada para pelajar. Menceriakan kelas. Menjadikan bahan bacaan di dinding kelas. Mewujudkan kesedaran kepada para pelajar.

Tarikh : 12 Mei 2010 Masa : 3.55 4.25 petang Tempat : Di kelas 2 Amanah Kedatangan : Semua hadir Agenda : 1-Ucapan pengerusi 2-Agihan tugas-Naib pengerusi 3-Kewangan 4-Jadual perancangan projek

NO 1

PERKARA Ucapan pengerusi Assalamualaikum,terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah hadir untuk mesyuarat kali pertama ini. Agihan tugas Pengerusi telah mengagihkan tugas kepada semua ahli kumpulan.Kerja membuat huruf blok dan menampal Hisyam.Kerja menyiapkan folio Kamal dan Syakir. Kewangan Pengerusi telah meluluskan kewangan RM 8.00 kepada ahli kumpulan.

TINDAKAN

Pengerusi

2

Naib Pengerusi

3

Bendahari

4

Jadual perancangan projek Pengerusi telah bercadang dan berbincang kepada ahli kumpulan kami untuk membuat jadual perancangan projek yang akan dibuat oleh setiausaha. Kesimpulan Saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas ahli kumpulan kerana sudi hadir ke mesyuarat kali pertama ini. Setiausaha

5

Pengerusi

Tarikh : 22 Jun 2010 Masa : 3.55-4.25 petang Tempat : Di kelas 2 Amanah Kedatangan : Semua hadir Agenda : 1-Ucapan pengerusi 2-Agihan tugas-Naib pengerusi 3-Kewangan 4-Jadual perancangan projek

NO 1

PERKARA Ucapan pengerusi Assalamualaikum,terima kasih kerana semua ahli kumpulan datang pada mesyuarat yang kedua ini. Agihan tugas Pengerusi telah mengagihkan semua tugasan kepada ahli kumpulan Hisyam untuk menampal huruf blok.Kamal dan Syakir menyiapkan folio. Kewangan Semua ahli kumpulan telah memberi RM 4 seorang kepada bendahari untuk membeli barangan bagi menyiapkan folio ini.

TINDAKAN Pengerusi

2

Naib Pengerusi

3

Setiausaha

4

Jadual perancangan projek Kami telah membuat jadual perancangan projek dan perancangan aktiviti,dengan adanya ini segala yang perlu dibuat akan berjalan dengan lancar. Kesimpulan Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang ke mesyuarat ini. Setiausaha

5

Pengerusi

Tajuk : Kata-kata hikmah

NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AKTIVITI Perlantikan ajk Mesyuarat pertama Mencari maklumat Persediaan alatan Pelaksanaan projek Pelaksanaan projek Pelaksanaan projek Jadual perancangan projek Minit mesyuarat Menyediakan laporan

MEI

JUN

JULAI

OGOS

Mempengerusikan mesyuarat. Pengerusi Mengagihkan tugas kepada ahli.

Naib pengerusi

Menolong pengerusi

Menyediakan laporan Setiausaha Merancana minit mesyuarat Bendahari Menyediakan perbelanjaan

BIL PERKARA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

BULAN Perlantikan AJK Mesyuarat pertama Mencari maklumat Persediaan alatan Pelaksanaan projek Pelaksanaan projek Pelaksanaan projek Jadual perancangan projek Mesyuarat kedua Minit mesyuarat Menyediakan laporan

MEI

JUN

JULAI

OGOS

Perancangan: Perancangan untuk menjalankan projek ini telah bermula sejak awal bulan Mei. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna.Pemilihan projek kata-kata hikmat ini dicadangkan oleh guru berdasarkan aktiviti yang dicadangkan.Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat di dalam kelas kami yang kosong dan kelihatan tidak menarik dan tidak ceria.Kami menyedari bahawa menghias bahagian dinding dalam kelas kami dengan kata-kata hikmat ialah suatu idea yang menarik dan bernas selain dapat memberi semangat dan dorongan kepada para pelajar. Projek kata-kata hikmat ini adalah satu jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah dinding kelas yang kosong dan kelihatan tidak begitu ceria. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek kata-kata hikmah ini.Persetujuan pengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek tersebut.Kami telah dibimbing oleh guru matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Siti Rozana Mohd Zain. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan.Agihan tugas dan tanggungjawab yang adil telah diberikan setiap ahli kumpulan bagi melicinkan projek ini.Manakala anggaran pendapatan ini dan perbelanjaan ini dibuat agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan.

Kerja amali: Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan di dalam kelas dan mengenalpasti tempat pembinaan dinding khas seminggu sebelum projek dijalankan. Bahan-bahan projek telah disediakan oleh guru penasihat. Pada hari projek dijalankan, ahli kumpulan kami bekerjasama untuk membantu menbuat kata-kata hikmat tersebut.Huruf yang berukuran lebih kurang (6 atau 8 centimeter dan panjang 10 centimeter).Kami berasa sungguh gembira dan bangga akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan jayanya.Para pelajar turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang diambil oleh kami untuk menghiasi dinding kelas kami.

Pendapatan dan perbelanjaan projek kata-kata hikmat Pendapatan RM Perbelanjaan RM

Sumbangan setiap ahli

RM 2.00 x 4 orang

Photostat kertas kerja Print folio Binding folio Beli folio

RM 2.00

RM 3.00 RM2.00 RM 3.00

Jumlah

RM 8.00

Jumlah

RM 8.00

Refleksi : Setiap ahli kumpulan diminta menilai projek yang dijalankan dari awal hinggalah ke penghujung projek sivik ini.Kami telah membuat refleksi diri dari aspek kaedah,kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang projek kata-kata hikmat.Kami juga memberi pandangan atau cadangan untuk menambah baik pelaksanaan projek bagi menghias dan mencantikkan lagi kelas kami yang serba kekurangan dari aspek keceriaan, kebersihan dan sebagainya.Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan perlaksanaan projek ini. Pada keseluruhan projek ini,projek kami telah berjaya disiapkan.Ini disebabkan oleh setiap ahli kumpalan telah berjaya menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan baik.Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan,kami merumuskan bahawa banyak faedah semasa menjalankan projek kata-kata hikmat.Antaranya ialah : Mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat. Mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan dengan teratur dan lancar. Memahami peraturan-peraturan mesyuarat atau perjumpaan. Mencatat setiap minit mesyuarat dengan lengkap dan kemas. Berasa lebih yakin semasa bertutur dengan orang luar atau orang dewasa. Memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau kerja berkumpulan.

Di samping itu,kami juga dapat mengenal pasti masalah semasa menjalankan projek ini. Antaranya : Sukar mencari masa yang sesuai dan tempat yang strategik untuk mengadakan mesyuarat atau perjumpaan. Kerenah ahli-ahli melambatkan lagi kerja-kerja untuk menyiapkan projek ini.

Projek ini telah berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya ada beberapa masalah kecil.Ini kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama ahli kumpulan merupakan kunci kepada kejayaan projek ini.Dengan adanya bantuan bimbingan, tunjuk ajar dan semangat dari guru penasihat mendorong kami untuk berjaya. Pada masa akan datang kami mencadangkan supaya langkah-langkah lain diambil untuk membendung gejala sosial dan meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih menyayangi dan tidak merosakkan harta benda sekolah.Matapelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah dijadikan landasan kukuh bagi merawat gejala sosial ini.Pelajar hendaklah didedahkan kepada kesedaran sivik bagi membendung pelajar dari melakukan gegala sosial dan menyumbang kearah kesejahteraan masyarakat dan Negara.

Ahli kumpulan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah,guru-guru dan rakan sekelas kerana telah menolong dan memberi kerjasama untuk menjayakan projek ini. Akhir sekali,kami berharap projek kata-kata hikmat ini akan berkekalan sampai bila-bila dan memberi keinsafan kepada sesiapa yang membacanya.kami berasa sungguh gembira kerana telah menyumbangkan sesuatu kepada sekolah. Sekian, terima kasih.

(Mohd Kamal bin Bustami) Setiausaha, Projek kata-kata hikmat, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn.