folio sivik tokoh

Upload: nur-asiah

Post on 11-Jul-2015

14.742 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KANDUNGAN MUKASURATTajuk Kandungan Mukasurat Penghargaan Pendahuluan 1 Objektif 2 Kaedah Kajian 3 Biodata Tokoh Latar Belakang 5 Kerjaya Awal Dan Keluarga Kerjaya Politik Pencapaian Tun Dr Mahathir 10 Sumbangan Tun Dr Mahathir 15 Sebab-Sebab Saya Sanjungi Tun Dr Mahathir 22 Rumusan 25 6 8 4

Lampiran Rujukan

Mukasurat 2

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izin-Nya saya dapat menyiapkan Folio ini. Folio ini disediakan sebagai salah satu keperluan dalam silibus Pendidikan Sivik Tingkatan Dua. Tugas saya adalah untuk menjalankan kajian dan mencari maklumat untuk Kertas Kerja tentang Tokoh Yang Disanjungi. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru sivik saya, Cikgu Mohd Razif. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta bimbingan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu-bapa saya yang tidak jemu-jemu membantu dan memberi dorongan kepada saya selama ini. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan siber saya yang telah menyalurkan informasi dan banyak membantu saya membuat tinjauan, rujukan, dan sama-sama memberi saya cadangan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Nurul Izzati Bt Abdul Muthalib

Mukasurat 2

PendahuluanSaya, Nurul Izzati Bt Abdul Muthalib dari

Tingkatan 2 Intisor di SMKA (P) Al Mashoor, Pulau Pinang. Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Sivik yang mewajibkan setiap pelajar menjalankan kerja kursus. Tajuk kajian pendidikan sivik saya ialah Tokoh Yang Disanjungi. Negara kita sememangnya tidak ketandusan tokoh-tokoh yang dikagumi oleh rakyat. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang saya kagumi. Sebab saya memilih Tun Dr Mahathir adalah kerana Tun telah memberi banyak sumbangan dan menabur jasa kepada rakyat Malaysia. Tempoh masa yang saya gunakan untuk

menjalankan kajian ini ialah 2 minggu. Dengan adanya cuti penggal pertama ini, menggunakan masa sebaik menyiapkan kajian ini dengan jayanya.Mukasurat 1

saya telah untuk

mungkin

Objektif Kajian

Mengetahui Biodata Tokoh

Mengenalpasti Pencapaian Tokoh Di Persada Dunia Mengenalpasti sumbangan Tokoh kepada negara

Mengenalpasti jasa Tokoh

Mukasurat 2

Saya telah menggunakan beberapa kaedah mengumpul dan memperoleh maklumat diperlukan dalam kajian ini.

untuk yang

1.

Kaedah Rujukan

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan menelaah buku-buku, majalah-majalah dan surat khabar di perpustakaan. Selain itu, saya juga membuat rujukan di laman-laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai tokoh sanjungan saya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.2.

Kaedah Mencari

Saya telah mengumpul maklumat yang lebih mendalam mengenai Tokoh kesayangan saya melalui carian di Internet. Melalui pautan luar ini saya telah melihat blog tokoh dan mengkaji beliau dari pautanpautan yang lain.3.

Kaedah PemerhatianMukasurat 3

Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini Tokoh kebanggaan saya di dada-dada akhbar dan televisyen.4.

Kaedah Menganalisis Maklumat

.Saya telah menganalisis setiap maklumat dari setiap sumber untuk memastikan kesahihan maklumat dalam melengkapkan folio ini.

5.

Kaedah Temubual/Pertanyaan

Bagi mengetahui fakta yang lebih jelas mengenai tokoh, saya telah bertanya kepada guru sivik saya, ibubapa dan ahli keluarga saya.

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2003) Nama penuh Mohamad : Mahathir

Tarikh lahir : 20 Disember 1925 Bangsa : Melayu Agama : Islam Nama Bapa : Mohamad bin IskandarMukasurat 4

Nama Ibu : Wan Tempawan bin Wan Hanafi Nama Isteri : Siti Hasmah Mohd Ali Tempat lahir : 18, Lorong Kilang Ais , Seberang Perak,Alor Setar, Kedah Pendidikan : 1) Seberang Perak Sekolah Melayu

2) Kolej Sultan Abdul Hamid (lulus sijil tinggi pelajaran) 3) Kolej Edward IV Perubatan King

( dianugerah ijazah Muda Perubatan dan pembedahan)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( ) telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Tun Dr. Mahathir juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya adalah berbangsa Malayalee Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu.Mukasurat 5

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah untuk tempoh 2 tahun. Kemudian beliau sambung belajar di Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris di Alor Setar (kini Kolej Sultan Abdul Hamid) di mana ayahnya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah adalah anak Melayu pertama yang menjadi gurubesar sekolah tersebut pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sewaktu Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor

pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Mukasurat 6

Sekitar tahun 1954 hingga tahun 1957, Tun Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicine berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956. Beliau kemudian dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah : Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Mokhzani Mahathir Mukhriz Mahathir Maizura Mazhar Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.Mukasurat 7

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencanarencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Tun Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970. Selain daripada menulis, Tun Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Tun Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Tun Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Mukasurat 8

Tun Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Tun Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. BeliauMukasurat 9

menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Tun Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Tun Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolioMukasurat 10

pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Tun Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Pada 10 Julai, 1981 Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Tun Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Tun Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dariMukasurat 11

16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintahpemerintah lain di dunia. Selepas Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisiMukasurat 12

pendidikan. Kini semua diuruskan di bawah Pendidikan.

pusat pengajian tinggi Panduan Kementerian

Semasa pemerintahan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali. Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan duniaMukasurat 13

seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satusatunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syaratsyarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negaranegara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Tun Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan. Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.Mukasurat 14

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kirakira 22 tahun lalu. Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.Mukasurat 15

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Tun Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai. Selain projek kereta nasional, projek mega yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC),Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagaiMukasurat 16

sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Selepas persaraan Tun Dr Mahathir masih berkhidmat sebagai penasihat kepadadua industri yang palin g menonjol dalam dunia koperat iaitu Petronas dan Proton.

Mukasurat 17

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja. Rakyat Malaysia telah kehilangan pemimpin yang tulen dan berjiwa rakyat pada tahun 2003 apabila Tun Mahathir meletak jawatan setelah 25 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jasa Tun kepada Malaysia tidak dapat digambarkan dengan kata kata atau diterjemahkan 100% diatas kertas kerana ianya amatlah tidak ternilai kerana segenap golongan rakyat mendapat faedah dari dasar dasar politik dan ekonominya.

Mukasurat 18

Antara jasa jasa Tun yang perlu kita ingati walaupun sesetengah pihak memandang remeh perkara berikut:1. Menghalang IMF dari menguasai Malaysia pada tahun 1997 2. Menubuhkan Universiti Utara Malaysia di Kedah 3. Membina Jambatan Pulau Pinang 4. Membina Pusat Pentadbiran Putrajaya 5. Membina Lapangan Terbang KLIA 6. Mempertahankan tanah KTM di Singapura 7. Membangunkan Cyberjaya 8. Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) 9. Membangunkan industri automobil Malaysia (Proton, Innokom, dan lain-lain) 10. Membangunkan KLCC Twin Tower Wawasan 2020 Tun telah melancarkan Wawasan 2020 untuk rakyat Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 kelak. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang wira negara, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang. Wawasan ini ialah supaya Malaysia menjadi negara perindustrian yang setaraf dengan negara negara Eropah dan Barat amnya di mana taraf hidup rakyat akan meningkat dari segenap segi. Harapan Tun Dr Mahathir adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ekonomi dan Sumbangan SosialMukasurat 19

Memperkenalkan Konsep baru

pelbagai

Slogan,

Dasar

dan

Dasar Pandang Ketimur Dasar Penerapan nilai-nilai Islam Dasar Kependudukan 70 juta Wawasan 2020 Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah". Slogan Malaysia Boleh

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya. Dasar pandang Ke Timur Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladaniMukasurat 20

oleh rakyat demi meningkatkan menyemai etika kerja professional. Dasar Penswastaan

produktiviti

serta

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Penswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikatsyarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk MalaysiaMukasurat 21

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Penggerak Industri Permotoran Malaysia Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara. Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. SehubunganMukasurat 22

itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir Membaiki dan meningkatkan mutu sektor awam Mengubah masa kerja Mengarahkan penggunaan kad Mengarahkan penggunaan kad Melaraskan waktu antara Melayu dan Sabah, Sarawak perkhidmatan dalam perakam waktu tanda nama semenajung Tanah

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta. Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.Mukasurat 23

Memperkenalkan bandar pentadbiran moden di Putrajaya. Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'. Pencapaian bertaraf dunia Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang. Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projekMukasurat 24

prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia. Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia. Penulisan blog Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "TheMukasurat 25

Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya. Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

Mukasurat 26

Tun Dr Mahathir adalah wira Malaysia dengan semangat yang masih tidak luntur.Saya begitu kagum dengan pencapaian dan sumbangan yang ditaburkan oleh Tun kepada rakyat Malaysia. Sewajarnya setiap rakyat patut mencontohi semangat yang di tunjukkan oleh Tun sepanjang tempoh pemerintahannya dan dari segi pemikirannya. Sikap sikap yang patut di tauladani dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau pernah digantung keangotaan UMNO buat seketika tetapi masih sayangkan UMNO Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing untuk menguasai Malaysia dari segi ekonomi Membangunkan projek mega seperti KLCC dan Putrajaya yang dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara membangun yang progresif Membangunkan system pendidikan yang menyeluruh dan dapat meningkatkan golongan professional secara pantas dan berkesan Amat menepati masa didalam jadual hariannya. Tun berada di pejabat pada jam 8 pagi jika tiada urusan lainMukasurat 27

Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi membeli belah di pekan rabu walaupun bergelar Perdana Menteri Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh semua kaum tanpa mengira keturunan & agama Pantas dan berani membuat keputusan yang penting dan sukar seperti ketika kegawatan ekonomi 1997-2000 Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya dalam mengenal pasti peluang dan keperluan rakyat Malaysia. Contohnya semua projek yang dikatakan membazir oleh penentangnya seperti Jambatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA adalah salah sama sekali, sebaliknya membantu pembangunan Malaysia. Tetap menghormati semua pemimpin Malysia yang lepas walaupun beliau lebih menyerlah berbanding mereka Tidak mudah melatah atau tersinggung dengan komen komen yang tidak berasas terhadap dirinya atau ahli keluarganya Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau tidak memerlukan skrip untuk berhujah malah mampu mengalahkan pemimpin luar negara dari negara maju

Sewajarnya Tun Dr Mahathir dianggap seorang pemikir dan revolusiner. Tun Dr Mahathir ingin perubahanMukasurat 28

berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Beliau inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri. Tun Dr Mahathir memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkahlangkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%). Tun Dr Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Tun Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikatsyarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.Mukasurat 29

Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali latar belakang, pencapaian dan sumbangan Tokoh Kebanggaan bukan hanya saya malah berjuta rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Saya begitu bangga dan rasa bersyukur bahawa di Negara Malaysia kita mempunyai tokoh yang dapat membangunkun Negara dan membuat pelbagai jasa kepada Negara kita. Seperti yang sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22Mukasurat 30

tahun. Sepanjang masa perkhidmatan beliau telah menaikkan dan mengharumkan nama negara Malaysia. Sikap positif yang telah ditunjukkan oleh beliau ini sewajarnya diikuti oleh setiap pelajar. Beliau telah merealisasikan banyak impian yang ramai tidak jangkakan. Tanpa orang seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini. Sikap Malaysia Boleh harus ditanam dalam minda kita supaya kita mampu merealisasikan cita-cita kita. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan agar Negara Malaysia dapat menjadi teladan kepada Negara lain. Saya begitu bangga dan menyanjungi Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.

Mukasurat 31

Garis masa 1925 : Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember. 1945 : Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union. 1946 : Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan. 1953 : Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura; 1954 : Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star , Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.Mukasurat 32

1957 : Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar. 1964 : Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi. 1965 : Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO . 1968 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi. 1969 : Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya; o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai , berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman ; o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September . 1970 : Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu " (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak. 1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac ; o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). 1973 : Dilantik sebagai senator. 1974 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional; o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding; o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September . 1975 : Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO , selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi. 1976 : Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.Mukasurat 33

1978 : Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September ; o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981); 1981 : Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun , dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai , berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan; o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai , 1981 - 6 Mei , 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri; o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur ", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last"); o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur ; o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum; o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma) o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September , supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. 1983 : Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan -sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta , selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultansultan negeri masing-masing; o Menubuhkan PROTON , sebuah projek kereta nasional. 1986 : Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari ;Mukasurat 34

Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ; o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri; o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog , Presiden negara Israel . 1987 : Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April ; o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia. 1988 : Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi , termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi); 1990 : Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri. 1993 : Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri; o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan , selepas peristiwa Douglas Gomez ; o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC . 1997 : Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997 . 1998 : Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September ; o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November ;o

Mukasurat 35

Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore , Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia. o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri; o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) di Sepang , yang menelan kos sebanyak RM13 bilion ; o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia; o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME . 1999 : Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari , di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997; o Pembukaan rasmi Cyberjaya , sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia. 2001 : Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugastugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri. 2002 : Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains , mulai tahun 2003; o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO , tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan. 2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober , 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi , sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya; o Dianugerahkan sebagai Tun , pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.o

Mukasurat 36

2008 : Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama". Resigned as Prime Minister : 31th Oktober 2003

DOMESTIC AWARDS YEA NAME OF AWARD STATE R 2003 S.M.N Malaysia Seri Maharaja Mangku Negara 2003 D.K Selangor Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor 2003 D.S.B.S. Sarawak, Malaysia Darjah Satria Bintang Sarawak 2003 D.K. Kedah, Malaysia The Most Honourable Order Of The Royal Family Of Kedah 2002 D.K. Kelantan, Malaysia The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Kelantan 1997 Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Perlis, Malaysia Outstanding Award 1997 S.S.A.P. Pahang, Malaysia Knight Commander Of The Sultan Ahmad Shah 1996 Fellowship of The International College ofMalaysia Surgeons 1996 Anugerah Cemerlang Perlis, Malaysia 1995 D.K. Perlis, Malaysia The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Tuanku Syed Putra 1994 Wira Keadilan Pasir Mas Foundation 1992 Melaka Historical City's Honorary CitizenMelaka Award 1991 Wira Nusa Raya UMNO, Sabah 1989 D.K.(I) Johor, Malaysia The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Johor 1988 D.U.K. Kedah, Malaysia Kedah Order Of Merit 1985 'FAR', Father of Modern Development By thePasir Salak Pasir Salak UMNO Division 1985 P.I.S Johor, Malaysia Sultan Ibrahim Medal I 1982 D.U.N.M Melaka, Malaysia Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Melaka

Mukasurat 37

1982 S.S.M.T Terengganu Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu 1982 D.K.N.S Negeri Sembilan, The Most Esteemed Order Of The RoyalMalaysia Family Of Negeri Sembilan 1981 D.U.P.N Pulau Pinang, Malaysia Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Pulau Pinang 1981 S.P.N.S Negeri Sembilan, Knight Commander Of The Most HonourableMalaysia Order Of Negeri Sembilan 1981 S.P.D.K Sabah, Malaysia Seri Panglima Darjah Kinabalu 1981 S.P.C.M Perak, Malaysia Seri Paduka Cura Si Manja Kini 1980 D.P.Sarawak Sarawak, Malaysia Dato Patinggi Bintang Kenyalang 1979 S.P.M.J. Johor, Malaysia Dato' Seri Paduka Mahkota Johor 1978 S.P.M.S. Selangor, Malaysia Seri Paduka Mahkota Selangor 1977 D.S.D.K. Kedah, Malaysia Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah 1977 SSAP Pahang, Malaysia 1976 The Second Tun(Dr) Ismail Oration AcademyMalaysia of Medical 1965 Pingat Perak Perak, Malaysia Source : Jabatan Perdana Menteri

Mukasurat 38