8025036 folio sivik kewarganegaraan tingkatan 1complete all theme

Upload: dinesh-raju

Post on 19-Jul-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Folio Sivik & KewarganegaraanTingkatan 1

SMK Aminuddin Baki, Chemor

Nama Pelajar : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin Kelas ; 1 Sekolah Guru Pembimbing : Pn. Alina

ISI KANDUNGAN1. Penghargaan 2. Tema 1 : Pencapaian Kendiri Hasil & Aktiviti Untuk Pencapaian Kendiri Projek Pencapaian Kendiri : Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Diri 3. Tema 2 :Hubungan Kekeluargaan Hasil & Aktiviti Hubungan Kekeluargaan Projek Hubungan Kekeluargaan : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan 4. Hasil Pembelajaran Untuk Kedua-dua Tema

Tema 1 : Pencapaian KendiriIdentiti Diri Potensi Diri Penyelesaian Konflik Pengaruh Rakan Sebaya Berdasarkan tajuk-tajuk di atas, saya dapati bahawa saya dapat: Mengenal pasti potensi diri dan langkah-langkah untuk mengembangkan potensi diri Menghuraikan kepentingan memilih rakan yang bijak Berkeupayaan mengembangkan potensi diri Bijak memilih rakan Membuat keputusan yang bijak dalam menangani pengaruh negatif Mempunyai keyakinan diri Menjaga maruah diri dalam pergaulan dengan orang lain Antara aktiviti yang dijalankan oleh guru saya untuk pembelajaran ini adalah: Menulis diari atau puisi untuk melahirkan perasaan Membuat kajian mudah tentang kerjaya masa depan Mengumpul maklumat tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing Mengenal pasti tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara mengatasinya Melakonkan tingkah laku asertif untuk menangani pengaruh negatif

Projek Tema 1 : Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Diri

Disediakan oleh : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin Penasihat Projek : Pn. Alina

ISI KANDUNGANPengenalan Kepada Penjagaan Kesihatan Jenis-jenis penyakit Punca penyakit Pendorong penyakit Cara-cara mengatasi Cara-cara menghindari Rumusan penyakit pada masa kini Perawatan Penyakit Jenis rawatan Jenis ubat-ubatan Merawat secara tradisional Merawat menggunakan peti pertolongan cemas Merawat secara sendirian Rumusan rawatan penyakit Pencegahan dari Penyakit Asal-usul penyakit Kehidupan pesakit Taktik pencegahan penyakit Keselamatan Diri Pengenalan Tanda-tanda bahaya Tanda-tanda yang harus diikuti Cara perlindungan diri

Peraturan Keselamatan Diri Jenis Pemakaian Keadaan diri Tidak terlalu tergesa-gesa Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling Pencegahan Kemalangan Diri Berada di tempat yang betul Mematuhi perturan yang ditetapkan Mengikuti arahan dari pihak yang tertentu Mengambil langkah berjaga-jaga

Pengenalan Kepada Penjagaan Kesihatan Jenis-jenis penyakit Terdapat pelbagai jens penyakit yang terdapat di Malaysia. Sesetengah penyakit ini hanya merebak melalui generasi, cecair dan gas yang dihasilkan oleh pesakit. Penyakit yang berbahaya juga boleh merebak seperti cara tersebut. Jikalau tidak dirawat dengan segera, ia booleh mengundang maut. Antara contoh penyakit yang disebarkan melalui generasi ialah ; resdung, kencing manis dan sebagainya. Contoh penyakit disebarkan cecair ialah ; Selesema, batuk dan sebagainya. Bagi penyakit disebarkan gas ialah ; kanser paru-paru(melibatkan perokok), asma dan sebagainya. Penyakit seperti contoh diberikan tadi sebahagiannya adalah sangat berbahaya dan boleh mengundang maut jikalau tidak dirawat dengan segera. Temu janji dengan doktor untuk memeriksa tahap bahaya atau kroniknya penyakit tersebut adalah satu langkah yang boleh mencegah penyakit tersebut untuk bersebar ke seluruh tubuh pesakit. Penyakit juga boleh ditimbulkan dengan keadaan sekeliling yang semakin meningkat dan berpesat. Sektor pembangunan yang besar telah menyebabkan kadar pencemaran di Malaysia ini meningkat dan membolehkan penyebaran penyakit dengan lebih menular. Punca Penyakit Telah dinyatakan bahawa punca utamanya adalah disebabkan oleh perkembangan ekosistem dalam emnjayakan misi Malaysia untuk mencapai cita-cita rakyat Malaysia itu sendiri. Akibat daripada penggunaan bahan yang mencemarkan udara serta persekitarannya telah membuatkan keadaan yang tidak lagi bersih. Negara yang maju dan bersih juga diinginkan oleh rakyat Malaysia yang sentiasa inginkan masa depan anak-anak mereka yang cerah. Dalam menjayakan cita-cita negara, perlu dimain peranan juga aspekaspek kebersihan negara yang tercinta. Penyakit yang semakin menular ke seluruh Malaysia harus dihentikan dengan segera.

Pendorong Penyakit Pendorong kepada semua penyakit adalah tertakhluk kepada diri pesakit itu sendiri. Pendorong penyakit yang dilakukan oleh pesakit tanpa henti membolehkan penyakit itu merebak ke seluruh anggota badan pesakit tanpa disedari oleh pesakit itu sendiri. Langkah untuk berhenti melakukan perkara yang mendorong penyakit adalah satu jalan alternatif untuk memberhentikan pembiakan penyakit tersebut serta dapat menghapuskan penyakit tersebut dengan mudah jikalau diambil tindakan dengan segera. Cara-cara Mengatasi Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi penyakit yang berjnagkit kepada diri seseorang pesakit itu. Misalnya peakit itu menghidap penyakit Kencing Manis, pesakit tersebut perlu berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat penawar penyakit Kencing Manis. Ubat ini bertindak dengan mengurangkan jumlah gula di dalam darah pesakit tersebut dengan pantas. Penyakit ini akan sembuh dalam masa 1 bulan jikalau pesakit telah mengambil tindakan awal untuk mengatasi penyakit tersebut. Dengan pengambilan ubat penawar penyakit, pesakit dapat merawat penyakitnya jika pesakit mengamalkan pengambilan ubat serta aktiviti yang dijalankan dengan selalu. Rumusan Penyakit Pada Masa Kini Penyakit di era globalisasi ini memang banyak menular di kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit seperti Kencing Manis, Obesiti, Sakit Buah Pinggang sememangnya sering berlaku di kalangan kita. Prestasi kesihatan rakyat Malaysia juga berkurangan akibat pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu. Oleh itu, penyakit yang semakin merebak di kalangan kita mesti dihentikan dengan segera terutamanya penyakit yang mudah berjangkit melalui generasi, udara dan lain-lain. Aktiviti yang sihat dapat mengekalkan keseimbangan kesihatan seseorang manusia. Jadi, kesihatan diri amat penting untuk melaksanakan aktiviti.

Perawatan Penyakit Jenis Rawatan Untuk mengekalkan atau mengembalikan kesihatan seseorang itu, terdapat pelbagai taktik dan cara rawatan bersesuaian untuk merawat penyakit tersebut. Rawatan yang lebih maju di zaman sekarang telah banyak membantu semua pesakit yang menderita tentang penyakit mereka. Tetapi, masih juga di antara kita yang masih menggunakan taktik lama atau tradisional untuk merawat seseorang itu. Taktik tradisional ini juga berkesan untuk merawat penyakit di zaman sekarang. Bagi sesetengah pihak, rawatan tradisional ini mesti dikekalkan untuk dibuat rujukan oleh doktordoktor yang inginkan ketepatan untuk merawat sesebuah penyakit tersebut. Jenis Ubat-ubatan Setiap penyakit mesti ada penawarnya,itulah yang sering diungkapkan oleh beberapa pakar kesihatan yang bersusah payah untuk mencari penawar sesebuah penyakit tersebut. Ubat yang di buat oleh doktor dan saintis telah banyak membantu pesakit untuk menghentikan penyakit yang merebak ke dalam diri pesakit itu sendiri. Ubat yang dirumus khas oleh para saintis dan doktor telah digunakan oleh semua pesakit. Ubat yang mengandungi ekstrak herba semula jadi, tumbuh-tumbuhan amat digunakan oleh pesakit kerana dipercayai keasliannya untuk menyembuhkan penyakit mereka. Merawat Secara Tradisional Cara rawatan secara tradisional masih dikekalkan sampai sekarang. Rawatan ini yang sememangnya berkesan menarik perhatian orang ramai untuk merawat secara tradisional. Para doktor juga sedang mengkaji tentang keupayaan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit pesakit tersebut dan akan menggunakan cara tersebut untuk rawatan di hospital nanti. Rawatan tradisional yang sering menggunakan herba asli dan

tumbuh-tumbuhan amat selamat dengan keadaan pesakit itu kerana herba tersebut mempunyai satu ekstrak penyembuhan yang dapat mengurang penyebaran penyakit itu dan memusnahkan penyakit itu dengan mudah. Segelintir masyarakat kota tidak menukai rawatan tradisional ini kerana ubat-ubatan yang pahit dan kelat harus dimakan atau diminum untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Merawat Menggunakan Peti Petolongan Cemas(First Aid Kit) Menyimpan Peti Pertolongan Cemas adalah diharuskan di setiap rumah untuk merawat kemalangan yang ditimpa sementara menunggu kehadiran Ambulans untuk mengambil pesakit. Peti tersebut juga harus mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk di gunakan dalam apa-apa keadaan. Kekurangan kelengkapan dalam peti tersebut boleh melambatkan pertolongan sementara kepada pesakit tersebut. Penggunaan yang betul boleh mengurangkan kesakitan pesakit terhadap penyakit tersebut. Peti ini boleh dibeli di Klinik, Hospital atau apa-apa farmasi dan pasaraya dengan harga yang murah serta lengkap kelengkapannya. Merawat Secara Sendirian Rawatan secara sendiri boleh dilakukan dengan cara-cara yang tertentu. Cara-cara untuk melakukan rawatan secara senidiri ini boleh didapati melalui buku, temu ramah doktor atau apa-apa sumber yang berkenaan. Rawatan secara sendirian ini mesti dilakukan dengan berhati-hati oleh sebab ketiadaan orang lain untuk membantu diri kita sendiri. Rawatan ini sukar dilakukan dan hanya terdapat beberapa orang saja yang mengetahui cara untuk menjalankan rawatan ini. Nasihat dari doktor amat penting agar rawatan yang kita lakukan tidak terdapat apa-apa kesilapan yang boleh mengundang masalah yang serius. Rumusan Rawatan Penyakit Rawatan penyakit pada masa sekarang sememangnya canggih dan menepati kehendak manusia. Tetapi terdapat juga rawatan moden

ini yang tidak menyembuhkan atau tidak berjaya untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Rawatan tradisional yang mungkin boleh membaiki kesilapam penggunaan rawatan moden ini harus dikekalkan agar dapat kita mempelajarinya dengan lebih mudah difahami oleh sebab ubat-ubatan yang mempunyai ekstrak tumbuh-tumbuhan dan pelbagai sumber bumi lagi. Oleh itu, amat penting untuk mengekalkan rawatan tradisional selain mendapat manfaatnya.

Pencegahan Daripada Penyakit Asal-usul Penyakit Penyakit mempunyai asal-usulnya yang spesifik. Ia boleh bermula dengan pelbagai jenis sumber. Sumber utamanya adalah bakteria yang menjadi faktor perkembangan serta penyebarannya. Penyebarannya yang mungkin tidak memerlukan banyak masa menyebabkan kita harus mempunyai sistem pertahanan diri yang kuat agar dapat menghalang bakteria dan kuman ini daripada masuk ke dalam badan kita sendiri. Pengekalan keseimbangan kesihatan badan juga boleh membantu untuk menghalang dan menghapuskan makhluk yang sukar dilihat melalui mata kasar ini. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini bergangtung kepada jenis bakteria itu sendiri. Kehidupan Pesakit Kehidupan sebagai seorang pesakit di hospital mahupun di rumah amat membebankan terutama apabila kita tidak boleh menjalankan apa aktiviti yang kita minati. Bebanan yang kita rasakan di dalam diri kita sendiri menghalang diri kita untuk melakukan apa-apa aktiviti yang kita mahu lakukan. Walau bagaimanapun, aktiviti yang kita lakukan dengan sedikit dan selalu kita lakukannya dapat meningkatkan kecergasan badan. Melalui kaedah ini, sistem pertahan pesakit dapat dibina semula dan diperkukuhkan lagi jika pesakit mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor. Dengan adanya aktiviti yang dilakukan, kita dapat membentuk sistem pertahan diri yang lebih kuat. Taktik Pencegahan Penyakit Pelbagai taktik untuk mencegahkan diri daripada terjebak dalam penyakit tersebut. Antaranya adalah ; melakukan senaman, sentiasa mengambil diet yang sihat, sentiasa memastikan kebersihan diri, dan pelbagai lagi. Pengambilan multivitamin yang mungkin boleh menigkatkan tahap kesihatan diri kita boleh membuatkan pencegahan kepada apa-apa penyakit dapat

diteruskan tanpa rasa risau dan ragu. Pemeriksaan yang sentiasa dijalankan sekurang-kurangnya dua bulan sekali membolehkan kita mengetahui tentang status kesihatan kita dan dapat kita mengambil sedikit nasihat daripada doktor pakar atau doktor yang berkenaan.

Keselamatan Diri Pengenalan Keselamatan diri amat penting dalam perkembangan diri sendiri. Pengambilan langkah berjaga-jaga dapat mengekalkan kenormalan seseorang manusia itu. Diri kita yang berharga ini mesti dijaga dengan baik agar mendapat masa depan yang lebih cerah dan mendapat peluang keemasan yang lebih banyak lagi. Nasihat yang diberi oleh orang lebih tua daripada kita harus diikuti agar keadaan diri yang normal dapat dikekalkan sampai bila-bila. Penting untuk kita memastikan keselamatan orang lain juga agar kita dapat hidup dengan cara hidup yang lebih normal dan tidak mempunyai masalah untuk menghadapi dunia sebenar. Tanda-tanda Bahaya Memang terdapat pelbagai tanda-tanda bahaya di Malaysia. Antaranya ialah :

Tanda-tanda Yang Harus Diikuti Tanda-tanda yang harus diikuti antaranya ialah :

Cara Perlindungan Diri Cara yang paling mudah untuk melindungi diri dari orang yang tidak dikenali adalah dengan menggunakan ilmu taekwando. Ilmu taekwando ini memang sering digunakan dalam seni mempertahankan diri. Selain taekwando, kita juga boleh mempelajari silat dan lain-lain lagi. Untuk melindungi diri daripada

kemalangan jalan raya adalah dengan memakai pakaian yang berkilauan agar pemandu kenderaan nampak anda berada di hadapan mereka. Untuk lebih selamat pastikan anda memakai baju berpantul cahaya lengkap dengan topi,seluar dan kasut yang mungkin dijual.

Peraturan Keselamatan Diri Jenis Pemakaian Untuk lebih selamat amat dicadangkan untuk memakai pakaian yang cerah serta mampu membalikkan atau mempantulkan cahaya pada waktu malam agar anada mampu dilihat di dalam keadaan yang gelap. Anda juga harus sentiasa memakai peralatan keselamatan seperti alat perlindungan siku, lutut serta muka seperti anda ingin menaiki basikal. Peralatan ini juga boleh membantu anda untuk menahan impak daripada jatuhan badan ke tanah dengan kuat. Lebih selamat anda memakainya di dalam baju untuk lebih menyerap impak yang dihasilkan oleh badan kita sendiri. Keadaan Diri Diri yang sihat membolehkan kita untuk memastikan keselamatan diri semasa berada di luar rumah. Diri yang sihat amat penting untuk menjaga diri agar tidak berada dalam keadaan yang merbahayakan diri sendiri terhadap keadaan keselamatan yang sememangnya tidak selamat di zaman sekarang. Sememangnya, keadaan diri yang tidak sihat boleh mengundang kepada kemalangan diri yang lebih boleh mengundang maut. Untuk lebih berhati-hati, pastikan diri anda sudah berada pada tahap yang boleh tahan kepada keadaan di luar rumah serta jangan lupa untuk mengambil ubat penahan jika perlu. Tidak Terlalu Tergesa-gesa Sifat tergesa-gesa adalah sifat yang menjadi punca kepada kemalangan diri yang sering berlaku. Perkara sedemian memang sudah banyak kali menimbulkan kemalangan diri serta kemalangan jalan raya. Bagi orang dewasa pula, sifat tergesa-gesa untuk ke tempat kerja mengundang kepada kemalangan jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Keadaan lalu lintas yang teruk boleh menyebabkan lebih banyak orang yang akan ketinggalan masa untuk pergi bekerja. Bukan kita saja yang lambat malah

ramai lagi yang akan menerima nasib yang sama. Sifat tergesagesa haruslah sentiasa dikawal agar tiada apa-apa yang buruk berlaku. Sentiasa Memerhatikan Keadaan Sekeliling Kita harus sentiasa mengawasi diri kita sendiri seperti mana ibu bapa kita mengawasi dan memerhatikan kita. Keadaan sekeliling yang mungkin semakin bahaya sekarang boleh menyebabkan kecelakaan seseorang itu mahu pun seorang dewasa. Amat penting bagi kita untuk mengawasi diri kita sendiri agar tidak cedera mahupun celakaan akibat kemalangan atau insiden yang berlaku ke atas diri kita sendiri. Mata kita harus sentiasa mengawasi tingkah laku yang kita buat agar apa yang kita buat tidak menyebabkan kecelakaan diri sendiri atau kecelakaan orang lain. Oleh itu, amat penting kita mengawasi apa yang berlaku sekeliling sebelum bertindak.

Pencegahan Kemalangan Diri Berada di Tempat Yang Betul Untuk memastikan keselamatan kita terjamin, kita harus sentiasa berada di tempat yang betul agar kita tidak menerima apa-apa musibah dan kecelakaan. Tempat yang betul maksudnya tempat yang mempunyai orang ramai, tidak tertutup tempatnya serta sentiasa di awasi oleh orang yang bertugas di tempat tersebut. Tempat dimana semuanya saling memerhatikan antara satu sama lain adalah satu tempat yang selamat kerana jikalau ada apa-apa yang hendak berlaku kepada seseorang itu, orang yang memerhatikan beliau dapat memanggil untuk memberitahunya tentang sesuatu hendak berlaku ke atas diri beliau. Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai peraturan sama seperti negara lain. Peraturan-peraturan ini harus dipatuhi agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Misalnya di sekolah, setiap sekolah mempunyai peraturan bahawa tidak boleh membawa benda tajam. Jikalau pelajar membawa benda tajam misalnya pisau, pembawa tersebut mungkin tidak sengaja tertikam rakannya sendiri. Dan ini boleh disabit kesalahan dan mungkin akan dikira sebagai kes bunuh. Kejadian tersebut memang akan berlaku juga jikalau rakyat Malaysia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mengikuti Arahan Dari Pihak Yang Tertentu Tidak semestinya kita harus mengikuti semua arahan yang disuruh orang. Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh kita ikuti arahannya seperti guru, ibu bapa, pihak atasan, polis dan lain-lain. Orang-orang seperti ini mempunyai kuasa untuk menyuruh dan menegur rakyat biasa yang membuat kesalahan atau kesilapan. Malangnya, ada diantara kalangan kita yang mengambil kesempatan menyamar sebagai orang pihak atasan semata-mata untuk bersuka-suka dan menghilangkan kepercayaaan orang ramai

terhadap pihak-pihak atasan. Perkara seperti ini mungkin akan diberhentikan dengan segera oleh pihak-pihak yang berkenaan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Mengambil Langkah Berjaga-jaga Memang pada saat ini kita memerlukan perlindungan yang lebih agar diri kita sentiasa dilindungi daripada apa-apa musibah atau kecelakaan. Mengambil langkah berjaga-jaga adalah satu jalan alternatif untuk melindungi diri daripada kecelakaan yang berlaku akibat apa yang kita lakukan sebelumnya. Kecelakaan ini harus di elakkan agar sifat kenormalan diri kita sendiri sentiasa kekal.

Tema 2 : Hubungan KekeluargaanKeluarga Bahagia Saling menyayangi Hubungan yang mesra dan akrab Saling membantu Kesihatan keluarga Berdasarkan tajuk di atas, saya mendapati bahawa saya dapat : Menerangkan ciri-ciri keluarga bahagia Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab antara anggota keluarga Mengamalkan adab dan tatasusila dalam keluarga Mengamalkan gaya hidup keluarga yang sihat Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan anggota keluarga Menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga Antara aktiviti yang dijalankan oleh guru saya untuk pembelajaran ini adalah : Menulis surat atau menghasilkan kad untuk meluahkan perasaan kasih sayang dan mengucapkan terima kasih Menghasilkan puisi/poster yang bertemakan keluarga bahagia Melakonkan cara membantu anggota keluarga di rumah Membuat catatan peristiwa kehidupan yang berkaitan dengan keluarga bahagia Merancang dan menulis menu mingguan yang sihat untuk keluarga Membincang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan diri dari perspektif kesejahteraan keluarga.

Projek Tema 2 : Profil keluarga asas dan keluarga kembangan

Disediakan oleh : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin Penasihat projek : Pn. Alina

ISI KANDUNGANProfil Keluarga Pengenalan Profil Ahli Keluarga Sedikit Budi Bicara Ahli Keluarga Rumusan Keluarga Kembangan Pengenalan Sedikit Pengenalan Keluarga Kembangan Carta Keluarga Kembangan(Carta Keluarga) Budi Bicara dari Beberapa Ahli Keluarga Kembangan Rumusan Keluarga Kembangan

Profil Keluarga Pengenalan Setiap manusia yang hidup di dunia ini mempunyai profilnya yang tersendiri. Setiap manusia mempunyai profil yang berbeza kerana mungkin mengikut kesesuaian dari segi pemikiran, fizikal, dan rohani. Profil yang sama mungkin akan membuatkan orang tersebut berasa tidak sunyi daripada orang lain. Profil-profil ini sememangnya boleh ditukar tetapi mempunyai hadnya yang tersendiri. Sesetengah negara membolehkan rakyatnya untuk menukar profil mereka. Yang sering ditukar adalah nama rakyat tersebut. Jadi, profil yang kita ada ini mungkin boleh membimbing kita ke perjalanan yang kita minati. Profil Ahli Keluarga Setiap ahli keluarga juga mempunyai profil yang tersendiri. Di muka surat seterusnya akan dipaparkan profil ahli keluarga saya.

Nama : Amiruddin bin Mukhtar Tarikh lahir : 26 Julai 1966 Tempat kelahiran : Kg. Gajah, Perak Pekerjaan : Penjaja Hobi : Membaca surat khabar Cogan kata : Usaha tangga kejayaan

Nama : Dermawan binti Abdul Wadood Tarikh lahir : 28 Julai 1968 Tempat kelahiran : Simpang Pulai, Perak Pekerjaaan : Guru Hobi : Membaca buku Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Cogan kata : Di mana ada masalah, di situlah ada penyelesaiannya

Nama : Luqman Hakim bin Amiruddin Tarikh lahir : 8 Febuari 1994 Tempat lahir : Hospital Pakar Ipoh, Perak Status : Pelajar Sekolah Menengah Hobi : Menonton televisyen Cita-cita : Saintis(Biologi) Cogan kata : Hendak seribu daya, tidak hendak seribu alasan Tokoh : Dr. Tengku Asmadi

Nama : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin Tarikh lahir : 2 April 1995 Tempat lahir : Pusat Perbidanan Sungai Petani, Kedah Status : Pelajar sekolah menengah Hobi : Bermain komputer(melayari internet) Cita-cita : Jurutera ICT, Saintis(Teknologi & Biologi) Cogan Kata : Ilmu untuk difahami, bukan dihafal tapi tidak memahaminya Tokoh : Steve Job, Bill Gates dan lain-lain

Nama : Farhanah Husna binti Amiruddin Tarikh lahir : 19 September 1996 Tempat lahir : Pusat Perbidanan Sungai Petani, Kedah Status : Pelajar sekolah rendah Hobi : Membaca buku Cita-cita : Juruhias dalaman Cogan kata : Kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan luaran Tokoh : Eric Leong

Nama : Alif Imran bin Amiruddin Tarikh lahir : 25 April 1998 Tempat lahir : Pusat Bersalin Hasanah, Ipoh Hobi : Menonton televisyen Cita-cita : Saintis(Angkasa) Cogan kata : Anugerah yang Tuhan berikan harus diterokai dengan ilmu yang dipelajari Tokoh : Ishak Al-Khindi

Sedikit Budi Bicara Ahli Keluarga Luqman- Saya berasal dari sini(Ipoh). Saya merupakan abang yang sulung dalam adik-beradik. Saya lebih sukakan keadaan yang tenteram dan damai. Pada waktu lapang saya selalunya menonton televisyen atau pun bermain badminton. Saya jenis orang yang mungkin cerewet sikit dalam memilih barangan. Pada pandangan saya, keluarga merupakan seperti peti soal jawab soalan. Mungkin tidak semua yang mempunyai keluarga yang diidamkan tapi inilah takdir yang telah Tuhan tetapkan untuk kita semua. Sehubungan itu, hormatilah ahli keluarga yang lain sementara mereka maish hidup di dunia ini. Cell tidak akan berkembang selagi tiada hubungan sesama cell itu sendiri. Mustaqim- Saya memang berasal dari Kedah tapi saya tidak pernah untuk pergi ke sana melihat atau melawat tempat di mana rumah lama kami di sana. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga ini. Saya boleh juga dianggap sebagai Gila Tekno disebabkan minat yang mendalam tentang teknologi zaman sekarang. Saya memang sukakan warna semula jadi dan keadaan yang lebih semula jadi. Sebagai seorang manusia, saya inginkan keadaan yang indah dan penuh dengan alam semula jadi. Saya sebagai anak, amat bersyukur dapat berada dalam keluarga ini. Walaupun terdapat suka duka, saya tetap memahami keluarga saya ini. Bagi saya, walaupun kita kaya semanapun jikalau tiada keluarga tiada maknanya. Keluargalah satu-satunya tempat meluahkan perasaan walaupun terdapat beberapa orang yang tidak setuju dengan pendirian saya ini tapi saya mengaku bahawa tidak semua keluarga yang meahu mendengar luahan perasaan kita. Ada segelintir yang hanya meluahkan perasaan kepada rakan baik yang sentiasa memahami diri kita sendiri. Kepada semua keluarga di luar sana, dengarlah luahan hati kami dengan penuh ikhlas. Akhir kata, komputer tidak akan lengkap tanpa processor, chip dan board

sama seperti anak yang tiada dorongan ibu bapa dan sesiapa pun.

Husna- Saya anak ke tiga dalam keluarga ini. Memang sunyi sebab tiada adik perempuan dalam keluarga ini untuk menemani saya. Oleh disebabkan itu, saya menjadi seorang pelajar yang pendiam di sekolah dan memang agak sukar mencari rakan di sekolah. Mengambil masa untuk berkenalan dengan rakan baru. Saya amat berminat dengan hiasan dalaman rumah kerana saya sukakan keadaan yang kemas, cantik dan mempunyai ciri-ciri yang ekszotik apabila dipandang. Saya sentiasa membeli majalah yang diterbitkan oleh Eric Leong, seorang Juruhias Dalaman juga. Beliau mengendalikan rancangan realiti, Casa Impian dengan memperhias rumah pelanggan yang bertuah. Walaupun saya masih terlalu muda untuk menceburi bidang tapi apa salahnyakan? Bagi diri saya sendiri, keluarga yang bahagia dapat membentuk aura yang cerah untuk perkembangan anak-anak di masa hadapan nanti. Alif- Saya sebagai adik paling bongsu amat menghormati abang dan kakak saya sendiri. Walaupun saya pernah bersikap kurang ajar kepada mereka, saya akan sentiasa berdoa agar mereka akan dipanjangkan umur. Saya suka dengan keadaan yang sunyi tanpa apa-apa gangguan yang boleh mengganggu kehidupan saya serta kehidupan orang lain. Keindahan alam semesta sememangnya menarik perhatian saya untuk menceburi bidang yang mungkin agak sukar. Bagi diri saya, keluarga merupakan seperti sebuah galaksi dan di dalam galaksi tersebut mempunyai sistem-sistem tertentu mewakili anak yang penuh dengan memori mereka. Rumusan Keluarga merupakan hubungan yang paling rapat dengan kehidupan kita seharian. Tanpa hubungan yang dijalinkan antara ibu bapa kita, kita mungkin tiada di dunia ini sekarang.

Keluarga Kembangan Pengenalan Setiap keluarga berkait-kait antara satu sama lain dengan keluarga yang lain. Apabila semakin banyak hubungan dibuat antara keluarga dengan keluarga lain, ini boleh menyebabkan liputan keluarga yang besar. Keluarga kembangan yang sememangnya ada yang kita kenal dan ada yang kita tidak kenal cepat berkembang. Kadang kala, orang yang tidak disangkakan kita merupada keluarga kembangan kita sendiri. Carta Keluarga Kembangan(Carta Keluarga) Setiap keluarga mempunyai talian hubungannya sendiri. Talian hubungan ini sentiasa ditunjukkan dalm carta pokok keluarga.

Rumusan Keluarga Kembangan Keluarga kembangan sememangnya besar dan boleh mencapai keluarga orang yang kita tidak sangkakan sama sekali. Perkembangan keluarga yang semakin berkembang boleh menjadikan lebih banyak orang atau keluarga terlibat dalam keluarga kembangan ini.

Hasil Pembelajaran Untuk Kedua-dua TemaBerdasarkan pelajaran kedua-dua tema untuk pelajaran sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1, saya telah dapat banyak ilmu tentang penjagaan diri, pengurusan diri, hubungan keluarga dan hubungan sesama keluarga kembangan. Pelajaran yang banyak menumoukan tentang aspek diri sendiri serta hubungan keluarga yang meluas dapat mensedarkan saya tentang aspek-aspek tambahan dala mkehidupan seharian. Kehidupan yang sering berkait-kait ini harus ditunjukkan jalan yang benar agar apa yang kita lalui tidak mencapai perkara yang tidak diingini.