folio sivik bendera2 malaysia

49
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18, SHAH ALAM FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2012 KENALI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA, KAJIAN TENTANG BENDERA DAN JATA NEGERI. DISEDIAKAN OLEH: NAMA: NURUL IZZATI BINTI YAZID TINGKATAN: 4 UTHMAN DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NOORHASLINA BINTI NOORDIN, GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4.

Upload: izzati-yazid

Post on 02-Dec-2015

1.302 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

KENALI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA, KAJIAN TENTANG BENDERA DAN JATA NEGERI.

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18,SHAH ALAM

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2012

KENALI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA,KAJIAN TENTANG BENDERA DAN JATA NEGERI.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NURUL IZZATI BINTI YAZIDTINGKATAN: 4 UTHMAN

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NOORHASLINA BINTI NOORDIN,GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4.

ISI KANDUNGAN

Page 2: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Penghargaan

2. Pendahuluan

3 Objektif kajian

4. Kaedah kajian

5. Laporan kajian

6. Rumusan

7. Lampiran

8. Rujukan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio

Page 3: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Kenali Negeri-negeri di Malaysia”. Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Ghazali bin Haji Hamzah kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan Noorhaslina binti Noordin, kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya semasa saya susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara federasi yang terdiri dari tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara dengan luas 329.847 km persegi. Ibu kotanya ialah Kuala Lumpur, sedangkan Putrajaya menjadi pusat pemerintahan persekutuan. Jumlah penduduk negara ini melebihi 27 juta jiwa. Negara ini dipisahkan ke dalam dua kawasan — Malaysia Barat dan Malaysia Timur — oleh Kepulauan Natuna, wilayah Indonesia di Laut Cina Selatan. Malaysia berbatasan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina. Negara ini terletak di dekat khatulistiwa dan beriklim tropika.

Page 4: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Kepala negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan pemerintahannya dikepalai oleh seorang Perdana Menteri.

Secara administratif, Malaysia memiliki 13 negeri bagian (11 di Malaysia Barat dan 2 di Malaysia Timur) dan 3 wilayah persekutuan (semua tiga wilayah persekutuan digabungkan menjadi satu dalam bendera Malaysia) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan sudut bintang di Bendera Malaysia yang dinamakan "Jalur Gemilang".

Negeri-negeri di Malaysia Barat (Semenanjung) ialah Perlis Indera Kayangan, Kedah Darul Aman, Pulau Pinang Darul Mutiara, Perak Darul Ridzuan, Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka Bandaraya Bersejarah dan Johor Darul Takzim. Wilayah persekutuan di Malaysia Barat pula ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri-negeri di Malaysia Timur ialah Sabah Negeri Di Bawah Bayu dan Sarawak Bumi Kenyalang. Wilayah persekutuan di Malaysia Timur pula ialah Labuan.

Oleh hal yang demikian, saya ingin mengkaji bendera dan jata negeri setiap negeri di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengetahui asal-usul.

b) Mengenali bendera-bendera di setiap negeri di Malaysia.

c) Menghormati tokoh yang pernah berjasa, berbakti dan memajukan negara.

Page 5: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

d) Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuat satu kajian yang bersifat ilmiah.

e) Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana dengan menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.

f) Menghargai dan menanam sifat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

g) Memupuk semangat kagum dan suka tinggal di negara Malaysia.

KAEDAH KAJIANa) Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu bual, saya telah menemu bual guru saya sendiri iaitu Puan Noorhaslina binti Noordin untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini. Saya juga menemu bual ibu bapa saya yang lebih arif tentang perkara yang ingin saya ketahui untuk menyiapkan folio ini.

b) Kaedah penyelidikan perpustakaan

Page 6: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Saya juga turut mengunjungi Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13 dan Pusat Sumber SMKS 18 untuk menjalankan penyelidikan dengan sumber-sumber yang terdapat di situ. Dengan penyelidikan daripada sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

c) Muat turun Internet

Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di rumah saya dengan melayari laman sesawang yang berkaitan malah memuat turun bahan yang berkaitan sebagai rujukan.

d) Analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen daripada beberapa buah buku untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

LAPORAN KAJIAN

Bendera Malaysia

Page 7: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Kerajaan Malaysia

Page 8: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Jata Negara Malaysia

Lambang Malaysia, atau Jata Negara mengandungi sebuah perisai yang dipegang oleh dua ekor harimau yang merupakan lambing kepada melayu tradisional serta kekuatan dan keberanian. Di atasnya memaparkan simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Warna kuning pada simbol bulan sabit dan bintang itu merupakan warna diraja dan melambangkan pemerintahan beraja di Malaysia. Simbol bulan sabit adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia manakala simbol bintang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

Lima bilah keris yang terletak di bahagian atas merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di bawah keris tersebut terdapat empat jalur yang sama besarnya berwarna warna hitam, putih, merah dan kuning yang melambangkan empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor; hitam dan putih warna bagi negeri Pahang; hitam, putih dan kuning warna bagi negeri Perak; serta warna merah, hitam dan kuning bagi Negeri Sembilan. Bahagian sebelah kiri perisai iaitu pokok Pinang dan jambatan merupakan simbol untuk negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan iaitu pokok Melaka adalah simbol untuk negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada zaman dahulu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Jata Negeri Sabah di sebelah kiri dan Jata Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya, iaitu Bunga Kebangsaan Malaysia. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai memegang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Jata Negara. Cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan Jawi di sebelah kanan juga dipaparkan di skrol yang berwarna kuning.

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

Page 9: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Bendera Wilayah Persekutuan   Kuala Lumpur

Page 10: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Page 11: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

Bendera   Negeri Johor Darul Takzim

Page 12: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Lambang Negeri   Johor Darul Takzim

Page 13: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH"

ialah cogan negeri itu.

Bendera   Negeri Kedah Darul Aman

Page 14: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

Lambang   Negeri Kedah Darul Aman

Page 15: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Bendera   Negeri Kelantan Darul Naim

Page 16: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Lambang Negeri   Kelantan Darul Naim

Page 17: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

cogankata negeri

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"

Bendera   Negeri Pahang Darul Makmur

Page 18: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

Lambang Negeri   Pahang Darul Makmur

Page 19: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Mata cogan yang berbentuk daun kopi itu keseluruhannya berwarna emas termasuk penongkok dan taran. Warna emas itu melambangkan logam emas yang merupakan hasil utama di negeri Pahang pada tahun 1862. Kepercayaan dahulu juga menyatakan bahawa tiada alat yang boleh menahan senjata atau mata senjata yang diperbuat daripada emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi melambangkan bahawa suatu ketika dahulu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah-lembut Merupakan simbolik kepada pemerintahan yang tidak menggunakan kekerasan.

Bendera   Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 20: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Lambang   Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 21: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

Bendera   Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah

Page 22: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Lambang Negeri   Melaka Bandaraya Bersejarah

Page 23: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

Bendera   Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Page 24: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Lambang   Negeri   Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Page 25: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Bendera   Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Page 26: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Lambang Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Page 27: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain.

Bendera   Negeri Selangor Darul Ehsan

Page 28: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Lambang   Negeri Selangor Darul Ehsan

Page 29: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Bendera   Negeri Terengganu Darul Iman

Page 30: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Page 31: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang   Negeri Terengganu Darul Iman

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

Page 32: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera   Negeri   Pulau Pinang Darul Mutiara

Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

Page 33: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang   Negeri   Pulau Pinang Darul Mutiara

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukun negara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Page 34: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera   Negeri Perlis Indera Kayangan

Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

Page 35: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang   Negeri Perlis Indera Kayangan

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai

tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Page 36: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera   Negeri Perak Darul Ridzuan

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Page 37: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Lambang   Negeri Perak Darul Ridzuan

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Page 38: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami dengan lebih dalam lagi tentang bendera-bendera di setiap negeri di Malaysia, termasuklah bendera wilayah persekutuan. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai fungsi dan makna setiap bendera dalam membantu ke arah keharmonian dan keamanan negara.

Saya mencadangkan supaya rakyat Malaysia bersama-sama mengibarkan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing bagi menyemarakkan lagi semangat cinta akan tanah air, tidak kira sama ada pada hari kemerdekaan ataupun tidak. Bagi menghormati bendera, rakyat perlu menyanyikan lagu Negaraku dan tidak lupa juga lagu negeri masing-masing sambil menaikkan bendera pada majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Kehormatan bendera juga perlu dijaga dengan tidak memijak atau mengoyakkan bendera sesuka hati. Hal ini demikian kerana hilangnya martabat bendera, maka hilanglah kehormatan daripada negara luar kepada negara kita. Oleh sebab itu, bendera amat sinonim dengan lambang keharmonian, kesejahteraan dan keamanan negara.

Di samping itu, saya juga dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong-menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat.

Akhir sekali, keamanan dan kesejahteraan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat negara, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dengan kebanggaan inilah yang aka menjadi pemangkin atau tonggak kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

Page 39: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

LAMPIRAN

Peta dan bendera di Malaysia

Bendera negeri-negeri di Malaysia

Page 40: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Bendera negeri-negeri di Malaysia di Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

Barisan bendera negeri-negeri di Malaysia

Page 41: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Muka surat terakhir, buku 366 Cerita Rakyat Malaysia yang terdapat gambar-gambar bendera setiap negeri berserta keterangan atau makna bagi warna atau simbol negeri tersebut yang ada pada bendera.

Harga bagi buku yang saya rujuki

Page 42: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

Nama syarikat buku yang saya rujuki

Page 43: Folio Sivik Bendera2 Malaysia

RUJUKAN

Bahan-bahan yang saya gunakan ialah akhbar, buku, majalah, internet dan laman web. Sebagai bukti, saya sertakan tajuk buku dan link.

a) Buku

366 Cerita Rakyat Malaysia, Utusan Publications & Distribution sdn bhd oleh Othman Puteh dan Aripin Said.

b) Internet

http://sivik2010.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:Search?search=bendera+negeri+di+malaysia&go=Go

https://www.google.com.my/search?hl=en&safe=off&q=bendera+negeri+di+malaysia+dan+maksud&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=QjdMUNHODcvqrQeDqIHgBw