laporan khidmat masyarakat sivik

30
KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT 1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 1. PERANCANGAN 2. KERJA AMALI 3. REFLEKSI 4. LAPORAN 5. PENGHARGAAN 1. PERANCANGAN a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. Menyenarai dan membahagikan tugas e. Menentukan cara mengumpul maklumat f. Menentukan cara merekod projek

Upload: shiek66

Post on 09-Feb-2017

978 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan

• Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam

• Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

1. PERANCANGAN2. KERJA AMALI3. REFLEKSI4. LAPORAN5. PENGHARGAAN

1. PERANCANGAN a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projekc. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibatd. Menyenarai dan membahagikan tugase. Menentukan cara mengumpul maklumatf. Menentukan cara merekod projek

2. KERJA AMALI

a. Melaksanakan projekb. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankanc. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas

3. REFLEKSI a. Menilai kerja yang telah dijalankan b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatanc. Menulis jurnal refleksi peribadi

Page 2: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

4. LAPORAN

a. Menentukan cara menyediakan laporanb. Menulis laporan individu/kumpulanc. Membentangkan laporan

Format Laporan• Tema• Nama Projek• Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek• Ahli Kumpulan Projek• Guru Penasihat• Objektif Projek• Pelaksanaan Projek

i. Perancanganii. Kerja Amaliiii. Refleksi

• Cadangan/Komen• Penghargaan

5. PENGHARGAAN • Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek

PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT

KONSEP

• berdasarkan objektif kurikulum

• dijalankan secara individu/berkumpulan

• dijalankan di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun

PENILAIAN DIBUAT MERANGKUMI 3 ELEMEN :

1. PEMERHATIAN

2. REFLEKSI

3. LAPORAN

Page 3: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :

Bil. Komponen Penilaian Jumlah Skor

ABCD

PerancanganKerja AmaliRefleksiLaporan

102055

  Jumlah 40

Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat :

Gred KriteriaABCD

30 - 4020 - 2910 - 190 -9

• DESKRIPSI GRED

A. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti

B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti

C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat

D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat

CONTOH LAPORAN

Page 4: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya MalaysiaNama Projek : Jom Pi Muzium PadiTarikh : 24 April 2007 Tempat : Muzium Padi Negeri KedahGuru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin

Ahli Kumpulan.

Pengerusi : Johari b JaafarSetiausaha : Roni bt SamsuddinBendahari : Aishah bt HamidAJK : Penemuramah: - Chu Eng - Rosiyah bt Mohammad

Jurugambar dan Dokumentasi - Sevasundram a/l M. Suppiah - Jamil Akhir b Yahya Pengangkutan dan Keselamatan : - Md Basri b Arifin Pelapor - Johari b Jaafar

Objektif Projek :1. Menerangkan proses penanaman padi 2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat

Malaysia 2007.3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia

Page 5: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Strategi Pelaksanaan

Perancangan :

Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pemilihan projek ’ Jom Pi Muzium Padi ’ ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan.

Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orang ramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulan kami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetua dan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa dihadapi seperti masa dan keselamatan.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ). Secara adil dan saksama agihan tugas\dan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah :

Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah

Pendapatan RM Perbelanjaan RMSumbangan pihak sekolah ( PCG )Sumbangan PIBGSumbangan individu

RM 600.00

RM 200.00RM 100.00

PengangkutanKain Putih ( 3 meter )CatWarnaKertas PenduaKertas LukisanMakan dan minum

RM 600.00RM 12.00RM 20.00RM 12.00RM 7.00RM 3.00RM 200.00

Jumlah RM 900.00 Jumlah RM 854.00

Page 6: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 )

Kerja Amali.

Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkan Muzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih awal.

Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai. Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami ambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia. Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuan makan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG.

Refleksi

Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah, kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi Muzium Padi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 )

Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat :

i. mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuaratii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancariii. memahami peraturan-peraturan mesyuarativ. mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkapv. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijakvi. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan

orang yang lebih dewasavii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan

sesuatu projekviii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.

Page 7: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa menjalankan projek. Antaranya ialah :

i. Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai muzium.

ii. Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasiiii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan.iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami

melaksanakan projek yang dicadangkan.

Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua, Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar. Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadap warisan kepelbagaian budaya Malaysia.

Penghargaan

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini.

Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

( RONI BT SAMSUDDIN )Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi,SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.

Page 8: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

LAMPIRAN 1

Minit Curai

Tajuk : Mesyuarat Perancangan Projek ”Jom Pi Muzium Padi”Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri SentosaTarikh : 17 Mac 2007Panel Mesyuarat : En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek)

Aisyah binti Hamid Sevasundram A/L M. Suppiah Rosiyah binti Mohamad Md. Basri bin Arifin Jamil Akhir bin Yahya Johari bin Jaafar Chu Eng @ Chu Poo Chu Roni binti Samsudin

Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakatKeputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek.

Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang Dilantik. Projek ”Jom Pi Muzium Padi” akan dilaksanakan pada 24 April 2007

Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali. Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN

Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi Kedah.

Page 9: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

LAMPIRAN 2

CARTA GANTT PROJEK ”JOM PI MUZIUM PADI ”

BULAN

PERKARA

APRIL

MI M2 M3 M4Tinjauan ke tempat lokasi projekMesyuarat pertamaMesyuarat keduaPerjumpaan pertamaPelaksanaan projekPenulisan laporanPembentangan laporan

Page 10: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Borang Refleksi

Nama : Md Basri b ArifinTingkatan : 4 WajaPeranan : Mengumpul maklumat secara menemuramah

Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek- memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman

padi- dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses

penanaman padi- mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras- memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia

Masalah semasa menjalanakan projek- Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas- Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah

komunikasi.

Cadangan- Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci

kepada murid-murid.- Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelum

memulakan projek.

Harapan- Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secara

hands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.

Page 11: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

CONTOH 2

Tema : Hidup Bermasyarakat

Nama Projek : Rumah Perlindungan Nurul Hana

Tarikh : 24 April 2007

Pelaksanaan Projek :

Tempat : Rumah Perlindungan Nurul Hana

Guru Penasihat : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar

Ahli Kumpulan Projek :

Pengerusi : Pn. Zaliza Binti Ibrahim

Setiausaha : Pn Foo Wai Choo

Bendahari : Pn. Norliza Binti Ab. Ghani

Ahli Jawatankuasa :

Pengangkutan : Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman

Cenderamata & Hadiah: Pn. Nur Hayati Binti Wasim

Dokumentasi : Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof

Peny. Aktiviti : Pn. Hasnizom binti Hassan

Persegaran : Pn. Embut Binti Embong

Keselamatan : Pn Rohaya Binti Ibrahim

OBJEKTIF PROJEK

i) Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuni

ii) Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuni

iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni

PERANCANGAN

Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan

supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan

berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus

Page 12: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di

dalam masyarakat kini.

Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara

keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Kami terpanggil untuk

menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan

bayi yang semakin berleluasa.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua

dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.

Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah

membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya

kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek

ini.

Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II).

Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli

kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi

pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.

BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA

Pendapatan RM Perbelanjaan RM

Sumber PPK

Sumber Ahli

200.00

45.00

Cenderamata

Jamuan Ringan/Kuih

Muih

Pengangkutan

95.00

50.00

100.00

JUMLAH 245.00 JUMLAH 245.00

KERJA AMALI

Page 13: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah

Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia

pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan

rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan

Perempuan Islam.

Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan

penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar

hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga

merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini

membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat. Disamping itu, kami

sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan

tersebut.

Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak

pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni

dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih.

REFLEKSI

Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal

hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik

pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli

kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V).

CADANGAN DAN KOMEN

Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada

kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut. Daripada

pemerhatian, didapati para penghuni rumah perlindungan gembira menerima

Page 14: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup

yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi

dari projek ini. Di antaranya kami dapat:

Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.

Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.

Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.

Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar

atau orang yang lebih dewasa.

Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.

Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka.

Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas.

Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut

yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan

yang mencukupi daripada pelbagai pihak.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :

Peruntukan kewangan yang terhad.

Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti.

Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan

penghuni.

Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.

Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli

merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada

pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong

kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Page 15: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen

kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan

lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung

rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu,

ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni

kepada warga sekolah.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan

Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.

Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa

depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga

berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Sekian, terimakasih.

Laporan disediakan oleh;

(FOO WAI CHOO)

Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana

SMK

LAMPIRAN I

Page 16: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Minit Curai

Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana

Tempat : Kelas 2 Pintar

Tarikh : 24 Mac 2007

Ahli :

Pn. Rokiah Binti Abu Bakar

Pn. Zaliza Binti Ibrahim

Pn Foo Wai Choo

Pn. Norliza Binti Ab. Ghani

Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman

Pn. Nur Hayati Binti Wasim

Pn. Zubaidah binti Mat Yusof

Pn. Hasnizom binti Hassan

Pn. Embut Binti Embong

Pn Rohaya Binti Ibrahim

Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat

Keputusan Mesyuarat :

Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek

Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik

Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007

Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan

Tindakan Susulan :

Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana

Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan.

Page 17: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

LAMPIRAN II

Minit Mesyuarat

Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali

Pertama 2007

Tempat : Kelas 2 Pintar

Tarikh : 1 April 2007

Masa : 2.00 petang

Ahli :

Pn. Rokiah Binti Abu Bakar

Pn. Zaliza Binti Ibrahim

Pn Foo Wai Choo

Pn. Norliza Binti Ab. Ghani

Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman

Pn. Nur Hayati Binti Wasim

Pn. Zubaidah binti Mat Yusof

Pn. Hasnizom binti Hassan

Pn. Embut Binti Embong

Pn Rohaya Binti Ibrahim

Agenda Perkara Tindakan

1.0 Ucapan Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli

dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan

tugasan.

Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Pencadang : Pn. Foo Wai Choo

Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan

Makluman

3.0 Laporan AJK Induk

3.1 Laporan Setiausaha

Surat menyurat kepada pihak pengurusan telah

dihantar.

Page 18: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

3.2 Laporan AJK Kewangan

Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan

RM245.00 dapat dikumpulkan.

3.3 Laporan AJK Aktiviti

Semua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh

semua ahli kumpulan.

3.4 Laporan AJK Pengangkutan

Tempahan bas telah dibuat dengan bayaran

RM100.00

Bas – KAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang

3.5 Laporan AJK Persegaran

AJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke

rumah tersebut . Kos sebanyak RM45.00 akan

dibelanjakan.

3.6 Laporan AJK Keselamatan

Surat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada

ibubapa.

3.7 Laporan AJK Cenderamata

AJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada

pihak pengurusan dan semua penghuni.

Anggaran perbelanjaan sebanyak RM95.00

diperlukan.

Makluman

4.0 Hal-hal Lain

Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa

yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah.

Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas

dengan penuh komitmen dan dedikasi

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh Disemak oleh

Page 19: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

……………………….. …………………………………..

(FOO WAI CHOO) (ZALIZA BINTI IBRAHIM)

Setiausaha Pegerusi

Projek Rumah Peridungan Nurul Hana Projek Rumah Peridungan Nurul

Hana

LAMPIRAN III

LAPORAN KERJA AMALI

WAKTU AKTIVITI

2.00 -2.30 pm SUAIKENAL

Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah

Perlindungan Nurul Hana

2.30 – 3.00 pm TAKLIMAT

Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani Rumah

Perlindungan Nurul Hana)

Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah

Perlindungan Nurul Hana)

3.00 – 4.00 pm SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI

Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua

penghuni seramai 18 orang.

Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni

sebelum sesi beramah mesra dijalankan.

4.00 – 4.30 pm TINJAUAN PERSEKITARAN

Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti

harian mereka.

4.30 – 5.00 pm MAJLIS PENUTUP

Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul

Page 20: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM,

PJK,JP.

Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni.

Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana

5.00 – 5.30 pm JAMUAN RINGAN

Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan

ringan.

6.00 pm PERJALANAN PULANG

LAMPIRAN IV

CARTA GHANT

PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA

BULAN

PERKARA

MAC APRIL

M3 M4 M1 M2

Tinjauan ke lokasi projek

Mesyuarat Pertama

Mesyuarat Kedua

Pelaksanaan projek

Penlisan Laporan

Pembentangan Laporan

Page 21: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

CONTOH BORANG REFLEKSI INDIVIDU

Page 22: Laporan Khidmat Masyarakat Sivik