folio sivik nodime

22
ORANG MELAYU Melayu ( و ي لا م) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia. Bangsa Gunung Dalam bab 48 dari teks agama Hindu Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit Malayadvipa (secara harfiah: benua bergunung-ganang ), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ letaknya sebuah bukit bernama Malaya dan juga gunung besar yang digelar Mahamalay. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Sumatra ] , ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang lebih bergunung-ganang, di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berinteraksi dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi. Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal- kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina . Semenanjung Tanah Melayu dalam peta dunia Ptolemy. Teluk Bengal di sebelah kiri, Semenanjung Tanah Melayu di Tengah, dan Laut Cina Selatan di

Upload: erma-izyani-bt-othman

Post on 02-Feb-2016

123 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sivik

TRANSCRIPT

ORANG MELAYUMelayu (ماليو) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Bangsa Gunung

Dalam bab 48 dari teks agama Hindu Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit Malayadvipa (secara harfiah: “benua bergunung-ganang”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ letaknya sebuah bukit bernama Malaya dan juga gunung besar yang digelar Mahamalay. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Sumatra], ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang lebih bergunung-ganang, di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berinteraksi dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi.

Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina”.

Semenanjung Tanah Melayu dalam

peta dunia Ptolemy. Teluk Bengal di

sebelah kiri, Semenanjung Tanah

Melayu di Tengah, dan Laut Cina

Selatan di sebelah kanan, dengan

perkataan "Sinae".  

Kerajaan Mo-Lo-Yu

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Kepulauan Melayu di antara tahun 688 - 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Mo-Lo-Yu yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha (Palembang), ibu negeri Sribhoga (Srivijaya). Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Mo-Lo-Yu ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Mo-Lo-Yu mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat. Menurut I Tsing, Mo-Lo-Yu pada mulanya adalah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh SriBhoga.

Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Ma-La-Yu sering disebut dalam sejarah China untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.

(Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu (Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan dari sumber tulisan sami Xuan Zang) (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu

Ayat berikut dipetik dari catatan Babad Dinasti Yuan (dalam bahasa Cina): Babad Yuan Mongol

(Bahasa Melayu: Permusuhan terjadi di antara Siam dan Ma-la-yu (Melayu) dengan kedua-duanya berbunuhan antara satu sama lain...)

Petikan di atas berkemungkinan besar merujuk kepada berkurun-kurun lamanya permusuhan di antara entiti Thai di utara dan negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu seperti kerajaan Pattani, kerajaan Kedah dan kesultanan Melayu Melaka.

Pengembara dari Venice yang masyhur Marco Polo (1254–1324) dalam bukunya Pengembaraan Marco Polo ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama "Malauir" yang menurutnya terletak di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu.

Perkataan "Malayu" ada dipahatkan pada Batu Bersurat Padang Roco yang bertarikh 1286 di Dharmasraya kemudian Adityawarman pada tahun 1347 menyebut kerajaannya dengan nama Malayapura seperti yang dipahatkan pada bahagian belakang Patung Amoghapasa.

Pada masa kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kuasa utama di kepulauan Melayu pada abad ke-15, perkataan "Melayu" dimasyhurkan bagi menerangkan perbezaan budaya di antara orang Melaka dengan orang-orang asing dari rantau yang sama, terutamanya Orang Jawa dan Orang Thai.[24] Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan utama serantau, tetapi juga sebuah pusat budaya Melayu yang terpenting, berpengaruh dalam membentuk institusi politik dan budaya tradisional Melayu dalam abad-abad yang seterusnya.

Ketika zaman kolonialisme Eropah, perkataan "Malay" diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Belanda "Malayo", yang juga diadaptasi dari perkataan Portugis "Malaio", yang berasal dari perkataan bahasa Melayu "Melayu".

Melayu Proto

Melayu Proto yang juga digelar Melayu asli atau Melayu purba adalah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke tanah Melayu dan kepulauan Melayu, dalam siri penghijrahan yang panjang di antara 2500 S.M dan 1500 S.M. The Encyclopedia of Malaysia: Early History, menunjukkan sejumlah tiga teori asal-usul Melayu:

Teori Yunnan, penghijrahan sungai Mekong (diterbitkan 1889)

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Bukti lain yang menyokong teori ini termasuk:

1. Alatan batu yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah sama dengan alatan dari Asia Tengah.

2. Kemiripan adat Melayu dan adat Assam.3. Bahasa Melayu & bahasa Kemboja ialah bahasa serupa oleh kerana tanah nenek

moyang orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Teori New Guinea (diterbitkan 1965). Teori Taiwan (diterbitkan 1997). Untuk maklumat lanjut, lihat Bahasa-bahasa Austronesia.

Kajian saintifik terbaru oleh HUGO (Human Genome Organization) mengenai genetik bangsa-bangsa Asia menyatakan hipotesis penghijrahan tunggal Asia dari Asia Tenggara mengembara ke arah utara dan secara perlahan-lahan menduduki Asia Timur. Hipotesis ini bagaimanapun hanya berdasarkan bukti variasi genetik yang lebih banyak di kalangan bangsa Asia tenggara berbanding bangsa Asia timur, tanpa mengambil kira sejarah sosio politik kedua-dua rantau tersebut. Kekurangan variasi genetik di kalangan bangsa Asia timur berkemungkinan besar adalah kerana rantau tersebut telah lama bersatu di bawah satu kuasa politik tunggal contohnya di China, Korea dan Jepun yang menyebabkan interaksi manusia yang lebih kerap berbanding di Asia tenggara.

Melayu Proto dipercayai bangsa pelaut yang mahir dalam oseanografi dan pertanian. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun. Bertahun-tahun kemudian mereka menetap di pelbagai tempat dan menyerap pelbagai budaya dan agama.

Melayu Deutero

Orang Melayu terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM[29]. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami semenanjung tanah Melayu dan kawasan pantai kepulauan Melayu adalah dari golongan Melayu Deutero yang berkulit lebih cerah, berbadan lebih besar, dan berambut lebih lurus, berbeza dengan orang Melayu Proto. Masyarakat ini juga memiliki taraf budaya yang lebih tinggi, teknik pertanian dan pengetahuan tentang besi yang lebih maju.[32] Mereka tidak hidup secara nomad tetapi dalam kampung-kampung yang merupakan unit utama masyarakat. Penempatan utama Melayu Deutero biasanya terletak di lembah-lembah subur, tebing sungai atau pesisir pantai, dan kegiatan utama adalah ekonomi sara hidup yang ringkas berasaskan penanaman padi dan perikanan. Menjelang kurun terakhir sebelum Masihi, penempatan-penempatan di kawasan pantai ini mula terlibat dalam perdagangan dengan dunia luar.

Kemunculan kelompok Melayu Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Melayu Proto dan penduduk asli berundur ke pedalaman dan hulu sungai. Kumpulan Melayu Proto yang terkenal hari ini adalah dari suku Moken, Jakun, Orang Kuala, Temuan dan Orang Kanaq

Pengaruh India

Tinggalan Candi di Lembah Bujang, Kedah. Para pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha di kawasan ini sekurang-sekurangnya sejak tahun 110 Masihi. menunjukkan pengaruh India yang kuat dalam masyarakat Melayu ketika itu.

Tiada bukti yang tepat tentang tarikh pelayaran orang India yang terawal merentasi teluk Bengal, tetapi bukti arkeologi yang ditemui di lembah Bujang menunjukkan orang Melayu di semenanjung telah berdagang dengan India sejak abad pertama masihi. Perkembangan

perdagangan dengan India telah membawa kepada penyebaran agama-agama besar India, agama Hindu dan agama Buddha, ke seluruh pelusuk alam Melayu. Tempat-tempat ibadat mula dibina berdasarkan seni bina India, dan ketua-ketua tempatan mula menggelar diri mereka Raja dan menyerap banyak aspek utama dari sistem pemerintahan feudal India. Kemudiannya, muncul negeri-negeri maritim Melayu kecil di kawasan pesisir pantai semenanjung tanah Melayu seperti Chi Tu (abad pertama), Gangga Negara (abad ke-2), Langkasuka (abad ke-2), dan Kedah (abad ke-4). Di antara abad ke-7 dan ke-13, sebahagian besar dari negeri-negeri maritim yang makmur ini berada di bawah kawalan longgar empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu agung yang berpusat di Palembang, Sumatera.

Pengaruh Srivijaya tersebar di semua kawasan pesisir Sumatera dan semenanjung tanah Melayu, Jawa barat, Borneo barat dan beberapa kawasan lain di kepulauan Melayu. Dengan naungan India dan China, kekayaannya sebahagian besar diperolehi melalui perdagangan. Pada zaman kegemilangannya, bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa rasmi dan menjadi lingua franca serantau, menggantikan Sanskrit, bahasa utama Hindu dan Buddha. Zaman Srivijaya dianggap zaman kegemilangan budaya Melayu.Kemegahan Srivijaya bagaimanapun mula merosot selepas serangan besar-besaran Empayar Chola pada abad ke-11 yang langsung melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraannya. Sisa terakhir empayar Melayu itu di Dharmasraya akhirnya dihancurkan oleh penyerang-penyerang Jawa dari Singhasari yang melancarkan ekspedisi Pamalayu (Pamalayu secara harfiah bermakna: perang terhadap Melayu) pada penghujung abad ke-13.

Keruntuhan empayar Srivijaya telah menyebabkan kerabat dirajanya menjadi pelarian di wilayah-wilayah yang masih setia, dan terdapat beberapa percubaan oleh putera-putera Melayu untuk menghidupkan kembali empayar tersebut. Pada tahun 1324, dengan sokongan abdi-abdi empayar yang setia iaitu Orang laut, seorang putera Melayu Srivijaya, Sang Nila Utama telah menubuhkan kerajaan Singapura di Temasek]. Dinastinya memerintah pulau tersebut sehingga penghujung abad ke-14 apabila kerajaan Melayu itu sekali lagi menghadapi serangan dari tanah Jawa yang dilancarkan Majapahit. Pada 1401, cicit Sang Nila Utama, Paduka Sri Maharaja Parameswara berundur ke pesisir pantai barat semenanjung tanah Melayu dan menubuhkan Kesultanan Melaka Kesultanan Melaka menggantikan tempat Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu serantau dan mewarisi banyak dari tradisi diraja dan budaya Melayu, termasuk sebahagian besar wilayah-wilayah yang pernah dikuasai pendahulunya

Bahasa

Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditulis dalam Tulisan Pallava, ditemui pada tahun 1920 di Kedukan Bukit, Sumatra Selatan. Bertarikh 683 AM, ia adalah artifak tulisan Melayu yang tertua masih wujud.

Bahasa Melayu ialah satu bahasa dari keluarga Austronesia yang merupakan antara bahasa utama di dunia. Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ia juga ditutur di Thailand, Filipina, Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Krismas, Sri Lanka, Suriname. Penutur aslinya berjumlah sekitar 33 juta orang di kepulauan Melayu dan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 220 juta orang.

Batu Bersurat Terengganu, artifak tulisan tertua dengan tulisan Jawi di atasnya. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhi Syariat Islam dan oleh itu adalah salah satu bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

Bahasa Melayu Kuno mula tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu ketika zaman kekuasaan empayar Srivijaya. Ia kemudiannya digantikan dengan bahasa Melayu Klasik yang muncul bersama dengan kedatangan Islam dan mencapai puncak kegemilangannya ketika zaman kesultanan Melaka. Pada kurun ke-15, ia tersebar ke kawasan-kawasan yang di luar kekuasaan Melaka seperti Ternate dan Tidore di Maluku utara. Ketika era ini, bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa Melayu.

Pada zaman dahulu, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa ilmu utama di kalangan para ilmuwan Islam. Para pengarang Eropah abad ke-18, seperti Tavernier, Thomassin dan Werndly menggambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimana bahasa Latin di Eropah” Ia juga adalah bahasa yang paling meluas digunakan ketika zaman penjajahan British dan Belanda di Kepulauan Melayu

Loghat Kesultanan Johor atau Johor-Riau adalah tuturan piawai di kalangan orang Melayu di Singapura dan Malaysia, dan ia menjadi dasar asal untuk bahasa Indonesia piawai. Di semenanjung tanah Melayu, loghat Kelantan dalam bentuk tulennya adalah yang paling sukar untuk difahami. Loghat semenanjung lain termasuk loghat Kedah, loghat Melaka, loghat Negeri Sembilan, loghat Perak, loghat Pahang dan loghat Terengganu. Di Thailand, Melayu Satun bertutur seperti loghat Kedah sementara yang di wilayah-wilayah Patani bertutur seperti loghat Kelantan. Di Brunei, ada pelbagai loghat Melayu yang digunakan; Bahasa Melayu Diraja, Kedayan, Kampong Ayer, Bahasa Melayu Pasar dan Bahasa Melayu Brunei].

Bahasa Melayu mengikut sejarah ditulis dalam Pallava, Kawi dan Rencong. Selepas ketibaan Islam, tulisan Jawi yang berasaskan abjad Arab mula digunakan dan masih wujud hari ini sebagai tulisan rasmi di Malaysia dan Brunei, dan juga tulisan rasmi untuk bahasa Yawi di selatan Thailand. Bermula dari abad ke-17, akibat dari penjajahan British dan Belanda, tulisan Jawi secara beransur-ansur digantikan dengan tulisan Rumi[] yang akhirnya menjadi tulisan moden rasmi untuk bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, dan Indonesia ( tulisan rasmi lain di Brunei).

Sastera

Kesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pekerja rumah tangga ke menteri, dari hakim ke Raja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai.

Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi. Ia juga digelar Sejarah Kedah dan merupakan sebuah karya sastera Melayu silam yang membabadkan keturunan Merong Mahawangsa dan pengasasan negeri Kedah.

Bahasa Melayu ialah bahasa yang lembut dan halus. Keaslian dan keindahan sastera Melayu dapat dilihat dalam elemen puisinya, yang menekankan penggunaan rima dan irama. Antara bentuk puisi Melayu yang terkenal ialah - Pantun, Syair dan Gurindam.

Bentuk terawal sastera Melayu adalah sastera lisan dan tema utamanya ialah cerita dongeng tentang alam semula jadi, haiwan dan manusia. Cerita dongeng dihafal dan diwarisi dari satu keturunan penglipur lara ke keturunan yang seterusnya. Banyak dari cerita-cerita ini dikarang oleh penglipur lara contohnya; Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Apabila pengaruh budaya India mula menyebar ke seluruh kepulauan Melayu kira-kira 2000 tahun yang lalu, sastera Melayu mula menggabungkan elemen-elemen dari India. Pada zaman Hindu-Buddha ini, karya-karya dari sastera Sanskrit dan mitologi Hindu diterjemah, dan diadaptasi ke dalam sastera Melayu. Antara karya-karya yang bersusur galur dari zaman ini ialah Hikayat Seri Rama (suatu terjemahan bebas Ramayana) dan Hikayat Panca Tanderan (suatu adaptasi Hitopadesha) [64].

Zaman sastera Melayu klasik bermula selepas ketibaan Islam dan penciptaan tulisan Jawi (tulisan yang berasaskan abjad Arab). Sejak itu, elemen-elemen Islam mula membawa pengaruh yang besar dalam sastera Melayu. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303, adalah penulisan naratif Melayu terawal yang diketahu wujud. Batu ini dipahat dengan catatan sejarah, undang-undang, dan kisah cinta dalam tulisan Jawi. Karya yang dianggap terpenting dalam sastera Melayu pula ialah Sejarah Melayu yang sangat masyhur itu. Ia pernah digelar karya sastera Melayu yang "paling masyhur, mempunyai ciri tersendiri, dan yang terbaik", oleh sarjana terkenal dalam pengajian Melayu, Sir Richard O. Winstedt. Tarikh sebenar bila Sejarah Melayu ditulis dan siapa penulis asalnya adalah tidak diketahui], namun atas titah perintah Sultan Alauddin Riayat Shah III dari Johor pada 1612, Tun Sri Lanang menyelia proses penyuntingan dan penyusunannya.[67].

Pada abad ke-19, sastera Melayu telah mengalami revolusi penting melalui karya-karya Abdullah Abdul Kadir Munshi, seorang munshi Singapura kelahiran Melaka yang terkenal[64]. Pada zamannya, Abdullah dianggap sebagai orang Melayu yang paling terpelajar pernah menulis[64], salah seorang pembaharu terhebat dalam persuratan Melayu dan juga dianggap bapa sastera Melayu moden[65]. Karya-karya beliau yang terpenting ialah Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah. Karya-karya beliau merupakan inspirasi bagi generasi pengarang yang seterusnya dan menandakan tahap awal peralihan dari zaman sastera Melayu klasik ke zaman sastera Melayu moden.

Agama

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei. Kerajaan ini menggasuh Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara sejak kemerdekaannya pada 1984.

Pada awalnya, orang Melayu adalah umat animisme yang mempercayai kewujudan semangat dalam semua benda.. Pada permulaan Zaman Kristian, agama Hindu dan agama Buddha Mahayana diperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Melayu, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, India dan Cina.

Seorang lelaki Melayu yang berpakaian Melayu menunaikan solat di sebuah masjid. Dianggarkan 99.99% orang Melayu kini adalah pengikut Islam Sunah Waljamaah. Gejala murtad di kalangan orang Melayu Islam adalah sangat jarang, tetapi bukan tidak pernah didengari.

Pada abad ke-15, aliran mazhab Sunah Waljamaah ortodoks tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu di bawah peranan kesultanan Melaka. Berbeza dengan agama Hindu yang mengubah masyarakat Melayu awal secara lahiriah, Islam dapat dikatakan berakar kuat dalam hati dan minda orang Melayu Selepas zaman ini, secara tradisinya, identiti orang Melayu adalah sangat berkait rapat dengan Islam dan ia berkekalan sehingga hari ini Kaitan ini sangat kuat sehinggakan apabila seseorang dari suku lain memeluk agama Islam di alam Melayu, beliau dikatakan akan "masuk Melayu"

Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonial Malaya British, Richard Olaf Winstedt yang pernah berada di Tanah Melayu dari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliran sufisme atau unsur mistik dari mazhab Syiah, yang sepatutnya tiada tempat dalam mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu, disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama Hindu-Buddha

Keadaan ini bagaimanapun berubah pada era pembaharuan Islam yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970an. Banyak amalan dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mengandungi unsur-unsur kepercayaan lama yang syirik mula ditinggalkan oleh orang Melayu. Antaranya ialah temasya Mandi Safar yang sangat terkenal diamalkan suatu ketika dahulu. Pesta mandi untuk kesucian rohani ini dikatakan mengandungi unsur-unsur dari amalan Durga Puja agama Hindu.

Lebih kurang 99.9% orang Melayu moden adalah penganut Islam dari mazhab Sunah Waljamaah dan semua perayaan-perayaan terpenting Melayu adalah perayaan Islam; Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram (Tahun Baru Islam) dan Maulidur Rasul (Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W).

Seni bina

Replika istana Kesultanan Melaka yang dibina berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi dari Sejarah Melayu. Teks bersejarah ini mengandungi rujukan tentang pembinaan dan seni bina istana-istana pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1458 hingga 1477.

Seni bina kediaman asli di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Yang pertama ialah bentuk kediaman puak yang terbahagi pula kepada dua iaitu bentuk vernakular orang asli dan bentuk imej bot yang dimiliki suku kaum Flores, Nias, Batak, Melanesia, Toraja dan Papua. Bentuk kedua ialah seni

bina masyarakat maritim pesisir yang lebih maju seperti Melayu, Bugis, Acheh, Minangkabau dan lain-lain, yang mendirikan pelabuhan, kerajaan, malah empayar-empayar. Seperti juga dalam seni bina suku-suku lain di kepulauan Melayu, kayu merupakan bahan utama dalam pembinaan rumah tradisional Melayu]. Bagaimanapun, penemuan struktur batu lama terutamanya binaan rumah ibadat dari zaman kerajaan-kerajaan Melayu purba di tanah Melayu dan empayar Srivijaya, membuktikan yang orang Melayu juga menggunakan batu dalam pembinaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lapangan terbang ini menggabungkan beberapa ciri seni bina Melayu tradisional.Terdapat bukti arkeologi binaan candi campuran batu dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang. Terdapat juga candi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi

Candi Muara Takus dan Candi Muaro Jambi di Sumatra merupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya dapat juga ditemui di Chaiya (kini sebuah wilayah di Thailand) di Semenanjung Melayu, yang pernah menjadi pusat terpenting pada zaman Srivijaya. Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imej Buddha dan puncak struktur yang dinaikkan dalam bentuk stupa dengan teres yang bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat pada Wat Pra Borom That.

Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah Buddha yang singgah di Langkasuka ada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besaR Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas China ke Kerajaan Bumi Merah merekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat wanita.

Rumah adat Melayu Sarawak dari Borneo Malaysia.

Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 500 tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu yang terawal adalah mengenai Istana besar Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1458 hingga

1477. Menurut Sejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca Cina Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang Istana Sultan Mansur Shah serta binaan masjid batu di Melaka.

Anjung Seni Idrus Tintin di Pekanbaru, Riau. Sebuah pusat pertunjukan seni utama di Indonesia bercirikan seni bina Melayu.

Rumah adat Melayu tradisional dibina menggunakan struktur rangka kayu yang sederhana. Ia biasanya mempunyai bumbung yang cerun, serambi di bahagian depan, siling tinggi, banyak bukaan di dinding untuk pengalihan udara dan sering dihiasi dengan ukiran kayu yang indah. Kecantikan dan kualiti ukiran kayu Melayu melambangkan taraf sosial dan pangkat pemilik-pemiliknya. Hasil seni bina Melayu yang paling indah biasanya dapat dilihat pada istana raja-raja dan rumah golongan bangsawan serta rumah-rumah ibadat tradisional.

Banyak elemen reka bentuk seni bina Melayu kini mencerminkan identiti Melayu. Struktur bumbung beralun yang disokong oleh kaki bajang di bangunan KLIA adalah diilhamkan dari rumah kampung gaya Melayu tradisional. Kayu yang merupakan elemen penting dalam pembinaan bangunan Melayu tradisional, juga diterjemahkan dan digunakan semula dalam landskap moden di KLIA dan Putrajaya. Di Putrajaya, pejabat Perdana Menteri dibariskan dengan panel kayu untuk mencapai matlamat reka bentuk ini. Bahagian bawah struktur atap berkubah KLIA kelihatan seakan-akan "melitupi jalur nipis kayu" yang menurut arkiteknya, "mencerminkan struktur kayu vernakular Malaysia, menginterpretasi semula kaedah pembinaan tradisional dan menguatkan identiti tempatan". Selain itu, elemen-elemen bukan seni bina warisan Melayu juga digunakan pada bangunan moden.

Seni tampak

Ukiran kayu adalah bahagian utama seni tampak Melayu klasik. Orang Melayu secara tradisinya menghiasi tugu, bot, senjata, kubur, alat muzik, dan perkakas dengan motif bunga, seni khat, geometri dan ciri kosmos. Seni ini dihasilkan dengan membuang sebahagian permukaan kayu dengan alat-alat tajam, mengikut corak-corak, gubahan dan susunan khusus. Ia dilihat sebagai satu bentuk pengabdian si tukang kayu kepada Sang Pencipta dan anugerah kepada masyarakat.[85]

Seni ukiran kayu berkembang maju dalam budaya Melayu hasil dari banyaknya sumber kayu di kepulauan Melayu dan juga kemahiran tukang kayu. Kayu yang biasa digunakan ialah spesis kayu keras tropika yang tahan lama dan mampu menahan serangan kulat, kumbang dan anai-anai. Selain itu, iklim tropika semula jadi yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta daya kosmik, telah memberi inspirasi kepada motif-motif samada dalam bentuk abstrak atau stail di atas papan kayu. Dengan kedatangan Islam, bentuk geometri dan seni khat Islam telah diperkenalkan dalam seni ukiran kayu.

Rumah-rumah atau masjid Melayu tradisional biasanya akan dihiasi dengan lebih daripada 20 komponen ukiran. Ukiran pada dinding dan panel membenarkan aliran udara yang berkesan di dalam dan luar bangunan dan dapat membiarkan sinaran matahari menerangi bahagian dalam struktur.

Masakan

Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri - Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu and Keropok lekor, Negeri sembilan dengan masakan berlemak, Pahang dengan gulai tempoyak, Kedah dengan Asam laksa, Melaka dengan Asam pedas dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.Ciri masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah yang banyak,serta santan yang penting untuk m’hasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan. Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat. Pengambilan protIn kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik.

Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia[87]. Satu lagi contoh ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Laksa, satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan juga adalah satu hidangan yang masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.

Seni pertunjukan

Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli seperti Mak Yong sehingga ke tarian-tarian dari pengaruh Arab seperti Zapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalam Dikir barat sehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalam Joget Gamelan.Muzik Melayu tradisional pada asasnya menggunakan genderang. Pelbagai jenis gong memberikan rentak untuk tarian-tarian. Terdapat juga gendang dari pelbagai saiz, dari rebana ubi besar yang digunakan untuk acara penting hingga ke kompang kecil yang digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan. Kesenian Nobat merupakan alat kebesaran diraja dan menurut catatan sejarah ia digunakan sejak zaman Kesultanan Kedah dan Kesultanan Melayu Melaka. Ia adalah lambang kebesaran Raja-Raja Melayu sehingga hari ini dan hanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan dan diraja yang penting, contohnya dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Orkestra tradisional Nobat terdiri dari alat muzik nehara, gendang, nafiri, serunai dan kadang kadang termasuk gong bertombol dan sepasang simbal.[44]

Pengaruh India adalah kuat dalam wayang kulit di mana kisah-kisah dari epik Hindu; Ramayana & Mahabharata menjadi repertoir utama. Terdapat empat jenis teater wayang kulit yang dapat ditemui di semenanjung Tanah Melayu; Wayang Gedek, Wayang Purwa, Wayang Melayu dan Wayang Siam

Pakaian tradisional

Dalam budaya Melayu, pakaian dan tekstil adalah sangat tinggi kedudukannya dan melambangkan kecantikan, kuasa dan pangkat. Beberapa keterangan dalam Hikayat-Hikayat Melayu ada menekankan peri pentingnya kedudukan tekstil.[92] Sejarah industri tenunan Melayu dapat ditelusuri sejak abad ke-13 apabila laluan perdagangan di Timur berkembang pesat di bawah peranan kerajaan dinasti Song. Keterangan tentang tekstil buatan tempatan dan kemajuan industri penyulaman di semenanjung Tanah Melayu ada dinyatakan dalam beberapa catatan China dan India.[92] Antara jenis tekstil Melayu yang terkenal dan masih wujud sehingga hari ini ialah Songket dan Batik.Pakaian tradisional Melayu terawal adalah ringkas, wanitanya mengenakan sarung yang menutup bahagian bawah tubuh hingga ke dada sementara lelakinya mengenakan baju ringkas, samada berlengan atau tidak, dengan seluar pendek hingga ke paras lutut. Bagaimanapun, apabila perdagangan dengan dunia luar berkembang maju, cara berpakaian orang Melayu mula mendapat pengaruh luar dan berubah menjadi lebih sofistikated. Abad ke-15 adalah kemuncak zaman kesultanan Melayu Melaka yang Islam adalah agama rasminya. Seperti diceritakan dalam Sejarah Melayu, ketika inilah pakaian tradisional Baju Melayu dicipta. Pengaruh Islam yang kuat telah mengubah cara berpakaian orang Melayu kemudiannya kepada ciri-ciri yang bersesuaian dengan agama Islam. Pakaian umum Melayu klasik untuk lelaki terdiri dari baju, seluar kaki kecil, sarung yang dipakai di pinggang, dan tanjak atau tengkolok yang dipakai di kepala. Adalah perkara biasa bagi seorang pahlawan Melayu menyisipkan keris di lipatan hadapan sarung. Pakaian Melayu versi wanita yang terawal pula adalah lebih longgar dan panjang. Bagaimanapuan ia kemudiannya diperbaharui dan dipopularkan Sultan Abu Bakar dari kesultanan Johor pada lewat kurun ke-19, menjadi bentuk baju kurung yang dipakai sehingga hari ini.Terdapat pelbagai bentuk dan variasi pakaian tradisional Melayu yang wujud mengikut rantau-rantau yang berbeza, namun jenis yang paling masyhur sehingga hari ini ialah baju kurung (untuk wanita) dan baju Melayu (untuk lelaki), yang kedua-duanya diakui sebagai pakaian kebangsaan untuk Malaysia dan Brunei[93][94] dan masih dipakai oleh komuniti Melayu di Singapura, Thailand dan Indonesia. Berbeza dengan baju Melayu yang masih dipakai hanya dalam upacara-upacara tertentu, baju kurung adalah lebih popular dan dipakai setiap hari oleh ramai wanita Melayu. Kelibat kakitangan awam, pekerja profesional dan pelajar wanita yang memakai baju kurung adalah pemandangan biasa di Malaysia dan Brunei.

Nama dan Pangkat

Nama peribadi Melayu adalah kompleks, mencerminkan struktur masyarakatnya yang berhierarki, dan pangkat dianggap sangat penting. Ia telah mengalami perubahan yang besar mengikut peredaran zaman, dan mencermikan pelbagai pengaruh luar ke atas masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Walaupun sesetengah nama Melayu moden masih mengekalkan pengaruh dari nama Melayu asli dan Sanskrit, sebagai umat Islam, orang Melayu telah lama menggunakan nama Arab sebagai tanda agama mereka.Nama Melayu adalah mengikut sistem patronimi dan boleh terdiri dari sehingga empat bahagian; pangkat, nama diberikan, nama keluarga, dan nama bapa. Sesetengah nama diberikan dan nama bapa boleh terdiri dari dua atau tiga nama, yang menghasilkan nama penuh yang sangat panjang..Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai sistem pangkat dan kehormatan yang sangat kompleks, yang sehingga kini masih digunakan dengan meluas di Malaysia dan Brunei. Dengan meletakkan pangkat Melayu pada nama Melayu biasa, satu nama yang lebih kompleks akan dihasilkan. Perdana Menteri Malaysia kini mempunyai nama penuh Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, di mana 'Dato' Seri' adalah pangkat kehormatan Melayu, 'Mohd Najib' adalah nama peribadinya, 'bin' memperkenalkan pangkat dan nama bapanya, 'Tun' adalah darjah kemuliaan yang lebih tinggi, 'Haji' menandakan bapanya pernah menunaikan Haji di Mekah, dan 'Abdul Razak' adalah nama peribadi bapanya.Bagaimanapun, nama-nama Melayu yang lebih kompleks dimiliki oleh kerabat diraja Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu yang sedang memerintah. Yang di-Pertuan Agong Malaysia mempunyai nama penuh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, manakala Sultan Brunei dikenali dengan nama rasmi baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Seni mempertahankan diri

Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, Sumatra dan pesisir pantai Borneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; Lading, Badik, Tekpi, Tumbuk Lada, Kerambit, Parang, Sundang, Sabit, Lembing dan batang buluh.Sejarah asal-usul silat adalah sangat sukar dipastikan kerana kurangnya rekod bertulis yang wujud, selain dari sejarah lisan dan legenda yang diperturunkan oleh mahaguru-mahaguru silat. Dipercayai pada abad ke-6 masihi, seni perang Melayu terawal telah mula diamalkan di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Bentuk-bentuk terawal Silat dikatakan telah berkembang dan digunakan dalam angkatan bersenjata kerajaan-kerajaan Melayu purba di semenanjung seperti Langkasuka dan Kedah serta empayar Srivijaya.[95][41]

[96][97]Pengaruh empayar Melayu Srivijaya dan Kesultanan Melaka telah menyumbang kepada penyebaran seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Melalui rangkaian muara-muara dan sungai-sungai yang menjadi pusat utama perdagangan, Silat tersebar jauh ke masyarakat pedalaman. Pahlawan legenda Melayu dari Melaka, Laksamana Hang Tuah merupakan seorang pesilat yang paling terkenal dalam sejarah[98] bahkan dianggap sesetengah pihak sebagai bapa silat Melayu.[99] Sejak zaman klasik Melaka, Silat mengalami diversifikasi yang besar sehingga muncul pelbagai aliran dan variasi yang kemudiannya membentuk apa yang kini diakui secara tradisional sebagai sumber kepada Pencak Silat, istilah generik untuk semua seni mempertahankan diri Indonesia.[100][101] Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 150 perguruan Silat dari aliran yang berbeza-beza, antara aliran utama perguruan silat yang terkenal ialah Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Lian dan Silat Terlak.[102]Selain dari seni Silat, Tomoi juga diamalkan oleh orang Melayu terutamanya di negeri-negeri utara semenanjung Tanah Melayu. Sama seperti Pradal serey dan Muay Thai, Tomoi merupakan salah satu varian kickboxing versi Indo-China yang dipercayai telah disebarkan di tanah besar Asia Tenggara sejak zaman empayar Funan.

Permainan tradisional

Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga dan layang-layang adalah antara permainan tradisional yang ada dinyatakan dalam teks Sejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka. Sepak Raga yang kini dikenali sebagai Sepak takraw adalah salah satu permainan Melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, Sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Ia kini diakui sebagai sukan kebangsaan Malaysia[106][107] dan dimasukkan dalam temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara.Permainan masyhur yang lain adalah permainan Gasing yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Kemahiran hebat dalam pertukangan adalah diperlukan untuk menghasilkan gasing yang paling kompetitif, ada di antaranya yang dapat berputar sehingga dua jam lamanya.[41]Kemungkinan permainan Melayu yang paling masyhur adalah layang-layang atau lebih dikenali sebagai Wau di semenanjung Tanah Melayu. Orang Melayu juga mempunyai satu varian mainan berpapan Mancala yang dikenali sebagai Congkak. Permainan ini dimainkan dengan mengalih buah congkak yang diperbuat dari batu, guli, manik atau kerang, pada papan kayu yang berlubang dua belas atau lebih. Mancala diakui sebagai permainan tertua di dunia dan telah dimainkan sejak zaman Mesir Kuno. Apabila permainan ini tersebar luas di seluruh dunia, setiap budaya telah mencipta variannya yang tersendiri termasuklah orang Melayu.

ORANG CINA MALAYSIA

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Gelombang Pertama

Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.

Gelombang Kedua

Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat.

Suku Dialek

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an.Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

Pendidikan

Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma .Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar . Contohnya Bahasa Malaysia , Mandarin ,dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah .Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris ,sekolah kebangsaan ,dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar.Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China

Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan . Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England.Sebahagian masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.

Banci menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan.

Dialek PopulasiHokkien (Minnan) 1,848,211Hakka 1,679,027Kantonis 1,355,541Teochew 974,573Mandarin 958,467Hainanese 380,781Min Bei 373,337Foochow 249,413

Ekonomi

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Pekerjaan

Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.

Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.

Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.

Status ekonomi

Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[2] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.

Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [3]

Agama

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism, Confucianism , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Masakan

Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:

1. satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai zhǔshí ("主食" "makanan utama", makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan

2. penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain, dipanggil cài (菜, "sayur").

Mi merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Namun, di kebanyakan tempat di China, terutamanya bahagian utara, produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus (seperti mantou) lebih banyak, berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Meskipun nasi itu amat penting dalam masakan Cina, kadang-kala nasi langsung tidak dihidangkan; apabila begini, nasi hanya akan diberi apabila masakan lain sudah tiada, atau sebagai hidangan sampingan berbentuk nasi goreng pada akhir waktu makan. Sup biasanya disajikan pada awal dan akhir waktu makan di China Selatan.

Alat makan

Penyepit merupakan alat makan utama bagi makanan pejal, manakala sup dan cecair lain dinikmati dengan camca yang lebar dan rata di bawahnya (secara tradisinya buatan seramik). Adalah dilaporkan bahawa penyepit kayu makin pudar dominasinya akibat pembalakan yang berkurangan di China dan Asia Timur [perlu rujukan]; kebanyakan kedai makan Cina hendak beralih ke alat makan yang lebih mesra alam, seperti penyepit plastik atau buluh [perlu rujukan]. Bahan lebih mahal yang digunakan pada zaman silam termasuk gading dan perak. Sebaliknya, penyepit pakai buang buatan kayu/buluh kian menggantikan penyepit guna semula di restoran.

ORANG INDIA MALAYSIA

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Sejarah

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan

pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.

Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Penghijrahan Tamil

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Kelompok etnik yang lain

Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil

Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.

Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang professional,

Pembahagian pekerjaan

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.Pada masa kini,selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[2]. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah sesat di bandar serta tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng mungkin kerana disebabkan pengaruh filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar.Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[3] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta setahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal baghi melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran dalam kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke periangkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [4]

Taburan geografi

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.

Masakan India

dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.

Kepercayaan agama dan budaya India telah memainkan suatu peranan berpengaruh dalam evolusi masakannya.[1] Meskipun, masakan di sepanjang India juga timbul oleh kerana interaksi kebudayaan skala besar subbenua dengan Parsi yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia Barat, membuatnya suatu pemaduan unik dari pelbagai masakan di sepanjang Asia. Perdagangan rempah di antara India dan Eropah sering dipetik sebagai suatu mangkin untuk Zaman Penjelajahan Eropah.[4] zaman penjajah memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India menambahkan pada kelenturan dan kepelbagaian masakan India.[5][6] Masakan India telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara.

Minuman

Sementara teh masala (kiri) adalah sebuah minuman asasi di sepanjang India, kopi tapis India (kanan) adalah terutamanya masyhur di India selatan

Teh adalah sebuah minuman asasi di sepanjang India; kebezaan terhalus dibesarkan di Darjeeling dan Assam. Ia biasanya disediakan sebagai masala chai, di mana daun teh dimasak dalam suatu campuran air, rempah seperti kepulaga, bunga cengkih, dan halia, dan jumlah besar susu untuk menciptakan suatu campuran bersusu. Berlainan kepelbagaian dan perisa teh disesiakan untuk menyesuaikan berlainan citarasa di sepanjang negara. Sebuah lagi minuman masyhur, kopi, secara besar dikhidmat di India Selatan. Salah satu dari kepelbagaian Coffea arabica dibesarkan di keliling Mysore, Karnataka, dan dipasarkan di bawah nama perdagangan "Mysore Nuggets". Kopi tapis India, atau kaapi, juga khususnya masyhur di India Sealtan. Minuman lain termasuk nimbu pani (lemonad), lassi, chaach, badam doodh (susu buah badam dengan kacang dan kepulaga), sharbat dan air kelapa. Di India Selatan adanya sebuah minuman dikhidmat sejuk digelarkan Panner Soda atau Gholi Soda yang adalah suatu campuran air karbonat, air mawar, dan gula. Sebuah lagi minuman dari India Selatan adalah susu mawar, yang dikhidmat sejuk.

India juga mempunyai banyak minuman alkohol tempatan, termasuk wain palma, fenny dan bir India. Ada juga bhang, disediakan mengguna kanabis, dan biasanya diminum, terutamanya di India Utara, sewaktu Holi dan Vaisakhi. Meskipun amalan meminum minuman khusus dengan makanan, atau penyesuaian wain dan makanan, tidak tradisional atau umum di India.

Walaupun di atas minuman diseranaikan adalah masyhur, orang sering lebih suka meminum air minuman dengan makanan mereka, kerana air minuman dianggapkan tidak membayangi rasa makanan. Ternyata ia adalah kelaziman untuk memberikan air minuman kepada tetamu sebelum mengkhidmat apa-apa minuman panas atau sejuk.

KESIMPULAN

Oang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikatMakanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemakPermainan : congkak, gasing, wauAlat muzik : kompang, gong, rebana, gambusPerayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya HajiTarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilinKepercayaan : Agama IslamBahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam FuSuku kaum : Teochew, Hakka, HokkienMakanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsumPermainan : catur cinaAlat muzik : gitar bulan, dram,Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih BulanTarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payungKepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, KristianBahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarungMakanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,Permainan   : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapeiPerayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, OnamTarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata NatyamKepercayaan : Agama Hindu, Kristian, IslamBahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

MALAYSIAN BOY

(Altimet)Salam si anggun si gadis ayuDari kotaraya ke pedalaman kamuDari Likas ke Pekan RabuDi carta aku kau nombor satuAku berikrar aku berjanjiTeman-teman aku menjadi saksiJauh di mata dekat di hatiJadi izinkan aku pergi berlariKeliling dunia dua tiga kaliKu tahu hanya satu perkara pastiSelagi bumi di atas paksiBila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)Bawaku ke mana saja kau sukaTimur selatan barat atau utaraDampingi aku selaluYou’ll be my Malaysian boyMalaysian boy

(Point Blanc)问边度系屋企梗系马来西亚呢块土地全世界呢度最掂 无问_俾你大开眼界靓女如云 唔使头痕饮茶食饭 heh番一晚生活唔使烦 系 o甘我地识搏杀仲识玩去到边度 唔会改变态度响我 o既脑 你系最好马来西亚系我 o既国土 亦系我 o既宝

(Point Blanc – Translation)If you ask Point Blanc where is homeIt’s definitely this land called MalaysiaThis is the best place in the whole worldThere ain’t no problems

Just open up your eyesThere are plenty of beautiful women aroundEnjoy all kinds of food and drink everydayThere’s no worries in our livesWe know how to work hard but we also know how to enjoy lifeWherever I go it will never change my view because in my mind you are the bestMalaysia is oh my homeland and is most precious to me

(Rabbit Mac)Vanakam everybody hi helloOru suthe pollam jom let’s goOkay yen pearu Malaysian boyYethe senjalum kita sempoiTambi tangachiMumy dady akka tata patti vanthachiiDari kampung ke kota machiSabah sampai PNGSigappu nellam velle manjeNerathil vaanavil yen nattil theriyeVadakku kilaku east and westNambe naadu malaysiaWe the best

(Rabbit Mac – Translation)Greetings everybody hi helloCome let’s go for a tour around the nationOkay my name is Malaysian boyWhatever we do we are always goodBrothers sistersMommy daddy sisters grandpa and grandma have comeFrom the village to the cityFrom sabah till penangRed blue white and yellowYou can see rainbows of these colors in my countryNorth south east and westOur country MalaysiaWe are the best

NAMA : MUHAMMAD MUZAMMIL HAZIQ BIN JAMALUDDIN

KELAS : 2 IBNU SINA

NO K/P : 970518 08 5799

NAMA GURU : EN. MOHD SHAFWAN BIN ABDUL WAHAB

SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH