geography folio form 3 2011

22
TAJUK : Pencemaran alam sekitar Di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. NAMA : TINGKATAN : SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM NAMA GURU :

Upload: bellissima14

Post on 03-Jul-2015

823 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geography Folio Form 3 2011

TAJUK :

Pencemaran alam sekitar

Di Bandar Puncak Alam,

Kuala Selangor,

Selangor.

NAMA :

TINGKATAN :

SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM

NAMA GURU :

Page 2: Geography Folio Form 3 2011

SENARAI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT1. PENGHARGAAN2. PENDAHULUAN3. OBJEKTIF KAJIAN4. KAWASAN KAJIAN5. KAEDAH KAJIAN6. DAPATAN KAJIAN7. PUMUSAN8. LAMPIRAN9. RUJUKAN

Page 3: Geography Folio Form 3 2011

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Puncak Alam,

Encik Rasul Maideen Bin Haja Maideen kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu_______________

__________________yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian

ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan

dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah

mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu

_____________________________ dan _____________________________ yang telah banyak

membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Page 4: Geography Folio Form 3 2011

Pendahuluan

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Amal Sekitar. Oleh sebab itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.

Saya memilih Bandar Puncak Alam kerana di kawasan ini merupakan kawasan perumahan saya dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula awal bulan Febuari sehingga akhir bulan April iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

Page 5: Geography Folio Form 3 2011

Objektif kajian

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Page 6: Geography Folio Form 3 2011

Kawasan Kajian

Pada asalnya, Puncak Alam merupakan sebuah ladang kelapa sawit terletak di Felda

Bukit Cherakah, daerah Klang. Kawasan ini dibangunkan menjadi sebuah petempatan

baru yang dikenali sebagai Bandar Puncak Alam dan dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan awam. Bandar ini dibawah Majlis Daerah Kuala Selangor.

Kawasan ini terdiri daripada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Shah Alam 2, dan Alam Suria. Penduduk disini pula terdiri daripada kaum India, Cina, dan Melayu. Mejoriti penduduk Bandar Puncak Alam ialah kaum Melayu. Bandar Puncak Alam berpotensi untuk maju pada masa akan datang apabila pusat pengajian tinggi UiTM siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Bandar Puncak Alam, yang juga digelarkan oleh pemajunya sebagai “The Modern Garden City of Fountains” ataupun Bandar Moden Pancuran Air ini boleh dihubungi melalui Lebuhraya Batu Arang ataupun lebih dikenali sebagai Lebuhraya Puncak Alam. Lebuhraya bernilai RM 200 juta ini sepanjang 12 km menghubungkan Bandar Puncak Alam dengan Shah Alam melalui Jalan Batu Tiga-Subang, dan dibuka untuk lalulintas pada tahun 2000. Antara pekan yang berdekatan adalah Meru pada jarak 10 km, Sungai Buloh dan Ijok 20 km. Bandar Saujana Utama, merupakan antara kawasan pembangunan perumahan yang terletak berhampiran.

Page 7: Geography Folio Form 3 2011

Kaedah kajian

1) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan perumahan saya.

2) Rujukan Saya telah membuat rujukan di perpustakaan SMK Puncak Alam dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula.

3) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.

Page 8: Geography Folio Form 3 2011

Dapatan Kajian

6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Page 9: Geography Folio Form 3 2011

6.2 JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

A. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

B. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Page 10: Geography Folio Form 3 2011

6.3 PUNCA – PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

2. Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.

3. Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

4. Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

5. Oleh itu, sebagai penduduk di kawasan Bandar Puncak Alam kita haruslah bekerjasama dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar.

Page 11: Geography Folio Form 3 2011

6.4 KESAN – KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

2. Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

3. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Page 12: Geography Folio Form 3 2011

4. Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

5. Oleh itu, masyarakat perlulah bantu-membantu sesama masyarakat untuk memelihara alam sekitar.

Page 13: Geography Folio Form 3 2011

6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN ENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

2. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

3. Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

4. Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

5. Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

Page 14: Geography Folio Form 3 2011

Rumusan

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Page 15: Geography Folio Form 3 2011

Rujukan

1) Internet

- http://en.wikipedia.org/wiki/Puncak_Alam- http://www.bandarpuncakalam.com/v2/pengenalan.html

2) Buku

- Abd. Rahim Md. Nor (2004) . Geografi Tingkatan 3. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Page 16: Geography Folio Form 3 2011

Lampiran

Page 17: Geography Folio Form 3 2011
Page 18: Geography Folio Form 3 2011

Bahan grafik

Tajuk : jenis – jenis dan kesan - kesan pencemaran alam sekitar

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARA

PEMBAKARAN TERBUKA menyebabkan terhasilnya debu yang memudaratkan

kesihatan.

PEMBUANGAN SAMPAH SECARA BERLELUASA

menghasilkan bau busuk dan pandangan yang tidak

menarik terhadap sesuatu kawasan.

PENCEMARAN BUNYI

TAPAK PEMBINAAN menghasilkan pencemaran

bunyi yang menganggu ketenteraman penduduk

tempatan.