alatan muzik sivik form 2

Click here to load reader

Download Alatan Muzik Sivik Form 2

Post on 07-Dec-2015

35 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hello

TRANSCRIPT

ALATAN MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA

ALATAN MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIAAlatan muzik melayuGedombaksejenis gendang berbentuk jambangan bungabahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit kambingbahagian kecilnya dibiarkan berlubang.biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.

Gedombak

Rebana- sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu- tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. - bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya.

- rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

Rebabdikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu.gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit.pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri.

digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi.

Rebab

ALATAN MUZIK CINAErhuErh-hu adalah alat muzik dua tali yang juga boleh dikenali sebagai biola Cina,biola selatan dan biola Cina dua tali Ia merupakan alat muzik bertaliyang paling popular dalam keluarga Huqin. Erh-hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz;kecil ,sedang dan besar. Alatan ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Ia juga digunakan dalam bidang muzik kotemporari Erh-hu didirikan tegap pada riba pemain semasa dimainkan. Dalam dunia serba canggih ini, erh-hu ini boleh dimainkan tika berdiri dan erh-hu ini diklipkan pada tali pinggang khas. Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan pelbagai pic, lantai, dan digesek seperti cello.

Pipa Pipa adalah alat bertali yang mempunyai empat tali logam Badannya diperbuat daripada kayu. Ia berbentuk; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar dari erti kata lain, ia berbentuk seperti pir. Beberapa kekuda titian tali dan kayu dipasang pada papan jari seperti fret antara 12-26. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan ada empat pemulas melaras di sisi papan jar.

GuzhengGuzheng dianggap sebagai salah satu alat muzik petikan yang tertua di Cina. Ia dicipta berasaskan zhu, iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba. Ia dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat(tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai lima utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinyabertambah banyak. Guzheng yang standard dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini mempunyai 21 utas tali

Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini tenang dan indah, atau untukmeluahkan perasaan seni. Guzheng ini adalah moyang kepada beberapa instrumen celempung Asia seperti Jepun Koto, Korea Gayageum, dan Vietnam Djan Foto Sound.

Seruling Cina Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai zhudi, disebabkan ia doperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempinyai lapan lubang Lubang pertamadigunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

Yangqin Yang qin atau dikenali sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrument pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat negara Cina. Suaranya terang lagi jelas. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, panduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen Cina. Yangqin ini diubahsuai daripada alat muzik dari Arab iaitu satailiqin.

Alatan muzik cina

ALATAN MUZIK INDIA

VenuAlat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India.Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia.

Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

ThavilThavil merupakan satu dram berbentuk tong dari India Selatan. Ia digunakan di kuil, muzik rakyat dan muzik Karnatik, seringkali dimainkan bagi mengiringi nadaswaram. Thavil terdiri daripada blok kayu dari pokok Nangka pejal berbentuk silinder yang berlubang. Alat muzik ini sama ada dimainkan sambil duduk, atau digantung dengan menggunakan tali kain (yang dipanggil nadai) dari bahu pemain.

Kepala gendang yang betul dimainkan dengan pergelangan tangan kanan, dan jari. Pemain biasanya memakai penutup ibu jari pada semua jari tangan kanan, yang dibuat gam keras menggunakan tepung Maida. Kepala gendang sebelah kiri dimainkan dengan pemukul yang tebal, pendek dibuat dari kayu pokok Portia. Thavil

SitarSitar merupakan keluarga alat musik kecapi yang dimainkan dengan cara dipetik.Bentuknya yang unik menjadikannya alat musik yang khas dan unik. Leher panjang dan tubuh berongga labu menghasilkan resonansi kaya dan harmoni.Sitar merupakan instrumen dominan yang digunakan dalam musik klasik Hindustan dan dimainkan sebagai iringan untuk tari di India.

Alat ini tadinya dibawa dari orang-orang Timur Tengah yang hijrah ke India. Alat musik ini digunakan untuk memainkan musik-musik tradisional klasik yang ada di India, biasanya Sitar dimainkan bersama alat musik lain seperti Tabla, Sarod, dan Tambura. Sitar memiliki tujuh dawai. Alat muzik klasik Hindustan ini menggunakan dawai atau senar untuk mengeluarkan bunyi. Sitar

ALATAN MUZIK SABAHSundatang/GagayanSundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.Diperbuat daripada kayu keras yg ditebuk badannya dan mengunnakan prinsip yg sama seperti alat muzik Sarawak (Sape).

Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

SulingSeruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Suling

TongunggakDikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

TuraliTurali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi.Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua

ALATAN MUZIK SARAWAKTawakDiperbuat dari perunggu berbentuk bulat -Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannyaBagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'

SapeDiperbuat dari kayu jokuvang Berbentuk seperti gambus panjang bertali empatBadannya panjang dan berbentuk hampir empat segiDiwarnakan samada merah atau hitam

Sape

EngkromongDiperbuat daripada perenggu berbentuk periokLapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjangBerbusut di tengah permukaannyaSemua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelakidimainkan untuk hari perayaan mereka

SEKIAN TERIMA KASIHDisediakan oleh: Muhammad ShafrizWildan FirdausDeena AnuarAina ArishaAmirah AlyaKelas: 2 Pentium (2015)