folio geografi form 2

23
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Kajian Geografi tempatan 2010 Kajian Migrasi penduduk di seksyen 18 Shah Alam. Nama:hazwan b.hazman Kelas: 2 saad Nama guru:hattanajmie b. N

Upload: hazie-ziera

Post on 01-Jul-2015

2.029 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio geografi form 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Kajian Geografi tempatan 2010

Kajian Migrasi penduduk di seksyen 18 Shah Alam.

Nama:hazwan b.hazman

Kelas: 2 saad

Nama guru:hattanajmie b.

N

Page 2: folio geografi form 2

1.0 Penghargaan…

Page 3: folio geografi form 2

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan mengenai migrasi penduduk di seksyen 18 Shah Alam. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran untuk menjalankan kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada encik Htta, guru mata pelajaran geografi. Tidak lupa juga kepada tuan pengetua sekolah saya dan ibu bapa yang sering memberikan dorongan dan semangat untuk menyiapkan folio ini. Penghargaan terakhir saye ialah,saye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk seksyen 18 Shah Alam yang telah memberikan kerja sama yang baik kepada saya..

2.0 pendahuluan

Page 4: folio geografi form 2

bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran geografi,murid-murid tingkatan 2 diberikan peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema kajian geografi tempatan.

Semua murid tingkatan 2 dikehendaki memilih tajuk migrasi penduduk di kawasan seksyen 18 Shah Alam. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan seksyen 18 Shah Alam. Masa untuk menyiapkan folio ini adalah selama 8 minggu. Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan lengkap terhadap kajian yang telah dijalankan.

3.0 Objektif kajian…

Page 5: folio geografi form 2

Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja krusus ini:-

a) Memahami kosep migrasi pendudukb) Mengenal pasti pola migrasi penduduk di

seksyen 18 Shah Alamc)Menjelaskan factor migrasi penduduk di

seksyen 18 Shah Alamd) Menjelaskan migrasi dalaman penduduk di

seksyen 18 shah alame) Mencadangkan beberapa langkah untuk

mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di seksyen 18 Shah Alam

f) Dapat memahami tentang tempat yang kita duduki selama ini dengan lebih mendalam.

Kawasan kajian..

Page 6: folio geografi form 2

Kajian ini dijalankan di kawasan seksyen 18 Shah Alam . Lokasinya terletak kira-kira 20 kilometer dari ibu Negara Malaysia. Seksyen 18 adalah sebuah kaasan perimahan yang terletak di daerah Selangor. Selai itu, terdapat juga kawasan lain yang berhampiran seperti seksyen 24, seksyen 19 dan sebagainya. Biasanya kebanyakkan pelajar akan dating ke sekolah dengan berbasikal ataupun berjalan kaki.

Kawasan perumahan di seksyen 18 Shah Alam yang makin membangun mendesak pihak kerajaan untuk membina sekolah rendah dan sekolah menengah agar tidak berlakunye migrasi dalaman. Selain itu, pihak kerajaan juga telah membangunkan pusat membeli belah untuk kemudahan penduduk. Taman relkriasi juga turut dibina untuk meluangkan masa lapang bersama keluarga. Terdapat juga kemudahan yang lain seperti bank, pejabat pos, stesen minyak dan system pengankutan yang cekap.

5.0 Kaedah kajian…

Selepas memilih tajuk migrasi penduduk di Seksyen 18 Shah Alam,saya bercadang untuk memilih kaedah kajian yang akan

Page 7: folio geografi form 2

digunakan semasa menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang digunakan:-

a)Pemerhatian:-

Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi, jenis kemudahan sosial yang ada dan jenis kemudahan lain yang ada di situ

Kami juga memerhatikan kawasan kajian dan tempat sekitarnya dari segi pembangunan dan kemajuan

b)Temu bual:-

Sebelum memulakan kajian , kami menyediakan boring soal selidik.

Seterusnya, saya telah menemu bual beberapa penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola migrasi di seksyen 18 Shah Alam. Temu bual dijalankan kepade penduduk yang sudah lame menetap di

situ kerane mereka lebih berpengetahuan.

c) Rujukan kapustakaan:-

Kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan

Kami mendapatkan maklumat melalui risalah,majalah,keratin akhbar serta melalui laman web.

6.0 dapatan kajian

Page 8: folio geografi form 2

6.1) konsep migrasi penduduk.

Secara umumnya migrasi penduduk bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari 1 kawasan ke 1 kawasan yang lain. Biasanyamigrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya penduduk di Pahang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sector perlancongan, perindustrian dan sebagainya. Tujuannya ialah meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih baik.

6.2) pola migrasi penduduk di kawasan kajian.

Pola migrasi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-

migrasi luar Bandar:-

migrasi ini merujuk kepada penduduk luar Bandar yang berhijrah ke shah alam, sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian sama ada di sector awam mahupun swasta.

Migrasi Bandar ke luar Bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada di sector awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara dan ingin pulang ke tempat asal mereka. Misalnya ada sebahagian pendudukyang bekerja di Shah Alam dan bekerja di sector perkilangan dan pulang ke tempat tinggal asalnya setelah dia bersara. Walaubagaimanapun ade juga yang berpindah ke luar Bandar untuk mendapatkan ketenangan.

6.3 faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan kajian.

Page 9: folio geografi form 2

faktor yg mempen-garuhi kawasan kajian

peluang peker-jaanmelanjutkan pelajaranbersarakemudahan asas

Berdasarkan carta pai diatas,menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan kajian seksyen 18 shah alam. Faktor yang mempengaruhi migrasi ialah terdiri daripada melanjutkan pelajaran, peluang pekerjaan, kemudahan asas dan bersara. Melanjutkan pelajaran adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 30%. Manakala peluang pekerjaan dan kemudahan asas adalah sama jumlah, iaitu 25%. Bersara pula paling sedikit jumlahnya iaitu 20%

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian..

Page 10: folio geografi form 2

Secara umumnya terdapat 2 kesan utama migrasi penduduk di kawasan kajian:-

a)Kesan positif

Penduduk bertambah Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan

bilangan penduduk di Shah Alam meningkat walaupun terdapat penduduk yang berhijrah ke luar Bandar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor govermen, ikut keluarga dan perkahwinan. Walaubagaimanapun, kawasn seksyen 18 Shah Alam masih stabil dan masih ada lagi kawasan yang belum diduduki penduduk.

Taraf hidup meningkat Penduduk yang berhijrah ke Bandar seperti Shah Alam

untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang ke tempat asal dan memperolehi gaji yang selesa dan pendapatan yang lebih lumayan.

Pasaran bertambah Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju,

secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.

b) Kesan negetif

Page 11: folio geografi form 2

Masalah penganguran. Migrasi dalaman member kesan negetif kepada kawasan

yang dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke Shah Alam telah menyebabkan wujudnya persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka pengangguran di kawasan ini.

Masalah sosial. Ekoran daripada wujudnya masalah penganguran di

kawasan permas jaya, maka wujudnya masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di kawasan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi disamping pekerjaan.

Komposisi penduduk berubah. Kebanyakkan mereka yang melakukan migrasi adalah

terdiri daripada kaum lelaki dan belia yang berusia 18-40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perumpuan dan golongan warga emas lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit. Keadaan ini menyebabkan kadar kelahiran kurang dan dalam jangka masa yang panjang.

Nilai patriotisme Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Shah

Alam mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup yang selesa

Page 12: folio geografi form 2

Peta minda 1:kesan migrasi dalaman di kawasan penduduk

Page 13: folio geografi form 2

6.5 cadangan mengatasi kesan migrasi penduduk di kawasan kajian…

a)Mewujudkan eluang pekerjaan. Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan kajian Shah Alam,

pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan didalam bidang perindustrian dan industri hiliran. Hal ini dapat menggurangkan kadar pengguran yang tinggi dan menggalakkan mereka agar tidak membazirkan masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah seperti membuat kraftangan dan industry makanan ringan seperti kerepek dan kuih keras dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam membentras masalah sosial, pihak MBSA dengan kerjasama penduduk boleh menguatkuasakan rukun tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi masalah sosial seperti pecah rumah, hisap dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang sama, penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membentras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan. Oleh kerana golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua

sahaja yang tinggal, pihak berwajib telah menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa bagi menjamin taraf kesihatan yang baik. Dengan adanya kemudahan ini, ia memudahkan untuk mendapatkan prosis rawatan yang lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Shah Alam.

d) Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Negara yang aman dan harmoni

Page 14: folio geografi form 2

disamping pemimpin yang peka terhadap masalah rakyat.

Peta minda 2: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian..

Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

Wujudkan peluang pekerjaan.

Wujudkan rukun tetangga dan kuat kuasakan undang2.

meningkatkan kemudahan kesihatan.

Page 15: folio geografi form 2

Peta kawasan negeri Selangor

Page 16: folio geografi form 2

Peta kawasan daerah Shah Alam

Page 17: folio geografi form 2

Rumusan

Rumusan yang dapat saya katakan disini ialah terdapat 2 jenis migrasi yang terdapat di Shah Alam iaitu luar bandar ke bandar dan bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian, antaranya ialah melanjutkan plajaran IPT di Bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sector industry, bersara setelah berkhidmat di sector kerajaan dan swasta dan mendapat kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor, terdapat juga kesan positif dan negetif juga turut wujud. Antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, traf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, kompasisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya, didalam kawasan kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, mewujudkan rukun tetangga dan kuat kuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional, saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekali gus menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia…

Page 18: folio geografi form 2
Page 19: folio geografi form 2