folio sivik

26
Nama: Prasad a/l Rajaratnam Tingkatan: 4 Murni Tajuk: Pemimpin Idola Saya Tema: Malaysia Negara Berdaulat Nama Guru: Puan Shaghila Subhash

Upload: dhayalan-chandran

Post on 26-Jul-2015

351 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sivik

Nama: Prasad a/l Rajaratnam

Tingkatan: 4 Murni

Tajuk: Pemimpin Idola Saya

Tema: Malaysia Negara Berdaulat

Nama Guru: Puan Shaghila Subhash

Page 2: Folio Sivik

Bil. Perkara M/S

01. Bahagian 1

02. Bahagian 2

03. Bahagian 3

04. Bahagian 4

05. Bahagian 5

06. Bahagian 6

Page 3: Folio Sivik
Page 4: Folio Sivik

PenghargaanUcapan terima kasih akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati selama-

lamanya. Mereka sentiasa memberi dorongan,sokongan,galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus in sehinggalah selesai.

Di samping itu,penghargaan juga diberikan kepada kepada guru saya iaitu Puan Shaghila Subhash kerana dia memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa saya membuat kerja kursus

ini.

Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus.

Page 5: Folio Sivik

Objektif 

Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu AlmarhumTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Saya telah mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan tugasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk saya menambahkan pengetahuan saya mengenai tokoh

ini . Malah saya telah ke Perpustakaan Negara untuk lebih mengenali tokoh ini .

Selain itu , kajian ini bertujuan menyedarkan masyarakat berapa  pentingnya kita mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada tokoh yang saya pilih iaitu,

Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj. 

Akhir sekali , ia adalah untuk saya menghargai dan menyayangi jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mantan perdan amenteri  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj .

Page 6: Folio Sivik

Kaedah

Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat penyelidikan terhadap sebuah buku iaitu Buku Sejarah Tingkatan 3 olehRamlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin Samsuri dan

Muslimin bin Fadzil pada tahun 2005 oleh keluaran Dawama Sdn.Bhd.

Seterusnya, saya telah membuat kajian dengan cara melayari Internet di laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman.

Akhir sekali saya telah mengimbas kembali keratan akhbar di akhbar  Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober 2008 mengenai Mantan Perdana Menteri  Tunku Abdul

Rahman Putera Al-Haj.

Page 7: Folio Sivik
Page 8: Folio Sivik

1. NAMA TOKOH

Dalam kajian ini, saya telah memilih Mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul

Rahman Putra Al Haj yang merupakan Perdana Menteri yang ke 1.

I) NAMA PENUH

Nama penuh beliau ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum

Sultan Abdul Hamid Shah.

II) GELARAN

Beliau diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan atau Bapa Malaysia kerana telah

memerdekakan negara ini.

III) NAMA SAMARAN

Beliau digelar AWANG semasa beliau kecil kerana beliau tidak sesegak abang-abangnya

yang lain.

2. BIODATA

I) TARIKH DAN TEMPAT LAHIR

Pada 8 februari 1903, beliau telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat di Alor Setar, Kedah.

II) KELUARGA

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam

yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua

Page 9: Folio Sivik

cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia

pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas

kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England.

Beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, kerana peristiwa

penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light. Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah

Rodziah Syed Alwi Barakbah. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama

dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat

seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.

Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan

telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hay.

III) PENDIDIKAN

Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah melayu di

Jalan Baharu, Alor Setar. Beliau biasa berbahasa siam di rumah dan belajar bahasa melayu di

sekolah itu. Seorang guru pula datang kerumahnya untuk mengajar bahasa inggeris. Kemudian

beliau berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan sebagai Kolej

Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913 sewaktu beliau berusia 10 tahun, beliau telah belajar di

Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School)bersama abang sulungnya, Tunku Yusuf ibni

Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang

Free School. Pada tahun 1919, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan

pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau memperolehi ijazahnya

Sarjana Muda Sastera pada tahun 1925. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-

undang di Inner Temple pada tahun 1930. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England

untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge. Kemudian Tunku pulang ke tanah air.

Page 10: Folio Sivik

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung

pelajaran undang-undangnya. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada

tahun 1947.

IV) PEKERJAAN

Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah

pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun

berikutnya. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani. Beliau

juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai

Petani. Sewaktu beliau berusia 36 tahun (1940) beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah

Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada tahun 1958, beliau telah dilantik

sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976). Dan pada tahun

1982, beliau telah dilantik sebagai Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik

(RISEAP) (1982 – 1988).

3. KEJAYAAN TOKOH

I) BIDANG YANG DICEBURI

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun 1946 dengan menyertai

UMNO dan menjadi Presiden UMNO. 4 tahun kemudiannya, beliau telah dilantik sebagai Ketua

Menteri Tanah Melayu yang pertama. Pada tahun, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-

undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala

Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan Presiden Mahkamah Sesi.

II) PANGKAT/KEBESARAN

Page 11: Folio Sivik

- Kedah order of Merit 1958

- Darjah Seri Mahkota Negara

- Degree of Doctor of laws, Cambridge University 1960

- Hononary Doctor of letters, University of Oxford 29 june 1970

- Doctorate in Law, University of Sydney

- Hononary degree of The Premier of South Korea 1965

- Doctorate of Law, University of Philippines

- Doctorate from University of Alligarh, India 1962

- Tunisia’s Highest Award 5 july 1969

- Doctorate fromn University of Songkla, Thailand

- Ramon Magsaysay Award 1960

- Medal of Appriciation (First Class), Thai Red Cross 6 Sept 197

III) PENGIKTIRAFAN

- Yang amat dihormati Darjah Kerabat Negeri Perlis

- Hononary Doctorate Og Law, Universiti Sains malaysia

- Hononary Doctorate of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia 1981

- Chancellor Award, Universiti Malaya

- Darjah Utama Negeri Melaka

- National Sports Personality Award 2 june 1979

- United States Distinguished Service Award 6 Feb 1981

IV) SUMBANGAN

Page 12: Folio Sivik

Pada tahun 1954, beliau telah mengetuai satu rombongan ke England untuk

menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu tetapi ianya tidak berhasil. Beliau telh menubuhkan

Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) bagi membantu golongan mualaf.selang beberapa tahun

kemudian, beliau telah membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu

bergabung dengan Singapura,Sarawak dan Sabah. Pada tahun 1969 ,beliau telah membantu

menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya

yang pertama.

Page 13: Folio Sivik
Page 14: Folio Sivik

Sifat-Sifat IstimewaTunku Abdul Rahman merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat

keistimewaan di sebalik kerjayanya, dalam pergaulan. Beliau mempunyai daya pergaulan yang baik kerana mempunyai sikap-sikap baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sakhabatnya, rendah diri, murah hati, belas kasihan dan bertanggungjawab.

Tunku Abdul Rahman merupakan seorang tokoh yang boleh dinilai dari pelbagai aspek perwatakan dan sifat-sofat peribadi yang tersendiri serta lebih istimewa darippada orang lain. Beliau boleh disifatkan sebagai seorang tokoh dan pemimpin yang sempurna. Keistimewaan beliau adalah sukar dicari ganti untuk selama-lamanya.

Tunku Abdul Rahman juga minat dalam bidang seni dan kebudayaan Negara. Sebelum menjadi Perdana Mentari, beliau bercita-ciya menjadikan Kuala Lumpu sebagai Pusat Budaya.

Page 15: Folio Sivik

Cara Mewujudkan Sifat KepimpinanKetokohan yang ada pada seseorang pemimpin bermula dari bangku sekolah lagi. Ini bermakna penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum memberi sumbangan ke arah pemupukan ciri-ciri kepimpinan.

Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga,guru, rakan-rakan, dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan ciri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan, dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran negara.

Ilmu, kemahiran, dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains, dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa, atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.

Ilmu yang dipelajari ini akan melibatkan proses penerokaan, pengaplikasian, penganalisisan, penyelidikan, dan penilaian. Ilmu juga banyak dipelajari melalui aktiviti kokurikulum seperti melalui kelab dan persatuan, sukan, dan unit beruniform. Kepadatan ilmu akan menjadikan seseorang itu mantap, matang dan mampu menjana pemikiran yang bersifat inovatif.

Sesuatu ilmu yang dipelajari akan membentuk kemahiran. Masyarakat yang berilmu tetapi tanpa kemahiran tidak dapat menjadikan sebuah negara itu maju. Seseorang murid yang mendapat A dalam semua subjek masih tidak dapat dianggap cemerlang atau gemilang jika ia tidak ada kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Cemerlang atau gemilang bermaksud seseorang murid itu mampu meneroka ilmu yang luas sehingga menjadikan dirinya seorang yang kreatif dan inovatif serta dapat mencipta sesuatu hasilan yang boleh dijadikan kebanggaan bukan sahaja kepada negara tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.

Page 16: Folio Sivik

Justeru, murid-murid harus mendapat ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum ke arah mendidik mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan yang amat diperlukan sepanjang masa dalam kehidupan.

Page 17: Folio Sivik
Page 18: Folio Sivik

Kepentingan Menepatkan Matlamat Hidup

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan kepentingan yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda.Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan.Rancangkan tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya. 

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. 

6. Tangani Halangan.1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.

Page 19: Folio Sivik

2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi". 

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. 

Page 20: Folio Sivik
Page 21: Folio Sivik

Rancangan Mencapai Wawasan DiriJANGKA MASA Pendek Sederhana Panjang

MATLAMAT - Mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan SPM saya.

- Dapat memasuki University

- Mejadi seorang polis yang

bertanggungjawab

PERANCANGAN - Belajar bersungguh-sungguh.

- Memahami semasa guru mengajar.

- Menyambung pelajaraan di tingkatan

6

- Belajar secara bijak

- Mempunyai tubuh badan yang sihat dan

kuat

- Menyertai pemilihan polis

TINDAKAN - Membuat ulangkaji semua pelajaran sehingga dapat

menjawab soalan

- Pergi ke kelas tuisyen

- Memahami semua pelajaran yang telah

diambil

- Membuat latihan tambahan

- Membuat senaman yang secukupnya

untuk mendapat tubuh badan yang kuat

Page 22: Folio Sivik
Page 23: Folio Sivik

KesimpulanHasil kajian yang saya jalankan, saya dapat mengenali latar belakang tokoh tersebut dengan lebih

mendalam. Malah saya memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji sumbangan yang telah

dicurahkan oleh mantan perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Melalui kajian ini juga, saya dapati ramai generasi masyarakat tanpa mengira kaum

menghormati, menghargai, dan mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj.

Selain itu, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada generasi yang akan datang belia di

negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi

membebaskan negara kita daripada kuasa penjajah. Ia juga dapat memupuk jiwa masyarakat

supaya generasi masa kini dapat merangka wawasan pada masa akan datang untuk

mempertahankan kedaulatan negara.

Page 24: Folio Sivik

Lampiran

Page 25: Folio Sivik

Rujukan

Wiliam Show, Long Man Malaysia Sdn Bhd.

Jejak tapak seorang patriot Tunku Abdul Rahman, Zainuddin Maidin utusan publications Sdn Bhd.

Rumusan Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia 1989.

//http.geocities.com/ tokoh agung/ tokoh abdul rahman htm

Buku Rujukan;

Tajuk buku : Teks Sejarah Tingkatan 3.

Pengarang : Sabihah Osman,

Muzaffar Tate,

Ishak Ibrahim

Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka

1992.