folio sivik

15
Folio Sivik : Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia Nama Ahli Kumpulan : Muhd. Haris Afiq b. Rafingei (11264) Muhd. Naqiyuddin b. Kelas: 2 Cemerlang

Upload: zainab-ahmad

Post on 22-Jul-2015

354 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Folio Sivik : Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia

Nama Ahli Kumpulan : Muhd. Haris Afiq b. Rafingei (11264) Muhd. Naqiyuddin b. Kelas: 2 Cemerlang

Isi Kandungan

1. Penghargaan 2. Mercy Malaysia 3. 4. 5. 6.

MERCY MalaysiaMERCY Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia pada 1999 berikutan perang di Kosovo. MERCY merupakan singkatan 'Malaysian Medical Relief Society'. Ibu pejabat MERCY Malaysia terletak di Level 2, Podium Block, Citypoint, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia.Pengasas Tan Sri Dr Jemilah Mahmood

Jenis

NGO

Diasaskan

16 September 1999

Lokasi

Kuala Lumpur,

Malaysia

Orang kuat

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood(Pengasas) Dato' Dr. Ahmad Faizal Perdaus (Presiden)

Kawasan berkhidmat

Seluruh dunia

Fokus

Kemanusiaan

Endowmen

Bantuan Kemanusiaan dan Perubatan

Moto

Healing Across Borders ("Penyembuhan Merentasi Sempadan")

Laman sesawang

mercy.org.my

Projek yang telah dilakukan oleh MERCY MalaysiaMisi di AcehApabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama tiba di sana. Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta. Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas. Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura. Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya; rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya. Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh. Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.

Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia dan penduduk tempatan. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mohktar; Yang Dipertua Petronita, Datin Sri Noraini Mohd. Yusoff ; Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan Rektor Unisyiah, Dr. Darni M. Daud. Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004 akibat tsunami.

Banjir di JohorMercy turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada 19 Disember 2006 Januari 2007. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan Salam, Kelab Lion Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Medic Asia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Misi di Bam, IranGempa bumi di Bam, provinsi Kerman , Iran pada 26 Disember 2003 memusnahkan bandar purba tanah liat berusia 2500 tahun. Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat, 13 km dari bandar Bam . Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 , merawat 175 pesakit setiap hari dan membantu 18,000 mangsa. Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.

Gaza, PalestinIsrael melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27 Disember 2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009. Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik PBB.

Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk. Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar. Orang ramai boleh menderma melalui Tabung Bantuan Palestin melalui Mercy Malaysia melalui akaun Maybank 5621-7950-4126 atau melayari web www.mercy.org.my.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah satu badan bukan kerajaan Islam di Malaysia.

Jenis

NGO

Lokasi

Kuala Lumpur, Malaysia

Orang kuat

Abdullah Zaik bin Abdul Rahman (Presiden)

Matlamat

"Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi"

Moto

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"

Laman sesawang

ismaweb.net/v4/

Penglibatan ISMA di MalaysiaISMA dilihat aktif dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam di Malaysia dengan mengeluarkan beberapa kenyataan di ruang akhbar agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian mengenainya. ISMA juga turut terlibat dalam menganjurkan program HIMPUN bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia tentang bahayanya murtad.

VisiMembangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

MisiMembina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi

Maksud SloganSlogan ISMA : Melayu Sepakat, Islam Berdaulat menimbulkan banyak spekulasi dan perbahasan dikalangan pejuang-pejuang Islam terutamanya di Malaysia. Hal ini demikian kerana perkataan 'Melayu' didalam slogan sering ditafsir sebagai lambang perjuangan ISMA yang khusus kepada orang Melayu sahaja dan tidak bersifat menyeluruh kepada perjuangan Islam secara sejagat. Istilah 'Melayu' digunapakai kerana di Malaysia, bangsa Melayu diberi hak-hak keistimewaan untuk memimpin. Oleh kerana orang Melayu dirujuk sebagai orang Islam, dengan membawa kesepakatan dikalangan bangsa Melayu membolehkan kepimpinan Islam dibentuk di peringkat pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud kaum lain yang beragama Islam disisihkan. Dalam konteks ini, bangsa Melayu dilihat mempunyai kuasa pentadbiran sebagai bumiputra di Malaysia.

Tujuan dan Matlamat Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli-ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa. Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan. Menjadi anggota kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan-pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat. Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat. Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran-saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara. Menerima dan menguruskan sumbangan-sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli-ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana-mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan-tujuan dan maksud ISMA.

Majlis Belia Malaysia (MBM)Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan badan induk yang menyelaras pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur dengan nama Majlis Belia Malaya.

Jenis

NGO

Diasaskan

23 Julai 1948

Lokasi

Kuala Lumpur,

Malaysia

Orang kuat

Shamsul Anuar Haji Nasarah(Presiden)

Fokus

Belia

Laman sesawang

belia.org.my

SejarahPada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka laluan kepada penubuhan Majlis Belia Malaya. Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei. Bermula dari itulah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu. Perwakilan belia yang bersidang pada Julai 1948 telah membincang dan berusaha menubuhkan Majlis Belia Negeri dan Petempatan. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Province Wellesly telah ditubuhkan pada 17 November 1948 dan merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama di Tanah Melayu. Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang setelah perlembangaannya diterimapakai. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan dengan kehadiran

badan-badan gabungan iaitu Majlis Belia Negeri. Pada tahun 1951, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini.

Senarai presiden 1951 - 1955: F.C. Arulnandum 1955 - 1957: Syed Hashim Abdullah 1958 - 1961: Sardon Haji Jubir 1964 - 1965: Syed Kamaruddin Syed Bahaldin 1968 - 1972: Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman 1972 - 1976: Anwar Ibrahim 1976 - 1980: Mohd Azaham Wahab 1980 - 1981: Rani Ibrahim 1981 - 1982: Roger Dunstan 1982 - 1986: Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali 1986 - 1988: Hassan Malek 1988 - 1990: Mohd Ali Mohd Rustam 1990 - 1992: Abang Yusof Abang Haji Abdul Razak 1992 - 1994: Fuad Dato' Haji Hassan 1994 - 1998: Suhaimi Ibrahim 1998 - 2002: Saifuddin Abdullah 2002 - 2005: Mohamed Khir Toyo 2005 - kini: Shamsul Anuar Haji Nasarah

Pertubuhan Jamaah Islah MalaysiaPertubuhan Jamaah Islah Malaysia, atau juga dikenali dengan singkatan JIM, adalah sebuah NGO berasaskan Islam di Malaysia. Organisasi ini didaftar secara rasmi pada 27 Julai 1990 dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan. "Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)Pengasas Hj. Saari Sungib

Jenis

NGO

Diasaskan

27 Julai 1990 5 Muharam 1411 H

Lokasi

Kuala Lumpur,

Malaysia

Orang kuat

Hj. Zaid bin Kamaruddin (Presiden)

Fokus

Islam

Moto

"Bersama Islam Membina Masyarakat"

Laman sesawang

jim.org.my

Visi JIMKewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020."

Misi JIMMenjadi Gerakan Islam ulung yang: membangun sumber manusia untuk melahirkan insan soleh wa muslih; membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.

Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan moto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Pendirian dan PendekatanJIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat. JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan. Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan. JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya. Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri. JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam. JIM memilih pendekatan yang bercirikan: Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

Kepimpinan JIMPresiden pertama JIM ialah Tuan Hj Saari Sungib. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih

oleh Prof Dr Hj Mohd Hatta Shaharom, seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Hj Zaid bin Kamaruddin sehingga kini.

Angkatan Belia Islam MalaysiaAngkatan Belia Islam Malaysia (Jawi: , Bahasa Inggeris: Muslim Youth Movement of Malaysia, disingkatkan sebagai ABIM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Mal aysia. Presiden ABIM masakini adalah Amidi Abdul Manan.

Jenis

NGO

Diasaskan

6 Ogos 1971

Lokasi

Kuala Lumpur, Malaysia

Orang kuat

Amidi Abdul Manan (Presiden)

Matlamat

"Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah"

Moto

"Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah"

Laman sesawang

abim.org.my

SejarahAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala Anwar

Ibrahim (sekarang Dato Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Pada Ogos 2005 pula, saudara Yusri Mohamad dipilih sebagai Presiden ABIM yang keenam di Muktamar Sanawi ABIM ke-34. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan konfrontasi dan dengan demikian, ABIM menjadi lantang terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu. Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building). Di alaf baru, Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka. Kini ABIM di bawah pimpinan saudara Yusri Mohamad memberikan tumpuan kepada agenda dakwah serta memperkasa agama dan bangsa. Pada 1 Ogos 2009, Muhamad Razak Idris dipilih sebagai Presiden ABIM yang ketujuh di Muktamar Sanawi ke-38.

IdentitiMisi dan visiABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap nonpartisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik. Visi ABIM ialah "Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah manakala misinya pula ialah "Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah". Budaya ABIM: 1. Menghayati Budaya Ilmu, 2. Menghayati Amalan Kerohanian, 3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jamaiyy, 4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan 5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.

Objektif1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 2. Menjalankan dawah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat; 3. Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat; 4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidangan-persidangan luar negeri; 5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Quran dan alSunnah.

Isu tahanan ISARamai pemimpin ABIM menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terutama pada 3 Disember 1974 berikutan Demosntrasi di Universiti Malaya dan di padang Dataran Merdeka. Anwar Ibrahim selaku Presiden ABIM ditahan bersama pemimpin pelajar dan pensyarah universiti. Antaranya ialah Kamarazaman Yacob, Ibrahim Ali, Syed Husin Ali, Adi Satria, Hamzah Kassim, CCYong,Yong Ah Chit, Yeo Ben Foo. Tempat Anwar dipangku oleh Fadhil Noor. Mereka ditahan di bawah seksyen 117, Akta Polis .Ketika itu Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran. Pada 5 Februari 1975, mereka dipindah ke Kem Tahanan Kamunting, di Taiping, Perak sehingga dibebaskan pada November 1976. AJK ABIM ketika Anwar ditahan adalah Syed Ibrahim, Naib Presiden (sekarang dalam PAS), Kamaruddin Mohd Nor, Setiausaha Agong (sekarang dalam UMNO), Anwar Hashim, Setiausaha Kewangan, Omar Jaafar, Ketua Perhubungan (sekarang dalam PKR), Sidiq Fadhil, Ketua Penerangan (sekarang dalam PKR), Nakhaei Ahmad, Ketua Dakwah (Sekarang Pengerusi YADIM), Ramli Ibrahim, Ketua Kebajikan (Sekarang dalam PKR), Osman Bakar, Ketua Pelajaran (sekarang Pengerusi MUAFAKAT, pro Anwar).