folio sivik

13
Nama Kumpulan : Friends Nama Ahli : Nur atiqah Najwa bt Ibrahim Alya Nor Marsya bt Norzalizan Tingkatan : 1RK 1 (Gemilang) Nama Guru : Cik Nazula Said ISI KANDUNGAN

Upload: ibrahimjumat

Post on 19-Jun-2015

12.672 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sivik

Nama Kumpulan : Friends

Nama Ahli : Nur’atiqah Najwa bt Ibrahim

Alya Nor Marsya bt Norzalizan

Tingkatan : 1RK 1 (Gemilang)

Nama Guru : Cik Nazula Said

ISI KANDUNGAN

Page 2: Folio Sivik

1. PENGHARGAAN 2. PENGENALAN 3. JENIS-JENIS DADAH:-

-JENIS/BENTUK-NAMA LAIN-CARA PENGUNAAN-CIRI-CIRI PENAGIH

4. KESAN-KESAN PENGAMBILAN:--KE ATAS PENAGIH-KE ATAS KELUARGA PENAGIH-KE ATAS MASYARAKAT-KE ATAS NEGARA

5. FAKTOR-FAKTOR PENGAMBILAN 6. PENUTUP

PENGHARGAAAN:-

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,Cik Nazula Said kerana telah memberi kami peluang dan tunjuk ajar kepada kami untuk membuat folio.Kami berjanji kami akan membuat folio ini sebaik mungkin.Kami juga

Page 3: Folio Sivik

berjanji akan belajar bersunggyh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam ujian yang bakal kami duduki.

PENGENALAN:-Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara membangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara tersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masalah nasional. Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagi membasmi penyalahgunaan dadah itu.

Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenal pasti terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari

Page 4: Folio Sivik

cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka menagih dadah.

Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam, mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram.

Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari segi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba membentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagi langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.

Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah se-makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan pa-da 7 Februari 1996 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Agensi Dadah Kebangsaan menggariskan tiga perkara sebagai strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan, penguatkuasaan undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah teras untuk menghapuskan gejala ini daripada merosakkan para remaja khususnya para pelajar sekolah.

Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah pencegahan awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan kepada sekolah-sekolah. Pencegahan ini merangkumi program-program yang boleh menghindarkan pelajar daripada terjebak ke Iembah hina ini.

Page 5: Folio Sivik

JENIS-JENIS DADAH:-

HEROIN

Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menyuntik , Menghidu

Ciri-Ciri Penagih

Page 6: Folio Sivik

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

MORFIN

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

-Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

-Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

-Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama Lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , Menelan

Ciri-Ciri Penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Page 7: Folio Sivik

CANDU

Dihasilkan daripada buah popi muda .

-Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

-Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

-Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis/Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama Lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Page 8: Folio Sivik

GANJA

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan diampat

Nama Lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Page 9: Folio Sivik

SYABU

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Page 10: Folio Sivik

ESTACY/MDMA

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Page 11: Folio Sivik

KETAMIN

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

KESAN PENGAMBILAN:-

Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan

Page 12: Folio Sivik

bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-

Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan

pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

Page 13: Folio Sivik

Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

FAKTOR-FAKTOR PENGAMBILAN:-

Profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun . Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi .Di antara faktor-faktor yang mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana:-

-keseronkan

-perasaan ingin tahu

-pengaruh rakan sebaya

-rawatan perubatan

-secara tidak sengaja

Page 14: Folio Sivik

-mengatasi tekanan jiwa

PENUTUP:-

Jadi, janganlah sesekali kita mengambil,mencuba dan marasai dadah,kerana dadah sangat bahaya dan boleh membaya maut.Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada guru kami Cik Nazula Said kerana telah memberi kami peluang membuat folio.Selain itu,kami dapat mempelajari tentang bahayanya dadah.Justeru itu,kami berharap warga seri dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah.Sekian,terima kasih.

Page 15: Folio Sivik