edu

17
Pengenalan Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspiras Negara. Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangk kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah. usteru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan di!ahami daripada konsep kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit Mengikut Kamus Dewan "#$$%&, etika bermaksud sastu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut 'slam pula maksud etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak "(yed 'smail bin (yed Mustapa, )*#*&. Pro!esion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undan senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. +keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab "kerjaya& sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dala pendidikan ini adalah sangat penting. tika pelajar yang diajar oleh seorang g

Upload: siowhoon

Post on 06-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PengenalanDalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara. Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah. Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.Mengikut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud sastu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula membawa maksud etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak (Syed Ismail bin Syed Mustapa, 2010).Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya. Profesion perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah agen perubahan yang membantu mencorak anak bangsa. Namun begitu, mutakhir ini, isu etika guru semakin menjadi topik hangat yang kian menghiasi dada-dada akhbar dan juga media massa lain. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub.

Kemahiran-kemahiran professional guruKemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.Guru bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ini disebabkan mereka semuanya yang terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental ialah bidang kognitif, afektif, dan psikomotorCiri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir ialah mereka dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah, mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.Dan sat lagi, iaitu berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran.Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, iaitu:i) Kemahiran BelajarGuru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.

ii) Kemahiran MerancangGuru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Peranan dan tugas guru Di sekolah, guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum dan juga pentadbiran selain daripada melaksanakan P&P. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut.Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Kelas. Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. Tiap-tiap Guru Kelas/Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan untuk kegunaan tingkatannya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut.Semua Guru Kelas/Tingkatan juga dikehendaki mengemas kini kad-kad ini pada tiap-tiap awal tahun.Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan diminta bertugas.Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai tugas guru-guru bertugas).Selain daipada itu, semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara on the job training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum.Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu sendiri. Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun murid.Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan. Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.Tidak lupa lagi,setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas seperti Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah, Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.Kesimpulannya, saya menyenaraikan peranan guru di sekolah seperti yang berikut: Pengamal Ilmu dan Kemahiran Pembimbing Pengamal Reflektif Penyelidik Agen Sosial Agen Perubahan Pengganti Ibu Bapa Pembentuk Tingkah Laku Pengurus Pembelajaran

Pengamal Ilmu dan Kemahiran- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.- Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru.

Pembimbing- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

Pengamal Reflektif- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.- Meningkatkan tahap profesional guru.- Menambahbaik aktiviti P&P.- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif. Penyelidik- Dapat meningkatkan kualiti P&P.- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.

Agen Sosial- Guru agen sosialisasi.- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

Agen Perubahan- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi- Menggunakan strategi pemusatan murid- Mengawal sikap penyayang- Bersikap proaktif- Bersedia menghadapi perubahan

Pengganti Ibu Bapa- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.

Pembentuk Tingkah Laku- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

Pengurus Pembelajaran- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

ISU-ISU KERJAYA KEGURUAN YANG BOLEH MENGHALANG PERKEMBANGAN PROFESION GURU1) Isu TekananTekanan boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja hatta di bandar mahupun di desa. Namun jika dilihat, tekanan sebenarnya lebih banyak berlaku di kawasan perbandaran terutamanya bandar-bandar besar yang secara kebiasaannya melibatkan penduduk-penduduk yang bekerja, belajar mahupun yang menetap di kawasan tersebut. Walaupun penduduk yang mendiami kawasan perkampungan ataupun desa sekalipun tidak dapat lari daripada tekanan, tetapi punca dan kesan tekanan di kampung tidaklah sehebat seperti mana mereka yang menetap di kawasan bandar. Perkara ini dapat dibuktikan oleh laporan akhbar (Utusan Malaysia, 2007), di mana tekanan hidup di bandar merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit mental. Perkara ini boleh difahami kerana persekitaran kehidupan di bandar yang serba-serbinya sukar seperti kos hidup yang terlampau tinggi, kesukaran mendapat pekerjaan, kesesakan jalanraya, kadar jenayah yang tinggi, kepadatan penduduk yang tinggi, kawasan penempatan yang terhad, pencemaran alam, tahap hubungan ataupun komunikasi di dalam masyarakat yang rendah, masalah sosial yang kronik dan sebagainya.Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat. Profesion ini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya. Oleh yang demikian, seseorang individu yang berhasrat untuk menjadi guru hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal serta terdiri dari mereka yang terbaik dalam masyarakat. Selain itu, individu tersebut juga hendaklah berusaha menjadi seorang pendidik dan pembimbing kepada para pelajarnya supaya mereka berupaya menghasilkan masyarakat yang seimbang seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Bertitik tolak daripada FPN ini juga, adalah menjadi harapan bahawa individu yang terhasil dari sistem pendidikan negara ini nanti berupaya meneruskan warisan dan usaha masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Mereka juga diharap agar mampu bersaing mengikut peredaran zaman seperti bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' jika dibandingkari dengan masyarakat luar.Memandangkan isu-isu keguruan ataupun isu guru yang sering dipapar melalui surat akhbar, memang tidak dapat dinafikan ramai guru pada masa kini mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang terdahulu. Malahan mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang sering terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan kerja dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada pelbagai tekanan yang dihadapi oleh guru. Tambahan pula, guru sering melaporkan tahap tekanan yang mereka alami lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di dalam profesion yang lain. Oleh kerana beban kerja yang banyak, telah menyebabkan sesetengah guru adakalanya kecewa dan bertindak di luar kawal secara spontan.

2) Isu Kesantunan Guru Perlakuan dalam percakapan- Kawalan suara- Memonopoli sidang perbualan- Cakap banyak- Puji diri secara langsung dan tidak Tatacara berkomunikasi- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

3) ISU KEPEDULIAN GURU Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikankepada sesuatu isu/tugas Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atautugasnya. Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guruterhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu prosesperubahan (Havelock 1995)

Usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruanSalah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh sungguh merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Hal ini adalah selari dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.Peranan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan adalah amat berat. Hal ini kerana bilangan guru di Malaysia adalah ramai dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menjayakan projek ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah memasukkan rancangan untuk memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah dibahagikan kepada lima fokus utama. Lima fokus utama tersebut ialah yang pertama, menambah baik sistem pemilihan calon guru. Kedua, memantapkan latihan perguruan. Ketiga, memantapkan kerjaya guru. Keempat, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Kelima, memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.Fokus pertama dalam teras ke lima PIPPN ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Secara kasarnya, hal ini boleh diterjemahkan sebagai memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Program program pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) akan diperketatkan syarat kelayakannya. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa hanya calon calon yang layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai contoh, Calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu meduduki Ujian PemilihanCalon Guru Malaysia (MteST) serta perlu melepasi temu duga secara individu dan berkumpulan. Ini adalah bagi memastikan bakal bakal guru yang lahir dari IPG adalah guru guru yang berkualiti dan mempunyai tahap profesionalime yang tinggiFokus kedua dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan latihan perguruan. Antara strategi pelaksanaan fokus kedua ini adalah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru, peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan dan yang terakhir, peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini amat penting kerana suasana pembelajaran yang baik dan kondusif akan dapat melahirkan guru yang cemerlang dari semua aspek serta mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi.Memantapkan kerjaya guru merupakan fokus ketiga dalam teras ke lima PIPPN. Penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta peluasan naik pangkat untuk PPS di KPM/JPN/PPD/G merupakan antara strategi pelaksanaan dalam fokus ketiga ini. Melalui startegi ini kerajaan akan meningkatkan kadar kenaikkan pangkat mengikut kuota baharu. Kerajaan juga akan menambah baik norma perjawatan guru. Selain hal itu, elaun elaun untuk tugas tugas khas akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja guru juga akan disemak semula. Melalui startegi pelaksanaan ini, berkemungkinan besar hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya.Fokus ke empat pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan, mutu kerja guru guru akan meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang amat bijak. Hal ini kerana, guru guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan tentang masalah masalah P&P dan sebagainya. Ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus memartabatkan profesion keguruan.Faktor yang terakhir dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber sumber manusia seperti guru guru baharu dan guru guru pelatih akan disediakan dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu pihak IPG akan mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA mahupun IPTS tentang latihan guru Selain hal itu, sistem maklumat guru akan ditambah baik dan dikemas kini secara total dari semasa ke semasa secara komprehensif.Selain peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, pihak pihak lain juga perlulah bekerjasama dan janganlah hanya memeluk tubuh dan asyik mengkritik langkah langkah yang telah diambil kerajaan. Pihak guru itu sendiri perlulah melakukan anjakan paradigma dan memberikan sokongan yang padu atas apa sahaja usaha dalam memartabatkan profesion keguruan. Para guru perlulah berusaha untuk menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta menigkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara sifat dan kualiti profesional seorang guru seperi yang telah digariskan oleh KPM ialah suka membaca, ingin tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha dan pengetahuan ikhtisas. Selain hal itu, guru juga perlulah mengelakkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh mendatangkan imej buruk kepada profesionalisme keguruan. Mereka hendaklah menjaga tingkah laku mereka di mana sahaja mereka berada. Oleh hal yang demikian, usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan tidak akan sia sia kerana mendapat sokongan daripada para guru sendiri.

PenutupKesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya bukanlah enteng. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha memartabatkan profesion keguruan kerana dalam zaman baharu ini profesion keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar. Ditambah lagi dengan para pelajar dan murid yang semakin matang dan maju dalam menongkah arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya.