assignment edu 2

45
CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 Pendahuluan : Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal 1

Upload: mohammad-hazim-hamdan

Post on 21-May-2015

9.559 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Pendahuluan :

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai

bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain

daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya

kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan

bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap

kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat

dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi

melambangkan keperibadian Malaysia.

Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang

wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli

masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara

satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam

dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling

menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu

dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya

diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal

yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala

tuju negara kepada generasi muda.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat

perlu dititikberatkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang

berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian

budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana

budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari

daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang.

1

Page 2: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk, kepelbagaian telah wujud

merangkumi semua aspek iaitu aspek  agama, adat resam, ekonomi, politik dan

budaya. Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu. Henson dan

Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula

menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang

mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti

optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang

untuk  belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan

kesilapan, takut bertanya).

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), perbezaan individu ini merupakan

perbezaan ciri-ciri fizikal, ciri-ciri kecerdasan mental, social, emosi dan

moral.Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-

aspek  perbezaan individu adalah seperti berikut :

Jantina,

Fizikal,

Kognisi,

Personaliti,

Gaya Kognitif dan

Gaya Belajar

Kesihatan dan Sosial,

Bangsa/Bahasa

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua

kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan

individu ke arah memaksimumkan tahap pencapaian. Oleh itu benarlah sekolah

merupakan tempat wujudnya perpaduan jika peranan guru, sekolah dan sistem

pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.

2

Page 3: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran

atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang

lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-

undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh

manusia sebagai anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi

kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan

kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah

memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.

3

Page 4: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Latar belakang kajian :

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Guru :

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya

menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada

anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis

mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,

ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan

tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas

dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan

bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. .Murid dari

kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama

supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas dan pencapaian

murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas

atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru memberi

hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan

hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan

pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra

murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes

murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa

4

Page 5: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih

menyeronokkan.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-

budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat

aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan

kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan

oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu

sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,

nilai dan agama yang dianuti murid.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi

meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada

keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran

berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran

mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti

komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki

wawasan yang jelas.

5

Page 6: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Murid :

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan

bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik

darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang

melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau

kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran

secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk

memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan

mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu

murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran

dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran..

Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis

terhadap bangsa lain.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak

harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling

percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa

mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri

murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan

dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran

memacu pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard

semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan,

6

Page 7: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang

betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai,

aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap

penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan

membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang

berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam

interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan

dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas

mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua

dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak

dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu

menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman

selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih

baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,

menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif

dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang

dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan

dan guru.

7

Page 8: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Sekolah dan Sistem Pendidikan :

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada

pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil.

Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian

sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk

Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk

memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan

negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat

menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama

Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah

rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar

utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina

manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP)

yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar

mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang

akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan

masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam

di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.

8

Page 9: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang

cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk

menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik

menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian,

ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah

kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT

Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri

Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah

Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).

Sekolah- sekolah yang terletak di bndar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai

latar belakang sosiobudaya : kelas social dan etnik. Sekolah-sekolah luar Bandar dan

pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf

sisioekonomi rendah. Sekolah-sekolah luar Bandar sering menghadapi masalah

kekuranngan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah,

Justeru, budaya sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yang terbatas.

Berjaya atau tidak sesebuah intitusi atau sekolah bergantung kepada gaya

kepemimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah

yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan. Kerencaman

sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah.

9

Page 10: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Peranan dan Tanggungjawab Guru Dalam Membentuk Bilik Darjah Yang Mesra

Budaya:

Peranan guru adalah memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional

dapat dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat

pendidikan.Pihak sekolah dan institusipendidikan perlu berusaha membangunkan

persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar

dan murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi

mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan.

Tugas seorang guru tidak hanya mengajar di dalam bilik darjah sahaja tetapi

ianya juga perlu menerapkan dan memupuk nilai-nilai perpaduan di dalam diri setiap

murid kerana perpaduan bermula di sekolah dan pada peringkat pra sekolah lagi ianya

perlu disemai.Langkah dan pengurusan yang betul perlu diambil oleh setiap guru ketika

berada di dalam bilik darjah kerana bilik darjah merupakan tempat permainan kedua

pelajar selepas di rumah.Oleh konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang

mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad

yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar

belakang etnik.

Konsep pengurusan fizikal dan mesra budaya harus melewati bukan hanya dari

aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari

pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim

pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai

latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di

rumuskan oleh Fred Steele(1973)

“ The effects of physical setting in a classroom is a setting for social

interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.

10

Page 11: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994)

yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana

pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang

lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria fizikal umum untuk

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlu dinilai dari segi :

1. Aspek Fizikal

- Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai

- Mengikut keperluan aktiviti.

- Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

- Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

- Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

- Melukis mural diswekitar kelas.

- Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya

terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan

tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada

perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri

dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam

satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu

suasana mesra budaya secara tidak langsung dan seterusnya dapat menerap nilai

perpaduan..

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong

menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan

oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta

Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan

mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh

Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa:

11

Page 12: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

“ The physical environment of the classroom such as use of space,

classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom

culture”

2. Sudut-sudut Pembelajaran

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat

membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta

sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti

buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen

dan multimedia. Kriteria-kriteria fizikal yang spesifik juga akan mewujudkan

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru

seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta

kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.Secara tidak langsung murid-murid

dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati

yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum.

Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau

interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.

Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama

Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka

agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum

etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan

sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang

menyatakan

12

Page 13: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

“Keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils

to explore, investigate and discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-

sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-

kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman

dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya

dalam bilik darjah.Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh

menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau

risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai nas, keturunan dan

etnik.

Implikasi Positif Kepada Pelajar :

a. Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu

dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra

budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira

berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium

perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya

hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk

keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid

akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid

ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam

13

Page 14: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang

mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.

b. Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif

Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi :

Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193, guru adalah model bagi

pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat

pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses

peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat

dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak

muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah

perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.

c. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat

memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p

dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama

kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.  Menurut Ahmad Rafaai Ayudin

di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru

pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik

minat murid untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal,

menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti

banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah

tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh

itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu,

sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru berlaku dalam

keadaan ceria dan menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan.

14

Page 15: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

d. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

Salah satu strategi kerajaan dalam menyatu padukan masyarakat berbilang

kaum dan budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan

menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan

pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan

unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras

bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai serta  aktiviti yang

bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap

penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat

akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid

dapat mempraktikkan serta mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan

adanya bantuan daripada guru.

e. Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan

Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi :

Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, ‘Ibn

Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia.

Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan

pengukuhan akhlak.”

Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat

disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti

perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk

mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah

memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan

positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikan

kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya

menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses

15

Page 16: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus

proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.        

f. Mendisiplinkan murid

Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini,

seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan ‘empowerment” .Ahmad Rafaai

Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru

pada halaman 194, menyatakan  “empowerment” ialah menurunkan kuasa pendisiplin

dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab

untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang

bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan

pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan

seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas

yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin

dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil tugas murid.

Implikasi Negatif Kepada Pelajar, Sekolah dan Sistem Pendidikan :

1. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan

menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang

dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran

pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu

untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum

balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan

dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk

merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru

bukan sahaja perlu kreatifdan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis

dalam menghadapisesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions

of ParallelUniverses", 1994).

16

Page 17: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

        2. Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis

perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus

mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka

ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan

profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang

sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki

pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

3. Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut

berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran

yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan

pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar

dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat

apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan

berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar

untuk memberontak. Selain itu contoh di dalam pengajaran guru hanya berfokuskan

kepada satu kaum sahaja, sedangkan di dalam kelas tersebut terdapat berbagai kaum.

Akibatnya murid akan cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu

pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya.

4. Disamping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut

mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru

yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam

keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang,

takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau

situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang

tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang

ingin disampaikan oleh guru.

5. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan

fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang

terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu,

pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak

17

Page 18: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan

kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses

pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa

dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan

masalah disiplin akan diwujudkan.

Cadangan 1 : Tiada diskriminasi terhadap murid

Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan.

Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu dan meminggirkan murid kaum

India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut

kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang

berlainan dan jantina yang berbezad itempatkan dalam satu kumpulan yang sama

supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat

diwujudkan apabila mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama.

Cadangan 2 : Motivasi yang bervariasi

Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di

dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan

merangsangkan minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh

yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen

motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p,

beberapa komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai Ayudin iaitu

daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta

melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid

sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan

melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif

semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi.

18

Page 19: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Cadangan 3 : Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta

penggunaan contoh.

Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar

(ABM). ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru

dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu

memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan

cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu ABM

yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah

yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan ABM serta BBM

yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis

kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas

kerana ini mungkin dapat mendatngkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu

juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan

menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh

mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan

penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain.

Cadangan 4 : Menghargai pendapat dan idea murid

Menurut Ziv, (1976) semasa di dalam kelas, guru haruslah sentiasa menghargai

idea kanak-kanak sebagai suatu idea yang bernilai. Ini adalah kerana kebanyakan guru

kerap mengenepikan idea yang diberikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya

dianggap tidak berkeupayaan untuk menghasilkan idea-idea yang bernilai. Guru-guru

haruslah memainkan peranan sebagai penggalak kreativiti dengan menghargai idea-

idea kanak-kanak dan menawarkan ganjaran bagi idea-idea kreatif. Guru juga harus

menghormati idea kanak-kanak walaupun ianya luar biasa dan aneh. Dengan itu,

kanak-kanak akan lebih terdorong untuk menyampaikan idea-idea mereka, lebih-lebih

lagi sekiranya idea yang disampaikan dahulu diterima dengan baik dan dihormati, tidak

kira aneh dan berbeza sekalipun. Ini adalah penting bagi keberkesanan pembelajaran

terutamanya apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu yang susah dinilai oleh ibu

bapa dan guru-guru.

19

Page 20: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Cadangan 5 : Guru sebagai penyelesaian masalah murid

Selain itu, guru juga berperanan sebagai penyelesai masalah. Peranan guru

dalam proses penyelesaian masalah, menurut Goffin dan Tull (1985), ialah mencabar

pelajar untuk menggerakkan proses pemikiran mereka sendiri. Guru seharusnya

menyediakan soalan-soalan yang memperteguh pengetahuan dan pengalaman pelajar

itu sendiri, sambil terus berperanan sebagai sumber dan fasilitator di bilik darjah. Satu

objektif penting bagi guru ialah membina kemungkinan-kemungkinan penyelesaian

dalam bilik darjah mereka. Guru haruslah mempunyai kemahiran untuk mengubah

aktiviti-aktiviti harian menjadi kemungkinan kepada penyelesaian masalah, dengan

menggalakkan pelajar untuk merancang, meramalkan kesudahan yang mungkin timbul,

membuat keputusan dan memerhatikan hasil daripada keputusan-keputusan ini.

Dilihat dari segi peribadi seorang guru mempunyai banyak peranan. Guru secara

keseluruhannya bertindak sebagai petugas sosial iaitu seseorang yang harus

membantu kepentingan masyarakat. Dalam kegiatan masyarakat guru sentiasa

merupakan petugas yang dapat dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, guru juga

seorang yang ilmuan, iaitu sentiasa terus-menerus menuntut ilmu pengetahuan.

Seorang guru juga berperanan sebagai pencari teladan iaitu yang sentiasa mencarikan

teladan yang baik untuk pelajar bukan untuk seluruh masyarakat. Guru menjadi ukuran

bagi norma-norma tingkah laku. Pencari keamanan juga antara peranan guru terhadap

pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa

mencarikan jalan penyelesaian bagi setiap pelajar sekiranya mereka menghadapi

masalah. Guru menjadi tempat berlindung bagi pelajar-pelajar untuk memperolehi rasa

aman dan puas di dalamnya (Charles, 1974) dalam bakar, 2004.

Cadangan 6 : Guru sebagai pengawal di bilik darjah

Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang pengawal,

guru seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan

seperti pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh masuk keluar kelas tanpa

kebenaran dan sebagainya hendaklah jelas dan ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru

perlulah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada

20

Page 21: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

peraturan ini menjadikan perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga

seharusnya mengawal murid bermasalah peribadi, masalah disiplin yang wujud dalam

bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor murid kemungkinan adalah

disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat autokratik menyebabkan wujudnya

perasaan marah, benci, kecewa dan bosan. Maka masalah ini dapat dibendung

sekiranya gaya pengajaran guru dipelbagaikan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah peribadi. Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti

kumpulan. Guru harus mengawal dari segi tingkahlaku, adab dan sopan santun supaya

tidak melanggar susila mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan agama.

Di samping itu, hubungan mesra wujud di antara murid dan guru membolehkan guru

membimbing dan menggerakkan murid-murid di dalam kelas.

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian :

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan

diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi

perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari,

diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli

fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-

kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi

keperluan murid tanpa prejudis.

21

Page 22: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi

keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu

(1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu

adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap

pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka

daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea

kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara

kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh

aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda,

pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar

mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah

pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh

menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan

pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan

murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan

pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada

realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran

kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar,

pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini

22

Page 23: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi

pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia

mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka

lebih berdikari.

Cadangan dan Penambahbaikan oleh Kerajaan:

Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan

pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka

selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai

untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya.  Dengan ini rakyat

akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan

terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran

menjadi sampingannya.

         Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi

melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat

persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan  guru

dan  peruntukan  kursus   ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara

beransur-ansur  dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan

disekolah masing-masing.     

  

         Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang

diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa

sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana. Sikap tidak minat menjadi guru ini

memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan

visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar

dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

23

Page 24: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

          Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah

untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan

antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian

kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah

seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini

memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan

pelajar.

       Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan

kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan

simpton ketidakadilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus

mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.

            

 Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru

ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu

masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik,

pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah

pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu

peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil

kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan

masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan

yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam

menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.

        

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep

”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan

penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini

dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi

24

Page 25: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta

menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan

sesama ibubapa para pelajar.

   Kesimpulan :

Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakatmajmuk

di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akanmenimbulkan

pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalammasyarakat, masalah

menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza,bersikap prasangka

sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuatmurid-murid lebih suka

bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahajatanpa mempunyai perasaan

untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Halini akan mewujudkan sikap

mementingkan diri sendiri dalam kalangan muridtersebut. Pendedahan awal mengenai

kesedaran kepelbagaian sosio-budaya iniharus diberikan kepada para pendidik supaya

mereka dapat memahami sertamengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum

dalam kalangan murid. Secaralangsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam

kalangan warga sekolah.Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang

mempunyai tarafsosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang

setengah daripadamereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum

lain.Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat

yangtoleran ke arah memacu pembangunan negara.

25

Page 26: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

REFLEKSI

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah perkenan-Nya, dapat saya melaksana dan menyelesaikan tugasan kerja khusus

pendek matapelajaran EDU3106. Tugasan kerja kusus ini bermula dari 17.2.2013 dan

perlu dihantar pada 16.03.2013.

Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik

Suffian Effendi b Mohd Zari telah pun mengagihkan tugasan sehari sebelum tugasan

dimulakan. Di akhir kerja khusus ini saya telah dapat menerangkan konsep budaya dan

kepelbagaian kelompok di Malaysia. Disamping itu sebagai seorang guru saya telah

dapat menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah

yang mesra budaya agar perpaduan dapat diwujudkan. Sebagai guru yang merupakan

agen perubahan saya telah dapat menerapkan nilai perpaduan dan kesefahaman

antara kaum dapat diterapkan, apatah lagi di dalam kelas saya terdapat dua orang

murid Cina, seorang murid beragama Budha dan selebihnya adalah murid berbangsa

Melayu. Hasil daripada perlaksanaan tugasan ini terdapat banyak nilai-nilai murni yang

dapat diterapkan dalam diri saya amnya dan murid saya khususnya. Antaranya ialah

sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Rakan-rakan

banyak membantu dalam mencari sumber maklumat dan dalam menyiapkan ugasan

ini. Selain itu sentiasa menepati masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat

dalam penghasilan tugasan ini.

Akhir sekali saya ingin mngucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah saya

iaitu Encik Suffian Effendi b Mohd Zari kerana banyak membantu dalam menghasilkan

tugasan ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat

digunakan pada masa akan datang.

Sekian.

26

Page 27: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Bibliografi :

BUKU RUJUKAN :

1. Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang

Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran

Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak

diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

2. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan

Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan

Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia

4. Asmah Hj.Omar, (1988). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kamus Dewan Bahasa. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Noriati A. Rashid

27

Page 28: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

LAMAN WEB :

1. http.//semanggol.com.

(diakses pada 18 Februari, 2013)

2. http://kayrolls.blogspot.com.masalah-dusiplin-dalam-kalangan-pelajar.html

(diakses pada 4 Mac, 2013)

3. http.//www.prihatin.net

(diakses pada 10 Mac, 2013)

4. http://www.jpnin.gov.my/361

(diakses pada 14 Mac, 2013)

28

Page 29: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

Lampiran

29

Page 30: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

30

Page 31: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

31

Page 32: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

32

Page 33: Assignment edu 2

CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

EDU3106

33