edu 3106.pptx

16
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN *Orang Asli *Indigenous *Pedalaman Dihasilkan oleh : Noraisha binti Jasmil

Upload: sha-aishya

Post on 27-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN*Orang Asli*Indigenous*PedalamanDihasilkan oleh : Noraisha binti Jasmil

Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.

Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri.

Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.

Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli.

Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli.

Terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.

Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %).

Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan.

Indigenious

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.

Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning sistem) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Dalam sistem belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

Sekian sahaja

Terima kasih daun keladi.