edu 3108 kepimpinan

29
1.0 PENDAHULUAN Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat sesuatu kumpulan. Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Maka sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin yang berwibawa. Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Tenggara. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti. Ini bererti, pengetua atau guru besar selaku ketua jabatan di sekolah diberi amanah untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara dan bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Sunggguhpun demikian, tugas pengetua atau guru besar di sekolah tidak terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Oleh itu, setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah tanggungjawab pengetua malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif, harmonis serta cemerlang dikatakan berakar umbi daripada kepemimpinan pengetua atau guru besar yang berkesan. 1

Upload: al-hafiz

Post on 02-Aug-2015

2.366 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3108 Kepimpinan

1.0 PENDAHULUAN

Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi

tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai

matlamat sesuatu kumpulan. Dalam kerangka sesebuah organisasi,

kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan

mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya.

Maka sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya

seorang pemimpin yang berwibawa.

Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

mempunyai hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Tenggara. Dalam

merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua

berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan

berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan

kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan.

Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat

sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti. Ini

bererti, pengetua atau guru besar selaku ketua jabatan di sekolah diberi

amanah untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara

dan bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah

sekolah.

Sunggguhpun demikian, tugas pengetua atau guru besar di

sekolah tidak terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah

mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di

bawah tadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang

khidmat dengan komited dan efektif.

Oleh itu, setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah

tanggungjawab pengetua malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif,

harmonis serta cemerlang dikatakan berakar umbi daripada

kepemimpinan pengetua atau guru besar yang berkesan.

1

Page 2: EDU 3108 Kepimpinan

2.0 KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin

bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai

memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.

Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan

pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus

Dewan, 2002).

Manakala Menurut Robbins (2003), kepemimpinan pula adalah

satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan

mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.

Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli

kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Leithwood dan

Janti (1999) pula menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan

keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan

pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya.

Menurut pendapat Konntz dan O’Donnel (1984), kepimpinan

secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh; satu seni atau

proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara

sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Hal ini mempunyai

persamaan dengan Fulmer (1988) iaitu, kepemimpinan melibatkan kedua-

dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras

ke arah sesuatu matlamat,dan kemahiran atau kebolehan untuk

membantu mereka mencapainya.

Kim dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepemimpinan

sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan

sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk

mencapai matlamat organisasi.

Menurut Hollander (1978), kepimpinan adalah satu proses

pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun

pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung

kepada pujukan dari pada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan

2

Page 3: EDU 3108 Kepimpinan

pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk

mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya

tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha bekerjasama

daripada pengikut-pengikutnya.

Gordon (1955) memberi definisi bahawa kepimpinan dapat dilihat

sebagai interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara

khususnya antara individu dengan seluruh ahli yang mengangotai

kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap

memegang watak-watak tertentu yang berbeza antara satu dengan lain.

Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh,iaitu pemimpin

mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.

Manakala konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh

bentuk dimensi kepimpinan. Kepimpinan bermula daripada konsep

kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan

masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara. Oleh

itu, kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan

sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung

dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

Selain itu, kepemimpinan juga melibatkan empat jenis yang boleh

dilihat dalam sesebuah organisasi. Pertamanya ialah kepemimpinan

semula jadi. Dalam sejarah manusia dimana-mana sahaja, akan terbentuk

sekumpulan manusia yang pasti akan diketuai oleh seorang yang

berpengaruh meskipun tidak pernah dilantik secara formal melainkan atas

dasar persetujuan semata-mata. Seseorang akan dianggap dan dipatuhi

arahannya sebagai ketua mungkin disebabkan paling tua, paling

berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti

dan interpersonaliti yang dikagumi dan dihormati.

Melalui kepemimpinan semula jadi ini, pemimpin mempunyai

kelebihan tersendiri untuk memimpin. Pada hakikat sebenarnya

kepemimpinan jenis ini sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Contohnya ialah kita akan menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu

bapa kita sendiri. Mereka berhak menentukan keputusan untuk

3

Page 4: EDU 3108 Kepimpinan

memastikan kejayaan anak mereka. Manakala tanggungjawab anak pula

perlu taat kepada mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita sejak

kecil lagi.

Begitu juga keadaanya di sekolah, guru yang baru sahaja

ditempatkan di sana perlu menghormati guru-guru senior yang

berpengalaman. Jika tidak, sudah tentulah guru baru tersebut akan

dipandang sinis dan tidak menghormati norma-norma budaya setempat.

Selain itu, kepemimpinan semula jadi ini lebih kepada amalan budaya

yang biasa diamalkan dan turunkan daripada segenap lapisan generasi.

Jenis kepemimpinan kedua ialah kepemimpinan berkarisma. Max

Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya

mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu memyelesaikan

segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya.

Manakala House dan Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret

personaliti tertentu yang dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu keyakinan

diri yang tinggi, berani menanggung risiko, berorientasikan pencapaian,

berorientasikan kreativiti dan inovasi, bertenaga dan stamina diri yang

tinggi, menggunakan pengaruh terhadap pengikut, bertimbang rasa, peka

dan responsif.

Konsep karisma menurut Weber (1947) lebih ditekankan kepada

kemampuan pemimpin yang memiliki kekuatan luarbiasa dan mistis.

Menurutnya, ada lima faktor yang muncul bersamaan dengan kekuasaan

yang kharismatik, iaitu adanya seseorang yang memiliki bakat yang luar

biasa, adanya krisis sosial, adanya sejumlah idea yang radikal untuk

memecahkan krisis tersebut, adanya sejumlah pengikut yang percaya

bahawa seseorang itu memiliki kemampuan luar biasa

Pemimpin yang terkenal dengan jenis kepemimpinan berkarisma ini

terdiri daripada tokoh-tokoh perjuangan sejarah masa lalu iaitu seperti

Gandhi, Hitler, Napolean dan Mother Theresa. Tokoh-tokoh ini

mempunyai kaitan dengan perjuangan masa lampau yang menumpukan

perjuangan masing-masing. Selain itu, mereka juga begitu berpengaruh

4

Page 5: EDU 3108 Kepimpinan

terhadap pengikut-pengikutnya yang tersendiri sehingga tahap sanggup

mempertaruhkan nyawa. Bukan semua pemimpin yang mampu untuk

mempengaruhi pengikutnya sehingga ke tahap sedemikian. Hanya

pemimpin yang berkarisma ini sahaja yang mampu untuk melakukannya

kerana mereka mempunyai daya tarikan yang luar biasa melalui jenis

kepemimpinan karisma ini.

Manakala jenis kepemimpinan ketiga pula ialah kepemimpinan

birokratik. Kepemimpinan birokratik amat berstruktur dan berfungsi

mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan

dalam sesebuah organisasi. Pemimpin birokratik menggunakan kuasa

rasmi yang diberi kepadanya melalui pelantikan jawatan untuk menerajui

sesebuah organisasi.

Menurut Weber (1989), tujuan kepemimpinan birokratik dalam

sesebuah organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui

pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional. Model

kepemimpinan birokratik tulen menurut Weber (1989) memberikan

penekanan kepada 6 aspek iaitu organisasi yang berorientasikan

matlamat, pembahagian bidang pengkhususan, struktur berhierarki,

mementingkan peraturan dan tatatertib, mempunyai prosedur kerja yang

amat teknikal, dan perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan

bidang.

Menurut Packwood (1989) aplikasi kepemimpinan birokratik agak

nyata dalam organisasi sekolah dan institusi pendidikan. Boleh dikatakan

birokrasi merupakan ciri generik dalam sesebuah organisasi formal,

terutamanya jika organisasi tersebut agak besar dan kompleks. Antara ciri

kepemimpinan birokratik dalam organisasi sekolah meliputi empat aspek

iaitu struktur organisasi sekolah yang berhierarki dengan guru besar di

pucuk kepemimpinan. Hal ini bermakna guru besar merupakan pemimpin

tertinggi bagi semua organisasi sekolah. Kedua, guru-guru mempunyai

bidang kepakaran masing-masing. Ketiga, terdapat peraturan sekolah dah

jadual waktu akademik untuk dipatuhi. Keempat, ketua panatia

5

Page 6: EDU 3108 Kepimpinan

bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan

mengikut garis panduan dan sukatan yang telah ditetapkan.

Dalam organisasi sekolah, guru besar bertanggungjawab

memelihara kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tetapi autoritinya

terhadap guru-guru adalah terhad mengikut kepakaran guru-guru dalam

bidang masing-masing. Oleh itu, guru besar perlu memahami tugas setiap

guru dan memberi kepercayaan kepada setiap guru untuk melaksanakan

pengajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan kecemerlangan sekolah

dapat dicapai.

Jenis kepemimpinan keempat pula ialah kepemimpinan teragih.

Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin

dengan semua ahli dan dapat menimbulkan semangat kerjasama serta

keakraban sesama rakan setugas. Kepemimpinan teragih dianggap

sebagai paling sesuai untuk organisasi sekolah kerana sebahagian besar

ahlinya terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai autoriti

dalam bidang kepakaran masing-masing.

Brown, Boyle dan Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi

dan amalan rakan sekerja, mereka memperoleh manfaat daripada

sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. Perkongsian visi

dan misi merupakan asas kepada hasil keputusan bersama yang

meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.

Kesimpulannya, kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan

orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan

pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan

dalam pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi. Proses ini

melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang

memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan

bahawa tugas pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya

supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke arah satu

matlamat yang dirancang.

6

Page 7: EDU 3108 Kepimpinan

3.0 SITUASI KEPEMIMPINAN YANG MENYENANGKAN

Kesinambungan daripada konsep asas yang telah dibincangkan,

maka konsep kepemimpinan juga turut berlaku setiap hari dan setiap

masa di sekolah. Pemimpin teratas sekolah ialah Guru Besar bagi sekolah

rendah dan Pengetua bagi sekolah menengah. Bernaung di bawah

mereka ialah guru-guru penolong kanan, guru-guru penolong, dan

kakitangan sokongan. Pastinya dengan penggemblengan tenaga daripada

semua ini, maka urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan baik dan

lancar. Justeru itu, sebagai pengurus atau ketua jabatan dalam premis

sekolah, terdapat berbagai-bagai peranan dan pendekatan perlu

diaplikasikan supaya dapat dan mampu membina perhubungan yang

begitu baik dengan rakan-rakan sejawat yang menggalas tugas di

bawahnya.

Pertamanya, dalam membina perhubungan pemimpin-ahli, guru

besar atau pengetua perlulah mengenal dan mengingati nama setiap anak

buah yang ada di sekolah. Hal ini penting dan perlu dilakukan kerana

memberi implikasi yang begitu besar. Ada sesetengah guru yang begitu

sensitif dengan panggilan nama mereka. Andai kata tersilap satu huruf

sekalipun di dalam ejaan, maka akan mengamuklah guru tersebut

tambahan pula beliau ialah guru paling senior dan lama berkhidmat di

sekolah tersebut. Oleh sebab itu, pada permulaan perhubungan dan

komunikasi guru besar perlulah mengingati nama setiap guru yang berada

di bawah organisasi yang diuruskan. Analogi ini sama dengan situasi jika

guru berada dalam bilik darjah menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Nama setiap murid perlu diingati supaya wujud

hubungan mesra dan murid merasakan mereka dihargai.

Berbalik kepada konteks hubungan pemimpin-ahli tadi, wajarlah

pengurus sekolah mengenali semua anak-anak buahnya dalam

memastikan urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan baik dan lancar.

Keduanya ialah, guru besar seharusnya bersikap profesional dan

terbuka. Konsep mesra alam sangat penting apatah lagi jika baru bertukar

tempat bertugas di sekolah baharu. Usahlah terbawa-bawa perangai dan

7

Page 8: EDU 3108 Kepimpinan

tabiat kurang baik semasa di sekolah lama ke tempat baharu. Ada

kalanya berlaku pertemuan semula dengan rakan-rakan lama namun

sentiasalah bersikap profesional. Ketepikan segala perkara negatif dan

tidak baik seolah-olah baharu sahaja pertama kali bertemu. Semoga

dengan perwatakan positif kita, mereka dapat menerima dan mudah

berhubung serta mesra dalam berinteraksi dan berkomunikasi.

Seterusnya, dalam skop struktur tugasan menuntut supaya

pemimpin sekolah melakukan pembahagian tugasan yang sama rata dan

adil kepada semua guru. Tidak dapat dinafikan kebanyakan mereka

sudah merasa perit jerih bersusah-payah semasa mula-mula berkhidmat

dahulu. Namun begitu, dalam suasana dan profesion yang begitu

profesional ini maka perlulah sikap-sikap negatif tersebut dibuang dan

diganti dengan satu iltizam baharu berkarisma dan beretika.

Menurut House dan Howell (1992), pemimpin berkarisma

mempunyai tret-tret atau ciri-ciri personaliti seperti berikut:

Berorientasikan pencapaian.

Berorientasikan kreativiti dan inovasi.

Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi.

Keyakinan diri yang tinggi.

Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap

orang lain.

Sanggup menanggung risiko DAN

Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif.

Terdapat ramai pemimpin dunia yang hebat , berkarisma dan

diterima ramai kerana mereka mengamalkan personaliti yang hebat selain

berdisiplin tinggi. Tokoh-tokoh seperti Mahatma Gandhi dari India, Adolf

Hitler (Jerman), Napoleon (Perancis) dan Mother Theresa merupakan

antara contoh pemimpin yang disanjung dan disayangi rakyat dek kerana

sifat kepemimpinan dan kepimpinan yang sangat unggul.

8

Page 9: EDU 3108 Kepimpinan

Dalam abad ke-21, pemimpin berkarisma sukar didapati. Hal ini

kerana banyak faktor seperti globalisasi, proses demokratik dan peluang

pendidikan yang lebih luas. Pandangan ‘Ledaers are born, not made’

mungkin tidaklah lagi menjadi pernyataan yang popular lagi dengan

kemunculan perkembangan dalam penyelidikan serta kemahiran-

kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan boleh

dipelajari melalui latihan dan kursus formal.

Setelah tugas-tugas dan jawatan-jawatan dibahagikan secara adil,

dan guru-guru dapat menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka,

maka baharulah mereka dapat menjalankan tugas dan amanah dengan

penuh dedikasi dan proaktif. Guru-guru terbabit juga seharusnya diberi

sedikit kebebasan untuk menyempurnakan amanah yang diberikan

namun masih dalam keadaan terkawal. Pemantauan dan perkembangan

semasa setiap guru sentiasa diperhatikan. Jika terdapat kemusykilan atau

kekhilafan yang mana boleh diperbaiki, teguran yang membina dan dapat

diterima harus diingatkan juga supaya sentiasa berhati-hati dan tidak

melakukan kesilapan. Gunakan saluran yang betul dan sentiasa bersikap

profesional serta rasional semasa bertindak. Percayalah, dengan

menampilkan contoh ikutan positif seperti ini, rakan-rakan sejawat yang

lain akan mudah untuk menerima dan menambah baik mutu kerja dan

prestasi mereka. Natijahnya, suasana kerja yang kondusif, selesa dan

menggembirakan sentiasa menyelubungi atmosfera sekolah. Tugas yang

diamanahkan pun selesai dengan sempurna selain P&P iaitu tugas utama

dilaksanakan dengan hebat.

Akhir sekali ialah kedudukan kuasa. Sebagai seorang ketua

sesebuah jabatan, perlu diingat supaya sentiasa bersikap adil dan

saksama terhadap keistimewaan yang diberikan. Janganlah sesekali

menyalahgunakan kuasa tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya.

Realiti dan senario dalam perkhidmatan awam sekarang terutamanya

profesion perguruan, sering kali ketua tidak menggunakan kuasa yang

diberi untuk tujuan yang sepatutnya. Contohnya memindahkan guru yang

tidak disukai ke sekolah lain, melaga-lagakan dan merosakkan hubungan

baik guru dengan rakan sejawat yang lain dan sebagainya. Realiti ini

9

Page 10: EDU 3108 Kepimpinan

memang sudah maklum berlaku dan dialami sendiri pengkaji. Bagaimana

seorang guru besar dengan sesuka hati cuba merosakkan kerjaya rakan

sejawatnya dengan membuat aduan kepada pihak atasan berkenaan

penglibatan aktif dalam politik. Sepatutnya perkara tersebut dibincangkan

terlebih dahulu secara bersemuka. Dapatkan pencerahan dan gambaran

sebenar baharulah tindakan selanjutnya yang sesuai difikirkan. Telah

termaktub di dalam kod etika perkhidmatan awam bahawa seorang

penjawat awam tidak boleh menjatuhkan nama baik rakan sejawatnya.

Oleh itu, perlakuan adil kepada semua adalah dituntut supaya

wujud suasana pekerjaan yang harmoni dan saling menghormati antara

satu dengan yang lain.

4.0 PERUBAHAN DARI SEGI KEPIMPINAN SEKOLAH

4.1 MOHD HAFIZZUDDIN BIN RUBAI

Bertitik tolak daripada penjelasan yang dihuraikan pada soalan dua

sebelum ini, maka saya akan cuba sedaya upaya pertamanya untuk

menampilkan contoh teladan yang baik dan positif kepada anak buah. Hal

ini penting kerana saya telah diamanahkan sebagai ketua. Apabila

membicarakan tentang ketua, sudah pastinya dua elemen terpalit

kepadanya iaitu kepimpinan dan kepemimpinan. Di dalam kepemimpinan

sudah tentulah diselitkan daya penarik yang boleh mempengaruhi

pengikut supaya mengikut kepimpinannya. Jika seorang Guru Besar

menunjukkan ikutan yang tidak baik, bagaimanakah anak buahnya

hendak menghormati, mencontohi dan mengikutinya secara konsisten?

Oleh sebab itu, perwatakan atau penonjolan atitud yang baik serta positif

perlu diperkemas dan digilapkan lagi supaya lebih mantap dan

berkarisma.

Seterusnya setelah saya berjaya mengumpulkan pengikut yang

menghormati dan dihormati, langkah seterusnya ialah mewujudkan

hubungan harmoni dalam suasana profesional dalam kalangan guru di

sekolah. Sungguhpun saya akui, tugas ini begitu sukar untuk

dilaksanakan. Hal ini kerana realitinya sentimen ‘berpuak-puak’ dalam

kalangan guru di sekolah sudah membarah dan amat sukar untuk

10

Page 11: EDU 3108 Kepimpinan

dipulihkan. Faktor perasaan rendah diri kadang kala ego yang begitu

tinggi dalam diri turut menguatkan lagi pernyataan ini. Sebagai langkah

penyelesaian, saya akan cuba menerobos semua sempadan ini dan

memecahkan mana-mana tembok yang menjadi pemisah melalui pelbagai

saluran yang relevan seperti pertemuan tertutup. Kenal pasti segala

permasalahan yang berlaku, sebab-sebabnya dan langkah penyelesaian

serta susulan. Saya yakin, masalah seumpama ini dapat diselesaikan

waima mengambil tempoh masa yang lama.

Akhir sekali ialah tonggak keadilan. Selaku pemimpin, sikap sama

rata dan adil sangat penting dan perlu diselaraskan secara holistik. Bidang

tugas guru, penyelarasan organisasi, dan tidak ketinggalan juga,

kerohanian turut dititikberatkan. Pembahagian tugas di antara rakan-rakan

guru tidak mengikut kehendak hati atau menuruti kelompok komplot

sesama rakan tertentu sahaja. Lihat dan kaji kemampuan serta

keupayaan setiap rakan guru. Janganlah bertindak atas dasar turutan hati

atau perasaan hasad dengki tetapi bertindaklah secara profesional dan

beretika. Maka hasilnya, anak-anak buah akan seronok untuk

menyempurnakan tugasan yang diamanahkan tanpa tekanan dan prestasi

mereka khususnya semakin cemerlang. Hal ini akhirnya akan memberi

implikasi dan impak positif dan cemerlang kepada sekolah umumnya.

Nama baik sekolah semakin dihormati dan menjadi ikutan serta contoh

daripada sekolah-sekolah yang lain.

Kesimpulannya, bentuk-bentuk kepimpinan yang dibincangkan

dilihat mampu untuk mewujudkan transformasi positif dan implikasi

terhadap perkembangan prestasi sekolah. Apa yang lebih penting ialah,

keharmonian dan perhubungan dalam kalangan rakan sejawat berada

dalam keadaan baik serta berterusan dan mereka seronok untuk

menjalankan tugas yang diberikan disamping tidak melupakan tugas

utama mereka iaitu MENGAJAR.

4.2 NOR MAZIANA BINTI ALANG AHMAD

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan

peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Sehubungan itu,

11

Page 12: EDU 3108 Kepimpinan

terdapat beberapa bentuk perubahan dari segi kepimpinan sekolah yang

perlu diberi perhatian. Antaranya ialah pemimpin perlu mempunyai ilmu

pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan

ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan

semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi

memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangan

sekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan

keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi

amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan

kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di

samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yang

luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin akan sentiasa

mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang

kemungkinan yang mendatang. Pemimpin sebegini sudah tentu

merupakan guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang

profesionnya.

Seterusnya, bentuk perubahan kepimpinan sekolah yang perlu

diambil peduli oleh pemimpin ialah berkaitan pengurusan kewangan.

Pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan

kewangan. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan

jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan

penggunaan wang berlaku secara optima. Pemimpin perlu mengagihkan

peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan

kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah.

Sebagai pemimpin juga , beliau bertanggungjawab terhadap akaun

dan kewangan sekolah seperti Buku Tunai dan Buku Suwa. Contohnya di

bawah akaun kerajaan pemimpin bertanggungjawab atas gaji guru-guru

dan kakitangan lain di sekolah serta ‘perkapital Grant’ berdasarkan jumlah

murid. Sementara di bahagian Buku Suwa pemimpin mesti berkebolehan

mendapatkan keuntungan dari tender-tender kantin, sewa dewan dan lain-

lain lagi. Justeru itu, jika seseorang pemimpin kurang arif tentang

12

Page 13: EDU 3108 Kepimpinan

prosedur urusan kewangan dan Pengetua menyerahkan tugas kewangan

sepenuhnya kepada pembantu pegawai kewangan (kerani sekolah).

Selain itu, bentuk perubahan yang perlu dilaksanakan oleh

pemimpin di sekolah juga perlu mengetahui keperluan fizikal untuk

memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama mereka ialah

memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik

darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai. Persekitaran kerja

memainkan peranan penting bagi membolehkan guru-guru berfungsi

dengan berkesan. Suasana fizikal seperti bilik darjah, bilik guru, kantin,

pejabat sekolah dan bilik-bilik khas mestilah kondusif bagi membolehkan

aktiviti akademik berjalan dengan lancar. Selain itu, kawasan sekolah

seperti padang permainan, kawasan rehat dan kawasan rekreasi juga

perlu ada untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, bentuk perubahan lain yang berkaitan

dengan kepimpinan sekolah juga meliputi pemimpin yang memiliki visi dan

misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.

Ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang jelas,

barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk membawa komuniti yang

dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya. Contohnya, bagi

pemimpin unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang

jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya

untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain.

Antara bentuk perubahan dari segi kepimpinan yang perlu diberi

perhatian ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi yang kukuh.

Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja

dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk

berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang

diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan

martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan

tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan

memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh

hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata,

13

Page 14: EDU 3108 Kepimpinan

penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti yang

tinggi.

Perkara di atas akan membawa kepada pengaruh melalui tauladan.

Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan

oleh pemimpin berdasarkan perkara yang diungkapkannya. Pemimpin

ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti di bawahnya

melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk

diteladani oleh semua. Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan dipandang

tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu

mengotakan janjinya melalui tauladan. Sebagai contohnya pemimpin yang

ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti

menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada

yang lain.

Pemimpin juga harus mampu untuk membimbing kakitangannya

bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti .Guru-guru muda

terutamanya yang baru mula bertugas perlu dibimbing agar cepat

menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan

dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyai

kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif

terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran

serta menggalakkan budaya kajian tindakan.

Kesimpulannya, pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka

bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir,

pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan

sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat

keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi

terbaik kepada semua pihak yang lain. Justeru itu, pemimpin perlu

melakukan perubahan yang sesuai dalam aspek kepimpinannya supaya

organisasi sentiasa maju ke hadapan dan berjaya memperoleh

kecemerlangan yang maksima.

14

Page 15: EDU 3108 Kepimpinan

5.0 PENULISAN REFLEKTIF

5.1 Mohd Hafizzuddin bin Rubai

5.1.2 Pengalaman Internship dan Cabaran di Sekolah

Saya telah menjalani amalan profesional Internship selama sebulan

di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak.

Alhamdulillah beberapa tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak

sekolah dapat disempurnakan dengan jayanya. Namun begitu, kejayaan

yang dinikmati ini bukanlah semudah yang disangka. Terdapat

bermacam-macam halangan dan masalah yang dihadapi.

Pertama ialah tiada pengalaman yang mencukupi untuk

melaksanakan projek yang ditetapkan. Jika pengalaman mengendalikan

program semasa berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) hendak

dijadikan kayu ukuran, sesungguhnya hal tersebut tidak memadai dan

mencukupi.Urusan untuk kelulusan menjalankan aktiviti semasa di

sekolah sungguh mencabar. Suasana semasa berada dalam premis

sekolah berbeza kerana pertamanya kita dikelilingi murid-murid dan guru-

guru. Maka iklim dan atmosferanya juga berbeza. Hal ini termasuklah

gaya pengurusan dan pentadbiran oleh pentadbir, kerjasama daripada

guru-guru serta kerencaman kerenah murid-murid itu sendiri.

Memburukkan keadaan lagi, kerja-kerja perkeranian menambahkan

tekanan. Maka pengalaman yang begitu terhad dalam menghadapi situasi

seumpama ini merencatkan dan memberi masalah kepada saya

sepanjang menjalankan internship.

Seterusnya ialah tekanan dan terikat dengan kuasa veto guru

besar. Saya menjalankan Internship bersama-sama tiga orang rakan yang

lain. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek menghias pusat

sumber sebagai projek besar manakala mengecat mural sebagai projek

kecil. Pada perjumpaan bersama Guru Besar, dan perkara tersebut

dibentangkan, pada akhir kata Guru Besar tidak bersetuju dengan semua

idea kami. Malahan lagi, beliau terus keluar dengan idea dan hasratnya

sendiri. Kami hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju.

Bagaimana kami hendak menguruskannya, segalanya akan dilakukan

15

Page 16: EDU 3108 Kepimpinan

sendiri. Tiada pilihan lain, maka projek tersebut perlu dilaksanakan juga

demi keterushidupan internship kami. Akhirnya kami dapat juga

melaksanakan semua projek yang ‘diilhamkan’ oleh Guru Besar dalam

tempoh yang singkat itu.

Selain itu, masalah kekangan masa turut membataskan kelancaran

pelaksanaan projek yang akhirnya ‘mendapat restu’ Guru Besar itu.

Amalan profesional Internship dijalankan selama empat minggu ini juga

turut disertakan dengan tugasan-tugasan kursus yang lain

sepertiPenyelidikan Tindakan. Pengumpulan data, soal selidik, dan

langkah penyelesaian turut dilaksanakan sepanjang empat minggu ini.

Permasalahannya di sini ialah, terdapat kerencatan dalam perancangan

pelaksanaan projek kami dalam menyempurnakan Internship dengan

jayanya. Beliau (Guru Besar) berfikiran bahawa kami telah sampai ke

tahun akhir, di mana dakwa beliau kami telah tiba ke tahap kemuncak dan

telah bersedia 100% dalam segala hal. Saya berfikiran bahawa memang

segala bentuk input merangkumi teras pedagogi, psikologi, dan kurikulum

telah sarat dan ditimba sepenuhnya. Persoalannya ialah, kerencaman

projek yang dijalankan tidak begitu kompetitif dan berkualiti serta tidak

selari dengan tempoh masa yang diberikan.

Lebih memburukkan keadaan, kebetulan sepanjang tempoh

Internship tersebut, banyak program dan peristiwa dijalankan di peringkat

sekolah. Paling utama ialah Peperiksaan Prapercubaan UPSR dan

percubaan sebenar. Dua minggu sudah terbuang begitu sahaja. Bakinya

tinggal lagi dua minggu. Kami runsing memikirkan masalah ini. Interaksi

dalam bilik darjah, menggantikan guru yang tidak hadir, dan tugas

perkeranian yang telah mencantas dan seolah-olah tidak membenarkan

kami daripada meneruskan projek ini. Hal ini belum dicampur lagi dengan

segala macam protokol dan prosedur yang perlu dipatuhi sepanjang

menguruskan projek tersebut. Namun begitu, hasil permuafakatan dan

gerak kerja kumpulan, segala projek tersebut dapat diselesaikan dengan

sempurna.

16

Page 17: EDU 3108 Kepimpinan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi

semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran di sekolah sepanjang

Internship. Namun begitu, segala halangan ini dapat diatasi berkat

kesabaran, kepatuhan dan strategi sistematik yang telah pun diatur

bersama-sama.

5.1.2 Pengalaman Internship meningkatkan kefahaman perkembangan profesionalisme guru.

Hasil daripada pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani

Internship tersebut, dan pemerolehan berbagai-bagai pengalaman,

celoteh, ragam dan suka-duka disimpulkan ke dalam huraian di bawah ini.

Pertamanya, bertanya jika tidak tahu dan untuk mendapatkan

penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Sesungguhnya pengalaman

tidak boleh dijual beli dengan wang dan kekayaan. Unsur abstrak ini

hanya akan diperoleh jika kita sama ada bersedia secara fizikal dan

mental. Hal ini juga boleh berlaku dalam situasi sebaliknya. Ada kalanya

kita perlu menempuh ranjau atau karier yang diceburi dalam masa yang

lama sehingga baharulah pengalaman tersebut terbit. Namun begitu,

terdapat juga pengalaman yang diperoleh pada masa yang begitu singkat.

Inilah yang dinamakan sebagai tuah. Jika sekiranya kita tidak pernah

mengalami sesuatu situasi, namun pada masa yang sama kita

berhadapan dengan situasi yang begitu sukar untuk diselesaikan kerana

tiada pengalaman. Maka peri pentingnya di sini untuk kita bertanya

kepada yang lebih tahu. Siapakah mereka yang dimaksudkan? Sudah

tentulah guru-guru yang telah lama berkhidmat atau dalam kata lain,

senior. Mereka telah arif dan lebih banyak mengetahui asam garam selok-

belok dalam bidang yang mulia ini. Bertanyalah kepada mereka dengan

berhikmah dan mudah disenangi, supaya mereka tidak kedekut atau lokek

untuk berkongsi pengalaman dengan kita yang masih lagi baru ini. Itulah

kunci yang merungkai segala persoalan di atas.

Seterusnya ialah sebagai seorang penjawat awam atau kakitangan

kerajaan, kita dibayar setiap bulan untuk menjalankan segala dasar

17

Page 18: EDU 3108 Kepimpinan

kerajaan dalam bidang pendidikan. Terdapat perjanjian terikat antara kita

dengan pihak majikan iaitu kerajaan itu sendiri. Oleh itu, wujud satu piawai

atau standard yang membezakan profesion perguruan iaitu peraturan atau

etika. Pematuhan etika perkhidmatan awam merupakan satu kewajipan

yang mesti diikuti oleh setiap kakitangan kerajaan, bukan sahaja dalam

bidang pendidikan malahan bidang-bidang yang lain dalam sektor

kerajaan seperti pertahanan, kewangan, kemanusiaan, sukan,

perdagangan dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan setiap

penjawat awam yang berkhidmat sentiasa mengekalkan rekod

perkhidmatan yang bersih dan tidak boleh dipertikaikan pihak lain. Dalam

konteks institusi pendidikan iaitu sekolah, guru-guru juga terikat dengan

berbagai-bagai etika dan peraturan. Jika terdapat sebarang ralat atau

kesilapan yang dilakukan, sama ada disengajakan atau tidak, maka

menjadi tugas Pengetua atau Guru Besar untuk memberi peringatan

dalam pelbagai bentuk seperti teguran ataupun bersemuka secara

peribadi. Hal ini penting bagi memastikan guru-guru tidak lari atau

tergelincir daripada landasan yang sepatutnya yang mungkin akan

menjejaskan nama baik profesion.

Akhir sekali melibatkan skop perundangan. Semua tempat di mana-

mana sahaja akan ditetapkan peraturan. Mengapa? Supaya semua ahli

sentiasa berdisiplin dan segala urusan dilaksanakan dalam keadaan

tersusun serta bersistem. Setiap bidang yang dibahagikan di dalam

sekolah contohnya kepada guru penolong kanan adalah berbeza. Jika

penolong kanan pentadbiran merangkumi hal ehwal kurikulum atau

akademik dan kebajikan guru, hal ini berbeza pula dengan bidang kuasa

penolong kanan hal ehwal murid. Semua program berkaitan

perkembangan spiritual dan emosi murid bernaung di bawahnya. Bidang

sukan, kokurikulum dan pembangunan berkaitan dengannya

dipertanggungjawabkan kepada guru penolong kanan korikulum. Segala

pecahan yang begitu banyak akan diagihkan pula kepada semua guru

penolong yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu. Dalam hal

ini, jelaslah bahawa pengurusan bersistem seumpama ini akan membina

profesionalisme guru. Mereka dikelilingi dengan peristiwa berkaitan

18

Page 19: EDU 3108 Kepimpinan

sekolah termasuklah peperiksaan, sukan dan P&P yang direkodkan serta

difailkan. Hal ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan zaman sebelum

kewujudan teknologi maklumat (IT) iaitu pembangunan insaniah lebih

banyak dapat ditumpukan kepada murid. Terlalu banyak aplikasi

berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menuntut

para guru suopaya celik terhadap teknologi yang begitu penting dewasa

kini. Segala urusan dilakukan di hujung jari sahaja. Dunia semakin

mengecil dan tiada batasan. Asas ini merupakan antara faktor yang akan

menbentuk profesionalisme guru.

Kesimpulannya, amalan profesional Internship dilihat mampu

memberi impak positif yang maksimum kepada saya dalam meningkatkan

perkembangan profesional guru. Banyak lagi cabang yang perlu dipelajari

dan ditimba bagi lebih mempersiapkan diri menghadapi dunia pendidikan

yang penuh dengan cabaran lebih-lebih lagi pada zaman globalisasi yang

tiada bersempadan. Kitalah penentu keterushidupan generasi pemimpin

negara.

5.2 Nor Maziana binti Alang Ahmad

5.2.1 Pengalaman Internship dan Cabaran di Sekolah

Pengalaman berada di sekolah sebagai guru pelatih amat berbeza

sekali dengan pengalaman masa lampau semasa menjadi seorang murid.

Jika dahulu seorang murid memandang guru merupakan seorang idola,

atau seorang yang serba sempurna tetapi malangnya guru juga

merupakan insan biasa yang terdedah dengan pelbagai cabaran dan

masalah. Tugas guru pada masa kini bukan sahaja tertumpu kepada

pengajaran bilik darjah sahaja malahan dibebani dengan kerja-kerja lain

yang berkaitan pengurusan sekolah. Hal ini seiring dengan perubahan

semasa era pendidikan zaman kini yang berpegang kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang mahukan sekolah melahirkan murid yang

seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek.

Justeru itu. Program internship merupakan satu peluang yang

diberikan kepada semua bakal guru untuk menimba pengalaman

berkaitan kepimpinan dalam dunia sebenar seorang guru. Program

19

Page 20: EDU 3108 Kepimpinan

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan

amalan sebenar tugas guru permulaan.

Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek

atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di

dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan

dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat

kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan

bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk

meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat

kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah

melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Sehubungan itu, berdasarkan pengalaman yang telah diperoleh

semasa menjalani 4 minggu program internship di Sekolah Kebangsaan

Jelapang, terdapat beberapa masalah yang dihadapi bermula daripada

perancangan program sehinggalah kepada pelaksanaan program

tersebut.

Antaranya ialah berkaitan perancangan program. Pada awalnya

saya bersama rakan internship telah berbincang dan menyenaraikan

beberapa program yang akan kami laksanakan semasa menjalani

internship. Namun begitu, apabila berada di sekolah, kami telah diberikan

senarai program yang perlu dilaksanakan oleh guru penolong kanan

sendiri. Secara tidak langsung saya mendapati bahawa setiap aktiviti atau

program yang dirancang tidak semestinya akan diterima oleh pihak

pentadbir sekolah. Sehubungan itu, sebagai pengajaran yang boleh

diambil melalui situasi ini, saya mendapati bahawa tidak semestinya

setiap aktiviti atau program yang ingin kita laksanakan akan mendapat

restu atau persetujuan daripada pihak pentadbir. Tambahan pula sebagai

guru pelatih atau guru permulaan, tidak wajar sekiranya memberontak

atau tidak puas hati sekiranya pihak pentadbir tidak bersetuju dengan

rancangan yang telah dibuat sebaliknya perlu akur dengan kehendak

20

Page 21: EDU 3108 Kepimpinan

pihak pentadbir supaya hubungan pihak pentadbir dengan guru tidak

terjejas.

Seterusnya, pada pemerhatian saya semasa berada di sekolah

untuk mendapatkan kerjasama guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti

atau program yang telah dirancang agak sukar. Hal ini kerana guru

sememangnya dibebani dengan pelbagai jenis kerja yang tidak

berkesudahan. Malahan guru kini bukan sahaja dibebani dengan tugas

mendidik dan mengajar anak murid semata-mata bahkan turut terlibat

dengan pelbagai jenis aktiviti luar seperti kursus dan ceramah.

Namun begitu, sebagai pihak pentadbir dan pemimpin perlu

menerapkan budaya dan juga semangat kerjasama dalam kumpulan yang

lebih baik dan teratur supaya guru tidak terlalu tertekan dibebani dengan

pelbagai jenis kerja. Contohnya, guru akan saling tolong-menolong antara

satu sama lain untuk menjayakan sesuatu program. Secara tidak

langsung, hubungan silaturahim antara guru akan dapat dieeratkan lagi.

Selain itu, antara masalah yang dihadapi semasa internship ialah

berkaitan aspek masa yang agak terhad dan singkat. Antara perancangan

yang paling sukar ialah pemilihan tarikh yang sesuai untuk diadakan

sesuatu program Pengalaman saya untuk memilih dan menetapkan tarikh

pada hujung minggu tidak mendapat kerjasama guru sekolah. Hal ini

kerana kebanyakkan guru tidak mahu melibatkan diri pada cuti hujung

minggu. Tambahan pula, pada masa saya menjalani internship setiap

hujung minggu sekolah tersebut telah mengadakan pelbagai jenis

program. Justeru itu, saya juga perlu memahami bahawa tidak wajarlah

sekiranya curi hujung minggu guru tersebut diganggu dengan aktiviti-aktivi

sekolah. Guru juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk diri sendiri

dan juga keluarga. Oleh itu, pelaksanaan sesuatu program juga perlu

melibatkan dirancang dengan teliti agar guru yang terlibat dapat

memberikan komitmen dan kerjasama yang baik.

Selain itu, dalam aspek peruntukkan kewangan selalu sahaja

mengalami permasalahan. Terutamanya kepada sekolah luar bandar

yang enrolmen muridnya tidak ramai. Peruntukan wang kerajaan ini dalah

21

Page 22: EDU 3108 Kepimpinan

berdasarkan bilangan murid sesebuah sekolah atau lebih dikenali sebagai

Bantuan Per Kapita Gran (PKG) untuk mata pelajaran tertentu.

Sehubungan itu, peruntukan kewangan juga bergantung kepada

pengurusan kewangan sekolah sama ada daripada pihak pentadbir

mahupun ketua panatia subjek itu sendiri untuk membahagikan

peruntukan kewangan mengikut aktiviti yang telah dirancang.

Sehubungan itu, pengalaman saya untuk mengadakan program

semasa menjalani internship tidak mengalami masalah kewangan yang

serius kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang agak besar.

Contohnya program yang saya laksanakan hanya melibatkan peruntukkan

bagi hadiah untuk murid-murid sahaja. Bagi pentadbiran sekolah tersebut,

saya hanya diarahkan oleh guru penolong kanan untuk memberikan

kertas kerja sahaja kepada kerani sekolah. Manakala dari segi

pengurusaan hadiah pula sekolah yang akan uruskan. Tambahan pula

peruntukkan kewangan yang diperlukan juga tidak melibatkan jumlah

yang besar.

5.2 Pengalaman Internship meningkatkan kefahaman

perkembangan profesionalisme guru.

Melalui pengalaman menjalani internship di sekolah, saya

mendapati bahawa peranan guru masa kini sangat berbeza dengan masa

lalu. Peranan guru masa kini bukanlah semudah yang disangkakan atau

yang difikirkan oleh orang ramai. Antara peranan utama guru adalah

merupakan agen yang akan mencorakkan sistem pendidikan masa depan

negara. Guru bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan

persediaan mengajar, menyampaikan isi pelajaran, bertindak sebagai

pengurus, kaunselor, pengawal disiplin, berpersonaliti mulia serta dapat

berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekolah khususnya dan

masyarakat setempat amnya bagi menjayakan wawasan profesion

keguruan dengan cemerlang sehingga mencapai tahap yang maksimum.

Selain itu, program internship juga dapat membina keyakinan diri

sebagai seorang guru. Keyakinan diri sangat penting dalam diri seorang

guru bagi memastikan kualiti kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi

22

Page 23: EDU 3108 Kepimpinan

seorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, guru tersebut

mampu untuk mencuba sesuatu yang baharu dan tidak takut untuk

menghadapi risiko untuk gagal. Contohnya, dalam pelaksaan program

semasa menjalani internship, guru pelatih tidak perlu takut atau bimbang

untuk menguruskan projek tersebut. Menjadi lumrah dunia bahawa setiap

sesuatu yang kita lakukan akan mendatangkan kesan yang positif dan

negatif. Justeru itu, guru perlu meningkatkan keyakinan diri untuk

mencuba sesuatu yang baru tidak kiralah dari segi kepimpinan mahupun

pengajaran di dalam bilik darjah.

Selain itu, melalui internship juga saya didedahkan dengan cara-

cara untuk merancang dan melaksanakan sesuatu projek. Pelaksanaan

projek tersebut memerlukan perancangan yang rapi serta memerlukan

kerjasama yang baik dalam kalangan kelompok guru itu sendiri.

Kemahiran merancang juga sudah merupakan rutin harian sebagai

seorang guru dimana sememangnya guru bertanggungjawab untuk

merekodkan rancangan pengajaran harian di dalam buku rekod

pengajaran. Justeru itu, sepatutnya kemahiran merancang sudah sebati

dalam diri seorang guru.

Selain itu, internship banyak membantu saya untuk memahami

budaya sesebuah sekolah adalah berlainan. Setiap sekolah mempunyai

budayanya yang tersendiri. Hal ini termasuklah dari segi kepimpinan

sekolah. Budaya kepimpinan sekolah banyak dipengaruhi oleh pengaruh

dan gaya kepimpinan guru besar. Selain itu, sikap dan tingkah laku guru

besar juga sedikit sebanyak mempengaruhi budaya sekolah. Setiap guru

besar akan mempunyai rancangannya yang tersendiri untuk memajukan

dan menaik taraf akademik murid-muridnya.

Sehubungan itu, internship banyak memotivasikan saya untuk terus

menimba ilmu memajukan diri dalam segenap aspek. Era masa kini

memerlukan guru yang serba boleh dalam pelbagai bidang. Selain itu,

guru juga digalakkan untuk mengembangkan pengetahuan ilmu

pengetahuan supaya ilmu yang diperoleh dapat disampaikan kepada

murid secara menyeluruh dan luas. Guru di sekolah juga digalakkan dan

23

Page 24: EDU 3108 Kepimpinan

diwajibkan oleh kerajaan untuk melonjakkan bidang pendidikan pada

tahap yang lebih tinggi lagi.

Selain itu, melalui internship juga saya memahami bahawa guru

merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan

perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa

bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria tertentu

seperti keikhlasan, keazaman, kreativiti, dedikasi dan komited terhadap

tugas dan tanggungjawab. Kebanyakan guru di sekolah berusaha

bersungguh-sungguh untuk mendidik anak murid untuk menjadi insan

yang sempurna tanpa mengharapkan balasan daripada murid itu sendiri

selain daripada kejayaan mereka yang guru harapkan.

Selain itu, pengalaman internship ini juga memberikan perspektif

terperinci bahawa seorang guru bukan sahaja menjadi pendidik dan

pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi

pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat. Sepanjang

menjalankan tugas, matlamat guru adalah luhur demi memajukan pelajar,

masyarakat dan negara. Dalam suasana dunia pendidikan yang begitu

mencabar, guru dianggap sebagai pemimpin profesional. Tanpa seorang

guru, tidak mungkin bidang pendidikan dapat berkembang dengan baik

untuk membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek

dan emosi.

Akhir sekali guru harus melihat dan mengkaji tentang tugas dan

tanggungjawab guru sebelum memilih kerjaya tersebut, mereka perlu tahu

apakah faktor yang mendorong mereka memilih kerjaya guru dan faktor

yang menyumbang kepada komitmen kerja mereka. Guru yang berjaya

menempuh segala dugaan dan cabaran dalam pendidikan adalah

golongan guru yang istimewa, dinamik dan berkaliber. Semoga Allah

membalas segala jasa dan pengorbanan guru.

24

Page 25: EDU 3108 Kepimpinan

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu

yang mudah seperti yang diuar-uarkan. Dalam konteks pendidikan di

Malaysia apabila disebut sahaja guru, pastinya kumpulan insan mulia ini

tergolong dalam kumpulan penjawat awam, iaitu kakitangan yang

berkhidmat menabur bakti di bawah kerajaan selaku majikan.

Oleh sebab itu, perkhidmatan di bawah naungan kerajaan

memerlukan suatu standard yang perlu dipatuhi secara konsisten tanpa

sebarang bangkangan atau perlanggaran. Kod etika penjawat awam yang

telah digariskan contohnya merupakan satu penanda aras dan jaminan

kualiti bahawa produk yang dihasilkan kerajaan benar-benar berkualiti dan

sentiasa berfikir dan bertindak mengikut batas-batas dan dalam suasana

profesional.

Penulisan esei ini diharapkan dapat memberi impak dan output

berguna kepada penulis supaya cukup bersedia untuk menempuhi alam

pekerjaan dan terjun ke dalam sektor perkhidmatan awam yang

senantiasa penuh dengan cabaran dan dugaan selain suka serta duka

yang tentunya akan mewarnai karier perkhidmatan untuk jangka masa 35

tahun lagi dari sekarang.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu

yang mudah seperti yang diuar-uarkan. Dalam konteks pendidikan di

Malaysia apabila disebut sahaja guru, pastinya kumpulan insan mulia ini

tergolong dalam kumpulan penjawat awam, iaitu kakitangan yang

berkhidmat menabur bakti di bawah kerajaan selaku majikan.

Oleh sebab itu, perkhidmatan di bawah naungan kerajaan

memerlukan suatu standard yang perlu dipatuhi secara konsisten tanpa

sebarang bangkangan atau perlanggaran. Kod etika penjawat awam yang

telah digariskan contohnya merupakan satu penanda aras dan jaminan

kualiti bahawa produk yang dihasilkan kerajaan benar-benar berkualiti dan

25

Page 26: EDU 3108 Kepimpinan

sentiasa berfikir dan bertindak mengikut batas-batas dan dalam suasana

profesional.

Penulisan esei ini diharapkan dapat memberi impak dan output

berguna kepada penulis supaya cukup bersedia untuk menempuhi alam

pekerjaan dan terjun ke dalam sektor perkhidmatan awam yang

senantiasa penuh dengan cabaran dan dugaan selain suka serta duka

yang tentunya akan mewarnai karier perkhidmatan untuk jangka masa 35

tahun lagi dari sekarang.

7.0 REFLEKSI

7.1 MOHD HAFIZZUDDIN BIN MOHD RUBAI

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang

menyempurnakan tugasan kerja kursus projek ini. Penghargaan kepada

pensyarah pembimbing Dr Mior Ahmad Termizi atas tunjuk ajar,

bimbingan dan ilmu yang diberi. Kepada rakan sekumpulan, Nor Maziana

terima kasih diucapkan atas kerjasama yang dihulurkan.

Penyempurnaan tugasan ini bermakna selesailah pengajian kursus

pengajian Ilmu Pendidikan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) selama empat tahun di IPG Kampus Ipoh. Sesungguhnya

banyak input dan ilmu yang saya peroleh serta timba, difahami dan

akhirnya akan dipraktikkan dalam dunia sebenar semasa sudah

ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan.

Segala kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana telah

memberikan kekuatan fizikal, mental dan intelek sepanjang

menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya terlalu banyak cabaran dan

ranjau yang perlu diharungi sebagai seorang guru. Selain tugas utama

iaitu mengajar, tugas-tugas yang lain juga menurut dan menuntut supaya

dikerjakan dan diselesaikan demi kelicinan urusan pentadbiran sekolah.

Pengajian asas kepimpinan dan profesionalisme guru ini menuntut supaya

sentiasa bertindak dalam keadaan terkawal dan mematuhi segala macam

kod etika sebagai penjawat awam semasa sudah dilantik nanti.

26

Page 27: EDU 3108 Kepimpinan

Ketahuilah sesungguhnya terlalu berat amanah ini untuk

disempurnakan. Jika seorang doktor tersalah memberi ubat kepada

pesakitnya, maka seorang pesakit itu sahaja yang mati. Namun begitu,

jika guru tersilap mendidik, maka akan rosak, musnah, dan punah seluruh

generasi tersebut. Begitu dahsyatnya implikasi jika profesion ini

dipandang enteng dan remeh sahaja.

Hubungan sesama rakan sejawat nanti juga amat penting. Bertitik

tolak daripada kursus inilah seorang guru dapat membina perhubungan

sesama rakan sejawat mereka yang lain dalam suasana mesra dan

harmoni. Kepimpinan dan kepemimpinan seseorang guru amatlah penting

bagi memastikan kelangsungan hayat karier seorang guru di sekolah

tempatnya menabur bakti.

Akhir kata, semoga segala ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan

demi kelangsungan generasi anak bangsa Malaysia. Sekian, terima kasih.

7.2 NOR MAZIANA BINTI ALANG AHMAD

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia-Nya tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Sepanjang

proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa

diharungi. Pertamanya, tugasan ini betul-betul menguji dan mencabar

idea tentang tajuk yang perlu dikuasai dengan baik.

Tambahan pula tugasan ini memerlukan pelajar supaya mengupas

isu berkaitan kepemimpinan dengan mendalam melalui penulisan esei

pendek. Walau bagaimanapun, kekeliruan berkaitan soalan tugasan ini

dapat diatasi dengan adanya perbincangan bersama rakan sekumpulan

iaitu Mohd Hafizzuddin dan juga pensyarah pembimbing.

Sedikit sebanyak perbincangan tersebut dapat membuka minda

tentang cara-cara untuk menulis esei dengan baik dan juga memberikan

maklumat yang sangat berguna untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini.

Keduanya tugasan ini sememangnya mempunyai maklumat yang begitu

banyak di dalam internet. Kadang kala maklumat tersebut menyebabkan

27

Page 28: EDU 3108 Kepimpinan

saya semakin sukar untuk menginterprestasikan maklumat tersebut

dengan kehendak soalan tugasan ini.

Tambahan lagi untuk menganalisa kesemua maklumat atau bahan

bacaan berkaitan dengan tajuk tugasan ini sememangnya mengambil

masa yang lama untuk difahami. Walau bagaimanapun, saya telah

mengambil langkah penyelesaian dengan bertanya kepada rakan-rakan

yang lain dan juga mengadakan perbincangan bersama mereka.

Sehubungan itu dengan adanya langkah perbincangan bersama

rakan terutamanya rakan sekumpulan iaitu Mohd Hafizzuddin, perkara

sebegini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin

terhadap tugasan yang telah diberikan.

Kesimpulannya, dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini saya

telah mempelajari dan memahami tajuk tugasan ini iaitu kepemimpinan

dengan begitu baik sekali. Hal ini dapat menjadi bekalan kepada saya

untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang

baik.

.

28

Page 29: EDU 3108 Kepimpinan

BIBLIOGRAFI

Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gordon Thomas (1955). Group-Ceritera! Leadership, New York: Houghton Mifflin

Hollander (1978), Leadership dynamics: A practical guide to effective relationships. New York: Free Press

House, R. J., & Howell, J. M. (1992). Personality and charismatic leadership. Leadership Quarterly, 3: 81-108

Koontz, Harold dan 0’Donnel (1984) Management: A System and Contingency Analysis of Managerial Function. New York: Mc. Graw Hill

Noriati A.Rashid et al. (2010). Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Robbins, S.(2003). Organization Behavior (Edisi Indonesia) Jilid II. Jakarta : PT. Prenhallindo.

Max Weber, (1947) The Theory of Social and Economic Organization. New York: Free Press

29