assignmment edu

32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM NAMA MUHAMMAD AIMAN BIN ABDULLAH NO. KAD PENGENALAN 821002-02-5219 PROGRAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) OPSYEN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN NO ANGKA GILIRAN 2011122360561 NAMA DAN KOD KURSUS GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 NAMA PENSYARAH PUAN ROSNAH BINTI A. RAJAK TARIKH HANTAR 28 MAC 2015 TUGASAN Dunia Pendidikan pada hari ini memegang yang sangat besar bagi mencapai aspirasi negara ini. Namun begitu terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani guru CABARAN INTEGRASI NASIONAL

Upload: muhammad-aiman

Post on 11-Nov-2015

294 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

EDU sem 8

TRANSCRIPT

Aspek Seni BahasaTahun 3 Aspek Seni BahasaTahun 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TAKZIM TUGASANDunia Pendidikan pada hari ini memegang yang sangat besar bagi mencapai aspirasi negara ini. Namun begitu terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani guru

CABARAN INTEGRASI NASIONAL

NAMAMUHAMMAD AIMAN BIN ABDULLAH NO. KAD PENGENALAN821002-02-5219 PROGRAMPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) OPSYENPENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN NO ANGKA GILIRAN2011122360561 NAMA DAN KOD KURSUSGURU DAN CABARAN SEMASAEDU 3093 NAMA PENSYARAHPUAN ROSNAH BINTI A. RAJAK TARIKH HANTAR28 MAC 2015

HALAMAN PENGAKUAN Kami akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : ... Nama Penulis : Muhammad Aiman Bin Abdullah Tarikh : 28 MAC 2015

DEDIKASI Untuk isteri dan anak - anak, Nazimah Binti Mansor Muhammad Ammar Muhammad Afeef

Muhammad Adeeb Terima kasih atas segala pengorbanan dan dorongan. Serta guru guru sekolah Zainon Binti Ruslan

Umi Kalsom Binti Johan Atas bantuan dalam mencari bahan-bahan dan sokongan yang jitu. Pensyarah pembimbing, Puan Rosnah Binti A. Rajak Terima kasih atas bimbingan yang diberikan serta ilmu yang dicurahkan, Tidak akan saya sia siakan dan halalkan segalanya. Pensyarah-pensyarah IPGKTI yang lain Serta rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih atas bantuan yang diserikan, Doa ku untuk semua agar menjadi pendidik yang cemerlang untuk melahirkan generasi yang lebih cemerlang.

BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD AIMAN BIN ADBULLAHNO KAD PENGENALAN: 821002-02-5219KUMPULAN: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)SEMESTER: 8SUBJEK: EDU 3083 GURU DAN CABARAN SEMASA PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN ROSNAH BINTI A. RAJAK

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANKOMENTANDATANGAN

08 feb 2015Mendapat soalan KKBI daripada Pensyarah............................(Puan Rosnah)

18 Feb 2015Berbincang dengan rakan berdekatan mengenai tajuk tugasan dan mencari bahan di internet

Jumpa banyak bahan di internet

...........................(Azman)

1 Mac 2015Megumpul maklumat daripada bahan bercetak, modul, buku dan jurnal...........................(Aiman)

13 Mac 2015Mula menaip KKBI............................(Aiman)

21 Mac 2015Menunjukkan hasil kerja dan berbincang dengan rakan mengenai isi isi dan penambahbaikan

...........................(Azman)

27 Mac 2015Memurnikan, mencetak dan menjilid tugasan

............................(Aiman)

28 Mac 2015Menghantar tugasan kepada Pensyarah

............................(Puan Rosnah)

SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan1.1 Guru dan Cabaran Semasa1.2 Integrasi Nasional

2.0 Transkripsi Temubual2.1 Guru Berpengalaman2.2 Guru Baru2.3 Guru Besar

3.0 Penulisan Akedemik3.1 Latar Belakang Isu Integrasi Nasional Dan Penyataan Masalah 3.2 Objektif Penulisan dan Persoalan Kajian3.3 Tahap Keseriusan Integrasi Nasional3.4 Implikasi Integrasi Nasional Terhadap Sistem Pendidikan3.5 Usaha dan Penambahbaikan Yang Dilakukan3.5.1 Politik3.5.2 Ekonomi3.5.3 Sosial

4.0 Rumusan4.1 Cara Sekolah Membantu Mencapai Integrasi Nasional 4.2 Peranan Guru Dalam Merealisasikan Integrasi Nasional 4.3 Bentuk Halangan dan Cara Mengatasi

5.0 Senarai Rujukan5.1 Buku5.2 Jurnal5.3 Internet

6.0 Lampiran

1.0PENGENALAN

PENGENALAN

1.1 Guru Dan Cabaran SemasaMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi yang keempat (2007 : 492) guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik dan pengajar. Manakala perundangan pula bermaksud perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Guru sebagai salah seorang penjawat awam yang profesional mempunyai kod etika yang tersendiri. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pendidikan merupakan tunjang utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Mtalamat ini hanya dapat di capai dengan negara mempunyai modal insan yang berkemahiran, berilmu dan berpengetahuan. Namun begitu terdapat pelbagai halangan untuk mencapai perkara seperti ini. Antara cabarannya ialah cabaran Integrasi Nasional.

1.2 Integrasi NasionalIntegrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2007). Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi perpaduan bermaksud mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik. Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi. Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara.Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Membentuk satu bangsa Malaysia merupakan salah satu cabaran kepada negara walaupun setelah mengecap kemerdekaan. Ini ialah kerana masalah perkauman tetap menjadi satu isu yang serius dan perlu diambil tindakan dan perhatian. Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu proses yang kompleks. Pada hemat pengkaji, kata-kata Ting Chew Peh ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan Melayu.

TRANSKRIPSITEMUBUAL

Transkripsi Temu bual Bersama Responden

Sampel 1:Puan Rosliza Binti AbdullahGuru Pemulihan ( pengalaman 10 tahun )Pengkaji Assalamulaikum. Apa Khabar hari ini, cikgu?

Responden Alhamdulliah saya sihat.

Pengkaji Dah lama cikgu mengajar, maksud saya mula posting?

Responden Cikgu tahu tak pasal integrasi nasional?

Pengkaji Boleh cikgu terangkan bagaimana latar belakangnya.

Responden Awak ingat, mengenai sejarah kedatangan Portugis, tapi ia lebih dikatakan bermula dengan peristiwa 13 Mei.

Pengkaji Saya tahu juga mengenai tu cikgu, Apa puncanya cikgu?

Responden Ia adalah melibatkan ketidakpuasan hati antara kaum di Malaysia. Itulah sebabnya berlaku rusuhan tu.

Pengkaji Apa usaha kerajaan selepas tu cikgu?

Responden Lepas tu kerajaan mula sedar kepentingan dan jurang antara kaum.

Pengkaji Bagaimanakah caranya?

Responden Membawa keluar orang India dari estet, merapatkan pergaulan antara kaum dengan mencampurkan mereka.

Pengkaji Apa usaha di peringkat sekolah?

Responden Salah satu contoh yang saya ingat ialah.. satu masa dulu mewujudkan sekolah wawasan. Tapi sampai sekarang saya tak nampak Nama sekolah wawasan tu.

Pengkaji Apa ciri ciri sekolah wawasan tu?

Responden Semua kaum belajar di bawah satu bumbung. Maksudnya satu sekolah ada 3 aliran.

Pengkaji Ooo macam tu, minta maaf mengganggu cikgu, budak2 pemulihan pun dah sampai?

Responden Awak ni nak uji saya ker, nak tanya sebab tau?

Pengkaji Pasal asignment EDU ni cikgu?

Responden Lorr... kenapa x cakap awal - awal

PengkajiTak apa laaa.... Terima Kasih banyak banyak cikgu

RespondenSama - sama

Transkripsi Temu bual Bersama Responden

Sampel 2:Puan Hazrina Binti Mohd YahayaGuru Bahasa Inggeris (Baru Posting bulan 3)Pengkaji Assalamualaikum cik Hazrina

Responden Waalaikumusalam, cikgu tak ada kelas ker?

Pengkaji Lepas rehat, cikgu free tak dalam setengah jam.

Responden Kelas saya pun lepas rehat, apa yang boleh saya tolong?

Pengkaji Awak baru posting kan? Cikgu tahu tak pasal guru dan cabaran semasa? Integrasi Nasional

Responden Subjek sem 8 tu.

Pengkaji Kalau macam tu minta assignment boleh.

Responden Mana saya ada simpan, semua tu kat IPG.

Pengkaji Kalau macam tu bole saya tanya beberapa soalan taK?

Responden Insya Allah jika saya mampu menjawabnya

Pengkaji Apa cabaran guru dalam menangani integrasi nasional ni.

Responden Banyak cikgu tapi saya tak berapa ingat.

Pengkaji Kalau macam tu apakah cara yang sekolah boleh buat untuk atasi masalah cabaran integrasi nasional ni?

Responden Ada banyak yang sekolah boleh buat, antaranya ialah1) Memperkasakan bahasa kebangsaan2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa

Pengkaji Apa kesannya cikgu jika perkara ni di pandang remeh?

Responden Semua kaum di Malaysia akan berpecah, ini akan membuat jurang dan kemesraan kaum semakin renggang. Cuba lihat sekarang ni di negara kita ada tiga jenis aliran sekolah, SK, SJKC dan SJKT. Dari sekolah lagi rakyat Malaysia sudah berpecah, sebab tu kerajaan nak buat sekolah Wawasan, tapi sampai sekarang belum berjaya lagi.

Pengkaji Kalau tak berjaya ada tak cara lain untuk mengatasinya?

Responden Salah satu cara ialah program RIMUP. Program yang melibatkan sekolah daripada 3 aliran yang ada sekarang ni. Tujuannya untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum.

PengkajiOooo cikgu dah ada pengalaman program RIMUP ni?

RespondenTak ada lagi, saya jawab berdasarkan apa yang saya belajar di IPG jer

PengkajiOk, terima kasih cikgu kerana memberikan banyak maklumat

RespondenSama - sama

Transkripsi Temu bual Bersama Guru Besar Responden

Sampel 3:En Nor Azman Bin Abdul RahmanGuru Besar Pengkaji Assalamualaikum cikgu

Responden Waalaikumusalam.

Pengkaji Cikgu ada masa sebentar tak, saya nak temu bual cikgu ni?

Responden Ada temu bual apa, masa saya tak lama ni.

Pengkaji Tak apa cikgu sekejap jer

Responden Ok.

Pengkaji Saya nak tanya cikgu mengenai Integrasi Nasional?

Responden Oooo Integrasi Nasional

Pengkaji Apa itu integrasi nasional?

Responden Proses untuk menyatupadukan kaum di negara kita.

Pengkaji Apa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita cikgu?

Responden Kerajaan mahu menjadikan sekolah sebagai platform atau tempat bermulanya untuk perpaduan kaum. Jadi cikgu-cikgu ni perlu menjadi agen untuk perpaduan kaum di Malaysia.

Pengkaji Bagaimana caranya sekolah dapat membantu merealisasikannya?

Responden Banyak caranya untuk kita membantu kerajaan mencapai hasrat ini. Contoh program di sekolah yang boleh membawa ke arah perpaduan. Antaranya ialah :1. Tubuhkan kelab rukun Negara di sekolah2. Nyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri dengan penuh semangat.3. Sambutan bulan kemerdekaan4. Hari keluarga dan sukaneka 5. Sambutan semua perayaan di sekolah, bersama memeriahkan perayaan dengan kaum lain.

Pengkaji Cikgu tau pasal sekolah wawasan kan, apa halangan penubuhan sekolah wawasan?

Responden Sekolah wawasan ni, kalau nak bagi saya macam banyak kosnya laa.... yang pertama tapak sekolah mesti besar sebab ada 3 aliran dalam sebuah sekolah. Tak kan satu sekolah kebangsaan pagi, sekolah cina petang, jadi x bercampur juga. Apa kita nak buat dengan bangunan sekolah yang ada sekarang pula. Cadangan tu baik, tapi sepatutnya bila wujud kawasan perumahan baru, kerajaan patut buat sekolah wawasan terus.

Pengkaji Cukup laa cikgu soalan saya, ini pun sudah dapat membantu saya untuk membuat asiignment. Terima kasih banyak cikgu.

Responden Sama sama, kalau awak nak kat rumah saya ada buku mengenai integrasi nasional, tapi paling senan tanya makcik google.

Pengkaji Boleh juga tu cikgu, saya boleh buat rujukan

3.0PENULISANAKEDEMIK

3.1 Latar Belakang Isu Integrasi Nasional Dan Penyataan MasalahIntegrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan PerlembagaanPersekutuan dan Rukun Negara.Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun hampir lima puluh lima tahun Malaysia merdeka, penduduk berbilang kaum masih melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Namun begitu, rakyat dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza akan terus bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam perhubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni,damai dan selamat. Antara peristiwa yang tercetusnya ketegangan kaum adalah peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan yang berlaku 12 Mac 2001. Dalam pada itu, wujud juga prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Tambahan pula, isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa menjadi topik hangat adalah tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. Topik lain iaitu kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, peningkatan kes-kes gejala sosial yang dapat menjejaskan proses integrasi, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, fahaman politik yang melampau dan peranan media massa yang mensensasikan isu-isu perpaduan.

3.2 Objektif Penulisan dan Persoalan KajianSecara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti cara cara untuk mengetahui masalah integriti nasional dan cara cara untuk mengatasinya. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap keseriusan masalah integriti nasional ini jika tidak dapat diatasi. Seterusnya, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah integrasi nasional ini.

3.3 Tahap Keseriusan dan Kebimbangan Integrasi NasionalPembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat kita.Justeru itu, pada tahun 1970, kerajaan memperkuat kuasa dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.3.4 Isu Integrasi Nasional Terhadap Sistem Pendidikan Di MalaysiaIntegrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.Untuk menyelesaikan isu integriti nasional ini, semangat perpaduan dan kenegaraan bermula dari awal persekolahan lagi. Dengan itu sistem pendidikan merupakan platform yang sangat penting untuk mengatasi masalah integriti nasional ini. Dengan itu pelbagai langkah da usaha oleh kerajaan dalam menambah baik sistem pendidikan negaraJusteru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan. Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain. Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum.Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial dalam masyarakat.

3.5 Usaha dan Langkah Penambahbaikan Yang DilakukanKerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.

3.5.1 PolitikMalaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia.Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

3.5.2 EkonomiProses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3.5.3 SosialMenurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial. Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah. Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara. Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, Bahasa Jiwa Bangsa dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/) Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat.

4.0RUMUSAN

4.1 Rumusan Cara Sekolah Dapat Membantu Mencapai Integrasi NasionalSekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional.Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah. Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah.Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah. Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainan dan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka.Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan di kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan mengamalkannya.Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telah mengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia.

4.2 Peranan Guru Dalam Merealisasikan Integrasi NasionalSeseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi cara berikut :1) Memperkasakan bahasa kebangsaan2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsaJusteru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulah menangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkan rasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya. Di antara cara untuk memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain-lain. Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia.Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik iaitu Negaraku. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta.Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa dan negara Malaysia.

4.3 Rumusan Bentuk Halangan dan Cara Mengatasi

Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional.Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di MalaysiaUntuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national.Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza,Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan status.

Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat.Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national.Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.

5.0 Rujukan

RUJUKAN

BUKU

Maszuria Bt A. Ghani, Salina Bt Omar, Marina Bt Hj Abdul Majid & Hjh Rosnah Bt A. Rajak (2015). Siri Teks Profesional IPG : Guru & Cabaran semasa. Bangi : Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd.

MODUL

Institut Perguruan Malaysia (2013). Modul Guru dan cabaran Semasa. Cyberjaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

JURNAL

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2005). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

INTERNET Numies (2012). Tajuk 1.1 : Integrasi Nasional. http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pend-semasa.html

PISMP Kajian Sosial/PJ/BM Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu (2011). Sejarah : Pembinaan Integrasi Nasional. http://notapismpks.blogspot.com/2011/10/sejarah-pembinaan-integrasi-nasional.html

LAMPIRAN

64 176