tugasan edu

Download tugasan edu

If you can't read please download the document

Upload: vivi-sim

Post on 23-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3083

TRANSCRIPT

Model Tekanan Guru ( Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru.Lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurangbaik.

BEBAN KERJAPersekitaran kerjamerupakan pengaruhan guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya ialah keadaanpersekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untukmemudahkan perhubungan guru dan pelajar.Selain itu, guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka,umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar,menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberibimbingan , pelbagai lagi bagi memajukan pelajar, membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar, mengganti guru yang tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubal soalan dan pelbagai tugas lain.

KERENAH MURIDSeseorang guru terpaksa mengajar dan berhadapan dengan pelbagai ragam murid. Sikap negative murid kepada palajaran adalah pemboleh ubah yang sangat menekan dalam sampel kajiannya. Sikap-sikap negative murid adalah seperti : suka ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, suka buat bising di dalam kelas , pelajar yang kurang sopan, dan dan tidak bermotivasi.

PENGIKTIRAFAN PROFESSIONALGuru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan danpenyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut untukmembangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan yang berlakudari masa ke semasa. Situasi tersebut secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin kompleks.

SUMBER PENGAJARANDalam kajian ini, kekurangan sumber bukan sahaja terhad kepada sumberpengajaran, seperti, kurangnya peralatan dan kemudahan pembelajaran tetapi jugamelibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertasdan mesin pencetak). Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turutdikategorikan sebagai kekurangan sumber.

HUBUNGAN YANG KURANG BAIKDalam konteks kajian ini, hubungan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu,hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan ibu bapa pelajar. Rakan sekerja adalah individu atau kumpulan yang mempunyai tugas yang hampir sama iaitu merujuk kepada guru-guru di sekolah yang sama. Manakala, ibu bapa pelajar merujuk kepada orang tua (emak, ayah atau penjaga) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelajar dan mempunyai pertalian keluarga.

KESIMPULAN

Dalam bab ini, telah diperjelaskan satu persatu perkara-perkara yang menjadi asasdan hala tuju kajian ini. Penyelidik telah menetapkan beberapa matlamat yang ingindicapai di akhir kajian ini. Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan,penyelidik seterusnya membentuk beberapa hipotesis. Pada masa yang sama, penyelidikturut menyatakan kepentingan kajian dan batasan kajian. Di bahagian akhir bab ini,definisi operasional bagi beberapa istilah penting telah dihuraikan bagi memberikefahaman yang mendalam.