esaiman edu

39
1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara unik dalam kalangan negara baharu yang di mana pembahagian etnik turut berlaku dalam aspek bahasa, agama, adat, nilai dan kepercayaan. Justeru, secara tidak langsung menjadi penghalang ataupun kekangan yang hebat terhadap perpaduan dan integrasi nasional di negara Malaysia. Tambahan pula, kepelbagaian budaya ini kadang kala wujudnya golongan seperti parti politik yang mengeksploitasi perbezaan budaya, lantas menjadikannya sebagai peluang bagi mencetuskan isu perkauman. Lantaran itu, keadaan ini hanya akan mewujudkan asas yang tidak sihat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pemisahan antara kumpulan etnik. Sedia maklum, setiap suku bangsa atau etnik di Malaysia mempunyai tradisi budaya yang cemerlang. Sepertimana dapat dilihat warisan Cina menjadi kebanggaan kepada orang Cina, orang India dengan warisan tradisi budaya Hindu dari benua India, dan orang Melayu dengan budaya mereka yang merupakan adunan budaya Melayu asal dan pengaruh budaya Islam Timur Tengah. Keadaan ini menyebabkan berlakunya jurang perhubungan antara satu sama lain disebabkan setiap suku bangsa hanya mementingkan warisan mereka tanpa melihat warisan suku yang lain. Selain itu, budaya merupakan sumber identiti sesuatu etnik. Seseorang pastinya tertarik pada budaya sendiri demi keselamatan dan keakraban, sekali gus menyebabkan asas penyatuan dan perpaduan lebih bersifat kesukuan atau keetnikan berbanding kenegaraan. EDU 3063 | 1

Upload: syed-aieman

Post on 13-Jul-2016

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Esaiman Edu

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara unik dalam kalangan negara baharu

yang di mana pembahagian etnik turut berlaku dalam aspek bahasa, agama, adat,

nilai dan kepercayaan. Justeru, secara tidak langsung menjadi penghalang ataupun

kekangan yang hebat terhadap perpaduan dan integrasi nasional di negara

Malaysia. Tambahan pula, kepelbagaian budaya ini kadang kala wujudnya golongan

seperti parti politik yang mengeksploitasi perbezaan budaya, lantas menjadikannya

sebagai peluang bagi mencetuskan isu perkauman. Lantaran itu, keadaan ini hanya

akan mewujudkan asas yang tidak sihat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya

pemisahan antara kumpulan etnik.

Sedia maklum, setiap suku bangsa atau etnik di Malaysia mempunyai tradisi

budaya yang cemerlang. Sepertimana dapat dilihat warisan Cina menjadi

kebanggaan kepada orang Cina, orang India dengan warisan tradisi budaya Hindu

dari benua India, dan orang Melayu dengan budaya mereka yang merupakan

adunan budaya Melayu asal dan pengaruh budaya Islam Timur Tengah. Keadaan

ini menyebabkan berlakunya jurang perhubungan antara satu sama lain disebabkan

setiap suku bangsa hanya mementingkan warisan mereka tanpa melihat warisan

suku yang lain. Selain itu, budaya merupakan sumber identiti sesuatu etnik.

Seseorang pastinya tertarik pada budaya sendiri demi keselamatan dan keakraban,

sekali gus menyebabkan asas penyatuan dan perpaduan lebih bersifat kesukuan

atau keetnikan berbanding kenegaraan.

Oleh demikian, kepelbagaian sosio budaya yang dialami oleh negara

seperti Malaysia haruslah dititikberatkan akan aspek ini. Hal ini kerana, keadaan ini

boleh menyebabkan berlakunya perpecahan serta pergaduhan dalam kalangan

masyarakat sekiranya wujudnya salah faham antara satu sama lain disebabkan

kurangnya persefahaman. Justeru, pendidikan dan pendedahan awal perlu diberikan

kepada murid-murid disekolah yang di mana lebih mudah dibentuk berbanding

golongan dewasa. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pendidikan dan pendedahan awal yang diberikan haruslah berunsurkan perpaduan

dan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam kalangan murid tanpa mengira kaum,

agama dan bangsa. Hal ini akan membolehkan murid-murid dapat membezakan

EDU 3063 | 1

Page 2: Esaiman Edu

perkara yang baik dan buruk dalam menjalani kehidupan yang mempunyai

kepelbagaian sosio budaya.

1.1 Konsep Budaya

Makhluk ciptaan Tuhan iaitu manusia merupakan sesuatu ciptaan yang unik

dan berbeza dengan makhluk yang lain yang di mana mengamalkan kumpulan

hidupan yang berteraskan budaya. Dapat dilihat, budaya merupakan unsur yang

membawa kelainan antara manusia dengan kehidupan yang lain. Sepertimana

menurut Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya kita teliti

dan fahami istilah ini yang dikemukakan oleh ahli antropologi dan ahli budaya

ternyata terdapat sedikit kelainan yang boleh didapati.

Antaranya Edward B.Tylor (1871) dalam Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) menyatakan budaya ialah suatu

keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu

pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan

kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota

masyarakat. Bagi Taib Osman (1988) kebudayaan ialah cara hidup yakni cara

mengatur hidup satu-satu kelompok manusia. Katanya lagi, lebih penting daripada

perbuatan hari-hari seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang

dan ciri-ciri lain. Maka dapat disimpulkan bahawa budaya secara amnya merupakan

amalan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu yang digunakan dalam cara hidup

dan merangkumi sistem sosial, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,

sikap dan nilai.

1.2 Konsep Kepelbagaian Sosio Budaya Kelompok

Malaysia merupakan salah satu negara yang di mana terdiri daripada

berbilang kaum dan etnik yang pelbagai budaya. Oleh disebabkan itu, wujudnya

kepelbagaian budaya yang secara tidak langsung menunjukkan keunikkan negara

kita berbanding dengan negara lain. Kepelbagaian budaya di Malaysia bermaksud

kesudian sesuatu kaum, agama, bangsa atau ras untuk hidup di bawah sebumbung

dengan bertolak ansur serta mengadaptasikan budaya atau adat resam sesuatu

EDU 3063 | 2

Page 3: Esaiman Edu

kaum dalam mewujudkan satu bangsa terbaru iaitu bangsa Malaysia (Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Justeru, konsep

kepelbagaian sosio-budaya ini boleh dilihat dari segi enam aspek perkara iaitu

bangsa, bahasa, struktur masyarakat, adat resam, jantina dan kepercayaan.

1.2.1 Bangsa

Menurut Kamus Dewan (2005) bangsa ialah jenis manusia daripada satu asal

keturunan. Bagi John Stuart Mill (1999) dalam Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010)., bangsa merupakan rumpun manusia

yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka,

berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Dalam konteks negara Malaysia,

konsep bangsa ini dapat dilihat menerusi wujudnya manusia yang terdiri daripada

orang Melayu, Cina dan India yang kini hidup dengan bersatu padu dan telah

membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Akan tetapi, di Malaysia bukan sahaja

adanya tiga bangsa ini malahan jika beralih ke Sabah dan Sarawak terdapat pula

beratusan peribumi Iban, Dayak, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau, dan lain-lain

lagi. Maka kesimpulannya, bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang

mempunyai identiti bersama, yang bersatu pada satu tempat dan mempunyai

perhubungan dengan wilayah tersebut.

1.2.2 Kepercayaan

Kepercayaan merupakan satu unsur yang subjektif bagi seseorang dalam

menilai sesuatu perkara. Hal ini kerana menurut Kamus Dewan (2005) kepercayaan

merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu.

Katanya lagi, kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara

turun-temurun. Kepercayaan jika dilihat di negara Malaysia, terdapat pelbagai

kepercayaan yang diamalkan tidak kira sama ada Melayu,Cina ataupun India.

Sebagai contohnya masyarakat Melayu mempercayai bahawa menjahit pada waktu

senja dikatakan mereka akan buta. Kepercayaan ini sekiranya secara kasar boleh

dikatakan tidak berasas. Akan tetapi, sekiranya dilihat secara logik akal kepercayaan

tersebut berupaya menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur.

Kesimpulannya, kesemua kepercayaan yang diamalkan di negara Malaysia

sememangnya telah dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Maka

EDU 3063 | 3

Page 4: Esaiman Edu

konsep penerimaan dan tolenrasi yang berlaku menyebabkan konsep kepelbagaian

sosio-budaya di Malaysia menular dengan cepatnya.

1.2.3 Bahasa

Bahasa merupakan salah satu elemen yang berupaya menerangkan

seterusnya memahami konsep kepelbagaian sosio-budaya yang wujud di Malaysia.

Bahasa merupakan alat menyalurkan idea (Azizi Yahaya et.al, 2005). Bagi Noriati

A.Rashid et.al (2011) bahasa iala alat atau perwujudan budaya yang digunakan

manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik dari segi tulisan, lisan

atau gerakan. Justeru, bahasa merupakan satu sistem komunikasi iaitu cara

manusia berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bunyi atau simbol

dan mempunyai struktur. Sepertimana, di Malaysia bahasa rasmi yang digunakan

untuk komunikasi ialah Bahasa Melayu. Maka, kepelbagaian budaya ini diterapkan

melalui bahasa yang digunakan. Secara tidak langsung, membantu masyarakat

dalam menyesuaikan diri dengan pelbagai adat istiadat, tingkah laku, peraturan

masyarakat dan sebagainya. Justeru dapat dilihat, bahasa merupakan satu faktor

yang penting dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di

Malaysia. Penguasaan bahasa yang baik membolehkan perhubungan yang baik

dapat dijalinkan dengan lebih mudah.

1.2.4 Adat Resam

Di Malaysia, adat resam terdiri daripada pelbagai jenis yang diamalkan oleh

masyarakat di negara Malaysia mengikut sesuatu kaum. Menurut Noriati A.Rashid

(2011) adat ialah kebiasaan manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum,

norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam adalah sesuatu cara

yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat.

Adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan

daripada anggota masyarakat. Selain itu ia merupakan sesuatu perkara yang

diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga – tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,

Cina dan India. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Dapat

diperhatikan pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan

EDU 3063 | 4

Page 5: Esaiman Edu

sehingga ke hari ini. Kepelbagain adat resam di Malaysia merupakan salah satu

aspek penwujudan konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini.

1.2.5 Jantina

Manusia merupakan makhluk ciptaan tuhan yang di mana terdiri daripada dua

jenis jantina iaitu lelaki dan perempuan. Sepertimana menurut Noriati A.Rashid et.al

(2011) jantina atau gender merupakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan

berdasarkan ciri-ciri sosial dan budaya. Katanya lagi, jantina merupakan perbezaan

berdasarkan biologi, sedangkan gender berdasarkan hubungan sosial dan budaya.

Jantina turut disebut sex dalam bahasa Inggeris untuk membuat perbezaan secara

fisiologi kerana jantina dari segi biologi adalah dikaitkan dengan penjelmaan

manusia dari aspek sexuality.Katanya lagi, dalam Bahasa Inggeris, perkataan sex

merujuk kepada jantina yang ditentukan ciri-ciri fisiologi. Sedia maklum bahawa

penentuan jantina bagi seseorang ditentukan adalah melalui dari segi jenis

kemaluannya.

1.2.6 Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial

Masyarakat merujuk kepada sekelompok orang yang memiliki identiti sendiri

dan mendiami wilayah atau daerah tertentu, serta mengembangkan norma-norma

yang harus dipatuhi oleh para anggotanya (Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2010). Bagi Krech et.al (1962) dalam (Bahagian Pendidikan

Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) masyarakat juga dikenali sebagai

satu kumpulan dari individu-individu yang saling berinteraksi, dan yang mempunyai

tujuan bersama dan yang memiliki kepercayaan , sikap dan perilaku yang sama.

Menurut Noriati A.Rashid (2011) struktur sosial merupakan susunan daripada

unsur-unsur sosial yang asas dalam masyarakat, iaitu kelompok, kelas sosial, nilai

dan norma sosial serta lembaga sosial. Katanya lagi, struktur sosial juga merupakan

ruang abstrak dalam masyarakat, sebagaimana ruang geografi yang kita kenal dan

lebih konkrit.

EDU 3063 | 5

Page 6: Esaiman Edu

1.3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

“Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan

perlu dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"

Sumber daripada Sinar Harian (2012)

Petikan ucapan di atas merupakan kata-kata yang pernah dilafazkan oleh

Perdana Menteri kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun

Haji Abdul Razak ketika berlangsungnya sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012.

Justeru, berdasarkan kata-kata ini kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya

berusaha dalam memastikan kata-kata tersebut menjadi kenyataan dengan

berusaha dalam mengamalkan nilai-nilai persefahaman budaya dan tolenrasi antara

kaum.

Pendidikan multi-budaya merupakan suatu visi sekolah yang berunsurkan

keadilan dan kesamarataan (Banks, 1993) dalam Zakaria Stapa & Ahmad Munawar

Ismail & Noranizah Yusuf (2012). Lantas, visi ini hanya akan berjaya sekiranya

wujudnya pemahaman dalam kalangan murid. Hal ini kerana, pemahaman dan

penghayatan yang mendalam tentang keadaan Malaysia yang mempunyai pelbagai

kaum ini, akan membolehkan hubungan antara kaum semakin baik, rapat dan

prasangka buruk dapat diatasi. Justeru, pelaksanaan yang serius perlu dilakukan

dalam menerapkan kefahaman terhadap murid dengan menjelaskan tentang sejarah

budaya yang menyebabkan lahirnya budaya pelbagai kaum di Malaysia. Di samping

itu, pendedahan dan penerangan yang jelas terhadap murid tentang elemen-elemen

penting dan keunikkan yang dimiliki bagi setiap kaum.

Berdasarkan hasil temubual yang dilakukan terhadap salah seorang pendidik

iaitu Cikgu Kamil di sekolah, ternyata sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan,

pelbagai implikasi kepelbagaian sosio budaya yang boleh berlaku. Antaranya ialah

terhadap implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum.

EDU 3063 | 6

Page 7: Esaiman Edu

1.3.1 Guru

Guru merupakan pemimpin yang bertindak sebagai agen perubahan

(Nurhafizoh Idris & Rohana Hamzah, 2013). Justeru, perubahan yang perlu

dilaksanakan oleh guru haruslah berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan

muridnya. Sekiranya, pemahaman yang mendalam berkaitan dengan budaya ini

berjaya dilaksanakan, maka guru akan lebih mudah dalam menerapkan unsur-unsur

budaya kepada murid di sekolah. Lantas, murid akan lebih memahami dan mengerti

kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kesannya, nilai-nilai murni seperti nilai menghormati akan menjadi amalan dalam

kalangan mereka. Malahan, murid akan dapat membezakan perkara yang positif

dengan perkara yang negatif dalam menjalani kehidupan dalam masyarakat yang

berbudaya.

Akan tetapi, sepertimana yang diperkatakan oleh Cikgu Kamil antara perkara

implikasi yang akan terjadi kepada guru ialah apabila wujudnya dalam kalangan

murid yang menghadapi masalah dalam menguasai bahasa komunikasi yang

digunakan di sekolah tersebut seperti bahasa Melayu. Dapat dilihat masalah dari

aspek bahasa dan pertuturan boleh menyebabkan kekeliruan terhadap maklumat

sebenar yang ingin disampaikan oleh guru terhadap murid. Maka katanya,

kepekaan guru terpaksa ditingkatkan bagi mengatasi murid yang mempunyai masalah berbahasa. Justeru dapat dilihat, guru perlu memberikan perhatian yang

wajar kepada mereka yang mengalami masalah bahasa dan bertutur. Perkara ini

terjadi adalah kesan daripada tindakan yang tidak diambil oleh guru dalam

mengintegrasikan murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid

Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal

ini kerana, sekiranya perkara seperti ini dilakukan mampu membantu murid Cina dan

India bertutur dengan lebih baik.

EDU 3063 | 7

Page 8: Esaiman Edu

Selanjutnya, menurut Cikgu Kamil bahawa guru akan terpaksa berusaha lebih gigih dalam meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan budaya murid-muridnya dalam memastikan aktiviti pembelajaran yang dirancang memenuhi setiap budaya di dalam bilik darjah tersebut. Sedia maklum,

pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan, dan sistem nilai pelbagai

budaya merupakan perkara yang sensitif sekiranya berlakunya percanggahan fakta

yang dinyatakan.

Maka, beliau menasihatkan bahawa penelitian dan pengkajian yang luas perlu

dijalankan bagi seorang guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif serta berupaya dapat menyatukan murid yang pelbagai budaya di dalam

sesebuah bilik darjah dan mengelakkan perkauman daripada berlaku. Tambahan

pula, subjek Pendidikan Sivik dan Kerohanian merupakan sukatan pelajaran yang

menerapkan adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Sekiranya guru mampu

melakukan penelitian dan pengkajian yang meluas, membolehkan guru akan lebih

mudah dalam mengajar dan membimbing murid mengenai adab-adab berbudaya

dan menjalankan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu

kumpulan. Secara tidak langsung, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang amalan

budaya masing-masing dapat dipelajari oleh murid seterusnya mampu merapatkan

hubungan antara kaum.

Selain itu, Cikgu Kamil juga menyatakan bahawa guru perlulah bijak dalam merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti yang tidak hanya terhad kepada sesuatu kaum sahaja. Maka guru mestilah memastikan bahawa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang dirancang tidak berunsurkan pilih kasih terhadap sesuatu

kaum sahaja tetapi mampu memikirkan peluang yang sama rata kepada setiap ahli

kumpulan yang dibentuk. Katanya, hal ini bagi memastikan akan terbentuknya

rapport yang positif dalam kumpulan mereka. Lantas, guru dapat mengelakkan

perkara yang tidak dingini daripada berlaku seperti prejudis antara murid yang

berbeza budaya. Prejudis membawa maksud rasa suka atau tidak suka yang tidak

berasas terhadap sesuatu kaum, agama, prasangka dan sebagainya (Kamus

Dewan, 2005).

1.3.2 Murid

EDU 3063 | 8

Page 9: Esaiman Edu

Menurut Dyll Dean (2012) dalam James Ang Jit Eng (2014) Murid adalah

pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah Hal ini berlaku adalah kerana

mereka akan hadir pada setiap kali berlangsungnya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun sebaliknya. Menurut Gollnick dan Chin

(1990) dalam James Ang Jit Eng (2014) , “Culture provides the blueprint that

determines the way an individual thinks, feels, and behaves in society.” Keadaan ini

menyebabkan wujudnya perasaan takut dalam kalangan murid.

Hal ini disebabkan timbulnya persoalan dalam diri mereka sama ada pemikiran

mereka dapat dinyatakan ataupun tidak disebabkan guru berkemungkinan hanya

akan mendengar pendapat dan pertanyaan oleh sesuatu kaum sahaja.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 12 dinyatakan bahawa

tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas

alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir (Nasir Zaliza & Mohd Thukiman &

Kassim, 2009). Oleh demikian, apabila diajurkan tentang perlembagaan tersebut,

Cikgu Kamil menyatakan bahawa murid bertanggungjawab dalam memastikan tidak wujudnya sikap prejudis terhadap bangsa lain dan mampu berinteraksi antara satu sama lain tidak mengira kelas sosial. Hal ini kerana Cikgu Kamil

berpendapat bahawa nilai kepercayaan dan perbezaan agama yang dianuti tidak

harus dipertikaikan antara satu sama lain dan aktiviti yang dijalankan perlulah

mampu mewujudkan nilai kepercayaan dalam diri murid. Katanya lagi,perkara ini

disebabkan nilai kepercayaan berupaya meruntuhkan tembok perkauman dan

secara tidak langsung mampu meningkatkan perpaduan antara kaum yang terjalin di

Malaysia. Maka, perkembangan dari aspek proses sosialisasi perlu dilakukan tanpa

mengira anutan agama bagi membolehkan pembentukan kendiri murid dapat

dilaksanakan.

Seterusnya, Cikgu Kamil berpendapat bahawa komunikasi yang berlaku antara murid di dalam kelas yang berbilang kaum mengkehendaki agar murid mengamalkan penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Cikgu Kamil

berkata sedemikian adalah bagi mengelakkan kekeliruan terhadap penggunaan

bahasa Melayu antara satu sama lain dan bagi memastikan proses pembelajaran

berjalan dengan jayanya, penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum perlulah

dielakkan. Maka, murid perlulah menggunakan laras bahasa yang tepat dan

EDU 3063 | 9

Page 10: Esaiman Edu

mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Jika tidak pelbagai isu bakal dihadapi

dari aspek tersebut yang di mana akan bercampur aduk dalam kalangan murid.

Tambahan pula, penggunaan laras bahasa yang tepat dan betul dalam kalangan

murid membolehkan pergaduhan dapat dielakkan dan salah faham yang

berkemungkinan timbul dapat diatasi. Justeru, dapat dilihat kepentingan

perbendaharaan kata yang tepat dan betul mempengaruhi kematangan sosial murid.

Selain itu, Cikgu Kamil juga berharap bahawa implikasi daripada

kepelbagaian sosiobudaya ini murid secara bijak perlu berusaha mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas ini untuk berinteraksi antara kaum dan jantina yang berbeza. Katanya hal ini disebabkan

cara pemikiran antara lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan antara satu

sama lain. Lantaran itu, Cikgu Kamil melihat interaksi yang sihat seperti belajar

secara berkumpulan mampu memberikan gambaran yang jelas kepada murid. Akan

tetapi, penekanan bagi aspek batasan pergaulan perlu diberikan bagi memastikan

tidak berlakunya pertentangan dalam tuntutan agama dan seterusnya menyebabkan

timbulnya isu dan cabaran sekiranya tidak dibendung daripada peringkat awal. Hal

ini disebabkan teknologi yang semakin meningkat pada masa kini menyebabkan

murid-murid berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup yang menjadi impak

secara langsung terhadap murid terutamanya dalam kemelut sosial ini. Maka

tindakan pencegahan perlu dilakukan bagi memastikan perkembangan murid

berlaku dengan sihat dan baik.

1.3.3 Sekolah

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang tidak terkecuali dalam

menerima implikasi terhadap kepelbagaian sosio budaya yang terdapat di Malaysia

sepertimana diperkatakan oleh Cikgu Kamil. Kata yang diungkapkan oleh Cikgu

Kamil ini, merujuk kepada pelbagai pilihan sekolah yang boleh dipilih oleh murid untuk diikuti yang diwujudkan oleh sistem pendidikan negara disebabkan kesan

daripada perkara tersebut. Lantas, beliau menyebabkan kepelbagaian sosio budaya

yang berlaku telah melahirkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti

sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

EDU 3063 | 10

Page 11: Esaiman Edu

Oleh disebabkan itu, katanya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh sekolah

dalam melaksanakan aktiviti di sekolah yang di mana rancangan yang teliti perlu

dilakukan bagi mengatasi kepelbagaian sosio budaya ini.

Selain itu, sedia maklum sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang

menyediakan tempat bagi para guru dalam menerapkan kepercayaan dan nilai

murni dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada murid-murid.

Oleh demikian, Cikgu Kamil menyatakan ketidakhairannya sekiranya akan

berlakunya perubahan dari segi kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah yang di mana akan menyerahkan seratus peratus kepada pihak sekolah dalam membentuk anak mereka agar menjadi insan yang berakhlak mulia disebabkan berlakunya kekangan kerja yang banyak. Oleh itu, isu-isu yang timbul ini, katanya

pihak sekolah perlulah bijak dalam menangani masalah ini dengan menerapkan

nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Maka, murid juga

haruslah memberikan kerjasama yang baik dalam mengikut aktiviti yang dianjurkan

oleh sekolah. Lantaran itu, pihak sekolah mampu meningkatkan pengetahuan murid,

bahkan perhubungan yang positif dapat dijalinkan antara murid tanpa mengira latar

belakng sosio budaya.

Kemudiannya, implikasi yang turut dirasai oleh pihak sekolah terhadap

kepelbagaian sosio budaya di Malaysia ialah dari segi aspek kepimpinan sekolah tersebut sepertimana dinyatakan oleh Cikgu Kamil. Hal ini kerana berdasarkan

pengalaman beliau sebagai pendidik, beliau menyatakan bahawa kecemerlangan

sesebuah sekolah itu terletak kepada kepimpinan pengurus sekolah terbabit serta

ahlinya iaitu Guru Besar ataupun Pengetua. Kenyataan tersebut dikatakan adalah

kerana, prestasi pengurusan sekolah haruslah sentiasa ditambahbaik dari semasa

ke semasa adalah bagi memastikan kerencanaan sosio budaya yang dimiliki di

Malaysia ini boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Katanya lagi,

pengurusan sekolah yang bagus mampu mempengaruhi sosiobudaya di sekolah

terbabit. Sebagai contohnya, kerjasama yang kukuh antara sekolah dan komuniti

seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berupaya membawa pelbagai manfaat

bukan sahaja hanya kepada pihak sekolah bahkan kepada murid-murid kesan

daripada pengurusan sekolah yang mempunyai kepimpinan yang cemerlang.

EDU 3063 | 11

Page 12: Esaiman Edu

1.3.4 Kurikulum

Kurikulum merupakan perancangan bertulis yang sistematik yang

merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk

dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu( Prof Madya Dr Rohani Abdullah &

Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad, 2007). Kurikulum tersirat pula merujuk kepada

norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan

interaksi di sekolah (Prof Madya Dr Rohani Abdullah & Nani Menon & Mohd

Sharani Ahmad, 2007). Kurikulum Tersirat merupakan perancangan bertulis yang

digunakan oleh kementerian dalam usahanya untuk membentuk bangsa yang

bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat

tidak dibuat atau dirancang secara formal oleh guru atau murid (Prof Madya Dr

Rohani Abdullah & Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad, 2007).

Sehubungan dengan itu, Cikgu Kamil secara peribadinya menyatakan

bahawa pelaksanaan kurikulum yang digunakan pada masa kini secara tidak

langsung memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga sekolah. Hal ini kerana, jika merujuk kepada Noriati A.Rashid (2011)

kurikulum tersirat merupakan cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui

proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Maka,

kurikulum tersirat yang dilaksanakan di sekolah secara tidak langsung mampu

membiasakan murid dengan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, menepati

masa, bertolak ansur dan sebagainya tanpa mengira kepelbagaian sosio-budaya.

Sepertimana budaya akademik yang dijalankan di sekolah boleh dikatakan sebagai

kurikulum tersirat seperti memberi salam apabila guru masuk ke kelas, mengangkat

tangan apabila hendak menjawab pertanyaan guru, tidak membuat bising ketika

guru mengajar dan sebagainya. Penekanan ini menyebabkan kepelbagaian sosio-

budaya yang terdapat di sekolah berjaya dikawal dengan baik seterusnya berupaya

menjadi nilai implisit atau yang tidak dirancang pencapaiannya.

Implikasi yang seterusnya yang dikongsikan oleh Cikgu Kamil ialah pada masa guru mengajar iaitu melaksanakan kurikulum formal ataupun sukatan pelajaran secara tidak langsung guru mengaplikasikan kurikulum tersirat. Hal

ini kerana, murid mendapat maklumat adalah melalui segala perlakuan dan

EDU 3063 | 12

Page 13: Esaiman Edu

kebiasaan guru, pemilihan isi pelajaran, teks, penggunaan bahasa, layanan individu

serta segala bentuk tindak balas guru dan murid. Maka, kurikulum tersirat yang baik

adalah mampu memastikan guru melakukan pengajaran yang baik di samping

membantu guru dalam berhadapan murid yang terdiri daripada kepelbagaian

sosiobudaya. Lantaran itu, kurikulum tersirat haruslah berupaya menggalakkan

interaksi dalam kelas sosial yang akan diguna pakai oleh guru semasa di dalam

kelas. Interaksi yang berlaku haruslah memenuhi keperluan yang diperlukan bagi

murid di sekolah dalam menjalani persekitaran di dalam kelas yang pelbagai sosio

budaya.

Setelah itu, Cikgu Kamil juga menyatakan penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersebut. Justeru pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat perlu dirancang dengan

tepat dan teliti. Hal ini bagi memastikan pembentukan sesuatu kurikulum berupaya

menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung kepada murid. Sebagai

contohnya, dilaksanakan melalui aktiviti berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti

Kokurikulum. Maka, setiap aktiviti yang dijalankan oleh setiap induk yang terbabit

haruslah memastikan kurikulum yang digunakan berupaya dalam menerapkan nilai-

nilai murni sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Justeru, perancangan yang teliti

perlu dilaksanakan sebagai contohnya pelaksanaan aktiviti bahasa yang dijalankan

di sekolah. Integrasi murid semasa melaksanakan aktiviti berpersatuan, kelab dan

permainan mampu mendisiplinkan murid dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia

secara tidak langsung mampu memupuk nilai-nilai murni kepada murid terhadap

warga sekolah. contohnya, murid mengambil iktibar dan teladan yang baik dari guru

yang mengajar seperti mempamerkan akhlak budi pekerti serta hubungan rapo

yang baik mampu membina interaksi yang berkesan antara warga sekolah.

EDU 3063 | 13

Page 14: Esaiman Edu

2.0 Langkah-Langkah Mengatasi

Sedia maklum bahawa sekolah merupakan salah satu institusi yang bertindak

sebagai mendidik, membina tingkah laku positif yang merangkumi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial dalam kalangan murid yang mempunyai kepelbagaian

sosio budaya di samping menjadi pusat memberikan ilmu pengetahuan. Maka

sekolah bertanggungjawab dalam memastikan isu-isu kepelbagaian sosio budaya

yang dihadapi di sekolah berjaya diatasi dengan jayanya. Sekiranya, pihak sekolah

gagal dalam mengatasi isu-isu tersebut boleh menyebabkan pelbagai kesan

sampingan yang akan menular dalam kalangan murid seterusnya boleh

mengakibatkan gejala negatif seperti pepecahan dan pergaduhan antara kaum

sepertimana berlakunya kejadian 13 Mei. Maka, langkah-langkah yang sewajarnya

perlu diambil oleh pihak sekolah dalam menangani isu-isu kepelbagaian sosio

budaya di sekolah.

2.0.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

RIMUP merupakan salah satu daripada rancangan yang dirangka oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan negara Malaysia terus

maju dalam suasana yang stabil dan harmoni (Mohd Ridhuan & Tee Abdullah,

2010). Oleh disebabkan itu, KPM telah memperkenalkan program seperti ini yang di

mana diilhamkan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi iaitu bekas

Perdana Malaysia . Selain itu, RIMUP ini juga bertujuan bagi meningkatkan dan

menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada

EDU 3063 | 14

Page 15: Esaiman Edu

perpaduan nasional. Program ini jika dilihat secara teliti berupaya membentuk

keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia selaras dengan kehendak

dan impian kerajaan untuk membangunkan negara Malaysia tercinta. Hal ini kerana,

program ini berupaya menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat

setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Perancangan dan

pelaksanaan bagi program seperti ini kebiasaannya dilakukan melalui perkongsian

idea, kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

Justeru, pihak sekolah boleh mencadangkan agar pelaksanaan program

seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dilaksanakan semula

yang dilancarkan pada tahun 1986 oleh Perdana Menteri. Rancangan tersebut

adalah pratikal untuk dilaksanakan.

Hal ini kerana, keberkesanan program tersebut pada masa lalu iaitu berupaya dalam

memperkukuhkan interaksi, persefahaman, perpaduan dan kerjasama dalam

kalangan murid-murid dan guru dari sekolah yang berlainan bahasa pengantar (Noor

Hidayah Yusuf, 2014) Maka, menampakkan kepercayaan program ini untuk

dilaksanakan semula dan bukannya diketepikan begitu sahaja. Tambahan pula,

aktiviti yang dirancang akan melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid

pelbagai kaum di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah program

kolaborasi antara Sekolah Kebangsaan (SK), SRJK (C) dan SRJK (T) yang

berdekatan dan diajar oleh guru di ketiga-ketiga sekolah tersebut.

Sepertimana menurut Berita Harian (2015) interaksi murid adalah positif

dengan 87.2 peratus atau 68 sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi

ketika pembelajaran, kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Katanya lagi,

susulan daripada perkara itu, kementerian merancang ingin membangunkan strategi

dan pelan tindakan bagi mengukuhkan penerapan dan amalan nilai perpaduan di

bilik darjah dan juga aktiviti kokurikulum. Justeru melalui peratusan ternyata program

ini sewajarnya perlu dilaksanakan di setiap sekolah rendah mahupun di sekolah

menengah disebabkan bagi memastikan perpaduan dan semangat patriotisme terus

diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan. Hal ini

kerana, ternyata terbukti melalui kajian program ini mempunyai impak yang

berkesan dari aspek menyatupadukan murid yang mempunyai kepelbagaian sosio

budaya di negara ini.

EDU 3063 | 15

Page 16: Esaiman Edu

2.0.2 Kelab Rukun Negara

Kelab Rukun Negara merupakan antara cadangan yang sering menjadi

pilihan bagi kerajaan dalam usaha terbaru bagi menyemai kesedaran dalam

kalangan murid bagi menjalin hubungan antara satu sama lain yang terdiri daripada

kepelbagaian sosio-budaya di negara ini (Utusan, 2000). Perkara ini dapat dilihat

menerusi perasmian sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di

Melaka, yang di mana selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu

iaitu Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi menyatakan hasratnya untuk

menubuhkan Kelab Rukun Negara bagi setiap sekolah.

Justeru menampakkan kesungguhan kerajaan dalam menerapkan unsur perpaduan

dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan murid di sekolah

menerusi penubuhan tersebut. Lantaran itu, pihak sekolah sewajarnya menjalankan

program seperti ini di sekolah.

Sehubungan dengan itu, sepertimana sedia maklum berlakunya perasmian

Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 yang di mana menyeru seluruh rakyat

Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk

menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Maka sekolah

berperanan penting bagi memastikan murid-murid yang berbeza kaum dan agama

mendapat impak melalui aktiviti yang dijalankan menerusi penubuhan Kelab Rukun

Negara di sekolah. Kesannya, pihak sekolah berupaya meningkatkan serta

mengukuhkan semangat perpaduan dengan lebih jitu melalui pengetahuan,

pemahaman dan penghayatan murid terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

Selain itu, juga penerapan nilai melalui prinsip-prinsip Rukun Negara boleh

dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui perhimpunan mingguan sekolah. Pihak

sekolah boleh melantik seorang murid bagi mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara

pada setiap pagi sebelum bermulanya pengajaran dan pembelajaran di sekolah

terbabit. Kesannya, murid berupaya menghafal Rukun Negara dengan mudah dan

cepat. Sejurus selepas itu, murid akan saling menghormati serta memahami

kepentingan hidup dalam kepelbagaian sosio budaya di negara ini setelah

mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara tersebut.

EDU 3063 | 16

Page 17: Esaiman Edu

Keadaan ini secara tidak langsung berupaya menangani isu-isu kepelbagaian sosio

budaya yang berlaku di sesebuah sekolah.

2.0.3 Program Anak Angkat

Program anak angkat bertindak sebagai rancangan yang melaksanakan

pertukaran murid untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan murid (Abdullah Sani Yahaya,

2005). Selain itu, menurut Utusan (2011) program ini adalah merupakan usaha yang

dilakukan oleh kerajaan dalam mendedahkan murid dengan cara hidup masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum. Rentetan daripada itu, pihak sekolah

bertanggungjawab dalam memastikan hasrat tersebut berjaya dilaksanakan dengan

menubuhkan program seperti ini di sekolah masing-masing.

Maka program seperti ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menangani

isu-isu kepelbagaian sosio budaya di sekolah. Oleh demikian, pihak sekolah

haruslah melakukan perancangan dengan teliti bagi memastikan keselamatan murid

terjamin disebabkan kebiasaanya, program seperti ini akan melibatkan murid

dengan pergerakan di luar bilik darjah yang di mana pelbagai keburukan boleh

berlaku.

. Program anak angkat jika diperhati dengan teliti merupakan antara program

yang berupaya menghilangkan jurang kepelbagaian sosio budaya di negara

Malaysia terutamanya dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan, fokusnya adalah

ke arah pembinaan hubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara.

Sebagai contohnya, pihak sekolah melakukan program ini dengan menuju ke Sabah,

Sarawak atau negeri-negeri lain bagi membolehkan seseorang murid memerhati dan

mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Kesannya, murid

akan berupaya mewujudkan persefahaman dan isu-isu kepelbagaian sosio budaya

yang berlaku di sekolah berjaya di atasi. Kemudiannya, secara tidak langsung

mampu menghasilkan murid yang bersatu padu meskipun berlainan kefahaman.

Keberkesanan program ini dapat ditingkatkan sekiranya program yang

dijalankan ini berupaya melibatkan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG). Hal ini kerana, penglibatan ibu bapa menerusi program seperti ini

membolehkan murid akan lebih terpengaruh disebabkan ibu bapa turut sama bagi

EDU 3063 | 17

Page 18: Esaiman Edu

menjayakan program seperti itu, Tambahan pula, ibu bapa mempunyai pengaruh

yang kuat dalam pembentukan kendiri anak-anaknya yang di mana menjadi contoh

teladan bagi mereka dalam melakukan sesuatu. Sekiranya ibu bapa berupaya

membina hubungan yang baik tidak kira sama ada dia daripada masyarakat Melayu,

India atau Cina, secara tidak langsung murid ataupun anak mereka turut sama

melakukan perkara sedemikian.

2.0.4 Hari Kemerdekaan

Pada tarikh 31 Ogos 1957, merupakan hari kebanggaan dan kesyukuran bagi

rakyat Malaysia yang di mana Malaysia bebas daripada penjajah dan menjadi

negara yang berdaulat. Pada hari tersebut menurut Sinar Harian (2015) rakyat

Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat mempamerkan semangat

kebersamaan dan cintakan negara menyambut Hari Kemerdekaan 2015.

Maka menunjukkan sambutan yang dijalankan oleh Kerajaan dalam menyambut

Hari Kemerdekaan tersebut berupaya menanamkan semangat cinta akan negara

dalam kalangan masyarakat. Justeru, pihak sekolah haruslah mengambil iktibar

daripada pelaksanaan tersebut dengan berusaha mengadakan pelbagai aktiviti yang

boleh dijalankan di sekolah dengan berlandaskan Hari Kemerdekaan pada tahun

tersebut. Melalui program yang dijalankan ini berupaya merapatkan jurang

perkauman antara murid Melayu, Cina dan India seterusnya isu kepelbagaian sosio

budaya yang dihadapi di sesebuah sekolah berjaya diatasi

Sepertimana sedia maklum bahawa sambutan Hari Kemerdekaan

merupakan salah satu sambutan yang sering disambut oleh setiap sekolah bagi

memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Maka pihak sekolah memain

peranan penting dalam mengadakan pelbagai aktiviti yang mempunyai nilai-nilai

patriotisme dan perpaduan. Sebagai contohnya, aktiviti yang boleh dilaksanakan

oleh pihak sekolah ialah pakaian tradisional berbilang bangsa dalam kalangan

murid, kibaran Jalur Gemilang serta hiasan bilik darjah. Melalui aktiviti yang

dijalankan ini, pihak sekolah berupaya meningkatkan pemahaman dalam kalangan

murid tentang bahawa kepelbagaian sosio budaya di negara Malaysia dapat hidup

dalam keadaan harmoni dan bersatu padu. Selain itu, keyakinan murid antara satu

sama lain dapat dipupuk walapun terdiri daripada kepelbagaian sosio budaya.

EDU 3063 | 18

Page 19: Esaiman Edu

2.0.5 Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan penjenamaan dan perwajahan

semula kempen bahasa yang telah diberikan nafas baru yang telah dilancarkan oleh

YAB Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga

merupakan penaung Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 (Sharifah Darmia Binti Sharif

Adam, 2014). Katanya lagi, Program ini, pada asalnya dikenali dengan nama Minggu

Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan sepanjang

dekad 60-an, kemudian Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dijalankan pada tahun

1987 hingga tahun 1988. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah bertujuan

memantapkan, memperkukuhkan dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa

Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Justeru, program seperti ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam langkah-

langkah menangani isu kepelbagaian sosio budaya di sekolah.

Program ini dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah menerusi Program

Minggu Bahasa Kebangsaan yang dilaksanakan secara meluas di setiap sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah ialah seperti

pertandingan menulis, membaca, berpidato, pengucapan awam, bahas dan puisi

yang di mana penggunaan bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama perlu

digunakan bagi aktiviti ini. Kesan daripada aktiviti ini berupaya memastikan murid

boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Lantaran itu, murid mampu

berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berbilang kaum yang di mana setiap

kaum mempunyai bahasanya yang tersendiri. Sekiranya murid mampu

berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira kepelbagaian sosio budaya,

murid berupaya menanamkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerjasama yang berjaya dipupuk adalah kesan daripada komunikasi yang berlaku

yang di mana nilai kepercayaan terhasil menerusi perhubungan yang berlangsung

melalui komunikasi yang berkesan. Maka pihak sekolah secara tidak langsung

berhasil dalam menangani isu seperti perpecahan kaum antara murid di dalam

kelas.

EDU 3063 | 19

Page 20: Esaiman Edu

Selain itu, penguasaan murid terhadap penggunaan bahasa Melayu akan

lebih baik dan meningkat serta suasana faham memahami antara murid pelbagai

budaya dapat diwujudkan. Lantaran itu, murid akan lebih fasih dalam menggunakan

bahasa melayu ketika berucap sama ada pada waktu formal ataupun tidak formal,

Keadaan ini berupaya menaikkan imej negara yang di mana rakyatnya mampu

menggunakan bahasa yang sama meskipun terdiri daripada kepelbagaian sosio

budaya.

3.0 Rujukan

A.Majid, N. A. (2011). Budaya dan Pembelajaran . Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Abdullah, M. R. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. 61-84.

Adam, S. D. (2014). Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966. 305-315.

Ahmad, P. M. (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Boon, A. Y. (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Eng, J. A. (2014). Pengurusan Bilik Darjah. Selangor: BS Print (M) Sdn.Bhd.

Hamzah, N. I. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). 31-37.

Hari Malaysia: Sosiobudaya pelbagai kaum perlu dipelihara, kata Najib. (2012, September 15). Diambil daripada

EDU 3063 | 20

Page 21: Esaiman Edu

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/hari-malaysia-sosiobudaya-pelbagai-kaum-perlu-dipelihara-kata-najib-1.85444

Kamalanathan. (2015, Oktober 22). RIMUP Satukan Murid Sekolah Berbilang Kaum. Diambil daripada http://www.bharian.com.my/node/90742

Keempat, K. D. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kelab Rukun Negara Benteng Perpaduan Masa Depan. (2000, September 18). Diambil daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm

Malaysia, B. P. (2009). Budaya dan Pembelajaran . Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Malaysia, B. P. (2011). Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasir, Z. M. (2009). Aspek Pendidikan dalam Hubungan Etnik. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik, 155-184.

Osman, M. T. (1988). Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semangat cintakan negara warnai Hari Kebangsaan. (2015, Ogos 15). Diambil daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/semangat-cintakan-negara-warnai-hari-kebangsaan-1.425435

Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Sekolah. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Yusuf, N. H. (2014, September 15). Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Diambil daripada http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0

Yusuf, Z. S. (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. 155-172.

Zainoodin, N. A. (2011, Mac 12). 120 Pemimpin Pelajar Serta KA1M. Diambil daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

EDU 3063 | 21

Page 22: Esaiman Edu

4.0 Lampiran

EDU 3063 | 22

Page 23: Esaiman Edu

4.1 Transkri Perbualan

Aieman : Assalamualaikum Cikgu Kamil. Saya meminta maaf terlebih

dahulu sekiranya saya menggangu waktu rehat cikgu.

Cikgu Kamil

Aieman : Oh tidak Cikgu Kamil. Soalan yang ingin saya ajukan ini

tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu mudah. Saya yakin

dengan pengalaman yang cikgu miliki, cikgu mampu

menjawabnya. Begini cikgu, berdasarkan tugasan saya yang

diberikan oleh pensyarah, saya dikehendaki mengenalpasti

implikasi daripada kepelbagaian sosio-budaya yang cikgu

kenalpasti yang berlaku di sekolah.

Aieman : Hmmm. Sebagai contohnya aspek guru itu sendiri, murid,

sekolah dan sebagainya.

Cikgu Kamil

Aieman : Kenapa perkara tersebut dikatakan membawa kesan Cikgu.

Cikgu Kamil

EDU 3063 | 23

Page 24: Esaiman Edu

Aieman : Oh begitu. Bagaimana pula bagi pandangan cikgu dalam

aspek murid terhadap kesan bakal dihadapi ?

Cikgu Kamil

Aieman : Jadi, guru tidak seharusnya disalahkan secara seratus peratus

berdasarkan apa yang cikgu kata.

Cikgu Kamil

Aieman : Cikgu bagaimana dengan pihak sekolah pula. Berdasarkan

pengalaman cikgu adakah kesan yang berlaku ini turut

dipengaruhi oleh pihak sekolah

Cikgu Kamil

Aieman : Apakah perbezaan kepimpinan guru besar lelaki dengan guru

besar perempuan?

Cikgu Kamil

Aieman : Bagaimana pula dengan kurikulum yang diamalkan di sekolah

ini. Adakah ia juga merupakan salah aspek yang berupaya

membawa implikasi kepada sekolah.

Cikgu Kamil :

Aieman : Bagaimana cikgu melihat kesan-kesan ini mempengaruhi pihak

sekolah?

Cikgu Kamil :

Aieman : Hmm.Saya rasa setakat ini sahajalah yang ingin saya ketahui

tentang kesan ini. Berdasarkan pengkongsian yang telah cikgu

berikan kepada saya, cikgu telah mampu menampakkan

kepada saya tentang kesan tersebut terhadap sekolah.

Justeru, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada cikgu

kerana sudi memberi ruang dan masa kepada saya untuk

menanyakan beberapa soalan. Terima kasih Cikgu

Cikgu Kamil :

EDU 3063 | 24

Page 25: Esaiman Edu

4.2 Kertas Kerja

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JANA,34600 KAMUNTING, PERAK.

___________________________________________________________________

Kertas KerjaMenongkah Arus Kepelbagaian Sosio-budaya

EDU 3063 | 25

Page 26: Esaiman Edu

________________________________________

Anjuran :Guru Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Taman JanaDikelolakan oleh :

Syed Aieman Bin Syed Mahamud

1.0. Pengenalan

Menongkah Arus Kepelbagaian Sosio-budaya merupakan satu program yang

berunsurkan nilai-nilai murni di mana aktiviti yang dirancang adalah berfokuskan

dalam menyatupadukan dalam kalangan murid yang terdiri daripada kepelbagaian

sosio-budaya. Program ini merupakan anjuran Sekolah Kebangsaan Taman Jana

yang dikelolakan oleh guru bahasa Melayu. Program ini dijalankan secara santai

dan bersahaja yang di mana terdiri daripada enam aktiviti yang berlainan jenis yang

di mana dilakukan di tempat yang tebuka dan bertujuan untuk menangani isu-isu

yang berlaku di sekolah yang berkaitan dengan kepelbagaian sosio budaya.

2.0. ObjektifI. Mendedahkan murid tentang kebaikan mengamalkan sosio budaya yang

harmoni dan sejahtera.

II. Meningkat kefahaman murid terhadap kehidupan masyarakat lain yang

berbagai budaya.

III. Menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan murid tanpa mengira

kaum, bangsa dan agama.

EDU 3063 | 26

Page 27: Esaiman Edu

IV. Mengukuhkan penggunaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan murid.

V. Meningkatkan penghayatan murid terhadap rukun Negara.

3.0. Jawatankuasa Pengelola.Pertandingan ini dikelolakan oleh kesemua guru Bahasa Melayu dengan

kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

4.0. Penyertaan

Penyertaan adalah diwajibkan bagi semua murid daripada tahun 1 hinggalah

tahun 6. Ketidakhadiran murid bagi program yang dijalankan ini akan diambil

tindakan yang sewajarnya.

5.0. Tentatif Program

Program 1 : Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Tarikh : 12 March 2016

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Long Jaafar

Program 2 : Kelab Rukun Negara

Tarikh : 13 March 2016

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Jana

Program 3 : Anak Angkat

Tarikh : 19 March 2016

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Taman Tasik Taiping

EDU 3063 | 27

Page 28: Esaiman Edu

Program 4 : Hari Kemerdekaan

Tarikh : 3 September 2016

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Jana

Program 5 : Bulan Bahasa Kebangsaan

Tarikh : 5 March 2016

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Jana

*tertakluk pada perubahan

6.0. Hadiah dan Sijil Penyertaan

Hadiah dan sijil penyertaan akan disampaikan semasa Majlis Penutupan Rasmi Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober 2013.

7.0. Penutup

Diharap penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi kecintaan murid antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, budaya dan agama. Diharapkan juga program sebegini dapat dijadikan wadah penyatuan murid dengan guru sekolah selaras dengan kehendak Gagasan 1 Malaysia.

Disediakan Oleh :

_________________

(Syed Aieman Bin Syed Mahamud)

Guru Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Taman Jana.

Disahkan Oleh :

_________________

(EN HAJI MUSA BIN IBRAHIM)

Guru Besar,

EDU 3063 | 28

Page 29: Esaiman Edu

Sekolah Kebangsaan Taman Jana.

EDU 3063 | 29