edu notes.doc

66
1. PENDAHULUAN Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015 adalah tentang kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar. 1

Upload: lethu

Post on 05-Sep-2015

316 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar.

Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Selain itu, Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkat kualiti sokongan bagi membantu semua sekolah. Menjeang peringkat akhir Gelombang 1, Kementerian akan

memastikan semua guru, pengetua dan guru besar dan juga sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang telah ditetapkan.

2. PELAN TINDAKAN: PEMBENTUKAN DAN APLIKASI KURIKULUM DAN PENAKSIRAN ABAD KE-21GELOMBANG 1 (2013-2015): PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM SEDIA ADA DAN PERSEDIAAN UNTUK PERUBAHAN SEKITAR.Hasrat kementerian bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan pentaksiran, tetapi juga mencapai kesepaduan yang lebih kukuh antara kedua-dua aspek ini.1. Memurnikan Dan Menilai Semula Kandungan Kurikulum Sejajar Dengan Standard AntarabangsaKSSR dan KBSM akan terus dimurnikan selaras dengan dasar yang menekankan bahawa kurikulum kebangsaan perlu menggabungkan amalan terbaik pada peringkat antarabangsa dan diolah dalam satu standard yang dapat membentuk warga Malaysia yang mampu bersaing pada peringkat global.2. Mempergiatkan Sistem Sokongan Bagi Guru Untuk Meningkatkan Penyampaian KurikulumPeranan SISC+ akan dipertingkatkan daripada separuh masa kepada sepenuh masa. Mereka akan ditempatkan di pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan menjadi pegawai penghubung antara BPK, LP, dan guru. SISC+ bertanggungjawab dalam pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baharu, memperkukuhkan latihan guru dalam kemahiran pedagogi, dan memantau keberkesanan pelaksanaan. Pengenalan SISC+ ini akan membawa kepada dua faedah iaitu, mengurangkan lapisan birokrasi dalam penyampaian kurikulum dan pentaksiran dan memberikan latihan langsung kepada guru.3. Penambahbaikan Kerangka Pentaksiran Bagi Meningkatkan Jumlah Soalan Kemahiran Berfikir Aras TinggiPemantauan rutin yang kerap akan memastikan sekolah yang menghadapi kesukaran untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dikenal pasti dengan cepat. Guru dan guru besar daripada sekolah ini akan menerima latihan daripada SISC+ di sekolah mereka tentang cara menetapkan dan menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah, terutamanya mengenai pemarkahan mengikut rujukan standard. Disamping itu, KPM juga akan menambah secara sistematik bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan awam.4. Merintis International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP) Sebagai Alternative Kepada PembelajaranKementerian akan menjalankan projek rintis IB MYB untuk murid sekolah menengah di 10 buah sekolah bermula pada tahun 2013. Sekolah yang menjadi sampel merupakan sekolah band 1 hingga band 4 termasuk SMK Bandar, luar Bandar dan Sekolah menengah kebangsaan agama. Sekolah yang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan member tumpuan kepada kepimpinan dan infrastruktur. Program IB Middle Years ini akan menggunakan kurikulum kebangsaan. Pendekatan pedagogi menekankan penggunaan aktiviti berasaskan projek, teknik menyoal bagi membentuk keupayaan murid untuk berfikir aras tinggi, serta membolehkan murid menggabung jalin pengetahuan dari pelbagai disiplin.5. Memperkenalkan LINUS 2.0 Dan Meluaskan Skop Untuk Literasi Bahasa InggerisLinus 2.0 akan dibentuk berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani isu literasi bahasa Inggeris serta literasi bahasa Malaysia, dan isu numerasi. Murid yang ketinggalan akan dikumpulkan di dalam kelas yang tertentu dan diajar berdasarkan keperluan mereka. Guru yang mengajar murid ini akan menerima latihan khusus bagi memastikan mereka dapat mengaplikasikan strategi terbaik yang dapat membantu murid ini menguasai kemahiran yang dikehendaki dan akan diserapkan semula dalam kurikulum arus perdana.3. PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PENGUASAAN BAHASA SECARA MELUASGELOMBANG 1 (2013-2015): MEMPERKUKUH SISTEM SEDIA ADAMemberi tumpuan kepada penambahbaikkan sistem sedia ada. Dalam masa tiga tahun akan datang kementerian akan menumpukan usaha kepada menyelaraskan standard kurikulum Bahasa Malaysia yang sama di semua sekolah, meningkatkan sistem penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, dan menambahkan peluang untuk mempelajari bahasa tambahan bagi murid yang bukan dari SJK .1. Meningkatkan Standard Bahasa Malaysia Terutama Di Sekolah Jenis KebangsaanBagi mengatasi masalah tahap penguasaan bahasa Malaysia yang rendah di SJK, pada tahun 2014 kohort Tahun 4 akan menggunakan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama dengan sekolah kebangsaan tetapi akan mengekalkan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran lain. Selain itu, untuk Tahun 4 hingga 6, kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu akan diadakan untuk murid yang mengalami masalah dalam Bahasa Malaysia.2. Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa IlmuSelaras dengan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), bahasa Malaysia akan menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik . Manakala SJK akan terus menjadi bahasa pengantar iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Selain itu, menggalakkan ahli akedemik menghasilkan lebih banyak penulisan dalam bahasa Malaysia. Di samping itu institut Tejemahan buku Malaysia turut diperkasa untuk menterjemah lebih banyak kajian antarabangsa dan istilah penting dalam Bahasa Malaysia. Latihan kursus dan kursus juga dalam bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti tempatan ditambah.3. Memperkukuh Pengajaran Bahasa InggerisKementerian akan menguji tahap kemahiran 70,000 guru bahasa Inggeris menjelang akhir tahun 2012 menggunakan Cambrige Placement Test (CPT). Guru akan diklasifikasikan mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka, iaitu cekap, memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih setahun untuk mencapai tahap kemahiran, dan memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih dua tahun untuk mencapai tahap kemahiran. Guru yang tidak mencapai tahap kemahiran akan diberi kursus intensif bahasa inggeris pada tahun 2013. Kursus intersif ini melibatkan lapan minggu program imersi dan lapan minggu kursus pembelajaran kendiri. Pada akhir tahun, guru ini akan dinilai dan mereka yang maseh belum mencapai tahap kemahiran minimum dalam Cambrige Placement Test akan diberi masa dua tahun untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka.

Hal yang demikian, peranan English Langguage Training Centre (ElTC) dalam kementerian akan diperkukuhkan untuk memberikan latihan secara berkesan kepada guru bahasa Inggeris serta membangunkan program dan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kementerian juga akan melancarkan beberapa siri inisiatif MBMMBI untuk memperkukuh sistem penyampaian bahasa Inggeris. Program Oral Proficiency in English for Secondary School (OPS English) memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur yang sekarang ini dalam proses pemurnian selepas menempa kejayaan dalam program rintis yang dijalankan.4. PELAN TINDAKAN: MEMPERCEPATKAN PENINGKATAN SEKOLAH MELALUI DAERAH DAN NEGERI GELOMBANG 1 (2013-2015): MENTRANSFORMASIKAN KEPIMPINAN NEGERI DAN DAERAHKementerian telah membangunkan program transformasi negeri dan daerah (Program Transformasi daerah) bagi membolehkan semua negeri dan daerah meningkatkan prestasi sekolah. Menjelang tahun 2015, program ini bermatlamat mengurangkan sekolah Band 7 kepada sifar, mengurangkan jurang Bandar dan luar bandar sebanyak 25%, dan meningkatkan kehadiran murid sebanyak 95%.1. Mengupaya Kepimpinan TempatanKementerian akan menganjakkan tanggungjawab yang melibatkan sekolah kepada JPN dan PPD dan akan melaksanakan peranan yang strategik. Begitu juga, peranan JPN yang akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong PPD dalam melaksanakan tanggungjawab baharu dan mengurangkan penlibatan secara terus dengan sekolah.

PPD akan bertindak sebagai barisan hadapan dan menyokong peningkatan prestasi sekolah. PPD akan terlibat secara langsung dengan sekolah secara kerap untuk untuk melatih, membimbing, dan memantau prestasi. Perluasan peranan ini melibatkan;

a) Menetapkan sasaran untuk setiap sekolah.

b) Menyediakan bimbingan untuk guru dan pengetua/guru besar.

c) Memantau dan menggunakan data untuk memaklumkan aktiviti penambahbaikan sekolah.d) Memastikan pengetua/guru besar dan guru bertanggungjawab terhadap prestasi dan mengadakan diolog prestasi.

e) Mewujudkan kerjasama antara sekolah, contohnya melalui perkongsian amalan terbaik.

f) Menetapkan pemberian sumber kepada sekolah yang paling memerlukan.

2. Menetapkan Sistem Untuk Mencapai Matlamat Yang SamaKementerian telah menetapkan satu set KPI berdasarkan matlamat sistem yang berteraskan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. KPI ini disebabkan ke peringkat bawah dari kementerian hingga ke sekolah untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan koheran. Pengesanan pencapaian berdasarkan KPI ini akan dijalankan bermula dari peringkat kebangsaan, setiap JPN, PPD dan sekolah.

3. Memberi Sokongan Kepada Organisasi Yang Paling MemerlukanPPD akan mewujudkan dasar pengurusan berpusat untuk membangunkan satu sistem intervensi yang menjurus kepada konteks tertentu di sekolah. JPN akan menyalurkan sumber dan sokongan yang diperlukan untuk melaksanakan inisiatif ini. Satu daripada isu yang akan dapat diselesaikan melalui kaedah yang fleksibel ini ialah kehadiran pelajar. Masalah kehadiran murid biasanya berpunca daripada pelbagai faktor antaranya kurang akses ke sekolah, sikap ibu bapa, persekitaran sekolah yang tidak menarik kepada murid.5. PELAN TINDAKAN: MENTRANSFORMASIKAN PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHANGELOMBANG 1 (2013-2015): MENINGKATKAN STANDARD DAN SISTEM SOKONGANMenumpukan kepada peningkatan standard profesionalisme, dan menambah baik sistem sokongan dan persekitaran kerja. Oleh itu empat langkah telah diambil pertama meningkatkan standard kemasukan, kedua mengukur prestasi berdasarkan kompetensi, ketiga meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan, dan akhir sekali, mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. 1. Meningkatkan Standard Kemasukan Bagi Guru Pelatih Dan Ambilan Guru BaharuKementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan.Selain itu kementerian bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan. Seterusnya, bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi program latihan perguruan.

Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Pada masa hadapan, guru permulaan akan dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan.2. Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan KompetensiKementerian menyediakan satu instrument yang mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Kompetensi ini merentas empat dimensi yang berbeza iaitu pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan profesional. Instrumen ini akan dirintis pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014 bagi menggantikan semua instrumen yang ada pada masa ini, termasuk LNPT.

3. Menekankan Pembangunan Profesionalisme BerterusanKementerian akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Modul lain akan dijadikan elektif bagi membolehkan guru membuat pilihan berdasarkan minat dan kekuatan peribadi, atau mana-mana bidang yang dikenal pasti untuk meningkatkan profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini, Kementerian akan lebih menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan sekolah.

Dua inisiatif akan dilancarkan pada Januari 2013 untuk memperkenalkan guru kepada program pembangunan profesionalisme baharu. Inisiatif pertama ialah pewujudan perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik. Inisiatif kedua ialah peluasan program bimbingan guru iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches SISC+) yang pertama kali diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0.

4. Meningkatkan Kualiti Persekitaran Kerja GuruKementerian akan mengambil dua tindakan utama. Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan bagi proses awal penyeragaman data iaitu, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester berasaskan sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk menjejak keputusan pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data sekolah dan guru. Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 orang murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan, dan mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen.6. PELAN TINDAKAN: MEMASTIKAN SEORANG PENGETUA BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH

GELOMBANG 1 (2013 HINGGA 2015): MENINGKATKAN STANDARD PEMILIHAN DAN SISTEM SOKONGAN

Kementerian akan menyeragamkan standard dan menambahbaik proses pemilihan dan penyediaan pengetua dan guru besar baru dengan mengambil kira 40% daripada pengetua dan guru besar sedia ada akan bersara dalam tempoh lima tahun. Selain itu, kementerian juga melabur dalam pembangunan keupayaan pengetua dan guru besar sedia ada dengan melalui Program Continuous Professional Development(CPD) yang lebih baik dan memperkukuhkan hubung kait antara prestasi dan kompetensi.

1. Menggunakan Kriteria Pemilihan Yang Tidak Berasaskan Tempoh Perkhidmatan Dan Membangunkan Proses Pemilihan Yang StandardUntuk meningkatkan kompetensi dan memastikan pengetua dapat berkihmat bagi tempoh yang lama sebelum mereka bersama. Ianya adalah untuk memastikan semua bakal pengetua dan guru besar mempunyai kompetensi kepimpinan minimum. Contohnya, mempunyai pengalaman sebgai ketua bidang atau guru penolong kanan. Selain itu, kementerian akan melantik hanya calon-calon yang mempunyai perkhidmatan minimum tiga tahun sebelum persaraan dan yang telah menyempurnakan program latihan NPQEL. Selain itu, kementerian akan melakukan proses peralihan secara terus antara pengetua yang akan bersara denan pengetua yang akan mengantikan beliau.

2. Semakin Semula Insetif Bagi Jawatan Yang Sukar Diisi

Menyemak set insetif sedia ada bagi jawatan yang sukar diisi seperti di luar bandar dan sekolah berprestasi rendah. Selain itu, kementerian akan menyediakan laluan pantas kenaikan pangkat kepada pengetua dan guru besar setelah mereka menyempurnakan tempoh perlantikan luar bandar.

3. Mewujudkan Program Residensi Pengetua Dan Guru Besar Dan Mengukuhkan Program Immersion Sedia AdaProgram residensi ialah suatu program setempat yang membolehkan bakal pengetua berada selama satu bulan bersama-sama pengetua atau guru besar yang akan keluar daripada sekolah tersebut. Ini membantu mereka menyesuaikan diri dengan sekolah dan tidak langsung dapat menerima pementoran daripada pengetua dan guru besar yang berpengalaman. Program immersion pula ilah suatu program rasmi pementoran pengetua. Melalui program ini, pengetua akan menjalani tujuh hari dan empat puluh dua jam bimbingan daripada pengetua berpengalaman atau Rakan Peningkatan Sekolah (School Improvement Partnet SiPartner+).

4. Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan KompetensiKementerian akan memperkenalkan satu instrument yang menyatakan dengan jelas kompetensi yang diharapkan daripada pengetua dan guru besar pada setiap peringkat perkhidmatan. Instrumen ini akan dijalankan pada tahun 2013 dan akan dilaksankan sekali dengan instrument kompetensi guru pada tahun 2014. Penilaian ini adalah berdasarkan empat dimensi, iaitu kepimpinan, nilai-nilai professional, sumbangan dan jalinan kerjasama. Selain itu, kementrian mencadangkan penilaian pengetua dan guru besar terhadap kedua-dua aspek utama iaitu kompetensi individu dan impak mereka terhadap sekolah masing-masing. Oleh itu, skor akhir akan mengandungi komposit skor prestasi individu yang akan ditmabah dengan skor peningkatan sekolah. Namun begitu, peratusan tepat bagi setiap komponen belum lagi diputuskan.

5. Memperkukuhkan Program Pembangunan ProfesionalismeKementerian akan menambah pelaburan dalam memberikan sokongan pembangunan professional bagi pengetua dan guru besar. IAB akan menambah portfolio latihan dengan meningkatkan keberkesanan dan kerelevanan setiap program. Ianya akan menekankan kepada pembinaan kemahiran kepimpinan terutamanya berkaitan dengan kebolehan menyesuaikan struktur dalaman, kaedah dan prosedur dalam memenuhi keperluan guru dan murid. Selain itu, IAB juga akan memastikan pengetua dan guru besar mengikut pelbagai program yang bersesuaian denga tahap prestasi yang berbeza beza. Sebagai contoh, pengetu berprestasi tinggi berpeluang untuk menjalani program sandaran di agensi kerajaan lain atau syarikat swasta tetapi pengetua dan guru besar yang berprestasi rendah akan mendapat manfaat daripada bimbingan intensif daripada SiPartner+.

7. PELAN TINDAKAN: MERAPATKAN JURANG PELAKSANAAN

GELOMBANG 1 (2013 - 2015) : MENETAPKAN SEMULA PERANAN DAN MENGUKUHKAN JPN DAN PPDMengabungkan perancangan jangka panjang tentang struktur dan fungsi yang dihasratkan, dan langkah jangka pendek untuk meningkatkan peranan PPD yang bertanggungjawab mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah melalui inisiatif peringkat daerah yang sistematik.

1. Membangunkan Visi Yang JelasKerjasama dengan agensi pusat, khususnya JPA akan dilakukan bagi menentukan dengan jelas organisasi kementerian yang akan distrukturkan semula. Selain merangkumi peranan, struktur organisasi, serta bilangan pegawai di peringkat pusat, negeri dan daerah, ia juga merangkumi perincian tentang cara pelaksanaan. Pada penghujung tahun 2013, pelan akhir akan dipersetujui oleh pihak berkaitan dan pelaksanaannya akan berkuat kuasa pada tahun 2014.

2. Menghalusi Peranan Dan Tanggungjawab Di Peringkat Pusat, Negeri Dan DaerahPeranan dan tanggungjawab yang akan dicadangkan bagi setiap peringkat adalah seperti berikut iaitu Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar. JPN pula akan diberi tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting di antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah. JPN akan dapat mengemaskini pelaksanaan program dan inisiatif berdasarkan keperluan daerah di dalam negeri tersebut. Selain itu, JPN juga akan bertanggungjawab dalam memantau kemajuan setiap PPD dan menggalakkan kerjasama dan perkongsian amalan terbaik di sleurah daerah. Kemudian, JPN juga akan berurusan dengan pihak berkepentingan di peringkat kementerian dan peringkat negeri untuk menyelaraskan sumber untukm memastikan impak yang lebih berkesan. Bagi PPD pula, mereka akan bertindak sebgai rakan pembantu dan pemantau sekolah. PPD perlu mempunyai kebolehan untuk menganalisi data sekolah, mengesan punca masalah dan mereka bentuk pelbagai bantuan dan sokongan kepada sekolah. Selain itu, yang paling utama sekali adalah, PPD akan menyepadukan kesemua arahan daripada Kementerian dan JPN. Ini dapat mengurangkan kerenah birokrasi serta ketidak sampaian maklumat. Kemudian, JPN dan PPD juga akan diberi kuasa dalam membuat keputusan dalam bidang tertentu seperti penempatan pengetua dan guru besar.

3. Memperkukuh Kepimpinan JPN Dan PPDUsaha ini dapat dilaksanakan dengan dengan menilai prestasi pemimpin JPN dan PPD sedia ada berdasarkan kecekapan kepimpinan. Pemimpin akan dikategorikan kepada kumpulan yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah. Pemimpin JPN dan PPD yang gagal mempamerkan peningkatan walaupun setelah diberi sokongan akan dinilai semula dan mungkin dipindahkan untuk mengisi jawatan lain.

4. Penempatan SISC+ dan SiPartners Sepenuh MasaDengan mewujudkan sepenuh masa di PPD, pembimbing guru dan pengetua atau guru besar akan dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas sebagai mentor dan membina hubungan yang kukuh dengan para guru, pengetua dan guru besar. Jenis sokongan yang diberikan oleh SISC+ dan SiPartners+ akan disesuaikan mengikut tahap prestasi sekolah tersebut.5. Meningkatkan Pembinaan Keupayaan Dan Pengurusan Prestasi Semua Pegawai JPN Dan PPDKementerian akan memberikan penerangan yang jelas tentang perubahan aktiviti harian pejabat dan aktiviti pegawai. Pihak PPD juga akan diberi bimbingan untuk beralih kepasa tugas memberi sokongan dan berkongsi amalan terbaik dengan pihak sekolah. Selain itu, perubahan ini akan disokong dengan proses penilaian prestasi yang baru yang dikaitkan dengan pencapaian keberhasilan utama dan kemahiran yang diperlukan. Sasaran ini disesuaikan dengna tahap dan situasi yang berbeza di setiap negeri dan daerah. Kementerian juga akan melakukan program pembangunan professional berterusan (CPD) yang ditambah baik seperti tajaan atau pinjaman kewangan kepada pegawai kementerian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, sarjana atau kedoktoran, mengikut kesesuaian.

6. Menyatukan Sistem Pengumpulan Dan Pengurusan Data Untuk Membina Platform Bagi Membuat KeputusanKementerian akan menghubungkan sistem data (merangkumi data operasi dan kewangan) untuk mendapat pandangan yang jelas dan tepat tentang prestasi. Kementerian akan menggunakan 1 BestariNet sebagai platform utama bagi menjalin semua data. Antara usaha akan dilakukan adalah mengenal pasti set data utama bagi membolehkan keputusan penting dibuat, menilai kemampuan pangkalan data sedia ada malah meningkatkannya sekiranya perlu. Matlamatnya adalah untuk memastikan data dapat diakses dengan mudah dan tepat pada masanya bagi membantu proses membuat keputusan di semua peringkat.

8. PELAN TINDAKAN: MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID UNTUK SETIAP RINGGIT YANG DIBELANJAKAN

GELOMBANG 1 (2013 - 2015): MEWAJARKAN KEJAYAAN SEGERAKementerian akan memberi tumpuan dalam mengkaji semula program-program dan pembelanjaan mengurus dalam jangka masa pendek dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan berbelanja dan mengagihkan semula sumber kepada penggerak yang mempunyai impak yang besar ke atas keberhasilan murid. Setakat ini, 37 billion telah atau disemak semula untuk pewajaran. Semakan semula perbelanjaan mengurus tertumpu kepada program khusus dan perbelanjaaan pengurusan pendidikan, malah semakan perbelanjaan pembangunan sedang dilaksanakan.

1. Kajian Semula Dasar Dan Program NasionalPenyusunan semula keutamaan dan pewajaran program dipandu oleh tiga prinsip teras iaitu yang pertama iaah keberkesanan. Iaitu setiap program perlu mempunyai impak yang signifikan, pulang positif dan boleh diukur berasaskan bidang keutamaam. Teras yang kedua ialah Kecekapan bagi setiap program perlu dilaksanakan dengan menggunakan sumber dengan cekap dan teras yang ketiga ialah Bersepadu iaitu setiap program harus disepadukan dengan lancar dengan program lain bagi mengelakkan pertindihan usaha atau percanggahan positif dan impak. Melalui usaha pewajaran ini, Kementerian dijangka akan dpat menjimatkan kos tahunan bagi inisiatif yang tidak diberi keutamaan sebanyak rm579 juta hingga rm813 juta menjelang tahun 2015. Selain itu, sebarang inisiatif baru yang diperkenalkan akan tertakluk kepada penilaian yang ketat. Perkara yang perlu dikemukakan adalah impak positif yang berpotensi kepada murid, guru dan pengetua atau guru besar. Tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan program dan mengenal pasti sama ada sumber ini baru atau agihan semula dan yang terakhir adalah keperluan keseimbangan (trade-offs) daripada pengagihan semula sumber ini.

2. Menyemak Semula Proses PerolehanKementerian boleh mengambil peluang untuk mengetakan proses perolehan apabila kontrak sedia ada tamat dan perlu diperbaharui bagi memastikan sistem pendidikan mendapat nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan pemadanan antara permintaan dan juga penawaran. Selain itu, langkah yang lain adalah menawarkan kontrak perkhidmatan tertentu yang tidak dapat dilaksankan oleh Kementerian kepada pihak berkuasa. Usaha ini akan dijangka dapat menjana penjimatan tahunan sebanyak rm190 juta. JPN dan PPD juga perlu membuat penanda aras perbelanjaan berdasarkan prestasi rakan setara dan memberi perjelasan sekiranya terdapat perbezaan yang ketara di dalam perbelanjaan mereka.

3. Menerapkan Bajet Berasaskan Outcome (OBB) Dalam Pengurusan KewanganMemberi tumpuan kepada hasil yang diharapkan dan keputusan dicapai daripada perbelanjaan kerajaan. Inisiatif ini mengandungi beberapa komponen. Pertama, Kementerian akan memastikan bajet mengurus dan pembangunan tahunan selaras dengan keutamaan yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Kedua, menghubungkan permohonan pembiayaan kepada sasaran berasaskan outcome. Ketiga ialah menghubung dan meyelaras sistem data ke dalam dashboard bersepadu. Tindakan ini akan menyediakan maklumat yang relevan dan tepat pada masanya kepada Kementerian. Dan yang terakhir sekali ialah Kementerian akan meningkatkan kemahiran semua kakitangan pentadbiran yang relevan menjelang 2015 dala disiplin yang kritikal seperti pengurusan perakaunan dan pengurusan nilai.

9. PELAN TINDAKAN: MENGGUNA PAKAI STANDARD INFRASTRUKTUR SEKOLAH SERAGAM, DISESUAIKAN DENGAN KEPERLUAN SETEMPAT

GELOMBANG 1 (2013 2015): MEMASTIKAN INFRASTRUKTUR ASAS YANG MEMPUNYAI STANDARD BAIK UNTUK SEMUA SEKOLAHSemua sekolah akan memenuhi standard minimum yang boleh diterima bagi infrastruktur asas seperti yagn ditakrifkan menjelang 2015. Kementerian akan melaksanakan proses pembaikkan dan menaik taraf sekolah secara berperingkat. Kementerian juga akan menguatkuasakan analisis pengurusan nilai dan penilaian kos kitar hayat untuk projek besar yang bernilai lebih daripada rm50 juta. Kementerian juga telah mengenal pasti langkah-langkah yang boleh menjimatkan kos sehingga 70% untuk naik taraf projek. Sebagai contoh, dengan membenarkan pihak sekolah dikawasan pendalaman memilih saiz sekolah mengikut keperluan mereka dan menggunakan bahan alternative yang lebih tahan lama seperti komposit fiber. Kesepaduan pangkalan data sedia ada bagi menyediakan keperluan infrastruktur yang bersepadu dan tepat pada masanya.

Selain itu, kementerian akan memastikan tahap optimum penyelenggaraan peralatan sekolah dan kemudahan sedia ada dengan menyediakan peruntukan tahunan sekolah bagi tujuan tersebut.

10. PELAN TINDAKAN: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN

GELOMBANG 1 ( 2013 HINGGA 2015 ): MEPERTINGKATKAN ASAS ICT

Di dalam Gelombang 1 ini, Kementerian meningkatkan keupayaan ICT dengan asas sedia ada bagi memastikan kemudahan ICT asas dan kompentensi baik dan tidak terikat dengan mana-mana landasan teknologi khusus. Keutamaan adalah untuk;

i. Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup dengan peralatan ICT,

ii. Menyediakan pendidikan dengan platform pembelajaran dengan jaringan jalur lebar yang mencukupi bagi pemgunaan ICT,

iii. Memastikan guru dan murid mempunyai kemahiran asas dalam ICT dan menambahbaik sistem pemantauan bagi menyediakan pentaksiran yang tepat kemajuan ICT

1. Menyediakan Infrastruktur Untuk Jaringan Dan Landasan Pembelajaran Melalui 1BestariNet

Di bawah projek ini, 10000 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara akan dilengkapi akses internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya ( virtual learning environment (VLE) pada penghujung 2013. Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap mengunakan VLE menjelang 2015.

2. Pembekalan Lebih Banyak Peralatan ICT

Kementerian akan memberi tumpuan kapada pembekalan lebih banyak peralatan ICT, kepada murid dan guru selain komputer seperti tablet atau komputer pintar, kerana peranti digital semakin lama semakin bersepadu serta terbaru. Selain alternatif kepada kemudahan ICT sedia ada ( makmal komputer), Kemeterian akan menguji penggunaan kaedah terbaru yang kurang mengunakan sumber seperti kaedah perpustakaan dan pusat sumber. Sasaran untuk nisbah minimum satu komputer untuk 10 orang murid dalam usaha menyediakan komputer yang mencukupibagi murid untuk mempelajari ICT.

3. Memastikan Semua Guru Damn Pegawai Celik ICT

Kerajaan akan memastikan semua guru berada dalam tahap mininum literasi ICT pada akhir 2015 bagi mencapai standard sebahagian daripada latihan praperkhidmatan guru dengan pembangunan profesional yang dikenali dalam VLE 1BestariNet. Kakitangan bukan Kementerian juga akan sentiasa dilatih dalam ICT untuk memastikan mereka berkemahiran di dalam menyelesaikan tugas.

4. Peralihan Dalam Kandungan Yang Direka Pengguna

Melalui sistem 1BestariNet yang diperluas, Kemeterian memindahkan perkhidmatan ICT sedia ada seperti EduWeb TV kepada VLE. Sokongan ini akan menghasilkan lebih banyak kandungan yang dibina penguna seperti perpustakaan.

5. Pengurusan Data Bersepadu Untuk Sekolah Dan Kementerian

Kementerian akan menyatukan pelbagai pangkalan data dan sistem penerusan maklumat.

11. PELAN TINDAKAN: PENYELARASAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN BERPRESTASI TINGGI

GELOMBANG 1 (2012-2015): PELUASAN SEGERA PRASEKOLAH DAN MEMPERTINGKATKAN ENROLMEN PADA SEMUA PERINGKAT PENDIDIKAN

Memberikan tumpuan lebih melaksanakan pengubahbaikan segera dalam pendidikan prasekolah. Memasarkan tahap pencapaian akses sejagat dan Kementerian fokus menggerakan usaha yang berterusan bagi meningkatkan pendidikan lain.

1. Peningkatan Enrolmen Dan Penambahbaikan Kualiti Prasekolah

Kementerian memberikan tumpuan meningkatkan enrolmen dan kualiti prasekolah secara serentak dalam Gelombang 1. Usaha ini mendapat peningkatan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah dan juga menyediakan bantuan kewangan kepda keluarga berpendapatan rendah.

NKRA sedia ada meningkatkan enrolmen selari dengan insentif prasekolah. Kementerian berkerjasama dengan sektor swasta memastikan terdapat tempat yang mncukupi untuk menampun peningkatan permintaan. Pada tahun 2020, 50% pendidikan prasekolah akan diusahakan oleh sektor swasta.

Kementerian akan meneliti semula geran per kapita bagi membolehkan prasekolah menawarkan aktiviti kokurikulum yang lebih luas dan akan menkaji semula geran bantuan makanan tambahan bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat untuk pertumbuhan kognatif murid.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis ECCE pada 2011 yang bertanggungjawab meningkatkan tahap profesionalisme swasta dan memenuhi piawai kebangsaan. Semua prasekolah hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kementerian akan berkerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memastikan guru mempunyai akses kepada pendidikan dan latihan yang sesuai dan juga menyediakan bantuan pembiayaan kepada guru sedia ada yang tidak mempunyai Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi meningkatkan kelayakan.

2. Pengekalan Umur Permulaan Bagi Pendidikan Formal

Kemasukan ke sekolah rendah pada umur 6+ tahun akan diteruskan sebagai permulaan pendidikan formal di Malaysia. Pengekalan dasar ini penting bagi memberikan kanak-kanak masa yang mencukupi sebelum melangkah ke sekolah.

3. Peningkatan Enrolmen Pendidikan Rendah

Kementerian akan mengambil langkah spesifik untuk menangani isu yang melibatkan kumpulan murid 5% kelompok kanak-kanak yang tidak berdaftar seperti anak-anak Orang Asli dan Pribumi.

4. Pendidikan Menengah Diwajibkan Untuk Semua

Kementerian akan mewajibkan pendidikan menengah rendah dan menengah atas mejelang 2015 bagi menjadikan pendidikan Malaysia sekata dengan piawai antarabangsa. Langkah mengenal pasti murid yang dijangka akan tercicir di antara sekolah rendah dan menengah.

5. Pengekalan Tempoh Pendidikan Formal Sedia Ada

Kementerian akan mengekalkan tempoh persekolahan diantara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal.

12. PELAN TINDAKAN: PENCIPTAAN LALUAN PENDIDIKAN YANG PELBAGAI

GELOMBANG 1 (2013-2015): PENGUKUHAN PENDIDIKA VOKASIONAL

Kementerian menggunakan sumber tambahan dalam Pelan Tranformasi Vokasional bagi memastikan pelan ini mencapai matlamat negara. Selain itu membangunkan dan melaksanakan secara rintis intervasi bagi laluan pendidikan alternatif.

1. Meningkatkan Kesedarandan Bimbingan Terhadap Laluan Pendidkan Dan Kerjaya Di Sekolah

Guru bimbingan dan kaunseling boleh membantu murid merancang laluan pendidikan dan seterusnya mimilih hala tuju kerjaya. Kementerian aka meningkatkan keutamaan dalam bidang kaunseling dan kerjaya ini disamping peranan lain dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Disamping itu Kementerian mrngeluarkan buku berkaitan akademik dan hala tuju kerjaya selain mengadakan promosi yang berkaitan.

2. Membantu Pelan Tranformasi Vokasional

Pelan ini memerlukan lebih daripada 220,000 penempatan praktikum menjelang tahun 2020. Kementerian akan mengukuhkan kerjasama denagn rakan industri bagi menyediakan latihan semasa kerja kepada murid.

Kementerian meneruskan kerjasama dengan sektor swasta bagi menyediakan penyelesaian yang kos efisien untuk pendidikan vokasional.

3. Pengukuhan Laluan Pendidikan Agama

Kementerian menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu berasaskan nilai Islam yang kukuh. Tambahan juga Kementerian meningkatkan pengiktirafan antarabangsa bagi kelayakan pendidikan agama.

Mengekalkan bantuan kepada SABK dan meniliti peluang untuk memberikan pembiayaan kepada SABK.

4. Penyediaan Bantuan Untuk Murid Berkeperluan Khas Dan Murid Pintar Cerdas

Kementerian akan memberikan tumpuan untuk meningkatkan peluang pendidikan kepada murid berkeperluan khas dan masalah pembelajaran, serta pelajar pintar. Ini akan menderaskan program pendidikan pintar cergas yang berpotensi tingi bagi mengenal pasti bidang yang boleh dipertingkatkan.

5. Penjenamaan Semula Tingkatan 6

Menjenamakan semula Tingkatan 6 dan STPM/STAM menggalakkan ramai murid mengikuti pilihan kelayakan tersebut bagi memperkenalkan kemasukan ke universiti.

13. PELAN TINDAKAN: MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN DI SEKOLAH

GELOMBANG 1 (2013-2015): PENYEDIAAN ASAS

1. Pengukur Perpaduan Nasionalis Dalam Sistem Pendidikan

Pada 2014, Kementerian Pelajaran melancarkan kajian berbentuk longnitud tentang perpaduan dalam kalangan murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 di seluruh negara. Mengenal pasti perkara khusus dalam sistem pendidikan.

2. Menambah Baik Transisi Daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan

Memahami cabaran yang dihadapi oleh murid apabila bertukar daripada SJK (C) dan SJK (T) yang menggunakan bahasa cina dan tamil ke SMK yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar, pelajar perlu menguasai bahasa Malaysia untuk berjaya di sekolah Menengah.

14. PELAN TINDAKAN: MENUJU KE ARAH SISTEM PEMBELAJARAN

GELOMBANG 1(2013-2015): MENYOKONG PENGLIBATAN IBUBAPA DAN INISIATIF SEKTOR SWASTA

1. Menggalakkan Kesedaran Melalui Kempen Pendidikan Kebangsaan

Akan menjalankan kajian kebangsaan tentang tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan. Kajian ini akan dijalankan di seluruh negara pada 2013

2. Pelancaran Sarana Penglibatan Untuk Sekolah

Kementerian akan mewajibkan sekolah membangunkan prospektus sendiri bagi menyediakan ibu bapa dengan matlamat berkaitan aspirasi sekolah supaya ibu bapa dapat merasai tanggungjawab bersama. Akan menyediakan instrumen untuk mentafsir tahap penglibatan yang terkini di samping langkah-langkah yang jelas dan menentukan bidang keutamaan .

3. Penyusunan Semula Bantuan Kewanag Bagi Mengukuhkan Penglibatan Ibu Bapa

Kementerian Pelajaran bercadang untuk menyusun semula program bantuan kewangan masa kini yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan kos untuk menghantar anak ke sekolah. Bantuan akan diagihkan dua kali setahun dengan menetapkan kehadiran murid yang minimum dan diwajibkan sebagai syarat pengagihan kedua.

4. Meningkatkan Program Pengambilan Sekolah Angkat

Kementerian telah melancarkan program PINTAR (Promotion Intelligrnce, Nurturing Talent And Advocating Responsibility) pada tahun 2006 bagi menggalakkan syarikat untuk berkerjasama denagn sekolah yang kurang mendapat kemudahan dengan memperkenalkan teknologi baru, aktiviti lepas sekolah, projek literasi, klinik pendidikan dan ceramah motivasi kepada murid.

15. 11 ANJAKAN STRATEGI PELAN PEMBANGUNAN PELAJARAN MALAYSIA(PPPM)1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF KEBANGSAAN

Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan sains dengan taraf antarabangsa

Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017

Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016

Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020

Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6tahun kepada 11tahun bermula pada umur 6 + tahun, disokong dengan program pengekalan yangdisasarkan dan latiahn vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan

Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus2. MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan

Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris

Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris

Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 20253. MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI

Memperkukukan pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017

Memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih focus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017

Memperkembangan murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan , 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform

Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi

4. TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas

Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah

Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016

Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016

Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 20255. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPAT SETIAP SEKOLAH

Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013

Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua dan guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid6. MENGUPAYAKAN JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014

Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, mulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukan peningkatan prestasi besar

Memastikan 1005 sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10000 sekolah menjelang 2013

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013

Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus8. MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personal, serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013

Sekurang kurangnya 2500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014

Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150 200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013

Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 20169. BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)

Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016

1000 biasiswa daripada sector swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa

Memperluas modal Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan dan NGO yg berpotensi sebagai pengajur10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan kea rah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)

Memanfaatkan peluang meningkatkan efisensi,dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru11. MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan Insiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013

Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan meklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya

16. Rumusan

RUJUKANhttp://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelan-transformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015http://ppgb5upsi.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2015.htmlhttp://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-pendidikan/http://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelan-transformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015http://www.google.com.my/search?newwindow=1&biw=1366&bih=631&q=gelombang+pelan+pembangunan+pendidikan+malaysia&oq=GELOMBANG+pelan+pembangunan+pendidikan&gs_l=serp.1.0.0l2j0i5i30j0i8j0i8i5.4951640.4951640.0.4955417.1.1.0.0.0.0.154.154.0j1.1.0...0.0...1c.1.14.serp.JjuqOW3brmohttp://www.moe.gov.my/ppdlipis/v2/index.php/en/info-ppd/121-gelombang-1-pelan-transformasi-pendidikan-malaysia-2013-2015?showall=&start=2http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2012%2F9%2F11%2Fmstar_berita%2F20120911120901&sec=mstar_beritahttp://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 2025)ANJAKAN 1ANJAKAN 2ANJAKAN 3ANJAKAN 4ANJAKAN 5ANJAKAN 6

MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSAMEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERISMELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAITRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESIOAN PILIHANMEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAHMENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa

Melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017

Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.

Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020.

Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk latihan.

Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus.

Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan sokongan pemulihan intensif untuk muriud yang memerlukan bagi menggantikan kelas pemulihan

Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris

Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluas peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris

Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017

Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memeberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017

Memperkembang murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform

Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas

Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah

Memastika guru memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016

Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016

Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025 Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/ guru besar mulai 2013

Melaksanakan pakej kerjaya baru bagi pengetua / guru besar mulai 2013 dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum, dam kokurikulum serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014

Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ka atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar

Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermua dengan Sabah dan Sarawak

ANJAKAN 7ANJAKAN 8ANJAKAN 9ANJAKAN 10ANJAKAN 11

MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIAMENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIANBEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MENYELURUHMEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGITMENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 BestariNet bagi semua 10 000 sekolah menjelang 2013

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perputakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013

Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013

Sekurang-kurangnya 2500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014

Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013

Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur kementerian mulai 2016 Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak (SAPS)

Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016

1000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa

Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur. Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)

Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013

Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

100 % Enrolmen merentas semua peringkat pendidikan dari prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalm tempoh 15 tahun

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID

UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBALSetiap murid akan mempunyai ......

.... Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IMPAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN.MURIDGURUPEMIMPIN SEKOLAHPEGAWAI KEMENTERIAN IBU BAPA

Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi, dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain.

Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya.

Murid akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan

Murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar merekaGuru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Guru juga akan memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka. Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka akan menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik, dan proses penilaian yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.

Guru akan mendapat sokongan untuk berjaya

Guru akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik.

Guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional.Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai ejen perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih besar dan perkhidmatan yang lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah. Mereka akan mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

Pemimpin sekolah akan mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan.

Pemimpin sekolah akan menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi.

Pemimpin sekolah akan diberi kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi.Pegawai Kementerian akan bertindak sebagai pemimpin perubahan, dengan kemahiran dan atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah. Mereka akan menjadi pengurus, pembimbing dan penyokong kecemerlangan sekolah yang lebih baik. Mereka akan mendapat manfaat daripada meritokrasi yang lebih besar, kuasa dengan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi, dan tidak akan terbatas dengan hierarki dan kawalan.

Pegawai kementerian akan menerima sokongan, latihan dan sumber yang diperlukan untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab baru mereka.

Pegawai kementerian akan bekerja dalam persekitaran yang telus dan saling bekerjasama

Pegawai kementerian akan mempunyai keanjalan pengendalian dan kebertanggungjawaban yang lebih besarIbu bapa akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Prestasi dan keutamaan sekolah akan lebih telus, dan ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan tentang keadaan anak mereka di sekolah dari segi pencapaian dan juga perkembangan. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka.

Ibu bapa akan lebih memahami tentang kemajuan anak mereka dan bagaimana mereka boleh membantu meningkatkannya.

Ibu bapa akan mempunyai lebih banyak peluang untuk memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka.

Anjakan sistem pendidikan

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.Timbalan Perdana Menteri berkata, antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru.

Dalam gelombang sama, tambah Muhyiddin, bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.

"Dalam Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Kata beliau, pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

"Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya.

Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh rakyat.

Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia; 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi kajian semula secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011.

"Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

"Menerusi siri jelajah dialog pendidikan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor diterima daripada hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian selain 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu," jelasnya.

Kata beliau, pandangan panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa diperolehi dalam penyediaan laporan awal pelan tersebut.

Katanya, kementerian juga turut mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025.Sebagai gantian kepadaPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.Muhyiddin menyifatkan PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitupengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan olehPanel Penilai Bebas Antarabangsabahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:1.Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.2.Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.3.Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.4.Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.5.Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.6.Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.7.Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.8.Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.9.Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta:Kementerian akan memperluaskan capaianSistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian.Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.10.Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.11.Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.Kesimpulan:Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkanUnit Penyampaian Pendidikanuntuk memacu perlaksanaan pelan ini.49