pembentangan edu

Click here to load reader

Post on 05-Nov-2015

28 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Slide 1

USAHA-USAHA KERAJAAN MALAYSIAKONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK ( CRC ) 1989Memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segiPengabaian & PenderaanJaminan kanak-kanak akan mendapat haknyaEksploitasiPRINSIP-PRINSIP KONVENSYENKanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikanKanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembanganKepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaanKanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dandiberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen seperti berikut:Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 19 Mac 1995.Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138.Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 pada 10 November 2000.USAHA-USAHA KERAJAAN MALAYSIA Bentuk perundangan yang dibentuk :Akta Perlindungan Kanak-kanak (Akta 468)Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308)Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

USAHA-USAHA KERAJAAN MALAYSIATabung kanak-kanak PBB UNICEF Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai (SCAN) Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984

USAHA-USAHA KERAJAAN MALAYSIAMerupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya.

1) AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991 (AKTA 468)Bentuk-bentuk Perlindungan Kanak-kanak

DalamSeksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991,dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika :

1. Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks.

2. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut.

3. Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak.

4. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu.

5. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian.6. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal.

7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.Akta ini merupakanperuntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.

Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun.2) AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (AKTA 308)Senarai Pusat Taman Asuhan Kanak-kanak

Dalam konteks melindungihak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat.Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin.

3) PENGAMBILAN ANAK ANGKAT (AKTA PENGANGKATAN ANAK ANGKAT 1952)1.Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang.

2.Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan

3.Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.

Tujuan-tujuan

Akta ini menyatukan tiga undang-undang yang Terdahulu :-

a] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991b] Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973c] Akta Mahkamah Juvenil

Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.

4) AKTA KANAK-KANAK 2001 (PINDAAN 2002) Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori;Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan.Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan.Kanak-kanak yang dilarikan atau dijual.Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah.Kanak-kanak yang tidak dapat dikawal.Kanak-kanak yang mengemis.

Kategori kanak-kanakContoh Kes

Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluargadan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak.Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak.Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33).

Fungsi-fungsi 5) PASUKAN PELINDUNG KANAK-KANAK DAN PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAKUsaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial.

Penubuhan merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. 1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.2.Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.3.Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.4.Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.5.Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.6.Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

Fungsi-fungsi Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan FatimahSekolah Tunas Bakti Diri JerantutDesa Bina Diri JerantutRumah Kanak-kanak Sultanah Hajah KalsomContoh Rumah Pasukan Perlindungan Kanak-kanak 6) TABUNG KANAK-KANAK PBB UNICEF MALAYSIAMatlamat utama UNICEF ialah :Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak,Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni pendidikan untuk perempuan),Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan serta Pencegahan HIV/AIDS,Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak,Membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan. 1. Pendidikan : UNICEF menyokong pemberian pendidikan asas yang berkualiti kepada semua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang memberi penekanan kepada kesamaan jantina dan penghapusan apa-apa jenis perbezaan antara manusia. Pendidikan pra sekolahPendidikan wajib Pendidikan universiti2.Imunisasi : UNICEF berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan melindungi kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia. Usaha ini termasuk pendidikan kesihatan, pembekalan supplemen nutrien, kelambu dan vaksinasi.Fungsi-fungsi 3.Perlindungan dan kebajikan : UNICEF melindungi kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan, termasukpelacuran, pemerdagangan dan pemburuhan kanak-kanak dan sebagainya.4.HIV/AIDS : Mengadakan kempen-kempen memerangi AIDS.

Sumbangan UNICEF

Perlindungan kanak-kanak dari :- penganiayaan fizikalpenderaan mental dan emosipenderaan seksburuh kanak-kanakpengabaian kanak-kanak

7) AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (AKTA 468)AGENSI YANG MENGENDALIKAN KES PENGANIAYAAN KANAK-KANAKPOLIS DIRAJA MALAYSIAJABATAN KEBAJIKAN MASYARAKATPASUKAN PERLINDUNGANKANAK-KANAKKEMENTERIAN KESIHATANMenjalankan siasatan kepada mangsa deraMemberikan tempat perlindungan dan keperluan asas mangsa pengabaianMenyelaraskan integrasi program pencegahan penderaan dan pengabaian kanak-kanakMembantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri.

Tujuan ditubuhkan untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital.

Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri.8) MENGESAN PENDERAAN KANAK-KANAK DAN KANAK-KANAK TERABAI (SCAN)

Contoh Kes MANGSA DERAHOSPITAL:SCAN JKM ( PELINDUNG) POLISPENCEGAHANPENGESANAN AWAL KES DI KLINIK KESIHATANRAWATANREHABILITASIPERLINDUNGANSOKONGANTINDAKAN PERUNDANGANRAWATAN SUSULAN DI KKPelaksanaan SCANMelalui Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 keberkesanan penguatkuasaan peruntukan Akta ini akan mengurangkan jumlah golongan kanak-kanak di dalam pasaran buruh. Bekerja sebagai penjaja, sama ada untuk upah atau membantu keluarga serta bekerja di tempat-tempat tertentu tidak lagi kelihatan menarik kerana kanak-kanak boleh dipindahkan daripada jagaan ibu bapa dan ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.Melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 611) yang mewajibkan pendidikan prasekolah dan pendidikan sekolah rendah (Seksyen 29 & 29A). Peruntukan undang-undang ini turut menjelaskan kegagalan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan rendah dianggap sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. KEBERKESANAN USAHA-USAHA