permainan kecil edu

12
EDU 3103 PN ZAHIROH BT AWANG PERMAINAN KECIL (PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU) Shamsul Bin Zain Raja Dzirhazmee Bin Raja Mahadzir Sivah A/L Govindhaswamy Ramli Bin Ahmad Kishan Raj A/L Gunasekaran Mohd Fadzli Bin Zakaria Gayaterie A/P Letchumanan Prema A/P Rajachandram Sukri Bin Saree

Upload: sivah-sri

Post on 22-Jun-2015

1.186 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan kecil edu

EDU 3103PN ZAHIROH BT AWANG

PERMAINAN KECIL(PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU)

Shamsul Bin ZainRaja Dzirhazmee Bin Raja Mahadzir

Sivah A/L GovindhaswamyRamli Bin Ahmad

Kishan Raj A/L GunasekaranMohd Fadzli Bin Zakaria

Gayaterie A/P LetchumananPrema A/P Rajachandram

Sukri Bin Saree

Page 2: Permainan kecil edu

PENGENALAN1.Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda

2. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat.

3. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.

OBJEKTIF PERMAINAN KECIL.

Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.*Membangunkan kemahiran lokomotor.*Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.*Membangunkan kemahiran pengawalan bola.*Membangunkan kecergasan fizikal.

Objektif Pembangunan Kognitif.*Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.*Menolong dalam pemahaman peraturan.*Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.*Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

Page 3: Permainan kecil edu

Objektif Pembangunan Afektif-sosial.

*Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.*Menggalakkan keadilan.*Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.*Membangunkan semangat kesukanan yang baik.*Membangunkan kualiti kepimpinan.*Membangunkan semangat kerjasama.

Ciri-ciri Penting Dalam Permainan Kecil.*Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.*Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum. *Sedikit atau tiada alat yang digunakan.*Tidak menggunakan masa yang panjang.*Ruang permainan yang sederhana atau kecil.*Senang untuk dijalankan

Page 4: Permainan kecil edu

PERMAINAN PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU.

1.Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau atau Tuk Harimau masih popular dalam kalangan kanak-kanak sehingga hari ini.

2. Permainan ini boleh menghiburkan pemain dan boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan Permainan ini bersifat umum dan terbuka serta tidak terhad kepada suatu jantina sahaja.

3. Permainan ini juga bertujuan untuk menguji pemain supaya bertindak dengan pantas dan menggunakan kemahiran pergerakan yang ada dengan baik.

4. Permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan.

5. Kanak-kanak mampu mempamer kecerdasan fizikal melalui permainan seperti ini.

6. permainan ini memerlukan pergerakan anggota badan dan pemikiran yang cerdas.

7. Pemain akan dididik dengan sikap berwaspada dengan bahaya yang bakal menimpa dan cara-cara serta strategi yang cemerlang untuk mengelakkan bahaya tersebut.

Page 5: Permainan kecil edu

8.Kanak-kanak berada dalam usia perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek sama ada fizikal mahupun mental.

9. Kecergasan tubuh badan dan kecergasan minda perlu dipupuk untuk menghasilkan kejayaan seseorang individu.

10. Kesesuaian permaianan ini dalam kalangan kanak-kanak menjadi penyebab utama popular hingga ke hari ini.

11. Permainan seperti ini adalah warisan hiburan terdidik yang sangat berharga buat generasi hari ini dan generasi akan datang.

TUJUAN PERMAINAN

Aspek Psikomotor

*Pengkayaan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dalam bab inti pelajaran.

*Membina ketangkasan dan ketepatan penumpuan pemain.

Melatih pelajar bijak membaca ruang semasa bermain.Membina sikap sentiasa bersedia dan tidak leka dalam situasi permainan.Ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia.

Page 6: Permainan kecil edu

*Melatih pelajar bijak membaca ruang semasa bermain.

*Membina sikap sentiasa bersedia dan tidak leka dalam situasi permainan.

*Ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia.

Elemen Penting Mencipta Atau Mereka Permainan Kecil.*Kemahiran ( Skill ) mencabar pemain.*Tahap kemahiran bersesuaian*Keluasan tempat diambil kira*Menyeronokan pemain

FAEDAH YANG DIPEROLEHIAspek Perkembangan Fizikal*Dengan berlari, berjalan ke depan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Sosioemosi*Permainan ini dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan.

Aspek Perkembangan Bahasa*Dengan menyanyikan lagu pukul berapa “Datuk Harimau” ia dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Page 7: Permainan kecil edu

Aspek Perkembangan Bahasa*Dengan menyanyikan lagu pukul berapa “Datuk Harimau” ia dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Afektif*Membina keseronokan dan kepuasan sebenar semasa bermain.*Membina semangat berpasukan yang tinggi.*Berdisiplin dan bekerjasama dikalangan pemain.*Melatih diri pelajar supaya tidak mudah berputus asa.

KUMPULAN SASARAN*Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun pada kebiasaannya.*Permainan ini juga boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki mahupun *perempuan dan tidak menjurus ke arah satu aspek jantina sahaja. *Secara amnya, permainan ini sesuai untuk semua kanak-kanak.

Page 8: Permainan kecil edu

Senarai Keperluan Sebelum Bermain.

Tongkat Kemuncup

Kon Topeng Muka (Harimau)

Page 9: Permainan kecil edu

CARA UNDIAN GILIRAN

1.Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 11 pemain, di mana salah seorang daripada pemain akan diundi untuk menjadi Datuk Harimau dan selebihnya akan menjadi mangsa kepada Datuk Harimau tersebut.

2.Cara undian yang dicadangkan ialah mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Cabutan dilakukan.

3.Pemain yang mendapat batang kemuncup yang paling pendek akan menjadi Datuk Harimau.

Page 10: Permainan kecil edu

Datuk HarimauDatuk Harimau

Pe

ma

inP

em

ain

Bilangan : Bilangannya Tidak Terhad Tetapi Minimum 4 Orang. Kawasan : Anggaran 15 meter x 15 meter ( Tidak Terhad )

Formasi Permainan

Page 11: Permainan kecil edu

PERATURAN PERMAINAN ATAU CARA BERMAIN

1. Sekiranya terdapat 11 orang pemain, undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau.

2. Apabila undian sudah dilakukan, maka permainan ini akan bermula.

3. Datuk Harimau akan berjalan di hadapan secara perlahan-lahan dan diekori pemain lain di belakang. Pemain perlu berhati-hati mengikut Datuk Harimau.

4. Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan bertanya kepada Datuk Harimau, ”Tuk...tuk...tuk...pukul berapa Datuk Harimau...?”

5. Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab bermula dari pukul 1.00 hinggalah pukul 12.00.

6. Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab ”Pukul 12.00,” Datuk Harimau akan mengejar semua pemain.

7. Pemain berlari melepasi garisan kawasan selamat. Pemain yang berjaya ditangkap akan menjadi Datuk Harimau.

Page 12: Permainan kecil edu

8. Sekiranya Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain, maka permainan akan diulangi semula.

9. Permainan boleh diteruskan seberapa banyak pusingan. Pemain yang kerap ditangkap akan dikira kalah.

10. Permainan boleh diberhentikan atas persetujuan semua atau majoroti daripada pemain.

KESIMPULAN1. Permainan tradisional pada zaman dahulu banyak menggunakan

masa lapang untuk bermain dalam berbagai-bagai jenis permainan tradisional.

2. Terdapat bermacam-macam-macam jenis permainan yang boleh dimainkan secara berpasangan atau kumpulan.

3. Bermain beramai-ramai ini akan mewujudkan suasana yang sihat. Selain daripada memahirkan diri di dalam satu jenis permainan

4. Kanak-kanak juga dapat bergaul dengan mesra dan menambahkan kenalan mereka.