kepimpinan edu

25
KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENGARAHAN (KEPIMPINAN) Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengenalpasti gaya pengurusan yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pada masa kini. Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat: Mendefinisikan kepimpinan Menyenaraikan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin Menyenaraikan bentuk tingkahlaku dan gaya kepimpinan pengurus Membezakan gaya-gaya kepimpinan pengurus Menghuraikan beberapa teori berkaitan dengan kepimpinan

Upload: aini-firdaus

Post on 20-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

PENGARAHAN

(KEPIMPINAN)

Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengenalpasti gaya pengurusan yang

diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pada masa kini.

Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:

Mendefinisikan kepimpinan

Menyenaraikan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin

Menyenaraikan bentuk tingkahlaku dan gaya kepimpinan pengurus

Membezakan gaya-gaya kepimpinan pengurus

Menghuraikan beberapa teori berkaitan dengan kepimpinan

Page 2: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

PENGARAHAN

( KEPIMPINAN )

7.0 Pengenalan

Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang

pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan

lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi

tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan

melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan

daripada pengurus atau pemimpin.

Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi

seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana

personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan

dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini.

7.1 Definisi

Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk

melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin

ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.

Page 3: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah

penyempurnaan sesuatu objektif.

7.2 Kemahiran pemimpin

Kemahiran bekerjasama.

Kemahiran memahami nilai.

Kemahiran menggunakan deria dalaman.

Kemahiran memahami diri sendiri.

Kemahiran melihat masa hadapan.

7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan

Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat

mengenali seseorang pengurus itu pemimpin atau tidak? Pemimpin dikenali

berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu:

i. Pendekatan sifat

ii. Pendekatan tingkahlaku atau gelagat

iii. Pendekatan kontigensi atau situasi

7.3.1 Pendekatan sifat.

Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini,

penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak

dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi

pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita

tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan

kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu

Page 4: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset

pengurus tersebut.

Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang

pengurus bagi menjadi seorang pemimpin? Siapakah pemimpin

yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin?

7.3.2 Pendekatan tingkahlaku

Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi

mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan

kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan

dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk.

Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya

kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu:

a) Teori Grid pengurusan

b) Sistem 4 Likert

a) Teori Grid pengurusan

Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton.

Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia

merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid

pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.

Page 5: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Ia membolehkan pengurus mengenalpasti gaya pengurusan mereka dan

menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan.

Ia berdasarkan dua dimensi utama:

i)Tumpuan terhadap pekerja

ii)Tumpuan terhadap pengeluaran.

(1, 9) (9,9 )

T Pengurusan Selesa Pengurusan Kerja

u Berpasukan

m

p

u

a (5, 5)

n Pengurusan Jalan

Tengah

p

e

k ( 1, 1) (9,9 )

e Pengurusan Daif Pengurusan Tugas

r

j

a

Tumpuan Kepada Pengeluaran

(1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club)

Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya

perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan

mesra.

( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )

Page 6: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan

sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi.

(5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road )

Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral

pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana.

(9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work )

Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama,

percaya mempercayai dan hormat menghormati.

(9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik)

Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi

tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil

dari penyusunan kerja yang rapi.

Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang

paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi

kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran.

b) Sistem Empat Likert

Rensis Likert dalam bukunya “New Patterns Of Management” telah

mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu:

i) Exploitative – Authoritative

Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman

digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja

tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti

yang sederhana. Masalah pekerja berlaku.

ii) Benevolent – Authoritative

Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya

komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan

Page 7: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi

masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja.

iii) Consultative

Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan

terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan

kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan

faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja

sederhana.

iv) Participative

Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment

terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan

berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya

pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin

berkurangan.

Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV

berorientasikan kepada manusia.

Page 8: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

AKTIVITI 7A

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!!

Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

7.1 Pengurus menggunakan kuasa rujukan bagi memastikan pekerja mematuhi

arahan yang diberikan.

( B / S )

7.2 Pengurus yang efektif adalah pengurus yang memberi tumpuan secara

maksimum terhadap pekerja dan pengeluaran.

( B / S )

7.3 Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai kemahiran pengurus menggunakan

kuasa.

( B / S )

7.4 Di antara kemahiran seorang pemimpin ialah kemahiran untuk memahami diri

sendiri.

( B / S )

7.5 Pendekatan tingkahlaku percaya bahawa pemimpin adalah dilahirkan.

( B / S )

Soalan esei

Page 9: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

7.6 Berikan persamaan di antara gaya pengurusan mengikut grid pengurusan dan

Sistem 4 Likert.

7.7 Bincangkan kuasa yang boleh digunakan oleh pengurus dalam mengatasi

masalah pekerja yang suka ponteng kerja.

Page 10: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

MAKLUM BALAS AKTIVITI

AKTIVITI 7A

Betul/Salah

7.1 S

7.2 B

7.3 B

7.4 B

7.5 S

Soalan esei

7.6 Persamaan

Grid pengurusan Sistem 4 likert

Teamwork Participative

Pengurusan

tugas/autokratik

Autoritative-exploitative

7.7 Kuasa yang boleh digunakan

i. Hukuman

ii. Mutlak

iii.Kepakaran

Page 11: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi.

Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik

mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan

pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau

corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka

hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau

keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu:

a) Teori Luar Jangka Fiedler

b) Teori Kitaran Hayat

c) Teori Matlamat Laluan

a) Teori Luar Jangka Fiedler

Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era

penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi

yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.

Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya

kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan

seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga

angkubah yang lain iaitu:

i) Hubungan Anggota-Ketua

Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima

oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan

kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara

Page 12: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan

ketua – anggota itu adalah rendah.

ii) Struktur tugas

Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal.

iii) Kuasa Kedudukan Ketua

Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan

memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada

pemimpin.

Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis

situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling

berkesan.

b) Teori Kitaran Hayat

1

23

4

Page 13: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan

pekerja dalam organisasi.

Fasa 1

Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam

menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul

kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum

begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain.

Fasa 2

Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.

Walaubagaimanapun keyakinan pengurus terhadap subordinat adalah semakin

meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja.

Fasa 3

Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari

tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang

tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada

subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan

antara pengurus dan pekerja juga semakin baik.

Fasa 4

Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri

tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan

galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun.

c) Teori matlamat laluan.

Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai

pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa

pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang

berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi

dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya

menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang

Page 14: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu

pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan

kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya.

Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi

dorongan dan ganjaran yang akan didapati.

Sebagai contoh:

Pengurus yang bertumpukan pekerja.

Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji,

kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus

juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan

keperluan individu serta keinginan mereka.

Pengurus yang berorientasikan tugas.

Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap

keperluan pekerja. Walaubagaimanpun, pengurus demikian biasanya lebih

berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding

dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja.

Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau

prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus,

tambahan gaji atau kenaikan pangkat.

Page 15: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

AKTIVITI 7B

Uji kan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!!

Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

7.8 Tiga teori yang terdapat di dalam pendekatan situasi adalah Teori Luar Jangka

Fiedler, Teori Kitaran Hayat dan Teori Matlamat Laluan.

( B / S )

7.9 Keberkesanan sesebuah kumpulan bergantung kepada penyesuaian di antara

gaya kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu adalah Teori Luar

Jangka Fiedler.

( B / S )

7.10 Di dalam Fasa 3 dari Teori Kitaran Hayat adalah menerangkan gelagat tugas

perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.

( B / S )

7.11 Robert House dan Martin J. Evans, memperkenalkan Teori Matlamat Laluan.

( B / S )

7.12 Pengurus yang bertumpukan pekerja adalah yang sentiasa memberi sokongan,

galakan dan jaminan kepada pekerja.

( B / S )

Page 16: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

MAKLUM BALAS AKTIVITI

AKTIVITI 7B

7. 8 B

7. 9 B

7.10 S

7.11 B

7.12 B

Page 17: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini

dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah, sila

berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya .

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

1. Memimpin dan mengurus adalah satu proses yang sama.

(B/S)

2. Grid 9,1 merujuk kepada gaya kepimpinan daif.

(B/S)

3. Kuasa rujukan dipunyai oleh pengurus yang mempunyai kepakaran dan maklumat.

(B/S)

4. Sistem ke 4 dalam Sistem 4 Likert merujuk kepada gaya pengurusan berorientasikan

kerja.

(B/S)

Page 18: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Isi tempat kosong

Bagi memahami kepimpinan, terlebih dahulu perlu memahami konsep

________1____dan___2_________. Pengurus dan pemimpin tidak semestinya sama.

________3________mempunyai kuasa sah, ganjaran dan hukuman manakala

pemimpin mempunyai kuasa__4_________dan _____5_________.

Pendekatan pertama kepada kepimpinan ialah pendekatan______6_________diikuti

oleh________7______dan_____8__________. Teori______9_________manyatakan

gaya kepimpinan pengurus perlu berubah mengikut situasi. Pengurus yang mempunyai

hubungan yang baik dengan pekerja dikatakan pengurus yang

berorientasikan___10__________.

Soalan esei

1. Jelaskan model kitaran hayat pekerja berdasarkan contoh kemasukan pelajar ke

politeknik.

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Betul/Salah

1. S

2. S

3. B

4. S

Page 19: Kepimpinan Edu

KEPIMPINAN Asas Pengurusan

Isi tempat kosong

1. Kuasa

2. Autoriti

3. Pengurus

4. Rujukan

5. Kepakaran

6. Sifat

7. Tingkahlaku

8. Situasi

9. Situasi

10. Pekerja

Soalan esei

1. Huraikan berdasarkan 4 fasa kitaran hayat. Rujuk m/s 9