asement edu

26
BIODATA PELAJAR NAMA : FASIHAH BT. MAHAMAD MADANI NO.KAD PENGENALAN : 900127-02-5912 NAMA AYAH : MAHAMAD MADANI B. HAJI IBRAHIM NAMA IBU : SITI BEDAH BT. ABDULLAH ALAMAT : 152, KAMPUNG BATU HAMPAR KANAN, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN. TEMPAT LAHIR : KAMPUNG PAYA NEDAM, GAJAH MATI, 06700 PENDANG, KEDAH TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 1990 HOBI : MEMBACA DAN MELUKIS NO.TELEFON : 019-5640840 PRINSIP : KEGAGALAN TIDAK AKAN MEMBUATKAN KITA PUTUS ASA TETAPI MEMBERI PELUANG KEPADA KITA UNTUK TERUS BERUSA PENDAHULUAN 1

Upload: sihah

Post on 24-Dec-2014

3.372 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

BIODATA PELAJAR

NAMA : FASIHAH BT. MAHAMAD MADANI

NO.KAD PENGENALAN : 900127-02-5912

NAMA AYAH : MAHAMAD MADANI B. HAJI IBRAHIM

NAMA IBU : SITI BEDAH BT. ABDULLAH

ALAMAT : 152, KAMPUNG BATU HAMPAR KANAN, 06700

PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

TEMPAT LAHIR : KAMPUNG PAYA NEDAM, GAJAH MATI, 06700

PENDANG, KEDAH

TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 1990

HOBI : MEMBACA DAN MELUKIS

NO.TELEFON : 019-5640840

PRINSIP : KEGAGALAN TIDAK AKAN MEMBUATKAN KITA

PUTUS ASA TETAPI MEMBERI PELUANG

KEPADA KITA UNTUK TERUS BERUSA

1

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang

bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi

tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya

menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu,

pihak kerajaan telah merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan

rakyat menerima serta mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan

agama, bangsa, budaya dan etnik.

Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya ia

tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru yang

berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat

melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek

tingkah laku mereka. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk membentuk

pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan

menjadikan pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik

dan seimbang.

Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem

pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan

mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru

khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini

mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta berkesan.

2

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama-sama

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan yang

telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya

pendidikan yang diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung

kepada kemajuan pendidikan yang dikecapi secara berterusan.

3

ISU-ISU UTAMA YANG TIMBUL BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, perkembangan pendidikan di Malaysia telah menjadi topik perbincangan

oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan merupakan asas utama untuk

membentuk masyarakat yang seimbang, harmonis dan bertamadun. Tanpa pendidikan,

sesebuah negara bukan sahaja akan mundur bahkan rakyatnya juga akan menjadi

malas serta menganggur.

Jika dilihat kepada sejarah pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan telah menggubal

serta melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang selaras dengan keperluan rakyatnya.

Hal ini menunjukkan bahawa, pihak kerajaan begitu prihatin terhadap bidang

pendidikan walaupun negara mengalami beberapa perubahan dalam masyarakat

sekeliling. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Penyata Rahman

Talib, Dasar Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan

Malaysia Keenam telah mengadakan pelbagai rancangan yang membolehkan setiap

rakyat sama ada yang tinggal di dalam dan di luar bandar mendapat kemudahan

pendidikan yang secukupnya.

4

1.1 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebut sahaja ketaksamaan peluang pendidikan, fikiran kita sudah pasti akan tertumpu

kepada penduduk di luar bandar kerana kekurangan kemudahan dan infrastruktur di

kawasan tersebut. Hakikatnya, ketaksamaan merujuk kepada pandangan, pemikiran

dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain

dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti aspek peralatan,

kemudahan, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi.

Menurut kamus dewan edisi ketiga, ketaksamaan adalah berkaitan dengan perihal iaitu

sifat atau keadaan yang tidak sama antara gambaran dan hakikat. Dalam erti kata lain,

ia juga membawa erti implikasi daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak

sama rata. Dari aspek sosiologi, ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia

tidak mendapat ganjaran sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub, 1987). Kemudahan

dalam pendidikan juga dianggap ganjaran sosial kerana masyarakat sememangnya

mengharapkan ganjaran sosial yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ketaksamaan merupakan situasi atau keadaan

dimana tidak wujud akses kepada pendidikan yang disebabkan beberapa faktor. Antara

faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan adalah seperti latar

belakang pelajar, kedudukan sekolah, status sosioekonomi, pencapaian pelajar,

peluang hidup, perbezaan bahasa dan sebagainya.

Jadi, berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ketaksamaan peluang

pendidikan adalah keadaan yang menyebabkan pelajar tidak mendapat kemudahan

5

pendidikan yang lengkap dan sempurna walaupun mereka berada di sebuah negara

yang maju dan serba moden.

1.2) ISU YANG TIMBUL BERKAITAN KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI

MALAYSIA DAN CARA MENANGANINYA.

Isu merupakan sesuatu perkara yang difikir dan dibincangkan secara terbuka oleh

semua orang. Ia adalah sesuatu masalah atau sesuatu perkara biasa. Merujuk kamus

dewan edisi ketiga, isu bermaksud.perkara pokok atau persoalan.

Dalam hal ini, isu yang ingin dibincangkan adalah berkait rapat dengan ketaksamaan

peluang pendidikan di Malaysia yang semakin rancak diperkatakan oleh semua pihak

terutamanya bagi mereka yang mengambil berat terhadap bidang pendidikan. Terdapat

pelbagai isu yang berlaku yang adakalanya mengundang ketidakadilan peluang

pendidikan kepada para pelajar di sekolah.

Antara isu tersebut ialah kekurangan tenaga pengajar di sekolah luar bandar. Kita sedia

maklum bahawa, peluang pendidikan bagi penduduk di kawasan luar bandar amat

terhad jika dibandingkan dengan penduduk bandar kerana kebiasaanya mereka

mengalami kekurangan kemudahan seperti infrastruktur dan peralatan, kekurangan

guru mahir dan sokongan daripada ibu bapa serta masyarakat setempat. Jika dirujuk

kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 iaitu pada teras

kelima ada dinyatakan bahawa jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi

dan tahap keupayaan pelajar akan dirapatkan.

Namun, sejauh manakah usaha ini dapat diteruskan apabila pelajar-pelajar di sekolah

luar bandar menghadapi masalah untuk belajar dalam subjek-subjek tertentu

6

disebabkan kurangnya guru di sekolah tersebut. Malah, mereka juga tidak mempunyai

motivasi yang tinggi untuk belajar kerana tidak ada guru yang dapat memberi nasihat

serta membimbing mereka dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) , pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru

perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar

bandar, terutamanya di kawasan pedalaman dan pulau. Manakala, sekolah di kawasan

pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.

Rentetan ini menyebabkan guru yang kurang berpengalaman terpaksa mengajar mata

pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi

keperluan pelajar. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan ketidaksamaan pendidikan

dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar apabila mereka perlu menguasai mata

pelajaran yang sukar dalam tempoh yang lama disebabkan guru kurang berkemahiran

dalam mengajar subjek tersebut.

Berbeza pula bagi pelajar di sekolah bandar yang mempunyai guru yang berkemahiran

serta arif dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Jika di luar bandar, sesebuah

sekolah menghadapi masalah kekurangan guru tetapi di bandar mempunyai lebihan

guru. Keadaan ini telah mewujudkan peluang yang lebih baik kepada pelajar di sekolah

bandar kerana mendapat pendidikan yang sempurna berbanding pelajar di kawasan

luar bandar yang terpaksa bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh mempelajari

sesuatu ilmu.

Jika diperhatikan, isu atau masalah ini timbul apabila terdapat guru-guru yang mahir

serta mendapat latihan daripada Institut Pengajian Tinggi berat hati untuk menerima

7

penempatan yang telah ditawarkan oleh pihak KPM. Malah, ada juga yang kecewa dan

tidak berpuas hati jika penempatan mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan

mereka. Lebih menyedihkan apabila mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di

kawasan luar bandar kerana mereka mempunyai persepsi negatif seperti kemudahan

terhad serta lokasi yang jauh dari kawasan bandar. Akhbar Harian Metro pada 28 Mac

2009 ada melaporkan bahawa guru-guru yang telah mendapat penempatan mengajar

di kawasan luar bandar sanggup memilih jalan menganggur dan menukar profesion

daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman. Akibatnya, pihak KPM terpaksa

menghantar guru yang kurang latihan khususnya dalam bidang pendidikan ke sekolah

luar bandar yang sememangnya mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar

dalam setiap mata pelajaran.

Menyedari hakikat permasalahan ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

PIPP telah menggariskan beberapa langkah untuk mengatasi fenomena kekurangan

guru di sekolah luar bandar iaitu dengan meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut

opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara strategi yang akan

dilaksanakan ialah termasuklah dengan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan

pedalaman serta menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di

pedaman. KPM juga akan menyediakan ansurans kepada semua guru yang berkhidmat

di luar bandar di samping menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang

sempurna.

Di samping itu, bagi guru yang terpaksa mengajar subjek di luar kepakarannya tidak

boleh berputus asa mahupun berasa kecewa kerana keadaan seperti ini bukanlah

perkara baru dalam dunia profesion keguruan. Masalah ini mungkin bersifat sementara

8

dan juga berpanjangan. Untuk menangani masalah ini, guru tersebut terlebih dahulu

perlu meneliti sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang akan diajar. Contohnya

dengan mendapatkan pelbagai maklumat mengenai skop pelajaran serta bertanyakan

masalah yang dihadapi kepada guru-guru yang berpengalaman. Melalui cara ini,

mereka akan berasa bahawa mata pelajaran tersebut tidaklah begitu sukar seperti yang

dijangkakan.

Selain itu, mereka juga perlu meneliti buku latihan pelajar bagi mendapatkan gambaran

yang jelas tentang aktiviti dan jenis latihan yang diperlukan. Malah, bahan rujukan amat

diperlukan agar guru tersebut berasa yakin dengan pengajarannya meskipun subjek

yang diajar itu adalah perkara baru dalam hidupnya. Dengan demikian, pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih menarik dan berkesan, malah pelajar

pula tidak akan berasa bosan untuk belajar. Kesannya, pelajar di sekolah luar bandar

dapat menikmati pendidikan yang baik dan sempurna sepertimana pelajar di sekolah

bandar.

Isu seterusnya adalah mengenai kesesakan pelajar di dalam kelas yang sememangnya

menjadi masalah kepincangan dalam sistem pendidikan negara. Fenomena ini sudah

lama dibincangkan di dada-dada akhbar dan media rentetan daripada rungutan atau

aduan ibu bapa yang membangkitkan masalah anak masing-masing yang terpaksa

belajar di dalam kelas yang tidak selesa. Hakikatnya, masalah ini berlaku di sekolah

bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan padat. Akhbar Berita Harian

pada 27 Julai 2009 ada menulis mengenai isu ini dimana Sekolah Kebangsaan Saujana

Utama (SKSU), Sungai Buloh, Selangor telah menjadi salah sebuah sekolah yang

dipantau oleh pihak Berita Harian. Hasil tinjauan yang dilakukan, mereka mendapati

9

kesesakan pelajar jelas meruncing apabila berlaku lebihan 1,000 murid berbanding

kapasiti sekolah yang hanya mampu menampung 2,400 berdasarkan kemudahan

infrastruktur yang ada.

Masalah ini berlaku akibat daripada kepesatan penduduk di sesuatu kawasan dan tidak

banyak sekolah yang didirikan di kawasan tersebut. Apabila ibu bapa yang bekerja di

kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk, mereka hanya mahu menghantar

anak-anak ke sekolah yang menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya. Pada mereka,

dengan cara demikian lebih mudah untuk mereka menghantar dan membawa anak-

anak pulang ke rumah kerana jarak sekolah dengan tempat kerja yang tidak terlalu jauh

meskipun anak-anak mereka terpaksa belajar di dalam kelas yang sesak. Mantan

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom mengatakan bahawa masalah

kesesakan bilik darjah majoritinya berlaku di Lembah Klang dan beberapa bandar besar

yang melibatkan kawasan pinggiran bandar seperti Kajang, Sentul, Klang, Rawang dan

Subang. Menurut beliau lagi, keadaan ini adalah disebabkan pembangunan projek

perumahan yang begitu pantas di kawasan terbabit.

Di samping itu, kekurangan bilik darjah di sekolah-sekolah bandar juga antara faktor

yang menyebabkan wujudnya kesesakan di dalam kelas. Dalam hal ini, pihak sekolah

terpaksa menetapkan jumlah pelajar yang begitu ramai di dalam satu kelas. Akibatnya

murid terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak kondusif, malah susunan meja yang

padat di dalam kelas turut menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Bayangkan

apabila kelas tersebut mempunyai 45 orang murid yang mempunyai tingkah laku yang

berbeza-beza, sudah pasti suasana kelas akan menjadi bising dan seterusnya

mewujudkan sikap agresif yang keterlaluan dalam kalangan sebilangan pelajar.

10

Umpamanya, menganggu rakan-rakan yang sedang membaca buku, bergaduh dan

berlari hingga berlakunya perlanggaran sesama rakan-rakan lain.

Hakikatnya, fenomena ini bukan hanya melibatkan murid bahkan turut menyumbang

perkara negatif kepada guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan guru

mengaitkan beban kerja mereka dengan masalah berdepan murid terlalu ramai dalam

sesebuah kelas yang sesetengah mencecah 45 hingga 50 orang. Jadi, guru akan hilang

fokus untuk mengajar, malah mereka turut mengalami tekanan emosi akibat daripada

kerenah dan telatah murid yang tidak terkawal. Bagi murid pula, pengajaran guru

tersebut tidak mampu membuatkan mereka untuk memberi fokus yang sepenuhnya

sekaligus menyebabkan mereka hilang minat untuk bersungguh-sungguh menuntut

ilmu. Jika masalah ini berterusan, sudah pasti murid tidak mendapat peluang

pendidikan yang lebih sempurna meskipun mereka belajar di sekolah bandar yang

biasanya mendapat kemudahan yang lengkap.

Bagi menangani isu seperti ini, pihak kementerian telah mengambil tindakan dengan

menyediakan bilik kabin bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Bilik kabin ini

adalah sebagai tempat pembelajaran sementara sebelum kerajaan membina bangunan

tambahan di sekolah yang mengambil masa sekitar setahun hingga 18 bulan.

Walaupun bilik kabin yang disediakan ini tidak mempunyai kelengkapan yang baik

seperti di dalam bilik darjah, namun ia mampu mengurangkan masalah kepadatan dan

kesesakan murid untuk belajar dengan suasana yang tenteram.

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengehadkan bilangan murid sebanyak 25

hingga 30 orang di dalam kelas bagi semua sekolah di seluruh Malaysia. Cara ini bukan

11

sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan murid di dalam kelas, bahkan beban guru

juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana, guru dapat mengawal kelas dengan efektif

apabila mempunyai bilangan murid yang tidak terlalu ramai serta keadaan kelas yang

selesa dan tenteram. Dengan demikian, murid dapat memberi tumpuan terhadap

pengajaran guru sekaligus mampu mendorong mereka untuk belajar dengan tekun dan

bersungguh-sungguh.

Kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kelompok masyarakat

yang berbeza agama, budaya dan adat resam. Dalam konteks pendidikan, kerajaan

sentiasa memastikan semua masyarakat mendapat pendidikan yang adil dan saksama.

Namun di sini, isu yang ingin diketengahkan adalah mengenai pendidikan dalam

kalangan masyarakat Orang Asli yang merupakan penduduk peribumi di Malaysia iaitu

tentang masalah keciciran murid Orang Asli dalam arus pendidikan.

Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) iaitu pada tahun 2006, 24.31

peratus murid Orang Asli yang tamat tahun enam tidak meneruskan persekolahan ke

tingkatan satu dan 46.28 peratus yang memasuki sekolah menengah pula tidak

menamatkan pendidikan sehingga tingkatan lima. Laporan ini jelas menunjukkan

bahawa masyarakat Orang Asli hakikatnya tidak mempunyai minat yang tinggi untuk

menerima pendidikan seperti masyarakat lain yang ada di Malaysia.

Antara sebab permasalahan ini adalah kerana ibu bapa Orang Asli tidak mempunyai

kesedaran tentang pendidikan. Maka, dengan sebab itu, mereka tidak menggalakkan

anak-anak mereka bersekolah walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai

kemudahan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Malah, anak-anak Orang Asli juga

12

tidak mahu ke sekolah kerana mereka tidak sanggup berjauhan dengan keluarga

apabila terpaksa tinggal di asrama. Hal ini demikian kerana, Orang Asli mempunyai

hubungan kekeluargaan yang kukuh dan rapat antara ibu bapa dan adik beradik lain.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Bang Muk Shin pada Disember

2008, kebanyakan murid perempuan tidak menyambung pelajaran ke peringkat sekolah

menengah kerana mereka akan dikahwinkan pada usia yang sangat muda. Maka

dengan sebab itulah, anak-anak Orang Asli tidak mempunyai minat untuk belajar di

sekolah sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapat pendidikan yang sama rata

dengan murid-murid daripada kaum lain.

Taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli juga antara faktor yang

menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan mereka yang serba kekurangan ini

menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk menghantar dan menyekolahkan

anak-anak mereka kerana merasakan bahawa keperluan mencari nafkah keluarga lebih

diutamakan daripada mendapatkan pendidikan. Lantaran itu, ada sesetengan ibu bapa

akan meminta anak-anak untuk mengikuti mereka ke hutan bagi memungut hasil hutan

seperti rotan dan kayu gaharu. Di samping itu, Jarak lokasi iaitu antara sekolah dengan

penempatan mereka amat jauh hingga mengambil masa yang begitu lama untuk

mereka sampai ke sekolah tersebut.

Berdasarkan isu keciciran murid Orang Asli ini, maka guru merupakan insan yang

bertanggungjawab memastikan mereka belajar dan hadir ke sekolah seperti yang

ditetapkan. Biasanya, murid-murid Orang Asli yang berada di asrama masih lagi

merindui keluarga yang tinggal berjauhan. Oleh itu, guru yang mengajar di sekolah

13

Orang Asli perlu sentiasa mengambil tahu kebajikan dan keperluan mereka seperti

menguruskan aspek kebersihan dan penjagaan diri, memberi semangat dan motivasi di

samping mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam hal ini, mereka akan

menganggap bahawa guru adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang dan

mengambil perhatian sekaligus dapat mengubat kerinduan mereka terhadap ahli

keluarga.

Dalam konteks pembelajaran bilik darjah, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik

yang pelbagai bagi menarik minat dan perhatian mereka terhadap pengajaran yang

berlangsung. Kebanyakan murid Orang Asli mempunyai tahap IQ yang agak lemah dan

guru tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa mengajar mereka

berkali-kali disebabkan kesukaran memahami sesuatu pengajaran . Dalam hal ini, cara

berkesan untuk mengajar adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian. Contohnya

dalam mata pelajaran Bahasa Arab, guru boleh mereka satu lagu dan bernyanyi

bersama murid bagi perkataan-perkataan yang sukar disebut. Dengan cara ini, sudah

pasti mereka akan berasa seronok dan gembira untuk belajar sekaligus dapat

mengelakkan masalah keciciran yang berlaku di sekolah.

Selain itu, guru juga perlu mempelajari cara dan gaya hidup masyarakat Orang Asli

agar dapat mengenali dengan lebih dekat sifat dan perwatakan anak murid mereka.

Murid yang tidak tinggal di asrama biasanya akan datang lewat ke sekolah kerana

mereka terpaksa mengharungi denai dalam hutan dan mereka juga akan terserempak

dengan gajah ketika dalam perjalanan. Oleh itu, mereka perlu berhenti dan

menyembunyikan diri hingga gajah tersebut beredar dan kemudian barulah mereka

meneruskan perjalanan ke sekolah. Dalam hal ini, guru yang memahami hidup

14

masyarakat Orang Asli sudah tentu tidak akan memarahi murid yang datang lewat ke

sekolah kerana Orang Asli juga sebenarnya mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi.

Contohnya, hukuman rotan tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan mereka

merajuk dan enggan ke sekolah.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan

aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan mereka seperti

banyakkan aktiviti yang berbentuk pergerakan dan berkumpulan. Guru perlu elakkan

daripada melaksanakan aktiviti yang melibatkan mental kerana mereka dikatakan

mempunyai ingatan yang singkat dan lemah. Oleh yang demikian, amat penting bagi

seseorang guru mencipta serta melakukan aktiviti yang mampu menggalakkan mereka

memberi perhatian terhadap pengajaran di dalam kelas kerana kadangkala murid-murid

Orang Asli akan cepat jemu dan bosan apabila hanya tertumpu kepada satu aktiviti

sahaja.

Isu lain yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan adalah penguasaan

bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid di sekolah luar bandar.

Sememangnya, hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid di sekolah luar bandar

menguasai bahasa kedua ini masih belum tercapai kerana terdapat banyak faktor yang

menyukarkarkan pelaksanaan ini. Antara faktor tersebut ialah murid-murid di sekolah

luar bandar kurang meminati subjek ini kerana beranggapan bahawa ianya susah untuk

dikuasai berbanding subjek-subjek lain yang menggunakan bahasa ib`unda.

Di sekolah pula, bilangan buku bahasa Inggeris yang disediakan di perpustakaan

sangat terhad dan jika adapun mungkin hanya meliputi buku teks dan buku latihan. Hal

15

ini sudah tentu menyukarkan murid untuk membuat rujukan dalam bahasa Inggeris

sekaligus mematahkan semangatnya untuk menguasai bahasa ini dengan baik. Selain

itu, kekurangan guru yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar

juga antara faktor yang menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran

tersebut. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa meminta guru yang di luar bidangnya

untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. Jika guru tersebut tidak mempunyai

pengetahuan dan pengalaman tentang subjek ini, sudah tentu murid-murid

mengabaikan serta tidak memberi fokus terhadap pengajarannya.

Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru sentiasa memberi galakkan dan motivasi

kepada murid-murid supaya menganggap bahawa bahasa Inggeris tidak sukar seperti

yang difikirkan. Biasanya, murid-murid di sekolah luar bandar mempunyai motivasi yang

kurang untuk belajar bahasa Inggeris. Jadi, para guru perlu membimbing mereka yang

lemah dalam subjek ini agar mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan yang

serupa seperti murid di sekolah bandar. Sebagai contoh, guru perlu memberi ganjaran

positif bagi mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Contohnya,

ganjaran yang diberi tidak semestinya berupa hadiah tapi guru boleh memberi tepukan

atau pujian melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Selain itu, guru perlu menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Inggeris iaitu ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun usaha ini dilihat begitu sukar

kerana tidak semua murid mampu bertutur tetapi jika dilaksanakan secara berterusan

usaha ini akan berhasil. Umpamanya, guru meminta murid menggunakan perkataan

bahasa Inggeris jika ingin ke tandas, koperasi, kantin, meminta sesuatu daripada guru

dan rakan-rakan lain. Malah, denda akan dikenakan bagi murid yang tidak

16

menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi, jika murid dapat menyebut dan

bertutur dalam bahasa Inggeris, objektif guru tersebut akan tercapai sekaligus dapat

mengubah stigma negatif mereka yang selama ini menganggap bahasa tersebut sangat

susah dan membebankan.

Seterusnya adalah isu yang berkaitan dengan kekurangan kemudahan infrastruktur di

sekolah luar bandar. Meskipun masalah ini sering dibincang dan diperkatakan, ianya

masih tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila wujudnya jurang

yang ketara antara kemudahan di sekolah bandar dan di luar bandar. Jika di bandar,

murid mampu belajar dengan baik dan selesa kerana kemudahan seperti bekalan

elektrik, air serta peralatan teknologi pendidikan disediakan dengan lengkap. Namun, di

luar bandar, segala kemudahan infrastruktur tidak mampu dinikmati oleh warga sekolah

tersebut.

Masalah ini sering dikaitkan dengan ketiadaan bekalan elektrik serta kemudahan

telefon awam di sekolah pedalaman. Hal ini menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan kemudahan internet serta teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT) tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Malah, perhatian murid

akan terjejas dan terganggu akibat daripada kemudahan persekitaran yang tidak

sempurna.

Kemudahan infrastruktur di sekolah adalah prasyarat dalam mewujudkan suasana

persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, guru perlu menekankan

pembelajaran yang berpusatkan murid melalui interaksi murid dengan guru di samping

melakukan aktiviti yang tidak hanya melibatkan penggunaa ICT. Ini kerana, bila-bila

17

masa sahaja bekalan elektrik di sekolah tersebut akan terputus. Selain itu, guru juga

perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi apabila berdepan dengan situasi yang tidak

dijangkakan serta bijak melayan dan mengatasi segala kerenah anak murid.

Contohnya, apabila bekalan elektrik seperti kipas terhenti tiba-tiba, mereka akan mula

membuat bising. Maka, guru harus mengawal suasana kelas tersebut dengan

sebaiknya. Situasi ini juga seringkali berlaku di sekolah Orang Asli dimana guru

terpaksa menggunakan air yang keruh seperti warna air teh susu untuk melakukan

aktiviti harian.

Di sini dapat dirumuskan bahawa setiap isu yang timbul dapat diatasi dengan sebaiknya

jika guru memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya khususnya terhadap

usaha murni kerajaan yang ingin menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Dengan ini, peluang pendidikan mampu dikecapi oleh setiap indidvidu sekaligus mampu

membentuk modal insan yang berkualiti.

18

2,0) CADANGAN-CADANGAN LAIN YANG DAPAT MEGHAPUSKAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN

1) Membina sekolah Orang Asli di kawasan penempatan Orang Asli.

Biasanya orang asli hidup berpindah randah, namun usaha ini dilihat berkesan

sekirannya guru-guru yang ditempatkan di sekolah tersebut mampu memberi kerjasama

dan mengorbakan masa dan tenaga demi menggalakkan ibu bapa Orang Asli

menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Jika sebelum ini, mereka tidak

menggalakkan anak-anak mereka belajar kerana jarak antara sekolah dengan tempat

tinggal mereka yang agak jauh. Namun, dengan adanya sekolah di kawasan mereka,

tiada alasan untuk anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Malah, masalah keciciran murid dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat

dikurangkan dengan sebaiknya.

2) Membuat lawatan khas ke penempatan Orang Asli yang melibatkan guru dan anak

murid Orang Asli.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan guru dengan ibu bapa

anak murid mereka. Masyarakat Orang Asli biasanya mempunyai perwatakan yang

malu dan kurang bergaul. Jadi, dengan adanya pendekatan yang sistematik iaitu

dengan membuat lawatan ke setiap rumah Orang Asli bagi mempelajai dan mengenali

budaya dan cara hidup mereka, sudah pasti mereka tidak akan berasa kekok menerima

kehadiran insan yang telah memberi ilmu kepada anak mereka. Lawatan ini perlu

dilakukan sekali dalam sebulan agar ibu bapa mereka dapat mengenali guru tersebut

19

dengan lebih mendalam. Malah, murid-murid Orang Asli mempunyai semangat dan

minat untuk ke sekolah.

3) Mewujudkan satu kursus khas untuk mengajar di sekolah Orang Asli

Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah berjaya melahirkan guru dari pelbagai

bidang seperti bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa

Iban dan sebagainya. Namun, pada hari ini, tidak ada lagi guru yang pakar dalam

bahasa masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, amat wajar sekiranya kerajaan

mewujudkan satu kursus khas untuk mengajar di sekolah Orang Asli. Bagi pemilihan

calon pula, seseorang itu mestilah mempunyai minat untuk mengajar anak-anak Orang

Asli sebelum ditawarkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru khususnya. Mereka yang

layak haruslah menyedari bahawa mereka telah dilatih untuk mengajar di sekolah

Orang Asli selepas tamat kursus tersebut. Kursus yang ditawarkan mestilah berkaitan

dengan kehidupan Orang Asli seperti adat resam dan pantang larang yang diamalkan

oleh mereka.

4) Melatih guru bahasa Inggeris dan menempatkan mereka di sekolah luar bandar

Sememangnya masalah penguasaan bahasa Inggeris oleh murid di sekolah luar

bandar jelas ketara apabila pencapaian murid bagi subjek tersebut kurang

memberangsangkan. Masalah ini jika berlarutan akan menimbulkan ketaksamaan

peluang pendidikan dalam kalangan murid. Oleh itu, pihak kerajaan melalui KPM perlu

melatih 10 000 guru bahasa Inggeris bagi setiap tahun bagi meningkatkan kemahiran

dan kecekapan mereka dalam menguasai bahasa ini. Rasional bagi cadangan ini

adalah kerana guru adalah faktor utama untuk menarik minat murid-murid mempelajari

20

serta mencintai bahasa kedua ini. Maka dengan itu, guru Bahasa Inggeris perlu

memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang efektif agar pengajaran mereka di

dalam kelas kelihatan menarik dan berkesan. Di samping itu, guru terlatih ini juga perlu

ditempatkan di sekolah luar bandar seperti di kawasan pedalaman, penempatan Orang

Asli dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini, murid-murid tidak mampu menguasai bahasa

Inggeris di sebabkan sekolah kekurangan guru bahasa Inggeris yang terlatih.

5) Sama ratakan penempatan guru ke sekolah luar bandar dari aspek pengalaman dan

kemahiran.

Umumnya, sekolah luar bandar mengalami kekurangan guru yang mahir dan

berpengalaman berbanding sekolah di bandar. Jadi, bagi menangani masalah ini, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil guru yang mempunyai kemahiran

dan berpengalaman untuk ditempatkan di sekolah luar bandar di samping

menempatkan guru terlatih yang baru menamatkan kursus perguruan. Hal ini bertujuan

agar murid-murid memperoleh ilmu yang secukupnya apabila menimba ilmu daripada

guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Manakala, bagi guru yang baru

menamatkan kursus, mereka adalah penyambung generasi yang seterusnya apabila

tiba masa guru yang berpengalaman tersebut bersara mahupun terpaksa ditukarkan ke

sekolah lain.

Pada masa yang sama, mereka dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang

yang berkemahiran sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk mengajar anak

murid dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Mokhtarudin Ahmad Suri, 51,

adalah antara guru yang sanggup memohon untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan

21

Pos Kemar iaitu sekolah Orang Asli. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di sekolah

bandar dan elit, namun, beliau beranggapan bahawa portfolionya tidak lengkap jika

tiada pengalaman mengajar di sekolah pedalaman dan Orang Asli. Di sini, jelas

menunjukkan bahawa, seseorang guru itu perlu mempunyai keazaman yang kukuh dan

sanggup mengharungi cabaran demi memartabatkan sistem pendidikan negara.

6) Perbanyakkan pembinaan sekolah di kawasan bandar yang mempunyai ramai

penduduk serta mengurangkan projek pembangunan.

Jika di bandar, pihak sekolah berhadapan dengan masalah kesesakan murid di dalam

kelas. Kesannya, sudah pasti mereka tidak dapat belajar di dalam suasana yang tenang

dan kondusif. Jadi, adalah lebih baik bagi pihak kerajaan membina satu sekolah bagi

mengurangkan masalah ini walaupun tempoh yang diperuntukkan memakan masa

yang agak lama. Pembinaan sekolah ini dirasakan perlu bagi memastikan generasi

yang akan datang dapat belajar dengan baik dan sempurna.

Di samping itu, pihak KPM perlu membuat kerjasama dengan pihak yang merancang

pembangunan di kawasan terbabit iaitu dengan membuat perjumpaan dan

perbincangan mengenai hasrat KPM yang mahu pihak tersebut mengurangkan projek

pembangunan. Perbincangan ini mestilah dilakukan dengan teliti kerana umumnya

setiap projek yang dilaksanakan menelan perbelanjaan yang besar. Langkah bagi

mengurangan projek pembangunan tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang

dan peluang kepada pihak kerajaan membina bangunan sekolah. Dalam hal ini, ibu

bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan

mereka tidak perlu menumpukan kepada sesebuah sekolah sahaja.

22

KESIMPULAN

Isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia sememangnya memberi cabaran

yang besar kepada pihak KPM dan warga pendidik. Tidak dapat tidak, guru memainkan

peranan penting dalam membantu usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup

rakyat tanpa membezakan agama, bangsa, budaya dan adat resam. Dalam hal ini,

setiap individu berhak dan layak mendapat pendidikan kerana dengannya manusia

berupaya melakukan interaksi yang positif antara satu sama lain. Oleh yang demikian,

pendidikan di Malaysia jelas memberi peluang yang luas kepada rakyatnya untuk

menerima pendidikan tanpa ada sikap prejudis mahupun dendam sesama sendiri.

23

RUJUKAN

BUKU

Amran Kasimin. (1993). Agama dan Perubahan Sosial. Edisi pertama. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. (1998). Pengetahuan Sekolah Menangani Isu dan Cabaran

kepemimpinan. Edisi pertama. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar. (2007). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan.

Edisi ketiga. Selangor : Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.Majid

(2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi kedua.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAJALAH

Badrunsham Dahalan.( 2007, Mac). Program Lonjakan Perdana. Majalah Pendidik.

Muka surat 14-17.

Ahmad Marzuki Ismail. (2008, Disember). Outreach KPM Bela Masyarakat Orang Asli.

Majalah Pendidik. Muka surat 7-9.

Nadiah Abdul Hamid. (2011, Ogos). Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan

Bahasa Inggeris. Majalah Dewan Bahasa. Muka surat 20.

24

25

26