edu budaya
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
Bmk12010.blogspot.com/
PANTANG LARANG KAUM INDIA
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut
oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanyasayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaumindia juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .
PANTANG LARANG KAUM MELAYU
Pantang larang Sebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau
mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir
mengalami kecacatan.
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau
menceritakan kecacatan, dikhuatiri
anak yang bakal lahir juga akan cacat.
Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang
lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua,
dikhuatiri mengalami kesulitan ketika
melahirkan anak
Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila
tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri
anak mendapat tompok hitam atau
bermata juling.
Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan
mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah
ampaian, nanti anak gagap.
Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil
akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan
kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing
atas busut, dikatakan buruk kemaluan
Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk
halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana
dipercayai boleh naik bisul
Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak,
dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk
melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah,
nanti harta habis dicuri oleh orang
Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah,
tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah
yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang
yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja,
nanti mata engkau akan buta
(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi
kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan...
kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur,
nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA
Penyapu
Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.
Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.
Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.
Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.
Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai
pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.
www.djz.edu.my
BAB 1
RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID
1. Pendahuluan
1.1 Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan kaum. Sekolah adalah merupakan
salah satu agen yang berkesan kearah menyatupadukan murid-murid. Sekolah juga boleh
memainkan peranan yang lebih berkesan jika kegiatan-kegiatan khas dijalankan bersama di
antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T)
terutamanya sekolah-sekolah yang terletak di dalam satu kawasan atau yang berhampiran
(tetapi bukan dalam satu kawasan). Peluang untuk bergaul dan bermesra di kalangan
murid-murid bagi sekolah-sekolah di dalam satu kawasan atau yang berhampiran ini
hendaklah diwujudkan. Demikian juga jika peluang untuk bergaul dapat disediakan dengan
baik dan dilaksanakan secara sedar dan terancang serta bertanggungjawab, proses integrasi
murid-murid pelbagai kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah itu dapat dipupuk dan dibina lebih
awal sebelum mereka masuk ke sekolah-sekolah menengah.
1.2 Rancangan ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang berkenaan itu
berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian,
murid-murid dari sekolah atau sekolah-sekolah yang terlibat akan dapat menikmati
kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri. Perkongsian ini juga akan dapat
menjimatkan perbelanjaan untuk mengadakan kemudahan atau peralatan tersebut bagi
sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan atau peralatan itu.
1.3 Rancangan yang dicadangkan ini adalah rancangan kegiatan-kegiatan khas dan oleh kerana
itu ia tidak akan menjejaskan keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah rendah
yang berkenaan. Disebaliknya, rancangan ini akan mempertingkatkan lagi kerjasama di
antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam usaha-usaha yang mendatangkan faedah
dan kepentingan bersama.
2. Konsep
Rancangan Integrasi Murid-Murid ini menekankan penglibatan dan kerjasama murid-murid dari
ketiga-tiga jenis sekolah yang jenis sekolah yang berkenaan di dalam:
2.1. Penggabungan kegiatan-kegiatan khas;
2.2. Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah;
2.3. Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada. 4
3. Objektif Rancangan
Objektif rancangan ini adalah:
3.1. Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan di dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama;
3.2. Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong muhibah dan toleransi
di antara murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara sedar dan
terancang;
3.3. Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara
bersama dengan maksima.
4. Murid-murid Yang Terlibat
4.1. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah
yang berkenaan yang berada di dalam satu kawasan.
4.2. Murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan yang berhampiran (tetapi bukan
di dalam satu kawasan) yang membolehkan rancangan ini dijalankan dengan berkesan.
4.3. Murid-murid dan sekolah-sekolah yang akan dilibatkan dalam rancangan ini telah pun
dikenalpasti oleh Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
5. Pengesanan Dan Penyeliaan
5.1 Unit Ko-Kurikulum di Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan adalah
bertanggungjawab di atas pelaksanaan, pengesanan dan penilaian Rancangan
Integrasi Murid-Murid ini.
6. Tarikh Pelaksanaan
6.1 Rancangan Integrasi Murid-Murid ini dilaksanakan pada awal tahun 1986. 5
BAB 2
ORGANISASI JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID
1. Pendahuluan
1.1 Dalam melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid satu Jawatankuasa adalah
dikehendaki ditubuhkan yang dianggotai oleh Lembaga-Lembaga Pengurus, Persatuan-
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan dan
guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).
2. Keanggotaan
Keanggotaan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah tertakluk kepada
berikut:
2.1 Seorang ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi tiap-tiap satu dari
ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.
-3 orang
2.2 Seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah bagi tiap-tiap
satu dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.
-3 orang
2.3 Grur-guru Besar dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat. -3 orang
2.4 Guru-guru Penolong Kanan dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
terlibat.
-3 orang
2.5 2 orang guru dilantik dari tiap-tiap jenis sekolah yang terlibat. -6 orang
3. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi :
3.1 Seorang Pengerusi
3.2 Seorang Naib Pengerusi I
3.3 Seorang Naib Pengerusi II
3.4 Seorang Setiausaha
3.5 Seorang Penolong Setiausaha
3.6 Seorang Bendahari dan
3.7 Tidak lebih daripada 8 orang Ahli Jawatankuasa
3.8 2 orang Pemeriksa Kira-Kira
4. Pemegang-Pemegang Jawatan Dalam Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid 6
Hendaklah Seperti Berikut :
4.1 Pengerusi hendaklah dipilih daripada salah seorang Guru-Guru Besar dari ketiga-tiga
jenis sekolah yang berkenaan. Jawatan ini akan dipegang oleh Guru Besar itu bagi tempoh
satu penggal dan selepas itu diambil alih oleh Guru Besar yang lain. Jawatan Pengerusi
ini hendaklah ditukarganti mengikut giliran seperti yang telah dipersetujui terlebih dahulu.
4.2 Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II hendaklah dipilih daripada Guru-Guru Besar
ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan. Perlantikan adalah bagi tempoh satu penggal.
4.3 Setiausaha hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah itu.
Perlantikan Setiausaha ini adalah bagi tempoh satu penggal. Jawatan ini hendaklah
ditukarganti mengikut giliran seperti yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Seelok-eloknya
Setiausaha hendaklah dilantik dari sekolah di mana Guru Besar menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.
4.4 Penolong Setiausaha hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis
sekolah yang berkenaan.
4.5 Bendahari hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan.
4.6 Pemeriksa Kira-Kira hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dan ketiga-tiga jenis
sekolah yang berkenaan.
5. Perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid–Murid
5.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah ditubuh pada minggu pertama
penggal satu persekolahan pada tiap-tiap tahum persekolahan.
5.2 Ahli Jawatankuasa Biasa Rancangan Integrasi Murid-Murid
(a) Seorang wakil Lembaga Pengurus dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan
hendaklah menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa bagi tempoh satu tahun.
(b) Seorang wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari tiap-tiap jenis sekolah yang
berkenaan hendaklah menjadi Ahli Jawatankuasa bagi tempoh satu tahun. Wakil PIBG
ini hendaklah tidak dari gulongan guru atau kakitangan bukan guru dari ketiga-tiga
jenis sekolah yang berkenaan.
(c) Guru-Guru Penolong Kanan dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan hendaklah 7
menjadi Ahli Jawatankuasa. Sekiranya tidak ada Guru Penolong Kanan, seorang guru
kanan bolehlah dilantik untuk tujuan ini.
(d) Seramai 2 orang dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan yang telah dilantik oleh
Guru-Guru Besar dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan hendaklah menjadi Ahli
Jawatankuasa Biasa.
5.3 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid tidak lagi memegang
jawatannya atas apa-apa sebab sekali pun, maka Jawatankuasa tersebut adalah
bertanggungjawab melantik gantinya bagi tempoh baki perkhidmatan ahli yang digantikan
itu.
5.4 Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah menyerahkan senarai
nama dan butir-butir diri Ahli Jawatankuasanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri yang
berkenaan untuk direkodkan.
6. Tugas-Tugas Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid
6.1 Tugas-Tugas Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid ialah mengelola, mengatur,
merancang dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa dengan syarat tidak terkeluar daripada matlamat umum yang ditentukan oleh
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.
6.2 Mesyuarat Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap penggal persekolahan.
6.3 Pengerusi jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada tiga orang Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa diadakan pada
bila-bila masa.
6.4 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid digalakkan membantu kegiatan-kegiatan
khas bagi ketiga-tiga jenis sekolah itu.
6.5 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid adalah bertanggungjawab mengikuti
perjalanan dan menilai kegiatan-kegiatan khas yang dijalankan.
7. Tugas-Tugas Pemegang Jawatan
7.1 Pengerusi8
Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab di atas perjalanan semua mesyuarat.
7.2 Naib Pengerusi I
Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi I hendaklah menjalankan tugas-tugas
Pengerusi.
7.3 Naib Pengerusi II
Dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II hendaklah
menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
(Catatan: Jika ketiga-tiga Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib Pengrusi II tidak ada,
Jawatankuasa boleh melantik salah seorang daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa yang
hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa.)
7.4 Setiausaha
Setiausaha hendaklah mencatatkan dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan
hal-hal surat-menyurat dan pentadbiran Rancangan Integrasi Murid-Murid. Beliau
hendaklah juga membentangkan Laporan Tahunan Rancangan Integrasi Murid-Murid untuk
diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.
7.5 Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan-urusan Rancangan Integrasi
Murid-Murid dan menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.
7.6 Bendahari
(a) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan Rancangan
Integrasi Murid–Murid.
(b) Bendahari hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab keatasnya.
(c) Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Rancangan Integrasi Murid-
Murid bagi tiap-tiap tahun kewangan untuk diodit.
8. Tempat Mesyuarat9
8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diadakan di sekolah
yang mana Guru Besarnya telah dipilih sebagai Pengerusi atau pun disalah sebuah sekolah
lain yang dipersetujui.
9. Kuorum Mesyuarat
9.1 Kuorum Mesyuarat ialah sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah bilangan Ahli-Ahli
Jawatankuasa. Kuorum ini hendaklah diwakili oleh guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah
yang berkenaan.
10. Kewangan
10.1 Pendapatan
Semua pendapatan, derma dan sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak yang
diberikan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah dibayar
kepada Kumpulan Wang Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dan
disimpan sepertimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.
10.2 Kuasa Membelanja Wang Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Muird
10.2.1 Segala cek dan kenyataan pengeluaran wang untuk tujuan perbelanjaan
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah ditandatangani
bersama oleh Bendahari dan Pengerusi atau Naib Pengerusi I/Naib Penggerusi II
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid .
10.2.2 Bendahari Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dibolehkan
menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $50.00 pada satu-satu masa.
10.3 Penyimpan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Jawatankuasa Rancangan
Integrasi Murid-Murid
10.3.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah mengarahkan supaya
Bendahari menyimpan akaun yang sepatutnya dan lain-lain rekod berkenaan
dengan perjalanannya.
10.3.2 Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap tahun
kewangan untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi
Murid-Murid. 10
10.3.3 Penyata Kewangan Rancangan Integrasi Murid-Murid yang telah diodit itu
hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid
untuk diterima dan diluluskan.
10.3.4 Akaun Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diodit oleh
Pemeriksa Kira-Kira Rancangan Integrasi Murid-Murid.
10.3.5 Tahun Kewangan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah
berakhir pada minggu akhir penggal ketiga persekolahan tahun persekolahan
berkenaan.
11. Kuasa dan Sekatan
11.1 Kegiatan-Kegiatan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diarahkan
kesemuanya kepada matlamat dan Rancangan Integrasi Murid-Murid.
11.2 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid tidak boleh melibatkan diri dalam apa jua
bentuk pun di dalam aspek agama, akademik, bahasa pengantar dan kurikulum ketiga-tiga
jenis sekolah yang menyertai Rancangan Integrasi Murid-Murid.
12. Am
12.1 Dalam semua Kegiatan-Kegiatan untuk mencapai matlamat Rancangan Integrasi
Murid-Murid, semangat bekerjasama, muhibah bertoleransi, bertolak ansur dan
berkesefahaman hendaklah menjadi teras utama kepada pelaksanaan rancangan ini.
Jawatankuasa seharusnya mengamalkan konsep integrasi untuk mencapai matlamat tersebut. 11
BAB 3
KEGIATAN-KEGIATAN KHAS YANG DICADANGKAN UNTUK PELAKSANAAN
Penglibatan dalam Kegiatan-Kegiatan Khas adalah salah satu cara bagi mencapai matlamat perpaduan
di antara kaum dalam negara ini. Ianya penting kerana melalui penglibatan dalam Kegiatan-Kegiatan
Khas, murid-murid dari berbagai bangsa dan keturunan dapat disemai, dipupuk dan ditanamkan
dengan semangat muhibah, toleransi, kerjasama, berbaik sangka, kekitaan dan hormat menghormati di
antara satu sama lain.
1. Panduan Am
1.1 Kegiatan-Kegiatan Khas yang disenaraikan di bawah ini adalah dicadangkan untuk
dipertimbangkan perlaksanaanya sebagai Rancangan Integrasi Murid-Murid, iaitu seperti:
1.1.1 Merentas desa
1.1.2 Lumba jalan kaki
1.1.3 Bola sepak
1.1.4 Bola jaring
1.1.5 Bola keranjang
1.1.6 Bola baling
1.1.7 Sukaneka
1.1.8 Kegiatan-kegiatan khas bercorak khidmat masyarakat seperti gotong royang iaitu:
(a) Membersihkan kawasan sekolah.
(b) Mengindahkan kawasan sekolah
1.2 Pemilihan Kegiatan-Kegiatan Khas seperti yang dicadangkan di atas itu adalah tertakluk
kepada kemudahan-kemudahan yang ada serta kemampuan Jawatankuasa Rancangan
Integrasi Murid-Murid yang berkenaan untuk melaksanakannya.
1.3 Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian sebelum sebarang kegiatan yang telah
disyorkan itu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.
1.3.1 Senarai yang disyorkan itu hendaklah tidak ditokok tambah.
1.3.2 Tiap-tiap undang-undang dan peraturan permainan hendaklah diterangkan dan
diajar terlebih dahulu di dalam bahasa pengantar masing-masing di tiap-tiap jenis
sekolah yang berkenaan.
1.3.3 Kegiatan-Kegiatan Khas yang akan dijalankan itu hendaklah terlebih dahulu 12
dipersetujui di dalam suasana muhibah, tolak ansur, kerjasama dan hormat
menghormati serta mendapat persetujuan sebulat suara oleh Jawatankuasa
Rancangan Integrasi murid-murid yang berkenaan.
1.3.4 Cara-cara mendapatkan punca-punca kewangan serta cara-cara membelanjakannya
hendaklah mendapat persetujuan sebulat suara dari Jawatankuasa Rancangan
Integrasi Murid-Murid di dalam suasana yang muhibah dan kerjasama.
1.3.5 Tiap-tiap kegiatan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan hendaklah dijalankan
sebagai kegiatan tambahan kepada kegiatan-kegiatan yang sedia ada dan
dilaksanakan di luar waktu rasmi persekolahan.
1.3.6 Murid-murid yang terdiri dari semua kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan hendaklah dilibatkan bersama pada setiap masa dan setiap kali latihan
dan pertandingan. Setiap pasukan yang ditubuhkan hendaklah bercorak berbilang
kaum.
1.3.7 Kegiatan-kegiatan khas yang sesuai bolehlah dipertunjukkan kepada ibu bapa
murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan sekurang-kurangnya
sekali dalam sepenggal persekolahan. Contoh kegiatan-kegiatan yang dimaksudkan
adalah seperti:
(a) Sukaneka
(b) Perlawanan persahabatan permainan-permainan yang telah dipersetujui
bersama oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.
2. Strategi Pelaksanaan
2.1 Pelaksanaan Kegiatan-Kegiatan Khas di dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ini boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu:
(a) Permainan
(b) Penyertaan beramai-ramai
(c) Khidmat masyarakat (gotong royong)
2.2 Permainan
2.2.1 Jenis-Jenis permainan
(a) Bola sepak
(b) Bola jaring 13
(c) Bola keranjang
(d) Bola baling
2.2.2 Murid-Murid Yang Terlibat
Semua murid-murid Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan.
2.2.3 Jangka Masa
2.2.3.1 Sekolah-sekolah yang berkenaan boleh mengadakan latihan mingguan atau
bulanan sepanjang tahun mengikut penggl-penggal seperti berikut:
Penggal Pertama :Bola Sepak dan Bola Jaring
Penggal Kedua :Bola Baling
Penggal Ketiga :Bola Keranjang
2.2.3.2 Pertandingan persahabatan boleh dijalankan mengikut darjah/kelas, rumah dan
di antara sekolah-sekolah dalam daerah-daerah yang berlainan.
2.2.4 Objektif
2.2.4.1 Untuk memupuk semangat muhibah, toleransi, bekerjasama, berbaik sangka,
hormat menghormati dan saling bantu membantu di antara murid-murid yang
berbilang kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.
2.2.4.2 Untuk melibatkan murid-murid secara beramai-ramai sebagai satu unit tanpa
memikirkan kaum, latar belakang dan cara hidup yang berlainan.
2.2.4.3 Untuk menimbulkan suasana kemeriahan dan keriangan di kalangan
murid-murid dari berbilang kaum.
2.2.4.4 Untuk bertolak ansur, bertoleransi dan bekerjasama di dalam perkongsian
kemudahan dan peralatan serta penggembelingan tanaga untuk kepentingan
dan faedah bersama.
2.2.4.5 Untuk menjimatkan perbelanjaan dalam penggunaan kemudahan dan
peralatan.
2.2.4.6 Untuk meningkatkan kemahiran asas sukan, kesihatan fizikal dan mental
murid-murid berbilang kaum. 14
2.2.4.7 Untuk menjadikan suasana di sekolah sebagai satu tempat yang lebih menarik
dan mengembirakan murid-murid.
2.2.5 Kemudahan
2.2.5.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-murid hendaklah mengenalpasti
kemudahan-kemudahan seperti padang, gelanggang dan dewan yang terdapat
di sekolah-sekolah yang berkenaan.
2.2.5.2 Sekiranya sekolah-sekolah yang terlibat dalam Rancangan Integrasi
Murid-Murid ini tidak mempunyai kemudahan-kemudahan tersebut adalah
dicadangkan supaya dapat mengusahakannya dari kemudahan-kemudahan
awam yang sedia ada dari kawasan sekitar.
2.2.6 Tenaga (Personel)
2.2.6.1 Guru-guru permainan/Jurulatih-jurulatih yang dikenalpasti dan dilantik oleh
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-murid mengikut bidang masing-
masing akan bertanggungjawab mengelolakan Kegiatan-Kegiatan Khas yang
telah dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.
2.2.7 Kewangan
2.2.7.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Rancangan Integrasi Murid-Murid berkenaan.
2.2.7.2 Peruntukan yang ditetapkan hendaklah termasuk:
a) Perbelanjaan latihan.
b) Perbelanjaan pertandingan persahabatan.
c) Perbelanjaan pengangkutan.
d) Perbelanjaan untuk hadiah dan cenderamata jika difikirkan perlu.
2.2.8 Kekerapan Berinteraksi
2.2.8.1 Jadual waktu latihan dan pertandingan hendaklah disediakan berdasarkan
kepada persetujuan sebulat suara dari semua pihak dan berasaskan kepada
kemudahan dan peralatan yang ada.
2.2.8.2 Jadual waktu tersebut hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Rancangan 15
Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.
2.2.8.3 Latihan dan pertandingan hendaklah dijalankan di luar waktu rasmi
persekolahan.
2.2.8.4 Kegiatan-Kegiatan Khas yang difikirkan sesuai dan yang telah dipersetujui
bersama bolehlah ditunjukkan kepada ibubapa-ibubapa murid-murid dari
berbagai-bagai kaum dengan kerjasama pihak PIBG dan Lembaga Pengurus
Sekolah, sekurang-kurangnya sepenggal sekali.
2.2.9 Penyeliaan
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan hendaklah
membuat penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas Rancangan
Integrasi Murid-Murid yang telah dipersetujui dan dijalankan dari masa ke semasa.
2.3 Penyertaan Beramai
2.3.1 Jenis Kegiatan-Kegiatan Khas Yang Bercorak Sukan
(a) Merentas desa
(b) Lumba jalan kaki
(c) Sukaneka
2.3.2 Murid-Murid Yang Terlibat
2.3.2.1 Semua murid dari Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan terlibat.
2.3.2.2 Mengadakan latihan mingguan atau bulanan.
2.3.2.3 Pertandingan boleh dijalankan mengikut darjah/kelas, rumah dan di antara
sekolah-sekolah.
2.3.2.4 Pertandingan di peringkat daerah boleh juga dijalankan.
2.3.3 Jangkamasa
2.3.3.1 Setahun sekali.
2.3.3.2 Merentas Desa-Penggal 1.
2.3.3.3 Lumba Jalan Kaki-Penggal 11. 16
2.3.3.4 Sukaneka-Penggal 111.
2.3.4 Objektif
Kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan ini diharap akan dapat mencapai
matlamat-matlamat berikut:
2.3.4.1 Memupuk semangat muhibah, bekerjasama dan saling bertolong bantu di
antara murid-murid dari berbilang kaum.
2.3.4.2 Menimbulkan suasana kemeriahan dan keriangan di kalangan murid-murid
dari berbilang kaum.
2.3.4.3 Mencungkil minat, bakat dan daya kreatif murid-murid.
2.3.4.4 Meningkatkan kemahiran, kesihatan fizikal dan mental murid-murid.
2.3.5 Kemudahan dan Peralatan
2.3.5.1 Kemudahan Asas untuk digunakan bagi permainan sukaneka.
2.3.5.2 Tempat-Di kawasan tanah lapang berhampiran dengan sekolah atau padang
sekolah.
2.3.6 Tenaga(Personnel)
2.3.6.1 Jurulatih-jurulatih yang telah dikenalpasti oleh jawatankuasa Rancangan
Integrasi Murid-Murid mengikut bidang masing-masing akan
bertanggungjawab mengelolakan Kegiatan-Kegiatan Khas yang telah
dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.
2.3.7 Kewangan
2.3.7.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.
2.3.7.2 Peruntukan yang dicadangkan hendaklah termasuk:
(a) Kos latihan
(b) Kos pertandingan dalam berbagai peringkat pertandingan yang
dicadangkan. 17
(c) Kos pengangkutan/minuman.
(d) Kos untuk hadiah dan cenderamata jika difikirkan perlu.
2.3.8 Kekerapan Berinteraksi
2.3.8.1 Tiap-tiap sekolah dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ini hendaklah
menyenaraikan kumpulan murid mengikut kelas atau rumah sukan untuk
mengadakan latihan bersama.
2.3.8.2 Jadual latihan disediakan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi
Murid-Murid yang berkenaan.
2.3.8.3 Pertandingan dijalankan sama ada mengikut kelas atau di antara
rumah-rumah sukan.
2.3.8.4 Pertandingan/persembahan kegiatan dari jenis kegiatan bercorak sukan ini
boleh ditunjukkan kepada ibubapa-ibubapa murid pada sesuatu hari tertentu
yang dipilih dan diputuskan bersama dengan pihak PIBG atau Lembaga
Pengurus Sekolah.
2.3.9 Penyeliaan
2.3.9.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan hendaklah
membuat penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas
Rancangan Integrasi Murid-Murid yang telah dipersetujui dan dijalankan dari
masa ke semasa.
2.4 Kegiatan-Kegiatan Khas Yang Bercorak Khidmat Masyarakat Seperti Gotong
Royong
(a) Membersihkan kawasan sekolah.
(b) Mengindahkan kawasan sekolah.
2.4.1 Murid-Murid Yang Terlibat
2.4.1.1 Semua murid dari Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah
yang berkenaan terlibat.
2.4.1.2 Sejumlah guru-guru boleh dilibatkan dari ketiga-tiga jenis sekolah
yang terlibat. 18
2.4.2 Jangkamasa
Sepenggal sekali yang diadakan secara bergilir di antara ketiga-tiga jenis
sekolah yang terlibat.
2.4.3 Objektif
Kegiatan-Kegiatan Khas yang dicadangkan ini menuju matlamat berikut:
2.4.3.1 Untuk menyemai sifat yang mulia iaitu sentiasa menjaga kebersihan
dan kecantikan serta ingin mengamalkan tabiat bersih diri dan alam
sekeliling.
2.4.3.2 Untuk memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu serta
gemar kepada kerja-kerja amal.
2.4.3.3 Untuk menjalin hubungan erat sesama murid/komuniti sekolah tanpa
mengira keturunan/kaum.
2.4.3.4 Untuk menanamkan sikap menghargai kemuliaan sebarang pekerjaan
(dignity of labour).
2.4.4 Tempat
Mengenalpasti satu-satu kawasan/benda yang dicadangkan untuk kegiatan
gotong royong itu.
2.4.5 Kewangan
2.4.5.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.
2.4.5.2 Sekolah di mana projek gotong royong dijalankan hendaklah
menyediakan sedikit peruntukan minuman atau jamuan ringan.
2.4.5.3 Bagi kedua-dua buah sekolah yang diundang di dalam rancangan ini,
jika perlu eloklah menimbangkan bagi menyediakan peruntukan
kewangan bagi pengangkutan murid-murid mereka ke sekolah di
mana projek gotong royong itu dijalankan.
2.4.6 Kekerapan Integrasi19
2.4.6.1 Tiap-tiap sekolah yang terlibat hendaklah memilih kumpulan
murid-murid yang berlainan bagi tiap-tiap kegiatan gotong royong
yang berlainan dijalankan.
2.4.7 Penyeliaan
2.4.7.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah membuat
penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas
Rancangan Integrasi Murid-Murid ini yang telah dipersetujui dan
dijalankan dari masa ke semasa.
3. Perhatian
3.1 Kegiatan-Kegiatan Khas yang dicadangkan ini pada umumnya boleh dijalankan di dalam
Rancangan Integrasi Murid-Murid bagi ketiga-tiga jenis sekolah yang berada di dalam satu
kawasan.
3.2 Beberapa pengubahsuaian mungkin perlu dibuat untuk melaksanakan Kegiatan-Kegiatan
Khas ini bagi ketiga-tiga jenis sekolah yang berhampiran (tetapi bukan dalam satu kawasan). 20
BAB 4
PENGESANAN DAN PELAPORAN
1. Pengesanan atau ‘monitoring’ ialah cara untuk mengetahui sejauhmana pelaksanaan Rancangan
Integrasi Murid-Murid telah dicapai matlamatnya. Berdasarkan kepada maklum balas dan
cadangan-cadangan yang dikemukakan, maka strategi baru dapat diadakan untuk menyelesaikan
masalah serta menjadikan pelaksanaan rancangan itu lebih berkesan lagi.
2. Cara Melaksanakan Pengesanan
2.1 Langkah pertama yang patut diusahakan oleh semua Jawatankuasa sekolah-sekolah yang
terlibat dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ialah menyimpan semua rekod yang
lengkap dan kemaskini mengenai mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan dan semua
kegiatan yang telah dijalankan. Ini akan menjadi sumber untuk mendapatkan maklumbalas
yang diperlukan.
2.2 Selain dari itu maklumbalas boleh diperolehi melalui saluran-saluran berikut:
· Perbincangan ramai (melibatkan semua anggota Jawatankuasa Rancangan Integrasi
murid-murid).
· Pemerhatian oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid atau pihak sekolah-
sekolah yang berkenaan.
· Kajiselidik yang boleh dijalankan berdasarkan kepada contohan.
2.3 Kesemua maklumat itu harus dikumpulkan dan seterusnya dianalisa sebelum dibuat dalam
bentuk laporan atau sebagainya.
3. Tanggungjawab dan Masa Pelaksanaan Pengesanan
3.1 Pihak Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid khasnya Setiausaha adalah
bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat atau maklumbalas dan menyediakan
laporan yang diperlukan. Untuk tujuan ini satu jawatankuasa kecil boleh dibentuk supaya
pengumpulan maklumat itu dapat dijalankan secara sistematik dan penyediaan laporan itu
disiapkan pada masa yang ditetapkan.
3.2 Adalah dicadangkan laporan itu disediakan sekali sepenggal dan dihantarkan kepada Jabatan
Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk perhatian Unit Ko-Kurikulum. 21
4. Tindakan Seterusnya
4.1 Segala maklumbalas yang diterima hendaklah dianalisa. Masalah-masalah yang dihadapi
juga hendaklah disenaraikan. Cadagan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut
perlu diperolehi dan dibentangkan kepada semua ahli J/kuasa Rancangan Integrasi
Murid-Murid. Rancangan serta strategi baru bolehlah dijalankan tetapi hendaklah mendapat
persetujuan dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.
Demikianlah seterusnya iaitu segala pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid
hendaklah dikesan dari semasa ke semasa secara berterusan bagi menentukan matlamat-
matlamat Rancangan Integrasi Murid-Murid itu dicapai.
5. Bidang Yang Perlu Dikesan
Antara bidang-bidang yang perlu dikesan meliputi aspek-aspek seperti struktur organisasi,
kegiatan, penglibatan dan masalah-masalah yang timbul. Pengesanan terhadap aspek-aspek ini,
boleh dilakukan dengan cara‘checklist’ yang di ‘scale’ kan, iaitu daripada keadaan yang
memuaskan kepada keadaan yang tidak memuaskan ditandakan di mana berkenaan.
Contoh:‘Checklist’ tersebut adalah seperti di bawah:
Pengesanan dan Pelaporan Rancangan Integrasi Murid-Murid.
1. Penerangan Konsep Rancangan Integrasi Murid-Murid.
1.1 Rancangan Integrasi Murid-Murid sudah dimaklumkan kepada:
1.1.1 Guru-guru
1.1.2 Pelajar-pelajar
1.1.3 Jawatankuasa PIBG
1.1.4 Lembaga Pengurus Sekolah
1.1.5 Ibu bapa
1.1.6 Masyarakat Setempat
2. Maklumat telah diberikan dengan cara: 22
2.1 Taklimat sahaja
2.2 Taklimat dan bahan bertulis
2.3 Bahan bertulis sahaja
3. Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid
3.1 Tarikh ditubuhkan
3.2 Bilangan ahli Jawatankuasa:
a) Guru Besar orang
b) PIBG orang
c) Lembaga Pengurus Sekolah orang
d) Guru Penolong Kanan orang
e) Guru-guru orang
3.3 Kekerapan bermesyuarat.
a. Sebulan sekali
b. Sepenggal sekali
c. Ad hoc
d. Lain-lain (nyatakan
3.4 Keputusan mesyuarat adakah berkaitan dengan:
a. Perlantikan ahli-ahli
b. Penyediaan Kemudahan dan peralatan
c. Pemilihan jenis kegiatan khas
d. Peningkatan penglibatan pelajar
e. Keberkesanan rancangan yang dijalankan 23
f. Aspek-aspek kewangan
g. Mengatasi masalah-masalah
3.4 Keputusan-keputusan mesyuarat:
a. Diambil tindakan sertamerta
b. Tidak diambil tindakan
c. Ditangguhkan kerana sebab-sebab tertentu
Nyatakan sebab-sebab:
4. Pelaksanaan Rancangan
4.1 Jenis Kegiatan Khas
4.1.1 Permainan Penggal 1 Penggal 2 Penggal 3
a. Bola Sepak
b. Bola Jaring
c. Bola Baling
d. Bola Keranjang
4.1.2 Penyertaan Beramai:
a. Merentas desa
b. Sukaneka
c. Lumba Jalankaki
4.1.3 Khidmat Masyarakat (Gotong Royong)
a. Membersihkan
kawasan sekolah 24
b. Mengindahkan kawasan
sekolah
5. Kekerapan Kegiatan Khas
Permainan Peyertaan Ramai Khidamat Masyarakat
5.1 Seminggu sekali
5.2 Sebulan Dua Kali
5.3 Sebulan Sekali
5.4 Sepenggal sekali
5.5 Setahun sekali
5.6 Setahun dua kali
5.7 Secara ad hoc
5.8 Berterusan
6. Tahap Penyertaan pelajar-palajar
Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
6.1 Permainan
a. Bola Sepak
b. Bola baling
c. Bola Jaring
d. Bola Keranjang
6.2 Penyertaan Ramai:
a. Merentas desa 25
b. Lumba Jalankaki
c. Sukaneka
6.3 Khidmat Masyarakat (Gotong royong)
a. Membersihkan kawasan sekolah
b. Mencantikkan kawasan sekolah
7. Penglibatan ketiga-ketiga jenis sekolah yang berkenaan dalam pelaksanaan rancangan:
7.1 Sangat memuaskan
7.2 Memuaskan
7.3 Kurang memuaskan
7.4 Tidak memuaskan
8. Sekiranya tidak memuaskan, beri sebab-sebab:
8.1 Kurang penerangan
8.2 Masalah kewangan
8.3 Kurang tenaga kepakaran
8.4 Kurang kemudahan dan peralatan
8.5 Masalah pengangkutan
8.6 Sikap
i. Sekolah dan guru-guru
ii. Murid-murid
iii. Masyarakat setempat
8.7 Dan lain-lain (nyatakan): 26
9. Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan Rancangan:
9.1 Kewangan
9.2 Tenaga kepakaran
9.3 Kemudahan dan peralatan
9.4 Sikap ibu bapa dan masyarakat
10. Pada pandangan anda program ini:
10.1 Telah mencapai matlamatnya
10.2 Belum berjaya mencapai matlamat
10.3 Tidak Berjaya mencapai matlamat27
Carta Aliran Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Tindakan Guru-Guru
Besar Ketiga-Tiga Jenis Sekolah Yang Berkenaan
Menerima Buku Garispanduan pelaksanaan
Rancangan Integrasi Murid-Murid setelah menghadiri
bengkel.
Memberi penerangan/taklimat kepada guru-guru di
sekolah masing-masing mengenai konsep, matlamat
dan rancangan Integrasi Murid-Murid.
Memberi penerangan kepada murid-murid di sekolah
masing-masing mengenai Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
Memberi peneragan/taklimat kepada PIBG, Lembaga
Pengurus Sekolah dan masyarakat setempat mengenai
Rancangan Integrasi Murid-Murid.
Menghubungi Guru-Guru Besar Sekolah-sekolah
yang terlibat dalam rancangan Integrasi Murid-Murid:
i) Sekolah-sekolah yang berada di dalam
kawasan yang sama atau
ii) Sekolah-sekolah yang berhampiran(bukan
dalam satu kawasan)
Mengadakan mesyuarat antara sekolah-sekolah yang
terlibat dan menubuhkan Jawatankuasa Integrasi
Murid-Murid bagi penggal pertama dan
penggal-penggal berikutnya.
Meneliti rancangan yang telah dirancangkan untuk
dilaksanakan dan untuk dibuat pengesanan.
Analisa
Masalah
Masala
h?
Tidak
Ya
Lampiran ‘A’ 28
Rancangan diteruskan
Mengadakan mesyuarat bulanan/penggal dan meneliti
pelaksanaan.
Kenalpasti
kelemahan
Tidak
Rancangan diteruskan
Menyediakan laporan-laporan
Menyampaikan laporan-laporan tahunan dan Penyata
Kewangan mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid
Kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Berhenti
Kurang
Berkesan
Ya 29
Lampiran‘B’
Proses Kerja Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Tindakan Guru-Guru
Besar Ketiga-Tiga Sekolah Yang Berkenaan
Proses Kerja Tindakan
1. Menerima Buku Garispanduan Rancangan
Integrasi Murid-Murid selepas berbengkel.
Semua Guru Besar sekolah yang terlibat dalam
Rancangan Integrasi Murid-Murid.
2. Memberi penerangan/taklimat kepada
guru-guru masing-masing mengenai konsep
dan Rancangan Integrasi Murid-Murid.
- Konsep dan matlamat
- Jenis-jenis Kegiatan Khas yang dicadangkan
- Perancangan dan pelaksanaan kegiatan khas
Rancangan Integrasi Murid-Murid
- Penyeliaan rancangan
- Pelaporan rancangan
Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah yang
mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.
3. Memberi penerangan kepada murid-murid
mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid.
- seperti di atas
Semua Guru Besar sekolah-sekolah yang
mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.
4. Memberi penerangan/taklimat kepada PIBG,
Lembaga Pengurus Sekolah dan masyarakat
setempat mengenai Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
- seperti di atas
Semua Guru Besar sekolah-sekolah yang
mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.
5. Menghubungi Guru-Guru Besar Sekolah-
Sekolah yang terlibat dalam Rancangan
Integrasi Murid-Murid:
i) Sekolah yang berada di dalam kawasan
yang sama atau
ii) Sekolah-sekolah yang berhampiran(bukan
dalam satu kawasan)
Sama seperti di atas.
6. Mengadakan mesyuarat antara ketiga-tiga
sekolah yang terlibat dan menubuhkan
Jawatankuasa Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
- Perlantikan pemegang-pemegang jawatan
- Menentukan kekerapan mesyuarat
- Mengenalpasti kemudahan yang ada dan
jenis-jenis gerakerja yang sesuai untuk di
Guru-Guru Besar, PIBG, Lembaga Pengurus
Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan dan
Guru-guru yang dipilih dari ketiga-tiga sokolah
yang mengikuti Rancangan Integrasi
Murid-Murid. 30
jalankan bersama.
- Mengenalpasti tenaga pengajar/pakar yang
ada/boleh didapati.
- Cara-cara bagaimana rancangan dijalankan
termasuk penjadualan dan pengelompokan
pelajar-pelajar mengikut kegiatan khas
yang dirancang.
- Cara-cara menyelia rancangan.
- Cara-cara mendapatkan sumber kewangan.
7. Meneliti rancangan untuk dilaksanakan dan
untuk dibuat pengesanan.
Semua pihak yang berkenaan dari ketiga-tiga
sekolah yang terlibat
8. Rancangan diteruskan Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
9. Mengadakan mesyuarat seterusnya yang
telah dirancang dan menyelia pelaksanaan.
- Menentukan penyelia-penyelia bagi
kegiatan-kegiatan tertentu.
- Mempastikan rancangan berjalan mengikut
jadual.
-Mengatasi masalah-masalah yang timbul.
Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
10. Rancangan diteruskan. Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi
Murid-Murid.
11. Menyediakan laporan
- bulanan
- penggal
- tahunan
a) Laporan umum
b)Laporan kewangan
Setiausaha
Setiausaha
Setiausaha
Bendahari
12. Menyampaikan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan kepada pihak-pihak yang
berkenaan.
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Kyirrtana Soorace