draft proposal kajian tindakan

Upload: bigbugwong

Post on 16-Jul-2015

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Wong Song Jie (PISMP MT AMBILAN JAN 09) 890604-02-5557

Draft Proposal Kajian TindakanPendahuluanPengalaman saya di Sekolah Kebangsaan Stella Maris dan Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar adalah murid-murid tidak mempunyai satu buku nota yang khas ataupun murid-murid menggunakan buku yang berlainan untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, murid-murid akan bertanya kepada guru buku latihan satu atau dua diperlukan untuk menyalin contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Terdapat sebilangan murid-murid telah hilang buku satu dan ada yang tidak membawa ke sekolah. Jadi akhirnya, muridmurid menggunakan buku latihan sesuka hati dan tiada kesetaraan. Selain itu, semasa pengajaran dan pembelajaran saya dijalankan, saya mengagihkan satu mini board kepada setiap kumpulan untuk mencatat hasil perbincangan sebelum membentangkan kepada guru hasil perbincangan mereka. Tetapi selepas satu peringkat, Mini Board itu telah penuh dan murid-murid perlu memadamkan hasil perbincangan yang sebelum ini. Saya berasa amat bazir dan rugi kearana catatan hasil perbincangan mereka tidak dapat dikekalkan dan murid-murid tidak dapat membaca balik isi perbincangan mereka pada hujung P&P hari tersebut. Di samping itu, apabila perbincangan dalam kumpulan, saya mendapati ada segelintir tidak turut terlibat dalam perbincangan dan menjadi penumpang. Ini telah menyebabkan kumpulan mereka gagal menjalankan aktiviti

berkumpulan pada peringkat pengukuhan. Satu lagi situasi juga sering berlaku iaitu murid-murid merebut untuk menulis pada Mini Board dan menyebabkan perbincangan kumpulan tidak dapat berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya biasanya memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat refleksi sebelum kelas saya tamat tetapi saya tidak dapat mengesan refleksi-refleksi yang telah dilakukan oleh murid-murid. Jadi, tiada satu penilaian yang tepat terhadap pembelajaran murid-murid.

Wong Song Jie (PISMP MT AMBILAN JAN 09) 890604-02-5557

Perancangan Mengumpul Data Tinjauan Awal1. Pemerhatian Pemerhatian akan dijalankan selama seminggu untuk memastikan amalan pengajaran guru dapat berjalan dengan lancar atau tidak. 2. Temu bual Menjalankan satu temu bual dengan guru Matematik kelas tersebut untuk mendapat maklumat tentang situasi pengajarannya dan amalan pembelajaran murid-murid sebelum ini.

Fokus KajianFokus kajian saya adalah melaksanakan tindakan untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis reflektif untuk mata pelajaran Matematik. Penulisan reflektif dapat membantu murid-murid mencapai pembelajaran yang optimum untuk kelas tersebut.

Objektif Kajian1. Meningkatkan kemahiran responden untuk mencatat refleksi kendiri. 2. Merancang pendekatan tindakan dapat meningkatkan kemahiran respoden untuk menulis refleksi kendiri. 3. Menilai pendekatan tindakan untuk meningkatkan kemahiran mencatat refleksi.

Soalan Kajian1. Apakah tindakan saya untuk meningkatkan kemahiran responden untuk mencatat refleksi kendiri? 2. Adakah pendekatan Mr. Conteng dapat meningkatkan kemahiran responden untuk menulis refleksi kendiri? 3. Apakah kesan penggunaan Mr. Conteng dalam meningkatkan kemahiran mencatat refleksi?

Cara Mengumpul Data1. Temu bual dengan murid-murid 2. Pemerhatian guru3. Hasil kerja harian murid-murid