draft proposal kajian tindakan (noor nazreen-pl 1 jan 2010) 2013

33
PENGGUNAAN TERAPI SENI VISUALSEBAGAI SATU CARA DAPAT MEMBETULKAN MASALAH KETERBALIKKAN ANGKA 5 , 7 DAN 9 MURID PEMULIHAN KHAS. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu sentisa bersaing untuk menggunakan dan memanipulasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada disekeliling mereka. Namun begitu, segala kemudahan yang serba canggih berkemungkinan kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah dalam pembelajaran khususnya masalah 3M (membaca, menulis dan mengira). Ringkasnya, walaupun dunia berada dalam era teknologi, kemahiran 3M sangat dititiberatkan kerana ianya merupakan asas kepada pembangunan pendidikan negara. Dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah sangat penting untuk dikuasai oleh setiap individu yang bergelar murid bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya, kemahiran-kemahiran ini tidak dikuasai dan berkembang sepenuhnya dalam diri murid, satu bentuk program pemulihan perlu diwujudkan dalam membantu setiap murid yang mempunyai masalah sebegini. Pendidikan Pemulihan Khas merupakan satu cabang dalam pendidikan yakni usaha kerajaan bagi mengatasi masalah murid 1

Upload: noor-nazreen

Post on 06-Dec-2014

210 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

PENGGUNAAN TERAPI SENI VISUALSEBAGAI SATU CARA DAPAT

MEMBETULKAN MASALAH KETERBALIKKAN ANGKA 5 , 7 DAN 9 MURID

PEMULIHAN KHAS.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap

individu sentisa bersaing untuk menggunakan dan memanipulasikan kemudahan dan

peralatan canggih yang ada disekeliling mereka. Namun begitu, segala kemudahan

yang serba canggih berkemungkinan kurang bermanfaat kepada individu yang

menghadapi masalah dalam pembelajaran khususnya masalah 3M (membaca, menulis

dan mengira). Ringkasnya, walaupun dunia berada dalam era teknologi, kemahiran

3M sangat dititiberatkan kerana ianya merupakan asas kepada pembangunan

pendidikan negara. Dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa

kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah sangat penting

untuk dikuasai oleh setiap individu yang bergelar murid bagi membolehkan mereka

mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di

sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya, kemahiran-kemahiran ini tidak

dikuasai dan berkembang sepenuhnya dalam diri murid, satu bentuk program

pemulihan perlu diwujudkan dalam membantu setiap murid yang mempunyai masalah

sebegini.

Pendidikan Pemulihan Khas merupakan satu cabang dalam pendidikan yakni

usaha kerajaan bagi mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan

1

Mazmi, 16/03/13,
EJAAN
Page 2: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus kurikulum pembelajaran.

Program ini telah diwujudkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an yang bertujuan memulihkan kelemahan-

kelemahan yang dikesan pada murid lambat dan secara tidak langsung ianya dapat

meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid

normal. Menurut Brenna (1974), pendidikan pemulihan merupakan satu pengajaran

untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang idapati menghadapi

masalah dalam pembelajaran Menurut beliau :

“Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs

which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot be

explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation of life

experience’.

Dewasa ini masalah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran di

sekolah rendah mahupun sekolah menengah mula mendapat perhatian serius daripada

para pendidik dan ibu bapa di negara kita. Persoalan atau isu yang timbul seperti

faktor-faktor murid-murid ini ketinggalan dalam pembelajaran mereka dan kaedah

terbaik untuk membantu mereka hangat diperbincangkan mengenai pendidikan. Hasil

daripada pebincangan ada yang bersuara supaya tindakan pemulihan yang lebih

efektif dapat diwujudkan.

Syed Abu Bakar Syed Ali (1997) telah menyatakan bahawa pendidikan

pemulihan khas amat penting dalam sistem pendidikan khas kerana terdapat hampir

20% daripada jumlah murid-murid terpaksa bersaing dengan murid-murid normal

untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak

2

Page 3: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

sukatan pelajaran yang sama. Dalam erti kata lain, pendidikan pemulihan khas ini

merupakan usaha-usaha untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran di sekolah. Menurut kata-kata Mook Soon Sang (2003) :

”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan

menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat

kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai

murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi

membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-

satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”

Bagi pendapat yang dikemukan oleh Albertwhite (1977), pula menyatakan

bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh

kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan

emosi. Beliau menegaskan bahawa;

‘By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which

forms the basis for scientific remedial procedures’.

Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran

yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan

dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum

yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,

tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta

disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional).

3

Page 4: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Sebilangan murid-murid pemulihan yang mengikuti program pemulihan khas

ini mempunyai permasalahan pembelajaran yang agak serius dan berbeza dengan apa

yang dijangkakan sebelum ini. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan

dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Guru seharusnya mengetahui setiap

pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan dan oleh kerana itu tiada satu

kaedah mengajar yang boleh dikatakan keadah mengajar yang terbaik untuk semua

murid.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(1982) dalam pendidikan pemulihan khas, masalah penguasaan kemahiran 3M ini

dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu masalah pembelajaran ringan ( lambat

menguasai kemahiran 3M) dan yang kedua ialah masalah pembelajaran kompleks

(tidak dapat langsung menguasai kemahiran 3M).

Berdasarkan kedua-dua kategori ini ianya dapat memberikan gambaran secara

spesifik, kemungkinan wujudnya masalah yang serius seperti disleksia dalam

kalangan murid-murid pemulihan di sekolah-sekolah rendah. Umumnya, disleksia

adalah sukar dikenal pasti. Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan

murid-murid biasa yang sering membuat kesilapan yang tidak jauh bezanya dengan

kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid yang mengalami disleksia.

Namun, adalah amat penting disleksia dikenalpasti seawal yang mungkin. Ini kerana

semakin muda atau awal usia mereka mengalami disleksia dikenal pasti dan diberi

intervensi, semakin mudah mereka menerima dan menguasai sesuatu kemahiran.

Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan merupakan satu usaha yang

agak mencabar terutamanya kepada para pendidik. Para pendidik akan menempuh

segala kekangan untuk mendidik murid-muridyang berada dalam program pemulihan

4

Page 5: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

ini yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza. Kehadiran murid-

murid yang mempunyai masalah disleksia dalam bilik darjah mereka sudah tentu

menambahkan lagi beban dan kesukaran kepada guru untuk melaksanakan pengajaran

yang lebih efektif.

Ekoran daripada masalah itu, guru-guru pemulihan khasnya memainkan

peranan yang sangat penting dalam membantu serta membantu murid-murid ini untuk

menguasai kemahiran asas. Guru pemulihan khas perlulah berusaha untuk

menyediakan pendidikan yang lebih kreatif dan bersifat inovatif sesuai dengan

kemampuan dan perkembangan murid secara menyeluruh. Menurut Esah Sulaiman

(2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti

pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan

berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan,

kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah

yang dikatakan strategi pengajaran.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya merupakan seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus

Perempuan Melayu yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP). Sepanjang saya menjalani praktikum pada Fasa I dan II, saya sering

berhadapan dengan murid-murid pemulihan yang mengalami masalah numerasi

terutamanya dalam penambahan secara pengumpulan semula.

Namun apa yang berlainan pada Fasa III ini, saya telah berhadapan dengan murid

yang agak berbeza dengan murid-murid yang saya berhadapan pada Fasa I dan II.

5

Page 6: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Saya telah menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah

selama 12 minggu iaitu bermula 21 Januari 2013 hingga 19 April 2013.

Memandangkan saya merupakan daripada opsyen Pemulihan Khas, saya telah

ditugaskan untuk mengajar di kelas Pemulihan Khas di sekolah berkenaan. Sekolah

Kebangsaan Rumbia mempunyai seramai empat orang murid pemulihan dari Tahun 2

Bestari dan empat orang dari Tahun 3 Bestari.

Sepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini, saya telah pengkaji

dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan

khas dan hal ini telah menarik perhatian saya untuk dijadikan kajian tindakan..

Semasa mengajar subjek Matematik Tahun 2 kelas pemulihan khas, apa yang menarik

perhatian saya ialah saya dapati mendapati salah seorang murid pemulihan khas ini

menghadapi sedikit masalah ketika menulis nombor. Murid tersebut mempunyai

simptom disleksia visual. Murid tersebut ialah Aiman (bukan nama sebenar). Hal ini

kerana, Aiman menulis angka secara terbalik. Permasalahan ini saya perolehi setelah

melaksanakan Ujian Diagnostik Matematik ke atas murid-murid Tahun 2 Bestari.

Hasil daripada penyemakan kertas ujian tersebut saya mendapati, Aiman menulis

angka secara terbalik. Namun, tidak semua angka ditulis terbalik. Hanya beberapa

angka sahaja yang sering ditulis secara terbalik terutamanya angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’.

Daripada pengalaman yang telah saya alami sepanjang berpraktikum di sekolah

tersebut, saya mendapati masalah ini sering berlaku semasa proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Matematik dilaksanakan. Apa yang saya perhatikan,

Aiman sering menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara terbalik. Sebagai contoh, apabila

saya meminta Aiman menulis angka secara berulang pada papan putih, “Aiman,

tolong tulis angka 5, 7 dan 9, cikgu nak tengok”. Didapati pada permulaannya, Aiman

menulis angka dengan kedudukan yang betul, namun lama-kelamaan angka yang

6

Page 7: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

ditulisnya adalah terbalik. Kadang kala, saya amat kecewa juga dengan Aiman kerana

saya beranggapan Aiman tidak serius mengambil teguran saya setiap kali saya

menegurnya membetulkan angka yang ditulisnya. “Ala cikgu, tak apalah. Bolehlah

ni’. Begitulah jawapan yang diberikan setiap kali saya menegur Aiman. Pada

pendapat saya, Aiman boleh mengenal bentuk angka tetapi tidak boleh menulis

angka-angka tersebut mengikut kedudukan yang betul.

Menerusi pemerhatian tidak berstruktur ketika proses pengajaran dan

pembelajaran saya, didapati Aiman kurang berminat dengan teknik pengajaran secara

pengulangan. Walaupun pengulangan dilakukan beberapa kali, murid tetap tidak

menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan aktiviti. Apa yang telah diperkatakan

oleh Aiman ialah dia merasa bosan atau penat “Cikgu, dah lah.bosanlah.”. Selain

itu,dari sudut tumpuan pula, murid juga tidak boleh menumpukan perhatian pada sesi

pengajaran dan pembelajaran semasa menulis angka ‘5’, ‘7’ dan ‘9’.

Seperti yang dinyatakan masalah murid ini bukan sahaja di dalam kekeliruan

menulis angka secara terbalik malah bermasalah di dalam penulisan abjad

berdasarkan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu terutamanya kedudukan abjad b, d dan

p.

Masalah ini dapatlah dikaitkan dengan penyataan yang dikemukakan oleh

Renwick (2001), bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah yang kesukaran

pembelajaran yang spesifik yang dihadapi oleh seseorang murid dalam aspek-aspek

membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor. Perkara ini telah oleh Sanders dan

Mayers yang meyatakan bahawa kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang

serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti nota-nota musik dan

tanda matematik.

7

Mazmi, 16/03/13,
Betulkan struktur ayat ini
Page 8: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Sebagai seorang guru yang berdedikasi, sanggupkah kita melihat anak didik

kita terus ketinggalan dan mundur tanpa sebarang bantuan yang sepatutnya

dihulurkan? Salah satu cara bagi menarik minat murid-murid ini ialah guru

berperanan untuk memberikan tugasan yang mereka dapat lakukan mengikut tahap

keupayaan seseorang murid tersebut. Menurut The Assessment Standard for School

Mathematic (NCTM, 1995) mencadangkan tugasan yang diberikan kepada murid

berkaitan dengan matematik perlulah murid tahu dan mampu menyelesaikan tugasan

tersebut.

Oleh yang demekian, saya haruslah memilih satu pendekatan yang sesuai dari

segi peringkat umur, minat dan kecenderungan murid untuk diaplikasikan kepada

murid ini supaya dapat menimbulkan minat dan memudahkan kefahaman mereka

terhadap isi pelajaran dan dapat mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan.

Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk cuba membantunya dalam

membetulkan masalah keterbalikkan angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ melalui terapi seni visual

sepanjang praktikum saya selama 12 minggu ini. Semoga apa yang saya lakukan ini

dapat membantu Aiman untuk mengurangkan permasalahan yang dihadapinya

sekaligus dia dapat menulis angka dengan betul dan kemas.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi

intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada

8

Mazmi, 16/03/13,
ejaan
Page 9: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu

pengetahuan.

Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan

masalah seawal mungkin” supaya masalah pembelajaran tidak menjadi kronik dan

berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan

menengah rendah Pendidikan merupakan akar umbi yang menjadi tunjang utama

dalam pembentukan individu secara menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan

modal insan yang cemerlang dan gemilang. Demi merealisasikan pembentukan modal

insan ini, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni

harus menyedari akan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan generasi

pelapis dapat mengecapi hasrat dan cita-cita yang diimpikan negara.

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, tanggungjawab dalam

melahirkan generasi yang berilmu serta berpengetahuan adalah terletak di bahu

mereka yang bergelar warga pendidik. Cuba kita fikirkan bersama, bagaimanakah

cara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan? Sudah jelas sekali

jawapannya adalah melalui sistem pendidikan yang ada di negara kita ini. Kerajaan

mengambil pelbagai inisiatif demi mewujudkan modal insan yang berilmu

pengetahuan sebagai contohnya menyediakan pendidikan awal pada peringkat

prasekolah dan juga sekolah rendah.

Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah bagi membantu mengatasi masalah

keterbalikkan menulis angka dalam kanak-kanak disleksia. Penguasaan terhadap

kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) adalah penting walaupun dunia

dikejar arus pemodenan dewasa ini. Menurut Ott (1997) dalam konteks pendidikan

menyatakan bahawa kemahiran asas adalah sangat penting dikuasai oleh setiap

9

Page 10: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

individu murid bagi membolehkan mereka memperoleh manfaat daripada setiap

komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka.

Sekiranya kemahiran-kemahiran ini tidak diajar dan belum berkembang

sepenuhnya dalam diri murid, satu program pemulihan perlu diwujudkan bagi

membendung masalah ini supaya murid-murid tidak dilabelkan sebagai murid tercicir

di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, masalah keterbalikkan angka tidak

sepatutnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menghadapi disleksia jika

semua pihak tidak memandang enteng terhadap masalah ini. Permasalahan ini perlu

dicegah seawal yang mungkin. Jika pengenalpastian dan intervensi yang bersesuaian

dilaksanakan seawal yang mungkin, tempoh yang diperlukan untuk mengurangkan

kesan negatif disleksia mungkin menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan

Hughes, 1999, Mercer, 1997).

Seterusnya, Program Literasi dan Numerasi juga telah diperkenalkan bagi

membantu guru-guru dalam merancang tindakan susulan agar semua murid boleh

menjadi celik nombor kelak. Saringan awal dilaksanakan dan didapati masih ada lagi

murid yang mengalami masalah celik nombor yang serius akan diserapkan ke dalam

kelas LINUS Tegar. Ketika saringan awal dijalankan, guru dapat melaksanakan

rawatan bagi membantu murid memastikan mereka mengenal dan memperbaiki

kemahiran asas terutamanya kemahiran menulis angka dengan cara yang betul.

Saya berpendapat bahawa lemahnya penguasaan kemahiran asas ini adalah

disebabkan kurangnya penumpuan terhadap pentingnya struktur bentuk dan perhatian

kepada pengajaran menulis angka mengikut kedudukan yang betul. Perkara ini

merupakan antara punca yang menyebabkan murid tidak dapat menulis angka dengan

betul. Kadang-kala terdapat persoalan yang bermain difikiran saya apakah punca

10

Mazmi, 16/03/13,
penumpuan oleh guru atau kelemahan murid?
Page 11: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

sebenar murid-murid ini tidak dapat menguasai menulis angka dengan kedudukan

yang betul sedangkan ianya merupakan perkara asas dalam matematik. Adakah

mereka ini tahu nilai sebenar sesuatu angka itu tetapi tidak dapat menulis angka

tersebut dengan kedudukan yang betul. Setelah saya membuat pembacaan secara

mendalam, barulah saya sedar bahawa murid ini mengalami masalah disleksia.

Kesukaran yang dihadapi murid ini dapat dikaitkan dengan Disleksia Visual kerana

menulis angka secara terbalik. Walaupun murid tersebut boleh mengenal nombor

namun dari segi tulisan, murid ini masih menulis angka secara terbalik.

Menurut Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), Disleksia Visual

merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat

perbezaan, intepretasi atau mengingat angka yang dilihat. Tahap jejasnya masalah

keterbalikkan ini bergantung kepada masalah yang dihadapinya. Menurut Spark-

Langer (1992), Disleksia Visual merupakan kepayahan seseorang khususnya dalam

melakukan tugas untuk membezakan sesuatu terutamanya mengencam kedudukan

angka.

Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan

sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti terdapat kira-kira

lima peratus yang menghadapi masalah disleksia iaitu bersamaan satu daripada 20

orang, di mana jumlah ini merupakan jumlah yang besar dibandingkan dengan

masalah pembelajaran yang lain. Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM), menganggarkan bahawa seramai 290 000 murid sekolah

daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran

Spesifik (SPLD), serta disleksia.

11

Page 12: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Menurut Gupta, terdapat dua juta kes disleksia di seluruh Malaysia, iaitu 25

peratus daripada populasinya melibatkan pelajar sekolah. Brenna (1995) pela

menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang

mereka ada untuk menyelesaikan seseuatu masalah. Contohnya seperti ketika mereka

berhadapan dengan masalah menulis angka secara terbalik.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh

dipisahkan dengan kehidupan kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan

keperluan dan minat kanak-kanak. Developmentally Appropriate Practices (DAP)

ataupun Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak memfokuskan

penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak

secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan

minat kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, salah satu tindakan yang wajar dilaksanakan

sekiranya dapat mengaplikasikan gabungan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid

secara aktif yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan minat mereka dalam

langkah membetulkan kesalahan keterbalikkan menulis angka. Pendekatan yang akan

saya gunakan bagi mengatasi masalah keterbalikkan menulis angka terutamanya

angka ‘5’, ‘7’ dan ‘9’ adalah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan Terapi Seni Visual iaitu melibatkan visual dan ruang serta kinestatik

atau pergerakan. Saya yakin jika sekiranya penggunaan Terapi Seni Visual ini

diaplikasikan dalam pengajaran dalam membetulkan masalah keterbalikkan menulis

angka maka ianya akan menambahkan lagi daya pemahaman serta ingatan murid

terhadap kemahiran yang disasarkan dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

12

Mazmi, 16/03/13,
ejaan
Mazmi, 16/03/13,
Tahun?
Page 13: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

• Kajian ini dijalankan adalah untuk membetulkan masalah yang dihadapi oleh

seorang murid kelas pemulihan Sekolah Kebangsaan Rumbia berkaitan

dengan kesalahan menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara terbalik.

• Saya mendapati bahawa respondan mempunyai masalah dalam kemahiran

menulis yakni menulis angka secara terbalik. Terdapat banyak kesalahan

menulis yang boleh saya kenal pasti berdasarkan lembaran kerja yang

diperolehi.

• Menerusi ujian diagnostik yang dilaksanakan terhadap responden, dapat

dikenal pasti bahawa murid pemulihan di sekolah ini mengalami masalah

menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara terbalik.

• Masalah ini timbul dalam kalangan murid pemulihan adalah disebabkan

kurangnya kemahiran mereka dalam menulis angka dengan cara betul

termasuklah dari segi bentuk dan posisi angka tersebut.

• Saya lebih memberi fokus kepada masalah menulis angka ‘5’, ‘7’ dan ‘9’

secara terbalik di samping saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran

Matematik di dalam kelasnya dengan menggunakan Terapi Seni Visual secara

latih tubi.

• Nombor bulat adalah merupakan nombor tanpa perpuluhan. (Ainon binti

Mohd & Abdullah bin Hassan, 2002).

• Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, nombor ditakrifkan sebagai satu

entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor

13

Page 14: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

adalah dipanggil sebagai angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering

digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor

bersiri), dan kod (ISBN).

• Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi

keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif,

transenden, dan kompleks.

• Berdasarkan pemerhatian saya terhadap respondan saya, saya mendapati

bahawa dia mempunyai tahap kognitif yang boleh dikatakan lemah. Dia tidak

dapat mengingat apa yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang.

• Bagi mata pelajaran Matematik, saya dapati dia boleh mengenal dan menyebut

angka baik kerana dia dapat menjawab dengan betul setiap kali saya

menujukkan nombor kepadanya namun apa yang menjadi fokus masalah ialah

dari segi tulisan yang mana responden saya menulis angka tertentu secara

terbalik iaitu angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’.

• Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pula, dia dikatakan masih kurang

menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik. Dia masih sukar untuk

mengaitkan bentuk huruf dengan nama huruf tersebut kerana dia masih

tergagap-gagap lagi untuk menyebut huruf berkenaan.

• . Melalui pemerhatian saya terhadap komunikasi dan tahap sosialnya semasa

pengajaran di dalam kelasnya, responden kelihatan begitu aktif dan baik dalam

komunikasi berbanding rakan sekelasnya yang agak pendiam.

• Dia lebih menonjol di dalam kelas dan menunjukkan minat yang mendalam

sewaktu pengajaran saya. Dia akan menumpukan perhatiannya dengan

menjawab soalan yang diajukan dengan baik sekali. Faktor kemesraan di

antara saya dengannya juga mempengaruhi minatnya dalam pengajaran saya

14

Mazmi, 16/03/13,
jangan gunakan rujukan daripada wikipedia. Iannya sumber yang tidak dikreditkan senagai sahih kerana sesiapa sahaja boleh mengubah informasi dalam wiki itu.
Page 15: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

kerana saya dikatakan melayan kerenahnya yang suka berdampingan dengan

orang.

• Walaupun saya dikatakan mesra dan rapat dengannya, saya sentiasa

mengingatkannya mengenai batasan hubungan saya selaku guru dan dia

sebagai murid.

• Jika dilihat secara fizikal, responden secara keseluruhannya kelihatan normal

dan tidak berbeza dengan rakan-rakan mereka yang lain. Berdasarkan

perbualan tidak formal pengkaji bersama guru kelas pemulihan murid ini,

responden mempunyai masalah juling. Hal ini terbukti apabila saya

menjalankan ujian pergerakan anak mata menggunakan sebatang pensel. Hasil

daripada ujian tersebut didapati responden menunjukkan masalah juling.

• Dari segi emosi, responden merupakan seorang murid yang periang tetapi

kadang kala dia juga mempunyai emosi yang tidak stabil. Dia boleh menjadi

seorang yang periang dan juga boleh menjadi seorang yang mudah tersentuh.

• Selain itu, dia juga sentiasa mengelamun di dalam kelas semasa ketiadaan

guru dan kadang kala bercakap apa sahaja yang terlintas di fikirannya pada

masa itu.

• Kadang kala, dia juga suka bercakap seorang diri dan butir-butir

percakapannya tidak dapat difahami dan ini kerap saya lihat semasa ketiadaan

guru di dalam kelasnya.

• Dia juga merupakan seorang yang suka bercakap dan sentiasa bercakap

mengenai apa yang ingin dilakukan pada kemudian hari. Dia juga akan

kelihatan gembira apabila apa yang ingin disampaikannya diberi perhatian

oleh orang yang berada di sekelilingnya.kita.

15

Page 16: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

• Dia gemar bercerita dan bercakap dengan orang yang memberikan perhatian

kepadanya kerana dia merupakan seorang kanak-kanak yang manja dan suka

berdampingan dengan orang yang memberikan perhatian kepadanya.

• Sebelum melaksanakan intervensi yang bersesuaian terhadap responden,

pengkaji perlu mentadbir ujian pra bagi mengenal pasti tahap penguasaan awal

responden untuk menulis angka terutamanya angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’. Ujian pra

yang ditadbir kepada responden mengandungi 6 bahagian dan setiap bahagian

terdapat pecahan soalan yang memerlukan responden mennunjukkan angka

yang disebutkan oleh guru dan menulis ketiga-tiga angka tersebut.. Ujian pra

ditadbir kepada responden selama 30 minit.

• Ujian pra yang ditadbir kepada responden mempunyai nilai kebolehtadbiran.

Hal ini kerana sebelum responden menjawab soalan yang diberikan, pengkaji

akan memberi penerangan mengenai kehendak soalan. Masa yang

diperuntukkan kepada responden adalah bersesuaian dengan bilangan soalan

dan tahap kognitif responden.

• Ujian pra yang dibina meliputi aspek kawalan. Aspek kawalan meliputi aspek

kawalan ke atas responden semasa ujian pra ditadbir. Menerusi ujan pra yang

telah dijalankan, aspek kawalan tidak menjadi masalah utama kepada

pengkaji. Responden dapat mendengar dan memahami arahan yang diberikan

kepada mereka. Aspek kawalan turut perlu diperhatikan semasa proses

intervensi dilaksanakan. Intervensi yang dilaksanakan terhadap responden

perlulah bersesuaian dengan tahap kognitif responden serta bertepatan dengan

kemahiran yang ingin diatasi.

• Berdasarkan pengalaman bersama responden serta ujian pra yang telah

ditadbir, pengkaji berasa bertanggungjawab untuk membantu murid-murid

16

Mazmi, 16/03/13,
Betulkan ayat ini dan jelaskan maksud aspek kawalan
Page 17: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

yang mengalami masalah keterbalikkan semasa menulis angka. Pada pendapat

pengkaji, kaedah Terapi Seni Visual merupakan kaedah yang bersesuaian

untuk dilaksanakan bagi membantu murid ini.

• Bidang seni visual mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan

murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-

perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka.

• Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak

dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan

kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak

diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan

mengembangkan pemikiran yang kritis.

• Seni visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai

teknik dalam seni. Misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan

mencantum dalam bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra.

• Oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan sebagai satu kaedah rawatan yang

menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu

untuk menghasilkan produk.

• Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan

terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang

terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan

perasaan yang dinyatakan akan tetap terpendam.

• Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai satu kaedah rawatan yang

menggunakan media seni tampak sebagai alatan rawatannya.

17

Page 18: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

• Memandangkan responden mengalami masalah Disleksia Visual, maka Terapi

Seni Visual merupakan salah satu kaedah yang sesuai dilaksanakan bagi

membantu mengatasi masalah keterbalikkan menulis angka.

• Di samping itu juga, melalui pembacaan yang dilakukan oleh pengkaji, antara ciri-

ciri yang dimiliki oleh murid yang mengalami masalah disleksia ini ialah mereka

banyak menggunakan otak kanan iaitu menjurus kepada bidang-bidang seni. Maka

sesuailah kaedah ini dilaksanakan ke atas responden. Melalui temu bual dengan

serta sukakan aktiviti yang bersifat ‘hands-on’.

• Bagi memantapkan lagi kemahiran menulis angka ‘5’,’7’ dan ‘9’ dengan cara

yang betul, saya juga melaksanakan latih tubi. Melalui latih tubi, seseorang dapat

menghasilkan sesuatu dengan baik dan memuaskan.

• Menurut Zulkifli B. Ismail & Redwan Majid (2004), percubaan demi percubaan

dan latihan yang berterusan adalah faktor penting untuk kecemerlangan.

• Menurut Ainon Mohd & Abdullah B. Hassan (2002), latih tubi merupakan latihan

yang berulang-ulang. Latih tubi juga merupakan suatu teknik pengajaran dan

pembelajaran yang menekankan pengulangan sebutan. Tujuannya supaya murid

dapat meneguhkan daya ingatan serta dapat menguasai kemahiran lisan yang

diajarkan oleh guru. Contoh, latih tubi pemintal lidah, latih tubi sebutan, latih tubi

bersambut dan latih tubi pasangan minimal. (Naffi Mat, 2006).

• Berikan penegasan kenapa terapi ini akan berjaya untuk membantu responden

kamu mengatasi kelemahannya.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

Kategori kanak-kanak yang berada dalam kelas pemulihan khas yang terdapat

di negara ini dalah berbeza-beza dengan berdasarkan masalah yang dihadapi.

18

Page 19: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan

luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia

mempunyai hubungan signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992).

Payne dan Tuner (1999) berpendapat bahawa disleksia merupakan satu

permasalahan pembelajaran yang spesifik atau khusus.

Menurut Rubiah Kulop (1997) dalam satu kajian Guru Khas Pemulihan,

masalah disleksia yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat

dilihat melalui tiga aspek. Pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi

perkembangan mental seperti lambat untuk menerima dan memproses

maklumat serta mengalami sedikit kecacatan seperti yang ditunjukkan oleh

responden iaitu masalah juling. Kedua, kanak-kanak sering tidak hadir ke

sekolah dan yang terakhir mereka mengalami masalah dalam kemahiran

bacaan serta penulisan sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

Apa yang menjadi fokus utama kajian ini dilaksanakan ialah timbul masalah

keterbalikkan menulis angka. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat oleh

pengkaji, responden telah menguasai kemahiran mengenal bentuk angka serta

nilai angka tersebut, namun yang menjadi masalahnya ialah dari segi tulisan

iaitu menulis angka secara terbalik.

Pengkaji mendapati responden sering menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara

terbalik ketika diminta menulis angka yang disebut oleh pengkaji.

Hal ini membuatkan pengkaji tertanya-tanya apakah sebenarnya masalah yang

dihadapi oleh responden. Setelah membuat tinjauan awal, pengkaji mendapati

murid ini mempunyai masalah Disleksia Visual.

Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa terdapat kelainan pada otak

individu yang mengalami disleksia. Di dalam otak seseorang yang

19

Page 20: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

menagalami masalah disleksia, didapati bahagian temporal bahasa di kedua-

dua belah otak adalah sama tanpa kelebihan normal pada sebelah kiri berbeza

dengan orang biasa yang tidak mengalami disleksia di mana bahagian kirinya

lebih besar daripada bahagian kanan menurut Galaburda, Le May dan Kemper

(1978) serta Gesewind dan Levitsky (1968).

Menurut Carol Turkington dan Joseph dalam buku bertajuk Understanding

Learning Disabilities pula mengatakan bahawa masalah pembelajaran adalah

satu gangguan neurobiologi di mana otak seseorang bekerja atau berstruktur

berbeza, dan mempengaruhi proses asas yang terlibat dalam memahami atau

menggunakan bahasa atau matematik.

Garnett (1993) mendifinikan visual sebagai pemprosesan melalui pengamatan

deria mata. Masalah visual adalah berkaitan dengan mata atau penglihatan

iaitu seseorang individu itu tidak dapat mengadaptasikan gambaran atau

memproses maklumat melalui penggunaan deria mata.

Terdapat empat jenis permasalahan berkaiatan visual iaiatu persepsi ruang,

pembalikkan, pengenalpastian dasar dan juga diskriminasi visual. Antara

keempat-empat jenis ini, diskriminasi visual merupakan masalah utama yang

dihadapi oleh responden. Permasalahan diskriminasi visual inimerujuk kepada

masalah tidak dapat membezakan sama ada persamaan atau perbazaan sesuatu

objek. Ini termasuklah dari segi posisi sesuatu objek. Contoh yang jelas ialah

masalah keterbalikkan posisi ketika menulis angka yang sering dihadapi oleh

responden. Hal ini adalah disebabkan oleh penerimaan gambaran yang tidak

jelas dalam menerima sesuatu maklumat melalui visual.

Dalam erti kata lain, responden sering menghasilkan tulisan cermin. Tulisan

cermin atau ‘Mirror Writing’ merupakan penulisan yang luar biasa di mana

20

Mazmi, 16/03/13,
Italickan judul buku
Page 21: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

tulisan terhasil secara terbalik dengan tulisan yang sebenar. Istilah tulisan

cermin ini telah diperkenalkan oleh Buchwald yang telah menyatakan bahawa

penghasilan tulisan kebanyakkannya berada dalam posisi yang berlainan

dengan tulisan sebenar. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah ini

menggunakan tangan kiri semasa menulis.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran memerlukan satu sistem

pengajaran dan arahan yang khusus mengikut permasalahan yang dihadapinya.

Kajian telah dibuat dan terbukti kanak-kanak ini boleh meningkatkan

pencapaian matematik mereka melalui arahan-arahan khas dan kaedah

pembelajaran yang bermakna (Mastropieri, Scruggs & Shiah, 1991).

Saya bercadang untuk menggunakan terapi sebagai satu kaedah bagi

membantu masalah keterbalikkan menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’.

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak

balas terhadap aktiviti atau kemahiran.“Rawatan pemulihan ke atas pesakit

yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu

kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal” (Kamus

Perubatan Mosley, 2001)

Tujuan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang

murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta

meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor

mereka di samping melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang

bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008,

S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009)

21

Mazmi, 16/03/13,
Tahun?
Page 22: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Terdapat pelbagai perkhidmatan terapi yang boleh digunakan bagi membantu

kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran.

Bagi masalah Disleksia Visual yang dialami oleh responden, Terapi Seni

Visual merupakan terapi yang sesuai dilaksanakan.

Terapi Seni Visual merupakan satu profesion perkhidmatan kemanusian yang

mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas

seseorang untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan

seseorang individu.

Salah satu daripada aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Terapi Seni

Visual ialah melukis. Bartoline (1998) mentafsirkan melukis itu sebagai

kebolehan seseorang itu untuk membina, memanipulasikan dan mentafsir

imej-imej dalam minda.

Dalam Terapi Seni Visual, pengajaran yang dilaksanakan dengan

menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran

tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media

dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok.

Melalui Terapi Seni Visual, penggunaan deria dapat digunakan secara

maksimum. Sebagai contoh, saya akan melaksanakan aktiviti membuat kolaj

membentuk nombor mengikut cara penulisan yang betul. Aktiviti kolaj ini

banyak menggunakan deria seperti visual, sentuhan, kinestatik.

Menurut Howard Gardner (1983) telah mengemukan Teori Kecerdasan

Pelbagai iaitu kebolehan menyelesaikan masalah serta menghasilkan sesuatu

yang bernilai dalam konteks sosia budaya masing-masing.

Berdasarkan teori ini, idea untuk menggabungkan kecerdasan pelbagai yang

ada pada kanak-kanak boleh dilaksanakan dalam usaha membantu responden

22

Page 23: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

mengatasi masalah keterbalikkan menulis angka yang dihadapinya. Dalam hal

ini, kecerdasan dalam bidang visual dan kinestatik digerakkan seiring bagi

memantapkan kefahaman responden terhadap kemahiran yang diajar.

Disampinh menggunakan Terapi Seni Visual, saya juga akan mengaplikasikan

teknik latih tubi. Aktiviti yang dilaksanakan akan dibuat secra berulang kali

dan diperkukuhkan lagi menerusi latihan menulis angka selepas intervensi

dijalankan.

Zulkifli Ismail & Redwan Majid (2004) mangatakan bahawa cubaan demi

cubaan dan latihan yang berterusan adalah faktor penting untuk

kecemerlangan. Pendapat ini sejajar dengan teori yang dipelopori oleh

Thorndike (18741949) yang memperkenalkan Tiga Prinsip Hukum iaitu

Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Penggunaan latih tabi

banyak diaplikasikan dalam Hukum Latihan yang mana banyak melibatkan

pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

Membetulkan kesalahan menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara terbalik melalui

Terapi Seni Visual pada tahap yang maksimum.

Meningkatkan amalan pengajan dan pembelajaran (P&P) guru melalui

penggunaan Terapi Seni Visual untuk mengatasi masalah keterbalikkan

menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’.

23

Mazmi, 16/03/13,
Berikan perkaitan hukum latihan dengan intervensi kamu. Kenapa pentingnya hukum latihan terhadap responden kamu?
Mazmi, 16/03/13,
?
Mazmi, 16/03/13,
ejaan
Page 24: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

3.1 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

Adakah penggunaan Terapi Seni Visual dapat membetulkan kesalahan menulis

angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ secara terbalik pada tahap yang maksimum?

Adakah penggunaan Terapi Seni Visual dapat meningkatkan amalan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru bagi mengatasi masalah

keterbalikkan menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Saya menjalankan kajian ini kepada seorang murid daripada kelas pemulihan kha

Sekolah Kebangsaan Rumbia. Murid berkenaan adalah seorang murid perempuan

yang bernama Aiman (bukan nama sebenar), dan mempunyai masalah

pembelajaran dan juga disleksia.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah

neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penguasaan bahasa, pertuturan,

penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. (Mohd

Sharani B Ahmad, 2004).

Disleksia adalah merupakan salah satu daripada kategori masalah pembelajaran.

Menurut Steve Parker (2009), disleksia ialah kumpulan keadaan yang menjejaskan

keupayaan seorang kanak-kanak untuk membaca, menulis, mengeja dan belajar.

Dilahirkan pada 4 Oktober 2001 dan sekarang berumur 8 tahun. Merupakan anak

ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Aiman sedang mengikuti kelas pemulihan

24

Page 25: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

sejak pertengahan tahun 2012 iaitu ketika mereka di Tahun 1 selepas menjalani

Ujian Saringan 2 LINUS.

Murid ini merupakan seorang murid yang agak aktif dalam pergaulan dengan

rakan-rakannya dan sering mengganggu rakan ketika sesi pembelajaran di bilik

darjah. Responden sering dimarahi keran sukar memberikan tumpuan dalam

jangka masa yang lama serta suka berbual. Kadang-kala responden sering

mengambil sikap mudah dalam menyiapkan kerja bertulis yang diberikan oleh

guru.

Melalui pemerhatian saya dan temu bual saya dengan guru pemulihan khas,

respondan hanya mengalami masalah dalam menulis angka secara terbalik tetapi

masih boleh mengenal angka dan nilainya. Tambahan, responden juga mengalami

masalah sampingan seperti juling. Masalah juling merupakan salah satu

penyumbang kepada masalah keterbalikkan menulis angka.

Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh respondan, saya bertekad untuk

membantunya dengan membuat perancangan yang sistematik bagi membetulkan

kesalahan menulis angka secara terbalik terutamanya angka ‘5’,’7’ dan ‘9’. Saya

menggunakan Terapi Seni Visual secara latih tubi dalam membetulkan masalah

keterbalikkan menulis angka ‘5’ , ‘7’ dan ‘9’.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bahagian ini menerangkan tentang pelaksanaan prosedur intervensi yang dijalankan oleh

pengkaji ke atas responden dengan tujuan mengatasi masalah keterbalikkan menulis angka

‘5’ , ‘7’ dan ‘9’ yang dihadapinya. Menurut Rosinah Edinin (2011), model Mc Taggart dan

25

Page 26: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Stephen Kemmis terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian

dan refleksi.

Berdasarkan model Mc Tagget dan Stephen Kemmis, pengkaji perlu melalui empat fasa

dalam kitaran pertama iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Manakal

dalam kitaran kedua, pengkaji harus membuat pengubahsuaian kepada pelan tindakan,

melaksanakan tindakan yang telah diubahsuai, memerhati dan akhir sekali membuar refleksi.

Sebelum pengkaji memulakan intervemsi, pengkaji perlulah menjalankan Ujian Pra kepada

murid yang menjadi peserta kajian. Selepas aktiviti intervensi dijalankan, pengkaji harus

melaksanakan Ujian Pasca bagi melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan bagi

mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

26

Mazmi, 16/03/13,
ejaan
Page 27: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Model kajian tindakan Mc Taggart dan Stephen Kemmis (1998).

Saya hanya menjalankan kajian saya pada gegelung pertama sahaja berikutan

kekangan masa memandangkan praktikum hanya berlangsung selama 12 minggu sahaja.

Saya memulakan kajian saya setelah saya mengenalpasti seorang murid pemulihan khas.

Saya mengenalpastikan murid ini setelah saya mendapati bahawa dia mengalami masalah

menulis angka ‘5’,’7’ dan ‘9’ secara terbalik semasa saya menyemak buku latihannya

sebelum ini. Saya juga telah membuat pemerhatian ke atasnya semasa dia mengikuti

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh gurunya semasa di dalam kelas. Bagi

mata pelajaran Matematik, saya mendapati bahawa respondan boleh menyebut dan

menamakan nombor bulat 1 hingga 9 dengan baik namun dari segi tulisan, responden

menulis angka secara terbalik

Namun begitu, respondan didapati masih lemah dalam kemahiran menulis nombor

tersebut. Tulisan yang dihasilkannya adalah tidak kemas dan kadang-kala sukar untuk

difahami. Impak daripada permasalahan yang dihadapi adalah dia sukar untuk

mendapatkan markah yang tinggi dalam latihan Matematik kerana kesalahannya dalam

menulis nombor Matematik. Memandangkan menjadi tanggungjawab saya untuk

membantunya, saya telah merancang satu teknik yang boleh membantu respondan dalam

meningkatkan kemahirannya menulis nombor 1 hingga 9 dengan betul dan kemas.

Penggunaan Terapi Seni Visual adalah merupakan salah satu kaedah yang boleh

digunapakai bagi membantu permasalahan yang dihadapi respondan. Tindakan yang saya

jalankan adalah dengan menggunakan aktiviti yang melibatkan Seni Visual seperti aktiviti

27

Page 28: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

membuat kolaj, mewarna, menbuat cetakan, dan melaksanakan aktiviti percikan

menggunakan berus.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, daya ingatan murid dapat dipertingkatkan

sekiranya sesuatu maklumat itu diberi gambaran melalui aktiviti ‘hands-on’ yang

melibatkan daya imiginasi kerana gambaran lebih jelas berbanding dengan maklumat

yang digambarkan dalam bentuk lisan. Saya yakin melalui Terapi Seni Visual ianya dapat

menarik minat responden kerana responden selalu mengambil bahagian aktif dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan sewaktu mengajar mata

pelajaran Matematik.

Menurut Mortimore (2008), penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa

murid yang mengalami disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-

sensori dan menggunkan kesemua deria untuk memperkukuhkanpembelajaran. Penyataan

ini disokong oleh Irwin (2000) yang mencadangkan alternatif pengajaran yang perlu

dititiberatkan oleh guru melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Saya mengambil keputusan dengan membuat perancangan di dalam kajian saya

untuk menjalankan kaedah Terapi Seni Visual secara latih tubih di samping

memperkukuhkannya melalui latihan bertulis dalam tempoh 30 minit bagi satu-satu sesi

intervensi bagi melihat penambahbaikan respondan ke atas rawatan yang telah diberikan.

Kajian ini dijalankan selama 12 minggu. Berikut adalah merupakan carta aliran

pelaksanaan tindakan kajian saya (rujuk Jadual 1).

28

Page 29: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

5.1 Prosedur Tindakan

Jadual 1 : Carta Alir Pelaksanaan Tindakan

29

( )Ujian pasca

( )Menulis nombor 5 , 7 dan 9 dalam lembaran yang disediakan.

( )Membuat aktiviti kolaj membentuk angka 5 , 7 dan 9 .

( )Melaksanakan aktiviti percikan membentuk angka 5, 7 dan 9.

( )Menjalankan aktiviti cetakan angka 5 ,7 dan 9.

( )Melaksanakan aktiviti mewarna angka 5, 7 dan 9 menggunakan warna air.

( )Memperkenalkan bentuk angka 5, 7, dan 9 dengan cara yang betul

(18 Februari 2013)Melaksanakan Ujian pra

Mazmi, 16/03/13,
lengkapkan carta alir ini
Page 30: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

5.2 Cara Pengumpulan Data

Menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk mengenal pasti masalah

keterbalikkan menulis angka ‘5’,’7’ dan ‘9’.

Ujian Pra

Tujuan : mengenal pasti masalah keterbalikan menulis angka ‘5’,

‘7’ dan ‘9’.

Mengandungi 6 bahagian dan setiap bahgian terdapat pecahan

soalan.

Melibatkan kemahiran mengenal bentuk angka ‘5’,’7’ dan ‘9’ dari

segi posisi angka tersebut.

Kemahiran menulis angka ‘5’,’7’ dan ‘9’ juga di uji.

Dapatan ini akan disimpan sebagai data kawalan untuk

membandingkan dan menentukan keberkesanan kajian tindakan

yang dijalankan.

Ujian Pasca

Tujuan : menilai sejauh mana tindakan yang dilaksanakan dapat

membetulkan kesalahan menulis angka secara terbalik.

Kandungan soalan sama dengan Ujian Pra.

Direkodkan sebagai data untuk menilai keberkesanan tindakan

yang dilaksanakan.

Temu bual tidak berstruktur

30

Page 31: Draft Proposal Kajian Tindakan (Noor Nazreen-pl 1 Jan 2010) 2013

Menggunakan soalan terbuka dan tidak menjurus kepada masalah

yang dihadapi.

Menemu bual responden dan guru-guru yang terlibat mengajar

responden termasuk guru pemulihan serta guru kelas.

Rakaman Gambar dan Rakaman Video

Mengesan data-data yang menunjukkan perlakuan murid dan fakta-

fakta yang gagal dikesan.

Tujuan : mengukur dan menilai kegiatan murid dalam melakukan

sesuatu aktiviti.

Hasil Kerja Murid

Melalui Lembaran kerja yang diberi, buku-buku latihan.

Rekod Profil Murid

Mengambil data-data berkaitan keputusan Ujian Saringan LINUS,

Ujian Saringan Disleksia dan Ujian Diagnostik Matematik.

Tulis dan lengkapkan proposal ini hingga ke bahagian kos kajian.

Kamu boleh fotostatkan kepuusan ujian pra dan satu gambar intervensi dalam proposal ini.

31