proposal penyelidikan tindakan

Upload: ahmad-faiz

Post on 06-Jul-2015

1.495 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang penggunaan kaedah penyoalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Menyedari peri pentingnya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam usaha melahirkan modal insane minda kelas pertama, pengkaji akan mengupas persoalan berkenaan kaedah penyoalan yang boleh digunakan sebagai wadah mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 1.1 Pengenalan Seiring dengan proses anjakan paradigm semasa, setiap negara pasti mempunyai hala tuju masing-masing dalam agenda pendidikan yang telah direncanakan. Dalam misi mencapai agenda pendidikan ini, negara bukan sahaja berhadapan dengan cabaran memberikan pendidikan kepada murid supaya dapat bersaing setanding dengan negara luar dalam bidang akademik, bahkan negara menghadapi cabaran yang lebih besar, iaitu untuk melahirkan warganegara dengan minda kelas pertama yang bukan sahaja mampu menjadi professional berjaya, bahkan mampu menjadi warganegara yang memiliki sahsiah dan jatidiri yang utuh. Hal ini sejajar dengan matlamat yang dirangkumkan dalam Falsafah Pendidikan Negara, dimana ingin melahirkan warganegara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh hal yang demikian, tugas seorang pendidik dalam era globalisasi ini bukan sahaja terhad kepada menyampaikan fakta dalam proses pembelajaran dan pengajaran semata-mata, tetapi perlu menekankan kepada aspek-aspek lain yang dapat membentuk keperibadian, perkembangan potensi dan bakat murid secara menyeluruh. Usaha ini adalah bagi memastikan murid bukan sahaja mampu1

menguasai pelajaran di atas kertas ujian sahaja, bahkan dapat menghayati setiap ilmu yang dipelajari untuk membina sifat-sifat positif dalam diri bagi melengkapkan mereka dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita tersebut, perkembangan dan kemajuan dalam arus pendidikan pada masa kini memberi peluang kepada warga pendidik untuk meneroka lebih banyak pendekatan, strategi serta kaedah yang dapat membantu menjadikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran berpusatkan murid yang dapat mencungkil potensi murid, seperti penggunaan kaedah penyoalan yang dirancang secara teratur dan sistematik. 1.1 Refleksi Pengajaran Masa Lalu

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran bukan teras dalam sistem persekolahan sekolah rendah di negara ini.

Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini memberi peluang yang besar kepada murid untuk memperkembangkan potensi diri murid dalam suasana bilik darjah, berbeza dengan mata pelajaran lain yang lebih menekankan kepada perkembangan pencapaian akademik sahaja. Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan bukan sahaja bertujuan melahirkan murid yang mengetahui prinsip serta latar belakang negara. Namun, dalam konteks bersepadu, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga membolehkan murid menyedari, memahami dan menghayati keperluan menjadi individu yang seimbang dari segala aspek. Sepanjang melaksanakan latihan mengajar selama 12 minggu di sebuah sekolah rendah di bahagian Miri, pengkaji telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di kelas

2

murid-murid Tahun 4. Mengajar mata pelajaran bukan teras memberi satu cabaran yang berat kepada pengkaji. Hal ini kerana murid-murid telah mempunyai persepsi negatif mereka sendiri tentang mata pelajaran bukan teras. Murid-murid beranggapan bahawa mata pelajaran bukan teras tidak perlu diambil perhatian, lantas mereka mengambil sikap sambil lewa apabila mengikuti kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sedangkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ini merupakan medium yang dapat melatih murid menjadi modal insane yang tegar dalam menghadapi cabaran perkembangan social masa kini. Pengalaman berinteraksi dengan murid-murid selama 12 minggu di sekolah sudah pasti memberi guru ruang untuk mengenalpasti setiap kelemahan dan kekuatan yang berlaku sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran. Melalui pemerhatian dan pengamatan yang dijalankan secara kritikal oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa murid-murid kurang terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Berdasarkan pengalaman yang lepas, semasa menjalani latihan praktikum fasa I dan latihan praktikum fasa II, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan guru yang tidak menitikberatkan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana mata pelajaran ini tidak disenaraikan dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Malahan, setiap kali mata pelajaran ini dijalankan, murid hanya diberi peluang untuk mendengar pengajaran guru berpandukan buku teks, dan seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan guru. Oleh hal yang sedemikian, ianya telah menghadkan perkembangan potensi murid yang sepatutnya diasah semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Corak pembelajaran yang lebih berpusatkan guru menyebabkan murid merasa bosan untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran sekaligus menyebabkan

3

mereka hanya memberikan respon bukan lisan seperti senyum, mengangguk dan menggeleng kepala sahaja tanpa mahu terlibat secara lebih aktif seperti berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan. Malah, sebenarnya murid-murid ini tidak melibatkan diri kerana mereka telah terbiasa berdiam diri kerana tidak diberi peluang untuk memberikan respon secara verbal semasa kelas sedang berjalan. Justeru, daripada masalah yang dikenalpasti, pengkaji bertindak mencari inisiatif lain bagi meningkatkan lagi martabat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, pengkaji telah memilih satu kaedah pembelajaran, iaitu kaedah penyoalan untuk meransan g penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dengan adanya kaedah penyoalan ini, secara tidak langsung akan membuatkan murid teruja untuk memberikan respon secara verbal, walaupun jawapan dan pandangan yang mereka berikan mungkin tidak tepat. Kaedah penyoalan ini bukan semata-mata bertujuan untuk menguji aras kognitif murid, malah lebih daripada itu, ia bertujuan menggalakkan murid terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran agar mereka dapat merasai keseronokan datang ke sekolah dan menimba ilmu. Pendapat ini turut disokong oleh Eggen dan Kauchak (2001) di mana beliau turut menyatakan bahawa: Asking question is an essential strategy that can be used with virtually any subject matter area, grade level, or teacher personality. When done effectively, it can promote involvement, enhance learning, motivate students, and provide both teachers and students with valuable feedback about learning progress. (Eggen & Kauchak, 2001)

4

Oleh itu, pendekatan kaedah penyoalan dapat memberi motivasi kepada murid untuk terlibat secara lebih aktif dalam bilik darjah. Hal ini sekaligus dapat keyakinan mereka tentang peri pentingnya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk diterokai, seperti mana mata pelajaran teras yang lain.

5

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan memfokuskan kepada bagaimana kaedah penyoalan digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat meransang murid untuk menglibatkan diri. Kajian ini akan melihat sejauh mana kaedah penyoalan yang digunakan oleh pengkaji dapat membantu meningkatkan keterlibatan murid di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, tidak ada satu kaedah pengajaran pun yang sempurna untuk digunakan bagi mencapai objektif secara keseluruhan. Untuk itu, kajian ini juga akan memfokuskan kepada kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam penggunaan kaedah penyoalan dan seterusnya mengenalpasti cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan untuk menjadikan kaedah penyoalan ini lebih berkesan apabila diaplikasikan.

6

2.1

Isu Kajian

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa penglibatan murid tahun empat semasa mata pelajaran PSK masih kurang sekiranya mereka tidak diberi ransangan dan motivasi untuk berinteraksi. Murid-murid juga kurang telibat kerana mereka menganggap mereka perlu menjadi orang yang pandai dan mampu memberikan jawapan dan pandangan yang tepat sahaja sekiranya mereka mahu terlibat dalam interaksi di dalam p&p. Peranan guru di sini adalah untuk mendapatkan alternatif lain yang mampu merangsang penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Penggunaan kaedah penyoalan yang disarankan oleh pengkaji dijangka dapat meningkatkan lagi penglibatan murid, kerana penyoalan akan meransang murid untuk menyatakan jawapan mereka, secara tidak langsung menyebabkan mereka terlibat secara aktif dalam bilik darjah. Pendapat ini turut disokong oleh Eggen dan Kauchak (2001) serta Good dan Brophy (1997) di mana mereka turut menyatakan bahawa: A major goal in developing effective questioning strategies is to increase the amount of student participation. Typically, interaction patterns involve teacher asking a question and a student volunteering a response to the question. As the activity proceeds, more knowledgeable or verbally aggressive students continue to be involve... (Eggen & Kauchak, 2001 ; Good & Brophy, 1997) Kekuatan dan kelemahan penggunaan kaedah penyoalan akan diberi perhatian dalam bab ini, di mana kedua-dua aspek kekuatan dan kelemahan akan dikesan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yang telah dirancang .

2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Gary D. Borich dalam bukunya yang bertajuk Effective Teaching Method telah memuatkan pandangan yang diutarakan oleh Chuska (1995) dan Wilen (1991) seperti di bawah: Effective questions are ones for which students actively compose a response and thereby become engaged in the learning process. (Chuska, 1995;Wilen, 1991) Pendapat yang dinyatakan tokoh di atas bertepatan sekali dengan apa yang dilihat oleh pengkaji sebagai peri pentingnya melaksanakan kaedah penyoalan semasa proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan penglibatan murid secara aktif. Kaedah penyoalan yang dilaksanakan secara berkesan dengan menitikberatkan pemilihan serta teknik penyampaian soalan yang berkesan, mampu memotivasikan murid untuk mengikuti pengajaran guru dalam pelbagai keadaan. Pendapat ini turut disokong oleh Eggen dan Kauchak (2001) di mana beliau turut menyatakan bahawa: Asking question is an essential strategy that can be used with virtually any subject matter area, grade level, or teacher personality. When done effectively, it can promote involvement, enhance learning, motivate students, and provide both teachers and students with valuable feedback about learning progress. (Eggen & Kauchak, 2001)

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Murid perlu diransang untuk berinteraksi dengan tindakan guru yang memulakan interaksi terlebih dahulu. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan kaedah penyoalan.

Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran baginda. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengnar dan mengajak mereka agar memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat baginda tidak dapat menjawab, baginda sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah bersabda (menyoal):

Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masing masing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada kekotoran yang masih tinggal?

Jawapan daripada pengikut beliau:

Tidak akan ada kekotoran sedikit pun Lalu Rasulullah bersabda lagi: Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya

Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda mengambil buah dan memakannya dan berkata:

Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah Taala, dan sesungguhnya ia seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?

Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan akhirnya Rasulullah telah memberikan jawapan:

Ia adalah pohon kurma

Selain itu, kaedah penyoalan bukan sahaja meransang murid berinteraksi apabila mereka menjawab soalan, malah soalan yang dikemukakan akan menjadi titik tolak kepada perbincangan seterusnya yang akan berlaku semasa proses pembelajaran dan pengajaran, di mana murid-murid lain akan memberi respon terhadap jawapan yang diutarakan rakan mereka. Kaedah penyoalan yang berkesan adalah penyoalan yang memberi muri peluang untuk menyatakan seberapa banyak jawapan yang mungkin krang tepat untuk mendapatkan jawapan akhir yang tepat. Pendapat ini disokong oleh Van Dere Meij & Dillon (1994, seperti dinyatakan dalam Jacobson, Eggen & Kauchak, 2002):

Questioning is called harmful when the student shifts from correct to incorrect after questioning. (Van Dere Meij & Dillon, 1994) Selain itu, bagi mengekalkan murid terus terlibat secara aktif walaupun setelah jawapan yang kurang tepat diberikan, penglibatan murid akan terus di kekalkan dengan menanyakan soalan sama kepada murid lain. Pendapat ini turut disokong oleh Eggen dan Kauchak (2001, seperti yang dinyatakan dalam Jacobson, Eggen & Kauchak, 2002):

teachers move on to another student in order to maintain interest and momentum. (Eggen & Kauchak, 2001) Secara keseluruhannya, pendapat-pendapat yang telah diutarak oleh penyelidik-penyelidik tersebut menunjukkan bahawa, walaupun kaedah penyoalan tidak semestinya mendapat jawapan yang tepat daripada murid, tetapi ia mampu memberi lebih ramai murid untuk terlibat bersama dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut: (i) Merangsang penglibatan murid-murid terhadap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan menggunakan kaedah penyoalan. (ii) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah penyoalan dalam merangsang penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. (iii) Membuat cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan penggunaan kaedah penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 3.1 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam pelaksanaan kajian tindakan adalah seperti berikut: (i) Adakah penggunaan kaedah penyoalan dapat meransang penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan? (ii) Apakah kekuatan dan kelemahan kaedah penyoalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan? (iii) Apakah cadangan penambahbaikan kepada kelemahan yang terdapat dalam kaedah penyoalan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan?

4.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Miri. Dalam memilih peserta untuk

kajian ini, pengkaji tidak melakukan sebarang pemilihan secara rawak, sebaliknya pengkaji memilih peserta daripada kalangan keseluruhan murid tahun 4 Biru. Kajian ini hanya bertumpu kepada seramai 46 orang sampel sebuah kelas yang terdiri

daripada 27 orang murid perempuan dan 19 orang murid lelaki. Kumpulan sasaran ini dipilih kerana pengkaji mendapati masih terlalu ramai murid-murid dalam kelas ini yang kurang terlibat dalam interaksi semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Kebanyakan murid-murid dalam kelas ini memberikan respon yang positif seperti senyum, mengangguk, menumpukan perhatian ataupun menggeleng kepala apabila guru mengajar, tetapi mereka kurang terlibat dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan. Hal ini menjadikan penglibatan mereka kelihatan terhad walaupun mereka berminat dengan pengajaran guru tersebut. Selain itu, rasional kumpulan sasaran ini dipilih juga adalah kerana murid tahun empat baru sahaja mengenali mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun ini, jadi pengkaji beranggapan bahawa banyak perkara baru yang ingin mereka ketahui dalam mata pelajaran ini, di mana penggunaan kaedah penyoalan akan membantu mereka terlibat secara aktif bagi mencapai objektif dalam pembelajaran dan pengajaran.

Jumlah

%

Ciri-ciri Demografi

%

Jumlah

Lelaki 19 41.3

Jantina 58.7 Bangsa

Perempuan 27

1 0 12 1 1 2 2 0

2.17 0 26.09 2.17 2.17 4.35 4.35 0

Melayu Cina Iban Lun bawang Kenyah Kayan Kelabit Melanau Agama

8.70 2.17 30.44 0 8.70 2.17 4.35 2.17

4 1 14 0 4 1 2 1

1 16

2.17 34.78

Islam Kristian

10.87 52.17

5 24

Jadual 1: Demografi Kumpulan Sasaran

Berdasarkan Jadual 1, seramai 19 orang murid lelaki (41.305%) dan 27 orang murid perempuan (58.70%) yang terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, peserta kajian ini adalah berjumlah 46 orang. Bagi murid lelaki, seramai 1 orang yang berbangsa Melayu (2.17), 12 orang berbangsa Iban (26.09%), seorang berbangsa Kenyah (2.17%), seorang berbangsaLun Bawang (2.17%), 2 orang berbangsa Kelabit (4.35%) dan 2 orang berbangsa Kayan (2.17%). Manakala bagi murid perempuan

pula, seramai 10 orang murid yang berbangsa Melayu (27.78%) dan 3 orang berbangsa Melanau (8.33%). Tiada bangsa lain-lain yang diperolehi daripada kutipan data bagi peserta kajian. Seramai 16 orang murid lelaki beragama Kristian (34.78%) dan seorang beragama Islam (2.17%). Manakala 24 orang murid perempuan beragama Kristian (52.17%) dan 5 orang beragama Islam (10.87%). Keseluruhan peserta kajian ini telah diambil sebagai peserta kajian.

5.0

TINJAUAN KAJIAN 5.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan

Dalam bidang penyelidikan tindakan, terdapat beberapa model yang boleh digunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan model Kurt Lewin bagi merancang dan melaksanakan tindakan. Mengikut Kurt Lewin (1952, seperti yang dinyatakan dalam Mok, 2010) terdapat 4 langkah utama bagi setiap tahap yang berbentuk lingkaran berdasarkan model ini. Lingkaran tersebut bermula dengan perancangan diikuti dengan tindakan, pemerhatian dan refleksi. Mengikut Lewin, masalah yang dikaji dalam Pusingan Pertama boleh disambung dan diteruskan di dalam Pusingan Kedua, Pusingan Ketiga dan seterusnya hingga masalah yang berbangkit atau berkaitan telah diselesaikan secara optimum. Dalam model ini, empat proses akan dilakukan iaitu proses pertama melibatkan proses perancangan, kemudiannya diikuti dengan proses perlaksanaan. Proses ini disusuli pula dengan pemerhatian dan diakhiri dengan proses membuat refleksi. Kajian ini akan menggunakan beberapa proses kitaran dalam usaha mencapai objektif kajian. Di sini, pengkaji hanya menggunakan 2 pusingan dalam kajian ini. Pelaksanaan adalah berasaskan Rajah 1 yang dinyatakan di bawah ini.

R j

1: Li

penyelesaian masalah dalam penyelidi an tindakan

Tinjauan pemasalahan yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Si ik dan Kewarganegaraan.

Refleksi daripada kutipan borang pemerhatian yang diisi oleh pemerhti

Pusingan 1

Perancangan berdasarkan permasalah yan berlaku dan usaha meransang penglibatan murid.

Pemerhatian terhadap maklumbalas serta tingkah laku peserta semasa kaedah penyoalan digunakan.

Pelaksanaan menggunakan kaedah penyoalan.

Tinjauan pemasalahan yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Si ik dan Kewarganegaraan.

Refleksi daripada kutipan borang pemerhatian yang diisi oleh pemerhti

Perancangan berdasarkan permasalah yan berlaku dan usaha meransang penglibatan murid.

Pemerhatian terhadap maklumbalas serta tingkah laku peserta semasa kaedah penyoalan digunakan.

Pelaksanaan menggunakan kaedah penyoalan.

Sumber : Diubahsuai dari M del Kurt Lewin (1952, dinyatakan dalam M k, 2010) .

5.2

Perancangan Cara mengumpul data

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan satu kategori pengumpulan data sahaja iaitu secara kualitatif. Kaedah pengumpulan data tersebut adalah seperti yang ditunjukkan Rajah 2 berikut:

Pemerhatian

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Gambar

Rakaman video

Rajah 2: Cara Pengumpulan Data

5.2.1

Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan boring pemerhatian untuk mengesan tingkah laku murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan. Sepanjang pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung, pengkaji menetapkan untuk memerhatikan maklum

balas serta tingkah laku murid apabila diajukan soalan pada setiap langkah dalam rancangan pengajaran. Kaedah pemerhatian digunakan dalam penyelidikan ini kerana pengkaji ingin mendapatkan pengamatan yang sistematik tentang tingkah laku yang dikaji, iaitu penglibatan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah penyoalan. Berdasarkan boring pemerhatian, pemerhati akan memerhatikan tingkah laku murid semasa kaedah penyoalan digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pemerhati akan memaklumkan segala tingkah laku yang diperhatikan semasa kaedah penyoalan digunakan, termasuk mengemukakan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti sebagai punca tingkah laku tersebut berlaku. 5.2.2 5.2.3 5.3 Rakaman Video Gambar Cara Menganalisa Data Data yang dikumpulkan akan dianalisa dalam bentuk jadual. Jadual akan digunakan bagi menganalisa data yang diperolehi melalui instrumen pemerhatian. Jadual ini akan menjelaskan mengenai kekuatan dan kelemahan yang terkandung dalam perlaksanaan kaedah penyoalan yang dijalankan pengkaji.

5.4

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 5.4.1 Pelaksanaan Kajian Tindakan

Perancangan pelaksanaan kajian tindakan bagi kaedah penyoalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 di bawah: Bil. 1. Tarikh 05/01/11 Aktiviti Menerima penerangan maklumat secara khusus tentang kertas cadangan Catatan

penyelidikan daripada Encik Nelson. 2. 06/01/11 Menerima contoh rujukan Kajian Tindakan daripada Encik Nelson dan Encik Zabidi. 3. 21/01/11 Berjumpa dengan pensyarah penyelia

penyelidikan tindakan untuk mendapatkan bimbingan. 4. 24/01/11 Merangka draft awal untuk soalan serta objektif kajian. 5. 28/01/11 Berjumpa pensyarah penyelia penyelidikan tindakan untuk menyemak draft awal. 6. 29/01/11 Mengedit dan mengemaskini draf yang

telah disemak pensyarah penyelia. 7. 7/02/11 Berjumpa pensyarah penyelia penyelidikan tindakan untuk menghantar draf pertama 8. 8/2/11 Mencari lebih banyak maklumat berkaitan kajian. 9. 10. 14/2/11 4/5/11 Mendapatkan demografi kumpulan sasaran. Menghantar kertas cadangan penyelidikan tindakan. 11. 9/5/11 Mengemukakan cadangan untuk menukar tajuk kajian tindakan kepada pensyarah penyelia kajian tindakan. 12. 10/5/11 Mendapatkan beberapa cadangan tajuk kajian tindakan. 13. 30/5/11 Memilih tajuk baru yang sesuai dengan masalah sebenar yang dihadapi sepanjang praktikum. 14. 30/5/11 Mengumpulkan maklumat yang berkaitan tajuk kajian tindakan. 15. 22/6/11 Menghasilkan kertas cadangan untuk tajuk

kajian tindakan yang baru. 16. 4/7/11 Menghantar kertas cadangan baru kepada pensyarah penyelia penyelidikan tindakan. Jadual 2: Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

5.4.2

Kos kajian Untuk melaksanakan kajian ini, beberapa aspek telah dikenalpasti yang melibatkan kos-kos tertentu iaitu:

Bil Perkara 1 Pencetakan a) Ink hitam dan berwarna b) Kertas

Jumlah unit

Kos seunit

Jumlah

1 set 1 rim

RM 50 RM 11

RM 50 RM 11

2 4

Penjilidan Cenderamata a) Pemerhati

4

RM 60

RM 240

2 Jadual 3 : Kos Kajian

RM 5

RM 10

6.0

SENARAI RUJUKAN

Choong Lean Keow PhD. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN BHD

Choong Lean Keow PhD. (2008). Murid dan Alam Belajar . Budiman SDN BHD

Kuala Lumpur. Kumpulan

Wiersma, W. (2000). Research methods in education : An introduction. Boston : Allyn & Bacon.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa & Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan

Sains

Sosial

,

IPG

Kampus

Sarawak.

(2010).

PROSIDING

SEMINAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 2010, PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH). Miri, Sarawak, Malaysia: Ricmaco Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, KAEDAH PENYELIDIKAN, BUKU 1. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Jacobsen, D.A., Eggen, P. & Kauchak, D. ( 2002 ). Methods for Teaching, United States of America: PearsonEducation, Inc.

Kerry, T. (2002). Explaining and Questioning, United Kingdom: Nelson Thornes Ltd.

7.0

Lampiran

Lampiran A Borang PemerhatianTarikh : __________________ Masa : __________________ Tajuk : __________________Langkah Set Kekuatan Kelemahan Cadangan/penambahbaikan

Langkah Langkah 2 1

induksi

Catatan: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ __________________

(.) Nama pemerhati: Jawatan:

Penutup

Langkah 3