draft proposal kajian tindakan

7
SELASA, 2010 APRIL 27 Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah. Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah. Mengenal pasti Punca Pelajar Ponteng Sekolah Sekolah : SK Mat Deris, Jerantut, Pahang. Kumpulan Penyelidik : JK Disiplin dan Sahsiah. Isu: 1. Didapati murid-murid selalu tidak hadir ke sekolah secara berpola. 2. Terdapat juga aduan daripada masyarakat setempat tentang murid-murid sekolah ini yang kelihatan berkeliaran di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 3. Murid-murid lain juga ada mengadu tentang kawan-kawan mereka yang selalu ponteng sekolah. Refleksi Masalah: Apabila dipantau dan dibuat analisa terhadap jadual kedatangan murid, didapati murid yang sama tidak hadir ke sekolah dengan kerap dan mempunyai pola tertentu. Menurut Ismail Yusof (1982) “Ponteng sekolah bolehlah dianggap sebagai satu perbuatan menjauhkan diri dari kelas atau mata pelajaran atau tidak hadir langsung ke sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa.” Menurut buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), sebab-sebab ponteng boleh dibahagi kepada empat faktor:

Upload: wirda-mira

Post on 26-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Page 1: Draft Proposal Kajian Tindakan

SELASA, 2010 APRIL 27

Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah.

Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah.

Mengenal pasti Punca Pelajar Ponteng Sekolah

Sekolah : SK Mat Deris, Jerantut, Pahang.Kumpulan Penyelidik : JK Disiplin dan Sahsiah.

Isu:

1. Didapati murid-murid selalu tidak hadir ke sekolah secara berpola.2. Terdapat juga aduan daripada masyarakat setempat tentang murid-murid sekolah ini yang kelihatan berkeliaran di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.3. Murid-murid lain juga ada mengadu tentang kawan-kawan mereka yang selalu ponteng sekolah.

Refleksi Masalah:

Apabila dipantau dan dibuat analisa terhadap jadual kedatangan murid, didapati murid yang sama tidak hadir ke sekolah dengan kerap dan mempunyai pola tertentu.

Menurut Ismail Yusof (1982) “Ponteng sekolah bolehlah dianggap sebagai satu perbuatan menjauhkan diri dari kelas atau mata pelajaran atau tidak hadir langsung ke sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa.”

Menurut buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), sebab-sebab ponteng boleh dibahagi kepada empat faktor:

• Diri pelajar sendiri• Keluarga• Sekolah• Rakan sebaya

Objektif

Am1. Menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

Khusus

Page 2: Draft Proposal Kajian Tindakan

1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah.2. Menyedarkan murid tentang kesan negatif ponteng sekolah.

Kumpulan Sasaran

Semua murid tahap 2 SK Mat Deris, Jerantut.

Tindakan yang DiAmbil

Menjalankan program “ Jom ke Sekolah” untuk tempoh 10 bulan ( Februari hingga November ).

Kempen Kedatangan penuh.• Murid yang penuh kedatangannya dalam tempoh kempen dijalankan akan diberi (hadiah dan Sijil). Penilaian untuk anugerah akan dilakukan di setiap semester.

Pertandingan pembinaan Sudut Ilmiah.• Murid-murid akan diberi satu sudut dan perlu menyiapkan dalam tempoh masa tertentu.

Kursus Motivasi.• Dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Ceramah Kesedaran kepada murid. • Penceramah luar /Pakar Motivasi. Ceramah berkaitan masalah ponteng sekolah dan kesan-kesan buruknya.

Program Mentor-mentee.• Setiap guru dikehendaki membimbing menteenya yang bermasalah. Perjumapaan diadakan secara berkala atau bila-bilamasa perlu. Guru akan mengumpulkan maklumat dengan menggunakan instrument yang disediakan.

Dialog dengan ibu bapa.• Adakan majlis dialog dengan ibu bapa berkaitan dengan masalah ponteng. Majlis dikendali oleh Guru Bimbingan sebagai moderator. Ahli panel tediri daripada Guru Besar, GPK HEM, Pakar Motivasi dan Pengerusi PIBG.

Pertandingan permainan dalaman.• Diadakan untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah. Ia bertujuan memenuhi masa senggang murid-murid dengan aktiviti berfaedah. Dengan cara ini dapat menarik minat murid untuk sentiasa berada di sekolah pada waktunya.

Majlis Penganugerahan Kempen Kedatangan Penuh.

Page 3: Draft Proposal Kajian Tindakan

• Majlis ini diadakan pada setiap akhir semester persekolahan bagi menghargai murid-murid yang hadir sepenuhnya sepanjang semester tersebut.

Ismail Yusof (1983). Disiplin Di sekolah:”Ponteng Sekolah” Laporan Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja Di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.PP 91-103. Dicatat oleh razak di 04:49 0 ulasan Label: proposal kajian tindakan

Reaksi: JUMAAT, 2010 APRIL 23

kajian tindakal 1

roposal Kajian Tindakan Sains (Bahagian B) Sekolah Rendah.

- Sekolah Kebangsaan Seri Desa- Kumpulan Penyelidikan: AJK Panitia Sains ( Fokus kelas)1. Pn Rakiah Assani bt Hassan Basri2. Pn Zaidah bt Abdul Talib3. Pn Haslinah bt Farid Wajidi

1. Tajuk:- Menggunakan Teknik Latih Tubi untuk merangsang daya ingatan murid bagi menjawab soalan. - Mengenalpasti dan menggunakan kata kunci yang sesuai bagi menjawab soalan.

2. Isi / Keperihatinan Yang Dikaji

- Murid belum mahir membina ayat bagi menjawab soalan.- Murid tidak dapat mengenalpasti kata kunci dalam soalan - Murid belum menguasai KBKK.- Murid kurang minat mata pelajaran Sains.- Murid kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan Bahagian B.

3. Refleksi masalah

- Semasa mengajar Sains Bahagian B didapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat kerana tidak dapat mengenal pasti kata kunci yang terlibat.- Fenomena ini berpunca kerana kurang kefahaman murid terhadap kehendak soalan dan tidak dapat mencari kata kunci bagi jawapan.- Menurut kajian Edward Lee Thorndike (1874-1949), yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar apabila dia banyak didedahkan dengan latih tubi. Dengan melakukan

Page 4: Draft Proposal Kajian Tindakan

berulang kali ia akan menjadi sesuatu yang lazim.- Skinner (1958), telah mengenalpasti pembelajaran adalah proses pelaziman. Pelaziman ialah proses mengulang-ulangkan rangsangan dan gerak balas yang sama hingga menjadi kebiasaan.

Ulasan Karya

Menurut Rohani Abdul Hamid (1999/2000) dalam Jurnal Akademik Jilid 7, minat murid-murid dalam penggunaaan bahan-bahan sains masih di tahap rendah.

Menurut Lay Yoon Fah (2001) dalam Jurnal Keningau Jilid 3, daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) – memberi penekanan kepada penguasaan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir, pemahaman kepada prinsip asas Sains memupuk sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid.

4. ObjektifAm: - Untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B.

Spesifik:- Untuk membantu pelajar menjawab soalan Sains Bahagian B dengan tepat.- Meninjau tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains di kalangan murid Tahun 5 Arif. - Menyemai minat, keyakinan dan budaya ingin tahu yang lebih ketara dan efektif

5. Kumpulan Sasaran:Murid Tahun 5 ArifBilangan murid – 35 orang

6. Tindakan Yang Diambil

Menggunakan set-set soalan latihan Bahagian B- secara terancang.Contoh:o mengenalpasti pembolehubah manipulasi melalui soalan-soalano Mengenalpasti pembolehubah bergerakbalas latihan (Lampiran 1)

o Program mentor-mantee – hanya AJK Panitia Sains sahaja yang terlibat iaitu 1 kumpulan seramai 5 orang murid dibimbing oleh seorang guru Sains. (Lampiran 2) 7. Bahan yang Diperlukan- Set soalan- Gam- Gunting- Buku latihan- Lembaran kerja

Page 5: Draft Proposal Kajian Tindakan

- Buku catatan8. Skedul Kerja (2006)

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.2 Februari 2 Menulis proposal kerja kajian. 24 Februari 3 Merancang tindakan individu / panitia. 28 Februari 4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 (mengenalkan pembolehubah melalui latih tubi). 7 Mac 5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) 13 Mac 6 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2 (membuat latihan aktiviti Sains) , program mentor-mantee 18 Mac 7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia) 28 Mac 8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 30 Mac 9 Refleksi kajian 14 April 10 Menulis laporan kajian 24 April 11 Pembentangan da9. Pemerhatian

- Laporan Ujian Pengesanan Murid – berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 4- Ujian Khas – hanya fokus kepada bahagian B sahaja- Ujian Bulanan - Latihan / kerja rumah – melalui perbincangan soalan dalam kelas, pembentangan hasil tugasan murid- Maklumbalas daripada guru – hasil aktiviti dengan murid- Maklumbalas AJK Panitia – dalam mesyuarat panitia- Peningkatan pencapaian keputusan ujian mata pelajaran Sains – Peperiksan Penggal Pertama

10. Refleksi

11. Pelaporan

12.Tindakan Susulan / Cadangan Kajian Akan Datang

13. Rujukan

Bibliografi

Mahmood Nazar Mohamed,(1990).Pengantar Psikologi,DBP,Kuala Lumpur. Sabri Ahmad,(2003).Kemahiran Belajar Berkesan,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Kuala Lumpur. Lay Yoon Fah,(2001).Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Guru Sains Sekolah Rendah:Satu Tinjauan di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Utara/Tengah, Pulau Pinang.Jurnal Keningau,Jilid 3,1-9. Rohani Abdul Hamid,(1999/2000).Minat Penggunaan Bahan Bacaan Sains Sebagai

Page 6: Draft Proposal Kajian Tindakan

Sumber Rujukan Pembelajaran di Kalangan Murid Tahun 5.Jurnal Akademik,Jilid 7,32-41. Sabura Mohamad Daud Marican,(1999).Kepentingan Maklum Balas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Jurnal Akademik,Jilid 7,30-37. Mohd Yunus Noor,(1990).Psikologi dan Teknik Belajar yang Berkesan,Fajar Bakti Sdn Bhd,Kuala Lumpur.