assigment edu 3103

23
Soalan : Dengan memilih SATU teori pembelajaran yang telah dipelajari, buat perbandingan dengan Teori Behavioris dari segi signifikannya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tunjukkan secara jelas, bagaimana anda sebagai guru mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Pengenalan: Melalui kerja kursus ini saya akan membuat perbandingan Teori pembelajaran Behaviorisme dan Teori pembelajaran Kognitif. Teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat

Upload: kobri-umi

Post on 18-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

student work

TRANSCRIPT

Soalan :Dengan memilih SATU teori pembelajaran yang telah dipelajari, buat perbandingan dengan Teori Behavioris dari segi signifikannya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tunjukkan secara jelas, bagaimana anda sebagai guru mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISPengenalan:Melalui kerja kursus ini saya akan membuat perbandingan Teori pembelajaran Behaviorisme dan Teori pembelajaran Kognitif. Teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Perubahan t/laku disebabkan oleh pengalaman.

Behavioris menumpukan perhatian aspek t/laku melalui pemerhatian dan boleh diukur.

Semua benda wujud adalah benda yang boleh kita lihat dan perhatikan.

Tidak boleh lihat pemikiran, tetapi boleh diperhatikan melalui tingkah laku manusia. Teori Pembelajaran Behaviorisme:

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Tanggapan terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan umpan balik positif atau negatif terhadap perilaku kondisi yang diinginkan. Hukuman kadang-kadang digunakan dalam menghilangkan atau mengurangi tindakan tidak benar, diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan. Pendidikan behaviorisme merupakan kunci dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang subjek dan pengawalan kelas. Ada ahli yang menyebutkan bahwa teori belajar behavioristik adalah perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit. Ciri-ciri Behaviorisme:Mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar.

Dalam hal konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori behavioris. Pelajar menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. Sedikit tanggungjawab ditempatkan pada pembelajar mengenai pendidikannya sendiri.Kelebihan Teori Behavioristik:Sesuai untuk kejayaan kemampuan yang memerlukan amalan dan pembiasaan yang mengandungi unsur-unsur seperti kelajuan, spontan, kelenturan, reflex.

Kelemahan Teori Behavioris:a) Hanya mengakui adanya stimulus dan respon yang dapat diamati

b) Kurang memberikan ruang gerak yang bebas bagi pebelajar untuk berkreasi, bereksperimentasi dan mengembangkan kemampuannya sendiri.

c) Pelajar berfikir linier, konvergen, tidak kreatif dan tidak produktif.

d) Pelajar atau orang yang belajar harus dihadapkan pada aturan-aturan yang jelas dan ditetapkan terlebih dulu secara ketat.

e) Kawalan belajar harus dipegang oleh sistem yang berada di luar diri pebelajar.

Contoh eksperimen Bahavioris:1.Kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar dan di luar sangkar diletakkan dengan semangkuk makanan.

2.Kucing yang lapar cuba untuk keluar dari sangkar.

3.Kucing tersebut terpijak tuil dan keluar daripada sangkar tersebut dan makan makanan yang terdapat di luar.

4.Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan makanan di luar sangkar.

5. Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan.

Kesimpulan:Teori behavioris merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioris, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioris.. Teori behavioris tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, ini kerana banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIFPengenalan:Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna. Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).Teori Kognitif - Jerome Bruner:Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan. Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati.

Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah: (1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru; (2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan (3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau tidak. Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu: a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan, b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar, c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk memotivasinyaDalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar dan mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik boleh berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan menyelasaikan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas. Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.Kesimpulan:Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka. Teori Kognitif - Robert Gagner:Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran. Fasa motivasi: Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.Fasa Tanggapan: melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.Dalam Fasa Penyimpanan: apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan. Fasa Mengingati Kembali: merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.Fasa Prestasi: pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.Kesimpulan:Rangsangan luaran dan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf untuk ditafsir dan seterusnya menerbitkan tingkah laku tang di ingini. Teori Kognitif David Ausable:Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:a) Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensialb) Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif pelajar. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:1. Pengatur awal (advance organizer)Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Penggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam material , terutama material pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya pengatur awal itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.2. Diferensiasi progresifDalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.3. Belajar superordinatBelajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.4. Penyesuaian IntegratifPada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan. Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan. Kesimpulan:Pembelajaran Kognitif yang diperkenalkan oleh Ausuble menekankan kepada 4 prinsip pembelajaran yang biasanya memerlukan persediaan dan kebersediaan guru dan murid. Ini kerana tanpa persediaan yang baik sesuatu pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan akan mengakibatkan ketidakcapaian matlamat. Teori Kognitif - Wolfgang Kohler:

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.Kesimpulan:Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuanPERBANDINGAN TEORI BEHAVIORIS DAN TEORI KOGNITIFAspek

Teori Pembelajaran BehaviorisTeori Pembelajaran Kognitif

Teori / Prinsip pembelajaran-Pembelajaran merupakan satu proses luaran.

-Pembelajaran merupakan hasil daripada interaksi seeorang dengan rakan, guru dan persekitarannya.-Pembelajaran berlaku hasil dariada tingkahlaku yang dapat diperhatikan dalam diri murid dan pengaruhnya terhadap tersebut.

-Pembelajaran adalah satu proses mental atau proses dalaman yang melibatkan idea dan peruabahan maklumat iaitu Input- pemprosesan maklumat Ouput

Pemerolehan-Proses pengulangan membentuk satu kebiasaan tau tabiat.-Matlamat ditentukan terlebih dahulu dan P&P dibentuk ke arah pencapaian matlamat tersebut.

-Pembelajaran cuma mengikut apa yang dirancang untuk mereka.

-Pembelajaran tidak fleksibel dalam membuat penyesuaian.

-Pembelajaran berlaku berdasarkan murid mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru dan ada motif dan anisiatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

-Murid menyedari alam sekelilingnya dan fleksibel dalam membuat penyelesaian.

Tumpuan-Tertumpu kepada proses pembentukan tingkahlaku murid.-Tertumpu kepada kemahira atau gerakbalas dan sedikit tumpuan terhadap individu.

-Menekankan kepada proses mental iaitu penyelesaian masalah, ingatan, bahasa dan kreativiti.

Motivasi-Memberi peneguhan kepada murid adalah sangat penting.-Ekstrinsik

-Input idea-idea dan maklumat baru membawa ke konflik kognitif dan keinginanmencapai equilibrasi kognitif.

-Intrinsik

Persekitaran-Penting dalam perubahan tingkahlaku.

-Persekitaran adalah penting tetapi kawalan tidak ketahap seperti behavioris.

Pengukuhan-Memberi ganjaran kepada murid apabila mereka member tindak balas yang betul.

-Faktor-faktor yang mempengeruhi ikatan P&P ialah latihan, kepuasan dan persamaan situasi.

-Pengulangan P&P dan pembentukan kebiasaan.

-Pengalaman adalah penting untuk proses pembelajaran.

-Menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dalam kelas.-Perkembangan struktur kognitif, skema dan cara-cara untuk mempertingkatkan ingatan.

-Pembelajaran yang bermakna.

-Asimilasi dan akomodasi.

Bilik Darjah-Objektif tingkah laku adalah spesifik, deskret dan bertumpukan individu (bukan kumpulan).

-Pengajaran terancang yang bersifat perskriptif dan diagnostik.

-Bahan pengajaran dibentuk mengikut kadar kebolehan individu.

-Pembelajaran mengikut langkah demi langkah.

-Tertumpu kepada pengajaran dan kurikulum.-Persembahan maklumat, data dan idea secara sistematik.

-Idea dan maklumat merupakan sumber motivasi untuk belajar dan bukan digunakan sebagai bahan pengukuhan.

-Persembahan dilakukan secara induktif dan deduktif.

-Berpusatkan murid (guru sebagai fasilitator)

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSecara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid terutamanya prasekolah. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sediaada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitik beratkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Implikasi pertama ialah ianya merangsang ingatan kanak-kanak.

Dalam pembelejaran kognitif ia lebh kepda menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kogniyif dapat merangang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam prasekolah mereka melalaui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan sedia ada seperti kemahiran 3M iaiatu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di praekolah, tentu situasi ini tidak menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut apabila melangkah ke darjah satu nanti.Selain itu, teori kognitif ini membantu kanak-kanak mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringka bayi sehingga dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam prasekolah, kanak-kanak akan belajar esuatu mengikut tahap ataupun tingkat umur mereka (5 hingga 6 tahun). Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan meraka. Contohnya, kanak-kanak prasekolah memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melaui zaman perseolahan ia kan membantu murid-murid semula tentang apa yang ereka telah pelajari selama ini terutaman sekali pengethauan yang mereka miliki ketka di prasekolah.Kesimpulan:

Kesimpulannya, guru harus memainkan peranan penting dalam konteks pengajaran dan pembelajarn. Guru di rasekolah contohnya, melaksanakan pengejaran bentuk belajar sambil bermian serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M, dengan itu dapat mengerakkan matlamat dan kehendak pendidikan. Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan behavioris, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.

Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.