kerja kursus edu 3103.docx

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 01-Mar-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

690810135566

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810135566

EDU 3103

BAHAGIAN A : TEORI PEMBELAJARAN1.0 PengenalanPembelajaran lazimnya dihuraikan sebagai perubahan relatif tingkah laku tetap yang berpunca daripada pengalaman. Ini bermakna, ia dibawa melalui perubahan dalam persekitaran yang dikenali sebagai stimuli dan bukan berpunca daripada kelesuan ataupun perubahan dalam motivasi (Chance, 1994; Roediger et. Al. 1991).Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prisip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung serta bertujuan untuk mengelaskan pelbagai pemerhatian dan faktor dalam alam pembelajaran. Guru-guru perlu mengetahui kepentingan teori-teori pembelajaran sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran yang pelbagai. Teori-teori pembelajaran, pada asasnya boleh dibahagikan kepada empat mazhab yang utama iaitu Teori Pembelajaran Behavioris, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran Sosial dan Sosial Kognitif,Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Humanisme.

Rajah 1: Teori-teori Pembelajaran2.0 TEORI BEHAVIORISTeori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan.Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Perkaitan teori in dapat diperjelaskan melalui rajah di bawah;

Rajah2: Unsur Perkaitan Teori Behaviorisme2.1 Pelopor Teori Behaviriosme

Rajah 3: Tokoh-Tokoh Teori Behaviorisme2.1.1 Teori Pelaziaman Klasik Ivan Pavlov ( 1849-1936 )

Menurut Pavlov beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik. Konsep tersebut ialah diskriminasi, penghapusan, generalisasi dan pembelajaran semula.Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas

Rajah 4: Rangsangan terlazim dan gerak balas terlazim2.1.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK J. B.WATSON (1878-1958)

JOHN B. WATSONKajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan berasaskan tingkahlaku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mendekati tikus tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapakali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus tersebut. Hasilnya, Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerakbalas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau,manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.

Rajah 5: Eksperimen ' LITTLE ALBERT 2.1.3 TEORI PELAZIMAN OPERAN E.L.THORNDIKE (1874-1949)

EDWARD LEE THORNDIKETeori Pelaziman Operan Thorndike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya. Thorndike melakukan beberapa eksperimen terhadap pembelajaran haiwan. Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan kedalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menyarankan, pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hokum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.

Eksperimen "Puzzle Box" oleh Thorndike

Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike

Rajah 6 : Eksperimen PUZZLE BOX OLEH THORNDIKE

2.1.4 TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER (1904-1990)

BURHUS FREDERICK SKINNERSkinner telah menemui prinsip-prinsip penting pelaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman. Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa pelaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku manusia yang lebih kompleks.Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan.Kajian dijalankan menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan. Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri. Skinner memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.

Rajah 7: Eksperimen Kotak Skinner

3.0 Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan PembelajaranTeori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya ia boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap pembelajaran, guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran mereka. Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee, 1994). Oleh itu, mereka akan menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut. Guru juga boleh mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi banyak latihan dan pengulangan.4.0 Pelopor Teori Kognitif

Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer &Newby, 1993). Teori ini dipelopori oleh empat orang iaitu Kohler, Ausubel, Brunner dan Gagne.4.1 Teori Celik Akal Kohler (Gestalt)

Wolfgang KohlerPengasas psikologi gestalt, Wolfgang Kohler mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal yang mengkaji seekor cimpanzi bernama Sultan. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah yang berlaku mendadak dan lengkap. Individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan didalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia.Eksperimen " Celik Akal"Kohler telah membuat kajian ke atas seekor cimpanzi bernama Sultan. Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkar. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.

Rajah 8:Eksperimen " Celik Akal"4.2 Hierarki Pembelajaran Gagne

Robert Mills GagneGagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Rajah 9 : Hierarki Pembelajaran Gagne4.3 Teori Pembelajaran Bruner

Jerome S.BrunerJerome S.Bruner (1915 hingga kini) mengemukakan perkembangan mental manusia kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif, berasaskan perlakuan (0-2 tahun), peringkat ikonik, berasaskan imejan (2-4 tahun) dan peringkat simbolik, berasaskan bahasa (5-7 tahun). Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi, keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayaan penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan menghadapi berbagai situasi. Pembelajaran teori penemuan ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri yang melibatkan situasi penyelesaian masalahyang dilalui sendiri oleh pelajar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).4.4 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausuble

David AusubleTeori ini dipelopori oleh David Ausuble (1918-2008). Menurut Kamarudin(1993), teori ini berfokuskan kepada penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Aspek yang penting di dalam teori ini ialah Advance Organizer yang merupakan unit pengajaran yang digunakan sebelum mengajar satu topik baru . Ausuble berpendapat bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model ini menekankan keterangan bahan pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan lengkap. Penyusunan awal (Advance organizer)terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ekspositori yang memerihalkan bahan, Comparative yang membina kaitan luaran dengan pengetahuan sedia ada, sesuai dengan maklumat baru dan naratif yang mempersembah bahan baru dalam bentuk cerita. Kaedah ini dapat memudahkan pembelajaran dari aspek pemahaman, maklumat lengkap dan mengingat kembali. Ausuble mencadangkan kepada guru supaya menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) dan penyusunan awal dalam setiap pengajaran mereka. Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran.Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenal pasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik

5.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIALMenurut Choong (2008), teori ini berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian.

5.1 Teori Pembelajaran Pemerhatian

Albert BanduraAlbert Bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Kajian dilakukan ke atas kanak-kanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul, mengetuk, menendang dan duduk di atas patung Bobo sambil menjerit sockeroo!. Kemudian,mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung Bobo dan mula menunjukkan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi. Bandura menamakan situasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian. Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut.5.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan PembelajaranMurid-murid perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Sebagai guru, kita perlu menjadi contoh yang baik untuk mereka teladani. Selain itu, persekitaran sosial yang kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas.

6.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMenurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), konstruktivis bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman baru. Teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial.

6.1 Teori Konstruktivis Kognitif

Jean PiagetTeori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan menurut beliau di dalam Choong (2008), struktur kognitif kanak-kanak semakin kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui. Sesuatu organisma untuk menyesuaikan diri (adaptasi) dengan persekitaran dikaji oleh Piaget dan hasilnya, terdapat dua proses membuat adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi. Proses asimilasi adalah proses mengintegrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dan akomodasi pula ialah proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu daripada persekitaran. Berdasarkan pemerhatian dan kajian Piaget, beliau mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor (lahir-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Pada peringkat operasi konkrit, pembelajaran berkesan bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

6.2 Teori Konstruktivis Sosial

Lev VygotskyTeori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu. Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Persekitaran yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia ada dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid kita. Zon Perkembangan Terdekat Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaranyang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya denganbimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).Teknikscaffolding dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran mengikut kemampuan mereka. Teknik yang digunakan untuk caffolding ialah soal jawab,penjelasan verbal,prompting dan cueing. 6.3 Implikasi Teori Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaranSebagai guru, kita perlulah membuat perancangan dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan pelajar kerana pembelajaran kini lebih berpusatkan pelajar itu sendiri. Teknik Zon Perkembangan Terdekat harus digunakan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka7.0 Teori HumanismeHumanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan,motivasi, minat dan nilai.Pelopor teori Humanisme ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow.

7.1 Teori Pembelajaran Carl Rogers

Carl RogersCarl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Rogers mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada padatahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana pembelajaran tersebut atas usaha mereka sendiri.7.2 Teori Hirarki Abraham Maslow

Abraham Harold MaslowAbraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan Keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi,keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Rajah 10 : Hirarki Keperluan Maslow7.3 Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan PembelajaranGuru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.

BAHAGIAN B : Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa MelayuSaya bercadang mengaplikasikan Teori Kontruktivisma dalam langkah-langkah pengajaran saya untuk mengajar tajuk simpulan bahasa Tahun 4. Teori ini adalah teori yang dipelopori oleh Vygotsky di mana menurut beliau isi pelajaran mudah dikuasi jika berasaskan pengetahuan sedia ada. Berhubung dengan penyataan ini membuktikan bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Saya akan memulakan pengajaran sayadengan menunjukkan gambar tunggal yang telah dilabelkan untuk dikaitkan dengan simpulan bahasa yang pernah didengar dalam kehidupan harian murid. Seterusnya, Contoh gambar:

Murid diminta berdiri dan diminta menyebut beberapa anggota badan dan menyatakan contoh simpulan bahasa berkaitan anggota badan tersebut.Langkah kedua, saya akan menayangkan slaid gambar-gambar anggota badan.Murid diminta menamakan setiap anggota badan tersebut dan mengaitkan dengan simpulan bahasa serta memberikan maksud simpulan bahasa mengikut kefahaman mereka. Contonnya bahagian kepala, simpulan bahasa yang berkaitan ialah kepala angin, keras kepala, dan sebagainya. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid akan dipilih secara rawak untuk memberikan maksud simpulan bahasa tersebut. Implikasi dari teori konstruktivisme juga member penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalahPendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif( kumpulan ).Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara.Jadi saya mengaplikasikan pendekatan ini dalam langkah pengajaran yang ketiga. Dalam langkah ini murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan akan diberikan gambar anggota badan. Anggota kumpulan akan membincangkan simpulan bahasa yang berkaitan gambar dan maksud simpulan bahasa yang telah dilabelkan dalam gambar.ContohLampiran:

Buah mulutMulut murai

Mulut tempayan

Berat mulut

Setiap kumpulanakan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekejsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama.Teori konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Untuk menilai kefahaman murid tentang pelajaran yang telah dipelajari. Dalam langkah ke-4 Saya akan memberikan beberapa lembaran kerja mengikut tahap kebolehan murid. Murid diminta untuk menyelesaikan latihan dalam masa yang ditetapkan.Implikasi konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.Jadi latihan yang diberikan ini dapat menjadi pengukur untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam membina idea baharu.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini diakhiri dengan rumusan pelajaran dengan penerapan nilai.Penerapan nilai bertoleransi ,bekerjasama,menghormati diterapkan kerana mengikut teori amat menekankan konsep belajar secara berkumpulan.Murid juga diminta menyebut sekali lagi maksud simpulan bahasa yang disebut oleh guru sebagai peneguhan.RumusanDari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sediaada disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sediaada mereka. Ini menjadikan Pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terusbermotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar.

7.0 REFLEKSIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya Berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini.Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengankehendak soalan tetapi setelah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan dengan pensyarahpembimbing iaitu Encik Awang Razali saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan . Semasa interaksi ke-2 Encik Awang Razali telah menerangkan tajuk berkaitan teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep teori-teori pembelajaran tersebut. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk memahami tentang teori pembelajaran ini. Oleh sebab itu saya perlu mengumpulkan banyak maklumat daripada buku-buku rujukan tambahan samaada buku yang dibeli ataupun di perpustakaan. Saya juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan tentang Teori pembelajaran, tokoh- tokoh yang berkaiatan dan aplikasi teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebihawal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuatkerja lewat malam dan banyak komitmen sekolah yang harus diselesaikan. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa sepanjang cuti dengan berada di rumah menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Melalui tugasan ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep setiap teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun mencapai matlamatnya yang tersendiri. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yangmembacanya. Sekian, terima kasih.

22