assignment edu 3103 - murid dan alam belajar

25
PENDAHULUAN Permainan kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pembelajaran berlaku secara holistik. Pelbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak melalui sejenis permainan yang direka sendiri ataupun yang dikongsi bersama. Seringkali kanak-kanak membuat permainan mereka sendiri termasuk peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya. Telah menjadi kemestian kanak-kanak untuk bermain, berehat, beriadah dan berseronok (the right to rest, leisure; to engage in age - appropriate play and recreational activities) menurut akta hak kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB: 1989). Menurut Jean Piaget melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa (2011), main adalah selari dengan pembelajaran dan seharusnya bermain boleh dijadikan sebagai satu proses belajar, iaitu proses menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial. Malah dengan bermain juga dapat dijadikan kuasa untuk merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan menang, seri dan kalah. Permainan yang bersifat fantasi berkait rapat secara langsung dengan main sebagai berunsur ansur maju. Menurut Friedrich Froebel melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa (2011), bermain merupakan salah satu cara untuk melatih perkembangan kanak-kanak. Main juga dapat melatih kanak-kanak meluahkan ekspresi mereka dan seterusnya memberikan 1 | Page

Upload: keisuke-eymran

Post on 26-Jul-2015

696 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PENDAHULUANPermainan kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pembelajaran berlaku secara holistik. Pelbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak melalui sejenis permainan yang direka sendiri ataupun yang dikongsi bersama. Seringkali kanak-kanak membuat permainan mereka sendiri termasuk peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya. Telah menjadi kemestian kanak-kanak untuk bermain, berehat, beriadah dan berseronok (the right to rest, leisure; to en

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

PENDAHULUAN

Permainan kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran

kanak-kanak. Pembelajaran berlaku secara holistik. Pelbagai perkara dapat dipelajari

oleh kanak-kanak melalui sejenis permainan yang direka sendiri ataupun yang dikongsi

bersama. Seringkali kanak-kanak membuat permainan mereka sendiri termasuk

peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya.

Telah menjadi kemestian kanak-kanak untuk bermain, berehat, beriadah dan

berseronok (the right to rest, leisure; to engage in age - appropriate play and

recreational activities) menurut akta hak kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB: 1989).

Menurut Jean Piaget melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed

Mustapa (2011), main adalah selari dengan pembelajaran dan seharusnya bermain

boleh dijadikan sebagai satu proses belajar, iaitu proses menambah baik dan

memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial. Malah dengan bermain juga dapat

dijadikan kuasa untuk merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan menang,

seri dan kalah. Permainan yang bersifat fantasi berkait rapat secara langsung dengan

main sebagai berunsur ansur maju.

Menurut Friedrich Froebel melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed

Mustapa (2011), bermain merupakan salah satu cara untuk melatih perkembangan

kanak-kanak. Main juga dapat melatih kanak-kanak meluahkan ekspresi mereka dan

seterusnya memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan

kemahiran fizikal dalam proses pembelajaran mereka. Perkembangan kemahiran

tersebut kemudiannya akan menjadi dasar kepada pendidikan yang akan dilalui murid

pada peringkat seterusnya.

1 | P a g e

Page 2: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

KONSEP MAIN

Konsep main atau bermain merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi

sukar untuk dedifinisikan, terutamanya dalam konteks pendidikan dan pembelajaran

bagi seseorang kanak-kanak. Kita sedar akan kepentingan main apabila kita melalui

prosesnya dengan sendiri. Menurut Pellegrini (1995) melalui Noriati A. Rashid dalam

buku beliau Murid dan Alam Belajar (2009), mudah kita menjelaskan konsep main

dengan melihat unsur-unsur main secara sukarela, main bermotivasi intristik, main

melibatkan penglihatan dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang

melibatkan imaginasi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007 halaman 977, perkataan

‘main’ membawa maksud sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang atau

bersuka-suka dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak.

Menurut Fromberg (1987) melalui Ahmad Subki Miskon (2011) dalam bukunya

Murid dan Alam Belajar, secara umumnya main adalah simbolik, bermakna,

menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi instrik, mempunyai peraturan dan berbentuk

episodik. Sering kali main dikatakan antonim kepada kerja atau belajar. Sebenarnya

konsep tersebut kurang tepat kerana kerja atau belajar yang menikmati kepuasan serta

mempunyai ermpat unsur berkenaan tergolong dalam konsep main.

Manakala menurut Brian Sutton-Smith dalam Pellegrini (1995) melalui Choong

Lean Keaw (2011) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar, main dapat digolongkan

mengikut fungsinya, iaitu main sebagai satu kemajuan, main sebagai kuasa, main

sebagai fantasi dan main sebagai mainan. Bagi kanak-kanak, main merupakan satu

laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran dunianya

melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba jaya dan manipulasi alatan.

2 | P a g e

Page 3: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

KEPENTINGAN MAIN

Melalui main, sama ada dikendalikan secara terancang atau kanak-kanak

bermain sendiri, proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh akan terus

berlaku. Bermain jelas memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk

memperkembangkan fizikal mereka. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang

berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan

motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.

Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan

bahagian-bahagian badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak

meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin

dan boleh berdikari. Kanak-kanak boleh memperkembangkan fizikal dari segi motor

kasar dan halus. Antara contoh permainan yang boleh melatih perkembangan fizikal

kanak-kanak seperti tolak dan tarik alat permainan, ambil barang-barang kecil,

memukul bola dan permainan yang memerlukan kanak-kanak menulis.

Menurut Lev Vygotsky melalui Choong Lean Keaw (2009), bermain ialah

sumber perkembangan kanak-kanak. Melalui aktiviti main, mereka belajar dan

mengamal kemahiran sosial asas, disamping membentuk identiti kendiri, belajar

berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan belajar cara berkawan.

Manakala menurut Fromberg & Gullo (1992) melalui Choong Lean Keaw

(2009), main meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak, disamping

kompetensi sosial, kreativiti, imiginasi dan kemahiran berfikir. Dapatan ini disokong pula

oleh Frost (1992) yang mendapati bahawa ‘main’ merupakan sumber utama

perkembangan imiginasi, kecerdasan, bahasa, kemahiran sosial dan keboleh persepsi-

motor bayi kecil dan kanak-kanak. Antara kepentingan kegiatan main ialah kepentingan

dari sudut fizikal, emosi, sosial dan intelektual.

3 | P a g e

Page 4: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

KATEGORI MAIN DAN JENIS-JENIS MAIN

Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik

awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan

hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa

kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main

sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.

1. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)

Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat

pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten

adalah seperti berikut:

Unoccupied Play

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati

tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan

hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan.

Solitary Play

Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran

dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-

kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara

menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan

oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

Onlooker Play

Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri

dalam permainan.

4 | P a g e

Page 5: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Parallel Play

Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian.

Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang

dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan

puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang

laian akan terus menyambung permainan.

Assosiative Play

Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan.

Contohnya ialah main kejar-kejar.

Cooperative Play

Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan

berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

2. Main Kognitif (Piaget, 1962)

Practice Play/ Functional Play

Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan

cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain

lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan

menggunakannya.

Symbolic Play

Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang

lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang

lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak

menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan

blok sebagai kereta.

5 | P a g e

Page 6: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Play With Rules

Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka

gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain

permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan

pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

Constructive Play

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam

permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan

kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek.

Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

3. Free Play

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis

permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar

kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara

langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan

kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan

orang-orang di sekelilingnya.

4. Outdoor Play

Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di

taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan,

perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah

merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak.

6 | P a g e

Page 7: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Contoh Rancangan Pengajaran Harian : Main sosial (cooperative)

Kelas : Pra Sekolah

Hari : Rabu

Tarikh : 28 Mac 2011

Masa : 30 Minit

Tajuk : Mengenal warna

Tunjang Utama : Tunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik

Standard Kandungan : ST 2.0 Kemahiran Saintifik

Standard Pembelajaran : ST 2.3 Membanding dan mengelas objek

Utama

Standard Pembelajaran Lain : ST 2.3.1 Membanding dan mengumpul objek- objek

yang disepadukan mengikut satu ciri iaitu :

a) Warna

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

i) Mengenal warna merah, biru, kuning dan hijau.

ii) Membezakan warna merah, biru, kuning dan hijau.

iii) Membina bentuk bangunan dari bongkah lego yang diberi

Kemahiran Utama : i) Mendengar

ii) Bertutur

iii) Menaakul

Peralatan dan Bahan: i) Video CD

ii) Lego

iii) Hadiah

Nilai-nilai Murni : i) Mendengar arahan

ii) Mengikuti arahan

iii) Berkerjama-sama

7 | P a g e

Page 8: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Langkah/Masa Strategi/Aktiviti Pengajaran Dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

-Guru menayangkan video warna kepada

murid.

-Guru bertanyakan kepada murid tentang

video yang ditayangkan.

Soalan : Apakah warna yang ada di dalam

video itu

-Guru menerangkan warna yang ada di

dalam video kepada murid-murid.

ABM : Video Cd

Nilai : Mendengar arahan,

menjawab soalan

Objektif: Murid dapat

mengenal warna yang ada

didalam video.

Langkah 1

(10 Minit)

-Guru menunjukkan kepada murid Lego

yang ada ditangan guru.

-Guru bertanyakan kepada murid warna

setiap lego yang berada ditangan guru.

-Guru mengagihkan murid kepada 4

kumpulan.

-Guru meminta wakil setiap kumpulan

untuk datang ke hadapan untuk mengambil

Lego.

-Guru memberi 5 biji lego berwarna merah,

5 biji lego berwarna biru, 5 biji lego

berwarna hijau dan 5 biji lego berwarna

kuning.

-Guru meminta setiap kumpulan menyebut

setiap warna lego yang ada ditangan

mereka.

ABM : Lego

Nilai: Berkerjama-sama,

mendengar arahan guru.

Objektif :

Murid dapat mengenal

setiap warna lego dengan

betul.

Langkah 2 -Guru meminta setiap kumpulan ABM : Lego

8 | P a g e

Page 9: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

(10 Minit) berbincang dan kemudian menghasilkan

bangunan daripada lego yang diberi.

-Guru memberitahu kumpulan yang

membuat bentuk bangunan yang cantik

dan kukuh akan mendapat hadiah.

Nilai: Berkejasama,

mendengar perhatian,

mendengar arahan,

bertolak ansur, melakukan

kerja dengan bersungguh-

sungguh.

Objektif :

1) Murid dapat

membuat bentuk

bangunan dengan

baik.

Penutup

(5 Minit)

-Guru meminta murid mempersembahkan

bentuk bangunan yang telah dibuat.

-Guru memberi ganjaran positif iaitu hadiah

kepada semua kumpulan kerana membuat

tugasan dengan baik.

-Kemudian guru bertanya kembali warna

lego yang ada ditangan guru satu per satu

ABM : Lego

Nilai : Mendengar arahan

dan berkerjasama

Objektif : Murid akan

meningkatkan lagi

kefahaman mereka warna

Refleksi :

Laporan Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

9 | P a g e

Page 10: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Seperti yang diketahui bahawa kanak-kanak gemar bermain malah mereka

bermain setiap masa tanpa mengira waktu.  Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak-

anak mereka bermain sehingga malas belajar. Walaubagaimanapun kajian pakar

kanak-kanak menunjukkan, bermain selain boleh membuatkan kanak-kanak leka, ianya

juga adalah proses pembelajaran paling berkesan serta memantapkan pemikiran

mereka. Untuk melihat sama ada keseriusan kanak-kanak itu, kita boleh melihat ketika

mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak akan memberikan tumpuan seratus peratus

ketika mereka bermain. Jika kanak-kanak tersebut boleh menumpukan perhatian dan

leka terhadap permainan yang mereka sertai, mengapa tidak ianya diaplikasikan dalam

proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sehubungan dengan itu, perbezaan

individu mungkin menjadi masalah kepada proses P&P tetapi jika ia diterapkan dengan

gaya pembelajaran yang terancang dan bijak, masalah ini dapat dikekang oleh guru

dengan mudah di samping guru bertindak bijak tentang bagaimana untuk mengetahui

cara-cara mengesan dan menambat motivasi murid-murid agar dapat memberi

tumpuan di dalam proses P&P.

Dalam menjayakan sesuatu permainan di sesebuah sekolah, guru memainkan

peranan yang paling penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta

memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Sebagai langkah awal, untuk

memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu

menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti menyedari bahawa guru

akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai

kumpulan kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyedari bahawa mengurus bilik

darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak,

membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri

secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan.

Menerusi hal ini, saya telah memilih satu jenis permainan yang amat sesuai

dengan golongan kanak-kanak iaitu bermain permainan lego dalam sesi pengajaran

10 | P a g e

Page 11: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

dan pembelajaran untuk murid-murid pra sekolah. Saya memilih permainan lego kerana

permainan ini difikirkan sesuai untuk menggalakkan perkembangan kanak-kanak

sekaligus menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga, lego adalah antara permainan yang mampu mencabar kemampuan

kanak-kanak dalam mencipta dan mengaitkan pelbagai deria selain ketangkasan

kanak-kanak itu sendiri. Melalui permainan lego ini, ianya dapat merangsang

penggunaan deria murid-murid sekaligus membolehkan murid-murid menemui perkara

baru sepanjang bermain. Selain itu, warna permainan lego yang berwarna-warni

membolehkan murid belajar mengenali warna dan bentuk yang berbeza dengan mudah

dan lego juga membolehkan murid menyelesaikan sesuatu masalah sekaligus

mengawal kemarahan mereka apabila menemui jalan buntu. Permainan ini juga boleh

melahirkan kreativiti dalam melakukan sesuatu tugas.

Objektif pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk ini ialah murid-murid dapat

mengenal dan membezakan warna merah, biru, kuning dan hijau. Objektif lain ialah

murid-murid dapat membina bentuk bangunan dari bongkah lego yang diberi. Untuk

mencapai objektif yang telah ditetapkan, kanak-kanak akan bermain dalam bentuk

sosial dan melibatkan permainan secara bersama dan berkongsi aktiviti. Murid-murid

juga akan bekerjasama membuat binaan dari lego yang mana murid-murid akan

bermain bersama-sama dan akan wujudnya interaksi. Setiap murid-murid dalam

kumpulan mempunyai peranan dan perlu saling bergantungan untuk mencapai

matlamat permainan. Dalam membina bentuk bangunan dari bongkah lego yang diberi,

murid-murid akan menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam

menghasilkan karya seni iaitu murid mengenal lego sebagai alat permainan untuk

menghasilkan bangunan. Dengan itu, murid-murid dapat menzahirkan idea kreatif

dalam penghasilan karya iaitu menghasilkan bentuk binaan yang mudah menggunakan

lego.

Permainan lego ini juga dapat diterapkan dalam gaya pembelajaran ketika

mempelajari sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran

merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang

11 | P a g e

Page 12: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru perlu peka terhadap kebolehan

pelajar yang berbeza. Melalui permainan lego ini, saya dapat mengenalpasti bahawa

setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu terhadap sesuatu permainan.

Contohnya bagaimana mereka berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang rumit dalam permainan. Jika kita mempunyai pengalaman dalam

permainan lego, kita akan menyedari bahawa kemahiran dan ketangkasan akibat

daripada latihan motor halus dan kasar yang betul dapat menentukan siapa yang boleh

membina bangunan dengan menggunakan bongkah lego dengan cepat.

Jika kita hendak aplikasikan perkara ini di dalam proses P&P, murid yang

menguasai dan berminat dalam proses P&P kebiasaannya murid yang telah mendapat

latihan yang baik. Konsep menang atau kalah juga boleh diterapkan di dalam proses

P&P di mana ia boleh menyeronokkan lagi perjalanan proses P&P di mana murid akan

bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan dan menyiapkan latihan jika mendapat

peneguhan positif dari guru. Contohnya di sini ialah murid yang dapat membuat binaan

model bangunan dengan cepat dan cantik akan menang. Manakala murid yang menang

akan mendapat hadiah. Dengan adanya peneguhan ini, ianya dapat meningkatkan

motivasi diri murid tersebut di dalam segala latihan yang diberikan oleh guru.

LAPORAN BERGAMBAR

12 | P a g e

Page 13: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Murid bekerjasama Murid membeza warna antara bongkah

Murid cuba membina bangunan Murid cuba membezakan bentuk bongkah

13 | P a g e

Page 14: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Model bangunan yang dihasilkan Model bangunan yang dihasilkan

Model bangunan yang dihasilkan Model bangunan yang dihasilkan

PENULISAN REFLEKTIF

14 | P a g e

Page 15: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Pada pendapat saya, kelebihan permainan lego ini dapat melatih murid-murid

untuk menggerakkan motor-motor halus serta dapat menimbulkan kegembiraan di

kalangan rakan ketika bermain. Permainan ini amat berkait rapat dengan perbezaan

individu,gaya pembelajaran dan motivasi murid-murid melalui proses pengajaran dan

pembelajaran.Perbezaan individu yang dimaksudkan ialah setiap individu adalah

berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik

dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar

seiras. Seterusnya permainan lego ini dapat melibatkan pembelajaran yang berterusan

di kalangan murid-murid. Pembelajaran yang dimaksudkan ialah perkembangan yang

melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi

yang diperolehi melalui pembelajaran permainan lego tersebut. Justeru itu, permainan

ini amat sesuai diterapkan di kalangan murid-murid.

Melalui permainan ini juga gaya pembelajaran seseorang individu bertindak

balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.Dengan

iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan

gaya pembelajaran, seorang murid dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya

dengan lebih lancar. Permainan lego ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara

semula jadi. Malahan kecenderungan bermain seperti ini adalah satu gesaan yang

semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa

berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran

melalui bermain berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan.

Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran menerusi permainan boleh

berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat

dengan penggunaan bahan permainan itu secara langsung.

Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Kanak-kanak

biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton

sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya

mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat

dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan memerlukan

penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan, mereka akan melibatkan

15 | P a g e

Page 16: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan

yang betul. Dalam hal ini, permainan lego amat bertepatan untuk diserapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Motivasi murid-murid juga akan dapat dipertingkatkan lagi menerusi permainan

ini. Hal ini kerana menerusi permainan lego tersebut, murid-murid dapat membina

keyakinan diri dengan lebih kuat dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan

dugaan yang bakal ditempuhi. Dalam hal ini, bermain dikatakan sebagai suatu

pekerjaan kepada kanak-kanak .Kanak-kanak akan bekerja keras dan kelihatan

bersungguh-sungguh semasa membuat “pekerjaan” bermain dan kanak-kanak

sebenarnya sedang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itu

pengetahuan tentang bagaimana mendidik kanak-kanak melalui pendekatan belajar

melalui bermain atau play pedagogy approach perlu diberi perhatian oleh ibubapa dan

juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan

belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanak-kanak iaitu mereka amat

suka meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan amat suka

berimaginasi.

Melalui konteks ini, motivasi murid akan lebih meningkat dan berupaya untuk

melakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu. Oleh itu, amat sesuailah

permainan lego diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, melalui pengalaman diri kita sendiri dalam apa jua permainan yang kita sertai.

Jika kita menang dalam permainan yang kita sertai, sudah pasti kita berasa gembira

dan ingin meningkatkan lagi kemahiran kita di dalam permainan yang kita ceburi.

Ringkasnya di sini saya ingin menegaskan bahawa pengaplikasian permainan dalam

proses P&P dapat meningkatkan penglibatan murid yang berbeza karakter,

mempengaruhi gaya pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid

dalam memberikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

BIBLIOGRAFI

16 | P a g e

Page 17: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam

Belajar. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konsep Main. Dilayari pada 26 Mac 2012 di URL http://iptaa.edu.my/Portal/

download/EDU3103_PDF/09-13%20Bahan,Rujukan&%20Panel.pdf

Nik Safiah Karim et. al. (2009), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.

(2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pendekatan, Strategi, Kaedah & Teknik. Dilayari pada 27 Mac 2012 di URL

http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

17 | P a g e

Page 18: Assignment EDU 3103 -  Murid Dan Alam Belajar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

NAMA :

MOHD IMRAN BIN HUSSIN

NO. KAD MATRIX :

(WMA0002/PPG/062011/MD086)

KELAS :

P 2.5

( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN )

NAMA PENSYARAH :

EN. MOHD AQSA BIN HUSSIN

TARIKH HANTAR :

30 MAC 2012

18 | P a g e