tugasan hbef 3103

Upload: lokman-samian

Post on 03-Apr-2018

623 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    1/22

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    MAC 2012

    HBEF3103

    PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

    NO. MATRIKULASI : 830510015345001

    NO. KAD PENGNEALAN : 830510015345

    NO. TELEFON : 019-5202676

    E-MEL : [email protected]

    NAMA TUTOR : DR.ROSLI BIN SAHAT

    PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    2/22

    Kata Aluan-aluan

    Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya serta kekuatan yang diberi maka apa

    yang tersimpul di hati dapat saya terjemahkan dalam pencarian ilmu yang berguna kepada diri,

    keluarga dan anak bangsa. Terima kasih juga kepada isteri dan anak-anak yang banyak

    membantu dan pendorong semangat juang untuk menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar

    jarak jauh. Dugaan yang sedia ada cukup banyak menanti. Komitmen kepada tugas dan keluarga

    di peringkat usia sebegini memang mencabar. Mudah-mudahan apa yang dihajati dimakbulkan

    Allah swt.

    Rasa bangga di dada apabila tugasan yang diberi dapat disiapkan walau pun di dalam

    keadaan yang agak menekan terutama daripada beban tugas sedia ada. Masa bagai emas. Waktu

    yang berlalu tidak akan berpatah kembali. Untuk menyiapkan tugasan ini, masa yang terluang

    hanyalah di waktu malam dengan ditemani dengkuran anak-anak tercinta. Bersengkang mata dan

    memerah otak untuk mencari inti pati. Syukur dengan kemajuan zaman yang ada. Tugas menjadi

    mudah dengan adanya talian internet. Segala-galanya di hujung jari. Pengalaman tugas lebih duapuluh tahun juga banyak membantu. Apa yang ada di dalam diri dicurahkan kembali di atas

    setiap helaian tugasan ini.

    Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa tugasan yang dihasilkan ini dapat

    memulangkan sesuatu yang amat berharga pada suatu hari nanti. Kepada pensyarah dan rakan-

    rakan yang banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan. Kepada keluarga tercinta, semoga

    bersabar dan berdoalah agar kejayaan dan kebahagian sentiasa menjelma. Kalian semua banyak

    membantu dari segi moral dan memahami keadaan yang sedang ditempuhi.

    Sekian.

    LOKMAN BIN SAMIAN

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    3/22

    OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

    2012

    1.0 PENGENALAN

    Teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat difahamkan dengan pelbagai cara dan

    sebab-sebab tertentu. Mengikut Galbraith (1967), teknologi dapat didefinisikan sebagai

    kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga

    terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan tugas.

    Manakala menurut Heinich, Molenda dan Russell (1969), yang menyokong pendapat

    Galbraith menyatakan kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala

    kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Evan dan Nation

    (2000) pula berpendapat sebaliknya. Konsep alat bukan sebagai satu teknologi tetapi bagaimana

    kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan.

    Malaysia juga tidak terlepas daripada penggunaan teknologi dalam P&P dan beberapa definisi

    tentangnya telah lahir. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1998) menyatakan bahawa

    teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan

    secara sistematik, saintifik, dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya

    secara sepadu, idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan

    keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Reiser (2001), reka bentuk pengajaran dan teknologi terdiri daripada analisa

    pembelajaran daripada proses pembelajaran dan masalah yang dihadapi, reka bentuk,

    pembangunan, pelaksanaan, menilai dan proses pengurusan pengajaran atau pembelajaran dan

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    4/22

    sumber bermaksud untuk meningkatkan pembelajaran pada pelbagai persekitaran, sama ada

    sekolah atau tempat kerja.

    Sebelum sesuatu proses P&P bermula, rancangan pembelajaran dibentuk terlebih dahulu

    sebagai panduan dan pemudah cara agar objektif dan kehendak proses P&P itu tercapai. Menurut

    Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka

    bentuk, membangun dan menilai pengajaran. Richey (1986) pula mendefinisikan reka bentuk

    pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk

    pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan

    pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses

    pengajaran iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan mengurus pembelajaran.

    Tujuan utama reka bentuk pengajaran itu adalah untuk:-

    i) Menghasilkan pengajaran yang berkesan;

    ii) Pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan; dan

    iii) Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar

    terhadap pengajar serta membantu pembinaan disiplin yang positif.

    Maka dengan itu saya memilih bahan pengajaran dan pembelajaran dari laman Learning

    Managemanet System, CD Courseware Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran

    Science Sekolah RENDAH.Ada enam prinsip grafik yang perlu ada bagi reka bentuk visual iaitu

    a) Simplisiti

    b) Dominan

    c) Pola

    d) Seimbang

    e) Variasi

    f) Harmoni.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    5/22

    Simplisiti

    Bagi memahami simpisiti, ia adalah lukisan yang jelas dan mudah dibaca.Kedua, sesuatu bahan

    grafik perlu nampak mudah bagi mengelakkan penerima daripada merasa tekanan untuk

    mengetahui apakah maklumat sebenarnya yang perlu disampaikan. Contohnya kita lihat gambar

    ikan dan haiwan sahaja dapat menggambarkan kandungan pembelajaran Science Year 5 ini dan

    tajuknya terang dan jelas supaya menarik minat pengguna web ini.

    Dominan

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    6/22

    Dominan dari segi istilahnya bermaksud objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat

    dilihatr dan dibaca maksudnya oleh penonton dengan mudah.Ada 7 cara untuk sesuatu laman

    web itu mencapai dominannya. Antaranya ialah:

    a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)

    b) Warna dan bentuk yang kontras

    c) Saizyang lebih besar

    d) Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama

    e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk kea rah item utama

    f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas.

    g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

    Dominan yang terdapat laman web ini seperti gambarajah dibawah

    Pola

    Prinsip ini penting kerana ia berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan

    visual. Pentingnya aspek susunan ini kerana:

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    7/22

    a) Menarik perhatian ke arah item yang utama

    b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul

    c) Mengekalkan penglihatan mata dan mengikut alairan persembahan

    Disamping itu, ada dua jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual iaitu pola

    mengikut geometri dan pola mengikut huruf.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    8/22

    Seimbang

    Laman ini dilihat ada prinsip reka bentuk ini iaitu seimbang. Elemen grafik disusun supaya

    beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada bahagian kiri atau

    kanan.Ada dua jenis seimbang iaitu

    a) Seimbang formal iaitu pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama

    ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah.

    b) Seimbang tidak formal iaitu pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan

    kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    9/22

    Seimbang formal

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    10/22

    Seimbang tidak formal

    Variasi

    Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan dalam visual, iaitu menggunakan variasi

    dalam penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap

    persembahan.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    11/22

    Harmoni

    Harmoni perlu ada bagi melengkapkan elemen-elemen grafik.Ini bagi menunjukkan

    kesinambungan idea atau buah fikiran.Jadi, penonton boleh mengikuti perkembangan

    keseluruhan visual.Ia juga mesti ada hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan,

    perspektif dan kesatuan imej.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    12/22

    SOALAN 2

    PENGENALAN

    Edward De Bono(1990) menyatakan kemahiran berfikir sebagai suatau proses yang kompleks

    yang berlaku dalam minda seseorang apabila ia menerokai sesuatu pengalamannya untuk

    mencapai sesuatu tujuan.Tujuan yang dimaksudkan beliau ialah untuk member makna, menilai,

    kefahaman, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Penggunaan multimedia secara

    interaktif dalam bidang pendidikan masa kini telah banyak diaplikasioleh para pendidik

    khusunya di sekolah rendah.Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik

    menjadikan courseware ini menjadi lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik

    darjah. Banyak persoalan yang timbul antaranya bahan atau media yang dihasilkan sesuai

    digunakan dalam kelas, adakah ia berkait rapat dengan iklim bilik darjah sesuatu tempat, dan

    persoalan-persoalan ini berkait dengan reka bentuk kemahiran berfikir yang akan kita kaji ini.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    13/22

    Tidak kira apa teori pembelajaran yang digunakan, kesemuanya boleh diaplikasikan dalam

    pelbagai bentuk di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh pendapat Nicholson(1996),

    mentakrifkan pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira cirri-ciri yang terdapat di

    dalam model rekabentuk visual yang ada masa kini.

    Seperti yang kita ketahui, model kemahiran berfikir telah dicipta oleh Pusat Perkembangan

    Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.Model ini mempunyai

    empat kategori kemahiran berfikir yang berkait rapat antara satu sama lain iaitu

    a) Pemikiran Kreatif

    b) Pemikiran Kritis

    c) Penyelesaian masalah

    d) Membuat keputusan

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    14/22

    Menurut Majid Konting (1960), reka bentuk merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk

    memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.Kajian saya

    terhadap laman courseware www.spp.moe.gov.my , ia memang mempunyai kaitan

    dengan membangunakn kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Sistem ini telah

    dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi matapelajaran Science dan

    Mathematics selari dengan dasar pendidikan kerajaan pada tahun 2003. Laman ini banyak

    http://www.spp.moe.gov.my/http://www.spp.moe.gov.my/http://www.spp.moe.gov.my/
  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    15/22

    membantu guru secara amnya untuk memudahkan proses pengajaran dan memberiinput

    yang berguna kepada para pelajar.

    2.0 Empat ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    16/22

    Ciri yang pertama yang saya dapati ialah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu

    courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar

    belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif

    maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak

    membosankan.

    Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya

    courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin

    membangunkan courseware bagi topik Light and Shadow dalam subjek Science, guru perlu

    mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak.

    Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan

    suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan

    empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik

    iklim.

    Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui

    maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang

    baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mampu

    mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran

    berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    17/22

    dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah

    dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu

    mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.

    Ciri kedua ialah menyatakan objektif. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan

    objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat

    daripada coursewareini. Seperkara lagi, apa yang dipelajari dari laman ini bukan perkara yang

    lama, tetapi sesuatu yang baharu kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau

    pembaharuan. Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran,

    dan sikap yang baru untuk dipelajari.Contohnya dalam topic Light and Shadow, cahaya mestilah

    bergerak dalam suatu garis lurus dengan pandangan mata yang tepat.Maka pembangunan

    courseware Science Year 5 ini membolehka pelajar memahmi konsep asas cahaya dengan betul

    dan secara tidak langsung mencapai objektif ini.

    Secara rasionalnya, objektif pelajaran amat penting kerana ia member impak dan panduan

    khusus untuk guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

    darjah dan memilih media pengajaran yang paling sesuai bagisetiap aktiviti yang dijalankan.

    Pembangunan laman ini berlandaskan objektif yang jelas yang membolehkan murid memahami

    konsep asas cahaya dan mampu menguasai kemahiran proses sains.

    Ciri reka bentuk yang seterusnya ialah memilih kaedah, media dan bahan. Laman courseware ini

    sesuai dan menarik. Media dan courseware yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan

    pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.Dalam tajuk Bayang-bayang, kaedah

    demonstrasi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menggunakan laman ini. Demonstrasi di

    mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekumpulan pelajar. Jika

    pembelajaran itu bertujuan untuk membentuk psikomotor domain, demonstrasi guru perlu diikuti

    dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru. Ada

    beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang menggunakan kaedah demonstrasi

    iaitu:-

    a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar.

    b) Bahagikan kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran jika ianya kompleks

    untuk diajar.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    18/22

    c) Pastikan setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan.

    d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.

    e) Cuba demonstrasi sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula.

    f) Sediakan soalan sebelum,semasa dan selepas demonstrasi dilakukan.

    Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan bahan bantu mengajar semasa demonstrasi.Guru

    menunjukkan lampusuluh dan bola sepak dan menyalakan lampu ke arah bola tersebut dan

    murid-murid nampak akan bayang-bayang sebenar berlaku. Jadi dengan ini, baharulah murid

    akan dapatgambaran tentang topic pembelajaran yang berlaku.

    Tegasnya, penggunaan media yang pelbagai boleh digunakan, saya berpendapat guru harus

    mempertimbangkan kandungan yang ada pada courseware ini seperti tayangan video,

    penggunaan gambar berskala besar atau soalan interaktif yang mempunyai tahap soalan kerana ia

    lebih menarik dan mampu mendapat gambaran jelas.Pendapat ini disokong oleh Nicholson

    (1996) dalam kajiannya yang mendapati guru di Hong Kong, China turut menggunakan video

    berkaitan cahaya bergerak lurus bagi tajuk cahaya. Maka,tidak hairanlah kenapa model ini

    digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan.

    Menilai dan menyemak bahan adalah ciri reka bentuk pengajaran yang penting juga.Ia digunakan

    selepas menggunakan courseware ini. Aspek yang dinilai adalah berkaitan dengan keberkesanan

    atau kekuatan courseware secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek

    yang harus kita fikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006):

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    19/22

    a) Adakah objektif pembelajaran tercapai?

    b) Adakah alat/ bahan media yang digunakan untuk membantu proses pembelajaran

    danpengajaran?

    c) Adakah kesemua pelajar menggunakan alat / bahan media dengn cara yang betul?

    d) Adakah suasana pembelajaran selesa?

    e) Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

    Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware

    dan iantidak berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware ini akan terus dilakukan sehingga

    media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan

    pembelajaran.Penilaian boleh dilakukan samada penilaian formatif dan penilaian sumatif.Bagi

    saya,menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat

    mengenal pasti kekuatan bahan tersebutmalah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu

    sehingga ia amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu:-

    (a) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria iaitu penilaian pelajar berdasarkan suatu set

    objektif yang telah dipilih dan ditentukan;

    (b) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran iaitu menguasai kemahiran yang diajar dan dapat

    menggunkannya; dan

    (c) Sikap pelajar iaitu menunjukkan perubahan sikap yang positif.

    3.0 Kesimpulan

    Keempat-empat ciri reka bentuk yang sesuai dengan laman ini mempunyai asas yang kukuh

    untuk menjadikan laman courseware ini antara bahan yang terbaik setakat ini.Berdasarkan

    kjaina-kajian yang lepas,model laman ini bukan sekadar member panduan kepada guru dalam

    pengajaran dan pembelajaran malah cirri yang ada boleh megubah persepsi pelajar terhadap

    proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan.Sekiranya ciri reka

    bnetuk yang ada diaplikasikan sepenuhnya oleh guru dan murid dalam laman courseware ini,

    saya percaya bahawa murid-murid akan tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari

    tersebut.Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah,

    menarik dan efektif.

    Guru matapelajaran Science mestilah menguasai konsep asas dan kemahairan proses sains dalam

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    20/22

    laman ini maka ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid terutamnay murid yang ada

    kecerdasan tinggi.Ia juga dapat membantu mengembangkan idea murid yang bermakna dalam

    pembelajaran.Menurut Gallagher(1985), satu proses mental yang membolehkan individu

    mencipta dan menghasilkan idea atau keluaran baharu atau menggabungkan idea atau keluaran

    baharu dalam cara yang asli atau baharu baginya dan berguna serta bernilai dari segi

    sosial.Berdasarkan kepada rekabentuk yang ada , guru dapat mengaplikasikan kemahiran kreatif

    dan kritis dalam pembelajaran sains .Ini menunjukkan tahap aplikasi yang tinggi.

    Tumpuan dan minat yang mendalam terhadap pembelajaran dapat membantu murid menguasai

    sesuatu konsep dan amali secara amnya.Ini dibuktikan dengan latihan yang mempunyai aras

    mudah, sederhana dan tinggi yang mampu menguji tahap pemahaman dan penerimaan murid

    terhadap pengajaran guru. Modul yag ada menrapkan kemahiran kritis iaitu mengingat dan dapat

    mengelakkan lupaan iaitu halangan kepada kemahiran berfikir.Guru harus kreatif sebelum,

    semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dan ini menjadikan objektif pelajaran

    tercapai secara keseluruhannya.

    2500 patah perkataan.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    21/22

    BIBLIOGRAFI

    1. http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

    2. Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books

    3. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur :

    Utusan Publications

    4. Ab.Rahim Selamat (1990), Teknologi Sistem Pengajaran.Kuala Lumpur: Penerbit

    Fajar Bakti

    5. Gagne, R.M. (1983). The Condition of learning. Toronto: Holt. RineHeart and

    Winston.

    http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htmhttp://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm
  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF 3103

    22/22

    6. Jonassen, H. D. (1996). Computer in the classroom: Mindtools for critical

    thinking:Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall

    7. Lee Shok Mee (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah Edisi 2 .Kuala

    Lumpur .Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    8. Philips, J.(1999). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori Dan Amalan . Kuala

    Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.

    9. Surizan Md.Adil .(2000). Analisis Kuantitatif Perlaksanaan Kemahiran Berfikir

    Secara Kritis Dan Proses Sains Oleh Guru-guru Sains Sekolah Rendah diKawasan

    Merlimau, Melaka Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

    10. Yusup Hashim.(2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan

    Instruksi.

    11. Som Haji Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli.(1998). Kemahiran Berfikir secara

    kritis dan kreatif (KBKK) . Kuala Lumpur :Longman.

    12. Nurul Huda Abdul Rahman, Dr. (2011). KPD3016 KPD 3026. Pengajaran, Teknologi

    dan Pentaksiran. Pusat Pendidikan Luar: Tanjung Malim: