bmm 3103.docx

Download bmm 3103.docx

If you can't read please download the document

Post on 09-Aug-2015

79 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru

bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Memetik pendapat Mokhtar Ismail (1995), beliau menyatakan bahawa ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. pengujian amat penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan murid-murid dalam kumpulan tertentu yang sesuai serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Melalui tugasan ini, saya akan menghuraikan empat jenis penilaian bahasa yang dilaksanakan disekolah rendah. Seterusnya, berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tahap dua, saya akan menerang dan menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menilai kemahiran bahasa berdasarkan tajuk-tajuk yang tertentu. Akhir sekali, berdasarkan JSU yang telah dibina, saya turut memberi penjelasan mengenai jenis-jenis ujian yang berbentuk objektif dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan. Ringkasnya, jenis-jenis penilaian yang akan difokuskan dalam tugasan ini ialah mengenai jenis-jenis penilaian seperti ujian Formatif, ujian Sumatif, ujian Pencapaian dan juga ujian Kefasihan. Sehubungan dengan itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan dalam bab yang seterusnya telah mengaplikasikan teori taksonomi Bloom iaitu satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidangbidang pendidikan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi yang terdiri dari enam elemen bermula dari pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintaksis dan juga penilaian. Berdasarkan JSU tersebut, saya telah membina soalan-soalan objektif berlandaskan tajuk-tajuk di dalam Tahun 5.

1

2.0 JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Melalui konteks pendidikan di sekolah, dalam membuat penilaian, seseorang guru sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Namun begitu, dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, guru akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Antaranya ialah dari seorang tokoh pendidikan iaitu Popham dan Gay. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) telah menyatakan bahawa penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Penilaian adalah aspek yang penting selain konsep pentaksiran dan pengujian. Penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan

menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Melalui penilaian, status dapat dikenal pasti sama ada status semasa dan seterusnya malah, penambahbaikan dapat dirancang menerusi2

program-program berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru dapat mengajar murid dan murid dapat memmuridi ilmu yang disampaikan oleh guru. Kebiasaannya, guru akan merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada dalam bentuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Proses pembinaan soalan perlu dirancang dengan meneliti aspek-aspek penting sama ada soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif pengajaran yang terkandung dalam sukatan muridan. Pada masa yang sama, penilaian yang dilaksanakan bukan hanya bertujuan untuk membuat penilaian yang adil, tetapi ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti pretasi murid dalam penguasaanya terhadap subjek atau kursus yang diajar. Bahkan, melalui penilaian juga, guru dapat mengenal pasti kelemahan terhadap pengajaran yang diaplikasikan kepada murid. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis penilaian bahasa yang

dilaksanakan di sekolah. Antara jenis-jenis penilaian tersebut ialah penilaian Formatif, penilaian Sumatif, ujian Kefasihan, ujian Kemajuan, ujian Bakat dan juga ujian Pencapaian.

2.1 Penilaian Formatif Ujian Formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Biasanya ia digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya dapat terus membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Oleh itu, ujian jenis ini kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dengan menggunakan kaedah secara individu. Bagi membolehkan tujuan ujian ini tercapai, terdapat beberapa cara yang digunakan.3

Namun begitu, cara ujian ini dijalankan adalah secara tidak formal melalui tindakan guru dalam bilik darjah seperti pemerhatian, ujian ringkas, kuiz, bersoal jawab secara lisan serta memeriksa hasil kerja murid dalam kelas atau kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan murid. Seterusnya, keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya seperti menempatkan murid dalam kumpulan-kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti penggayan dan pemulihan untuk mereka. Seterusnya, di samping dapat mengesan penguasaan dan kemajuan muridmurid di dalam kelas dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka, ujian formatif ini juga turut digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Selain itu, melalui hasil dapatan keputusan dari ujian Formatif juga, guru akan mendapat maklum balas segera sekiranya beliau perlu memperbaiki lagi pengajaran yang disampaikan dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada murid. Oleh itu, ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu agar berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.

2.2 Penilaian Sumatif Ujian Sumatif merupakan aktiviti pengujian dan pengukuran atas pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran. Ia meliputi tempoh masa sama ada dalam satu penggal, setengah tahun atau genap satu tahun. Namun, biasanya ia dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Keputusan ujian ini akan digunakan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penggayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan murid dalam kumpulan yang sesuai. Berbeza dengan ujian Formatif, cara ujian yang digunakan dalam penilaian Sumatif adalah dalam bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan juga senarai semak.

4

Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk menilai pencapaian seseorang murid dengan memberi markah atau gred kepada mereka supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya. Oleh itu, ujian ini biasanya dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan. Selain itu, penggredan ini turut digunakan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Menerusi sistem pendidikan kita sekarang, penggunaan Ujian sumatif dapat dilihat dalam menentukan taraf persijilan bagi peperiksaan awam di sekolah rendah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Sekiranya dibuat perbandingan dengan Penilaian Formatif, penilaian Sumatif mempunyai banyak perbezaan terutamanya dari segi pengertian itu sendiri, tujuan ujian, aktiviti yangg dilaksanakan dalam ujian, masa yang diambil, bentuk ujian, sasaran, liputan ujian, kewujudan rekod serta tindakan yang diambil hasil dari dapatan penilaian. Saya telah merumuskan perbandingan di antara Penilaian Formatif dan penilaian Sumatif di dalam jadual 1 dibawah:

Ciri-Ciri Pengertian

Ujian Formatif Sesuatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas

Ujian Sumatif Sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan pe