nota_bm hbml 3103

30
TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS -KOMSAS -‘Komponen Kesusasteraan Melayu’ ialah pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan. - dikenal pasti dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. -sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). 1.1 KOMSAS DALAM P&P BAHASA MELAYU -KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. -Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. -kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. - KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa iaitu menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan. 1.1.1 Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan - KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. -Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan. 1.1.2 Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS -meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan: 1. aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. -dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. 2. bahan pengajaran. -Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. 1.1.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS -diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. -Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif- objektif berikut: a.Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar; b.Mempertingkatkan kemahiran berbahasa; c.Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan d.Memupuk semangat yakin diri. 1.2 SUKATAN PELAJARAN KOMSAS Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, terdapat tiga hasil pembelajaran utama, iaitu: 1.Interpersonal; 2.Maklumat; 3.Estetik; -Dalam hal ini, KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil pembelajaran yang ketiga, iaitu estetik. Pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Malaysia KBSM, pengisian kurikulum KOMSAS meliputi elemen-elemen berikut: Ilmu; Nilai Murni; Kewarnegaraan; Peraturan Sosiobudaya; dan Kemahiran Bernilai Tambah. 1.2 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS a . Lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita -melibatkan kemahiran asas seni lakon. Genre sastera yang sesuai menggunakan

Upload: liow-kok-siong

Post on 01-Dec-2015

2.808 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota_bm Hbml 3103

TOPIK 1   PENGAJARAN KOMSAS

-KOMSAS -‘Komponen Kesusasteraan Melayu’ ialah pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan. - dikenal pasti dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. -sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

1.1 KOMSAS DALAM P&P BAHASA MELAYU

-KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001.-Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama.-kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. - KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa iaitu menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan.

1.1.1   Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan - KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. -Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.

1.1.2   Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS -meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan:1. aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. -dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. 2. bahan pengajaran.-Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

 1.1.3   Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS-diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. -Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:a.Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;b.Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;

c.Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dand.Memupuk semangat yakin diri.

1.2   SUKATAN PELAJARAN KOMSAS

Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, terdapat tiga hasil pembelajaran utama, iaitu:1.Interpersonal; 2.Maklumat;   3.Estetik; -Dalam hal ini, KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil pembelajaran yang ketiga, iaitu estetik.

Pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran

Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Malaysia KBSM, pengisian kurikulum KOMSAS meliputi elemen-elemen berikut: Ilmu; Nilai Murni; Kewarnegaraan; Peraturan Sosiobudaya; dan Kemahiran Bernilai Tambah.

1.2 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

a.Lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita

  -melibatkan kemahiran asas seni lakon. Genre sastera yang sesuai menggunakan teknik ini ialah, drama, novel, dan cerpen.

  

a.Lakonan-aktiviti penglahiran emosi dan perilaku berdasarkan cerita atau peristiwa yang dipaparkan dalam bentuk skrip.- perlu dilengkapkan dengan aspek-aspek asas lakonan seperti latar tempat (setting), persediaan pelakon (costume) dan skrip.

b. Teater Pembaca-drama naratif yang dilakonkan secara spontan. -pembaca akan bertindak sebagai orang yang akan menceritakan latar tempat dan masa sesuatu peristiwa, ataupun sebagai orang yang memperkukuh sesuatu watak, peristiwa atau aksi.- ceritanya akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon,- teater pembaca melibatkan pembaca sebagai pencerita dan pelakon yang akan melakonkan perkara yang di ceritakan.

c. Teater Bercerita satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan.

-menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. -pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. -guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. -teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

Page 2: Nota_bm Hbml 3103

b. b. Kerusi panas dan main peranan

  Pengajaran cerpen, novel dan prosa klasik sangat sesuai diajarkan dengan teknik ini.

  Kerusi Panas -digunakan oleh pelakon-pelakon dalam latihan penghayatan watak dalam sesuatu lakonan. -pelakon atau seseorang yang akan memegang sesuatu watak itu diminta mengkaji dan menghayati watak yang akan dilakonkan sama ada dari segi emosi, penampilan fizikal, gaya dan tutur kata. -Sebagai teknik pengajaran, kerusi panas ialah tempat duduk yang diletakkan di hadapan kelas, di mana seorang pelajar yang dipilih berdasarkan watak dalam cerpen atau novel akan duduk di situ.-Pelajar yang duduk di kerusi panas itu, sebelum ini diminta menghayati dan mengenali watak yang dipegangnya itu secara terperinci. -Dalam aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan soalan-soalan berkenaan watak tersebut, manakala pelajar yang duduk di kerusi panas akan menjelaskannya.

Main Peranan-melibatkan pelajar memainkan sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri ataupun individu lain. -pelajar yang memainkan sesuatu peranan yang diberi, akan beraksi atau berlakon seperti watak yang dimainkannya itu. -Dalam pengajaran tentang isi atau perwatakan dalam novel atau cerpen, teknik ini boleh digunakan untuk memudahkan pelajar memahami isi atau perwatakan secara lebih berkesan. -Dalam pemahaman isi cerita pelajar boleh diminta memainkan peranan seperti watak yang terdapat dalam novel atau cerpen, untuk menjelaskan apa-apa isi cerita yang berkaitan dengan watak yang dipegangnya.

Improvisasi-lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cerpen misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

Tatacerita-boleh juga disamakan dengan teknik bercerita. --pelajar akan diminta bercerita tentang apa yang mereka fahami daripada novel, cerpen atau prosa klasik yang dibaca. -pelajar boleh diminta menceritakan mana-mana bab atau bahagian cerita secara spontan. -Perlu diingatkan bahawa, semua aspek bercerita seperti suara, mimik muka, dan gerakan badan perlu diaplikasikan dalam teknik ini.

Mestamu-Bermaksud membacakan puisi secara berlagu, tetapi tidak disertai muzik iringan. - puisi tersebut akan dibaca secara biasa dan dikuti dengan cara berlagu, baris demi baris. -Mestamu boleh dibuat secara berseorangan atau berpasangan. -Dalam keadaan berseorangan, pembaca akan membacakan baris pertama puisi  secara biasa, kemudian pembaca tersebut akan mengulang baris yang sama secara berlagu pula. -secara berpasangan, seorang akan membacakan puisi secara deklamasi, manakala seorang lagi akan

melagukannya. --pembaca boleh mengadaptasikan irama lagu yang popular untuk disesuaikan dengan pusi tersebut

TOPIK 2   SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KBSMKesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan bahasa, yang ditulis dalam bahasa Malaysia, sama ada dalam bentuk novel, cerpen, drama, prosa tradisional atau puisi tradisional.- objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM:

a.  Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam konteks Pendidikan Kebangsaan

untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

b.

 Konsep bersepadu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu KBSM

meliputi dua  aspek yang kedua-duanya saling berkaitan. Yang  pertama ialah aspek ilmu itu sendiri, iatu apabila pengajaran mata pelajaran ini menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa Malaysia.Yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

c.

 Matlamat serta objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM

untuk melengkapkan para pelajar dengan ilmu sastera, agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu.

Terdapat tujuh objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu peringkat SPM:-Memahami isi dan menganalisis aspek sastera;-Mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera;-Menghayati dan menghargai estetik bahasa;-Menghargai penulis dan karya yang dihasilkan;-Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara;-Menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan pelajar; dan-Memupuk budaya membaca untuk memperkembangkan dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.    2.2   SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SPM & STPM-sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu dari aspek sastera, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum dan kesusasteraan Melayu STPM:

a.   Aspek sastera-diajar dalam bentuk apresiasi karya sastera melalui kajian teks. Aspek-aspek sastera yang disentuh melalui kajian teks ini ialah; tema dan persoalan teks sastera, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam teks sastera tersebut.

b.   Hasil pembelajaran-ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Kesusasteraan Melayu itu sendiri.-dirancang supaya berfokus kepada gaya pembelajaran

Page 3: Nota_bm Hbml 3103

pelajar.-dua hasil pembelajaran; iaitu hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus.

c.   Pengisian kurikulum-bermaksud pengintegrasian elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan dengan perkembangan terkini dalam pendidikan-Pengintegrasian ini bertujuan supaya ilmu dan maklumat kesusasteraan dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan harian.

-melibatkan elemen-elemen yang berikut:Aspek ilmu; Peraturan Sosiobudaya; Nilai Kemanusiaan; Kewargenegaraan; dan Kemahiran Bernilai Tambah

d.   Kesusasteraan Melayu STPMTerdapat sembilan objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu --Memahami konsep asas kesusasteraan;-Mengenali, mendalami, dan menghargai pelbagai jenis dan sifat kesusasteraan Melayu;-Mengetahui suasana zaman, persekitaran sosial, latar masyarakat, dan pemikiran yang menghasilkan kesusasteraan;-Mengesan dan mengambil iktibar nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terungkap dalam kesusasteraan;-Menguasai kaedah penghayatan seni sastera;-Menguasai keindahan gaya bahasa sastera;-Menganalisis dan merumuskan hasil kesusasteraan secara kritis;-Menghasilkan penulisan esei tentang kesusasteraan yang bermutu; dan-Menghasilkan karya kreatif berdasarkan bakat, pengalaman, dan  pengetahuan.

2.4   PENGAJARAN BAHASA MENGGUNAKAN  BAHAN-BAHAN KESUSASTERAAN- menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian maklumat, manakala pengajaran bahasa pula akan menjadi lebih menarik jika mendapat sentuhan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran.2.4.1   Pemilihan Bahan Kesusasteraan untuk Peringkat Sekolah Rendah dan MenengahDari segi bahan, terdapat tiga perspektif penilaian yang boleh digunakan sebagai panduan, iaitu:Perspektif Komunikatif – Bentuk dan gaya bahasanya. Perspektif Struktural – Aspek tatabahasa. Perspektif Kemahiran Berbahasa – Kemahiran lisan, membaca, menulis. -terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih bahan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran bahasa. Sesuai dengan objektif pengajaran & pembelajaran; Berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan; Sesuai dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran; Mengandung  aspek bahasa yang ingin diajarkan; dan Boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca. 2.4.2   Rasional Pemilihan-Menurut Abd. Rahman Shaari (1994), karya sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus membaca, kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.-Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar-Kamarudin Hj. Husin (1998) -kesesuaian ini dari aspek intelek dan emosi, kerana bahan-bahan kesusasteraan

memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam pelbagai perkara. -penuh dengan  nilai-nilai kemanusiaan yang boleh memantapkan aspek emosi pelajar.-pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama menggunakan medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang sama, sama ada secara lisan atau bertulis.

TOPIK 3   PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU - seseorang guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai supaya pengajaran akan jadi lebih menarik.

3.1   PENDEKATANterdapat tiga pendekatan yang biasa digunakan :1.Sejarah-faktor sejarah atau zaman mempunyai pengaruh yang besar terhadap jenis, persoalan dan cara penghasilan karya sastera. -Bentuk dan cara pengahasilan karya sastera zaman ‘Sejarah Melayu’ mempunyai perbezaan yang ketara dengan ‘Hikayat Pelayaran Abdullah’ atau ‘Ranjau Sepanjang Jalan’. -Pada masa yang sama, karya sastera juga dilihat sebagai himpunan rentetan peristiwa yang berlaku kepada seseorang watak.

2.Sosiopsikologi dan emosi-sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri. - Pada masa yang sama, karya sastera juga menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut.-pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera itu. - mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watak yang terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar budaya masyarakat yang digambarkan dalam karya tersebut.

3.Diduktik dan analisis (intrinsik)

-pendekatan ini membolehkan pelajar melihat karya sastera secara objektif dan analitik. -Unsur-unsur seperti persoalan, pemikiran yang ingin diketengahkan, pilihan kata, gaya bahasa, pilihan watak dan sebagainya akan dilihat secara rinci. -Pendekatan  ini akan menganggap peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam karya sastera hanyalah sebagai suatu aksi yang boleh dieksploitasi sebagai bahan karya. Tetapi, bukan itu yang menjadi fokus pengkajian. -Dalam pendekatan ini, karya sastera dinilai berdasarkan ketepatan atau kebolehan pengarangnya memaparkan mesej berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu.3.2   KAEDAH PENGAJARAN1.Kaedah ialah suatu perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. 2. Dalam konteks pengajaran, kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih.3. Secara umumnya terdapat tiga kaedah pengajaran Kesusasteraan yang selalu digunakan;

Kaedah analisis struktural

Page 4: Nota_bm Hbml 3103

-penghasilan buah fikiran yang mengandung pengalaman, imaginasi dan emosi, yang saling kait antara satu dengan lain.-elemen-elemen ini hanya dapat dikesan melalui analisis struktur.-karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Sebagai contoh, cereka akan diajarkan beradasarkan struktrnya yang meliputi tema, plot, perwatakan, sudut pandangan, teknik dan sebagainya.-pengajaran guru akan berfokus kepada pengkajian terhadap aspek struktur bahan sastera tersebut.Antara ciri-ciri kaedah ini adalah seperti berikut:Kajian bahan sastera dibuat secara induktif; Perlukan pembacaan secara rapi dan terperinci; dan Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur karya.

Kaedah menghayati-mengalami-setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. -bahan sastera juga merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya. -kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk cereka seperti novel, cerpen dan drama. --Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karya dengan cara menyelami pengalaman penulis.

Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah:Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran; Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada; Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis; dan Pengajaran berorientasikan aktiviti.

Kaedah berfokus, global dan eklektik

Kaedah Berfokuspengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam sesebuah karya. - menumpukan pengajaran kepada dua fokus; iaitu fokus utama dan fokus sampingan. -Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. -Dalam kaedah ini terdapat satu tajuk atau ceraian isi pelajaran yang menjadi fokus utama, manakala aspek-aspek lain yang berkaitan diletakkan sebagai fokus sampingan.

Kaedah Global-berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. -hasil sastera perlu dilihat secara global (keseluruhan) untuk membolehkan pemahaman secara spontan terhadap bahan tersebut, sekadar untuk mendapatkan gambaran awal terhadap karya tersebut. -kaedah ini dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera secara rinci, dan kebiasaannya kaedah ini digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran seterusnya.-kaedah ini kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa global yang menjuruskan kajian kepada aspek atau bahagian tertentu dalam karya tersebut. Kaedah Eklektik-Kaedah eklektik ialah suatu kaedah yang menggabungkan semua ciri terbaik dalam pelbagai kaedah lain. -Tegasnya kaedah ini tidak terikat kepada mana-mana kaedah tertentu, dan guru boleh menggunakan kreativiti mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran

3.3   TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN3.3.1   Adaptasi, Deklamasi, Cerpendra dan Mestamua.   Adaptasi-mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.

-Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.b.   Deklamasi

- membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannyac.   Cerpendra- mengubah suai petikan cerpen kepada bentuk drama. Teknik ini akan memaksa pelajar mendalami dan menghalusi isi petikan dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama.-pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.d.   Mestamu-mendeklamasikan puisi dan melagukannya  tanpa muzik. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap.- Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.

3.3.2 Kerusi Panas, Improvisasi dan Pemaduan Senia.   Kerusi panas- digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.

-Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.b.   Improvisasi-lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.

- para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.c.   Pemaduan Seni-bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera.

Page 5: Nota_bm Hbml 3103

-seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. -Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan  fakta mengenai watak tersebut.

3.3.3 Baca Drama, Lakonan, Kaligrafi, Dialog, Melodi dan Nyanyiana.   Baca Drama-sesuai digunakan untuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat dalam drama. -Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir atau berdasarkan watak yang dikhaskan.

-Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut.b.   Lakonan-memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu karya sastera.

-Pelajar diminta mengingat semula dialog atau petikan dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta melakonkan petikan atau dialog tersebut mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.c.   Kaligrafi-seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasi pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran. -Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.

-Secara tidak langsung, tumpuan pelajar akan terarah kepada nama-nama watak yang sedang dituliskannya, dan ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.d.   Dialog-dialog-dialog daripada bahan yang dikaji dan pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai. -Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membacakan dialog tersebut dengan gaya yang menarik.

-Aktiviti ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi atau bab yang akan dibincangkan.e.   Melodi-bermaksud nada dan ritma yang enak didengar atau dibacakan. -memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta.-Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam bentuk melodi yang indah.

-Pelajar lebih mudah mengingat fakta yang bermelodi, berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional.f.   Nyanyian-isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. -Kemudian, fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu.

TOPIK 4   PENGUJIAN DAN PENILAIAN  KESUSASTERAAN MELAYU 4.1   OBJEKTIF, PEMBENTUKAN DAN KRITERIA PEMBINAAN ITEM-ITEM UJIAN-teknik atau prosedur yang sistematik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku.   -ujian ialah alat yang digunakan untuk mengukur tahap perubahan tersebut yang ditafsirkan dalam bentuk kefahaman serta penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk atau sesuatu mata pelajaran itu sendiri.

4.1.1   Objektif Menguji Kemahiran-Kemahiran Bahasa-Objektif pertama ialah untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang keberkesanan pengajarannya. -Objektif kedua ialah ujian memberikan maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran bahasa. Objektif ketiga ialah untuk tujuan pemilihan dan pentadbiran. Maklumat daripada ujian berbentuk formatif misalnya boleh digunakan untuk memperbaik atau mempertingkat sesuatu kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar. -Selain itu, ujian tersebut boleh digunakan sebagai satu kriteria pemilihan dan pengesahan dalam sesuatu jawatan.Antara bentuk-bentuk ujian yang boleh digunakan untuk menguji kemahiran bahasa ialah seperti yang berikut:-Mengkritik; -Menganalisis; -Memparafrasa; -Membanding beza; -Penulisan kreatif; -Penampilan maklumat dan fakta; dan -Memproses maklumat

4.1.2   Ujian Objektif dan Subjektif

-terdapat dua jenis ujian bertulis yang selalu digunakan di sekolah-sekolah.a.   Ujian Objektif- pengujian yang menggunakan soalan dan jawapan-jawapan pendek. -melibatkan proses memilih dan menanda pilihan jawapan yang tersedia. -membataskan tindak balas pelajar, yang terarah kepada bentuk respons yang terkawal sahaja. -mudah dimarkat, dan keputusannya adalah adil dan objektif. Selain itu, ujian ini membolehkan guru menguji ruang lingkup pengajaran yang luas dan pelbagai.Menurut Kamarudin Husin (1988), terdapat lapan jenis ujian objektif, iaitu;Item jawapan pendek; Item pilihan; Item aneka pilihan; Item betul-salah; Item padanan; Item kata kunci (key list); Item aturan terbaik; dan Item objektif kloz.

b.   Ujian SubjektifUjian ini selalunya dijawab dalam bentuk bertulis panjang, atau bentuk esei yang memerlukan huraian dan perbincangan. -memberikan ruang yang lebih bebas kepada pelajar untuk memberikan tindak balas terhadap soalan. -guru boleh menguji tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu tajuk pengajaran secara terperinci. -peranan ujian jenis ini; iaitu untuk menguji tahap aplikasi dan analisis  (mastery) dalam sesuatu bidang.

Page 6: Nota_bm Hbml 3103

Terdapat dua jenis ujian subjektif, iaitu:Jenis gerak balas terhad; dan Jenis gerak balas lanjutan.

4.1.3 Kesahan, Kebolehpercayaan, Keobjektifan dan Kebolehtafsirana.   Kesahan-keupayaan sesuatu bahan ujian itu untuk mengukur apa yang sepatutnya diukur. -Bahan ujian yang dianggap mempunyai kesahan yang tinggi ialah ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan dari segi markah yang dicapai oleh pelajar.

- kandungan ujian tersebut sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diuji.b.   Kebolehpercayaan-merujuk kepada markah yang diperoleh oleh pelajar yang menjawab ujian tersebut. -ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi adalah; apabila pelajar yang sepatutnya mendapat markah sesuai dengan tahap atau keupayaan pelajar itu. -Selain itu, perbezaan markah itu tidak begitu ketara jika ujian tersebut dibuat kepada pelajar yang sama pada masa-masa yang lain.

-Kebolehpercayaan ini melibatkan kandungan, pelajar dan guru yang akan menentukan hasil ujian tersebut.c.   Keobjektifan-Keobjektifan bermakna item-item yang terdapat dalam sesuatu ujian itu tepat dan jelas. -soalan atau kehendak item ujian tersebut tidak mempunyai maksud tersirat yang akan diinterpretasi oleh pelajar secara berbeza-beza. -Item-item ujian yang kabur dan berbelit-belit akan menyukarkan pelajar memahami dan mengesan kehendak soalan. -bahasa, khususnya bentuk ayat dan pilihan kata dalam item ujian memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan tahap keobjektifan sesuatu ujian.

-Keobjektifan ini juga boleh dilihat dari segi cara pemeriksaan dan pemarkahan sesuatu ujian. Jika dua orang memberikan jawapan yang hampir sama, maka markah yang diperoleh oleh kedua-dua orang pelajar itu sepatutnya tidak menunjukkan perbezaan yang ketarad.   Kebolehtafsiran-merujuk kepada sejauh mana sesuatu markah yang diperoleh pelajar boleh ditafsirkan bagi menggambarkan objektif ujian itu sendiri. -Markah tersebut sepatutnya menggambarkan tahap pencapaian atau prestasi pelajar dalam sesuatu tajuk. -membolehkan guru mengenal pasti kekuatan, dan kelemahan pelajar berdasarkan tajuk-tajuk pengajaran, dan ini sudah pasti berkait pula dengan strategi pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri. -Secara umumnya, kebolehtafsiran ini ialah bagaimana data atau hasil daripada ujian tersebut dapat digunakan untuk mengetahui kedudukan, prestasi, kekuatan dan kelemahan pelajar.

4.2.1   Pembinaan JPU-disediakan sebagai panduan untuk guru menggubal soalan-soalan yang akan ditanyakan dalam sesuatu ujian.

- Penentuan ini melibatkan tajuk-tajuk atau skop pengajaran dan aras kesukaran bagi setiap soalan yang dirancang. -Skop atau tajuk pengajaran yang akan ditanyakan dalam soalan perlulah seimbang mengikut pemberatan yang sesuai. -Hal ini berkait rapat dengan kebolehpercayaan dan keobjektifan item ujian tersebut. -Manakala aras kesukaran pula boleh berpandukan indeks  dalam taksonomi Bloom- Hal ini bermaksud, sukar atau mudahnya sesuatu soalan bergantung kepada sejauh mana banyaknya item-item yang dikategorikan dalam aras  yang lebih tinggi, dan begitu jugalah sebaliknya.

4.2.2   PMMPMM ialah salah satu cara bagaimana kebolehpercayaan dan keobjektifan sesuatu ujian boleh dipertingkatkan. -PMM  yang sama akan digunakan oleh semua pemeriksa untuk ujian yang sama, dan PMM ini akan memperincikan jawapan-jawapan yang diterima serta markah yang ditetapkan untuk soalan tersebut.

Terdapat dua jenis PMM yang selalu digunakan dalam pentadbiran ujian:a.   Kaedah Global (Holistik)-melihat sesuatu jawapan subjektif itu secara keseluruhan, bukan secara bahagian atau pecahan-pecahan kecil. -Terdapat dua  jenis  skala yang selalu digunakan; Pemarkahan global skala ordinal ialah penentuan markah atau gred berdasarkan pemeriksaan semua skrip jawapan secara keseluruhan. -Skrip jawapan kemudiannya dikelaskan mengikut tahap-tahap cemerlang, baik, sederhana, lemah. -Gred atau peratusan markah akan ditentukan mengikut kumpulan tahap-tahap yang telah ditentukan dan jumlah skrip yang dikelaskan untuk sesuatu tahap juga akan ditentukan lebih awal.

Pemarkahan global skala nominal pula akan meletakkan gred atau markah berdasarkan kriteria kandungan yang telah ditetapkan. -Walau bagaimanapun, skrip ujian perlu dilihat secara keseluruhan, tetapi pemarkahan dibuat secara individu.

b.   Kaedah Analitikal- isi dan markah yang diberikan akan ditetapkan. -Pemarkahan terhadap kriteria kandungan, pengelolaan dan proses dalam jawapan akan dibuat secara berasingan.- Ujian akan dimarkahkan secara individu, soalan demi soalan. -Setiap isi jawapan akan diberikan pecahan markah dan guru atau pemeriksa akan memberikan markah berdasarkan panduan isi jawapan serta markah yang ditetapkan.4.2.3   Domain dalam Pengujian & Penilaian Kesusasteraan

-terdapat tiga domain yang boleh dijadikan ukuran nilai dalam pengujian kesusasteraan:a.   Kaedah Analitikal-Matlamat tertinggi dalam domain ini ialah apabila seseorang itu mampu mengendalikan hubungan dengan orang lain secara berkesan. -Hal ini berlaku kerana bahan-bahan sastera mengandung pelbagai peristiwa manusia yang mencuit emosi dan perasaan manusia.

-Semua peristiwa dan cerita ini secara tidak langsung akan mendidik seseorang untuk menjadi seorang yang pemaaf, bertimbang rasa,

Page 7: Nota_bm Hbml 3103

simpati, dan menghormati perasaan dan hak orang lain.b.   Domain Maklumat-Domain ini berbentuk teoritikal, iaitu yang melibatkan fakta yang berkaitan dengan kesusasteraan itu sendiri.

-Domain ini dianggap yang paling rendah tahapnya. Petunjuk aras bagi pencapaian domain ini ialah, pelajar mengetahui dan memahami konsep, fakta, dan maklumat tentang kesusasteraan.c.   Domain Estetika-Domain ini ialah kesan daripada penghayatan seseorang pelajar terhadap bahan sastera yang dikaji. -Gaya bahasa yang halus, mempunyai maksud tersirat, dan dihiasi dengan unsur-unsur estetika sastera, sepatutnya boleh membentuk insan yang tinggi hati budi, indah tersusun budi bicaranya dan pandai memilih kata apabila bertutur.

4.3   PEMBINAAN SOALAN UNTUK UJIAN LISAN DAN BERTULIS4.3.1   Ujian Formatif (Pemerhatian, Tugasan, Laporan, Perbincangan, Aktiviti Sastera)-Ujian formatif ialah bentuk ujian yang digunakan untuk menguji sesuatu unit atau tajuk yang telah diajar. -Oleh itu skop soalan adalah terhad kepada tajuk atau unit tersebut sahaja. -Tegasnya, ujian formatif dijalankan untuk menguji kemajuan dan pencapaian pelajar dalam sesuatu tajuk, dan dalam jangka masa yang pendek. -Ujian jenis ini boleh dijalankan secara mingguan atau bulanan.

Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk ujian formatif:a.   Pemerhatian

-mengenal pasti perkembangan atau kemajuan pelajar dalam bidang afektif dan psikomotor. Pemerhatian akan disertai dengan senarai semak dan skala kadar yang mencatatkan tahap prestasi pelajar yang diperhatikan.

-Dalam pengujian kesusasteraan, pemerhatian boleh digunakan untuk melihat aspek afektif, khususnya untuk menguji tahap apresiasi atau penghayatan pelajar terhadap bahan sastera, dan ujian ini boleh dibuat dalam bentuk lisan.b.   TugasanTugasan ialah aktiviti ujian bertulis yang selalu digunakan untuk menguji kefahaman pelajar dalam sesuatu tajuk. Sesuai dengan skop jawapannya yang luas dan terperinci, tugasan boleh digunakan untuk menguji tahap kepakaran (mastery) pelajar dalam sesuatu tajuk.

Untuk menjadikan tugasan ini lebih menarik dan menyeluruh sifatnya, guru perlu menyediakan soalan tugasan yang dapat mengaitkan beberapa tajuk atau aspek lain.c.   Laporan-aktiviti bertulis yang boleh digunakan untuk menguji aspek-aspek maklumat dalam kesusasteraan. -setiap laporan perlu diawali dengan projek.

-projek mungkin dalam bentuk kajian novel, atau kajian kepustakaan yang akan mengupas isu-isu kesusasteraan. d.   PerbincanganPerbincangan ialah suatu aktiviti penilaian yang boleh dijalankan selepas tamatnya sesuatu pengajaran. -Sebelum aktiviti ini, beri masa kepada pelajar untuk membaca atau memahami tajuk tersebut. -Guru perlu menyediakan klu atau soalan-soalan umum lebih awal untuk memudahkan pelajar bersedia. -Guru akan bersoal jawab dengan pelajar mengenai apa yang terdapat dalam pengajaran.

-Berdasarkan hujah dan jawapan pelajar, guru boleh menilai tahap pencapaian pelajarnya dalam tajuk yang diajarkan itu. Aktiviti secara lisan ini sesuai untuk pengajaran genre novel, cerpen dan drama.

e.   Aktiviti Sastera-Aktiviti sastera seperti deklamasi puisi, mestamu, sayembara, penulisan novel dan cerpen,  boleh digunakan untuk menguji tahap kefahaman dan penghayatan pelajar dalam aspek yang dipelajari. -Deklamasi puisi misalnya, boleh menguji tahap kefahaman pelajar dalam aspek intonasi dan gaya bahasa dalam penghasilan puisi tersebut.

4.3.2   Ujian Sumatif (Berdasarkan Teks Sastera yang Diperakukan)-diberikan pada hujung sesuatu kursus atau pengajian. -Ujian sumatif adalah berbentuk semester atau tahunan; iaitu apabila semua atau sebahagian besar tajuk-tajuk pengajaran telah diajarkan. -Oleh itu, ujian ini bertujuan untuk melihat pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut secara keseluruhan, bukan lagi berbentuk topikal seperti yang terdapat dalam ujian formatif. -Dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, ujian sumatif berkait rapat dengan teks sastera yang dikaji oleh pelajar.

4.3.3   Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) dalam Kesusasteraan-PKS digubal sebagai pendekatan secara beransur-ansur ke arah suatu sistem penilaian yang idak bergantung sertus peratus kepada peperiksaan akhir. -KS juga memberikan peluang dan peranan yang sesuai kepada guru-guru yang berurusan terus dengan pelajar yang dinilai. -Hal ini adalah kerana PKS ialah suatu konsep penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sama ada dari segi penyediaan skop soalan, pentadbiran ujian, pemarkahan, dan pelaporan ujian tersebut.

-Penilaian berbentuk formatif ini boleh dijalankan dalam pelbagai kaedah; a.   PemerhatianSikap; Perlakuan/Amalan; Apresiasi Sastera; Penghayatan; Kemahiran Belajar; dan Kemahiran Mereka Cipta/Mengarang.

Page 8: Nota_bm Hbml 3103

b.   LisanKefahaman Konsep; Pengetahuan Fakta; Kecekapan Mendengar; Penggunaan Bahasa yang Tepat; Kefasihan Menghafaz; Sebutan Bahasa; Kecekapan Mencongak; Gaya Persembahan; dan

Pertuturan dan Sikapc.   Penulisan (Bertulis)Kemahiran Menulis; Kemahiran Menyusun Idea; Penggunaan Tanda Baca; Perbendaharaan Kata; Mengaplikasi; Kemahiran Mentafsir; dan Kemahiran Menilai.

TOPIK 5   KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR5.1   KEMAHIRAN MENDENGAR-ialah proses yang melibatkan penerimaan maklumat dalam bentuk gelombang bunyi melalui deria pendengaran, iaitu telinga. -Proses seterusnya melibatkan pengamatan, pengecaman bunyi, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan. -Proses-proses ini membolehkan seseorang itu memahami apa yang didengar dan seterusnya memberikan respons terhadap apa yang didengari itu.

5.1.1 Mendengar Aktif dan Mendengar Pasif a.   Mendengar Aktif-suatu proses mendengar yang dibuat secara berhati-hati dan berfokus. -Semua aspek dalam pertuturan seperti intonasi, tekanan dan nada suara akan diambil perhatian serta dinilai maksudnya. -Pendengaran jenis ini membolehkan seseorang itu mengulas dan mengkritik maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam sesuatu pertuturan. -Di peringkat yang lebih maju, pendengaran secara aktif boleh menjadikan seseorang pendengar itu mengeksploitasi apa yang didengarinya dalam bentuk kritis dan kreatif.b.   Mendengar Pasif-peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan prosesnya. -berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua perkara yang didengari. -tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada sesuatu pertuturan. Seterusnya pendengar jenis pasif jarang-jarang dapat memahami dan mengingati semula perkara-perkara yang didengari itu.-Bahasa ialah faktor utama yang mempengaruhi pendengaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan bahasa tersebut yang tidak difahami oleh seseorang akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan pendengarannya terhadap pertuturan tersebut.-Dalam aspek isi sesuatu bahan pertuturan, sudah tentulah pendengaran akan menjadi pasif jika bahan atau tajuk pertuturan itu tidak menarik minat atau terlalu sukar untuk difahami oleh seseorang pendengar. -Seterusnya, pendengaran pasif juga berlaku sekiranya berlaku gangguan luaran seperti kebisingan, bunyi yang tidak jelas dan keadaan yang tidak selesa.

5.1.2   Peringkat Mendengar dan Memahami-terdapat tiga peringkat dalam kemahiran mendengar:a.   Kemahiran Mendengar Peringkat AwalAras Rendah

Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.Melakukan sesuatu yang disuruh.Menjalankan perintah dan permintaan. Aras Tinggi Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

b.  Kemahiran Mendengar Peringkat PertengahanAras Rendah Mengecam serta mengingat fakta dan butiran secara tepat.Mengenal pasti maklumat-maklumat khusus.Mengesan urutan. Aras Tinggi Mengenal pasti sebab akibat.Mengenal pasti perhubungan orang-orang yang berinteraksi.Mengenal pasti sikap dan perasaan orang yang bercakap.

c.  Kemahiran Mendengar Peringkat MajuAras Rendah Mengenal pasti isi-isi penting.Mengenal peranan dan perhubungan orang-orang yang bercakap.Mentafsirkan maksud percakapan orang.Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi dalam suara. Aras Tinggi Cuba menyelesaikan masalah yang didengar.Mengikut aliran dalam dialog dan perbualan.Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

d   Aktiviti Kemahiran MendengarMengenal-Aktiviti ini ialah asas dalam proses mendengar. Proses mendengar bermula dengan aktiviti mengenal sesuatu bunyi. -dalam konteks kemahiran mendengar, pendengar akan memastikan bahawa apa yang didengari itu ialah bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. -Hal ini bermakna bahawa seseorang pendengar perlu mengenal atau mengetahui apakah bunyi yang bermakna dan apa pula bunyi yang perlu diabaikan.

2.Mengecam-Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu didengari, pendengar akan masuk ke peringkat pengecaman pula. -Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna, pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata di samping intonasi, jeda, dan tekanan suara. -Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan dengan pantas.

3.Membuat Inferens-bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan atau kosa kata yang didengar dengan objek atau perkara yang sesuai.- seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang didengarinya.

4.MenganalisisMenganalisis ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi, apabila seseorang pendengar itu boleh memilih dan menentukan antara fakta dengan yang bukan fakta.

Page 9: Nota_bm Hbml 3103

5.MerumusMerumus memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan atau kefahaman baru terhadap apa yang telah didengari. 6.Menilai

Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tinggi. Ia adalah apabila sesorang pendengar itu boleh membuat penilaian terhadap apa yang didengarinya. Dalam peringkat ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta atau palsu, dan dapat pula mengagak latar belakang si penutur. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang pendengar itu telah melalui semua aktiviti diatas.

5.2   KEMAHIRAN BERTUTURKemahiran bertutur melibatkan perlakuan fizikal dan pertimbangan mental yang akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bentuk percakapan atau pertuturan. -Secara fizikalnya, pertuturan melibatkan alat-alat pertuturan seperti bibir, lidah, gusi dan pita suara. -Selain itu, unsur-unsur paralinguistik seperti gerakan badan, termasuk tangan dan kontak mata, turut memainkan peranan untuk memberikan kefahaman yang lebih terhadap pertuturan tersebut. -Dalam hal pertimbangan mental, sesuatu pertuturan melibatkan pemilihan kata dan unsur-unsur prosodi seperti jeda, nada, intonasi, dan tekanan suara.

5.2.1 Pertuturan Sehala dan Dua Halaa.   Sehala-bermakna tidak berlaku timbal balas atau tindak balas dalam proses pertuturan itu. -penutur bertutur dan pendengar hanya mendengar sahaja. Contoh-contoh pertuturan sehala ialah; ucapan, syarahan, khutbah, monolog dan sebagainya.

b.   Dua Hala-penutur dan pendengar akan melakukan timbal balas antara satu dengan lain dalam masa pertuturan itu berlaku. -Perbincangan, pembentangan kertas kerja, pengajaran, perbualan, temu ramah dan sebagainya ialah contoh-contoh pertuturan dua hala.

5.2.2 Aktiviti Kemahiran Bertutura.   Berbual-dijalankan secara langsung atau tidak langsung di dalam kelas.-. Aktiviti ini membolehkan pelajar bertutur secara yakin. Pada masa yang sama, guru boleh mengenal pasti kelemahan pelajar dalam aspek pertuturan.b.   Memberikan Pendapat-dilakukan secara spontan atau terancang. Pelajar boleh diminta memberikan pendapat secara spontan tentang perkara-perkara umum, khususnya tentang sekolah dan tempat tinggal masing-masing. -Secara terancang, aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara guru terlebih dulu menyediakan tajuk-tajuk atau isu yang akan dibincangkan.

c.   Bercerita-Dalam aktiviti ini, guru perlu menegaskan tentang intonasi dan gaya bertutur yang sesuai ketika bercerita.

d.   Teater Bercerita-ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. -Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama.

-pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. -Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul.

e.   Berbincang-guru perlu menyediakan tajuk yang sesuai dan menarik. Pelajar perlu dipandu untuk bercakap secara bergilir-gilir dalam aktiviti perbincangan ini. -Guru mestilah mengawal perjalanan sesuatu perbincangan supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang ditetapkan.

f.   Memujuk-aktiviti kemahiran bertutur yang memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi. Hal ini kerana bahasa pujukan mengandung ciri-ciri hiperbola yang berperanan untuk meyakinkan pendengar. Dalam aktiviti ini, pelajar boleh diminta berperanan sebagai jurujual dan mereka diminta mempromosikan barang jualan mereka secara lisan.

5.2.3   Menilai Kemahiran BertuturMenurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), sesuatu pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi aspek-aspek yang berikut:Temu ramah (Pemberatan 60%); Bacaan nyaring/mekanis (Pemberatan 20%); dan Bercerita tentang gambar atau tajuk (Pemberatan 20%).

Antara aktiviti yang boleh digunakan sebagai tugasan untuk menguji kemahiran bertutur adalah seperti berikut:-Memadan fakta atau perkara berdasarkan pendengaran. -Mengelompokkan sesuatu perkara berdasarkan pendengaran. -Menyusun dan melengkapkan sesuatu maklumat berdasarkan pendengaran. -Menyelesaikan masalah secara pertuturan. -Interaksi dua hala: Temu ramah, perbualan. -Projek: Bacaan nyaring, bahas, syarahan

5.3   PEDAGOGI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR-kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dianggap sebagai asas bagi perkembangan dalam struktur linguistik sesuatu bahasa. -Misalnya melalui pengajaran kemahiran mendengar, aspek bahasa ialah  seperti fonologi, tatabahasa dan semantik. -Dalam kemahiran bertutur pula, aspek fonetik dan tatabahasa akan menjadi pelengkap. -kedua-dua kemahiran tersebut akan mempengaruhi bacaan dan penulisan dan seterusnya mempengaruhi tahap kemahiran seseorang dalam bahasa tersebut.

5.3.1 Perancangan Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengara.   Prinsip pengajaran kemahiran mendengarKemahiran mendengar mestilah diajarkan bersama-sama kemahiran bahasa yang lain. Latihan mendengar ialah aktiviti yang dinamik dan aktif. Aktiviti perlu dirancang teliti, dan dijalankan dalam pelbagai cara, supaya pelajar memberikan respons dalam bentuk perlakuan dan aksi. Setiap kemahiran diajarkan berperingkat, dan didahului dengan aktiviti yang mudah. Guru tidak boleh terlalu ghairah hingga menyusahkan pelajar. Motivasi penting untuk memupuk minat pelajar.

Page 10: Nota_bm Hbml 3103

Berikan peluang mendengar yang sebanyak mungkin kepada pelajar.

b. Strategi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam situasi yang bermakna dan menarik. Kepelbagaian isi dan bentuk pengajaran. Memfokuskan pengajaran kepada suatu isi dan kemahiran tertentu. Pengajaran bertumpu kepada pelajar

c. Aktiviti pengajaran & pembelajaran kemahiran mendengar

Terdapat 3 peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, iaitu:Peringkat pramendengar Guru menyediakan tugasan kepada pelajar. Guru memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan didengar. Guru memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk mendengar. Peringkat semasa mendengar Pastikan pelajar memberikan tumpuan kepada bahan. Elakkan sebarang gangguan dan halangan semasa mendengar. Peringkat selepas mendengar Guru mendapatkan respons daripada pelajar. Guru memberikan rumusan terhadap bahan yang didengar. Guru melaksanakan tindakan susulan.

d.   Menilai kemahiran mendengarAntara teknik yang boleh digunakan untuk menilai kemahiran mendengar adalah: Ujian mendengar petikan; Ujian mendengar paragraf; Ujian Imlak; dan Ujian mendengar bergambar

5.3.2   Aplikasi Kaedah dan Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur-terdapat tiga peringkat dalam kemahiran

mendengar:a.  

Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Teknik Tunjuk Cara- guru akan menyediakan arahan ringkas yang menyatakan sesuatu aksi. Pelajar diminta membuat tunjuk cara dalam bentuk aksi dan pertuturan yang dinyatakan dalam kad arahan.

Teknik soal jawabTeknik ini dilakukan dalam bentuk interaksi dua hala antara guru dengan pelajar.- Sebutan, intonasi, dan pilihan kata yang sesuai perlu ditegaskan dalam pelaksanaan teknik.

Teknik latihan korus (coral speaking)-pelajar menuturkan sesuatu secara serentak. -Teknik ini memberikan latihan pertuturan secara ajukan secara beramai-ramai.

Teknik berteriak-guru meminta seorang pelajar menyebut sesuatu perkataan atau ayat secara nyaring. -Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar lain mengajuk apa yang dituturkan oleh pelajar pertama tadi. -Melalui teknik ini guru akan dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah dalam  pertuturan, dan dapat juga

mengesan aspek sebutan yang menjadi masalah kepada pelajar.

Teknik tugasan-sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran mendengar. -pelajar diminta membuat sesuatu tugasan berdasarkan apa yang diperdengarkan kepada mereka. -Berdasarkan bahan yang diperdengarkan, pelajar boleh diberikan tugasan khusus, seperti menentukan isi-isi penting, mencari unsur-unsur tersirat, dan sebagainya.

Teknik Pasangan Minimal-digunakan untuk memperbetul cara sebutan. -Dalam teknik ini pelajar diminta melakukan latih tubi sebutan yang hampir sama bunyinya, seperti, bilik, balik, belek.

Teknik Melengkapkan Dialog- Pelajar diminta mendengar dialog dengan teliti, kemudian mereka diminta melengkapkan atau menyebut semula dialog tersebut.

b. Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur-pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur boleh juga menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:1.Kaedah Ajuk Hafaz- menekankan penyebutan yang tepat dalam pertuturan. Dalam kaedah ini, pelajar akan mengajuk intonasi dan sebutan yang tepat, yang dituturkan oleh guru atau sumber-sumber lain. -Bahan-bahan latihan mestilah yang berbentuk perbualan yang menggunakan bahasa dan sebutan yang tepat sahaja.

2.Kaedah Dengar Tutur-dialog sebenar yang dituturkan oleh penutur jati bahasa berkenaan. -Pelajar diminta mengajuk dialog tersebut berulang kali sehingga dapat menyamai intonasi dan cara sebutan penutur jati tersebut. -pelajar juga akan didedahkan dengan adat serta budaya bahasa berkenaan, supaya gaya bahasa serta intonasi tersebut akan lebih mudah dikuasai.

3.Kaedah Semula JadiKaedah ini juga dinamakan kaedah terus. Kaedah ini berasaskan anggapan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa secara semula jadi. -pelajar akan didedahkan kepada bentuk bahasa tersebut secara komunikatif. Pelajar boleh menyediakan situasi atau keadaan yang menjurus kepada perbualan atau interaksi.

5.3.3   Membina dan Menggunakan Bahan Sumber untuk Pengajaran dan PembelajaranBahan-bahan sumber ini boleh terdiri daripada objek atau bahan sedia ada, atau bahan-bahan yang dibuat sendiri.

-perlu menepati pertimbangan-pertimbangan yang berikut:a.  

Prinsip pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

Objek atau perkara yang ada kaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Bahan yang dibina oleh murid atau guru. Penggunaan bahasa yang tepat dan meluas. Mengambil kira unsur psikologi, emosi, dan sosial pelajar.

b. Kriteria bahan yang sesuai dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

Sesuai dengan objektif dan tajuk pengajaran.

Page 11: Nota_bm Hbml 3103

Sesuai dengan umur, jantina, taraf sosial, tahap, dan keupayaan pelajar. Mudah digunakan, dan dikendalikan, seperti gambar, dan objek sebenar. Berbentuk autentik, seperti perbualan pelajar, syarahan, ucapan, berbahas, deklamasi puisi, berbalas pantun dan sebagainya. Bermotivasi dan menarik, seperti perbualan telefon, dialog, dan drama. Imaginatif dan kreatif, seperti aktiviti simulasi  berdasarkan pelbagai senario; perbualan di pasar, perbualan di pejabat pos, perbualan di stesen bas, dan sebagainya.

TOPIK 6   KEMAHIRAN MEMBACA DAN KEFAHAMAN-Kemahiran membaca ialah lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur. -melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi, khususnya sebagai gabungan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. -berasaskan kemahiran mendengar dan bertutur, kerana tanpa penguasaan dalam kedua-dua kemahiran tersebut maka kemahiran membaca tidak mungkin boleh dikuasai.

6.1   KEMAHIRAN MEMBACA-Kemahiran membaca berkait rapat dengan kemahiran mendengar dan bertutur, sebaliknya kemahiran membaca ialah berlawanan dengan kemahiran menulis. -membaca ialah proses menghuraikan lambang-lambang kepada bentuk pertuturan dengan bantuan pemikiran.

6.1.1 Konsep-konsep dalam Kemahiran Membacaa.   Konsep membaca -Membaca ialah suatu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. -melibatkan proses mekanis dan mental. Proses mekanis dalam bacaan; iaitu apabila seseorang itu meneliti dan menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada pertuturan. -Proses mental pula melibatkan aktiviti mendapatkan maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dalam bahan bacaan tersebut. -Jelasnya membaca ialah proses mendapatkan erti atau makna daripada bahan bertulis dan melahirkannya sama ada secara pertuturan atau senyap

b.   Proses membaca-proses membaca ialah satu kegiatan mengenal perkataan dengan cara membunyikannya, kemudian mengambil maksud daripada perkataan tersebut.-proses membaca boleh disimpulkan seperti peringkat-peringkat yang berikutMengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi dan makna. Menterjemah makna perkataan dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Mengumpul dan mencantum idea, perkataan, dan ayat hingga menjadi suatu idea yang lengkap. Cuba menghurai atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, atau kepada orang lain

c.   Kesediaan membaca-ialah suatu keadaan secara fizikal dan mental yang membolehkan seseorang itu membaca. Secara fizikal, seseorang pembaca perlu bersedia dari segi pertuturan, dan penglihatan.

-Dalam aspek mental pula kesediaan membaca meliputi persoalan tentang motivasi untuk membaca, keupayaan mengenal huruf dan perkataan dan kecerdasan intelek untuk memaham.

6.1.2 Faktor yang Mempengaruhi Proses Membaca (Fizikal, Mental, Emosi dan Sosial)a.   Faktor fizikal- alat2 artikulasi, deria penglihatan yg memblhkan ssorg meneliti setiap lambing.-deria pendengaran memblhkan sseorg meniru @ membunyikan ssuatu pktn itu.

b.   Faktor mental-Faktor mental ini meliputi aspek kecerdasan, dan kebolehan berbahasa seseorang. -seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi akan lebih mudah memahami apa yang dibaca.-tahap kecerdasan ini mampu menyimpan banyak pengetahuan sedia ada yang boleh dikaitkan dengan perkataan atau lambang yang dibaca. -Kecerdasan ini juga mempengaruhi kebolehan berbahasa seseorang, dan ini membolehkannya mempunyai banyak perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa berkenaan.

c.   Faktor emosi-melibatkan motivasi, minat, dan keyakinan diri untuk membaca.-. Dalam hal ini, tajuk dan isi kandungan bahan bacaan berkait secara langsung dengan minat seseorang untuk membaca. -Selain itu, motivasi dalam bentuk hadiah, ganjaran lulus peperiksaan, atau berjaya dalam bidang yang diceburi, selalunya menjadi sebab utama yang menggerakkan aktiviti membaca.

d.   Faktor sosial-Faktor pergaulan, interaksi dalam komuniti, dan suasana yang serba menggalakkan akan membantu seseorang menanamkan minat untuk membaca.

6.1.3   Jenis-jenis Bacaan (Mekanis, Mentalis, Intensif, Ekstensif, Rekreasi, Kritis)a. bacaan metalis-Bacaan senyap-melibatkan pengaktifan mata dan memori serta ingatan visual.-bacaan lebih pantas berbanding mekanis-memerlukan kercerdasan yang tg-untuk tujuan ilmiah

b. bacaan mekanis-bacaan nyaring atau bacaan oral, bacaan yg disuarakan.-mmerlukan ketajaman penglihatan, ketepatan sebutan dan intonasi.-mmerlukan kepakaran mmahami setiap pktn dan ayat dan pertautan idea.

c. bacaan intensif-disertai dgn penelitian secra terperinci.-menggunakan petikan yg pendek dan diteliti aspek isi kandungan dan bahasanya.-bertujuan utk mengembangkan keblhan meneliti,mentafsirkan bhn bacaan dgn cara pantas-dilakukan dgn kawalan guru.

d.bacaan ekstensif-bacaan luas

Page 12: Nota_bm Hbml 3103

-dilakukan secara individu tanpa bantuan guru.-diandaikan semua md tiada kesukaran mmbaca.-pelbagai bahan bacaan yg ssuai itu minat, umur dan jantina md.

e. bacaan rekreasi-tidak memerlukan tumpuan pemikiran yg serius-untuk bersenang2 dan bersantai-bhn bacaan yg ringan dan menghburkan.

f. bacaan kritisaktiviti yang dilakukan secara penuh teliti, mendalam, evaluatif dan analitis. -Bacaan jenis ini berasaskan keupayaan memaham yang tinggi. - untuk mendapatkan maklumat tetapi boleh pula membuat justifikasi, mencari maksud-maksud tersurat dan tersirat, dan seterusnya boleh mempersoalkan pendirian serta pegangan penulis itu sendiri.

6.2   PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA & KEFAHAMAN

6.2.1 Peringkat Kemahiran Membaca:a.   Kesediaan Membaca-pembaca telah bersedia dari segi fizikal, intelek, dan emosi untuk membaca.

b.   Prabacaan-ialah satu tempoh masa guru menyediakan murid ke arah aktiviti membaca. -Penyediaan yang dimaksudkan ialah pengalaman mengecam dan mengenal huruf. -Pembaca baru juga akan didedahkan dengan aktiviti yang boleh mempertajam pendengaran dan penglihatan mereka. -Pada peringkat ini juga pembaca baru didedahkan dengan kelaziman membaca, misalnya pergerakan mata dari kiri ke kanan.

c.   Membaca secara mekanis-pembaca sudah boleh membunyikan huruf, perkataan atau ayat-ayat mudah. -Mereka juga boleh membatangkan atau menyebut perkataan suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

d.   Membaca dan memahami-Setelah pembaca boleh menyebut dan membatangkan suku kata dan ayat, tahap seterusnya ialah pemahaman. -berupaya mengumpul maklumat dan makna, seterusnya mentafsir dan menilai sesuatu daripada bahan bacaan

e.   Bacaan intensif-mempunyai kemahiran untuk memaham bahan yang dibaca, maka tahap yang lebih tinggi ialah apabila pembaca berupaya menggunakan kemahiran tersebut untuk membaca dengan tujun khusus. -Pada tahap ini pembaca boleh mendapatkan maklumat atau fakta yang dikehendaki daripada pembacaan secara teliti dan berfokus.

f.   Bacaan ekstensif-tahap bacaan yang paling tinggi; iaitu sebagai petunjuk bahawa seseorang itu telah mempunyai kemahiran membaca- bacaan luas yang dilakukan secara bersendirian. Pada tahap ini para pembaca boleh membaca dan memahami secara pantas,

6.2.2 Proses dan Peringkat Pemahamana.   Lateral-peringkat pemahaman paling rendah dan mudah. -pembaca berupaya mengenal pasti dan mengingat maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan, sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang. -hanya boleh mengesan maklumat yang tersurat dalam teks sahaja, tetapi tidak berkebolehan mencungkil maksud-maksud tersirat

b.   Interpretasi-pembaca telah berupaya mencari maklumat daripada bahan bacaan dan menuliskannya semula dalam bentuk lain tanpa mengubah maksud asal maklumat tersebut. - boleh menjelaskan sesuatu mengenai bahan yang dibacanya, dan boleh pula mengesan maksud tersirat daripada bahan tersebut.

c.   Inferens-bermaksud memahami bahan bacaan dan dapat pula mengaitkannya dengan perkara-perkara lain. -boleh menginterpretasi, tetapi berupaya juga membuat telahan atau agakan tentang sikap pengarang, kesudahan atau rumusan, dan membezakan maklumat yang tepat dengan yang palsu daripada bahan yang dibaca. -Peringkat kemahiran ini memerlukan tahap kecerdasan mental yang tinggi, kerana pemahaman bukan hanya berasaskan akal tetapi memerlukan pengetahuan sedia ada dan logik.

d.   Penilaian-pembaca berupaya menggunakan daya kefahamannya untuk menganalisis dan menilai setiap maklumat yang terdapat dalam bahan bacaan. -dapat melihat hubung kait di antara satu maklumat dengan maklumat yang lain, di samping berupaya pula mengasingkan antara maklumat utama dengan maklumat sampingan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. -berupaya mengesan organisasi penulisan pengarang, serta dapat membezakan antara hipotesis dengan bukti.

6.2.3   Pemilihan dan Penghasilan Bahan Kemahiran Membaca-perlu sesuai dengan pembaca sasaran. Bahan, khususnya bahan bertulis, dan bahan audio boleh terdiri daripada buku-buku, risalah, edaran, ucapan, ceramah, khutbah, dan sebagainya. -faktor utama ialah ketepatan dan kesesuaian bahasanya.-- sesuatu bahan itu mestilah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan tahap kecerdasan pembaca sasaran. Sebagai bahan pengajaran bahasa, bentuk bahasa dalam bahan-bahan tersebut perlu dipastikan ketepatan tatabahasa dan larasnya’-isi kandungan perlulah yang menarik minat pembaca sasaran. -Penampilan dalam bentuk jenis huruf dan tata letak isi kandungan bahan juga perlu dipastikan menarik dan sesuai dengan pembaca yang akan menggunakan bahan tersebut.

6.3   PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACAPenilaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajarannya.

6.3.1   Tujuan, Aspek dan Pentadbiran Penilaian-suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti.

Page 13: Nota_bm Hbml 3103

-Dalam konteks kemahiran membaca penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca memahami bahan yang dibaca.

6.3.2 Bentuk Penilaiana.   Penilaian kendiri

bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu sendiri, berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.b.   Penilaian rakan sebaya

dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaian ini, pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesama sendiri.c.   Pemerhatian

dibuat untuk melihat sikap, kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung kriteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.d.   Pengujian-untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan. -Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadan perkataan dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan, ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

6.3.3   Instrumen Ujian-boleh terdiri daripada petikan atau bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar- Tujuan utama instrumen adalah untuk mendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji:a.   Senarai semakmengandungi perkara dan kriteria pemarkahan perlu disediakan. -mengandung kriteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.b.   Skala kadar-dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. -Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.

6.3.4 Soalan Pemahaman Pelbagai Aras Taksonomia.   Aspek Kognitif Berdasarkan Lamberg & Lamb (1980), terdapat tiga peringkat penyoalan pemahaman; iaitu:Kefahaman lateral; kefahaman mengenai maksud tersurat dalam petikan. Kefahaman tafsiran; kebolehan membuat interpretasi berdasarkan petikan. Kefahaman kritis/kreatif; kebolehan menghakimi dan menilai maklumat dalam petikan.

b.   Aspek Afektif-merujuk kepada aspek emosi dan tingkah laku sebagai kesan daripada pembacaan sesuatu bahan. -Kesan emosi seperti sedih, gembira, benci, dan sebagainya boleh dilihat berdasarkan pemerhatian atau soal selidik selepas aktiviti bacaan.

-aspek afektif ini mempunyai peringkat-peringkat seperti yang berikut: Penerimaan Gerak balas Menilai Organisasi Perwatakan

c.   Soalan Bertumpusoalan subjektif yang ditentukan batas kandungan gerak balasnya. -bentuk jawapan pendek, dan isi kandungannya lebih merupakan pernyataan mengingat kembali maklumat daripada bahan bacaan.- Item soalan biasanya bermula dengan siapa, bila, berapa, di mana dan seumpamanya.

d.   Soalan bercapah-bentuk soalan subjektif yang boleh digunakan dalam penilaian kemahiran membaca. -jawapan yang lebih panjang, kerana kebiasaannya soalan bercapah melibatkan jawapan berbentuk perbincangan. -memerlukan gerak balas yang kompleks daripada pelajar. -Dalam konteks kemahiran membaca, hanya pembaca yang membaca pada peringkat kritis dan kreatif sesuai diberikan soalan jenis ini. -Soalan jenis ini pula mengandungi persoalan, terangkan, bincangkan, tafsirkan dan seumpamanya.

e.   Soalan kritis dan kreatif-memerlukan penaakulan peringkat analisis terhadap bahan bacaan. -pembaca berupaya menghakimi dan menilai sesuatu maklumat daripada bahan yang dibaca, dan seterusnya berupaya juga menghasilkan idea dan pandangan baru berasaskan bahan bacaan tersebut. -Bentuk soalan jenis ini mengandung kata kunci seperti, bahaskan, nilaikan, apakah rumusan, apakah pandangan, apakah kemungkinan dan seumpamanya.

TOPIK 7   STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN -Dalam konteks kemahiran membaca, kefahaman bermaksud memahami apa yang ditulis, atau mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu bahan bacaan. -pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ialah proses memahirkan pelajar untuk mencari dan mendapatkan makna daripada bahan bacaan.

7.1   PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA-Pendekatan pengajaran bahasa ialah sekumpulan andaian tentang pengajaran & pembelajaran bahasa yang dikaitkan dengan hakikat bahasa dan falsafah pemerolehan bahasa tersebut. 7.1.1   Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA)-berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipecah-pecahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain, seperti kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. -menekankan konsep dan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. -mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna supaya pelajar boleh menelah atau mengagak makna perkataan dan ayat yang dibaca. –-amat sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.

7.1.2   Pendekatan Komunikatif dan Skemata-komunikatif berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting.

Page 14: Nota_bm Hbml 3103

-bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. -aspek makna dan kosa kata yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi, serta bersesuaian dengan aturan sosiobudaya bahasa berkenaan, perlu diberikan penekanan. -mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam konteks situasi komunikasi sebenar.- Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi sebenar. -Pendekatan skemata ialah pengajaran kemahiran membaca yang menekankan skemata untuk memudahkan pelajar menekan makna sesuatu perkataan atau ayat. -sesuatu perkataan atau ayat mempunyai kaitan dengan perkataan atau ayat lain yang boleh diasosiasikan dengan perkataan atau ayat yang sedang dibaca. -Skema untuk perkataan sekolah misalnya ialah guru, murid, bilik darjah, dan sebagainya. -skema ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan. -emakin luas pengetahuan sedia ada pelajar, semakin banyaklah skemata yang boleh membantunya memahami sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya sebuah wacana.

7.1.3   Pendekatan Cerakinan, Binaan, dan Eklektik

Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian yang besar atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil. -proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh dicerakinkan secara perenggan demi perenggan. -Dalam pengajaran membaca permulaan, pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan mengikut farasa, kata dan abjad atau fonem.-Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan pendekatan cerakinan. pendekatan binaan melihat daripada yang kecil kepada bentuk yang lebih luas. -Dalam pengajaran bacaan permulaan, pendekatan binaan memfokuskan sebutan abjad terlebih dahulu, kemudian diikuti pemahaman atau sebutan perkataan, dan akhiri dengan membaca dan memahamkan ayat.-Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang menggabungkan pendekatan binaan dengan pendekatan cerakinan. -Pendekatan ini akan mengeksploitasi kaedah-kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan di atas.

7.2 KAEDAH MEMBACAa.   Kaedah abjad/huruf -pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. -Daripada cantuman huruf-huruf, pelajar akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. -Kaedah ini membolehkan pelajar mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. -kaedah ini akan melambatkan proses pemahaman kerana pelajar banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan.

b.   Kaedah fonik/bunyi suku kata-menekankan penguasaan bunyi suku kata berbanding memperkenalkan huruf-huruf abjad. -pelajar didedahkan dengan bunyi-bunyi suku kata seolah-olah membaca sifir dalam matematik. –-Peringkat seterusnya ialah menyambungkan suku kata tersebut untuk menjadi perkataan.

-Melalui hafalan bentuk suku kata ini pelajar boleh membaca dan membunyikan perkataan tersebut.-Kaedah ini sangat sesuai dengan bentuk bahasa Melayu yang fonemis sifatnya, iaitu semua huruf boleh dibunyikan secara tetap. -membolehkan pelajar mahir membaca lebih awal berbanding kaedah abjad- tidak menggalakkan pembacaan kerana pelajar tidak bermotivasi apabila didedahkan dengan bunyi dan suku kata yang kadang-kadang tidak bermakna.

c.  Kaedah pandang sebut, seluruh perkataan/ayatmelibatkan dua aktiviti; iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar, dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. -Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini akan membiasakan pelajar untuk mengecam perkataan atau ayat, dan tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut. -Dengan kaedah ini pelajar dilatih untuk mengenali perkataan atau ayat tanpa mengejanya melalui latih tubi. -Kaedah ini akan memendekkan masa untuk mengeja perkataan, sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa yang dibaca.

kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya ialah kepada perkataan dan ayat yang bermakna.- Selain itu, pengajaran kaedah inimengambil kira pengalaman sedia ada pelajar supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam. -Walau bagaimanapun kaedah ini tidak memfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf. Hal ini boleh membataskan tahap perbendaharaan kata mereka.

7.3   TEKNIK PENGAJARAN BACAAN DAN KEFAHAMANa.   Luncuran (skimming-satu teknik membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. -pergerakan mata yang dibuat secara pantas, menyorot tulisan yang terdapat dalam bahan bacaan, dan dalam masa yang sama memungut maklumat-maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut. - mendapatkan gambaran umum daripada sesebuah bahan bacaan.-teknik bacaan ini boleh digunakan untuk mengasah ketajaman pelajar mendapatkan maklumat daripada bahan bacaan. -Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara mentalis dalam tempoh masa yang singkat. –

-Aktiviti seterusnya ialah perbincangan tentang isi-isi atau maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut.b.   Imbasan (scanning-teknik bacaan yang dilakukan sepintas lalu. -Bacaan jenis ini juga dinamakan bacaan tinjauan; iaitu satu aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal tentang sesuatu bahan bacaan sebelum dipilih untuk dibaca.

-Proses imbasan ini melibatkan pemerhatian terhadap daftar isi kandungan, ilustrasi, bibliografi, dan sebagainya.c.   Bacaan bersama (shared reading)-pelajar diminta membaca secara berpasangan atau berkumpulan.

Page 15: Nota_bm Hbml 3103

-bertujuan untuk memberian keyakinan kepada pelajar-pelajar yang lemah untuk membaca secara terbuka. -aktiviti berpasangan ini perlu dipastikan supaya terdapat pelajar yang mempunyai kemahiran bacaan yang baik dalam setiap pasangan atau kumpulan. -

-Bacaan bersama ini juga membolehkan pelajar menyemak dan membetulkan bacaan sesama sendiri.d.   Bacaan terarah (guided reading)-sesuai untuk pengajaran membaca dan memahami, khususnya untuk memandu pelajar memahami petikan atau wacana yang dibaca. -Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara sepintas lalu, yang diikuti penjelasan tentang isi-isi utama yang terdapat dalam wacana tersebut. –-Langkah seterusnya ialah pembacaan secara mekanis atau mentalis oleh pelajar-pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. -embacaan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu tugasan yang telah diberikan lebih awal. -Setealah pelajar memahami petikan, guru boleh memberikan aktiviti pengayaan seperti, menulis cerita, membuat ilustrasi, dan sebagainya yang berkaitan dengan isi kandungan bahan yang dibaca.

7.3.2   Latih Tubi, Lakonan, Teater Pembaca, Tatacerita, Bimbingan Menjangkaa.   Latih tubi-pengulangan fakta-fakta dan kemahiran yang dipelajari.

-Dalam konteks pengajaran membaca, teknik latih tubi boleh dijalankan untuk pengajaran bacaan mekanis, khususnya yang melibatkan ketepatan intonasi dan sebutan.b.   Teater pembaca-suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu.

-Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebutc.   Tatacerita-teknik pengajaran kemahiran membaca dengan cara memecahkan petikan yang dibaca kepada beberapa perenggan atau bahagian kecil. -Setiap bahagian atau perenggan ini disusun seperti kedudukannya dalam petikan tersebut, dan pelajar diminta membaca dan memahamkan isi kandungan petikan.

-Untuk tujuan tersebut, guru boleh menyediakan soalan-soalan untuk setiap perenggan supaya pelajar terfokus untuk memahami perenggan yang dibaca.d.   Bimbingan menjangka-teknik bagaimana pelajar boleh mengagak maksud perkataan atau ayat dalam bahan bacaan. -Dalam teknik ini pelajar diajarkan bagaimana menggunakan maklumat inferens yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka.

-Kemahiran menjangka ini akan memudahkan pelajar mengagak makna atau maksud bahan bacaan secara keseluruhan.

7.3.3   SQ3R, KWL/KWL+Ha.   Definisi SQ3RS – Survey (Tinjauan)Q – Question (Penyoalan)R1 – Read (Pembacaan) R2 – Recite (Penyampaian)R3 – Review (Ulang Kaji)1. Teknik ini dimulai dengan survey(tinjauan); iaitu pelajar diminta meninjau bahan bacaan yang akan dibaca secara sepintas lalu. Tinjauan ini membolehkan pelajar mendapatkan gambaran keseluruhan tentang bahan bacaan tersebut. 2. Langkah seterusnya ialah question (penyoalan); iaitu pelajar diminta membuat soalan-soalan yang difikirkan boleh ditanya berhubung dengan bahan bacaan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan ingin tahu kepada pelajar berkenaan. 3.Langkah ini diikuti dengan read (pembacaan); apabila pelajar membaca secara terperinci untuk mendapatkan jawapan-jawapan untuk soalan yang dirangkakan pada peringkat awal. 4.Setelah pembacaan selesai, pelajar diminta pula mengingat semula (recite), dan menyemak sama ada semua jawapan untuk soalan yang dirangka telah ditemui jawapannya.

5.Langkah terakhir dalam teknik ini ialah review (ulang kaji); iaitu pelajar menyemak semula isi-isi bahan bacaan dan mengingat semula apa yang telah dibaca.b.   KWL/KWL+H-KWL+H bermaksud 1.K – Know (Ketahui persoalan), W – What (Apakah maklumat yang berkaitan,2 .L – Learn (Analisis dan pelajari daripada maklumat yang dip roleh), dan 3. H – How (Bagaimana menerangkan maklumat) –-Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca, teknik dimulai dengan pengenalan secara umum tentang isi kandungan bahan yang dibaca. -Kemudian pelajar diminta mencari maklumat berkaitan dengan isu atau tajuk bahan tersebut melalui pembacaan secara intensif. -Seterusnya mereka diminta mencari pengajaran daripada bahan tersebut dan membincangkan pengajaran dan maklumat yang diperoleh kepada pelajar lain.

TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS-kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. -Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. –-Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. –-penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik.

Page 16: Nota_bm Hbml 3103

8.1.1   Konsep dan Proses Mengarang-mengarang itu ialah proses melahirkan idea secara tersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini boleh merupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku.proses menulis karangan atau proses mengarang itu sendiri ialah:1.Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan memilih serta menentukan format penulisan.2. Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.3. Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.4. Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.5. Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.6. Semakan draf dan perbincangan. 7. Penulisan karangan. 8.1.2   Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)a.   Pendekatan Proses-proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. -dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan membincangkannya. -penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. -memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.b.   Pendekatan Komunikatif-penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. -Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. -bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. -pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. -pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. -guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa.

-kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.c.  Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)-berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. -pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan

-mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.d.   Pendekatan Terkawal

-pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran- lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu:

i. Peringkat meniru dan menyalin.

ii. Peringkat mengingat kembali.

iii. Peringkat menggabungkan.

iv. Peringkat penulisan berpandu.

v. Peringkat penulisan bebas.

e.   Pendekatan Bebas-semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis.

i. Langkah 1: Pramenulis

ii. Langkah 2: Membuat rangka dan draf

iii. Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali

8.1.3 Peringkat menulis

a.   Peringkat Pramenulis- pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. -guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah:

i. Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus.

ii. Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.

iii. Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.

iv. Latihan membentuk garisan lurus.

v. Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya.

vi. Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan sebagainya

b.   Peringkat Mekanis-Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. -pelajar-pelajar dilatih membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. -Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:

Page 17: Nota_bm Hbml 3103

i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.

iii. Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas

c.   Peringkat Pelahiran-pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. -Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:

i. Mengisi silang kata.

ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.

iii. Melengkapkan ayat.

iv. Melengkapkan petikan atau cerita.

v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar.

vi. Menulis jawapan kefahaman.

vii. Menulis rencana daripada bahan rangsangan.

viii. Menulis karangan.

8.2   JENIS PENULISANa.   Penulisan Terkawal-dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. -Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. -Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:

i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar;

ii. Menulis surat:isi disediakan; dan

iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

b.   Penulisan Separa Terkawal-tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:

i. Mengisi tempat kosong dalam petikan;

ii. Menuliskan cerita daripada gambar;

iii. Membuat ayat daripada perkataan; dan

iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

c.   Penulisan Berpandu-penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. -Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:

i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan

ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa

d.   Penulisan Separa Berpandu-penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. -Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. -pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:

i. Menyudahkan cerita; dan

ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru

e.   Penulisan Bebasdijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik. -tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. -pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. -penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu:

i. Penulisan naratif;

ii. Penulisan deskriptif;

iii. Penulisan imaginatif; dan

iv. Penulisan argumentatif.

f.   Penulisan Kreatif-penulisan bebas. - pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. -bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan

Page 18: Nota_bm Hbml 3103

mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah:

i. Cerpen;

ii. Puisi;

iii. Drama; dan

iv. Novel.

8.3   PENDEKATAN DAN TEKNIK-pendekatan & teknik ialah strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan dalam objektif pengajaran.a.   Peta Minda-memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis.- Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajukb.   Penyoalan-untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. -guru akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis.

-Penyoalan yang melibatkan ‘apa’, ‘bila’, ‘mengapa’, dan ‘bagaimana’ boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan.c.   Pendekatan Proses-pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. -Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. -Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut. -memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut.-penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:1.Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. 2.Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula. 3.Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat. 8.3.2   Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:

a. Ketepatan maklumat kandungan;

b. Ketepatan bahasa dan gaya;

c. Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;

d. Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;

e. Sesuai dengan objektif pengajaran;

f. Sesuai dengan masa pengajaran; dan

g. Mudah diguna dan dikendalikan.

8.3.3   Menilai Kemahiran Menulis

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut:

i. Penggunaan bahasa – aspek tatabahasa.

ii. Aspek mekanikal – pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.

iii. Ketepatan dan kesinambungan isi – Kesesuaian dan huraian isi.

iv. Gaya penulisan – penggunaan ungkapan/kosa kata menarik.

v. Kemahiran mengolah – menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

TOPIK 9   PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS-pengajaran kemahiran menulis meliputi kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis mentalis (mengarang). -Kemahiran menulis mekanis mengeksploitasi aspek fizikal dan mekanikal penulis, manakala mengarang atau penulisan mentalis pula melibatkan aspek psikologi, intelek dan kognitif. -Dari segi susunan kemahiran, kemahiran menulis perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum kemahiran menulis mentalis boleh dikuasai. Penguasaan kemahiran menulis mekanis sebenarnya bermula dengan penguasaan kemahiran pramenulis yang lebih bersifat fizikal dan mekanikal.

9.1   KEMAHIRAN PRAMENULISDalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, aspek mekanikal ini terkandung dalam aktiviti sebelum proses penulisan sebenar atau lebih dikenali dengan aktiviti pramenulis.

9.1.1   Konsep, Tujuan dan Jenis-Jenis Kemahiran Pramenulis

Kemahiran pramenulis ialah suatu kemahiran iaitu apabila para pelajar telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu penguasaan kemahiran pramenulis bermaksud seseorang pelajar telah bersedia untuk memulakan penulis mekanis. Antara perkara yang akan dikuasai pelajar dalam kemahiran pramenulis ialah:

Page 19: Nota_bm Hbml 3103

a. Boleh menggerakkan tangan untuk aktiviti menulis.

b. Menguasai kemahiran pergerakan mata untuk aktiviti menulis.

c. Boleh mengkoordinasi tangan dengan mata untuk aktiviti menulis.

Antara latihan-latihan yang boleh membentuk kemahiran tersebut ialah:

i. Latihan mengikut garisan putus-putus membentuk garisan atau bentuk.

ii. Latihan mewarna bentuk atau objek secara terarah.

iii. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, atau di pasir.

iv. Latihan gerak jari.

v. Latihan membentuk garisan lurus secara bebas.

vi. Latihan membentuk corak pelbagai bentuk secara bebas.

vii. Latihan melukis gambar yang mempunyai garisan lurus dan bulat.

9.1.2   Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pramenulis (Menekap, Menyurih, Meniru dan Menyalin)

Strategi-strategi ini mempunyai tujuan dan kebaikan tertentu yang boleh menggerakkan pelajar ke arah penulisan mekanis.

a.   Menekap-membentuk objek menggunakan bentuk atau gambar sedia ada. -Menekap dibuat dengan cara meletakkan objek yang akan ditekap di atas kertas, dan pelajar akan melukiskan bentuk objek tersebut berpandukan objek tersebut.- Aktiviti menekap boleh dimulakan dengan tekapan bentuk-bentuk bulat, persegi, dan sebagainya, kemudian guru boleh memberikan bentuk-bentuk huruf untuk ditekap. -Strategi ini bertujuan untuk membiasakan pelajar menggunakan alat tulis, dan pada masa yang sama mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk dalam tulisan.b.   MenyurihMenyurih pula ialah aktiviti membentuk dan melakar gambar menggunakan kertas surih. -cara meletakkan kertas surih di atas gambar, atau objek yang akan dilakar, dan pelajar akan melakarkan objek atau gambar tadi di atas kertas surih. -boleh dimulai dengan surihan gambar atau bentuk-bentuk objek.

-Strategi menyurih akan mendedahkan pelajar kepada bentuk dan gaya penulisan.c.   Meniruaktiviti melakar semula sesuatu objek atau gambar berpandukan gambar objek tersebut.

-pelajar perlu ditegaskan supaya mengambil kira semua aspek yang terdapat dalam gambar objek yang ditiru. -guru boleh memulakannya dengan gambar objek yang mudah, dan dipertingkatkan tahap kesukaran objek yang ditiru secara beransur-ansur. -Strategi ini kemudiannya digunakan untuk melatih pelajar meniru bentuk-bentuk huruf.

-meniru akan membantu pelajar membina keyakinan diri untuk melakar secara bebas, dan pada masa yang sama mereka dapat melatih tangan dan mata untuk berkoordinasi.d.   Menyalinmenulis semula bahan yang diberikan. -digunakan apabila pelajar telah boleh menggunakan alat tulis untuk menekap, menyurih, dan meniru. -Strategi ini dianggap paling tinggi dalam hirarki strategi pengajaran pramenulis. -Dalam strategi ini, pelajar diminta menyalin semula perkataan atau ayat-ayat mudah. -menekankan ketepatan bentuk, kekemasan, dan susun atur yang menarik.- Kertas yang bergaris boleh digunakan untuk mendedahkan pelajar terhadap susun atur dan saiz tulisan yang dikehendaki.- Strategi ini amat sesuai digunakan untuk melatih ketelitian dan kekemasan tulisan dalam kalangan pelajar.

9.1.3   Penilaian Kemahiran Pramenulis (Tujuan dan Jenis)

Antara aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran pramenulis adalah seperti berikut:

a. Ketepatan bentuk huruf.

b. Kesesuaian saiz huruf.

c. Perbezaan bentuk dan saiz huruf besar dengan huruf kecil.

d. Jarak atau ruang yang sesuai antara huruf, dan antara perkataan.

e. Kekemasan tulisan keseluruhan.

9.2   PENGAYAAN PENULISAN-dijalankan apabila pelajar telah menguasai aspek mekanis tulisan. -Pengayaan penulisan bermaksud menulis untuk tujuan pembacaan, atau penulisan yang melibatkan aspek psikologi dan kognitif. -Dalam hal ini, terdapat tiga peringkat penulisan iaitu :1.  Prapenulisan (Mencari, Mengumpul Maklumat dan Menulis Draf)-pelajar akan diberikan masa untuk meneroka tajuk penulisan yang diberi dengan panduan guru. -Aktiviti-aktiviti seperti sumbangsaran, perbincangan, perbahasan, dan membuat rujukan boleh digunakan untuk mencari isi atau bahan yang akan ditulis. -pengetahuan sedia ada pelajar menjadi unsur utama yang membantu mereka dalam proses mengumpul dan memilih maklumat yang berkaitan.-Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, pelajar akan menulis rangka atau draf tulisan.

Page 20: Nota_bm Hbml 3103

-guru perlu menegaskan tentang struktur sesuatu tulisan yang mengandungi pengenalan, perbincangan isi, dan penutup. -Beradasarkan struktur tersebut pelajar akan memadankan maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan itu untuk dijadikan draf tulisan.2. Penulisan (menyemak, mengedit dan menerbit bahan penulisan.-Pelajar akan menulis berdasarkan draf yg dibuat-ketepatan tbahasa, gaya persembahan dan kesinambuang idea diambil serius.-Semua unsure ini menjd focus sewaktu mengedit.-Pengeditan melibatkan perincian:1. pembinaan dan pengembangan isi dgn bukti dan alas an.2. kesinambunagn idea3. ayat yg tepat n jelas4. pilihan kata yg tepat dan ssuai5. penggunaan tanda baca yg tepat6. struktur pengenalan, isi dan penutup jelas.3. Penulisan (Penulisan Kreatif dan Rekreasi, Aktiviti Pengayaan dalam Kemahiran Menulis)-peringkat aplikasi kemahiran penulisan secara keseluruhannya. -pelajar telah mempunyai keyakinan diri dan kemahiran mengolah maklumat dalam tulisan. Penulisan kreatif dan rekreasi boleh dijadikan aktiviti penulisan pada peringkat ini. Antara bentuk penulisan yang dikategorikan dalam peringkat ini termasuklah:

a. Menyambung cerita.

b. Menulis cerpen.

c. Menulis skrip drama.

d. Menulis teks ucapan, perbahasan, dan sebagainya.

e. Menulis kenyataan, pengumuman.

9.3   STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS-tulisan mekanis ialah medium yang akan memaparkan lambang dan simbol bermakna yang akan dikaitkan dengan kemahiran berbahasa yang lain; iaitu kemahiran membaca.

9.3.1   Konsep Kemahiran Menulis Mekanis dan Tujuan Mengajarkan Kemahiran MenulisKemahiran menulis mekanis ialah keupayaan seseorang membentuk, melakar, dan menyusun huruf-huruf untuk membentuk perkataan, ayat, dan seterusnya. -mengandungi kemahiran-kemahiran seperti:

a. Pergerakan otot tangan dan jari untuk membentuk.

b. Koordinasi tangan dengan mata untuk menulis.

c. Membentuk huruf yang sesuai, saiz, kecondongan dan jarak (ruang).

d. Menulis secara pantas, jelas, dan kemas.

-diajarkan supaya seseorang itu boleh melahirkan idea, dan cetusan perasaan dengan tepat dan jelas.

9.3.2   Teknik (Latih Tubi, Teater Pembaca dan Word Attacking

Antara teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran & pembelajaran kemahiran menulis mekanis ialah;a.   Latih tubiaktiviti pengulangan kemahiran atau kecekapan yang telah dipelajari sehingga mencapai tahap penguasaan yang lebih baik.-teknik ini bertujuan supaya kemahiran tersebut terjamin ketekalannya.

-teknik ini boleh digunakan untuk melatih pelajar menulis bentuk huruf yang betul.b.   Teater Pembaca-aktiviti pembacaan yang menggunakan intonasi yang sesuai dengan watak atau dialog yang terdapat dalam teks. -melibatkan petikan teks yang berbentuk dialog.-, teknik ini boleh digunakan untuk melatih pelajar menulis berdasarkan dialog yang dibaca. c.   Word Attacking-kemahiran menulis mekanis yang menekankan penggunaan perkataan-perkataan yang mempunyai impak psikologi dan pemikiran.-Penggunaan rangkai kata ‘ibu kusayang’ kepada pelajar yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa misalnya akan menjadikan pelajar tersebut lebih berminat dan teliti terhadap penulisan rangkai kata tersebut.

9.3.3   Kaedah (Fonik, Perkataan dan Whole Language)

-tiga kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis mekanis;a.   Kaedah Fonikberdasarkan bunyi suku kata, perkataan, dan ayat. Dalam kaedah ini pelajar dilatih menulis berdasarkan pendengaran atau bunyi, bukan berdasarkan peniruan. Melalui kaedah ini juga pelajar dilatih mendengar dan menuliskan apa yang didengar dengan tepat. Antara pertimbangan yang boleh digunakan dalam pengajaran kaedah ini adalah seperti berikut:

i. Penekanan kepada intonasi, dan rima perkataan atau ayat.

ii. Sajak, pantun, syair, bahasa berirama dan lagu ialah bahan yang berkesan.

iii. Pendengaran diikuti dengan teks bertulis.

iv. Proses penulisan mengambil kira struktur dan intonasi.

v. Ketelitian terhadap bunyi membantu pengejaan yang tepat.

b.   Kaedah Perkataan-menekankan penggunaan perkataan sebagai bahan tulisan. -pelajar dilatih menulis perkataan-perkataan sebagai asas untuk penulisan sebenar. -menggunakan perkataan-perkataan yang bermakna, dan berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk memudahkan mereka menulis dan mengeja dengan tepat.

Page 21: Nota_bm Hbml 3103

-Kaedah ini bertentangan dengan kaedah fonik yang menekankan bunyi bahasa yang bermula dengan huruf.c.   Kaedah Whole language-penulisan ialah proses memberikan maklumat, memujuk, dan meluahkan perasaan. -menekankan penulisan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehidupan seharian pelajar. -Antara prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam kaedah ini adalah seperti dijelaskan seterusnya.

i. Bahan autentik dan pengalaman kebahasaan ialah teras pembelajaran.

ii. Kemahiran diajarkan dalam konteks keperluan. penggunaan, dan minat pelajar.

iii. Guru dan pelajar ialah pembuat keputusan yang bertanggungjawab.

iv. Pelajar ialah kumpulan yang mempunyai kemampuan dan berpotensi.

v. Penilaian ialah proses yang berterusan.

TOPIK 10   PENGAJARAN SISTEM BAHASA –-Sistem bahasa ialah satu lagi komponen yang berkait rapat dengan kemahiran berbahasa. -Sebagai suatu kemahiran yang melengkapkan penguasaan bahasa, sistem bahasa perlu diajarkan dengan cara yang sistematik. -Sistem bahasa meliputi aspek tatabahasa, sebutan dan intonasi serta peribahasa.10.1   ASPEK SISTEM BAHASAAspek sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa.

10.1.1   Tatabahasa dan Sistem Ejaan

-tatabahasa itu terbahagi kepada dua bidang yang besar iaitu morfologi dan sintaksis.a.   MorfologiDalam bidang morfologi, peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan diperincikan. Perbincangan aspek morfologi meliputi perkara-perkara yang berikut: 1. Jenis-jenis kata:Kata tunggal/Kata akar Kata terbitan Kata Majmuk Kata ganda Akronim 2.Pembentukan kataImbuhan Pemajmukan Gandaan Gabungan 3.Penggolongan kataKata nama Kata kerja Kata adjektif

Kata tugas b.   SintaksisBidang sintaksis memperincikan ayat dan pembentukannya. Dalam bidang ini, perkara-perkara berikut dibincangkan.

1.Struktur ayatSubjek Predikat Pola ayat dasar Ayat pasif Ayat aktif 2. Pembentukan ayatAyat selapis Ayat majmuk 3. Jenis ayat Ayat penyata Ayat tanya Ayat seru 4. FrasaHukum DM Pembentukan frasa Konstituen terdekat -Hukum Keselarasan vokal:Pola a – a Pola a – i Pola a – u Pola e – a (pepet) Pola e – i (pepet) Pola e – u (pepet) Pola e – a (taling) Pola e – e (taling) Pola e – o (taling) Pola i – a Pola i – i Pola i – u Pola o – a Pola o – e (taling) Pola o – o Pola u – a Pola u – i Pola u – u - Pengejaan perkataan pinjamanKekalkan unsur visual Kekalkan padanan vokal asal 10.1.2   Sebutan dan Intonasi- Sebutan baku Bahasa Melayu telah ditetapkan supaya mematuhi dasar-dasar yang berikut:1. Sebutan berasaskan bunyi huruf konvensional:

- Bunyi konsonan - Bunyi vokal - Bunyi diftong

2. Setiap huruf membawa bunyi yang sama, sama ada berada di awal, tengah atau akhir kata. 3. Sebutan perkataan pinjaman berasaskan ejaannya.

-Intonasi ialah nada suara tinggi dan rendah sewaktu menuturkan perkataan atau ayat. -intonasi memainkan peranan dalam pembentukan makna perkataan atau ayat.- Antara faktor-faktor yang berkait rapat dengan intonasi adalah seperti berikut:

Panjang pendek – contoh; sebutan ship dengan sheep.

Tekanan – contoh; sebutan export dengan ex port.

Tona – (terdapat dalam bahasa Cina, Thai, Vietnam, Laos, Kampuche).

Hentian – contoh; sebutan belikan tin dengan beli kantin.

Page 22: Nota_bm Hbml 3103

Konstituen terdekat (untuk ayat sahaja) – contoh; susunan frasa makan nasi ayam di bawah rumah dibacakan sama ada makan nasi + ayam di bawah rumah, atau makan nasi ayam + di bawah rumah.

10.1.3   Kosa Kata dan Peribahasa

-penguasaan kosa kata dan peribahasa ini dikaitkan dengan ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang membincangkan penggunaan bahasa dalam konteks sosial.a.   Kosa kataKosa kata bermaksud perkataan-perkataan atau istlah yang mempunyai fungsi tertentu dalam kemahiran berbahasa. -Penguasaan yang baik dalam aspek kosa kata ini akan membantu seseorang dalam kemahiran berbahasa yang lain. -Dalam kemahiran menulis misalnya, pengetahuan yang luas dalam kosa kata akan memudahkan seseorang menyatakan maksud atau perasaan dalam tulisannya. -Secara umumnya penguasaan kosa kata ini meliputi pengetahuandan fakta tentang perkara-perkara yang berikut:

i. Perkataan seerti (sinonim) meninggal dunia, mati, mangkat, wafat.

ii. Perkataan berlawanan (antonim) – putih/hitam, kecil/besar, panjang/pendek.

iii. Perkataan banyak makna – daki badan/daki bukit, masak nasi/sudah masak.

iv. Perkataan fungsi khas seperti – penjodoh bilangan, kata rujukan kehormat.

b.   PeribahasaDalam budaya Melayu, peribahasa mempunyai peranan sebagai:

i. Bahan pengajaran yang mengandungi nasihat dan pedoman.

ii. Gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional.

iii. Teguran dan sindiran yang halus serta sopan.

Berdasarkan bentuk dan fungsinya, peribahasa dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:Simpulan bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan Bidalan Lidah pendita Tamsil Ibarat