edu 3103 murid dan alam belajar-arni and atifah

31
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR Disediakan oleh: KUMP ULAN 4 Arni Rahayu Bt Mohd Rosli Nur ‘Atifah Bt. Abd Ruddin S2 / T1 SN2

Upload: r-ney-arinie

Post on 01-Jul-2015

780 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJARDisediakan oleh:

KUMP ULAN 4

Arni Rahayu Bt Mohd RosliNur ‘Atifah Bt. Abd Ruddin

S2 / T1 SN2

Page 2: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

SOALAN

Terangkan sebab-sebab lupaan berlaku. Cadangkan strategi bagaimana dapat

mengatasi lupaan bagi meningkatkan daya

ingatan untuk mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan

pembelajaran

Page 3: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang

telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak

balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau

aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.

Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan

seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai

maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang

diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.

Page 4: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk

menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna

untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan

manusia untuk menerima maklumat, memproses dan

menyimpannya dalam otak, kemudian

mengeluarkannya ketika diperlukan.

Page 5: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

DEFINISI LUPAAN Lupaan merupakan kesukaran untuk

mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami.

Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.

Page 6: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Eric Erikson (1963)

“ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “.

Page 7: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

JENIS-JENIS LUPAAN

1. Keusangan/ hilang kesan ingatan.

2. Lupaan gangguan3. Lupaan terdesak.

Page 8: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

KEUSANGAN / HILANG KESAN INGATANOtak akan akan melupai

maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.

Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali.

Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

Page 9: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

LUPAAN GANGGUANGangguan yg berlaku kepada

maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.

Page 10: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

LUPAAN TERDESAK

Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Page 11: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN MinatPerasaan takut

dan bimbangKeusanganPengalaman

yang pahit.Masa yg tidak

cukup untuk mengingat

Aras keyakinan.Gangguan

proaktif & gangguan retroaktif

Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.

Page 12: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

MINAT Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan

mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.

Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

Page 13: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

PERASAAN TAKUT & BIMBANGPelajar yg berperasaan takut dan

bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru.

Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

Page 14: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

KEUSANGANPersekitaran yg berubah akan menyebabkan

kesukaran mengingat kembali peristiwa atau

pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.

Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka

panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di

dalam persekitaran yg baru.

Contoh:

Page 15: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

•Ahmad mempunyai pengalaman

manis tentang kampungnya.

Namun, selepas dia balik 25 tahun

kemudian, dia mendapati

kampungnya sudah berubah

dengan pesat.

•Maklumat lama dalam ingatan

jangka panjangnya sudah tidak

boleh digunakan lagi

Page 16: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

PENGALAMAN YG PAHIT Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan

menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada

bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu

mengingatinya lagi.

Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi

tidak timbul ke paras otak sedar manusia.

Contohnya: seorang murid mengalami kemalangan

jalan raya, lalu menyebabkan kematian salah seorang

ahli keluarganya. Murid tersebut akan cuba untuk

melupakan peristiwa pahit tesebut

Page 17: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

MASA YG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENGINGATMasa cukup penting dalam mempengaruhi

daya ingatan seseorang

Contohnya: seorang murid melakukan ulang

kaji pada saat akhir sebelum peperiksaan

menjelma. Hal ini mengakibatkan murid

tersebut lupa akan fakta yang dibaca ekoran

masa yang tidak mencukupi

Page 18: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

ARAS KEYAKINAN

Aras keyakinan yg tinggi memudahkan

proses ingatan manakala aras keyakinan yg

rendah memudahkan proses lupaan.

Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam

menyampaikan isi pengajarannya akan

melancarkan proses p&p.

Page 19: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

GANGGUAN PROAKTIF & GANGGUAN RETROAKTIFGangguan proaktif berlaku apabila

pembelajaran lama mengganggu

pembelajaran baru.

Gangguan retroaktif pula berlaku apabila

pembelajaran lama masih tidak difahami

dengan baik namun guru telah mengajar

pembelajaran yang baru.

Page 20: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

TERLALU BANYAK MAKLUMAT YG PERLU DIINGATIPelajar akan menghadapi kesukaran untuk

mengingat jika terlalu banyak maklumat yg

perlu diingati.

Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan

apabila terlalu banyak fakta/ isi

pembelajaran yg perlu diingati.

Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan

menyebabkan lupaan.

Page 21: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Cara-Cara Meningkatkan IngatanBelajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih

lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah

apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara

berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya.

Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan

berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar

mendapati sukar.

Page 22: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Pemahaman

Guru perlu menekankan tentang pemahaman

konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan

fakta.

Apabila pelajar belajar dengan pemahaman

mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat

baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk

kefahaman memerlukan bahan yang bermakna.

Page 23: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

AKTIVITI: CUBA INGAT

Murid diberi angka berikut untuk

diingat:

100816449362516941

Page 24: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Oleh kerana angka di atas melebihi

had untuk disimpan dalam ingatan

jangka pendek adalah sukar untuk

mengingat kembali semua angka

tersebut. Dengan kefahaman ia

merupakan satu tugas yang mudah.

Sebenarnya angka-angka di atas

merupakan kuasa dua untuk angka

dari 10 hingga 1.

Page 25: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada

Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru

yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima.

Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada

murid, pengajaran menjadi lebih berkesan.

Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara

pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori.

Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam

kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat

kembali.

Page 26: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu

mengajar yang sesuai untuk meningkatkan

kefahaman mereka, seterusnya membentuk

konsep yang

betul.

Page 27: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Iklim pembelajaran yang kondusif.

Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif

supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum

aktiviti pembelajaran dimulakan.

Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh

keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya

mengurangkan kuantiti ingatan.

Page 28: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya

pelajar berasa seronok semasa pembelajaran.

Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran

dan elakkan hukuman yang akan membunuh

semangat pelajar serta mengurangkan ingatan

mereka.

Page 29: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

Mengajar kaedah metakognitif

• Kaedah ini memerlukan guru mengajar murid membuat

nota ringkas, membuat peta minda. Kaedah mnemonik

• Kaedah mnemonik merupakan kaedah menyambungkan

huruf di awal perkataan menjadi ayat yang mudah di ingat.

Page 30: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

KESIMPULAN

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.

Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.

Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

Page 31: EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR-arni and atifah

• BIIBLIOGRAFI:

CikguMat.( 2008). Mengapa Kita Jadi Pelupa. Retrieved 2 Ogos, 2010, from

http://cikgumat.ummisakinah.com/pychology/mengapa-kita-jadi-pelupa/

Ilhamku. ( 2009). Teori Model dan Jenis Ingatan. Retrieved 2 Ogos, 2010, from

http://naryzilhamku.blogspot.com/2009/04/teori-model-dan-jenis-ingatan.html