edu 3103 assingment new.docx

69
BIL TAJUK MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 2. PENGENALAN 3. JADUAL 4. PERBEZAAN KONSEP ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL 5. PERBEZAAN PRINSIP ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL 6. PERBEZAAN CIRI-CIRI ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL 7. APLIKASI 8. IMPLIKASI 9. REFLEKSI 10. RUJUKAN 11. LAMPIRAN ISI KANDUNGAN

Upload: nathan-bowen

Post on 05-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BIL

TAJUKMUKA SURAT

1.PENGHARGAAN

2.PENGENALAN

3.JADUAL

4.PERBEZAAN KONSEP ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL

5.PERBEZAAN PRINSIP ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL

6.PERBEZAAN CIRI-CIRI ANTARA MODEL SOSIAL DENGAN MODEL PERSONAL

7.APLIKASI

8.IMPLIKASI

9.REFLEKSI

10.RUJUKAN

11.LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

A.TUGASAN INDIVIDU

PengenalanTerlebih dahulu, saya ingin menjelaskan apa itu model pengajaran sebelum menyatakan perbezaan antara model- model pengajaran. Merujuk kepada konteks kurikulum, model dikatakan sebagai satu entiti yang mengandungi beberapa komponen bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan. Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi pengajaran. Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Terdapat empat kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model Personal. Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran.Pengkategorian kepada empat kumpulan diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.Berdasarkan model-model yang tersebut, saya memilih model pengajaran sosial dan model personal untuk membezakan kedua-dua model tersebut dari segi konsep,ciri,prinsip, aplikasi dan implikasi bagi tugasan saya.

Perbezaan Antara Model Pengajaran Sosial dengan Model Personal

AspekModel Pengajaran SosialModel Pengajaran Personal

Konsep

Bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Menerapkan pendidikan Mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif Membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.Bekerjasama dengan individu lain secara produktifBertujuan untuk membantu pelajar menanamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain.

Ciri-ciri

Pembelajaran KoperatifModel pembelajaranIni berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan.

Main peranan & simulasi

Main peranan membantu murid- murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkanmaklumat mengenai satu-satu kemahiranmelalui demonstrasi ,praktis dan latihan khusus.

Model ini mengajarkemahiran menyelesaikanmasalah, aktivitipenulisan dan bidang-bidang yang lain

Prinsip

Pembelajaran koperatif Main peranan Simulasi Syectics

Terdapat beberapa perbezaan antara model sosial dengan model personal. Pertamanya dari segi konsep mempunyai banyak perbezaan antara kedua-dua model tersebut. Konsep model sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pengajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.Tamabahan pula, model sosial pula direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan.Tambahan pula , apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesutau tugasan yang diberi oleh guru, mereka akan lebih yakin dan berusaha untuk berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif dan demi mencapai matlamat yang sama.Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. Berbekalkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod interaktif ini mendorong pelajar mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan menggunakan kemahiran sosial Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contohnyaManakala model personal pula dapat perbezaan jika dikaitkan dengan model sosial. Konsep model pengajaran personal ialah berpegang kepada unsur keperibadian individu. Ia bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini. Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Tujuan Model Personal adalah untuk membentuk personality yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama adalah pembentukan individu dan pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyatupadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran. Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman, persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing. Secara jelasnya, kita melihat serta mentafsirkan sesuatu peristiwa secara berlainan. Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan mengubah maklumat yang kita terima. Hal inilah yang menjadi pandangan kumpulan Model Personal.Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan olehChoong Lean Keow telah menjelaskan bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah synectics(sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti.Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri; arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i)Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan berpusatkan murid)ii)Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing.)iii)Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.)

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri.

Murid digalakkan untuk berdikari.

Sehubungan dengan ini, kumpulan model ini sesuai digunakan oleh guru bagi mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid-murid kita. Langkah ini dapat dilaksanakan sekiranya guru cuba meningkatkan kualiti peribadi serta perasaan murid dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran berasaskan komunikasi yang berkesan sesama guru dengan murid serta murid dengan murid. Namun, penulis hanya akan menumpukan kepada Model Pengajaran Fasilitatif.

PRINSIP-PRINDIP MODEL SOSOIAL DENGAN MODEL PERSONALModel sosial dengan model personal mempunyai prinsip tersendiri.Kedua- dua model tersebut sangat berbeza Prinsip model pengajaran sosial secara umum ialah berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan pembelajaran bersama.Sebagai contohnya pelajar yang lemah boleh dibantu oleh rakan sekumpulan mereka yang merupakan tutor kepada mereka.Manakala murid yang berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu manakala model personal pula berhasrat untuk mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid-murid kita. Prinsip seterusnya ialah mengikut Joyce et.al.( 2001) model sosial mempunyai prinsip untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks,berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Tamabahan pula, model sosial mempunyai prinsip bagi meningkatkan kerjasama melalui pembelajaran koperatif manakala model personal pula meningkatkan kreatitiviti melalui synectic. Secara amnya, prinsip-prinsip didalam model pengajaran personal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pengajaran tidak langsung (non-direktif) dan synectics. Kesemuanya ini akan dijelaskan seperti yang berikut :Prinsip model pengajaran sosial dikaitkan dengan pembelajran koperatif. Melalui kaedah ini membentuk prinsip model sosial. Bukan itu sahaja, model sosial mempengaruhi prinsip teori Albert Bandura manakala model personal pula mempengaruhi prinsip teori carl rogers.Prinsip-prisip yang digunakan oleh Albert Bandura dan Carl rogers amat berkesan kepada guru untuk menerapkan kedua-dua model tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.Tambahan pula, murid belajar bersama-sama menguasai maklumat,disamping memikirkan cara-cara penyelasaian masalah yang timbul.Mereka akan bersaing dalam suasana yang kondusif.Setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi pencapaian cemerlang.Persaingan yang sihat.Prinsip Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik serta berpusatkan pelajar. Mereka dapat belajar dalam satu pasukan yang heterogen, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Hemich et al., 2005). Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.Prinsip main peranan ialah Membantu murid-murid untuk memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.Cara main peranan dilaksanakan, adalah dengan cara murid melakonkan watak-watak berdasarkan satu situasi yang telah dikenalpasti. Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid. Ini penting bagi membantu murid melihat objek yang sebenar. Murid-murid melakonkan watak-watak yang menjadi model positif kepada mereka. Manakala model personal pula Synetics- Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti. Direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.Melalui sumbang saran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas.Menggalakkan penglibatan yang aktif. Eksperimen/ Ujikaji Murid diberi peluang menjalankan eksperimen sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumat.

Synetics- Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.-Direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.-Melalui sumbang saran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas.-Menggalakkan penglibatan yang aktif.Eksperimen/ Ujikaji-Murid diberi peluang menjalankan eksperimen sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumatSecara amnya, prinsip-prinsip didalam model pengajaran personal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pengajaran tidak langsung (non-direktif) dan synectics. Kesemuanya ini akan dijelaskan seperti yang berikut :-Pembelajaran Secara Kritis dan KreatifPemikiran Secara Kritis1. Pemikiran kritis ialah penggunaan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu perkara secara rasional.2. Ianya berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berrdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya. 3. Ianya juga merangkumi dua komponen iaitu :-

4. Pembelajaran ini membolehkan murid menganalisis dan menilai secara rasional dan logikal terhadap sesuatu idea.

Pemikiran Secara Kreatif1. Ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasi atau mereka cipta sesuatu yang baru. 2. Kemahiran ini mempunyai dua komponen :-

3. Ianya membolehkan murid mengembangkan, memodifikasikan, mengubahsuaikan atau mencipta sesuatu yang baharu melalui pemikiran ini.

PENGAJARAN NON DIREKTIF :

Model Pengajaran Non-Direktif didasarkan kepada penelitian dari Carl Roger dan para penyokong lain dari kaunseling bukan-direktif. Rogers memperluaskan pandangan terapinya sebagai suatu model pembelajaran bagi pendidikan. Beliau percaya bahawa hubungan manusia yang positif akan memberikan kesempatan luas bagi sumber manusia untuk berkembang, dan oleh kerananya, instruksinya harus lebih didasarkan kepada konsep hubungan sumber manusia berbanding kepada konsep masalah subjek, proses berfikir, ataupun sumber-sumber intelektual lain. Hebatnya guru dalam pengajaran bukan-direktif adalah pada peranan guru tersebut sebagai fasilitator bagi pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Didalam peranan ini, guru akan membantu pelajar untuk mencari idea-idea baru tentang kehidupannya, baik yang berkaitan dengan sekolah mahupun dalam kehidupannya sehari-harian. Model ini beranggapan bahawa pelajar perlu bertanggungjawab atas proses belajarnya dan kejayaannya sangat bergantung kepada keinginan pelajar dan pengajar untuk berkongsi idea secara terbuka dan berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan orang lain.Penerapan synectics dalam pembelajaran menurut Joyce seharusnya mengandungi tiga prinsip iaitu: 1) Prinsip reaksi merujuk kepada respon guru terhadap pelajarnya. Diharapkan guru menerima semua respon pelajar dalam apapun bentuknya dan menjamin bahawa hal tersebut seolah-olah merupakan ungkapan kreatif pelajar, akan tetapi melalui pertanyaan evokatif, guru dapat merangsang lebih lanjut kemampuan berfikir kreatifnya; 2) Sistem sosial mendeskripsikan peranan dan hubungan antara guru dan pelajar serta mendeskripsikan jenis norma yang disarankan. Sistem sosial dalam synectics terstruktur secara sederhana, yang dalam praktiknya berupa guru mengawal dan mengarahkan pelajar untuk memecahkan masalah melalui analogi, mengembangkan kebebasan intelektual, dan memberikan hadiah yang nantinya akan menjadi kepuasan dalaman pelajar yang diperoleh dari pengalaman belajar; 3) Sistem pendukung mengacu pada keperluan yang diperlukan untuk implementasi. Sistem pendukung dalam kegiatan synectics terdiri dari pengalaman guru tentang kegiatan synectics, lingkungan yang nyaman, makmal, atau sumber belajar lainnya.Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow menjelaskan bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Oleh yang demikian, model-model yang terkandung cuba membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum ke arah kualiti hidup yang tinggi. Dengan kata lain, kesemua model tersebut menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab terhadap nasib masing-masing.

Justeru, kita boleh menggunakan model personal bagi mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid-murid kita. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah synectics(sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka,dan perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti.

Maka model-model tersebut banyak berfokuskan kepada konsep-konsep yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri; arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi. Antara model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan berpusatkan murid)

ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing.)

iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.)

Melalui sumber internet, saya telah memperolehi maklumat tentang Hiryanto, M. Si iaitu Cikgu Jurusan PLS FIP UNY yang juga telah mengemukakan teori yang sama berkaitan Model Personal iaitu terdapat tiga model yang menerangkan tentang pendekatan yang digunakan berasaskan model personal tersebut. Namun, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua sumber tersebut iaitu terdapat satu lagi teknik yang boleh digunakan berasaskan model personal iaitu teknik Pertemuan Kelas. Antara kesemua model yang dikemukakan oleh beliau ialah:

i. Model Pengajaran Tanpa Arahan (Non Directive Teaching),

ii. Model Sinektiks (Model Synectics),

iii. Latihan Kesedaran (Awarenes Training)

iv. Pertemuan Kelas (Classroom Meeeting).

Beliau menjelaskan bahawa model personal adalah model yang memusatkan perhatian pada pandangan perseorangan dan berusaha memajukan kemandirian yang produktif sehingga manusia menjadi semakin sedar diri dan bertanggungjawab atau tujuannya.

Sumber: http://masririt.files.wordpress.com/2007/12/model-model-pembelajaran.ppt

Dengan berpandukan buku rujukan yang lain, iaitu buku Murid dan Alam Belajar yang telah diterbitkan oleh Oxford Fajar Sdn. Bhd, kita juga dapat memahami dengan lebih lanjut tentang model Pembelajaran Personal tersebut.

Menurut rujukan tersebut, model pembelajaran personal tersebut bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.

Model ini juga menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Tujuan model personal ini adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan.

Matlamat utamanya ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Oleh itu, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

i) Model Pengajaran tanpa arahan.

Model pengajaran tanpa arahan adalah model yang bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), autonomi, dan konsep kendiri (self concept).

ii) Model Sinektik.

Synectics adalah penyelesaian masalah metodologi yang merangsang proses berfikir yang subjeknya mungkin tidak disedari. Kaedah ini telah dibangunkan oleh George M. Putera (5 April 1918-9 Jun 2009) dan William JJ Gordon, yang berasal dari Arthur D. Little Invention Design Unit pada 1950-an. Mereka mendirikan Synectics Inc (sekarang Synecticsworld) dan metodologi yang telah berkembang secara berturut-turut pada tahun-tahun berikutnya.

Mengikut buku Murid dan Alam Belajar oleh Choong Lean Keow, perkataan synectics (sinektik) ini pada mulanya digunakan dalam seting industri, kemudian di ubahsuai oleh Willian Gordon untuk pengggunaan sekolah rendah dan menengah. Model ini direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang lain-lain.

Dalam konteks bilik darjah, murid-murid kita akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

Melalui sumbangsaran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas daripada kongkongan pemikiran bersifat rigid. Akibatnya, mereka akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan perspektif yang baru. Tambahan pula, ia dapat memupuk kemesraan antara satu sama lain serta menggalakkan penglibatan yang aktif.

iii) Model Latihan Kesedaran.

Model Pembelajaran Latihan Kesedaran merupakan suatu model pembelajaran yang ditujukan untuk meningkatkan kesedaran manusia. Model ini dikembangkan oleh Milliam Schutz. Ia menekankan tentang pentingnya latihan interpersonal sebagai saranan bagi meningkatkan kesedaran peribadi (pemahaman diri individu).

Terdapat empat jenis perkembangan yang dikukuhkan untuk merealisasikan potensi individu secara teguh, iaitu:

Fungsi tubuh. Fungsi personal, termasuk di dalamnya akuisisi pengetahuan dan pengalaman, kemampuan berfikir secara logik dan kreatif dan integrasi intelektual. Perkembangan interpersonal. Hubungan individu dengan institusi-institusi sosial, organisasi sosial dan budaya masyarakat.

Prosedur Pembelajaran

Kunci utama prosedur pembelajaran model ini didasarkan atas teori encounter. Teori ini menjelaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran hubungan antara manusia yang didasarkan atas keterbukaan, kejujuran, kesedaran diri, tanggungjawab, perhatian terhadap perasaan diri sendiri atau orang lain, dan berorientasi pada keadaan saat ini.

Aplikasi

Sampai saat ini, masih sangat sedikit sekolah atau guru yang menerapkan model ini. Permainan-permainan sederhana dapat dilakukan untuk keperluan ini. Model ini juga dapat dilakukan sebagai selingan yang tidak memerlukan masa terlalu banyak. Dalam pelaksanaan perbincangan, keterbukaan dan kejujuran menjadi sangat penting. Hasil penelitian menunjukkan bahawa model ini dapat meningkatkan perkembangan emosi.

iv) Model Pertemuan Kelas

Model pembelajaran pertemuan kelas diciptakan berdasarkan terapi realiti yang dipelopori oleh William Glasser. Glasser percaya bahawa permasalahan manusia kebanyakannya disebabkan oleh kegagalan melibatkan diri dalam lingkungan sosialnya (kegagalan bersosial). Ia percaya bahawa setiap manusia mempunyai dasar pengukuhan iaitu harga diri dan cint

Ciri- ciri model sosial dan model personal Terdapat beberapa perbezaan ciri-ciri antara model sosial dengan model personal.Ciri pertama ialah pelajar dapat belajar berkumpulan secara koperatif manakala model personal pula model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Ini bermaksud apabila memberi aktiviti kumpulan murid-murid menajamkan pemikiran mereka melalui interaksi dengan orang lain manakala apabila guru memberi aktiviti individu murid akan meningkatkan pemikiran mereka melalui perspektif kendiri.Ciri yang kedua ialah kumpulan dibentuk terdiri daripada ahli kumpulan yang memiliki kemampuan tinggi, sederhana dan rendah. penerimaan terhadap kaedah model koperatif bertujuan agar siswa dapat menerima rakan-rakannya yang mempunyai berbagai latar belakang. Perbezaan ini disebut sebagai perbezaan suku, agama, kemampuan akademik, dan taraf sosial.Namun, penghargaan lebih diutamakan kepada bekerja secara berkumpulan berbanding belajar secara bersendirian.Seterusnya mempunyai sikap sosial yang baik dalam pergaulan iaitu pelajar menjadi aktif bertanya, menghargai pendapat orang lain, memancing teman untuk bertanya, ingin menjelaskan idea atau pendapat, bekerja bersama ahli kumpulan dan sebagainya manakala model personal Selain daripada itu, ciri

APLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHBilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).Sebagai guru pengaplikasian model sosial di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah penting bagi Model sosial boleh diaplikasikan melalui beberapa kaedah seperti pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi. Kaedah pertama yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ialah kaedah pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini murid-murid belajar secara kerjasama dalam bilik darjah melalui aktiviti kumpulan.Langkah-langkah yang perlu diikuti oleh guru ialah seperti berikut iaitu guru mula menyampaikan pelajaran baru,murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif tentang pelajaran yang telah disampaikan oleh guru, ujian ditadbirkan untuk mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam setiap kumpulan.Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. Guru akan mengaplikasikan pembelajaran koperatif melalui beberapa aktiviti kumpulan.Sebagai contohnya Seterusnya main peranan amat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain.

Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-muMelalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul.Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang.

Model-model yang dinyatakan di atas mempunyai banyak teknik untuk

Contoh aktiviti

Guru boleh menjalankan banyak aktiviti berdasarkan model pengajaran sosial. Antara jenis model yang terkandung dalam kumpulan model sosial adalah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi. Guru perlu menerapkan pembelajaran koperatif melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama Melalui model ini mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru bagi pengaplikasian model sosial adalah melalui matapelajaran Bahasa melayu .Sebagai contohnya guru akan melaksanakan projek kumpulan iaitu menghasilkan kerja tangan seperti kolaj, anyaman, ukiran,mozek catan dan sebagainya. Selain daripada itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kaedah main peranan. Kaedah ini adalah satu kaedah pengajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesatu isu atau situasi.Situasi iani boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu berstrukur dan tidak berstruktur.Misalnya murid telah diberitahu cara-cara dan ayat-ayat yang perlu diucap semasa berjumpa denagn guru pada waktu pagi dan diminta melakukannya maka situasi itu dikatakan sebagai situasi berstruktur. Jika murid terus membuat di depan kelas dan terpaksa melahirkan kata-kata secara spontan maka situasi itu merupakan tidak berstruktur.Dalam teknik ini murid lakon berdasarkan watak yang telah ditentukan.Sebagai contohnya Guru boleh galakkan kanak-kanak untuk berlakon seperti seorang doktor dan beberapa orang kanak-kanak lain seperti jururawat.Bukan itu sahaja kaedah simulasi juga memainkan peranan yang penting dalam penerapan model sosial semasa pengajaran dan pembelajaran. Simulasi dimaksudkan sebagai satu situasi yang diwujudkan satu isu yang mengandungi masalah semasa. Murid diminta menyelasaikan masalah itu dengan memainkan watak yang terdapat dalam situasi tersebut misalnya menjaga ibu yang sakit. Tujuan teknik simulasi diadakan untuk memahami bidang atau struktur pengetahuan kelakuan,mengaitkan Antara ilmu pengetahuan dengan aspek emosi, melatih dan memperoleh sesuatu kemahiran sama melakukan simulasi itu,memupuk dan membentuk sikap yang positif dan membina serta melatih pemikiran yang kreatif dan kritis. Seterusnya berbanding dengan modal sosial , modal personal sangat berbeza dengan modal sosial. Modal personal ialah personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.lam mengaplikasikan model personal, persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang. Bukan itu sahaja, guru juga mengaplikasikan model sosial melalui teori Albert Bandura.Teori ini juga membantu untuk guru menerpakan model sosial di kalangan murid. Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Maka model non-directive ini bergantung pada faktor semulajadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar. Oleh itu, guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan. Disinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.Aplikasi Pengajaran non-direktif mungkin digunakan untuk beberapa jenis situasi permasalahan: personal, sosial, dan akademik. Di dalam kes sebuah masalah personal, individu meneroka perasaannya tentang dirinya sendiri. Di dalam masalah sosial, dia meneroka perasaannya tentang hubungannya dengan yang lain, dan menyiasat bagaimana perasaannya tentang dirinya sendiri mungkin mempengaruhi hubungan - hubungan ini. Di dalam masalah akademik, dia meneroka perasaannya tentang kompetensi dan ketertarikannya. Bagaimanapun, pada masing - masing kes, isi interview selalu personal lebih baik berbanding dengan luaran; hal ini berpusat pada perasaan yang dimiliki individu itu sendiri, pengalaman, wawasan, dan penyelesaian.Untuk menggunakan Model Pengajaran non-direktif secara berkesan, seorang guru harus mempunyai keinginan untuk menerima bahawa seorang pelajar dapat memahami akan dia dan kehidupannya sendiri. Guru tidak berusaha untuk menghakimi, menasihati, menenangkan, atau membesarkan hati pelajar. Guru tidak berusaha untuk mendiagnosis permasalahan. Pada model ini, guru menentukan fikiran dan perasaan personal sementara dan merefleksikan fikiran dan perasaan yang dimiliki pelajar. Dengan melakukan ini, guru menyampaikan pemahaman yang mendalam dan menerima perasaan yang dimiliki pelajar.Roger menyimpulkan bahawa sesetengah keadaan benar - benar sukar untuk merasakan perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika pelajar bingung. Strategi hanya bekerja jika guru memasukkan dunia pemahaman pelajar dan meninggalkan di belakang rujukan tradisional. Mengembangkan sebuah kerangka rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya, akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami pelajar, tidak pelajarnya saja. .Salah satu pentingnya kegunaan pengajaran non-direktif terjadi ketika sebuah kelas menjadi membosankan dan guru termasuk dirinya sendiri yang mendorong pelajar melalui latihan - latihan dan pokok permasalahan.

MODEL PENGAJARAN SYNECTICSIstilah synectics diambil dari bahasa Yunani, yang merupakan gabungan kata syn bererti menggabungkan dan ectics bererti unsur yang berbeza. Dalam dunia keilmuan, synectics biasanya berhubungan dengan kreativiti dan pemecahan masalah, selain itu juga berhubungan dengan dinamik kelompok dalam latihan berfikir. Pada awalnya, synectics dikembangkan dalam dunia industri namun dalam perkembangannya ternyata berjaya diterapkan dalam dunia pendidikan dan dikenali sebagai salah satu model pembelajaran yang berkesan untuk mengembangkan kreativiti.Synetics dikembangkan oleh William Gordon dan merupakan model pembelajaran yang menggunakan analogi untuk mengembangkan kemampuan berfikir dari berbagai sudut pandangan. Analogi dianggap mampu mengembangkan kreativiti kerana dalam analogi ada usaha untuk menghubungkan antara apa yang sudah diketahui dengan apa yang ingin dipahami.Terdapat tiga jenis analogi yang digunakan dalam model pembelajaran synectics, iaitu:1. Analogi langsung iaitu kegiatan perbandingan sederhana antara dua objek atau gagasan. Dalam pembandingan ini, dua objek yang dibandingkan tidak harus sama dalam semua aspek, kerana tujuan sebenarnya adalah untuk mentranformasikan keadaan objek atau situasi masalah sebenar pada situasi masalah lain sehingga terbentuk suatu cara pandangan baru. Pada analogi ini pelajar, diminta untuk menemukan situasi masalah yang sejajar dengan situasi kehidupan sebenar. Misalnya bagaimana cara untuk memindahkan perabot yang berat kedalam ruang kelas, boleh dianalogikan dengan bagaimana cara haiwan membawa anak-anaknya. Untuk melihat keberkesanan sesuatu analogi langsung dilihat dari jarak konseptualnya, semakin jauh jarak konseptualnya, maka semakin tinggi skor analoginya.2. Analogi personal iaitu kegiatan untuk melakukan analogi antara objek analogi dengan dirinya sendiri. Pada analogi ini, pelajar diminta menempatkan dirinya sebagai objek itu sendiri. Untuk melihat keberkesanannya, analogi personal boleh dilihat dari banyaknya ungkapan yang dikemukakan. Semakin banyak ungkapan yang dikemukakan maka semakin tinggi skor analogi personalnya. Dalam kegiatan membuat analogi personal, pelajar melibatkan dirinya sebagai objek atau gagasan yang dibandingkan. Misalnya pelajar disuruh untuk membandingkan dirinya dengan sebuah mesin, kemudian ditanyakan bagaimana perasaannya seandainya itu terjadi? Apa yang dirasakan seandainya mesin itu dihidupkan? Dan bilakah ianya akan berhenti? Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengarahkan jarak konseptual terbentuk dengan baik, semakin besar jarak konseptual maka akan semakin besar kemungkinan diperoleh gagasan baru. Menurut Gordon, jarak konseptual boleh dilihat dari adanya keterlibatan dalam proses analogi. Selanjutnya dijelaskan adanya empat keterlibatan yang mungkin terjadi ketika melakukan analogi, iaitu:a. Keterlibatan terhadap fakta iaitu proses analogi terhadap fakta yang dikenalpasti tanpa menggunakan cara pandang baru dan tanpa keterlibatan empati, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya merasa panas.b. Keterlibatan dengan emosi iaitu proses analogi dengan melibatkan unsur emosi, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya menjadi kuat.c. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda hidup iaitu proses analogi dengan melibatkan emosi dan kinestatik pada objek analogi, misalnya: seandainya saya menjadi kereta, saya merasa seperti sedang mengikuti lumba balapan, dan saya jadi tergesa-gesa.d. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda mati iaitu proses analogi dengan menempatkan diri subjek sebagai suatu objek anorganik dan mencuba memperluas masalah dari pandangan simpati, misalnya, seandainya saya menjadi mesin, saya tidak tahu bila harus berjalan dan bila harus berhenti. Seseorang akan bekerja untuk saya.3. Analogi konflik yang ditekan iaitu kegiatan untuk mengkombinasikan titik pandangan yang berbeza terhadap suatu objek sehingga terlihat dari dua kerangka acuan yang berbeza. Hasil kegiatan ini berupa deskripsi tentang suatu objek atau gagasan berdasarkan dua kata atau frasa yang kontradiktif, misalnya: bagaimana komputer itu dianggap sebagai pemberani atau penakut? Bagaimanakah mesin kereta dapat tertawa atau marah? Tujuan kegiatan ini adalah untuk memperluas pemahaman tentang gagasan-gagasan baru dan untuk memaksimakan unsur kejutan, kerana itu maka kegiatan analogi ini dianggap sebagai kegiatan mental peringkat tinggi. Pada analogi ini, pelajar diminta menyebutkan suatu objek secara berpasangan. Semakin banyak pasangan yang disebutkan, semakin tinggi skor yang diperoleh. Berdasarkan pasangan kata tersebut, pelajar diharapkan mengemukakan objek sebanyak-banyaknya yang bersifat kontaradiktif, kemudian diminta menjelaskan mengapa benda tersebut bersifat kontradiktif. Penerapan Synectics dalam PembelajaranSynectics sebagai salah satu model pembelajaran mempunyai beberapa kelebihan diantaranya adalah :-1) mampu meningkatkan kemampuan untuk hidup dalam suasana yang kompleks dan menghargai adanya perbezaan; 2) mampu merangsang kemampuan berfikir secara kreatif; 3) mampu mengaktifkan kedua-dua belah otak; 4) mampu mewujudkan pemikiran baru. Selain itu, kelebihan dari metode synectics yang lainnya adalah boleh dikombinasi dengan model yang lain.Pada proses yang terjadi dalam synectics, seseorang mampu mengatasi hambatan mental yang membelenggunya. Selain itu, kemampuan berfikir divergen dan kemampuan untuk memecahkan masalah akan terus berkembang. Selanjutnya, ia menjelaskan strategi yang harus dilalui ketika membuat sesuatu yang asing menjadi lazim atau membuat yang lazim menjadi asing iaitu: 1) Mendefinisikan atau menggambarkan situasi saat ini atau masalah yang sedang dihadapi; 2) menulis gagasan tentang analogi langsung; 3) menulis reaksi terhadap hasil analogi langsung; 4) mengeksplorasi sesuatu yang menjadi konfliks; 5) membuat analogi langsung yang baru; dan 6) mengujinya dalam situasi yang sebenar.Selanjutnya, ia juga menjelaskan tentang strategi tersebut dalam praktik pembelajaran yang dalam praktiknya terbagi menjadi tujuh tahap iaitu:1) Masukkan bahan iaitu guru mengemukakan permasalahan pada pelajar untuk diselesaikan; 2) Pembuatan analogi langsung dengan cara guru menyuruh pelajar untuk membuat analogi langsung dan pelajar melakukannya; 3) Guru mengidentifikasi hasil analogi yang telah dibuat pelajar; 4) Pelajar menjelaskan kemiripan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim; 5) Pelajar menjelaskan perbezaan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim; 6) Pelajar mengeksplorasi topik yang bersifat original; dan 7) Pelajar menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling dengan Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.

2. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model.

3. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.

4. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.PEMBELAJARAN KOPERATIFa. APA DIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut.Selain itu, murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

Implikasi

Setelah dikaji unsur-unsur penting di dalam model tersebut, kita perlu mengetahui bagaimana model ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran.Terdapat pelbagai implikasi model sosial yang dapat kita perolehi di dalam dunia pendidikan. Di antaranya ialah memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid-murid. Melalui contohnya yang positif ini, murid-murid pasti akan mengikut apa yang mereka rasakan boleh membawa kebaikan kepada mereka. Bukan itu sahaja, bahkan pengaruh rakan sebaya juga mungkin akan menyebabkan murid-murid akan mencontohi tingkah laku yang diingini. Sebagai contohnya sekiranya rakan mereka menunjukkan tingkah laku yang positif, mereka akan mencontohi tingkah laku itu dan sebaliknya. Namun begitu sudah menjadi lumrah alam manusia ini seringkali mencontohi perkara yang negatif sahaja. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab guru untuk memerhati murid agar mereka mengikut landasan yang benar.Selain daripada itu, melalui model pengajaran model sosial ini juga, guru dapat menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita. Guru seharusnya memainkan peranan penting di dalam perkembangan murid-murid ini. Kanak-kanak ibarat kain putih dan sudah menjadi tanggunjwab guru untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berguna. Namun begitu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak mereka dan bukan hanya memberikan 100% kepercayaan kepada guru sahaja.Selain daripada itu, murid-murid juga dapat belajar dengan lebih mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat koperatif ini. Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Seperti yang kita ketahui, teknik perbincangan merupakansatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Murid-murid dapat berbincang di antara satu sama lain bagi menjana idea untuk lebih memantapkan lagi perbincangan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan idea atau maklumat yang tidak dikenalpasti mereka boleh merujuk kepada guru mereka bagi memastikan ketepatan sesuatu maklumat. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan pembelajaran koperatif mereka.Disamping itu juga, murid-murid akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif dan dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Sekiranya wujud semangat persaingan di antara murid-murid mereka akan lebih berusaha dengan gigih untuk membuktikan kebolehan masing-masing tanpa menimbulkan perasaan hasad dengki masing-masing. Setiap murid-murid akan berjaya memperolehi kecemerlangan dalam erti kata lain berjaya menjadi insan yang berguna.Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi.Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya.Guru menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan kendiri. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung dengan peranan mereka sebagai fasilitator yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing.

Pandangan tentang teknologi pendidikan sebagai media dan audiovisual masih diterima sehingga hari ini. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar.Boleh dikatakan bahawa peranan utama teknologi pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pemilihan,penggunaan dan penilaian media teknologi pendidikan.Dengan perkataan lain, para guru harus inovatif dalam menggunakan pelbagai media seperti buku,tranparensi,televisyen,radio,komputer dan sebagainya dengan secara lebih kreatif.

Sebelum sesuatu pengajaran dilangsungkan,guru dapat membuat perancangan yang lebih teliti di mana dirasakan sesuai mengikut keadaan kelas serta tahap penerimaan pelajar.Dengan bantuan teknologi,guru boleh mempunyai lebih banyak alternatif dalam memilih cara penyampaiannya mengikut kesesuaian .Perancangan yang teliti dapat menghasilkan penyampaian yang terbaik.Guru juga boleh menjadikan penyampaian lebih kreatif dan inovatif.

Oleh sebab itu,sebagai persediaan guru perlulah diberi ilmu pengetahuan dan panduan supaya mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan teknologi pendidikan terkini.Ini membolehkan guru lebih bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologi.

Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmupengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar.MenurutYaxley, B.G. ( 1991 )pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatutindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna.Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesandi kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihatmelalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan gurudalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah . Oleh yang demikian setiap guruperlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakarpendidikan.MODEL PENGAJARANGuru-guru sedaya upaya mengajar dengan berkesan . Ada guru yang berjayamenghasilkan pembelajaran yang baik tetapi ada pula yang gagal. Kegagalan ini mungkindisebabkan kurangnya penekanan terhadap pemilihan kaedah atau keupayaan pelajarseperti kognitif, personal, sosial, dan psikomotor( Cole dan Chan 1994). Oleh itu guruefektif dianggap sebagai satu tindakan yang profesional oleh orang terlatih untuk membagunkan diri pelajar dari segi kognitif, sosial dan psikomotor.MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Model atau rakabentuk pengajaran adalah satu proses yang pada dasarnyadigunakan untuk memperkembangkan pelbagai jenis teknik pengajaran dan bahan-bahanalat bantu pengajaran. Model dan rekabentuk pengajaran dapat didefinisikan sebagaisatu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilaipengajaran.Terdapat pelbagai model pengajaran pada masa kini. Setiap model pengajaranmemberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran dan ianya mempengaruhi guru-guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan ataumemberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini ,guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulanyang mereka berikan.Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalanguru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepadaproses pengajaran dan pembelajaran mereka.Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedahkajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan olehpelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangandengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajianpelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiappandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru bolehmembuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut.KEBAIKAN MODEL INKUIRITerdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan olehpelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diridalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya. MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan ataugeneralisasi yang dibuat.3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktivitipembelajaran yang dilakukan.4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktivitipembelajaran secara bebas5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekallama. 6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.KELEMAHAN MODEL INKUIRI 1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

4. Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuaikepada pelajar yang lemah.5. Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus danmengendalikan aktiviti kajian .6. Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.

kebolehan berfungsi dalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan KebajikanMasyarakat Malaysia)Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggapkeadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yangmengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi. Kini,kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah sama sepertiindividu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerimahak-hak yang sama tanpa diskriminasi.Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakuiwujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khasuntuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalam memberikankesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu. Pelbagaikemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan antaranya penyedianinfrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan, memperluasdan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi BermasalahPembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantupengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif,menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar denganbadan sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untukpelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPP Merapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, gurudi dalam bilik darjah pula memainkan peranan penting agar pembelajaran di dalambilik darjah berlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orangkurang upaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang palingberkesan untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupanyang bahagia.Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada duabahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atautidak berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yangada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendakmereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat sejauh manakeberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua perbezaan yang dikenalisebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah fungsi yangmenyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidakmenjangka untuk berlaku. Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagaitempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupunkini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaan penggunaankomputer sebagai alat penyampaian ilmu terkini. Untuk menghasilkan suatupengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bilik darjah harus mempunyai suatusuasana yang tenteram selaras dengan jiwa manusia dan tatacara untuk menimbailmu. Justeru, pihak yang bertanggungjawab haruslah peka dalam menyediakaninfrasrtuktur dalam bilik darjah dan pembuat polisi pula haruslah menentukankaedah penetapan yang perlu dalam meletakkan para pelajar agar kesesakan tidakberlaku dan pembelajaran yang lebih efisien dapat dicanang selaras dengankeinginan perdana menteri kita yang menginginkan sebuah masyarakat yangberilmu pengetahuan secara realistik. Punca kewujudan permasalahan inisebenarnya boleh di atasi dengan pihak atasan membina banyak lagi kelas dansekolah agar kesesakan bilik darjah dapat di atasi sebaiknya.Selain itu agihan pelajar perlu untuk setiap sekolah dalam daerah-daerahatau negeri-negeri seluruhnya. Dengan ini masalah yang berbangkit akan dapat diatasi dan ini menyebabkan wujudnya sebuah bilik darjah yang dapat melahirkanpelajar yang cemerlang seperti yang kita lihat pada negara maju masa kini.Permasalahan seperti ini sepatutnya di atasi dengan kadar segera agar para pelajar khususnya dapat menumpukan aktiviti pembelajaran sepenuhnya dengan tumpuanmaksima dan para pendidik juga dapat menyalurkan sumber ilmu dengan keadaanyang selesa serta mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapioleh pelajar. Selain daripada itu, pendekatan bilik darjah perlu diubah tambah bagimemastikan keselesaan dalam bilik darjah di atasi selari dengan kehendakmasyarakat yang berfungsi dalam sebuah kelas. Apa yang paling penting ialah hasilyang akan di dapati pada akhirnya membawa input yang besar kepada generasipenentu negara pada masa akan datang. 5.0RumusanBerdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkanbahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di manaseorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya bolehdianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telahmenjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusatkuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber dan mengarahkankemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkanpengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyaiperanan masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori fungsionalismeyang melihat fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yangmenyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer,masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untukmereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya,padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yangwujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yangpositif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiapbahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplinsebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalamkeadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijakmenguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalan denganlancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunya bertajukClassrooms as Learning Communitiespara pengkaji mendapati 3 perkara yangmemantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di dalam sebuah bilikdarjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan pelajarnya dan pengaruhpembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat daripelbagai dimensi. Ini kerana pelajarpelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakangdan minat yang berbeza. Dalam masa yang sama mereka juga perlu mempelajarikandungan matapelajaran yang telah ditentukan oleh pengurusan sekolah.Kepelbagaian ini juga membawa erti seorang guru perlu berhadapan denganpelbagai karenah dan dilema pelajarnya.Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilikdarjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakanperaturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasanaharmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilikdarjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunanorganisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih bersedia untukbelajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar.Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selainmendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormatmenghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampumeningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligusdapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini

REFLEKSI

Selamat sejatera dan salam satu Malaysia.Nama saya Vimala A/P Supamaniam dari P2B telah menyempurnakan kerja kursus saya dengan jayanya. Kurniaan tuhan saya dapat menyiapkan tugsan saya ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sepenuh penghargaan saya kepada Puan Siti Hajar kerana membantu serta tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya, saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja kursus ini dengan jelas dan padat dari pensyarah Puan Siti Hajar ketika di dalam kelas. Setelah mendengar taklimat daripada puan saya mula mencari maklumat untuk kerja kursus ini.Saya bertungkus lumus mencari bahan untuk memulakan tugasan saya.Bukan senang saya mendapatkan bahan untuk tugasan ini. Di perpustakaan buku berkaitan murid dan alam sekitar amat terhad..Sepanjang menyiapakan tugasan ini juga beberapa masalah telah saya hadapi iaitu masa tidak mencukupi untuk mencari maklumat dan masalah elektrik di Cawangan Berapit.Walaupun ada masalah tetapi juga mendapati banyak pengalaman dan pengajaran melalui tugasan ini. Pengajaran yang saya dapati adalah lebih banyak berbanding dengan masalah. Pertamanya selepas membuat tugasan ini saya boleh mempelajari alat alat berfikir CoRT 4. Selain itu, tugasan ini telah banyak memberikan manfaat kepada saya setelah kami berjaya menyiapkannya. Salah satu daripadanya adalah tugasan ini membuatkan saya lebih mendekati dan memahami tentang kemahiran berfikir. Saya mendapati bahawa sekiranya kita dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam kehidupan kita, kita dapat mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang salah dan dapat melaksanakan banyak tugas dengan lebih tepat dan cepat.Seterusnya saya dapat meningkatkan kemahiran saya membuat rujukan dengan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan sempurna.Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan,saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Melalui aspek pengetahuan, saya dapat meluangkan masa dengan berfaedah di perpustakaan..

Walaubagaimanapun saya berjaya membuat kerja kursus ini. Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Puan Intan yang memperbetulkan kesilapan saya . Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah walaupun saya menghadapi banyak rintanganAkhirnya Saya berharap pensyarah memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan pada kali ini.