modul bmm 3103

Download MODUL BMM 3103

Post on 14-Jun-2015

7.434 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Semoga bahan yang saya muatkan ini akan dapat menjadi rujukan para bakal guru PISMP seluruh negara...... Cikgu Ruslee IPGM Kota Bharu, Kelantan.

TRANSCRIPT

MODUL BMM 3103 PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1.1 Sinopsis Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan. Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP 1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 1.3 Kerangka Konsep 1.4 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengertian dan Konsep Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor 1.5 Pengujian

1

Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

2

kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. 1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Rajah 1. Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah; a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan. b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? 1.8 Aktiviti 2.1 Sinopsis Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Selamat berjaya ! 2.2 Hasil Pembelajaran 2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl. 2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL

3

2.3 Kerangka Konsep 2.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. Taksonomi dan Domain Taksonomi Bloom Domain Krathwohl Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. Pengetahuan ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali

4

data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination) 2.5 Domain David Krathwohl Domain Afektif Penerimaan (Receiving/Attending) Tanggapan (Responding) Penghargaan (Valuing) Pengorganisasian (Organization) Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan. 1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap ke