15934112 pen-gurus-an-panitia-dan-fail-panitia

4

Click here to load reader

Upload: cikgurashid

Post on 20-Jun-2015

4.308 views

Category:

Business


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15934112 pen-gurus-an-panitia-dan-fail-panitia

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIAPPDBS

PENGURUSAN PANITIA

Pengurusan panitia mata pelajaran di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan panitia mata pelajaran :

• Merancang

• Mengurus

• Melaksanakan matlamat,objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

OBJEKTIF

• Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi,fungsi dan tugas panitia mata pelajaran di sekolah.

• Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru mata pelajaran untuk merancang,melaksanakan,menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

• Menggembleng tenaga guru mata pelajaran dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

• Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi,sikap dan tabiat belajar pelajar.

• Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah.

Perincian Peranan Jawatankuasa Panitia

Pengerusi ( Ketua Panitia – dilantik daripada guru terkanan bagi subjek berkaitan )

a. Merancang aktiviti panitiab. Mempengerusikan setiap mesyuarat perjumpaan dan taklimat.c. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.d. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

Naib Pengerusi

a. Menajalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.b. Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

1

Page 2: 15934112 pen-gurus-an-panitia-dan-fail-panitia

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIAPPDBS

Setiausaha

a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan urusan-urusan lain surat-menyurat.b. Mencatat kaedah dan menyediakan minit mesyuarat.c. Menyediakan laporan dan dokumentasi.d. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK.e. Menerima arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha

a. Membantu tugas-tugas setiausaha.b. Membantu tugas-tugas lain yang disahkan oleh pengerusi dari semasa ke

semasa.

Bendahari

a. Mengurus hal ehwal kewangan PCG dan menyediakan laporan penyata kewangan.

b. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan laporan penyata kewangan.

c. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan bersma AJK yang lain.

Ahli Jawatankuasa

a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.b. Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK induk dalam aktiviti yang

melibatkan kependidikan seperti Kem Kecemerlangan, Kem Bina Juara dan lain-lain.

c. Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.d. Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi, meja penceramah dan

peserta, persiapan pentas dan lain-lain.e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai

dengan keputusan mesyuarat.f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.g. Mengendalikan aktiviti luar.

PENGURUSAN FAIL PANITIA

Di sekolah terdapat : a) Sebuah Fail Induk Panitia yang disimpan di pejabat sekolah. b) 6 buah Fail Panitia yang diurus sepenuhnya oleh Ketua Panitia dan disimpan di bilik khas.

Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab memantau fail-fail panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun selepas setiap mesyuarat kurikulum dan panitia sekolah.Pemantauan oleh Pengetua/Penolong Kanan dibuat dari masa ke semasa.

2

Page 3: 15934112 pen-gurus-an-panitia-dan-fail-panitia

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIAPPDBS

Untuk mengemaskini pengurusan fail panitia setiap panitia seharusnya mempunyai dokumen-dokumen yang spesifik seperti terkandung dalam senarai semak fail panitia.

SENARAI SEMAK FAIL PANITIA

NO FAIL BIL BUTIRAN DAN KANDUNGAN SEMAKANFAIL 1 MESYUARAT PANITIA (Dalaman)

1. Surat Panggilan Mesyuarat Panitia2. Minit Mesyuarat Panitia

FAIL 2 SURAT MENYURAT PANITIA (Luar)1. Surat-surat Yang Diterima Daripada Luar2. Surat-surat Yang Dihantar Ke Luar3. Minit Mesyuarat Panitia Daerah

FAIL 3 MAKLUMAT GURU PANITIA1. Butir Peribadi (Lampiran 2)2. Jadual Waktu Peribadi dan Kelas

FAIL 4 DOKUMEN PANITIA1. Pekeliling Ikhtisas bil 4/862. Pekeliling Panitia Yang Berkaitan3. Carta organisasi Panitia / Jawatankuasa Panitia (Lampiran 1)4. Rancangan Peningkatan Prestasi Pelajar / Pelan Taktikal

,Pelan Operasi dan Pengunjuran5. Kumpulan Sasaran Pelajar

6. Program Untuk Pelajar Cemerlang,Sederhana dan Galus7. Rancangan Pelajaran Tahunan8. Kontrak dalam bentuk Carta Gantt9. Anggaran Perbelanjaan Panitia (Lampiran 4)10. Buku Stok – a) Semakan Stok

b) Pelupusan11. Cadangan Buku Untuk PSS12. Senarai ABM13. Rekod Penggunaan ABM14. Senarai Buku Rujukan Guru15. Senarai Buku Teks / Rujukan Pelajar16. Jadual Kekerapan Latihan17. Latihan Dalaman / Perkembangan Staf18. Sukatan Pelajaran19. Huraian Sukatan Pelajaran20. Buku Panduan Am KBSM21. Projek Inovatif dan Kreatif22. Minit Curai (Lampiran 3)23. Dokumentasi Aktiviti Sokongan Panitia / Koakademik24. Headcount ( HC1 – HC 6 )

FAIL 5 KOLEKSI SOALAN / BANK SOALAN1. Kertas Soalan Peperiksaan Sekolah2. Kertas Soalan Peperiksaan Awam3. Jadual Spesifikasi Item (JSI)

3

Page 4: 15934112 pen-gurus-an-panitia-dan-fail-panitia

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIAPPDBS

4. Bank Soalan FAIL 6 POST MORTEM PEPERIKSAAN

1. Analisis Peperiksaan (PM 1 – PM 3)2. Kekuatan dan Kelemahan Pelajar3. Tindakan Susulan Yang Diambil4. Senarai Kemajuan Prestasi Pelajar Setiap Kumpulan5. Analisis Item

4