ucp1 n resepi - for merge

19
TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG HJ MOHD BIN MD ISA BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA YANG Berbahagia Tn Hj Mohd Sah bin Zainal Abidin Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, YANG DIHORMATI D r Rahim bin Pengerusi PIBG SMK King George V Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru, Para Ibu Bapa dan Penjaga, Seterusnya Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian. Saya ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama Tuan-tuan dan hadirin dalam mesyuarat kali ini. Bagi pihak sekolah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Mohd Shah bin Zainal Abidin dari PPD Seremban kerana sudi hadir dan merasmikan msyuarat ini. Sesungguhnya kehadiran dan tuan/puan semua dapat memberi semangat kepada kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar sekolah ini. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Upload: niahalisa

Post on 11-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

SDFGBHN

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG HJ MOHD BIN MD ISA

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAYANG Berbahagia Tn Hj Mohd Sah bin Zainal Abidin Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban,YANG DIHORMATI D r Rahim bin Pengerusi PIBG SMK King George V Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru, Para Ibu Bapa dan Penjaga, Seterusnya Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian.Saya ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama Tuan-tuan dan hadirin dalam mesyuarat kali ini. Bagi pihak sekolah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Mohd Shah bin Zainal Abidin dari PPD Seremban kerana sudi hadir dan merasmikan msyuarat ini. Sesungguhnya kehadiran dan tuan/puan semua dapat memberi semangat kepada kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar sekolah ini.Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Komitmen tuan/puan akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam menjalankan tugas kami, seterusnya dapat kami melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan jayanya InsyaAllah. Saya berpendapat ibubapa yang hadir pada hari ini adalah ibubapa yang benar-benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anak-anak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam pelajaran. Tuan-tuan dan puan-puan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG merupakan satu agenda wajib dalam bidang

pendidikan pada setiap tahun. . Pada masa inilah peluang ibubapa untuk memberi pandangan bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG banyak dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibubapa yang aktif dalam PIBG akan dapat memberikan impak yang positif kepada anak2 dan seluruh pelajar sekolah ini.Tuan-tuan dan Puan-puan;Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada guru dan warga sekolah dalam setiap program yang dianjurkan. Selain itu, Pengerusi dan AJK PIBG juga sentiasa memberikan pelbagai bentuk bantuan dalam setiap program sekolah. Pihak sekolah berasa sangat bertuah mempunyai barisan PIBG yang prihatin dengan pembangunban pendidikan anak-anak di sekolah ini.Akhir kata saya berharap kerjasama yang sedia ada antara ibu bapa dan guru-guru dapat dikekalkan bagi menangani apa jua masalah anak-anak kita di sekolah ini. Semoga usaha gigih ini akan diteruskan dengan jayanya demi agama, bangsa dan Negara. Malaysia.Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMK Lui Barat saya mengalu-alukan kehadiran YB Dato serta tuan/puan tetamu jemputan ke majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Dato dan tuan/puan semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan sokongan tuan/puan terhadap SMK Lui Barat, dan merupakan satu titik permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menyahut saranan pemimpin Negara untuk merealisasikan PPPM menjelang alaf baharu di tahun 2020. Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan/puan para ibu bapa pelajar yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini. Komitmen tuan/puan akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam menjalankan tugas kami, seterusnya dapat kami melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan jayanya InsyaAllah. Saya berpendapat ibubapa yang hadir pada hari ini adalah ibubapa yang benar-benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anak-anak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada YDP PIBG, En. Zulkifli Bin Aton dan seluruh AJKnya yang telah banyak membantu pihak sekolah samada dari segi meluluskan peruntukan wang sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan2 tersebut agak sukar juga untuk kami para guru mencapai apa yang kami hasratkan.

YB Dato, tuan/puan sekelian, sebagai Pengetua yang baharu di sekolah ini, saya dengan rendah hati memohon kepada YB Dato serta tuan/puan agar dapat memberikan teguran yang membina andai kata terdapat kesalahan dan kekhilafan sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini nanti. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam meladeni serta melayani kerenah anak-anak kita di samping sama-sama memberikan sokongan, dorongan kepada anak-anak kita di sini agar sentiasa menanamkan sifat percaya kepada diri sendiri dan sentiasa berusaha menongkah arus, onak dan ranjau untuk meningkat maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Janganlah jemu membekalkan anak-anak kita dengan nasihat dan dorongan kerana sesungguhnya naluri anak2 kita sentiasa dahagakan itu semua daripada kita sebagai orang-orang tua dan yang berpengalaman (ibarat kata orang tua, lebih dulu makan garam). Tunjukkanlah juga contoh dan teladan yang baik kepada anak2 kita kerana sebagai pemimpin di rumah (bagi ibubapa) atau pemimpin di sekolah (bagi guru2) jadikanlah slogan Kepimpinan Melalui Teladan itu sebagai motto diri kita.

YB Dato, tuan/puan sekelian, Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu agenda wajib dalam kalendar pendidikan pada setiap tahun. Hari ini merupakan hari yang dinanti2kan oleh para ibubapa untuk mengetahui apakah agenda yang telah dan akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak di sekolah. Pada masa inilah peluang ibubapa untuk memberi pandangan serta buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibubapa yang aktif dalam PIBG akan dapat memberikan impak yang positif kepada anak2 dan seluruh pelajar sekolah ini.

YB Dato, tuan/puan sekelian, di sini saya ingin berkongsi dengan tuan/puan apakah aspirasi kami para pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang kita tetapkan samada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun kokurikulum.

Dalam bidang akademik, kita sasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah, % Lulus dan bilangan pelajar yang mendapat Semua A dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2013. Untuk peperiksaan PMR 2013, kami mensasarkan GPS adalah 2.96 sementara semua pelajar Tingkatan 3RK (seramai 21 orang) disasarkan memperolehi SEMUA A.

Dalam bidang HEM pula kita sasarkan % kehadiran murid melebihi 90% setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Sementara dalam bidang kokurikulum pula kita sasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk pertandingan di peringkat Daerah. Negeri dan Kebangsaan dan juga ke peringkat antarabangsa, serta meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat gred A dan B dalam kokurikulum.

Bagaimanakah caranya kita dapat mencapai matlamat ini? Untuk mencapainya kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada para ibubapa dan komuniti setempat selain daripada tanggungjawab sekolah. Di sekolah, Penolong kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh 4 org Ketua Bidang, ketua2 panitia dan guru2 matapelajaran sentiasa memastikan proses P&P berlaku di bilik darjah, program2 sokongan juga diadakan seperti kelas2 intervensi, seminar, teknik menjawab soalan, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti dan sebagainya bagi tujuan membantu pelajar melonjakkan pencapaian akademik mereka. Untuk menjayakan semua program ini, pihak sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan dari pihak luar. Untuk ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Zainal yang telah membantu memberi peruntukan sebanyak RM 3,000 untuk program intervensi PMR dan SPM serta kepada PIBG sendiri yang memberi bantuan kewangan tambahan. Untuk makluman YB Dato, tuan/puan, keputusan PMR yang diumumkan baru2 ini telah mencatatkan 4 orang pelajar telah memperolehi SEMUA A dan keputusan ini sekaligus telah menaikkan nama sekolah di mana pada tahun sebelumnya tiada pencapaian semua A diperolehi. Tahniah diucapkan kepada pelajar berkenaan dan juga ibu dan bapa mereka. Untuk peperiksaan SPM tahun lepas, kita sedang menunggu keputusannya dalam bulan Mac ini dan kita sedang berdebar2 menunggu bagaimanakah pula keputusannya.

YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah diberi tanggungjawab memikul mandat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat terakhirnya ialah menghasilkan manusia bukan sahaja yang berilmu pengetahuan tetapi juga seorang manusia yang berakhlak mulia dan berguna kepada keluarga, Negara, bangsa dan agama. Kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan kemenjadian manusia. Justeru, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan

RESEPI WAFFLE

pada: 14 Oktober, 2008, 09:39:20 am

RESEPI WAFFLE

1 cawan tepung gandum 3 camca kecil serbuk penaik camca kecil garam 1 cawan susu segar 2 biji kuning telur 2 camca besar mentega, dicairkan & biar sejuk 2 biji putih telur, dipukul kental -pastikan bila terbalikkan mangkuk, ia tidak mengalir

Cara membuat:

1. Ayak 3 bahan pertama.2. Campurkan susu, kuning telur dan mentega dlm mangkuk kecil.3. Masukkan ke dalam bahan kering sambil dipukul sebati.4. Bubuh putih telur perlahan-lahan hingga rata.5. Lengser acuan waffle dan masak seperti biasa6. Setelah masak sapukan perasa koko, strawberi dan lain lain ikut cita rasa.

ahan-Bahan: 5 biji keledek (dikupas)2 sudu udang kering2 cawan minyak masak5 ulas bawang putih (dimesin)7 biji bawang merah (dimesin)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan1 cawan cili boh Garam dan gula secukup rasaTauhu gorengSedikit cili hijauBawang gorengLimau nipis (dipotong dua)Isi ayam atau daging (dipotong kecil dan direbus)Mee kuning (dicelur)Taugeh (dicelur) Cara: Kupas keledek dan rebus bersama udang kering sehingga masak, biarkan ia sejuk dan dimesin.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang, serai dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan cili boh dan kacau sehingga naik minyaknya. Kemudian masukkan keledek yang telah dikupas tadi. Tambahkan air jika terlalu pekat.

Biarkan ia mendidih selama 15 minit dengan api perlahan. Akhir sekali, masukkan mee dan bahan lain lalu dituangkan sos.

uding Batik Sumber: Majalah Saji Mac 2000 Hits: 8360 Rating: 6.29 Review: 1 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan: 600 gm biskut marie (pecahkan 4)250 gm mentega5 sudu besar koko5 sudu besar milo1 cawan gula tin susu pekat1 camca kecil esen vanila5 biji telur (pukul sampai kembang)1 cawan air Cara: Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. Tekan-tekankanadunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.Donat homemadeBahan-bahan :1 kg tepung gandum1 peket yis kering Mauripan(11gm)5 sudu besar gula kastor50 gm majerin1 biji telur A500 gm air (secukupnya)1 sudu teh serbuk penaikCara Membuatnya :

1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum,serbuk penaik, yis kering,gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.

2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap . Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.

3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum.Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.

4.Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik.Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup.Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.

5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.

6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.

7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.

8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.

Tip :

1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.

2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan.Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.

3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.

Comments (1)

Donat Coklat KayumanisAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Hari minggu ni nak buat apa untuk minum petang? Apa kata anda buat Donat Coklat Kayumanis . Selalunya kita buat donat yang bentuk roda tu tapi kali ini kita cipta kelainan pula. Buat donat yang bulat dan letakkan inti coklat di dalamnya.Lepas itu gaulkan dengan serbuk kayu manis dan gula kastor .Pasti sedap. Ada satu lagi donat ala Malaysia yang diletakkan sambal ikan bilis didalamnya. Biasa dijual di gerai-gerai di tempat tinggal saya.

Bahan-bahan :300 gm tepung protin tinggi (tepung roti)200 gm tepung gandum biasa14 gm yis segera70 gm gula kastor3 gm garam40 gm mentega1 biji telur A310 gm airinti:coklat masakan secukupnyasedikit serbuk kayu manis dan gula kastor - untuk sadur

Cara Membuatnya:1. Satukan semua bahan doh ke dalam sebuah mangkuk adunan kecuali air.2. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit hingga habis.3. Uli dengan tangan atau mesin hingga menjadi doh yang lembut.Pakai mesin uli 10 minit kelajuan sederhana. Uli dengan tangan ambil masa 15 - 20 minit.4. Masukkan doh dalam mangkuk besar dan tutup dengan plastik. Rehatkan 30 minit di tempat hangat hingga naik 2 kali ganda.5. Tumbuk doh dan uli semula sekejap. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 40 gm.6. Canaikan dan masukkan seketul coklat masakan seberat 5 gm . Rehatkan doh 15 minit .7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.8. Serbuk kayu manis di gaul dengan gula kastor. Gaulkan donat yang suam itu ke dalam gula tadi. Hidangkan.

Comments (0)

Roti Soft BunAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

>>Ban sosej

>>Ban biasa juga boleh diletakkan topping kastadResipi asas ini boleh membuat pelbagai jenis ban seperti mini pizza, ban mexico, donat dan sebagainya .Anda cuma perlu mempelbagaikan bentuk, inti dan topping yang bersesuaian. Untuk membuat soft bun atau ban lembut ini,penggunaan mixer bersaiz besar adalah lebih baik kerana ia dapat menguli tepung dengan rata dan ke tahap optima. Ia mengambil masa dalam 15 minit hingga 20 minit.Apabila ban ini sudah cukup diuli, ambil secubit doh dan regangkan.Ia mestilah boleh ditarik nipis tanpa terkoyak. Jika roti sudah cukup diuli,ia akan menjadi roti yang lembut. Anda juga boleh menggunakan food processor tetapi dalam kuantiti yang sedikit kerana saiznya yang kecil. Jika semua peralatan ini tiada, terpaksalah kita menggunakan tangan. Ulilahdalam masa 20 - 30 minit hingga doh lembut dan boleh ditarik nipis.

Bahan-bahan :500 gm tepung roti50 gm gula kastor2 biji telur15 gm yis kering (segera)1/2 sudu teh garam50 gm mentega/majerin250 gm susu UHT (kotak)sedikit air, jika perlu

Untuk glis(sapuan):1 biji telursedikit air susu

Untuk topping :5 batang sosej, direbus dan belah duasedikit sayur campuransedikit mayonissedikit sos cili

Cara Membuatnya :1. Satukan semua bahan kecuali susu, ke dalam sebuah mangkuk pengadun.2. Putar perlahan dengan alat hook supaya adunan sebati.3. Masukkan susu sedikit-sedikit sambil memutar. Habiskan susu dan putar lagi hingga adunan lembut dan boleh ditarik nipis.4. Bahagikan doh kecil-kecil seberat 50 gm. Tutup doh dengan plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Gelek doh kepada bentuk bulat.Rehatkan doh supaya ia naik lagi.5. Mayonis dan sayur campuran di gaul bersama. Letakkan sosej di bahagian tengah doh dan taburkan sayur campuran. Picitkan sos cili atasnya.6. Sapukan glis di sekelilingnya.7.Panaskan oven ke suhu 200 darjah celcius. Sapukan dulang pembakar dengan majerin. Susun roti dan bakar selama 20 minit hingga masak.

Comments (0)

Membuat Sos PizzaAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Pizza takkan lengkap tanpa sosnya dan ditaburi dengan bahan-bahan topping. Anda boleh buat pelbagai jenis pizza dengan bahan-bahan topping yang pelbagai. Terserah kepada citarasa anda. Sos pizza adalah bahan asas yang disapukan ke atas pizza yang kosong sebelum meletakkan toppingnya . Jika anda tiada masa membuat sos pizza, anda boleh sapukan dengan sos cili atau sos tomato. Tetapi rasanya kurang enak berbanding membuat sos sendiri. Sos ini juga boleh difrozenkan untuk beberapa bulan jika tidak habis digunakan. Bahan istimewa yang dimasukkan dalam sos ini ialah daun bay dan rempah oregano. Bahan ini boleh didapati di kedai bahan kek dan pasaraya besar seperti Giant atau Tesco. Daun ini memberi rasa dan bau yang harum kepada pizza seperti pizza Itali! Untuk topping pula gunakan keju Mozarella kerana pizza akan bergetah apabila ditarik (macam iklan pizza hut).

Bahan-bahan sos pizza :1/2 biji bawang besar (merah)2 ulas bawang putih1 biji tomato, dikisar1 tin kecil tomato puri3 sudu besar gula1 sudu teh garam2 sudu besar minyak masakrempah oreganobeberapa helai daun bay1 peket daging kisar Ramly

Bahan topping :250 gm keju mozarella, diparut1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat1 biji bawang besar , dihiris bulatsedikit mix vegetable1 tin nenas kiub, dihiris5 ketul sosej ayam, dihiris

Cara Membuatnya :1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.8. Bakar selama 20 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.9. Enak dimakan semasa masih hangat.

Comments (0)

Roti PizzaAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Membuat roti pizza adalah berlainan sedikit resipinya dengan ban manis. Ban manis menggunakan telur dan lebih gula manakala roti pizza tidak menggunakan telur dan hanya sedikit gula digunakan. Ini supaya roti pizza tidak terlalu lembut dan memudahkan kita meratakan topping diatasnya. Proses membuat roti pizza adalah sama dengan roti-roti yang lain.

Bahan-bahan :500 gm tepung protin tinggi (tepung roti)11 gm (1 peket) yis segera Mauripan20 gm gula kastor5 gm garam30 gm shortening20 gm susu tepung330 ml air (tambah jika kurang)5 gm bread improver

Cara Membuatnya :1. Satukan tepung, yis, gula, garam,susu tepung dan bread improver. Gaul rata.2. Buat lubang di tengah dan tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar.3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi lembut dan elastik. Jika uli dengan tangan 20 minit. Jika guna mesin, lebih cepat.4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Tutup bekas dengan plastik.5. Tumbuk doh dan uli kebentuk asal.6. Timbang doh 150 gm dan canai ke bentuk bulat berukuran 8 inci.7. Cucuk doh dengan garfu untuk menghalang ia menggelembung apabila dibakar.8. Susun dalam tin pembakar dan biarkan doh naik 20 minit.9. Bakar setengah masak selama 10 minit. Keluarkan doh dan biarkan ia sejuk.10. Ratakan sos piza dan aturkan bahan-bahan topping. Akhir sekali taburkan keju mozarella.11. Bakar semula selama 20 minit lagi pada suhu 200 darjah celcius.

Comments (0)

Ban Manis (Sweet Bun)Author: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Ban manis ini boleh membuat pelbagai jenis roti dengan bentuk dan isian yang berlainan. Jika anda pergi ke kedai bakeri, anda dapat saksikan bermacam-macam jenis ban. Semuanya menggunakan resipi asas yang sama tetapi dipelbagaikan bentuk, inti atau toppingnya. Dari ban manis ini anda boleh membuat Mexico Bun, Mini Bun, Cheese Bun, Coconut Twist Bun dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan:

400 gm tepung roti100 gm tepung superfine (kek)100 gm gula kastor5 gm garam20 gm susu tepung1/4 sudu teh bread improver1 biji telur B, dipukul1 peket (11 gm) yis segera Mauripan40 gm shortening250 gm air

Cara Membuatnya :1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung, bread improver dan yis. Gaul rata.2. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan telur dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar.3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Jika guna mesin 10- 15 minit. Pakai tangan 20 minit. Doh yang cukup elok diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.4. Masukkan dalam bekas besar dan biarkan ia mengembang selama 45 minit dan naik 2 kali ganda.5. Tumbuk doh bagi membuang anginnya dan uli sebentar ke bentuk asal.6. Timbang doh seberat 60 gm dan bentukkan. Boleh juga diletakkan inti di tengahnya.7. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan ia naik 30 minit lagi . Masa bergantung kepada suhu bilik. Ia perlukan suhu 35 - 40 darjah celcius untuk naik dengan elok.8. Gliskan dengan campuran telur dan air susu .9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit hingga masak.

Comments (0)

Donat Mak YahAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Resipi donat ini adalah resipi orang lama yang tak kenal tepung roti atau bread improver. Resipi ibu saya ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tak perlu mencari barang di kedai bahan kek. Tapi resipi home-made ini menjadikan donat lembut dan boleh disimpan atau difrozenkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk donat home-made ini agak berbeza dengan donat komersil tetapi tekniknya adalah sama iaitu membancuh, menguli, mengembang 2 kali dan menggoreng.Donat ini menghasilkan 40 biji donat bersaiz sederhana dan dibuat menggunakan tangan.Untuk mendapatkan donat yang lembut,masa menguli hendaklah lama (15 minit) hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik.

Bahan-bahan :

1 kg. tepung gandum (all purpose flour)11 gm (1 peket) yis segera Mauripan50 gm majerin1 biji telur B,dipukul dengan garfu5 sudu besar gula kastor2 sudu teh serbuk penaik3 sudu besar susu pekat manis + 3 sudu besar air500 ml air

Cara Membuatnya :1. Satukan tepung gandum,yis, gula kastor dan serbuk penaik dalam sebuah bekas. Gaul bahan kering ini hingga rata.2. Buat lubang di tengah dan tuangkan telur dan air susu pekat manis. Gaul rata.3. Masukkan majerin dan gaul rata. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar. Doh hendaklah basah dan lembut.4. Sediakan sebuah dulang dan taburkan sedikit tepung. Uli doh dengan cara menolaknya ke depan dan membawanya semula ke belakang (seperti memberus kain).5. Uli selama 15 minit hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik. Bulatkan doh.6. Masukkan semula ke dalam bekas dan tutup plastik atau dulang tadi. Biarkan doh mengembang selama 45 minit atau naik 3 kali ganda dari saiz asalnya. Letakkan di tempat hangat agar ia cepat mengembang.7. Tumbuk doh satu kali untuk mengeluarkan angin atau karbon dioksida yang dikeluarkan oleh yis tersebut. Uli semula sebentar ke bentuk asal.8. Ambil secubit doh dan bulatkan. Bentukkan seperti roda dan susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan ia mengembang selama 20 minit.9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil. Apabila donat kembang dan kekuningan,angkat dan toskan.10. Apabila hampir sejuk, golekkan dengan gula kastor atau gula halus yang dikisar.Boleh juga dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Hiaskan atasnya dengan chocolate rice atau badam cincang.

Tips :1. Goreng donat sekadar untuk keperluan sahaja. Jika lima orang makan, goreng 15 biji sahaja.Ini untuk mengelakkan pembaziran dan donat yang lebih akan menjadi keras.2. Donat boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan. Caranya goreng donat hingga ia kembang tetapi masih putih. Proses ini untuk mematikan yisnya. Angkat dan toskan. Sejukkan dan susun dalam bekas plastik. Jika hendak dimakan esok, simpan di tempat chiller saja.Jika mahu disimpan lama, simpan dalam peti dinginbeku (frozen).3. Apabila hendak digoreng, keluarkan donat 1 jam sebelumnya.Gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.

>>>Donat selepas digoreng

>>>Donat yang telah digaul gula halus

>>>Donat yang dicelup coklat masakan dan dihiasComments (0)

Resipi Kuih PauAuthor: NORAINI ZAKARIA // Category: roti

Bahan-bahan :

1 kg tepung pau11 gm yis kering Mauripan20 gm serbuk penaik double action110 gm gula kastor50 gm shortening (lemak putih)15 gm ovalet550 ml air

Inti :Serikaya, kelapa atau kacang merah

Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

Comments (0)

Bahan-Bahan: 2 ekor anak ikan pari daun pisang (secukupnya) 10 helai daun limau purut dihiris halus 200gr cili hidup merah 100gr lada kering 2 labu bawang besar 3 labu bawang putih 2 inci halia muda 1 biji limau kasturi kicap manis secukup rasa garam serbuk perasa minyak untuk menumis secukupnya

Cara: Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

Enak dimakan bersama nasi yang hangat.

tomyam thai special Kiriman: zubaidah abdullah Sumber: sendiri Hits: 1590 Rating: 7.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

ekor ayam & daging kg udang & kg sotong RM2.00 bunga kobis RM1.00 kobis 3 biji carot 2 keping batang sup 10 helai daun limau purut 3 @ 4 biji limau nipis 4 batang serai (ketuk) 2 biji tomato (potong 4) 4 biji bawang besar (potong 4) 6 biji cili padi (ketuk)Bahan kisar - 3 biji cili kering 5 biji cili besar inci lengkuas inci halia 2 biji tomato 1 batang serai 3 ulas bawang besar 1 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah

Cara:

Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.

Cadangan Hidangan:

5 orang makan (anggaran)

Tambahan:

* Setelah dimasukkan sayuran, jangan dibiarkan lama diatas dapur, jika boleh setelah masak dipindahkan keperiuk lain untuk mengelakkan haba periuk merosakkan sayuran.

Lemon Rosemary Chicken Pnut

Bahan

1. Seekor ayam (anggaran berat 1.5kg camtu le yg sesuai-mine semalam 1.6kg)2. Serbuk Lada Hitam (yg kasar-kasar-beli kat kedai bakery supply best)3. Rosemarry (benda ni ala-ala jintan manis tu) ada jual kat kedai bakeri gak4. 4 Ulas bawang putih5. 2 biji lemon (perah ambil airnya)6. Minyak (patutnya minyak zaitun, tp gue takder beb, hentam minyak jagung+minyak bijan sikit) camour ngan mentega gak sikit)7. garam. (ini je semua resepi asal gue jumpa) ni pulak addtional gue mereka cipta sendiri8. Dua sudu madu9. 2 sudu sos tiram10. sedikit halia11. satu sudu sos cili

Cara buatnya* Tumbuk bawang putih, halia, dan rempah rosemarry tu (erkk rempah ke?)kemudian gaulkan dengan semua bahan lain dan perap ayam sekejap, lagik lama lagik best. dua tiga jam ke..* Pastu bakar pada suhu 200 darjah celcius (my oven la..korang nye adjust la..)

okeh keterangan gambar1. Romemarry Whole tu dgn serbuk lada hitam (kasar best ala Kenny Rogers gitu)2. Tumbuk bawang putih, halia dan rosemarry3. Gaul bahan tumbuk dengan minyak + madu + sos dan mentega4. Ni madu asli occay (laki gue pembeli yang mudah bersimpati dengan penjual, org jual madu ni pun dia beli, tapi tak pernah dia telan pun, mujur bini dia rajin baut resepi-resepi pakai madu, maka luak le jugak madu ni)5. Ayam diperap (masa ni baru gaul ngan perahan lemon) nampak kentang dan lemon tu, kentang tu umpama aksesori tambahan, eheheh rebus kentang kejap, agak lembut, then rebus lemon gak kejap pastu sumbat masuk dalam ayam tu.6. ayam ready masuk oven, ikat kaki dia supaya lebih seksi ayam tu hiks.. part ni daling i cakap, "mama kejam, tak hormat jenazah..hahahaha"

Review: