tutorial 1

9
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepad Murid Pemulihan AIDIL RADZ YOGES KESI CHANDRA

Upload: trevor-riley

Post on 04-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bimbingan kaunseling

TRANSCRIPT

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada Murid Pemulihan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada Murid PemulihanAIDIL RADZYOGESKESI CHANDRA Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan.suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.Tujuan perkhidmatan dan kaunselingMurid-murid yang memerlukan bimbingan dalam pendidikan biasanya menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kurikulum yang timbul kerana ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif atau kerana teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Murid yang mempunyai motivasi rendah, konsep kendiri rendah dan perhubungan sosial yang rendah serta masalah-masalah yang berkaitan dengan kemiskinan juga memerlukan bimbingan daripada seorang guru.Peranan guru bimbingan ialah untuk merekomendasikan kelas pemulihan untuk murid-murid lemah yang membolehkan mereka untuk meningkatkan pencapaian kendiri untuk tugasan-tugasan pembelajaran.

Sejauh manakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat meningkatkan kesejahteraan modal insan kanak-kanak pemulihan? Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.

Membantu murid membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan.

Contohnya, menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.

Murid pemulihan juga dapat memperbaiki hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik.Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedaran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggungjawabnya dalam hidup.